laras bahasa Lean adalah suatu upaya

PENGHARGAAN
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ingin saya tujukan kepada Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) kerana telah memberi
peluang kepada saya dan rakan-rakan saya untuk menjalankan kerja kursus Bahasa
Melayu Komunikatif MPU 3012.
Saya juga berterima kasih kepada Encik Johari bin Harun selaku pensyarah
kami kerana telah memberi penerangan yang cukup jelas dan telah memberi tunjuk
ajar kepada kami semua.
Malah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Jeganathan a/l
Sinnappayan dan Puan Susila a/p Mutthusamy kerana memberi sokongan padu dan
moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga tidak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas saya yang telah berkongsi pengetahuan mereka dengan saya. Ucapan
terima kasih ini juga ditujukan kepada semua abang-abang serta kakak-kakak senior
yang telah membantu saya sepanjang tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

1

PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan rasmi Negara Malaysia dan bahasa
tersebut dipelihara di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu kaya
dengan perkataan-perkataan yang bersantun. Kesantunan amat penting kerana akan
menjadikan komunikasi lebih menarik, tepat dan orang lain dapat memahami serta
mentafsirkan mesej kita denagan lebih tepat. Kesantunan berbahasa amat penting bagi
seseorang individu ketika berkomunikasi dengan individu lain kerana akan menimbulkan
masalah besar sekiranya tiada kesantunan berbahasa. Seperti mana yang kita ketahui,
Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum, bangsa, adat-istiadat, kepercayaan dan bahasa. Sebagai masyarakat yang majmuk
kesantunan bahasa amat penting bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan Negara
kita. Sekiranya tidak, nescaya Negara kita akan berada dalam keadaan huru-hara,
ketidakseimbangan ekonomi, ketidakstabilan politik.

2

TUGASAN 1 : ANALISIS LARAS BAHASA
Laras bahasa merupakan salah satu aspek atau konteks dalam sosiolinguistik. Laras
bahasa mengkaji mengenai penggunaan diksi dalam sesuatu teks seperti artikel, jurnal,
surat khabar dan lain-lain lagi. Penggunaan laras bahasa membincangkan dua konsep iaitu
pengguna dan penggunaan. Sebagai contoh, dialek Perak, Kelantan dan Melaka adalah

berbeza.
Terdapat pelbagai jenis laras bahasa seperti laras bahasa biasa, laras bahasa
iklan/perniagaan, laras bahasa sains, laras bahasa media massa, laras bahasa rencana,
laras bahasa undang-undang,laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa
sastera/kreatif, laras bahasa ekonomi, dan laras bahasa akademik.
Bahan ilmiah yang telah dikaji ialah sebuah artikel yang bertajuk bahasa Melayu
bahasa Rasmi Asean yang dikarang oleh Jeniri Amir keluaran Sari bahasa. Artikel ini
memaparkan pelbagai laras bahasa.
Sebagai contoh, ayat dalam artikel ini menggunakan laras bahasa biasa. Laras
bahasa biasa bermaksud tiada sebarang konteks khusus atau terperinci yang melibatkan
sebarang bidang ilmu seperti sains dan matematik. Pemilihan kata (diksi) dalam laras
bahasa biasa sering digunakan dalam perbualan harian. Struktur ayatnya juga mudah,
ringkas dan padat. Terdapat dua jenis laras bahasa biasa iaitu formal; digunakan dalam
perkara rasmi, dan tidak formal. Contoh laras bahasa biasa dalam artikel ini (m/s 6,
perenggan pertama, baris pertama) ialah ‘Jika ekonomi Asean disatukan, ekonomi tersebut
merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia’. Contoh seterusnya (m/s 7, perenggan
kedua, baris kelapan) ialah ‘Negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai sebagai
bahasa rasmi perlu meneruskan perjuangan itu. Kedua-dua ayat ini dikategorikan sebagai
laras bahasa biasa kerana mudah difahami, formal dan tidak melibatkan sebarang bidang
ilmu yang lain.

Seterusnya, laras bahasa ekonomi telah digunakan. Laras bahasa ekonomi ialah
adalah berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi. Gaya bahasa yang digunakan adalah sangat
formal tetapi tidak memberi keutamaan dalam struktur ayat. Maklumat yang disampaikan
adalah jelas dan eksplisit. Faktanya berpandukan bukti data dan statistik. Contoh dalam
artikel ini (m/s 6, perenggan pertama, baris keempat) ialah ‘Rantau tersebut merupakan
antara rantau ekonomi paling terbuka di muka bumi dengan jumlah keseluruhan eksport
barangan sebanyak AS$1.2 trilion-hampir 54 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan tujuh peratus daripada eksport global. Ayat ini menggambarkan
situasi ekonomi di mana berlakunya urusan eksport dan melibatkan jumlah wang yang

3

banyak. Kenyataan tersebut boleh dipercayai kerana merupakan kenyataan yang
dikeluarkan oleh KDNK yang menguruskan akaun ekonomi negara.
Laras bahasa iklan juga digunakan dalam artikel tersebut. Laras bahasa iklan
bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkesan. Ayatnya ringkas serta pendek tetapi
penuh dengan maklumat. Laras bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa dan hanya
mengunakan pernyataan tertentu sahaja. Sebagai contoh yang terdapat dalam artikel ini
(m/s 6, perenggan kedua, baris ke-14), …dengan slogan “Satu Visi, Satu identiti, Satu
Komuniti”. Slogan ini dapat menarik perhatian orang ramai seterusnya dapat disebarkan

kepada seluruh negara. Slogan ini ringkas, padat dan mempunyai maksud yang sangat
mendalam. Slogan ini dikatakan laras bahasa iklan kerana dapat menyampaikan maklumat
atau mesej kerajaan kepada rakyat.
Malahan, laras bahasa undang-undang juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam sesebuah artikel. Laras ini dapat membuktikan kesahihan maklumat dalam
sesebuah bahan ilmiah. Ayat yang digunakan berpandukan perundangan yang mempunyai
prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta yang melibatkan seksyen dan bahagian
undang-undang. Selain itu, terdapat istilah khusus yang dipinjam daripada bahasa lain
seperti bahasa Inggeris. Kosa kata yang digunakan adalah berdasarkan intepretasinya. Ayat
sebegini tidak memerlukan struktur ayat yang betul. Ayatnya mungkin panjang kerana harus
mengikut segala yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang kesalahan semasa
interpretasi boleh menyebabkan kesan yang sangat buruk. Sebagai contoh, (m/s 7,
perenggan keempat, baris kelima) dalam artikel ini ialah ‘Di Singapura, satu daripada
bahasa rasmi ialah bahasa Melayu [(Artikel 153A & 153 (A), (2)], Indonesia dengan bahasa
Indonesia (Artikel 36 Perlembagaan Indonesia), dan Malaysia dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan (Artikel 152). ‘Perlembagaan’ didefinisikan
sebagai satu dokumen yang mengandungi segala susunan peraturan dan undang-undang
dasar yang menjadi asas sesebuah negara. Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi dalam sesebuah negara dan harus diikuti oleh rakyatnya.
Laras bahasa Matematik juga digunakan dalam artikel ini di mana laras bahasa ini

memainkan peranannya dengan menggunakan unsur-unsur matematik seperti peratus,
poligon, algebra dan sebagainya. Contoh laras bahasa matematik dalam bahan ilmiah ini
ialah ‘…sekitar lima peratus daripada penduduknya bertutur dalam bahasa Melayu’ (m/s 7,
perenggan keempat, baris ke-22). Selain itu, contoh seterusnya (m/s 8, perenggan keempat,
baris ke 13) ialah ‘Jumlah melebihi 50 peratus daripada keseluruhan warga Asean itu tentu
memberikan…’. ‘Peratus’ merupakan istilah yang digunakan dalam teks tersebut dan
menggambarkan bilangan penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu. Peratus dapat
4

menyatakan nombor dalam bentuk pecahan daripada 100. ‘Peratus’ juga boleh
menyenangkan pembaca untuk mengetahui jumlahnya dengan lebih tepat dan menyeluruh.
Laras bahasa sejarah digunakan untuk menggambarkan peristiwa yang sudah
berlaku. Laras bahasa ini juga mementingkan fakta yang tepat dan benar serta harus
penting dan bermakna. Peristiwa yang tidak mempunyai sebarang kesahihan tidak boleh
ditulis dalam konteks laras bahasa sejarah. Contoh ayat yang mempunyai laras bahasa
sejarah dalam teks tersebut (m/s 7, perenggan keenam, baris pertama) ialah Asean
ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
dan kemudian dianggotai oleh Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Mynmar, dan Vietnam.
Selain itu, laras bahasa ini digunakan dalam ayat di m/s 8, perenggan kedua, baris ke-21
iaitu ‘…pertemuan Kerjasama Parlimen Asean di Kemboja pada September 2011, delegasi

parlimen Indonesia secara rasmi sudah mengusulkan bahasa Indonesia sebagai bahasa
komunikasi rasmi dalam kalangan negara Asean’. Contoh seterusnya (m/s 8, perenggan
kelima) ialah ‘Pada tahun 2007, Asean bersetuju supaya penubuhan Komuniti Asean
dipercepat ke tahun 2015’. Ayat-ayat yang dinyatakan dikategorikan sebagai laras bahasa
sejarah kerana mempunyai tarikh yang memerihalkan peristiwa tersebut sudah berlaku.
Peristiwa-peristiwa tersebut juga penting dan bermakna kepada negara dan rakyat
jelatanya.
Seterusnya, laras bahasa yang digunakan di dalam teks ini ialah laras bahasa media
massa. Tujuan laras bahasa ini digunakan adalah untuk menyampaikan berita dengan
penggunaan bahasa yang lebih difahami dan diterima oleh pendengar atau pembaca. Ketika
penggunaan laras bahasa ini, tiada penggunaan istilah teknikal dan khusus. Laras bahasa
media massa juga tidak mementingkan tatabahasa seperti kata hubung atau imbuhan.
Sebagai salah satu contoh yang terdapat di dalam teks tersebut (m/s 9, perenggan kedua,
baris ke-17) ialah ‘Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr.Rais Yatim
sebagaimana dipetik oleh Bernama pada suatu ketka dahulu, pernah berkata bahasa
Melayu mampu menyatupadukan masyarakat Asean’. Ayat ini mempunyai sumber media
massa iaitu Berita Nasional Malaysia (Bernama). Bernama merupakan sumber berita bagi
negara Malaysia.
Akhir sekali, laras bahasa yang digunakan di dalam sumber ilmiah tersebut ialah
laras bahasa sastera. Laras bahasa ini terhasil daripada pengalaman penulis ataupun

cetusan imaginasinya. Terdapat istilah khusus ketika menulis ayat dalam laras bahasa
satera. Laras bahasa ini berbentuk figuratif dan mementingkan pemilihan diksi serta
mempunyai maksud yang tersirat. Nada untuk laras bahasa tersebut berbentuk puitis dan
bersifat komunikatif. Contoh yang terdapat dalam teks tersebut (m/s 9, perenggan kelapan,
5

baris ke-27) ialah ‘Langkah ke arah itu bagai perjalanan 1000 kilometer, dan untuk itu, kita
perlu memulakan langkah itu dari sekarang’. Ayat ini merupakan sejenis ungkapan. Nada
yang digunakan juga berbentuk puitis. Penggunaan perkataan “bagai” menggambarkan
imaginasi penulis tersebut.
Inilah antara contoh laras bahasa yang digunakan di dalam artikel tersebut.
Penulisnya telah menggunakan laras bahasanya bersesuaian dengan teksnya. Laras
bahasa penting agar pembaca dapat memahami konteksnya dan tidak terkeliru dengan
mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.
RINGKASAN
NO.

JENIS LARAS

DEFINISI


CONTOH

BAHASA
1.

HURAIAN/
JUSTIFIKASI

Laras Bahasa

Sebarang konteks

a) ‘Jika ekonomi

Bahasa biasa

Biasa

khusus atau terperinci


Asean disatukan,

kerana mudah

yang melibatkan

ekonomi tersebut

difahami, formal

sebarang bidang ilmu

merupakan ekonomi

dan tidak

seperti sains dan

ketujuh terbesar di


melibatkan

matematik.

dunia’. (m/s 6,

sebarang bidang

Pemilihan kata (diksi)

perenggan pertama,

ilmu yang lain.

dalam laras bahasa

baris pertama)

biasa sering digunakan


b) ‘Negara yang

dalam perbualan harian.

menggunakan

Struktur ayatnya juga

bahasa Melayu

mudah, ringkas dan

sebagai sebagai

padat.

bahasa rasmi perlu

Terdapat dua jenis laras

meneruskan

bahasa biasa iaitu

perjuangan itu’. (m/s

formal; digunakan dalam

7, perenggan kedua,

perkara rasmi, dan tidak

baris kelapan)

Laras Bahasa

formal
Berbentuk ilmiah tentang

‘Rantau tersebut

Ayat ini

Ekonomi

isu ekonomi.

merupakan antara

menggambarkan

Gaya bahasa yang

rantau ekonomi

situasi ekonomi di

digunakan adalah

paling terbuka di

mana berlakunya

sangat formal tetapi

muka bumi dengan

urusan eksport

tidak memberi

jumlah keseluruhan

dan melibatkan

keutamaan dalam

eksport barangan

jumlah wang

6

3.

struktur ayat. Maklumat

sebanyak AS$1.2

yang banyak.

yang disampaikan

trilion-hampir 54

Kenyataan

adalah jelas dan

peratus daripada

tersebut boleh

eksplisit.

keseluruhan

dipercayai kerana

Faktanya berpandukan

Keluaran Dalam

merupakan

bukti data dan statistik

Negara Kasar

kenyataan yang

(KDNK) dan tujuh

dikeluarkan oleh

peratus daripada

KDNK yang

eksport global. (m/s

menguruskan

6, perenggan pertama,

akaun ekonomi

baris keempat)

negara.

Laras Bahasa

Bertujuan untuk

“Satu Visi, Satu

Slogan ini dapat

Iklan

menyampaikan

identiti, Satu

menarik

maklumat berkesan.

Komuniti”.

perhatian orang

Ayatnya ringkas serta

ramai seterusnya

pendek tetapi penuh

dapat

dengan maklumat. Laras

disebarkan

bahasa ini tidak

kepada seluruh

mementingkan

negara. Slogan

tatabahasa dan hanya

ini ringkas,

mengunakan pernyataan

padat dan

tertentu sahaja.

mempunyai
maksud yang
sangat
mendalam.
Slogan ini
dikatakan laras
bahasa iklan
kerana dapat
menyampaikan
maklumat atau
mesej kerajaan

4.

