PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF astronomi

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

2016

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

Editor: MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF KHADHER AHMAD MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik

Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-52-2

Editor:

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Khadher Ahmad & Monika @ Munirah Abd Razzak

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Times New Roman dan Traditional Arabic

Diterbitkan oleh :

Dengan kerjasama :

Jabatan al-Quran dan al-Hadith Center for Natural Product Research Akademi Pengajian Islam

& Drug Discovery (CENAR) Universiti Malaya

University of Malaya

50603 Kuala Lumpur.

50603 Kuala Lumpur

Emel: api_quran@um.edu.my

Tel : 03-79674064

Tel: +603-79676046

Faks : 03-79674193

Faks: +603-79676143 Website: cenar@um.edu.my

   SENARAI KANDUNGAN 

SENARAI KANDUNGAN

Halaman BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN

1. PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA 3-16 L. ) DARI

ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI SUDUT SAINS KESIHATAN Ahmad Za‟im Sabirin Mohd Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak

PERSPEKTIF

HADITH:

2. LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM 17-34 AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN SAINTIFIK Muhammad Remy Othman, Mohd Farhan Md Ariffin, Nooraqilah Che Rozenan, Hazrina Hazni, Mohd Rais Mustafa, Khalijah Awang, Rozana Othman

3. INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AL- 35-46 QURAN DAN AL-SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI KESARJANAAN Selamat Amir, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi

4. ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT 47-56 PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: SATU TINJAUAN AWAL Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

5. DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF 57-69 TOTAL

TRACE ELEMENTS IN DIFFERENT TYPES OF DATES Ayman Ahmed Alkhidir Jacknoon

REDUCING

SUGARS

AND

BAB II

Halaman TERHADAP SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

MANFAAT DAN KELEBIHAN PENEKANAN

6. RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT 73-86 FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN Khairunnisa Mohamed Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohamad Zaim Isamail

7. KLASIFIKASI SAYUR-SAYURAN DALAM AL- 87-106 QURAN DAN KHASIAT PEMAKANANNYA Monika @ Munirah Abd Razzak, Mohd Asmadi Yakob, Nik Mohd Zaim Ab Rahim

8. PRELIMINARY REPORT ON SUITABILITY OF 107-115 SUNNAH NABAWI FOOD IN FULFILLING THE CRITERIA OF CONVENTIONAL DIETS FOR CHILDREN WITH AUTISM Feezyha Azmi, Siti Patonah Mohamad, Nazean Jomhari, Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hasan Adli

BAB III

BENTUK-BENTUK SALAH FAHAM,

Halaman

PENYELEWENGAN DAN KESAN TERHADAP PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

9. SALAH FAHAM DALAM AMALAN PEMAKANAN 119-128 KURMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH: PENILAIAN TERHADAP TERJEMAHAN MAKNA KALIMAH AL-RUTAB DAN AL-TAMR Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin Zakaria

10. PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM 129-138 PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL Mohd Izzat Abd Shukur, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohd Anuar Ramli, Ahmad Rozaini Ali Hasan

11. LEGAL ISSUES IN SUNNAH FOOD LABELING. 139-157 WHAT ‟S IN A NAME? Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad

BAB IV

CADANGAN DAN RUMUSAN

Halaman

DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

12. PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN 161-170 APLIKASI PRINSIP „UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN Mohd Farhan Md Ariffin, Muhammad Ikhlas Rosele, Muhd

Afiq Abd Razak, Mohd Anuar Ramli

13. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN 171-194 HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Monika @ Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi Yakob

14. BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL 195-206 DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin

15. A STUDY OF MALAYSIAN EDUCATION AND 207-216 PURCHASING PATTERNS ON PROPHETIC FOODS Asmaddy Haris, Aimi Fadzirul Kamarubahrin



 

 PRAKATA 

SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW yang senantiasa berada di bawah A

lhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan nikmat-Nya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

keredaan Allah SWT.

Makanan merupakan nikmat kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai kepada semua makhluk-Nya. Di dalam al-Quran, Allah SWT mengungkapkan perihal makanan bagi menyedarkan manusia tentang tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang Maha menjadikan segala-galanya. Firman Allah SWT;

Terjemahan: “Hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya); sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan; kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh- tumbuhan; lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian; dan buah anggur serta sayur-sayuran; dan zaytun serta pohon-pohon kurma; dan taman- taman yang menghijau subur; dan berbagai buah-buahan serta bermacam- macam rumput; untuk kegunaan kamu dan haiwan ternakan kamu .” [Surah „Abasa (80): 24-32]

Tidak memadai sebutan secara umum, Allah SWT juga menyebutkan beberapa jenis makanan secara khusus seperti madu, kurma, anggur, zaytun, tin, delima, pisang, labu, daging, burung, ikan, susu, halia, mentimun, bawang putih, bawang merah dan sebagainya. Makanan-makanan yang disebut Allah SWT ini secara tidak langsung mewakili semua makanan dan minuman berkhasiat yang wujud di atas muka bumi.

Daripada himpunan hadith Nabi SAW, kita dapat perhatikan bahawa Nabi SAW bukanlah seorang yang cerewet dalam hal-hal makanan. Baginda SAW menikmati semua jenis makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat dalam kadar sederhana, iaitu sekadar untuk keperluan badannya sahaja. Meskipun hidup dalam keadaan serba sederhana. Keadaan tersebut tidak menghalang Nabi SAW untuk menikmati makanan yang berkhasiat.

