Teori maslow terhadap motivasi menjadi

Abraham Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan
keseluruhan. Contohnya seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu
tersebut sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada
berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan
motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian
daripada individu. Pendekatan Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai
kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu. Pendekatan Humanistik mementingkan
pendekatan moral dan potensi individu. Konsep Humanistik sangat penting kerana ia melihat
beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam
menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran
manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai potensi dan
keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima
tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai
kesempurnaan. Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini
dikenali sebagai Teori Hieraki Keperluan. Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti
atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya.
Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya
yang berjudul Mativation and Personality.
Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah
laku luaran yang diperlihat oleh manusia. Beliau juga menganggap individu akan terus
bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai satu keperluan yang

perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan
generasi.

Abraham Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik. Kajian Maslow adalah
terhadap kesihatan psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding
kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Setiap
individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu
untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. Kebebasan
adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang buruk
bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya. Keperluan adalah diwarisi
tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari. Personaliti adalah ditentukan melalui
faktor interaksi antara alam dan kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran,
faktor personal dan persekitarannya. Personaliti manusia adalah unik dan Maslow berpendapat
sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah
laku dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. Zaman di awal
kanak-kanak adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau
percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih
produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini.
Beliau tidak menafikan akan kewujudan kejahatan walaupun pada dasarnya warisan manusia
adalah baik. Maslow berpendapat kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi

disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna. Berdasarkan teori Abraham Maslow ini
manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti
agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa
kecewa. Dalam had-had tertentu manusia juga bersifat bebas membuat keputusan dan memilih
aktiviti yang sesuai.

Personaliti yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari
keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan
dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.
Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Motivasi intrinsik
mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan
tanpa kawalan atau rangsangan luar.
Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna
kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku. Segala
keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, ketakutan dan
tidak menyetujuinya. Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir tetapi tingkah laku untuk
memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza
daripada seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari
keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali

adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi
keutamaan.
Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama. Hanya satu keperluan
yang akan mendominasikan personaliti kita. Keperluan ini adalah bergantung kepada keperluankeperluan lain yang telah dipenuhi. Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan ini boleh
berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi.
Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak
paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan
keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah. Keperluan yang

terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan
keselamatan dipenuhi. Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan
amat diperlukan. Semasa remaja keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan.
Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud. Kegagalan
memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan
pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau
deficiency of needs. Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati
hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan
biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of
needs. Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana
luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni. Dengan memenuhi

kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Menurut
kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum
sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi. Maslow menerangkan
bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50%
keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan
kesempurnaan kendiri.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain
keperluan tahap kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai
tahap kesempurnaan. Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi
maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Keperluan ini merupakan keperluan
utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, tempat tidur,

rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan keselamatan termasuk keperluan kepada
kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Pada pendapat
Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa
yang mengalami kejiwaan. Sewaktu zaman kanak-kanak rasa ketakutan pada orang yang tidak
dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Kanak-kanak memerlukan
rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi
dengan kewujudan undang-undang dalam masyarakat. Ia amat menolong memenuhi keperluan

ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa,
fizikal dan emosi. Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi
keperluan ini. Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala
keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak telah merasa selamat
dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain iaitu memerlukan
kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya. Pada peringkat remaja keinginan kasih
sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan sebaya.
Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya
sukar untuk dicapai. Individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika
berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya. Menurut
Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih
sayang. Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan
tidak tenteram. Ia juga menyebabkan gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan
menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek
perkembangan

emosi.