Laras Bahasa

Membuktikan kesahihan

‘Di Singapura, satu

kepada rakyat
Perlembagaan

Undang-Undang

maklumat dalam

daripada bahasa

didefinisikan

sesebuah bahan ilmiah.

rasmi ialah bahasa

sebagai satu

7

Ayat yang digunakan

Melayu [(Artikel 153A

dokumen yang

berpandukan

& 153 (A), (2)],

mengandungi

perundangan yang

Indonesia dengan

segala susunan

mempunyai prinsip

bahasa Indonesia

peraturan dan

undang-undang

(Artikel 36

undang-undang

tertentu dan berbentuk

Perlembagaan

dasar yang

akta yang melibatkan

Indonesia), dan

menjadi asas

seksyen dan bahagian

Malaysia dengan

sesebuah

undang-undang.

bahasa Melayu

negara.

Terdapat istilah khusus

sebagai bahasa

Perlembagaan

yang dipinjam

rasmi dan bahasa

merupakan

daripada bahasa lain

kebangsaan (Artikel

undang-undang

seperti bahasa Inggeris.

152). (m/s 7,

tertinggi dalam

Kosa kata yang

perenggan keempat,

sesebuah

digunakan adalah

baris kelima)

negara dan

berdasarkan

harus diikuti oleh

intepretasinya.

rakyatnya.

Ayat sebegini tidak
memerlukan struktur
ayat yang betul.
Ayatnya mungkin
panjang kerana harus
mengikut segala yang
termaktub dalam
5.

Laras Bahasa

Perlembagaan
Menggunakan unsur-

a) ‘…sekitar lima

Peratus’

Matematik

unsur matematik seperti

peratus daripada

merupakan istilah

peratus, poligon,

penduduknya

yang digunakan

algebra dan sebagainya

bertutur dalam

dalam teks

bahasa Melayu’ (m/s

tersebut dan

7, perenggan

menggambarka

keempat, baris ke-22).

n bilangan

b) ‘Jumlah melebihi

penduduk yang

50 peratus daripada

bertutur dalam

keseluruhan warga

bahasa Melayu.

Asean itu tentu

Peratus dapat

memberikan…’. (m/s

menyatakan

8

8, perenggan

nombor dalam

keempat, baris ke 13)

bentuk pecahan
daripada 100.
‘Peratus’ juga
boleh
menyenangkan
pembaca untuk
mengetahui
jumlahnya
dengan lebih
tepat dan

6.

Laras Bahasa

Menggambarkan

a)Asean ditubuhkan

menyeluruh.
Mempunyai

Sejarah

peristiwa yang sudah

pada 8 Ogos 1967

tarikh yang

berlaku.

oleh Indonesia,

memerihalkan

Mementingkan fakta

Malaysia, Filipina,

peristiwa tersebut

yang tepat dan benar

Singapura dan

sudah berlaku.

serta harus penting dan

Thailand dan

Peristiwa-

bermakna.

kemudian dianggotai

peristiwa tersebut

Peristiwa yang tidak

oleh Brunei

juga penting dan

mempunyai sebarang

Darussalam,

bermakna

kesahihan tidak boleh

Kemboja, Laos,

kepada negara

ditulis dalam konteks

Mynmar, dan

dan rakyat

laras bahasa sejarah.

Vietnam. (m/s 7,

jelatanya.

perenggan keenam,
baris pertama)
b) ‘…pertemuan
Kerjasama Parlimen
Asean di Kemboja
pada September
2011, delegasi
parlimen Indonesia
secara rasmi sudah
mengusulkan
bahasa Indonesia
sebagai bahasa
komunikasi rasmi
9

dalam kalangan
negara Asean’. (m/s
8, perenggan kedua,
baris ke-21)
c) ‘Pada tahun 2007,
Asean bersetuju
supaya penubuhan
Komuniti Asean
dipercepat ke tahun
2015’. (m/s 8,
7.

Laras Bahasa

Menyampaikan berita

perenggan kelima)
‘Penasihat

Ayat ini

Media Massa

dengan penggunaan

Sosiobudaya

mempunyai

bahasa yang lebih

Kerajaan Malaysia,

sumber media

difahami dan diterima

Tan Sri Dr.Rais Yatim

massa iaitu

oleh pendengar atau

sebagaimana dipetik

Berita Nasional

pembaca.

oleh Bernama pada

Malaysia

Tiada penggunaan

suatu ketka dahulu,

(Bernama).

istilah teknikal dan

pernah berkata

Bernama

khusus.

bahasa Melayu

merupakan

Tidak mementingkan

mampu

sumber berita

tatabahasa seperti kata

menyatupadukan

bagi negara

hubung atau imbuhan.

masyarakat Asean’.

Malaysia.

(m/s 9, perenggan
kedua, baris ke-17)
8.

Laras Bahasa

Terhasil daripada

‘Langkah ke arah itu

Ayat ini

Sastera

pengalaman penulis

bagai perjalanan

merupakan

ataupun cetusan

1000 kilometer, dan

sejenis

imaginasinya.

untuk itu, kita perlu

ungkapan.

Terdapat istilah khusus

memulakan langkah

Nada yang

ketika menulis ayat

itu dari sekarang’.

digunakan juga

dalam laras bahasa

(m/s 9, perenggan

berbentuk

satera.

kelapan, baris ke-27)

puitis.

Laras bahasa ini

Penggunaan

berbentuk figuratif dan

perkataan “bagai”

mementingkan

menggambarkan
10

pemilihan diksi serta

imaginasi

mempunyai maksud

penulis tersebut.

yang tersirat.
Nada untuk laras
bahasa tersebut
berbentuk puitis dan
bersifat komunikatif.

TUGASAN 2 : PENULISAN CERPEN
11

BERITA TERBURUK
Hari tersebut sungguh indah lagi berseri. Bunyi burung berkicauan di luar rumah
sungguh merdu dan lembut sehingga aku teringin untuk menyambung balik tidurku. Aku
masih baring di atas katil menunggu ibuku untuk mengejutkan aku. Ketika itu aku sudah
habis zaman persekolahan dan hanya menunggu untuk keputusan semester kedua Sijil
Tertinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aku bekerja secara sambilan di sebuah restoran
berdekatan dengan rumahku. Tiba-tiba aku terdengar telefon bimbitku berbunyi. Tanganku
meronta mencari telefon bimbitku yang tidak berhenti berbunyi. Aku melihat nama dia yang
terpapar di telefon bimbitku dan aku terus mengendahkannya. Aku pun bergegas ke bilik air
untuk mandi untuk bersiap ke kerja namun telefon bimbitku tidak berhenti berbunyi. Aku
tidak mahu menjawab panggilannya kerana aku telah bergaduh dengannya semalam. Dia
yang aku maksudkan merupakan teman wanita aku. Aku telah bersama dia sejak dua tahun
dan semalam aku telah bergaduh dengannya kerana dia berkata hendak memutuskan
cintanya dengan aku. Telefonku masih berdering dan aku pun menjawab panggilannya
dengan penuh rasa geram dan marah. Tetapi apabila aku menjawab, kakak dia pula yang
bercakap. Aku dapat dengar dia menangis dan suaranya terketar-ketar bercakap dengan
aku. Aku berada dalam keadaan gelap ketika itu kerana aku tidak faham perkara yang
sedang berlaku.
Aku bagaikan tidak dapat menerima berita itu. Hatiku terasa sebak, air mataku mula
mengalir bergolek ke pipiku, tanganku menggigil memegang telefon dan badanku terkaku.
Aku terus pengsan dan jatuh di atas lantai dan aku tidak dapat ingat perkara yang berlaku
selepas itu. Aku hanya dapat membayangkan wajahnya yang sentiasa diukir dengan
senyuman yang lebar dan manis, matanya yang sentiasa tajam menusuk ke hatiku dan
rambutnya yang lembut bagaikan sutera. Aku masih ingat hari pertama aku melihat dia. Itu
merupakan hari yang paling indah dalam kehidupan aku. Kadua-dua matanya yang
memandang aku pada hari tersebut masih terlekat di dalam hatiku. Pada ketika itu, aku telah
habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan aku mengambil kereta api untuk balik ke
rumah selepas tinggal di asrama selama dua tahun. Aku mengucapkan selamat tinggal
kepada kawan-kawan aku dan berlari untuk naik ke dalam kereta api kerana sudah
terlambat. Aku pun mengambil tiket aku darik kocek seluarku dan mencari tempat duduk di
kelas pertama. Aku meletakkan beg aku di bahagian atas dan duduk menghadap ke sebelah
tingkap. Hujan turun renyai-renyai dan bulan di langit penuh serta bunyi serangga
memecahkan kesunyian pada waktu malam tersebut. Ketika saat itulah, aku melihat
matanya yang sungguh menawan dan senyuman yang menggodakan aku. Alangkah
sempurnanya ciptaan Tuhan. Alangkah bertuah hari aku. Seorang gadis yang sungguh
cantik dan ayu duduk bertentangan dengan saya dan perasaan aku sangat sukar untuk
12