Malahan menurut para doktor dan pakar nutrisi, pemakanan yang sihat adalah yang seimbang, merangkumi makanan mengikut kategori-kategorinya. Kategori bijirin (roti, nasi, mee dan sebagainya) sebagai sumber karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Kategori daging pula (ikan, daging dan kekacang) sebagai sumber protein untuk tumbesaran tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita Malahan menurut para doktor dan pakar nutrisi, pemakanan yang sihat adalah yang seimbang, merangkumi makanan mengikut kategori-kategorinya. Kategori bijirin (roti, nasi, mee dan sebagainya) sebagai sumber karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Kategori daging pula (ikan, daging dan kekacang) sebagai sumber protein untuk tumbesaran tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita

Oleh sebab itu, Baginda SAW merupakan seorang yang sentiasa sihat dan cergas. Dikatakan bahawa jika kita mencari seseorang yang tidak pernah sakit melainkan di hujung usianya, maka beliau ialah Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian, buku “Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik ” merupakan sebuah buku yang berusaha untuk mendedahkan beberapa kajian baru dan kekeliruan yang berlaku berhubung penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan sejagat di samping mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian terhadap isu.

Buku ini terdiri daripada empat bab utama iaitu membicarakan mengenai penyelidikan terhadap aspek pemakanan berasaskan kepada al-Quran dan al- Sunnah dalam bab pertama, diikuti dengan manfaat dan kelebihan penekanan terhadap sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab kedua, bentuk-bentuk salah faham, penyelewengan dan kesan terhadap penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab ketiga dan diakhiri dengan cadangan dan rumusan dalam menangani salah faham penggunaan istilah sunnah dalam pemakanan dalam bab keempat.

Perbincangan dalam setiap bab dalam buku ini adalah hasil daripada penulisan para ahli akademik yang telah dipilih, dinilai dan dibentangkan sempena International Conference On Food Research Based On Sunnah Nabawiah (ICFRS 2016) yang berlangsung pada 12 April 2016 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Semoga segala perbincangan yang telah dikemukakan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mengangkat lagi martabat Islam serta mengembangbiakkan lagi pelbagai ilmu untuk manfaat bersama. Akhir kalam, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan mendapat keberkatan Allah SWT dan memberikan sumbangan dalam membangunkan umat Islam dengan jayanya.

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran penyelidikan TRGS (TR001A- 2014A) bertajuk „Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia ‟.

Wabillahi al-Tawfiq

Sidang Editor .

 

  BAB PERTAMA  

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH





PEMAKANAN LABU AIR ( CUCURBITA LAGENARIA L.) DARI PERSPEKTIF HADITH: ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI SUDUT SAINS KESIHATAN

1 Ahmad Za„im Sabirin Mohd Yusoff 2 , Khadher Ahmad , Mohd Yakub @ Zulkifli

3 Mohd Yusoff 4 , Monika @ Munirah Abd Razzak

Abstrak

Perbincangan tentang labu menurut perspektif sunnah dapat dirujuk melalui hadith dan kajian saintifik khususnya dalam menjelaskan manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Pemahaman yang jelas mengenai pemakanan labu amat penting bagi membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah SAW dan kaedah pemakanan labu yang dijelaskan dalam hadith bagi mencegah dan merawat penyakit. Kajian ini memfokuskan kepada analisis terhadap 115 hadith mengenai labu dalam al-Kutub al-Sittah. Melalui metode analisis induktif dan deduktif, kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap pelbagai aspek yang berkaitan labu. Hasil kajian mendapati bahawa labu air (Cucurbita lagenaria L.) adalah salah satu makanan kesukaan Rasulullah SAW. Baginda menyukai buah labu air kerana sifatnya yang sejuk dan menyejukkan badan selain boleh merawat penyakit demam panas, leukimia, hypertension, diarrhea, anthelmintic, diabetes, insomnia, kanser prostat dan rheumatism.

Kata kunci : Lagenaria L., Cucurbitaceace, Manfaat, Sains Kesihatan, al-Kutub al-Sittah

Pengenalan

Labu berasal daripada keluarga Cucurbitaceace. Keluarga ini terdiri daripada 90 genera dan melebihi 700 spesies yang ditanam di setiap pelosok dunia. Namun, kebanyakan spesies ini mati dalam cuaca sejuk. Hanya yang mampu bertahan dengan suhu yang panas sahaja masih hidup dan membesar di kawasan tropika yang dimakan sebagai sayuran atau pencuci mulut. Kebanyakan labu dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penduduk setempat dan tidak dieksport ke pasaran yang lebih besar sehingga hanya sesetengah spesies labu sahaja dikenali.

Pembantu Penyelidik Projek Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 2 50603, Kuala Lumpur. E-mel: sabirinyusoff92@gmail.com. Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala

3 Lumpur. Profesor dalam bidang tafsir di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 4 (UM), 50603 Kuala Lumpur. Ketua Jabatan, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

Sesetengah spesies labu mempunyai khasiat yang baik untuk diet seharian. Buah labu digunakan dalam makanan sama ada ianya dimakan secara mentah, dimasak, dibuat jeruk, dijadikan sebagai manisan, dikeringkan atau dijadikan sebagai sos dan dimasukkan dalam masakan kari. Sebahagian spesies labu mempunyai kulit yang keras apabila kering digunakan sebagai bekas makanan dan minuman, alat muzik, dijadikan hiasan dan sebagainya.

Terminologi Labu

Terdapat tiga terminologi bahasa Arab yang merujuk kepada labu iaitu al-Yaq ṭīn ( ُ نْيِطْقَيلا), al-Qar„ (ُ عْرَقلا) dan al-Dubbā‟ (ُ ءاَّبُّدلا). Al-Quran menggunakan lafaz al- Yaq ṭīn manakala hadith pula menggunakan perkataan al-Qar„ dan al-Dubbā‟ yang merujuk kepada labu.

