Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendid

Penggunaan Aplikasi Web . dalam Pendidikan
Abad KeNurul Syaida Md Zuki
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Malaysia
Email: nurulsyaidazuki@gmail.com

Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Malaysia
Email: fariza.khalid@ukm.edu.my

Bangi,

Bangi,

PENGENALAN
Era ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK semakin
berkembang pesat. Pelbagai alatan teknologi dan komunikasi dihasilkan
bagi memenuhi keperluan semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk alatan dan sistem yang digunakan
untuk memproses, mengurus, memanipulasi, menyimpan, memindah dan

menyebarkan maklumat melalui media eletronik Melvina & Jamaludin,
. Justeru, penggunaan Web . dalam pendidikan di seluruh dunia
semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web . yang
disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan aplikasi Web . dalam pendidikan telah mengubah corak
pendidikan yang lebih mandiri iaitu pengajaran dan pembelajaran boleh
berlaku dimana sahaja, pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja
Ehlers,
. Penggunaan teknologi Web . dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mampu menarik minat murid dan merangsang
pemikiran kreatif murid Melvina & Jamaludin,
.
Penggunaan teknologi kursusnya aplikasi Web . dalam pendidikan juga
mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan
menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran
dan pembelajaran Sharifah & Kamarul Azman,
. Aplikasi Web .
yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk
menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
1


Kepelbagaian konsep aplikasi yang diterapkan dalam teknologi Web .
membolehkan tujuan sesuatu pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, melalui kertas
konsep ini, penulis memfokuskan kepada cabaran dalam melaksanakan
aplikasi Web . dan juga cadangan penambahbaikkan untuk
menggunakan aplikasi Web . dalam pendidikan.
APLIKASI WEB . DALAM PENDIDIKAN

Teknologi Web . merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet
dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali,
reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di World Wide Web.
Laman Web . membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan
bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial
Md. Mokter & (asan,
. Ciri Web . yang mesra pengguna
membolehkan interaksi sosial di dunia maya berlaku dan ianya telah
menjadi keperluan kerana sifatnya yang boleh berkongsi maklumat,
bekerjasama dan diekploitasi Md. Mokter & (asan,
. Konsep Web

. yang tidak dibatasi oleh sistem operasi tertentu membolehkannya
ianya diakses dimana-mana sahaja secara atas talian serta mobil melalui
telefon pintar atau pun tablet. Sifat unik Web . juga menjadi pusat
pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna. Terdapat
empat sifat aplikasi Web . iaitu sebagai alat perkongsian dan
penciptaan, rangkaian sosial, penyimpanan awan dan, papan interaktif.
Rajah menunjukkan aplikasi yang terdapat pada Web . mengikut sifat
aplikasi tersebut.

Rajah : Aplikasi Web .
2

Alat Perkongsian dan Penciptaan
Aplikasi Web . membenarkan penggunanya untuk berkongsi bahanbahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik
dan secara tidak langsung menerapkan sifat inovasi dalam diri pengguna
Virkus & A.Bamigbola,
. Contoh aplikasi yang boleh digunakan oleh
pengguna untuk berkongsi bahan-bahan rujukan, mengubah dan
menghasilkan produk baru ialah Slideshare, Youtube, WordPress, Blogger
dan Blendspace Virkus & A.Bamigbola,

. Di samping itu, pengguna
juga dapat menggunakannya untuk mempersembahkan sesuatu
maklumat dengan lebih menarik, sebagai contoh Prezi, Powtoon, Zoho
show, Flipsnack dan 8 slides.

Di samping itu, pengguna juga boleh berkolaborasi antara satu sama lain
dan berkongsi hasil kerja masing-masing Virkus & A.Bamigbola,
.
Pinterest, Scoop it dan juga Tumblr adalah antara contoh aplikasi Web .
yang digunakan untuk berkongsi maklumat. Pelajar dapat mempelajari
sesuatu perkara dengan sendirinya tanpa menunggu pengajar untuk
mengajarnya. Menurut Analisa (amdan et al.
, alat perkongsian
dan juga penciptaan yang disediakan mampu membantu pelajar dan juga
pengajar untuk mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan samaada dalam kelas atau diluar kelas.
Rangkaian Sosial

Aplikasi yang terkandung dalam teknologi Web . juga adalah sebagai
alat untuk mewujudkan rangkaian sosial antara pelajar dan juga pengajar.