dijadikan dalam bentuk ayat. Aku hampir tidak dapat mangambil mataku daripadanya.
Badanku kaku di tempat itu, jantung bagaikan berhenti buat seketika, lidahku kelu sehingga
tidak dapat berkata sebarang perkataan.
Secara tiba-tiba, dia mula bercakap dengan aku dan aku terkejut dan tidak berkata
apa-apa sehingga dia memanggil saya beberapa kali. Aku pun terjaga dari lamunan dan
menjawab ya kepadanya. Dia bertanya sama ada saya bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Chemor dan aku pun menjawab ya sekali lagi. Aku pun bertanya bagaimana
dia mengenali aku dan dia menjawab bahawa dia bersekolah di sekolah yang bersebelahan
dengan sekolahku dan dia pernah melihatku ketika aku bermain gitar sewaktu persembahan
kebudayaan di sekolahku. Dalam hatiku, aku merunggut kerana aku telah membazirkan
masaku ketika zaman persekolahanku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mia. Secara
senyap-senyap aku sudah bercadang untuk meluahkan isi hatiku kepadanya pada malam itu
juga. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatiku. Aku pun
meluahkan isi hatiku kepadanya dan aku dapat lihat riak mukanya yang marah tetapi dalam
kemarahannya itu, aku dapat melihat hujung bibirnya tersenyum dan dia cuba
mengawalnya. Pada mulanya, dia menolak untuk menerima aku sebagai teman lelakinya.
Dia berkata dia pernah mendengar tentang diriku ketika zaman persekolahannya dan aku
bernasib baik kerana dia mempunyai tanggapan yang baik tentang diriku. Namun, dia tetap
tidak mahu menerimaku kerana dia hendak menumpukan perhatian pada pelajarannya serta
masa depannya. Sejurus dia berkata demikian, aku pun mengambil gitarku dan mula
memainkan lagu kegemaranku. Dia terkejut dan aku dapat menarik perhatiannya. Aku dapat
merasakan bahawa dia akan menerimaku. Ketika dia turun dari kereta api, dia memandang
ke arah aku dan pandanganya masih terpahat di hatiku.
Setelah pulang ke kampung, wajah si gadis itu masih terbayang-bayang dan aku
telah cuba mendapatkan nombor telefonnya melalui kawanku dari sekolahnya. Sejak hari
itu, aku telah berhubung dengannya dan aku berjaya memikat hatinya. Akhirnya, dia
mengakui bahawa dia menyukai aku dan aku seolah tidak dapat percayanya. Dia berkata
dia memerlukan masa untuk mengenali aku sebelum dapat menerimaku. Aku berjanji
padanya bahawa aku akan menjaga dia sehingga ke nafas terakhirku. Aku pun bawa dia ke
rumahku untuk diperkenalkan kepada kedua-dua ibu bapaku. Ibu dan bapaku suka pada
sifatnya yang ayu namun, mereka menasihati kami berdua agar tidak melampaui batas dan
memberi perhatian pada masa depan serta mencari kerja. Kami berdua bersetuju dengan
kehendak ibu bapaku. Aku jarang menghabiskan masa bersamanya dan perkara ini sering
berakhir dengan pergaduhan. Aku sering menjelaskan kepadanya agar memahami keadaan
aku. Dia selalu ingin menghabiskan masanya bersama aku dan perkara yang selalu dia
akan kata pada saya ialah”‘Aku tidak mempunyai ibu atau bapa dan hanya engkaulah yang
13

aku kasihi dan aku hanya ingin menghabiskan masa denganmu sehingga ke akhir hayatku”.
Aku sering memarahi dia kerana selalu berkata demikian.
Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan apabila aku buka mataku, ibuku
berada di sebelahku. Ibu aku yang terpinga-pinga dan risau akan keadaanku lalu menyuruh
aku minum air. Aku menolak cawan tersebut dan memeluk ibuku dan tanpa ku sangka, aku
menangis sekuat hati. Ibuku menyuruh aku bertenang dan kemudiannya mengusap
rambutku. Ibu lantas menyuruh aku untuk duduk dan menerangkan perkara sebenar yang
telah berlaku. Aku bergegas keluar dan mengambil kereta. Aku memandu ke rumah Mia
tanpa menerangkan apa-apa pun kepada ibuku. Aku dapat melihat orang ramai di luar
rumahnya. Aku tidak berani untuk keluar dari kereta. Aku hanya meraung kepada ibuku yang
duduk sebelahku, “Ibu…Mia dah mati bu…Mia dah mati”. Ibuku terkejut dan turun dari
kereta. Ibuku berlari ke rumah Mia. Aku pula tidak mampu menahan kesedihanku dan hanya
duduk di dalam kereta, menangis berseorangan. “Ini semua salah aku…salah aku…aku
telah membunuh si Mia tu yang tidak berdosa”. Aku tidak mampu menerima hakikatnya
bahawa Mia sudah tiada lagi di muka bumi ini.Tiba-tiba, kakaknya keluar dari rumah dan
menuju ke arah keretaku. Dia menyuruh aku untuk masuk ke dalam dan melihat mukanya
buat kali terakhir. Aku tetap tegas dengan pendirian aku dan aku tidak masuk.
Selepas kematian Mia, aku jarang keluar dari bilikku. Aku tidak dapat menerima
bahawa dia telah mati. Pada suatu hari, kakak Mia datang ke rumah dan ibuku memanggil
aku untuk turun ke bawah. Aku pun turun dan barulah aku tahu bahawa Mia mati akibat
penyakit barah darah. Aku seolah tidak dapat mempercayai kenyataan tersebut dan menurut
kakaknya, Mia tidak mahu menceritakannya kepada aku sebelum ini kerana tidak mahu aku
bimbang mengenainnya. Barulah aku sedar mengapa Mia ingin menghabiskan masa
bersama aku.

14

PUNCA MASALAH STRES DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati Encik Johari Bin Harun,
Pensyarah bahasa Melayu Komunikatif dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Apakah yang dimaksudkan dengan stres? Menurut Robbins (1993), stres merupakan
suatu situasi yang dinamik di mana individu berhadapan dengan peluang, kekangan atau
desakan terhadap perkara yang dihasratkan. Pada masa yang sama individu tersebut akan
berasa suatu ketidakpastian sama ada boleh mencapai perkara tersebut ataupun
sebaliknya. Manakala, Mohd Salleh (1994), mentakrifkan stres sebagai suatu tindak balas
yang melibatkan fizikal dan mental yang menyebabkan individu itu tidak selesa dengan
kehidupannya.