Keperluan


penghargaan

kendiri

merupakan

keperluan

untuk

mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasadikenali

dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis
iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Jika
keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu
memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut
menjadi lebih produktif. Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan
daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan
sebagainya. Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak
bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut,

tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi.
Antaranya keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan
kewujudannya secara beransur-ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih
istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir ke
dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala
keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi
keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut
seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri
dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah
keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
Abraham Harold Maslow (1908-1970) menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk
mencapai potensi keperluan-keperluan masing-masing. Peringkat keperluan ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan
kekurangan terdapat beberapa keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan

yang perlu dicapai agar manusia terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam
keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan
tercapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita
agar menjadi manusia yang sempurna. Dalam heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah

guru sebagai model peniruan. Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh
yang relevan. Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan
menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Oleh itu ia dapat mengekalkan ingatan
murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik. Guru perlu memberi
peneguhan yang positif selepas reproduksi.
Abraham Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik
dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau. Keperluan adalah kehendak
manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam
dirinya. Keperluan manusia dapat diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan
psaikologi ialah keperluan sekunder. Abraham Maslow (1970) berpendapat individu akan
memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Maslow menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat-peringkat.
Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sekiranya keperluan yang lebih
rendah tidak dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat paling asas terdapat keperluan hayat atau
keperluan fisiologi. Selepas keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, kasih
sayang, penghargaan kendiri, penghormatan kendiri dan penyempurnaan kendiri dapat dikecapi.
Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi
penyempurnaan kendiri.

Model Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana

setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu.

Contohnya sewaktu bayi

memerlukan perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri.
Keperluan ini terus bertambah sehingga ke peringkat penyempurnaan kendiri.
Kajian Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan
pergantungan pada persekitaran sosial. Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau
bagi menentukan tingkah lakunya. Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan
dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran
sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Sebab itulah Maslow menamakan
keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai
peringkat perkembangan.

Teori heiraki keperluan Maslow (1970) menurutnya keperluan kesempuraan kendiri
mempunyai ciri-ciri manusia seperti berkemampuan melihat diri sendiri, orang lain dan alam
sekeliling, mempunyai kecekapan yang tinggi, mempunyai perasaan yang sentiasa dihargai,
kreatif, mempunyai ciri-ciri orang yang demokratik, mempunyai hubungan interpersonal,
bersikap sopan santun, bersikap spontan, mempunyai sikap kasih-mengasihi dan pergaulan
ramah. Individu yang sempurna tidak semestinya mencapai ciri-ciri kesempurnaan kendiri sekali

gus. Jika individu mencapai kesemua ciri-cirinya ia dikenali individu unggul. Keperluan
kesempurnaan kendiri berada di peringkat paling atas. Setiap individu berbeza dalam mengisi
keperluan ini. Keperluan ini merangkumi kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang
dimiliki, bakat dan kebolehan. Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri
akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam
kehidupannya. Insan yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi,

kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ciri-ciri yang
menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah
mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan
persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali, berdedikasi terhadap sesuatu sebab,
memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat
untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan
terhadap tekanan sosial.
Oleh yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan
keperluan terhadap dirinya. Keperluan kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah
amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin.
Teori pembelajaran psaikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza
dan berkongsi pengajaran manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai
insan yang unik, mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya mengembangkan

potensi tersebut sepenuhnya. Pendekatan Humanistik menekankan keseluruhan murid dengan
kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid
bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah
bermakna. Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi
sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu
perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya
bergantung kepada emosi dan perasaan. Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar
yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur
mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid sendiri. Mengikut Psaikologi
Humanistik mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka guru memberi

bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum. Teori
Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan, emosi,
kepercayaan dan harapan yang tertentu.

kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik

menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak
individu mengikut perkembangan emosinya. Humanisme mementingkan keunikan murid dan
kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin
tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak
perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan
mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak
. Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui
kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.
Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar,
berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia
secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan
kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang
paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain
dipenuhi. Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka
terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut. Ciri-ciri yang berbeza di antara individu
menyebabkannya sebagai kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan
kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu

mengikut perkembangan emosinya.

Humanisme mementingkan keunikan murid dan

kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin
tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak
perlu mencapainya. Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan
mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak
. Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui
kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.
Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar,
berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia
secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan
kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang
paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain
dipenuhi. Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka
terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut.