CTU 151 BAB EMPAT Perkembangan Tamadun Islam

CTU 151
BAB EMPAT
Perkembangan Tamadun Islam
OLEH
Azhar bin Abdul Rahman
azharabdulrahman@live.com.my
016 2020 345 / 04 988 2455
BILIK E201 P3
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

BAB 4 : Perkembangan Tamadun Islam
Ringkasan Kerajaan dan Pemerintahan Islam
Tamadun Islam di Zaman Awal Islam
Zaman Nabi Muhammad SAW
Zaman Khulafa’ Al Rashidin
Zaman Perkembangan dan Kecemerlangan
Tamadun
Zaman Umayyah, Abbasiyyah, Othmaniyyah
Kerajaan Islam Sepanyol
Faktor Kecemerlangan Tamadun Islam
Umat Islam Kontemporari


Ringkasan Perkembangan Kerajaan dan Pemerintahan Islam
Permulaan Islam di Mekah (609 – 622M)
Permulaan Islam di Madinah (622 – 632M)
Kerajaan Khulafa alRashidin (632 – 661M)
Kerajaan Umayyah (661 – 749M)
Kerajaan Abbasiyyah (750 – 1258M)
Bangsa Turki (861 – 945M)
Bani Buwaih (945 – 1055M)
Bani Saljuq (1055 – 1258M)
Kerajaan Islam Di Sepanyol (757 – 1031M)
Kerajaan Islam di India (976 – 1707M)
Kerajaan Mamluk (1250 – 1517M)
Kerajaan Monggol Ilkhan (1256 – 1353M)
Kerajaan Othmaniyyah (1281
– 1918M)
koleksi ilmiah
AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Kerajaan-Kerajaan Kecil Islam Semasa Zaman Abbasiyyah

Kerajaan Bani Umayyah Di Sepanyol (756 – 1031 Masihi)
Kerajaan Idrisiyyah (788 – 974 Masihi) – berpusat di Afrika Utara
(Maghribi)
Kerajaan Aghlabiah (800m – 909m) – berpusat di Afrika Utara (Tunisia)
Kerajaan Tahiriyyah (820 – 872 Masihi) – berpusat di Khurasan
Kerajaan Saffariyah (867m – 912m)
Kerajaan Samaniyah (874m – 999m) – berpusat di Bukhara &
Samarkhand
Kerajaan Tuluniyyah (868 – 905 Masihi) – berpusat di Mesir
Kerajaan Ikhsyidiyah (935 – 969 Masihi) - berpusat di Mesir
Kerajaan Hamdaniyyah (944 – 1003 Masihi) – berpusat di Utara Syria
Kerajaan Zanki (1127m-1261m) – berpusat di Aljazira (mesopotamia) dan
Syria
Kerajaan Fatimiyyah (909 – 1171 Masihi) - berpusat di Afrika Utara
(Tunisia) dan Mesir – ganti kerajaan Aghlabiah
Kerajaan Ayyubiyyah (1169m – 1250m) – berpusat di Mesir – ganti
Fatimiyyah
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Kerajaan-Kerajaan Islam Selepas Zaman Abbasiyyah

Kerajaan Mamluk (1250 – 1517M)
Kerajaan Monggol Ilkhan (1256 – 1353M)
Kerajaan Uthmaniyyah (1281 – 1918M)
Perbincangan
Kenapa dalam sejarah pemerintahan dan kerajaan
Islam terdapat pelbagai bangsa yang mengetuainya
dan tidak terhad kepada bangsa atau kaum tertentu
sahaja ?

Tamadun Islam di Zaman Awal Islam
TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI SAW

Zaman Mekah (609 – 622M)
Tumpuan Kepada Pembangunan Spiritual - modal
insan Islam akan datang
Kekuatan Aqidah Islam – menguatkan keyakinan
manusia kepada Allah.
Membangunkan akhlak –menjauhi maksiat dan
perlakuan buruk
Memartabatkan kaum wanita

Mewujudkan persamaan dan menghapuskan
perhambaan
Menggalakkan budaya ilmu melalui pembacaan
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Islam di Zaman Awal Islam
TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI SAW

Zaman Madinah (622 – 632M)
Pembangunan
Keseluruhan
Spiritual,
Sosial,
Pendidikan, Diplomatik, Politik dan Ekonomi
Bina Masjid
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Menubuhkan pasar Islam, menggalak perniagaan
Meneruskan galakan membaca dan menuntut ilmu
Pembentukan tentera
Memeterai Perjanjian Madinah

Mengadakan Hubungan Diplomatik
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha
membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat
ibadat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat
untuk orang Islam bertemu serta berbincang /
bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai
tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah
ialah Masjid Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah yang
dibeli dari 2 orang yatim, Sahl dan Suhail.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Menyatukan
Aus
dan
Khazraj
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.