Aplikasi rangkaian sosial yang terdapat dalam teknologi Web . seperti
Facebook, Edmodo, Twitter, Google Plus, Schoology dan Linkedin adalah
rangkaian sosial yang sering digunakan dalam dunia pendidikan Virkus
& A.Bamigbola,
. Secara asasnya rangkaian sosial mengandungi
komponen-komponen seperti forum, galeri gambar atau video, profil
pengguna, bahagian memuat turun dan naik, dan komponen yang
bersesuaian. Bukan itu sahaja, pelajar dan pendidik juga boleh membina
Group atau Page dalam rangkaian social yang dipilih.
Penggunaan aplikasi rangkaian sosial Web . menjadi kegemaran pelajar
dan pendidik kerana bersesuaian dengan sifatnya yang terbuka dan
mudah untuk digunakan Zuhri & Zawiyah,
. Pendidik dan juga
pelajar dapat berkongsi maklumat pembelajaran dan juga dapat bertukar
pandangan mengenai suatu topik pembelajaran yang di utarakan dalam
Group atau Page yang telah dibina Zuhri & Zawiyah,
. Pelajar dapat
3

berhubung serta merapatkan hubungan dengan pelajar lain dan pengajar

dengan berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui aplikasi
rangkaian sosial yang terdapat dalam Web . Azniza & Zaidatun,
.
Penyimpanan Awan

Selain itu, penyimpanan awan atau Cloud storage juga disediakan dalam
teknologi Web . . Antara contoh aplikasi untuk penyimpanan awan
adalah Dropbox, Google Drive dan Skydrive. Aplikasi ini mampu
menyimpan kesemua maklumat penting dalam pelbagai format secara
dalam talian apabila pengguna aplikasi ini memuat naik fail ke dalam
ruang penyimpanan awan pengguna. Pengguna hanya perlu mengingati
nama pengguna dan juga katalaluan yang telah didaftarkan. Ciri-ciri
keselamatan juga dipasang agar maklumat yang disimpan pengguna diaplikasi penyimpanan awan ini tidak diceroboh Gunawan & Agustina,
.
Selain daripada itu, fail dimuat-naik juga boleh dikongsi antara pengguna
lain. Justeru, aplikasi ini sesuai digunakan oleh pelajar dan pengajar untuk
berkongsi bahan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, pelajar juga
dapat menggunakan aplikasi ini untuk menghantar tugasan kepada
tenaga pengajar mereka. )ni dapat menjimatkan kos dan juga masa pelajar
kerana pelajar tidak perlu lagi untuk mencetak tugasan dalam bentuk

kertas dan pelajar dapat menghantar tugasan pada bila-bila masa dan
dimana sahaja mereka berada.
Papan Interaktif

Seterusnya, teknologi Web . juga menyediakan aplikasi papan interaktif.
Aplikasi papan interaktif termasuklah Padlet dan juga EduCreation. Papan
interaktif ini berfungsi sebagai ruang dimana pelajar dan pengajar dapat
berkongsi maklumat seperti text, gambar, video dan audio dalam satu
antaramuka. Semua ahli kumpulan dapat melihat semua maklumat yang
ditulis di atas papan interaktif ini dan saling bertukar idea sesama ahli
kumpulan.
ISU DAN CABARAN DALAM MENGGUNAKAN APLIKASI WEB .