Stres menurut Kamus Dewan bermaksud keadaan resah, cemas, dan

tegang akibat tekanan mental dan fizikal. Masalah stres tidak harus dipandang remeh
kerana masalah ini boleh menyebabkan maut. Merujuk National Suicide Registry Malaysia
(NSRM) jumlah kematian akibat bunuh diri di Malaysia telah mencecah hampir 500 orang
dalam setahun. Golongan remaja iaitu yang berumur antara 16 hingga 25 tahun merupakan
golongan yang paling berisiko tinggi untuk membunuh diri. Apabila dikaji, punca utama yang
menyebabkan golongan remaja membunuh diri ialah stres. NRSM juga menyatakan bahawa
majoriti golongan ini tidak mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit
sakit jiwa. Antara cara yang digunakan oleh golongan remaja untuk membunuh diri ialah
terjun bangunan, minum racun, gantung diri dan mengelar pergelangan tangan. Masalah
stres menjadi lebih serius ketika golongan remaja berada di institusi pengajian tinggi (IPT)
seperti universiti, maktab, kolej dan politeknik. Terdapat banyak punca yang boleh
menyebabkan stres dalam kalangan pelajar IPT.
Punca utama yang boleh menyebabkan stres dalam kalangan pelajar tersebut ialah
masalah kekangan masa. Kebanyakan pelajar sering mengadu tidak cukup masa untuk
menyiapkan kerja kursus. Salah satu kajian yang dijalankan oleh Kearns & Gardiner (2007),
menunjukkan bahawa pengurusan masa mempunyai hubungan dengan tahap stres dalam
kalangan pelajar. Pelajar akan berasa stres apabila tarikh hantar kerja kursus semakin
hampir dan mereka masih belum menyiapkan tugasan tersebut? Adakah ini salah sistem
pendidikan atau salah pelajar itu sendiri? Sudah menjadi satu tradisi dalam kalangan
masyarakat kita sendiri untuk menuduh orang lain apabila kita tidak dapat menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan bak kata pepatah kuman di seberang laut nampak, gajah di
depan mata tidak nampak. Malahan juga, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia
menjalankan kajian pada tahun 2007 didapati dua daripada sepuluh penduduk Malaysia
15

terdedah kepada stres dan hampir 70 peratus merupakan pelajar IPT. Pelajar IPT didapati
tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan kerana
terlibat dengan pelbagai aktiviti luar mahupun di dalam kampus ataupun di luar kampus.
Kadang kala pelajar yang sangat aktif dengan aktiviti luar kelas atau kuliah seperti
pertandingan antara kampus, kerja amal dan kempen akan berhadapan dengan masalah
pengurusan masa. Hasil kerja yang dilakukan pada minit-minit terakhir pula tidak akan
berada pada tahap kualiti yang diharapkan oleh pensyarah. Perkara ini akan mengugat
prestasi pelajar tersebut dan mengakibatkan stres. Keputusan peperiksaan yang tidak
memuaskan juga akan menyebabkan pelajar untuk berputus asa seterusnya menyebabkan
pelajar mengambil keputusan membunuh diri. Hasil kajian yang dijalankan oleh Vijayen
Gopal dan etc pada tahun 2010 di Institut Pengajian Guru Kampus Keningau didapati punca
utama pelajar stres ialah masa yang terhad untuk menyiapkan kerja kursus akibat jadual
waktu yang padat. Selain itu, hasil kajian itu menyatakan kelas ganti yang banyak juga
menyebabkan pengurusan masa pelajar terjejas.
Hadirin-hadirat sekalian,
Jikalau masalah kekangan masa dapat diselesaikan, timbul pula masalah lain yang
menyebabkan stres dalam kalangan pelajar IPT iaitu masalah peribadi. Pelajar sering
mencampur aduk masalah peribadi dalam hal pembelajaran. Antara masalah peribadi yang
dimaksudkan ialah masalah keluarga, masalah kewangan dan masalah cinta. Masalah
keluarga yang melampau akan mengakibatkan sesorang individu untuk berada dalam
keadaan dilema atau kemurungan buat suatu masa yang panjang. Masalah keluarga
selalunya tidak diluahkan oleh pelajar kepada sesiapapun. Perkara ini disebabkan oleh takut
air muka keluarga akan jatuh dan berasa malu untuk berkongsi dengan rakan yang baru
dikenali di institusi. Masalah keluarga tidak dapat diselesaikan kecuali masalah itu
dibincangkan oleh keluarga itu sendiri sesama lain. Masalah keluarga seperti penceraian
antara ibu dan bapa merupakan satu titik hitam bagi pelajar itu sendiri. Pelajar tersebut akan
berasa hilang tempat untuk mendapat kasih sayang dan tiada lagi orang untuk berada di sisi
mereka apabila diperlukan. Kesemua ini akan mengakibatkan pelajar tersebut untuk
mengasingkan diri daripada orang lain sekaligus mendapat stres ketika belajar. Selain itu,
masalah kewangan juga boleh mengakibatkan pelajar stres kerana takut dengan masa
depan mereka. Pelajar akan mula bimbang apabila kewangan mereka berkurangan dan
mereka terpaksa bekerja secara sambilan. Ada juga segelintir yang meminjam duit daripada
‘ah long’. Ketika inilah mereka akan terperangkap dengan orang yang makan darah. Pelajar
terpaksa menjadi hamba kerana menanggung jumlah hutang yang banyak. Keadaan stres
akan mula timbul dalam mereka dan ada sebilangan pelajar yang berhenti pengajian kerana
terpaksa bekerja bagi membayar hutang mereka. Perkara ini akan merugikan negara kita
16