Sebelum kedatangan Nabi, mereka sentiasa bermusuhan
antara satu sama lain sehingga mengorbankan banyak
nyawa. Peperangan Bua'th merupakan perang yang
berlarutan di antara kedua-dua puak tersebut. Ia
berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya
ingin menerajui pentadbiran kota Madinah.
Nabi sedar jika masalah ini tidak diselesaikan, keadaan
ini tidak akan aman. Oleh itu, Nabi berusaha menyatukan
kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka
sebagai orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman
kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan
permusuhan yang berlaku antara mereka.
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Mewujudkan
Persaudaraan
Islam
Setelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi
berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan
Muhajirin. Tujuan Nabi adalah untuk membantu orang

Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan
umum, termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah.
Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih
dahulu adalah sukar bagi Nabi membangunkan sebuah
negara yang benar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah
mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan
'Ithban Bin Malik, Abdul Rahman Bin Auf dengan Said Bin
Rabi' dan lain-lain.
Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa raguragu sanggup memberikan harta benda mereka untuk
dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang
Muhajirin berjaya dipulihkan.
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah
diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di
kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti /
ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama
antara orang Islam dan juga orang Islam dan Yahudi.
Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah
diberikan penekanan oleh Nabi seperti tanggungjawab

bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan
beragama, al-Quran sebagai asas peraturan
perlembagaan dan kedudukan Nabi sebagai ketua
negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah
menerima perlembagaan ini secara terbuka.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Memperkenalkan Dasar-dasar Ekonomi.
Nabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja
keras terutamanya dalam bidang pertanian dan
perniagaan. Nabi menggalakkan orang Islam menebus
semula tanah mereka yang tergadai di tangan orang
Yahudi. Mereka juga diminta berusaha mengatasi
masalah monopoli perdagangan yang dilakukan oleh
peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan Syam.
Setalah semua langkah yang perlu dilaksanakan, maka
kedudukan ekonomi orang Islam telah dipulihkan
sehingga membimbangkan orang Yahudi dan Quraisy
Mekah sendiri.


koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh
Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin
keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang
masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial akan dibincang dan diselesaikan
bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk
memberi / mengemukakan pendapat selagi ia tidak
bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan
oleh al-Quran.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Membangunkan Masyarakat Islam yang Bermoral.
Pembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah
penting kerana ia akan memberi contoh kepada
masyarakat lain. Nabi berusaha membangunkan mereka
dari segi fizikal dan spiritual. Dengan panduan wahyu,

Nabi telah memperluaskan lagi kehidupan beragama di
Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat,
bermuamalat, bermunakahat, jenayah dan kenegaraan.
Hasilnya Nabi berjaya melahirkan ramai tokoh yang
mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Menubuhkan Pasukan Tentera.
Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara.
Bagi Islam, ia adalah untuk mempertahankan kesucian
serta kedaulatan agama dan negara. Nabi telah berjaya
menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai
semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah
memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam
Perang Badar, Khandak, Mu'tah dan sebagainya.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Dakwah dan Diplomatik.

Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi
tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah dihantar
untuk menjalin hubungan diplomatik di samping
berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan
ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada di
antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang
ditolak.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Islam di Zaman Awal Islam
TAMADUN ISLAM ZAMAN PEMERINTAHAN
KHULAFA’ ALRASHIDIN

Terdapat 4 orang khalifah@ketua iaitu :
Zaman Abu Bakar as Siddiq (632 – 634M)
Zaman Omar al Khattab (634 – 644M)
Zaman Uthman Affan (644 – 656M)
Zaman Ali Abu Talib (656 – 661M)
Perlantikan setiap khalifah ini dilakukan melalui
sistem syura (permesyuaratan dan persetujuan
ramai). Setiap orang dari mereka memainkan
peranan penting mengukuhkan ketamadunan awal
yang dibina Nabi Muhammad SAW.

