LANGKAH LANGKAH MENJAGA ANCAMAN PENGGUNA

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ANCAMAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN
INTERNET
Kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat
daripada diceroboh atau dimasuki secara tidak sah, kerosakan data kerana pencerobohan,
dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah ataupun akibat daripada bencana alam.
Langkah-Langkah Keselamatan Penggunaan Komputer dan Internet
a) Kata Laluan (Password)
 Kata laluan adalah rahsia dan hanya diketahui oleh pengguna yang sah sahaja.
 Jangan dedahkan pengenalan diri dan kata laluan diri kepada sesiapa.
b) Email
 Jangan buka sebarang ‘attachment’ tanpa menyemak terlebih dahulu walaupun ianya
daripada individu yang AMAT dikenali.
 Aktifkan penapis ‘junk e-mail’, buang e-mel yang tidak berkaitan
 Minta pengirim email menyatakan nama ‘attachment’ , jenis format dan aplikasi
yang perlu digunakan untuk membukanya.
c) Install Perisian Anti Virus
 Pasangkan perisian pencegahan virus untuk memeriksa fail-fail yang baru digunakan
untuk mengelakkan sebarang jangkitan virus.
 Gunakan program antivirus untuk mengimbas external hardisk dari virus sebelum ia

digunakan.
 Imbas sebarang program-program baru sebelum menjalankannya.
d) Firewall
 Firewall adalah perkakasan atau perisian yang berfungsi dalam rangkaian untuk
menghalang komunikasi yang tidak dibenarkan.
 Memasang perisian firewall dapat membantu mengelakkan data masuk dan keluar
secara tidak sah dari komputer sebaik sahaja sistem disambungkan ke internet.
e) Buang Perisian Lama (Uninstall)
 Jangan guna perisian yang sudah lama tidak dipakai kerana kemungkinan terdapat
virus.
 Selalu kosongkan recycle bin/ trash.
f) Kawalan Capaian
 Langkah-langkah mengelak pengodam atau penceroboh mencapai sistem komputer :- Penggunaan kata laluan untuk pengguna yang sah. Contoh : Penggunaan Kad ATM
- Objek perlaksana Contoh : Cap Ibu Jari, Kod bar atau Pengimbas Nombor
- Perkakasan Biometrik Contoh : Pengimbas Cap Jari, Pengimbas Retina.
g) Salinan Fail (Backup File)
 Data backup ialah satu program menyalin fail. Membuat salinan aplikasi data ialah
satu keperluan supaya data dapat dipulihkan semula sekiranya berlaku kecemasan.
 Salinan data dibuat bergantung kepada kepentingan data tersebut samada setiap hari,
setiap minggu atau setiap bulan


1

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)



Salinan hendaklah dibuat di storan lain seperti pendrive, CD, external hardisk dan
pelbagai.

h) Kemaskini Perisian
 Kemaskini perisian sistem komputer seperti perisian anti virus sekurang-kurangnya
sekali seminggu supaya sistem komputer dapat berfungsi dengan baik.
i) Kawalan Rangkaian
 Disconnect internet daripada komputer jika tidak menggunakannya untuk
mengelakkan daripada sistem komputer diceroboh atau digodam oleh orang-orang
yang cuba untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer atas tujuan jahat,khianat
atau sebagainya.
j) Capaian Data
 Jangan melayari laman web yang tidak sepatutnya seperti pornografi dan lain-lain

 Berhati-hati dengan sebarang ‘popup window’ yang muncul, gunakan teknik ‘right
click’ pada ‘taskbar’ untuk tutup ‘popup window’ tersebut
k) Perancangan Pemulihan Bencana
 Rancangan lain perlu diambil perhatian, walaupun salinan telah dilakukan antaranya :
 Rancangan Kecemasan (Emergency Plan)
Sekiranya berlaku gangguan, apakah rancangan keselamatan yang hendak
dilakukan bagi melindungi pengguna atau maklumat.
 Rancangan Sandaran (Backup Plan)
Perancangan dibuat samada keseluruhan atau separuh sahaja.
 Rancangan Pemulihan (Recovery Plan)
Rancangan ini menyimpan data yang penting dalam media di luar sistem
 Rancangan Ujian (Test Plan)
Adakan ujian dari masa hingga ke semasa untuk memastikan keberkesanan
rancangan kecemasan yang telah dirancang.
10 TIPS PANDUAN KESELAMATAN UNTUK PENGGUNA INTERNET
1) Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu
Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang lain
terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM)
secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut.
Oleh itu jangan sesekali:

• Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.
• Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di internet . hiraukan apa
yang diperkatakan olehnya.
• Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai gambar
dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.
• Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej
yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.
2) Memastikan kata laluan yang digunakan adalah alphanumeric, iaitu gabungan nombor
dan abjad. Kata laluan hendaklah dihafal dan tidak dituliskan di mana-mana. Kata laluan ini
hendaklah ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
2

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)

3) Berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem
pemesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila pengguna tidak
pasti tujuannya.
4) Pengguna berhak untuk bertanyakan mengapa dan bagaimana maklumat yang diberi
akan digunakan.
5) Memerhatikan tanda-tanda kecurian identiti seperti bil yang hilang atau lambat

sampai, menerima kad kredit yang tidak dipohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang
kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas, atau dihubungi oleh pemungut hutang
atau pihak-pihak berkenaan mengenai pembelian yang tidak dibuat.
6) Jangan membuka e-mel, fail atau pautan laman web daripada pihak yang tidak dikenali
atau dicurigai isi kandungannya.
7) Memastikan lampiran e-mel adalah daripada sumber yang dipercayai sebelum
membukanya. Jangan berikan respons kepada e-mel yang meminta maklumat peribadi,
maklumat daftar masuk atau pengesahan tukar kata laluan,
8) Menggunakan antivirus, anti-spyware dan program firewall yang disokong dengan
baik oleh pembekalnya. Pastikan program yang digunakan adalah terkini dan dikemas kini
dari masa ke semasa.
9) Bagi pengguna yang memiliki akaun perbankan dalam talian, anda disarankan
memeriksa akaun bank dengan kerap untuk memastikan tiada pengeluaran palsu dijalankan.
Jika melakukan pembelian dalam talian, gunakan kad kredit. Kad kredit biasanya mempunyai
perlindungan yang lebih terjamin bagi liabiliti peribadi.
10) Semasa melawat laman web perbankan dalam talian, periksa sama ada tarikh dan
masa sepadan dengan tarikh dan masa bagi pendaftaran masuk terakhir. Jika akaun bank telah
terjejas, bertindak pantas dan laporkan kepada bank.

3


Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PENAMBAHAN LPG SEBAGAI SUPLEMEN BAHAN BAKAR TERHADAP UNJUK KERJA MOTOR BENSIN 4 LANGKAH DENGAN VARIASI SUDUT PENGAPIAN

0 39 23

PENGARUH PEMASANGAN BOOSTER BAHAN BAKAR PADA SALURAN BAHAN BAKAR SEBELUM POMPA TERHADAP UNJUK KERJA MOTOR BENSIN 4(empat) LANGKAH

1 55 1

PERENCANAAN TURBOCHARGER PADA MOTOR DIESEL EMPAT LANGKAH DENGAN DAYA 300 HP

3 45 2

DESAIN MODIFIKASI KARBURATOR PADA MESIN BENSIN 4 LANGKAH BERBAHAN BAKAR ETANOL

0 79 16

GAMBARAN FASILITAS PENUNJANG CUCI TANGAN SERTA PENGETAHUAN SISWA TENTANG METODE CUCI TANGAN 6 LANGKAH di MTs “x” Kota Malang

3 51 20

POLA KOMUNIKASI ORGANISASI APMA (ASOSIASI PENGUSAHA MANIK-MANIK DAN AKSESORIS) JOMBANG DALAM MENJAGA SOLIDARITAS (Studi pada anggota organisasi APMA Jombang)

1 40 12

PEMAKNAAN MAHASISWA PENGGUNA AKUN TWITTER TENTANG CYBERBULLY (Studi Resepsi Pada Mahasiswa jurusan Ilmu Komunikasi Universitas Muhammadiyah Malang angkatan 2010 Atas Kasus Pernyataan Pengacara Farhat Abbas Tentang Pemerintahan Jokowi - Ahok)

2 85 24

BENTUK DUKUNGAN KELUARGA TERHADAP SIKAP LANSIA DALAM MENJAGA KESEHATAN MENTALNYA (Studi Kualitatif terhadap Lansia Wanita di Posyandu Lansia Harapan dan Jember Permai I di Kecamatan Sumbersari Kabupaten Jember)

3 56 58

FAKTOR PENYEBAB DAN UPAYA PENANGGULANGAN TERHADAP PENGGUNA IJAZAH PALSU DALAM PENGANGKATAN CALON PEGAWAI NEGERI SIPIL DI BANDAR LAMPUNG

2 82 62

PENERAPAN PUTUSAN REHABILITASI TERHADAP PELAKU TINDAK PIDANA PENGGUNA NARKOTIKA (STUDI KASUS PUTUSAN NO : 130/Pid.B/2011/PN.LW)

7 91 58