Labu Dalam al-Quran Lafaz Yaq ṭīn tercatat sekali di dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yunus AS. Kisah Nabi Yunus AS tercatat dalam Surah al- Ṣaffāt, ayat 139-148:

Terjemahan: Sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut). Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak. Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar. Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing- masing).

Menurut Ibn Man 5 ẓūr , perkataan Yaq ṭīn merujuk kepada semua jenis tumbuh-tumbuhan yang tidak mempunyai batang seperti pokok al- Dubbā‟, al-

6 Qar„, al-Biṭṭīkh 7 , al- Ḥanẓal , dan al- Qiththā‟ (timun). Al-Suddī mengatakan perkataan Yaq ṭīn adalah sama makna dengan al-Qar„ iaitu labu. Orang Arab pula

memanggilnya dengan nama al- 8 Dubbā‟ . Ibn al- Qayyīm al-Jawziyyāh menjelaskan bahawa perkataan Yaq ṭīn bermaksud pokok labu, manakala

perkataan al- 9 Qar„ dan al-Dubbā‟ pula bermaksud buah labu.

Labu Dalam al-Kutub al-Sittah Hadith-hadith berkaitan labu banyak disebutkan dalam al-Kutub al-Sittah iaitu sebanyak 115 hadith termasuk jumlah hadith yang berulang. Jadual 1.0 menunjukkan taburan hadith-hadith berkaitan labu dalam al-Kutub al-Sittah.

Jadual 1.0. Taburan Hadith-Hadith Berkaitan Labu Secara Umum Dalam al-Kutub al-Sittah (Termasuk Jumlah Hadith Berulang)

Hadith Dalam Bil.

Matan Hadith

al-Kutub al-Sittah

Singkatan Abjad: B (al- Bukhārī), M (Muslim), AD (Abū Dāwud), T (Tirmīdhī), N (al-Nasā‟ī),

dan IM (Ibn Mājah)

Hadith berkaitan labu disebutkan sebanyak dua puluh tiga [23] hadith dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī iaitu satu [1] hadith dalam Kitāb al-Buyū„, Bāb al- Khayyāṭ, no.hadith 2092, tujuh [7] hadith dalam Kitāb al-Aṭ„imah, Bāb Man Tatabba„ Hawālai al-Qaṣ„ah Ma„a Ṣaḥībih Idhā Lam Ya„rif Minh Karāhiyah, no.hadith 5379, Bāb al-Tharīd, no.hadith 5420, Bāb al-Dubbā‟, no.hadith 5433, Bāb Man Aḍāf Rajulā Ilā Ṭa„ām wa Aqbal Huwa „Alā „Amalih, no.hadith 5435, Bāb al-Maraq, no.hadith 5436, Bāb al-Qadīd, no.hadith 5437, Bāb Man Nāwal Aw Qaddam Ilā Ṣāḥibih „Alā al-Mā‟idah Shai‟ā, no.hadith 5439, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Īmān, Bāb Adā‟ al-Khums Min al- Īmān, no.hadith 40, satu [1] hadith dalam Kitāb al-„Ilm, Bāb Taḥriḍ al-Nabiyy SAW Wafd „Abd al-Qais „Ala An Ya ḥfaẓū al-Īmān wa al-„Ilm wa Yukhbirū Man Warā‟ahum, no.hadith 87, satu [1] hadith dalam Kitāb Mawāqīṭ al-Ṣolāh, Bāb Qawl Allāh Ta„ālā: Munībīn Ilaih wa Ittaqūh wa Aqīmū al-Ṣolāh wa La Takūnū Min al-Mushrikīn [al- Rūm:31], no.hadith 523, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Zakāh, Bāb Wujūb al- Zakāh, no.hadith 1398, satu [1] hadith dalam Kitāb Farḍ al-Khams, Bāb Adā‟ al- Khums min al- Dīn, no.hadith 3095, dua [2] hadith dalam Kitāb al-Manāqib, Bāb al- Manāqib, no.hadith 3492, Bāb (5), no.hadith 3510, dua [2] hadith dalam Kitāb

6 Ibn Man ẓūr, Lisān al-„Arab (Kaherah: Dār al-Ma„ārif, 1996), 11:233. Buah tembikai atau buah semangka. Lihat Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap 7 Al-Khalil, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006), 41.

8 Sejenis buah labu yang pahit. Lihat Ibid., 130. Abū Ja„afar al-Ṭabārī, Muḥammad bin Jarīr bin Yazīd bin Kathīr bin Ghālib al-Āmilī, Jāmi„ al-Bayān fī Ta‟wīl al-

9 Qurān. ed. Aḥmad Muḥammad Shākir (Kaherah: Mu‟assasah al-Risālah, 2000) 21:114. Ibn Qayyim al- Jawziyyāt, Muḥammad bin Abū Bakr, Al-Ṭib al-Nabawīy, ed. Sa„īd Muḥammad „Abd Khāliq (Beirut: Dār al-Fikr, 1957) 4:404.

al- Maghāzī, Bāb Wafd „Abd al-Qais, no.hadith 4368 dan 4369, tiga [3] hadith dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb al-Khamr Min al-„Asal wa Huwa al-Bit„u, no.hadith 5587, Bāb Tarkhiṣ al-Nabiyy SAW fī al-Aw„iyah wa al-Ẓurūf ba‟d al-

Nahy, no.hadith 5594 dan 5595, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Adab, Bāb Qawl al-Rajul Mar ḥabā, no.hadith 6176, satu [1] hadith dalam Kitāb Akhbār al-Āḥād, Bāb Waṣāh al-Nabiyy SAW Wufūd al-„Arab an Yuballighū man Warā‟āhum, no.hadith 7266 dan satu [1] hadith dalam Kitāb al-Tawḥīd, Bāb Qawl Allah Ta„ālā: Wa Allah Khalaqakum wa Ma Ta„malūn, no.hadith 7556.