Tamadun Islam di Zaman Awal Islam
TAMADUN ISLAM ZAMAN PEMERINTAHAN
KHULAFA’ ALRASHIDIN

Zaman Abu Bakar (632 – 634M)
Antara langkah2 yang dilakukan ialah :
Meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan
Nabi Muhammad.
Menyelesaikan konflik dan pemberontakan yang
ditimbulkan golongan murtad, nabi-nabi palsu,
ajaran sesat dan golongan yang enggan
membayar zakat
Pengumpulan dan idea membukukan alQuran
Meluaskan penyebaran Islam hingga ke Syria.

Zaman Omar alKhattab (634 – 644M)
Antara langkah2 yang dilakukan ialah :
Menyusun semula jentera pentadbiran (yang
semakin luas) menjadi lebih sistematik –
sentralisasi wilayah kepada 8 bahagian. Madinah,
Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin dan Jazirah/
Mesopotamia.
Menubuhkan Baitulmal (perbendaharaan) sebagai
pusat pengumpulan dan pengurusan kewangan.
Pemberian elaun sara hidup (welfare state)
Pemberian hak milik tanah, galakan membuka
tanah dan menghapuskan monopoli tanah.
Memperkenalkan kalendar Islam

Zaman Omar sambungan ……
Penubuhan tentera sepenuh masa dan sukarela
dan pemberian ganjaran
Penstrukturan sistem kehakiman – ”separation of
power” – Qadhi (hakim) diberi kebebasan
sepenuhnya tanpa perlu takut pada kuasa politik
pemerintah.
Meluaskan penyebaran Islam hingga ke jajahanjajahan rom dan tanah parsi.
Menubuhkan jabatan-jabatan (diwan) kerajaan
Jabatan Pos (Diwan al Barid)
Jabatan Ganjaran dan Pengagihan (Diwan al ’Ata’)
Jabatan Pemungut Cukai (Diwan Kharaj)
Jabatan Tentera (Diwan al Jund)

Zaman Uthman Affan (644 – 656M)
Antara langkah2 yang dilakukan ialah :
Membukukan alQuran
Penubuhan armada laut
Meneruskan dasar penyebaran Islam hingga ke
Azerbaijan dan Armenia

Zaman Ali Abu Talib (656 – 661M)
Antara langkah2 yang dilakukan ialah :
Banyak tertumpu kepada pemulihan pemerintahan
dalam negeri disebabkan banyak kekacauan
selepas pembunuhan Khalifah Uthman.

Zaman Perkembangan dan Kecemerlangan Tamadun
PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH (661 – 749M)

Pemerintah-Pemerintah (Khalifah) Bani Umayyah
1. Muawiyah bin Abu Sufyan (661 – 680M)
2. Yazid bin Muawiyah (680 – 683M)
3. Muawiyah bin Yazid (683M – 40 hari sahaja)
4. Marwan al Hakam (683 – 685M)
5. Abdul Malik bin Marwan (685 – 705M)
6. Al Walid bin Abdul Malik (705 – 715M)
7. Sulaiman bin Abdul Malik (715 – 717M)
8. Umar bin Abdul Aziz (717 – 720M)
9. Yazid bin Abdul Malik (720 – 724M)
10. Hisham bin Abdul Malik (724 – 743M)
11. Al Walid bin Yazid (743 – 744M)
12. Yazid bin Al Walid (744M – 6 bulan sahaja)
13. Ibrahim bin al Walid (744M)
14. Marwan bin Muhammad (744 – 749M)(127-132H)

Tamadun Islam Zaman Pertengahan
PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH (661 – 749M)
Pemerintahan Bani Umayyah bolehlah dibahagikan
kepada 3 fasa utama iaitu :
Fasa Permulaan (661 – 705M)
Muawiyah bin Abu Sufyan hingga Abdul Malik bin Marwan
Fasa Kecemerlangan (705 – 724M)
Al Walid bin Abdul Malik hingga Yazid bin Abdul Malik
Fasa Kemunduran (724 – 749M)
Hisham bin Abdul Malik hingga Marwan bin Muhammad
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH (661 – 749M)
Sumbangan Pemerintah Bani
Kecemerlangan Tamadun Islam
Bidang Politik dan Pemerintahan
Ekonomi dan Kewangan
Infrastruktur dan Kebajikan
Ilmu dan Pendidikan
Ketenteraan dan Keselamatan
Kesenian dan Hiburan