selain pelajar itu sendiri kerana kita akan kekurangan mahasiswa dan mahasiswi yang
berbakat tinggi. Masalah cinta pula merupakan masalah yang sering berlaku di IPT. Terdapat
banyak peristiwa yang berlaku akibat masalah putus cinta termasuklah bunuh diri. IPG kita
sendiri mempunyai satu kes di mana pelajar tersebut menggantung diri di biliknya akibat
putus cinta. Apabila dikaji dengan teliti, pelajar tersebut sangat tertekan dan tidak dapat
menerima kenyataan bahawa cintanya terputus dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.
Selain itu, seorang pelajar Universiri Putra Malaysia bunuh diri dengan terjun dari bangunan
kerana cintanya tidak berbalas. Persoalannya ialah adakah sesuatu masalah akan selesai
dengan membunuh diri? Adakah perbuatan sedemikian berbaloi? Sudah semestinya
jawapannya tidak. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan membunuh diri bukanlah
salah satu daripadanya. Hanya orang yang tidak memikir mengenai keluarganya yang
mampu melakukan perkara sedemikian.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Adakah stres hanya akan berlaku disebabkan pelajar itu sendiri sahaja? Tidak
adakah faktor lain selain masalah yang ditimbulkan oleh pelajar itu sendiri? Sekiranya anda
mengatakan stres timbul akibat pelajar tersebut sahaja maka, anda salah. Faktor
persekitaran juga boleh menyebabkan seseorang pelajar itu stres. Sebagai seorang rakan,
pernahkah anda berasa anda menyebabkan rakan-rakan sekeliling berasa tergugat?
Sebagai contoh apabila mendapat keputusan peperiksaan, rakan anda berasa segan untuk
berkongsi markah dengan anda dan mereka sering mendiamkan diri apabila topik keputusan
peperiksaan dimulakan dalam suatu perbincangan. Ini bermakna secara tidak langsung
anda menjadi satu ancaman bagi rakan anda. Menurut Habibah (1997), rakan sebaya
ditakrifkan sebagai golongan masyarakat yang berkongsi pendapat, minat dan nilai yang
sama selain dapat mempengaruhi pelajar dari pelbagai segi melebihi ibu dan bapa, sekolah,
dan kumpulan sosial yang lain. Rakan sebaya boleh memberi dua implikasi berbeza iaitu
sama ada secara positif dan negatif. Rakan yang baik akan membantu rakannya untuk
berjaya dalam kehidupannya manakala rakan yang bersikap mementingkan diri sendiri akan
menyebabkan masa depan rakannya gelap. Pelajar sering kali akan berasa tergugat apabila
rakannya sering mengajaknya membuat perkara negatif seperti merokok, minum arak dan
ponteng kelas. Perkara-perkara sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan
seseorang itu berasa bersalah di sisi agama dan keluarga. Perasaan bersalah ini akan
menjadi lebih besar dan dikenali sebagai stres. Ada juga yang berasa tidak selesa apabila
dikelilingi dengan rakan sebaya yang lebih pandai. Terdapat rakan sebaya yang
memulaukan pelajar yang bermasalah tanpa mengambil tindakan untuk menyelesaikan
masalah pelajar tersebut. Pemulauan ini akan menyebakan pelajar tersebut berada dalam
keadaan murung dan mula berada di alam khayalannya sendiri. Malah, keadaan ini akan
17

menyebakan pelajar tersebut mendapat tekanan mental dan mengakibatkan sakit jiwa. Jadi
sebagai rakan sebaya, adakah pemulauan merupakan tindakan yang wajar dilakukan ke
atas pelajar yang bermasalah? Bukankah kita patut membantu orang yang memerlukannya?
Jadi sebagai rakan sebaya kita seharusnya membantu rakan kita dan bukannya melihat
mereka sebagai satu beban kerana konsekuensinya amatlah besar.
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita cuba menyumbat muatan yang besar ke
dalam bekas yang sangat kecil? Sudah pasti bekas tersebut akan pecah atau meletup
akibat tekanan yang sangat tinggi. Mengikut hukum fizik ketiga setiap perlakuan pasti ada
reaksi yang bertentangan. Selain itu, bekas yang mempunyai isipadu kecil tidak boleh sama
sekali menampung muatan yang melebihi hadnya. Tetapi, perkara inilah yang sering berlaku
pada pelajar di IPT. Ibu bapa serta masyarakat sekeliling mereka sentiasa menaruh harapan
yang sangat tinggi pada pelajar tersebut sehingga pelajar itu akan berasa takut sekaligus
menjadi stres. Pelajar tersebut akan sentiasa diselubungi dengan perasaan takut kerana
orang sekelilingnya menaruh harapan yang tinggi ke atasnya dan mengharapkan hasil buah
yang melebihi tahap kemampuannya. Selain itu, pelajar tersebut juga akan berasa khuathir
dengan tahap kemampuannya sendiri apabila didapati mereka sering diperhatikan. Pelajarpelajar inilah yang akan berada dalam keadaan stres apabila keputusan peperiksaannya
tidak seperti diharapkan. Mereka akan berasa takut dan cemas untuk berhadapan dengan
orang yang menaruh harapan yang tinggi ke atas mereka. Pelajar tersebut juga akan berasa
sungguh malu untuk berhadapan dengan pensyarah mereka sekaligus mula meminggirkan
diri sendiri. Sebagai pelajar, kita harus sentiasa tahu kemampuan kita dan tidak berasa malu
untuk berhadapan dengan kebenaran.
Tidak ada manusia yang hidup tanpa sebarang masalah. Masalah akan sentiasa
wujud selagi kita tidak mencari jalan penyelesaianya. Seribu langkah bermula dengan
langkah pertama dan kita tidak harus sentiasa mengharapkan orang lain untuk
menyelesaikan masalah kita. Kita sentiasa harus percaya pada Tuhan dan masalah yang
menimpa hanyalah satu ujian Tuhan bagi menguji kita.
Sekian, terima kasih.

18

19

20

TUGASAN 4 : SIMULASI KUMPULAN
BUKU AJAIB
Aiza

Harini cikgu tidak dapat masuk. Hmmm… apa yang boleh
saya buat di kelas ini? Baiklah, saya akan pergi ke
perpustakaan. Boleh buat sedikit rujukan di sana. Eh, buku
apa ini? Saya tidak pernah nampak pun sebelum ini.
Kenapa saya ditarik ke dalam ini? Tolong! Tolong! Kenapa
bising sangat ni?

Putih

Ibu, Ibu. Putih lapar.

Mak Kundur

Kesiannya anakku ini. Kejap ye, ibu akan mintakan si Merah
itu masakkan. Mana pula si Merah ni? Merah ! Merah ! Ke

Putih :

sini kau !
Entahlah ibu. Belum bangun lagi barangkali. Dasar
pemalas.

Mak Kundur :

Budak Merah ni memang sengaja mahu naikkan darah aku.
Merah !!!!!!

Merah :

Iya . Kenapa terpekik terlolong ni? Sampai ke sungai boleh

Putih :

dengar suara ibu dan Putih.
Lihat tu, ibu. Dia perli kita pula. Aku lapar tahu ? Cepat
buatkan makanan. Kalau ikut jadual, hari ini sepatutnya
Western food. Jadi, aku mahu kau masakkan P.I.Z.Z.A

Merah :

Kau whatsapp sahaja lah Pizza Hut. Suruh mereka
hantarkan.

Mak Kundur :

Ewah-ewah. Dah pandai menjawab ya kau !

Aiza :

Mak cik jangan !

Mak Kundur & Putih :

Kau siapa? Tiba-tiba hendak masuk campur tolak darab

Aiza :

bahagi pula.
Nama saya Aiza. Saya sebenarnya tersesat ke sini. Saya
daripada masa depan. Saya hanya ingin membantu
21

Merah . Janganlah Makcik memukul dia.
Mak Kundur:

Nama aku Mak Kundur. Hendak menolong Merah? Dari
masa depan? Kau jangan hendak menipu aku pula. Aku
tidak punya masa untuk dengar cerita dongeng kau .

Putih :

Masa depan konon. Kau ingat kami ini macam Merah yang
senang diperbodohkan ke?

Merah :

Suka hati kau sahaja hendak mengutuk aku .

Putih :

Aku kutuk depan. Bukannya belakang cik kak oi.

Mak Kundur :

Diam kau Merah . Jangan hendak menyampuk. Hah, Aiza !
Baik kau bilang kau dari kerajaan mana ? Siapa yang
hantar kau untuk jadi spy ke sini ?

Aiza :

Kerajaan ? Spy ? Saya tidak faham.

Putih :

Pandai pula berpura-pura. Kami tahu kau sebenarnya ialah
spy daripada kerajaan Mergawas bukan?

Mak Kundur :

Kalau bukan,mesti kau ahli sihir dari kerajaan Nenassakti.

Merah :

Ibu dan Putih sudah melampau. Tidak baik menuduh Aiza
sebegitu.

Aiza :

Saya Aiza. Pelajar IPGKTB. Anak boungsu dari tujuh adikberadik . Lahir di Perlis . Saya bukan spy . Saya bakal guru.