Dalam Ṣaḥīḥ Muslim didapati sebanyak tiga puluh dua [32] hadith berkaitan labu iaitu dua [2] hadith dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb Jawāz Akl al- Maraq wa Isti ḥbāb Akl al-Yaqṭīn wa Īthār Ahl al-Mā‟idah Ba„ḍihim Ba„ḍā wa In Kānū Ḍifānā Idhā Lam Yakrah Dhālik Ṣāḥib al-Ṭa„ām, no.hadith 144 dan 145,

lima [5] hadith dalam Kit āb al-Īmān, Bāb al-Amr bi al-Īmān bi Allāh wa Rasūlih wa Shara‟i„ al-Dīn Ilaih wa al-Su‟āl „Anh wa Ḥifẓih wa Tablīghih Man Lam Yablighuh, no.hadith 23 , 24 , 25 , 26 dan 28, dua puluh lima [25] hadith dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb al-Nahy „An al-Intibādh Fī al-Muzaffat wa al-Dubbā‟ wa al- Naqīr wa Bayān Annah Mansūkh wa Annah al-Yawm Ḥalāl Ma Lam Yaṣir Muskirā, no.hadith 30, 31, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 44, 45, 46, 48, 51,

52, 53, 54, 55, 57, 58, 59, 60, dan satu [1] hadith yang tidak diwakili sebarang nombor.

Labu turut disebutkan dalam Sunan Abū Dāwud sebanyak lapan [8] hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kitāb al-Aṭ„imah, Bāb Fī Akl al-Dubbā‟, no.hadith 3782 dan baki tujuh [7] hadith lagi disebutkan dalam Kitāb al- Ashribah, Bāb Fī al-Aw„iyah, no.hadith 3690, 3692, 3693, 3695, 3696, 3697 dan 3700.

Sebanyak empat [4] hadith disebutkan dalam Jāmi„ al-Tirmīdhī iaitu dua [2] hadith dalam Kitāb Abwāb al-Aṭ„imah, Bāb Mā Jā‟a Fī Akl al-Dubbā‟, no.hadith 1839 dan 1850, satu [1] hadith dalam Kitāb Abwāb al-Ashribah, Bāb Ma Jā‟a Fī Karāhiyah An Yanbidh Fī al-Dubbā‟ wa al-Naqīr wa al-Ḥantam, no.hadith 1868 dan satu [1] lagi hadith disebutkan dalam Kitāb al-„Ilal, tanpa dinyakan nama Bāb dan no.hadith.

Manakala dalam Sunan al- Nasā‟ī pula disebutkan sebanyak empat puluh satu [41] hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kitāb al-Janā‟iz, Bāb Taswiyah al- Qubūr Idhā Rufi„at, no.hadith 2035, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Īmān wa

Syarā‟i„ih, Bāb Dhikr Sya‟b al-Īmān, no.hadith 5034, tiga [3] hadith dalam Kitāb al- Zīnah, Bāb Khātim al-Dhahab, no.hadith 5172, 5173 dan 5174, tiga puluh enam [36] hadith lagi dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb Taḥrīm al-Khamr, no.hadith 5550, 5551, 5559, 5592, 5593, 5613 dan 5615, Bāb Al-Nahy „an Nabīdh al-Jarr Mufradā, no.hadith 5618, 5626, 5627, 5628, 5629, 5630, 5631, 5632, 5633, 5634, 5635, 5636, 5637, 5638, 5639, 5640, 5641, 5642, 5643, 5646, 5637, 5648, 5650, 5651, 5652, 5658, 5681, 5684 dan 5695.

Dalam Sunan Ibn Mājah pula hanya terdapat tujuh [7] hadith sahaja berkaitan labu iaitu tiga [3 ] hadith dalam Kitāb Abwāb al-Aṭ„imah, Bāb al- Dubbā‟, no.hadith 3302, 3303 dan 3304, empat [4] lagi hadith disebutkan dalam Kitāb Abwāb al-Ashribah, Bāb Al-Nahy „an Tanbīdh al-Aw„iyah, no.hadith 3401, 3402, 3403 dan 3404.

Labu Menurut Perspektif Saintifik

Morfologi Dan Habitat Tanaman Cucurbita lagenaria L. Cucurbita lagenaria L. adalah salah satu famili tumbuhan Cucurbitatceace daripada genus Lagenaria Ser. Pokok Cucurbita lagenaria L. adalah jenis pemanjat dengan batang yang mempunyai jalur-jalur panjang dan sulur yang kuat. Sulur biasanya terbahagi kepada dua, satu lebih panjang daripada yang satu lagi. Daunnya ringkas, susunan berselang-seli, membulat bujur, ukuran garis pusat hingga 30cm, dan mempunyai 5 hingga 9 cuping kecil, berbulu serta berbau. Tangkai daun berukuran sehingga 20cm panjang. Bunganya tumbuh pada ketiak daun secara tunggul, berwarna putih dan ukuran garis pusat sehingga 12cm. Isi buahnya berwarna putih dan bertekstur lembut. Buahnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk, kebanyakannya adalah bulat seperti bentuk air, panjang sehingga 1m atau lebih. Buah yang sudah matang atau tua mempunyai kulit yang keras dan tahan lama.

Rajah 1.0. Gambar pokok Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika dan sekarang mempunyai taburan di keseluruhan kawasan tropika dunia. Ia juga telah lama ditanam di Asia dan juga Amerika.