Justeru, tidak hairanlah aplikasi yang terdapat dalam Web . mampu
memperkasa pengajaran dan pembelajaran dan juga mencapai objektik
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan abad ini. Namun yang
demikian, pelbagai cabaran terpaksa dilalui dalam pendidikan untuk
4

menggunakan aplikasi web . ini. Antara cabarannya ialah :

Peranan Pendidik

Peranan pendidik dalam menggunakan aplikasi Web . adalah sangat
penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam
proses pendidikan. Pendidik perlu sentiasa peka dengan arus teknologi
dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa
disedari. Sikap negatif segelintir pendidik yang telah biasa menggunakan
kaedah lama untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah cabaran bagi menggunakan aplikasi Web . dalam pendidikan
Rabaya & Norazah,
. (al ini adalah kerana, sikap pendidik itu
sendiri yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan ledakan revolusi
teknologi dalam pendidikan. (anya segelintir pendidik sahaja yang
memanfaatkan aplikasi Web . dalam persekitaran penmbelajaran dan
pengajaran Rabaya & Norazah,
. Justeru, sikap positif pendidik
dalam menggunakan teknologi perlu diserap dalam diri pendidik. (asil
kajian Abdul Wahab et al.
menyatakan bahawa terdapat hubung
kait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di mana sikap yang positif dalam diri guru dapat
meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Di samping sikap pendidik, kemahiran dan pengetahuan pendidik
mengenai teknologi juga perlu supaya pendidik dapat berkongsi idea dan
menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan lebih baik Melvina &
Jamaludin,
. Kemahiran dan juga pengetahuan ini diperlukan agar
pendidik dapat menyesuaikan atau menggunakan aplikasi Web . dalam
proses dan pembelajaran dengan baik. Menurut kajian Melvina dan
Jamaludin
, kemahiran dan juga pengetahuan guru adalah
sederhana dalam penggunaan teknologi pendidikan. Masalah ini terjadi
kerana, pendidik kurang mendapat pendedahan mengenai aplikasi yang
terdapat dalam Web . sebagai alat untuk membantu mereka
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran Mingmei Yu et al.,
.
(al ini juga turut disokong dengan pendapat (abibah dan Vasugiammai
bahawa pengetahuan komputer yang tinggi di kalangan guru

adalah kekuatan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran di samping pengalaman mengajar oleh guru tersebut.
Dapatan kajian-kajian ini menjelaskan bahawa sikap, pengetahuan dan
kemahiran pendidik memainkan peranan dalam menjayakan penggunaan
aplikasi Web . dalam pendidikan.
5

Peranan Pentadbir Institusi Pendidikan
Pentadbir yang terdiri dari pentadbir sekolah, institusi pengajian tinggi,
dan pihak kementerian juga memainkan peranan untuk memperkasakan
lagi budaya menggunakan aplikasi Web . dalam pengajaran dan
pembelajaran. )ni dapat dilihat dengan usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membudayakan penggunaan teknologi dalam pendidikan
dengan memasukkan teknologi maklumat sebagai teras dalam setiap
pelan pendidikan yang dilaksanakan dan dirangka. Pihak kementerian
telah menyediakan pelbagai program untuk memperkasakan teknologi
dalam pendidikan dengan memperkenalkan Projek Sekolah Bestari,
Projek Pengkomputeran, Schoolnet dan Portal MySchoolNet Wan Zah et
al.,
.

Namun begitu, peranan pentadbir dalam memastikan infrastruktur
jaringan internet dan juga kemudahan komputer adalah cabaran utama
dalam menggunakan aplikasi Web . . (abibah dan Vasugiammai
menyatakan penggunaan teknologi di institusi pendidikan sangat
dipengaruhi dengan kemudahan perkakasan dan jalur lebar yang
disediakan oleh pihak institusi. Melalui kajian Analisa et al.
yang
dilakukan terhadap pelajar di Universiti Kebangsaaan Malaysia
mendapati bahawa pelajar tidak dapat menggunakan aplikasi Web .
apabila mereka sukar untuk mendapatkan sambungan internet di dalam
kampus. Selain itu, pelajar juga terpaksa mencari sambungan internet di
makmal komputer dan juga perpustakaan bagi mendapatkan bahan
pembelajaran yang telah dikongsi oleh pensyarah mereka Analisa et al.,
. )ni mengakibatkan proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan aplikasi Web . tidak mencapai pembelajaran yang
bermakna.

