Beberapa Masalah dalam Tentang tarannum

TARANNUM HIJAZ

Latar belakang tarannum Hijaz
• Salah sebuah tarannum yang terkenal di
kalangan para Qura` di alam ini
• Sifat kelembutan serta kelantangannya
telah membuatkan setiap Qari dan Qariah
merasai keasyikannya
• pelajar yang mempelajarinya pasti akan
meminatinya.

Latar belakang tarannum Hijaz
• Begitu juga dengan para pendengar, seandainya
mereka mendengar seseorang imam
membacakan tarannum Hijaz di dalam solatnya
ataupun seseorang Qari membuat persembahan
dengan lagu Hijaz, maka sudah tentu mereka
akan khusyuk dan suka mendengarnya.
• Ini kerana tarannum Hijaz adalah sebuah
tarannum yang unik disebabkan oleh
kepelbagaian ciri dan sifatnya.


Latar belakang tarannum Hijaz
• Sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak
akan bertenaga tanpa dimasukkan tarannum
Hijaz di dalamnya.
• Ia mampu memberi tenaga terhadap
persembahan al-Quran keseluruhannya.