Cucurbita lagenaria L. ditanam secara biji dan bercambah antara lima hingga tujuh hari selepas disemai. Dua minggu selepas itu pokok mula memanjat di mana pemanjangan berlaku pada kadar yang laju. Kadar pertumbuhan akan Cucurbita lagenaria L. ditanam secara biji dan bercambah antara lima hingga tujuh hari selepas disemai. Dua minggu selepas itu pokok mula memanjat di mana pemanjangan berlaku pada kadar yang laju. Kadar pertumbuhan akan

Tanah yang terlalu lembap menyebabkan pokok Cucurbita lagenaria L. lebih mudah diserang penyakit, terutamanya penyakit busuk batang iaitu penyakit utama yang dihasilkan oleh kulat dan virus. Serangga perosak pula terdiri

daripada penghisap cecair, pemakan buah dan penebuk daun 10 .

Sinonim dan Nama Vernacular Cucurbita lagenaria L. adalah sinomin dengan nama Lagenaria vulgaris, L.

11 leucantha 12 , dan Lagenaria siceraria (Molina) Standl. iaitu labu air . Ianya dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa vernakular. Jadual 1.1

menunjukkan kepelbagaian nama dalam bahasa vernakular 13 bagi Cucurbita lagenaria L.

Jadual 1.1. Nama-nama Cucurbita lagenaria L dalam bahasa vernakular

Bil. Bahasa Vernakular Nama

1. Malaysia Labu air, Labu botol, Labu manis Bottle gourd, Trumpet gourd, Calabash gourd,

2. Inggeris

White-flowered gourd 14

3. Perancis Courge bouteille, Calebasse/Calabassier

4. Indonesia Labu air, Labu putih, Kukuk (Jawa Barat)

5. Papua New Guinea Air wara, Sel kambang Talagay, Cucuzzi, Zucca melon, Upo (Tagalog),

6. Filipina Tabungaw (Ilocano), Kalubay (Bisaya)

7. Kemboja

Khlôôk

8. Laos

Namz taux Khi-luu-saa (Karen), Namtou (bandar Thailand),

9. Thailand

Manamtao (utara Thailand)

10. Vietnam

B[aa][uf]

11. Sepanyol

Cojombro, Guiro amargo

12. Cina

Mo kwa, Oo lo kwa

Sumber: Plant Resources of South-East Asia 15 dan Vegetables in The Tropics 16

10 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn 11 Bhd, 2003), 60. Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. (Netherlands: Pudoc Scientific 12 Publishers, 1993). 190.

13 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. 60. Bahasa vernakular ialah bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. Lihat Kamus Dewan Edisi 14 Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005), 432, entri “vernakular.” Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and Utilization. (New York: Interscience 15 Publishers, Inc., 1962) 55. Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. 190.

Kandungan Nutrisi Cucurbita lagenaria L. Labu air atau Cucurbita lagenaria L. mengandungi nutrisi dan kimia yang berbeza-beza pada buah, kulit buah, biji benih dan daun.

1. Buah Buah labu air mengandungi 2.5% karbohidrat, 0.2% protien, 0.1% lemak (termasuk yang diekstrak), 0.6% serat, 0.5% bahan mineral, <0.01% kalsium dan fosforus, 0.7 mg/100g iron, 11.0 mg/100g sodium, 4.5μg/kg iodine dan 15.8μg/g retinol. Selain itu, buah labu air turut mengandungi komposisi asid amino yang terdiri daripada 0.8mg leucines, 0.9mg phenylalanine, 0.3mg valine, 0.4mg tyrosine , 0.4mg alanine, 0.5mg threonine, 0.2mg glutamic acid, 0.3mg serine, 0.6mg aspartic acid, 1.9mg cystine, 0.3mg cystiene, 0.4mg arginine dan 0.3mg/g proline .

Bagi bahagian buah labu air yang boleh dimakan pula mengandungi 44μg thiamine , 23μg riboflavin, 0.33mg niasin, 13 mg/100g ascorbic asid dan choline. Buah labu adalah sumber terbaik bagi vitamin C, vitamin β-carotene, vitamin B- complex , pectin dan 16.02mg/g choline. Buah labu turut mengandungi

triterpenoids 17 , 22-deoxocurbitacin-d dan 22-deoxosiocucurbitacin d.

Rajah 1.1. Struktur triterpenoids (22-deoxocurcubitacin-D dan 22-deoxoisocurcubitacin-D) daripada Cucurbita lagenaria L.

2. Kulit Kulit buah labu air pula mengandungi 17.5% crude protein, 18.1% cellulose, dan 8.0% lignin. 18

3. Biji Benih Biji benih labu pula mengandungi komposisi amino asid. Bagi 100g biji benih labu air, terdapat 2.41g aspertic acid, 0.85g threonine, 1.24g serine, 4.71g glutamic acid, 0.83g boline, 1.44g glycine, 1.22g alaine, 0.49g cystine, 1.33g

17 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics (London: Macmilan Education LTD, 1983). 171. Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd." dalam Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants, Springer 18 Netherlands, (2012), 170. Ibid.

valine , 0.70g methionine, 0.99g isoleucine, 0.80g tyrosine, 1.72g pheylalanine, 0.72g histidine, 0.87g lysine dan 4.77g arginine. 19

4. Daun Daun labu air mengandungi 83ml air, 43 kalori, 4.4g protein, 0.3g lemak, 8g

karbohidrat, 1.8g serat, 88mg fosforus dan 7.4 ferum. 20

Secara ringkasnya, bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan ialah isi buah dan daun sahaja. Jadual 1.2 menunjukkan jumlah nilai nutrisi dan kimia dalam 100g isi buah labu air dan daun.