Umayyah

Dalam

Bidang Politik dan Pemerintahan
Membersihkan kembali sistem pemerintahan Islam
daripada budaya kemewahan, pembaziran, salahguna
kuasa, kronisme dan lain-lain perkara negatif. – zaman
Umar Abdul Aziz
Memartabatkan fungsi kehakiman ketempat yang
sewajarnya. – zaman Umar Abdul Aziz
Menyelaras pusat-pusat pentadbiran dan bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi. Rekod-rekod pentadbiran ditulis
dalam bahasa Arab.- Abdul Malik Marwan

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Ekonomi dan Kewangan
percetakan matawang Arab menggantikan matawang
dinar emas Byzantine (Rom) dan wang dirham perak
Parsi – zaman Abdul Malik Marwan
Menstruktur semula sistem pengurusan ekonomi hingga
berjaya menghapuskan kemiskinan. Umar Abdul Aziz

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Infrastruktur dan Kebajikan
Pengindahan dan pembinaan masjid2. – Al Walid
Meringankan cukai jizyah terhadap golongan bukan
Islam – Umar Abdul Aziz
Membasmi kemiskinan rakyat secara menyeluruh.
Umar Abdul Aziz
Pembinaan terusan untuk pertanian. Al Walid
Pembinaan jalan raya antara daerah terutamanya
antara Damsyik – Hijaz – Al Walid.
Hospital dan rumah sakit pertama untuk pesakit kusta
dan gila. Al Walid
Rumah tumpangan untuk orang musafir – Al Walid
Bantuan khas untuk orang sakit, cacat dan miskin –
Umar Abd Aziz
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Ilmu dan Pendidikan
Perkembangan ilmu-ilmu baru yang tidak pernah diajar
dalam sistem pendidikan Arab. Seperti ilmu geografi,
sejarah,bahasa dll diakhir pemerintahan Bani Umayyah.
Perkembangan ilmu-ilmu sains seperti kedoktoran, kimia
dan pengaruh ilmu-ilmu moden Yunani. Banyak
penterjemahan karya Yunani ke dalam Bahasa Arab.
Kemudiannya, dikembang dan ditambah baik lagi ilmu-ilmu
ini. Semua Khalifah
Perkembangan ilmu senibina. Semua Khalifah
Masjid
sebagai
institusi
pendidikan
terpenting.
Mempelbagaikan fungsi masjid. Membina masjid Umawwi
di Damsyik dan memperbaiki Masjid An Nabawi, Masjidil al
Haram dan Masjid Al Aqsa – zaman Al Walid Abdul Malik.
Sekolah untuk orang cacat dan sakit kusta – Al Walid
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Dakwah dan Perkembangan Islam
Penyebaran Islam hingga ke Nusantara – Umar Abdul
Aziz
Penyebaran Islam ke Sind (India & Pakistan) – Al Walid
Sempadan Cina (Bukhara dan Samarkhand) – zaman
Abdul Malik dan Al Walid
Perjanjian Cina dibawah naungan kerajaan Umayyah –
zaman Al Walid.
Pengukuhan kekuasaan dan penaklukan di Afrika Utara,
Maghribi, Tunisia – zaman Al Walid
Penaklukan Sepanyol dan sempadan Perancis – zaman
Al Walid
Penyebaran Islam ke kawasan Asia Tengah melalui
pusat pentadbiran diKhurasan. Al Walid Abdul Malik
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Ketenteraan dan Keselamatan
Menubuhkan Jabatan Perang (Diwanul Jund).
Pembagian pasukan tentera darat dan laut. Armada
angkatan laut sehingga mempunyai hampir 1700 kapal
diakhir pemerintahan Bani Umayyah. – Muawiyah
Pembinaan limbungan kapal pertama di Tunisia – Abd
Malek
Memajukan Pemindahan teknologi dan strategi
peperangan hasil pengalaman peperangan dengan
Byzantine – penggunaan senjata, khemah, perisai, dll.
Bermula zaman Muawiyah dan terus dikembangkan.
Pengrekrutan angggota tentera baru secara besarbesaran dan pemberian ganjaran kepada tentera dan
ahli keluarga. - zaman Muawiyah
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Sosial, Kesenian dan Hiburan
– Menyatukan persengketaan Arab dan bukan Arab.
Menggalakkan perkahwinan campur Arab dan bukan
Arab. Proses Asimilasi dan keamanan. Umar Abd Aziz
– Mengukuhkan keadilan sistem sosial Islam,
menghapuskan diskriminasi – Umar Abd Azizi
– Perkembangan
kesusasteraan
dan
kesenian
terutamanya seni binaan. Semua khalifah Umayyah

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Kesimpulan
Fasa Kecemerlangan (705 – 724M) bermula Khalifah Al
Walid bin Abdul Malik hingga Yazid bin Abdul Malik dilihat
membawa banyak pembaharuan dalam kerajaan
Umayyah
Khalifah Umar Abdul Aziz pula adalah bapa reformasi
zaman Umayyah di mana beliau membetulkan kembali
Institusi pemerintahan Islam yang sebelumnya sedikit
terpengaruh dengan keduniaan.