Mak Kundur :

Ahhh! Hentikan bebelan kau itu. Putih, ayuh ! Kita bawa dia
ke istana. Orang seperti ini harus dikenakan hukuman
pancung.

Putih :

Baik,ibu.

Aiza :

Tidak ! Tidak ! Saya tidak bersalah ! Lepaskan saya !

Merah :

Cepat Aiza ! Ikut saya !

Mak Kundur & Putih :

MERAH !!!!
22

Aiza :

Terima Kasih, Merah.

Merah :

Sama-sama. Saya tidak pasti sama ada mahu percaya atau
tidak tentang cerita kamu bahawa kamu itu dari masa
depan. Tapi, apa yang pasti, raut wajah kamu seperti orang
baik-baik sahaja. Oh ya!Kenapatadi kamu bilang mahu
menolong saya?Kita tidak pernah kenal sebelum ini dan
kamu pun tidak tahu apa-apa tentang saya.

Aiza :

Saya tahu tentang kamu. Tentang Putih dan Mak
Kundur.Saya tahu kisah kamu bertiga. Kisah kamu amat
popular.

Merah :

Hah?! Kisah kami? Maksud kamu?

Aiza :

Ya. Jangan risau. Sekarang kamu menderita tetapi selepas
ini kamu akan bahagia.

Merah :

Benarkah begitu? Apa yang bakal terjadi? Ceritakanlah
Aiza.

Aiza :

Nanti pada suatu hari kamu akan bertemu dengan seorang
putera raja dan akan berkahwin dengannya. Putih dan Mak
Kundur akan menyesal di atas perbuatan mereka selama
ini.Kamu dan suami kamu akan hidup bahagia,Merah.

Merah :

Wah! Alangkah indahnya jika itu benar-benar berlaku. Eh,
Aiza ! Baik kamu pergi cepat. Ikut sahaja jalan ini sehingga
kamu ketemu susur keluarnya. Baik kamu cepat sebelum
orang kampung jumpa dan menangkap kamu. Saya yakin
benar ibu dan adik tiri saya pasti telah menghebohkan ke
seluruh kampung tentang kamu.

Aiza :

Tapi,bagaimana dengan kamu? Mana mungkin saya
hendak meninggalkan kamu begitu sahaja?

Merah :

Bukankah kamu sendiri yang cakap,saya akan bahagia
dengan putera raja saya? Usah risau sahabat. Saya tidak
akan apa-apa. Lagi pula, kalau saya ikut kamu, sejarah
23

akan berubah. Tidak akan ada cerita tentang Bawang
Merah dan Bawang Putih pula nanti.
Aiza :

Hmmm..ya. Selamat tinggal Merah. Jaga diri. Moga Merah
bahagia.

Merah :

Kamu juga. Saya akan sentiasa doakan keselamatan
kamu. Selamat tinggal sahabat.

Aiza

Eh, di manakah pula saya berada ini? Terlalu banyak kapal
yang berada di sini. Adakah ini sebuah dermaga kapal?
Dari kejauhan kelihatan riuh rendah berlaku di atas sebuah
kapal. Seorang lelaki dan wanita sedang memarahi seorang

Mak Si Tanggang

wanita tua yang berada di bawah kapal.
Anakku, ke marilah turun ke bawah ini, bertemu dengan

Si Tanggang
Isteri Si Tanggang

aku, ibumu! Aku rindu sekali padamu
Ah, kau bukan ibuku! Nyah kau dari sini!
Kekanda, siapakah gerangan wanita tua jelik ini? Takkan ini
ibu mentua saya, kanda? Pandai kanda bergurau.

Aiza:

Maafkan saya makcik. Bolehkah saya tahu apa yang
berlaku? Kenapa anak mak cik terlalu biadap terhadap mak
cik? Hei, Si Tanggang! Berani kamu menghina ibumu

Isteri Si Tanggang
Si Tanggang

sendiri! Dasar tidak sedar diuntung punya anak!
Amboi, kanda, siapa pula gadis ini? Buah hati lamakah?
Bukan siapa-siapa dinda. Hei, siapakah kau dan kenapakah
engkau masuk campur di dalam hal kami?

Aiza
Isteri Si Tanggang
Ibu Si Tanggang

Saya Aiza, berasal daripada IPGKTB. Selamat berkenalan!
Kanda, dinda rasa dia ada masalah mental (berbisik).
(Menangis). Tidak mengapalah nak Aiza, kamu tidak banyak
membantu pun. Tanggang! Ke marilah ke sini! Ibu
merinduimu, nak!

Si Tanggang

Dasar orang tua kotor lagi busuk. Aku benci melihat penipu
seperti kamu ini. Sebelum aku menyuruh orang-orang aku
melempar kau ke dalam laut, lebih baik kau pergi dari sini.

Ibu Si Tanggang

Sampai hati kau berbuat begitu kepada ibu mu ini,
Tanggang! Avada Kedavra, aku sumpah kau menjadi batu!
24

Si Tanggang
Aiza

Ibu! Maafkan Tanggang! Tanggang bersalah!
Makcik! Bawa bertenang!(Slow motion)
Perlahan-lahan seluruh kapal bertukar menjadi batu.

Ibu Si Tanggang

Hahaha !!! Inilah balasan anak durhaka. Memang
sepatutnya dia disumpah menjadi batu. Hahahahahaa. Ha,
sebelum aku sumpah hang jugak, baik hang berambus dari
sini.

Aiza
Ibu Si Tanggang

Ampun, mak cik, ampun. Tapi jalan keluar ikut mana ya?
Hish, anak muda zaman sekarang ini. Nampak tak lampu
isyarat dekat situ? Sekarang merah, bila dah hijau, kamu
jalan kemudian lalu ikut susur keluar.

Aiza

Baik, makcik. Saya menurut perintah!
Kemudian perlahan-lahan, Aiza mula memasuki dunia yang

Aizah

lain.
Apa yang sedang berlaku sekali lagi? Di manakah saya

Orang kampung:

pula kali ini?
Anak jangan risau. Usah bimbang. Anak sekarang berada di
zaman Hang Tuah.

Aizah
Orang kampung:

Hang Tuah? Siapa pula Hang Tuah?
Hang Tuah merupakan pahlawan negeri Melaka yang hidup
ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Hang Tuah
merupakan Laksamana yang paling gagah dan mahir dalam
silat.

Hang Tuah

Ya, kanda merupakan seorang anak miskin. Ayah kanda
bernama Hang Mahmud dan ibuku Dang Merdu Wati.
Ketika kecil, ayahku bermimpi seolah bulan turun dari langit
dan cahayanya penuh di atas kepalaku. Apabila diceritakan
kepada ibuku, ibuku berkata bahawa ianya merupakan
kurniaan Tuhan.

Aizah

Eh…eh…eh…baru teringat. Bukankah Hang Tuah
selalunya bersama dengan sahabat baiknya Hang Jebat?

Orang kampung:

Ya anakku. Hang Tuah sentiasa bersama dengan
sahabatnya Hang Jebat yang tidak kurang hebatnya
25

dengan Hang Tuah itu sendiri. Hang Jebat merupakan
sahabat yang paling setia kerana Hang Jebat telah
menuntut bela atas kematian Hang Tuah.
Aizah

Begitu rupanya. Itukah Hang Jebat yang pak cik

Hang Jebat

maksudkan?
Ya, sayalah Hang Jebat yang tidak kurang setia pada
sahabatku Hang Tuah. Kanda masih tidak dapat melupakan
hari di mana kanda mendapat berita bahawa HangTuah
telah dibunuh dengan kejam oleh pemerintah pada ketika
itu.