Jadual 1.2. Jumlah nilai nutrisi bagi 100g bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan

Bahagian Tumbuhan Bil. Nutrisi

Isi Buah

Daun

1. Air (ml)

3. Protein (g)

4. Lemak (g)

5. Karbohidrat (g)

6. Serat (g)

7. Kalsium (mg)

8. Fosforus (mg)

9. Ferum (mg)

10. Vitamin β-carotene equiv. (μg)

11. Thiamine (mg)

12. Niasin (mg)

13. Asid absorbic (mg)

Sumber: Vegetables in the Tropics 21

Manfaat Amalan Pemakanan Labu Air Menurut Fiqh al-Hadith dan Kajian Sains

Amalan memakan buah labu dalam diet seharian mampu merawat beberapa jenis penyakit iaitu:

1. Demam Panas Menurut Imam al- 22 Nawawī dalam al-Minhāj , buah labu mampu menyembuhkan

demam panas dan demam al- Rib„. Demam al-Rib„ ialah demam yang berlaku pada hari pertama kemudian hilang selama dua hari tetapi kembali semula pada

19 Axtell B.L. dan Fairman R.M., Minor Oil Crops: Edible oils Food and Agriculture Organization of the United Nations dalam FAO Agricultral Service Bulletin 94 (Rome, 1992), dicapai pada 18 Disember 2015, 20 http://www.fao.org/docrep/X5043E/x5043E07.htm#Bottle gourd

21 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. 91. 22 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. 91. Abū Zakariā Muḥy al-Dīn Yaḥya bin Sharaf al-Nawawī, al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim bin al-Ḥajjāj, (Beirut: Dār

I ḥyā‟ al-Turāth al-„Arabī, t.t), 14:196.

hari keempat. Hal ini kerana labu adalah bersifat sejuk dan mampu menyejukkan dan menurunkan suhu badan.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad 23 , terdapat banyak sebab-sebab terjadinya demam. Malah demam sendiri didefinisikan oleh pelbagai orang dengan pelbagai

ukuran. Seseorang dikatakan mengalami demam apabila bacaan suhu badannya melebihi bacaan suhu badan yang normal 36.5-37.5°C (98-100°F). selain itu, demam berlaku apabila suhu badan seseorang di waktu pagi melebihi 37.2°C (>98.9°F) atau suhu badan seseorang di waktu petang melebihi 37.7°C (>99.9°F) dan perbezaan suhu sepanjang hari 0.5°C (0.9°F). Oleh itu, demam haruslah diukur menggunakan thermometer bagi mendapatkan bacaan suhu tubuh.

Buah labu bersifat analgesik iaitu bertindak sebagai ubat yang dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Hal ini berlaku kerana isi buah labu mengandungi vitamin C yang menguatkan sistem imunisasi badan terutamanya apabila dimakan semasa demam. 24 Vitamin C adalah vitamin

larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid membantu mengawal dan mengurangkan selsema. 25

2. Barah Darah (Leukimia) Leukimia ialah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sumsum tulang. Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Gejalanya ialah lemah dan letih lesu, kurang selera makan dan kurang berat badan, bengkak dan gusi berdarah, sakit kepala, bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran

hati, limfa dan lain-lain. 26

Leukemia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (Hematological Neoplasm ).

Penyakit leukimia berlaku disebabkan kekurangan komposisi nutrisi dan kimia dalam tubuh badan kerana kurang pengambilan buah-buahan dan sayur- sayuran dalam diet seharian. Buah labu adalah salah satu sayur yang mampu mencegah dan merawat penyakit Leukimia kerana isi buahnya mengandungi

23 Zubaidi Hj Ahmad, “Apakah Punca Demam?”, laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015, 24 http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/ Muhammad Akhbar Abdullah, “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yang-

25 diperlukan-sehari/ Norman, “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”, laman sesawang Dr Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18

26 Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah, Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam (cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd., 2015), 153.

bahan antioksidan yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.

3. Hipertensi Hipertensi (Hypertension) atau darah tinggi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Dengan kata lain, penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan satu tekanan di dalam sistem pengaliran darah yang membolehkan darah mengalir daripada jantung

melalui arteri terus ke vena dan kembali ke jantung. 27

Pesakit darah tinggi digalakkan memakan buah labu air yang telah direbus tanpa kulit bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Hal ini kerana pengambilan buah labu air dalam diet seharian mengurangkan tekanan darah dalam arteri dan

kadar jantung. 28

4. Diarea Diarrhea ialah diarea iaitu keadaan yang dicirikan sebagai penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya. Diarea lebih dikenali dengan penyakit cirit-birit. Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta-merta. Bagi orang dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, jika penghidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, buah labu bersifat sejuk dan lembap. Isi buah labu adalah lembut dan empuk serta cepat kesannya. Buktinya, buah labu mampu melegakan perut yang sakit kerana buah labu mudah meninggalkan perut walaupun belum hancur sempurna. Sekiranya buah labu direbus dan airnya dicampur dengan madu akan menghasilkan banyak cairan tubuh yang membantu proses pembuangan najis.

Antara masalah utama berlaku diarea ialah masalah kekurangan beberapa jenis vitamin seperti vitamin B, asid folic, vitamin B-complex, thiamine, vitamin

D, kalsium, protien dan tenaga yang menyebabkan masalah darah yang tidak sihat, kebas-kebas anggota kaki dan tangan, terencat perkembangan tulang dan sebagainya.