Di samping itu, pihak pentadbir institusi pendidikan juga dilihat kurang
memberikan pendedahan atau menekankan kepentingan penggunaan
aplikasi Web . dalam menjayakan agenda pendidikan negara Yusup,
. Aspek penekanan dan pendedahan perlu bagi memastikan
pendidik dan juga pelajar tidak mengabaikan penggunaan teknologi
dalam pendidikan. Penggunaan teknologi secara maksimum dapat
melatih diri pelajar dan juga pendidik agar lebih berdikari dan berdaya
saing Maria Chong et al.,
. Justeru, pentadbir institusi pendidikan
perlu memandang serius terhadap infrastruktur jaringan internet serta
kemudahan komputer di institusi pendidikan dan juga memberi
penekanan dan pendedahan penggunaan aplikasi Web . dalam
6

pendidikan supaya pelan-pelan yang telah dilancarkan oleh pihak
kementerian dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Peranan Pelajar

Peranan pelajar turut memainkan peranan dalam menggunakan
teknologi dalam proses pembelajaran mereka. Cabaran utama dalam
memastikan pelajar menggunakan aplikasi Web . secara berkesan
dalam pembelajaran pelajar adalah sikap dan juga kemahiran pelajar
Sharifah & Kamarul Azman,
. )ni adalah kerana, segelintir pelajar
hanya menggunakan aplikasi web . apabila tenaga pengajar
mewajibkan mereka untuk menggunakannya. Pelajar ini tidak
mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu
suasana pembelajaran yang baru yang berasaskan teknologi Mingmei Yu
et al.,
. Malah terdapat juga segelintir pelajar hanya mengetahui
aplikasi web . daripada pelajar lain apabila melihat pelajar tersebut
menggunakannya.
Selain itu, segelintir pelajar juga mempunyai kemahiran yang rendah
dalam menggunakan aplikasi Web . . Pelajar ini tidak dapat
mempelajarinya sendiri walaupun terdapat banyak video-video cara
penggunaan sesuatu aplikasi dapat diperolehi di laman-laman web. )ni
menunjukkan kurangnya tahap pembelajaran secara kendiri oleh pelajar
terbabit. Justeru, pelajar haruslah bersikap positif dalam menerima
perubahan pembelajaran mereka. Malah kajian Mohd Azli dan Abdul Latif
menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran
oleh pelajar perlulah positif bagi meningkatkan pencapaian mereka
melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Namun,
pelajar haruslah bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan sebenar
pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak terlibat
dengan penyalah gunaan teknologi Web . .
Peranan Ibu bapa

)bu bapa juga memainkan peranan dalam penggunaan aplikasi Web .
dalam pendidikan Mingmei Yu et al.,
. Kegagalan ibu bapa dalam
mengejar arus perkembangan teknologi di era globalisasi adalah cabaran
dalam menggunakan aplikasi Web . Mingmei Yu et al.,
. (al ini
menyebabkan hubungan sosial antara pelajar, ibu bapa dan juga pendidik
dalam penggunaan aplikasi Web . terjejas Mingmei Yu et al.,
.
Selain itu juga, sosio-ekonomi ibu bapa juga antara cabaran dalam
penggunaan aplikasi Web . Tien et al.,
. (al ini kerana, ibu bapa
7

yang mempunyai pendapatan yang rendah kurang bernasib baik dalam
kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi Tien & Fu,
dan
kurang keyakinan untuk menggunakan teknologi Vekiri,
. )ni
menunjukkan bahawa ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang
rendah kurang berpeluang untuk menggunakan teknologi dan
manfaatnya di rumah dan tidak dapat memantau penggunaan aplikasi
Web . anak-anak mereka dengan baik Mingmei Yu et al.,
.
CADANGAN

