Dalam era globalisasi dalam ini

kebejatan sosial. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai rasa
ingin tahu yang begitu kuat sehingga menyebabkan mereka ingin
mencuba apa yang meraka telah menonton. Akibatnya, pengandungan
antara generasi muda telah menjadi sangat berleluasa. Pihak lelaki
yang terlibat juga akan disaman atau dibawa ke penjara kerana
tindakan tersebut telah melanggar undang-undang negara. Di samping
itu, wayang-wayang barat mempunyai unsur-unsur yang negatif
seperti penganasan. Unsur penganasan merupakan unsur yang
bertentangan dengan nilai akhlak. Penyusupan unsur penganasan
dalam minda generasi muda telah menyebabkan mereka sering
melibatkan diri dalam kes pergaduhan dan pembunuhan. Oleh itu,
tamadun Islam telah menghadapi cabaran yang begitu kuat dari
pengaruh barat. Kemerosotan nilai akhlak antara pemuda-pemuda
telah menjadi semakin berleluasa dan begitu sukar diselesaikan.
Pemuda-pemuda diibaratkan seperti kain yang putih dan ibu bapalah
yang bertanggungjawab dalam mewarnakan kain itu. Oleh itu, ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai akhlak
dalam iman pemuda-pemuda. Ibu bapa patut melarang anak mereka
dari mengakses Internet dan menonton bahan-bahan lucah. Ibu bapa
juga patut menjadi conton yang baik kepada anak mereka supaya
mereka boleh menyerap nilai-nilai yang positif seperti nilai akhlak

daripada ibu bapa mereka.