28 Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit (Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995), 47. Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar, Effect of Lagenaria siceraria (Ls) Powder on Dexamethasone Induced Hypertension in Rats,

5. Kecacingan (Anthelmintic) Secara ringkas, tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada perumah. Secara umumnya, terdapat tiga jenis cacing iaitu; [Pertama] Cacing kerawit (ancylosotomadoedenali necator americanus) yang boleh menyebabkan anemia, tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing. [Kedua] Cacing gelang (ascaris lumbricoides , ascaris suum) yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat dan tindak balas alergi. [Ketiga] Cacing rambu (Enterobius vermicularis ) yang menghalang makanan daripada dihadamkan dengan sempurna, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur dan aktiviti menggaru boleh menyebabkan jangkitan.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Amit Kumar yang menggunakan sebatian daun labu air yang telah dikeringkan dan dikisar lumat sebelum dicampur dengan air dan methanol menunjukkan aktiviti anthelmintic yang mampu melumpuhkan cacing seterusnya membunuhnya dalam perut. Cacing-cacing tersebut dibuang dari perut melalui dubur semasa proses

pembuangan najis besar. 29

6. Diabetes Diabetes ialah keadaan yang dicirikan dengan perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan yang dikenali dengan penyakit kencing manis. Penyakit diabetes ialah sejenis penyakit di mana terdapat paras kandungan gula yang sangat tinggi dalam darah seseorang yang menghidapinya. Kandungan gula yang tinggi yang melebihi paras normal ini menjelma dalam air kencing.

Penyakit kencing manis berpunca apabila tubuh seseorang itu tidak mengimbangi tahap gula dalam badannya disebabkan kurang insulin atau kurangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Oleh itu tisu tidak boleh menyerap gula dan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi. Dalam keadaan ini, gula tersebut akan ditapis keluar oleh buah pinggang dan keluar bersama air kencing. Selalunya pesakit kecing manis akan diperiksa air kencingnya bagi menentukan tahap gula di dalamnya. Lazimnya, jika tahap gula dalam darah tinggi, tahap gula dalam air kencingnya juga tinggi.

Pokok labu air sering digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun temurun di kebanyakan negara bagi mengubati penyakit diabetes mellitus. Satu kajian yang telah dijalankan dalam makmal menggunakan pucuk daun labu air ke atas sekumpulan tikus yang dijangkiti penyakit diabetes. Hasil kajian memdapati bahawa pucuk daun labu air membantu mengawal tahap gula dalam darah tanpa

Amit Kumar dan Sangh Partap, In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm, Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry bil 1:4, dicapai pada 3 Januari 2015. http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf Amit Kumar dan Sangh Partap, In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm, Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry bil 1:4, dicapai pada 3 Januari 2015. http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf

7. Insomnia Insomnia ialah ketidakupayaan tidur iaitu ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau „merehatkan minda‟ melebihi beberapa minit.

Menurut Dr Muhammad Akbar Abdullah 31 , sekiranya anda susah untuk melelapkan mata atau mengekalkan tidur yang lena, ini bermakna anda

mempunyai penyakit insomnia. Insomnia berlaku disebabkan oleh tekanan emosi, tekanan hidup seperti kematian orang tersayang, dibuang kerja dan sebagainya, suasana yang tidak tenteram seperti bunyi yang bising, lampu yang terang di kamar tidur, waktu tidur yang tidak teratur terutama bagi golongan pekerja yang berkerja mengikut shif, kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit seperti heartburn, lelah, migrain, arthritis dan sebagainya. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh menjadi puncanya. Sekiranya tidak dibendung, insomnia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mengantuk semasa berjaga, sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan, sakit atau pening kepala, letih, kemurungan, kurang selera makan dan naik berat badan.

Insomnia berlaku adalah disebabkan kekurangan vitamin B1 atau tiamin yang akan membuat hilangnya nafsu makan, gangguan pencernaan, sembelit, lemah otot, denyut nadi lebih lambat, depresi dan mudah tersinggung. Berdasarkan fakta farmakologi, buah labu mengandungi vitamin B1 atau tiamin yang membantu mengatasi masalah gangguan tidur atau insomnia.

8. Kanser prostat Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai

dengan kanser prostat. 32

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin

30 Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan Sagar Naskar, Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari

31 2015, http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf. Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18

32 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan-penyakit-insomnia/ Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015, http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-prostat 32 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan-penyakit-insomnia/ Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015, http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-prostat

yang teruk. 33

Biji labu merupakan diet pemakanan yang baik untuk lelaki. Biji labu mengandungi unsur alanine, glisina, glutamate, fitosterol dan mineral zink serta magnesium yang diperlukan oleh kelenjar prostat. Kandungan fitiserol yang terdapat dalam biji labu dapat membantu untuk mengimbangi tumbesaran prostat dan seterusnya menggalakkan penghasilan hormon testosterone yang dapat meningkatkan kandungan sperma lelaki.

Kesimpulan

Terdapat banyak persamaan antara fiqh al- ḥadīth dan saintifik dalam menjelaskan manfaat labu untuk kesihatan tubuh badan manusia. Labu air adalah sumber vitamin, serat dan protien mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh manusia seperti kencing manis, sakit jantung, kecacingan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Buah labu yang dimakan secara mentah lebih baik kerana seluruh kandungan vitaminnya dapat diserap oleh tubuh badan berbanding dengan buah labu yang telah dimasak yang boleh menghilangkan jumlah kandungan vitamin.

Penghargaan

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran penyelidikan TRGS (TR001A- 2014A) bertajuk „Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia ‟.