Hang Tuah

Tetapi Hang Jebat, tidakkah Jebat sedar bahawa itu
hanyalah satu taktik yang telah digunakan oleh bendahara
untuk menyelamatkan kanda?

Hang Jebat

Tidakkah Tuah sedar bahawa raja kita zalim dan tidak
menyiasat perkara dengan betul dan menjatuhkan hukuman
mati kepada Tuah.

Hang Tuah

Ya, kanda sedar akan tetapi apakah daya kanda untuk
menentang raja kita. Bukankah Jebat sedar bahawa kanda
tidak pernah tidah setia kepada raja kita. Eh...eh…eh…itu

Hang Jebat

bukankah keris kanda?
Ya, Tuah. Ini merupakan keris Taming Sari Tuah yang telah
kanda dapat setelah Tuah dikatakan mati.

Hang Tuah

Jangan Jebat. Tolong bagi balik keris itu. Keris taming Sari
bukannya keris biasa. Keris taming Sari mempunyai
kalimatnya tersendiri. Sekiranya, ia jatuh ke atas tangan
orang yang salah maka, kesannya akan bertambah buruk.

Hang Jebat

Tidak…jangan haraplah kanda akan bagi Keris Taming Sari
ini. Keris ini menjadikan kanda seolah tidak dapat
dikalahkan oleh sesiapapun. Hendak tengok
kehebatannya? Nah ambil ini orang kampung.

Orang kampong
Hang Tuah

Aduh…sakitnya! Tolong saya Hang Tuah.
Jebat, lebih baik Jebat menyerah diri sebelum kanda
bertindak.
26

Hang Jebat
Hang Tuah

Jangan haraplah kanda akan berbuat demikian.
Sekiranya inilah keputusan Jebat maka, kanda tidak
mempunyai sebarang pilihan lagi selain membunuh Jebat.
Nah…terimalah kehebatan kanda yang tiada tandingan ini.

Hang Jebat

Aduh…sakitnya seolah tiada penawar! Kanda tidak dapat
tahan kesakitan ini. Maafkan kanda Tuah. Kanda hanya
memberontak dan mengambil alihkuasa di istana kerana
raja kita bertindak sesuka hati tanpa memikirkan rakyatnya.
Namun, Tuah tetap menyokongnya. Raja adil raja
disembah,raja zalim raja disanggah.

Hang Tuah
Orang kampong

Maafkan kanda Jebat.
Aizah, ikutlah cahaya ini dan aizah akan mencari jalan
keluarnya.
Di perpustakaan

Shuhada:
Aiza:
Rajh:

Aiza, bangun. Perpustakaan sudah hendak tutup.
Huarghh..Jebat? Di mana Tuah?
Dehyyy. Jangan mengarut. Kita berada di abad 21. Hang
Tuah, Hang Jebat, semua itu sudah tiada lah.

Aiza:

Tapi...

Shuhada:

Aiza cuma bermimpi saja. Cepat! Mari keluar kalian. Nanti
kita akan dimarahi oleh pustakawan yang garang seperti
singa itu.

Aiza:

Tapi bagaimana dengan nasib bawang merah, si tanggang,
jebat dan yang lain?

Aina:

Aiza, dengar sini. Aiza tertidur tadi ketika membaca buku di
perpustakaan. Itu semua cuma mimpi sahaja. Mimpi aiza,
mimpi. Bukan realiti.

Aiza:

Tapi bagaimana saya boleh berjumpa dan berkomunikasi
dengan watak-watak itu semua? Mereka semua wujud di
depan mata saya. Percayalah.

Rajh:

Sekejap! Aiza, boleh saya lihat buku yang Aiza baca tadi?

27

Aiza:

Inilah buku yang saya baca tadi. (Menghulurkan buku cerita
legenda kepada Rajh)
Rajh sangat terkejut selepas melihat buku tersebut.

Rajh:

Saya rasa kita perlu lari dari sini dengan segera. Cepat,
sesuatu yang buruk mungkin akan menimpa kita.

Shuhada, Aina, Aiza
Rajh:

Tapi, kenapa?
Lari saja lah!

28

Kesimpulan
Kesimpulannya, lakonan ini menerapkan pelbagai nilai murni yang dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kami.
Pertama, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengetahui sejarah negara kita. Kita
harus mengenali pahlawan-pahlawan yang telah berkorban untuk negara kita.
Kedua, kita harus memelihara hikayat, legenda dan cerita dongeng negara. Kita
harus mengetahui kisahnya serta tidak membiarkannya pupus begitu sahaja. Kita harus
sentiasa menyebarkan kisah-kisahnya kepada generasi muda agar kisahnya akan
terpelihara.
Ketiga, kita harus mengambil teladan daripada kisah-kisah dan cerita Melayu. Cerita
Melayu mempunyai nilai dan pengajaran yang banyak dan boleh diambil sebagai hala tuju
kehidupan kita.
Keempat, kesantunan bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan
konteksnya. bahasa yang digunakan harus difahami oleh pendengar atau penonton.
Pemilihan kata atau diksi haruslah bersesuaian dengan kumpulan yang disasar.
Inilah antara perkara yang kami pelajari sepanjang lakonan kami. Perkara serta nilai
yang diperolehi akan kami aplikasikannya dalam kehidupan kami.

29

Refleksi
Sepanjang tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Saya telah memperoleh
pelbagai ilmu yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya.
Pertama, saya dapat mengetahui cara analisis bahasa. Saya dapat menganalisis
serta memengkaji jenis bahasa yang digunakan dalam sesebuah bahan ilmiah. Sebagai
seorang guru bahasa pada masa hadapan, saya harus tahu cara penggunaan bahasa dan
pemilhan kata (diksi) dalam sesbuah penulisan ilmiah. Saya tidak boleh menggunakan laras
bahasa dengan sewenang-wenangnya. Saya harus memberi tumpuan kepada laras bahasa
yang saya gunakan agar pelajars saya dapat memahaminya.
Kedua, saya dapat belajar cara menulis sesebuah cerpen dengan lebih menarik.
bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang sangat luas. Sekiranya, kosa kata tersebut
dapat digunakan dengan cara yang betul maka, penulisan sesebuah bahan ilmiah akan
menjadi lebih menarik. Sebagai seorang guru pada masa hadapan, saya tidak patut
mengehadkan penguasaan kosa kata saya kerana itu merupakan antara ciri-ciri seorang
guru yang lemah. Saya harus baca lebih banyak agar saya dapat meluaskan ilmu penulisan
saya.
Ketiga, pengucapan awam mengajar saya sebagai untuk menjadi seorang guru yang
lebih berani. Sebagai seorang guru pada masa hadapan, saya mesti berani memberi
ucapan di hadapan murid serta orang ramai. Saya harus berani menegaskan pendirian
saya. Saya juga belajar untuk menggunakan bahasa yang lebih formal ketika memberi
sesebuah ucapan.
Keempat, saya belajar untuk berlakon. Lakonan merupakan saah satu simulasi yang
baik dan cara mengajar yang lebih efektif. Melalui lakonan, murid-murid dapat memahami
sesuatu mesej dan dapat menyampaikannya kepada orang lain. Sebagai seorang guru pada
masa depan, saya boleh berlakon di dalam kelas sewaktu mengajar agar murid-murid saya
dapat memahami sesuatu topik dengan lebih baik. Malah, saya boleh menyuruh murid-murid
saya sendiri untuk berlakon agar mereka dapat mencungkil bakat mereka selain me