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (661 – 749M)

Pemerintah-Pemerintah (Khalifah) Bani Abbasiyyah
1. Abul Abbas al Saffah (750 – 754M)
2. Abu Jaafar al Mansur (754 – 775M)
3. Muhammad al Mahdi (775 – 782M)
4. Musa al Hadi (782 – 786M)
5. Harun al Rashid (786 – 808M)
6. Al Amin (808 – 813M)
7. Al Makmun (813 – 833M)
8. Al Muktasim (833 – 842M)
9. Al Wathiq (842 – 847M)
10. Al Mutawakkil (847 – 861M)
11. Al Muntasir (861 – 862M)
12. Al Musta’im Billah (862 – 866M)
13. Al Muktaz (866 – 869M)

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (661 – 749M)

SAMBUNGAN ……Pemerintah-Pemerintah (Khalifah) Bani Abbasiyyah
14. Al Muhtadi (860 – 870M)
15. Al Muktamid (870 – 892M)
16. Al Muktadhid (892 – 902M)
17. Al Muktafi (902 – 908M)
18. Al Muqtadir (908 – 932M)
19. Al Qahir (932 – 934M)
20. Al Radhi (934 – 940M)
21. Al Muttaqi Billah (940 – 944M)
22. Al Mustakfi (944 – 946M)
23. Al Muti’ (946 – 974M)
24. Al Ta’i’ (974 – 991M)
25. Al Qadir (991 – 1031M)
26. Al Qa’im (1031 – 1074M)

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (661 – 749M)

SAMBUNGAN ……Pemerintah-Pemerintah (Khalifah) Bani Abbasiyyah
27. Al Muqtadi (1074 – 1094M)
28. Al Mustazhir (1094 – 1118M)
29. Al Mustarsyid (1118 – 1134M)
30. Al Rasyid (1134 – 1135M)
31. Al Muqtafi (1136 – 1160M)
32. Al Mustanjid (1160 – 1170M)
33. Al Mustadhi’ (1170 – 1179M)
34. Al Nasir (1179 – 1225M)
35. Al Zahir (1225 – 1226M)
36. Al Mustansir (1226 – 1242M)
37. Al Mustaksim (1242 – 1258M)

Tamadun Zaman Pertengahan

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (750 – 1258M)

Pemerintahan Bani Abbasiyyah bolehlah dibahagikan
kepada 2 fasa utama iaitu :
Fasa Keagungan dan Kecemerlangan (750 – 833M)
Abul Abbas al Saffah hingga Al Makmun
Fasa Kemunduran (833 – 1258M)
Al Muktasim hingga Bani Seljuq

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Zaman Pertengahan

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (750 – 1258M)

Ilmu dan Pendidikan
Keaktifan kegiatan penterjemahan buku-buku Parsi,
India, Yunani ke dalam Bahasa Arab. – Abu Jaafar
Mendirikan perpustakaan Darul Hikmah di Baghdad. –
Abu Jaafar
Menggiatkan lagi usaha penterjemahan dan kegiatan
keilmuan. – Harun al Rashid, Al Makmun
Pusat meneropong angkasa – Harun al Rashid
Mendirikan Baitul Hikmah yang masyur menjadi gedung
ilmu dan pusat penterjemahan – Harun al Rashid.
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Zaman Pertengahan
PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (750 – 1258M)
Infrastruktur dan Kebajikan
Memperbanyakkan pembinaan masjid. – Muhammad
al Mahdi
Tanda-tanda jalan menunjukkan jarak perjalanan
anatara Kufah dan Madinah – Abu Abbas
Membina rumah persinggahan, perigi (sumber air)
untuk orang musafir. – Muhammad al Mahdi
Memperbaharui jalan dan mewujudkan hubungan pos
dari Mekah, Madinah dan Yaman. - Muhammad al
Mahdi
Meluaskan lagi projek infrastruktur – masjid, sekolah,
jambatan, terusan, hospital, jalan raya, dll. – Harun al
Rashid
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Zaman Pertengahan