Rujukan

Abū Zakariā Muḥy al-Dīn Yaḥya bin Sharaf al-Nawawī. Al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim bin al- Ḥajjāj. Beirut: Dār Iḥyā‟ al-Turāth al-„Arabī, t.t. Amit Kumar dan Sangh Partap. “In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm”. Journal of Pharmacognosy and

3 Januari 2015. http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015, http://www.myhealth.gov.my/index.php /kanser-prostat

Phytochemistry bil

dicapai

pada

33 Ibid.

Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003. Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006. Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah. Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam . cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd., 2015.

Ibn Man ẓūr. Lisān al-„Arab. Kaherah: Dār al-Ma„ārif, 1996. Ibn Qayyim al- Jawziyyāt, Muḥammad bin Abū Bakr. Al-Ṭib al-Nabawīy, ed.

Sa„īd Muḥammad „Abd Khāliq. Beirut: Dār al-Fikr, 1957. Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005. Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd" dalam Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants . Springer Netherlands (2012). Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang

18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan- penyakit-insomnia/ Muhamm ad Akhbar Abdullah. “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”. laman sesawang Healthmassa. dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos- yang-diperlukan-sehari/

Norman. “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”. laman sesawang Dr Norman- Live

18 Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html

to

Serve!, dicapai

pada

Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit. Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995. Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan

Sagar Naskar. Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats , dicapai pada 15 Januari 2015, http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.

Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. Netherlands: Pudoc Scientific Publishers, 1993. Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. London: Macmilan Education LTD, 1983. Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar. Effect of Lagenaria

siceraria (Ls) Powder on Dexamethasone Induced Hypertension in Rats . Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and Utilization . New York: Interscience Publishers, Inc., 1962. Zubaidi Hj Ahmad. “Apakah Punca Demam?”. laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015, http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca- demam/

LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN SAINTIFIK

34 Muhammad Remy Othman 35 , Mohd Farhan Md Ariffin , Nooraqilah Che

36 37 38 Rozenan 39 , Hazrina Hazni , Mohd Rais Mustafa , Khalijah Awang , Rozana

Othman 40

Abstrak

Hampir 80% penduduk dunia ketiga masih menggunakan tumbuhan herba sebagai perubatan mereka yang dikenali dengan nama “pengubatan tradisi” traditional knowledge (TK) telah banyak di pasaran kini. 41 Kertas candangan ini, ingin menggariskan kepentingan

tumbuhan terpilih iaitu tumbuhan inai (Lawsonia inermis L.) kerana tumbuhan inai amat berpontensi sebagai ubat-ubatan selain daripada hiasan pewarna semulajadi. Inai dilaporkan sebagai salah –satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan sengal-sengal badan, merawat bengkak dalam perut, pening kepala, cuit dan perecut, keradangan, keguguran, berkhatan dan juga dalam

merawat barah tulang. 42 Kajian fitokimia mendapat sebatian utama inai adalah lawson, kamferol dan kuersetin. 43

Kata kunci : Inai (Lawsonia inermis L.), pengetahun tradisi dan fitokimia

Pengenalan

Terdapat beberapa tumbuhan yang disebut di dalam al-Quran dan Hadith berkaitan dengan kegunaan dalam perubatan Alam Melayu, antaranya pokok bidara, buah delima, halia, serai, madu, jintan hitam (habbatussauda), kurma

ajwah, bawang merah (duan) , pisang emas (kulit) dan pokok inai. 44

Kertas candangan ini, ingin menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu tumbuhan inai (Lawsonia inermis L.) kerana tumbuhan inai amat

35 Pelajar Pascasiswazah PhD, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM). 36 Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). 37 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM). 38 Pelajar Pascasiswazah PhD, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM). 39 Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur. 40 Profesor Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur. 41 Pensyarah Kanan, Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur. 42 Herba Malaysia (2014). Berita harian bertarikh 28 mei 2014. Fatan Hamamah Hj. Yahya (2003) Potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-bangi. Boleh diakses:

43 eprints.ukm.my/75/1/Fatan-1.pdf . Endrini, S. (2007). Comparing of the Cytotoxicity Properties and Mechanism of Lawsonia inermis and Strobilanthes 44 crispus Extract Against Several Cancel Cell Lines. Journal Medical Sciences, 7(7), 1098-1102. Dato‟ Abdul Rashid, Darussyifa (2015). Pengenalan kepada penggunaan herba dan tumbuh-tumbuhan dalam rawatan penyakit jasmani.

berpontensi sebagai ubat-ubatan. Dilaporkan daun inai digunakan dalam perubatan melayu yang kaya dengan sumber ubatan dan telah diamalkan dan digunakan dalam rawatan sengal-sengal badan, merawat bengkak dalam perut,

pening kepala, cuit dan perecut. 45

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyenaraikan kandungan fitokimia yang ada dalam inai dan potensi perubatan yang ada dalam inai yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Kegunaan inai pada Alam Melayu di Malaysia dan beberapa negara yang menggunakan inai sebagai ramuan dalam ubatan mereka.

Asal Usul Inai Dan Taburannya

Nama saintifik inai adalah Lawsonia inermis Linn. sinonim Lawsonia alba Lam, berasal daripada keluarga Lythraceae seperti pokok delima. Asal Lawsonia inermis tidak diketahui. Bukti bahasa menyokong asal usul dalam bidang Baluchistan (Iran/Pakistan) ke barat India, di mana ia masih boleh ditemui tumbuh di hutan. Ia merebak ke arah timur ke seluruh India dan Indonesia, dan ke arah Barat ke Timur Tengah di mana ia menjadi salah satu tumbuhan yang penting dalam Islam. Bagaimanapun, telah disebutkan dalam Al-kitab (Bible)

untuk minyak wanginya ('kopher') dan di Mesir Purba ('kwpr') 46 . Ia kemudiannya dibawa oleh tentera Islam dan pedagang dari Saudi ke Sepanyol, Utara Afrika,