Penggunaan aplikasi Web . bukanlah perkara baru dalam dunia
pendidikan. Malah seantero dunia menggunakan aplikasi Web . bagi
berkongsi maklumat dan melaksanakan pelbagai urusan. Perkembangan
arus teknologi yang sentiasa berubah-ubah ini memaksa masyarakat
sejagat untuk terus berusaha memperkemaskan kemahiran dan
pengetahuan mengenai teknologi. Justeru, pelbagai program, pelan dan
juga kempen perlu dilaksanakan untuk mendedahkan masyarakat
mengenai aplikasi Web . . Latihan keguruan mengenai aplikasi Web .
harus lebih diperluaskan bukan setakat guru novis sahaja tetapi guruguru lama serta juga guru-guru kawasan luar bandar dan pendalaman
juga harus diberikan. )ni bagi memastikan semua guru dapat
menggunakan aplikasi Web . dengan lebih berkesan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan
negara.

Penambah baikkan terhadap infrastruktur jaringan jalur lebar juga harus
dititik beratkan bagi menjayakan penggunaan aplikasi Web . . Pihak
institusi pendidikan harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan
infrastruktur jaringan jalur lebar ini tidak terhad di kawasan bandar
sahaja malah disetiap institusi pendidikan luar bandar dan juga
pedalaman. Pihak institusi pendidikan boleh berkolaberasi dengan
syarikat rangkaian bagi menambah baik infrastruktur jalur lebar. Pihak
institusi pendidikan juga disarankan untuk mempergiatkan lagi kempen
dan juga program bagi memastikan pelajar dan pendidik sentiasa terlibat
dalam pendidikan menggunakan aplikasi Web . . (al ini memotivasikan
pelajar dan pendidik dalam menggunakan aplikasi Web . dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

Seterusnya, bagi menjayakan lagi keberkesanan penggunaan Web . ,
Kementerian Penerangan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
serta badan-badan NGO perlu lebih banyak memberikan pendedahan
kepada ibu bapa mengenai pentingnya pengetahuan mengenai aplikasi
8

Web . dalam pendidikan anak-anak mereka. Pelbagai program dan juga
kempen boleh dilaksanakan. )klan-iklan mengenai manfaat dan juga
kesan penggunaan aplikasi Web . juga boleh disiarkan melalui pelbagai
saluran media. )ni adalah bertujuan supaya ibu bapa dapat mengetahui
secara lebih terperinci mengenai perkembangan teknologi dalam dunia
pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, dengan adanya pengetahuan
mengenai teknologi ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak supaya
mereka tidak menyalah-gunakan aplikasi Web . . )bu bapa juga akan
lebih mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menggunakan aplikasi
Web . apabila berinteraksi dengan pihak pentadbir institusi dan juga
pendidik dalam dunia maya bagi tujuan bertukar pendapat mengenai
pendidikan anak-anak mereka.
KESIMPULAN

Kepelbagaian aplikasi Web . pada era globalisasi kini mampu
mewujudkan pelbagai konsep pembelajaran dan pengajaran yang mana
pelajar, pendidik, institusi pendidikan, dan juga ibu bapa haruslah
sentiasa peka dengan perubahannya. Penggunaan aplikasi Web . dalam
pendidikan hari ini dan akan datang diharap akan terus diperhebatkan
supaya matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang
berdaya saing tercapai. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu
dan sebulat suara untuk mengatasi setiap cabaran yang dihadapi dalam
merealisasikan pendidikan berteraskan teknologi abad ke- ini.
RUJUKAN

Abdul Wahab )smail Gani, Kamaliah (j. Siara, & (asrina Mustafa.
.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang.
Di akses pada
April
daripada http://web.usm.my/km / /KM ART .pdf.

Analisa (amdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat
Salleh, )ntan Farahana Kamsin, (elmi Norman, Nor Mohamad )smail
& Ahmad Syukri Mohamad Zaid.
. Pengintegrasian Teknologi
Web . dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika
Journal.
: – .

Azniza Musa & Zaidatun Tasir.
. )mplikasi alatan rangkaian sosial
terhadap
proses
pengajaran
dan
pembelajaran.
http://pdfscout.org/ )mplikasi-Alatan-Rangkaian-Sosial-Terhadap9

Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran. Diakses pada

April

.

Gunawan Budi Sulistyo & Chandra Agustina.
. Penerapan Cloud
Computing Sebagai Sarana Pembelajaran Siswa. Kertas Konsep yang
dibentang di Seminar Nasional Teknologi )nformasi dan Multimedia
STM)K AM)KOM di Yogyakarta, )ndonesia pada
Januari
.

(abibah (j. Lateh & Vasugiammai Muniandy.
. G)S dalam
pendidikan geografi di Malaysia: Cabaran dan potensi. Diakses pada
April
daripada http://pkukmweb.ukm.my/geografia
/images/upload/ .
- -habibahlateh-melayu- .pdf.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pembangunan Pendidikan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pendidikan.

.
-

Laporan
5.

Awal

Pelan

. Pelan Induk Pembangunan

Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan & Tajularipin Sulaiman.
.
Strategi Pengajaran Pembelajaran Di )nstitusi Pengajian Tinggi: Satu
Anjakan Paradigma. Malaysian Education Dean Council Journal, Jun.

Md. Mokter (ossain & (asan Aydin.
. A Web . -Based
Collaborative Model for Multicultural Education. Multicultural
Education & Technology Journal.
:

.

Melvina Chung (ui Ching & Jamaludin Badusah.
. Sikap guru
Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi )CT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di
Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia,
: - .

Mingmei Yu, Allan (.K., Yuen & Jae Park.
. Using Web .
Technologies - Exploring Perspectives of Students, Teachers and
Parents. Interactive Technology and Smart Education Journal.
:

.
Mohd Azli Yeop & Abdul Latif (aji Gapor.
. Kesan Pembelajaran
Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian dan
Penerimaan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI,
.

Rabaya Muhamad & Norazah Nordin.
. Penggunaan Aplikasi
Sumber Pembelajarann Terbuka OER Sebagai Media Pengajaran di
10

Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran
Sumber dan Teknologi Maklumat: )mpaknya ke atas Penyelidikan
dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud &
Mohd Jasmy Abd Rahman. - . Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
UKM.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam.
. Tahap
Kesediaan Penggunaan )CT dalam Pengajaran dan Kesannya
Terhadap (asil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal
Pendidikan Malaysia,
: - .
Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola.
. Students' Conceptions and
Experiences of Web . Tools. New Library World Journal.
/ :
.

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah.
. Aplikasi Rangkaian Sosial
Google Plus Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen
Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
: - .

Tien, F.F. & Fu.
. The Correlates of The Digital Divide and Their
)mpact on College Student Learning. Computers and Education
Journal.
:
- .
Ulf Daniel Ehlers.
. Web . – E-learning . – Quality . ? Quality
for New Learning Cultures. Quality Assurance in Education Journal,
:
.
Vekiri, ).
. Socioeconomic Differences in Elementary Students’ )CT
Beliefs and Out-of-School Experiences. Computers and Education
Journal.
:
- .

Wan Zah Wan Ali, (ajar Mohd Nor, Azimi (amzah & (ayati Alwi.
.
The conditions and level of )CT integration in Malaysian Smart
School. International journal of education and development using ICT,
.

Yusup (ashim.
. Kepimpinan Teknologi Pendidikan dalam Kurun
ke
: Cabaran untuk Pemimpin dan Pentadbir Sekolah.
http://www.researchgate.net/ publication/
. Diakses
pada
November
.

Zuhri Arafah Zulkifli & Zawiyah M. Yusof.
11

. Tingkah Laku

Penggunaan Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam
Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan di World Conference on
)ntegration of Knowledge WC)K , di Langkawi, Malaysia pada November
.
Cara Menulis Rujukan Bab 1 :
Md Zuki, N.S. & Khalid, F. (2016). Penggunaan Web 2.0 dalam
Pendidikan Abad ke-21 dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan &
Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM.

12