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH (750 – 1258M)

Dakwah dan Perkembangan Islam
Mengadakan hubungan diplomatik dengan maharaja
Charlemagne di Carolingia, Perancis. – Harun al
Rashid
Menawan kawasan-kawasan jajahan Rom –
Muhammad al Mahdi
Menstabilkan politik di Afrika Utara, Khurasan,
Samarqand dan lain-lain jajahan Islam

koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Kesimpulan
Kecemerlangan Islam mencapai kemuncaknya era
Abbasiah dengan kemunculan pusat keilmuan Islam di
Baghdad dan Cordova, Sepanyol
Dari sudut politik, Islam tersebar hampir ke seluruh
pelusuk dunia dan menyaingi kuasa Rom. Selepas Khalifah
al Wathiq, kerajaan Islam Abbasiah dipimpin pula oleh
bangsa Turki, Buwaih (bangsa Parsi) dan Seljuq. Kesemua
pemimpin ini meneruskan kecemerlangan Islam
sehinggalah dikalahkan oleh tentera Monggol (tartar)
pimpinan Hulagu Khan pada 1258M.
Baghdad dimusnahkan dengan teruk. Buku-buku dibuang
ke sungai hingga berubah menjadi hitam dakwat, dibakar
dan sebagainya. Orang-orang Islam (sejuta lebih) dibunuh
sewenang2nya dalam masa 40 hari. Maka berakhirlah era
Abbasiyah.
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Kesimpulan
Dari sudut ekonomi, Institusi Baitul Mal dilihat
memainkan peranan kepada kebangkitan Islam. Dana
dapat diuruskan dengan baik dan menyumbang kepada
kebangkitan Islam. Baitulmal yang ditubuhkan semasa
zaman Omar al Khattab dimantapkan lagi era ini.
Dari sudut sosial, perkembangan Ilmu sangat pesat
terutamanya selepas penubuhan Baitul Hikmah. Kegiatan
pentermahan dari bahasa asing ke bahasa Arab dan
sebaliknya
merancakan
perkembangan
ilmu
pengetahuan. Begitu juga komitmen dan ransangan dari
pemerintah Abbasiah terhadap institusi keilmuan. Semua
jenis ilmu sains, teknologi, falsafah, agama berkembang
pesat era abbasiah ini.
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

Tamadun Islam Zaman Kontemporari
PEMERINTAHAN KERAJAAN OTHMANIAH (1282 – 1924M)

Pemerintah-Pemerintah Othmaniah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Uthman bin Ertoghrul
1288-1326 M
Orkhan
1326-1359 M
Murad I
1359-1389 M
Bayazid I
1389-1403 M
Muhammad I
1403-1421 M
Murad II
1421-1451 M
Muhammad II (The Conquer)
1451-1481 M (al-Fatih)
Bayazid II
1481-1512 M
Saleem I
1512-1518 M ( Sultan )1518-1520 M ( Khalifah )
Sulaiman I (The Magnificent)
1520-1566 M (al-Qanuni)
Saleem II
1566-1574 M
Murad III
1574-1593 M
Muhammad III
1535-1603 M
Ahmed I
1603-1617 M
Mustafa I
1617-1618 M
Uthman II
1618-1622 M
Mustafa (second Reign)
1622-1623 M
Murad IV
1623-1640 M
Ibrahim
1640-1648 M
Muhammad IV
1648-1687koleksi
M ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.

Sulaiman II
1687-1691 M
Ahmed II
1691-1695 M
Mustafa II
1695-1703 M
Ahmed III
1703-1730 M
Mahmud I
1730-1754 M
Uthman III
1754-1757 M
Mustafa III
1757-1773 M
Abdul Hameed I
1773-1789 M
Saleem III
1789-1807 M
Mustafa IV
1807-1808 M
Mahmud II
1808-1839 M
Abdul Majeed I
1839-1861 M
Abdul Aziz
1861-1876 M
Murad V
1876 (Mei) – 1876M (September)
Abdul Hameed II
1876-1909 M
Muhammad V
1909-1918 M
Waheduddin (Muhammad VI)1918-1922 M
Abdul Majeed II
1922-1924 M
koleksi ilmiah AZHAR azharabdulrahman@live.com.my

PENUBUHAN
KERAJAAN ‘UTHMANIYYAH
Muncul di barat laut Anatolia pada
awal abad ke-14M.
Muncul selepas dunia Islam diserang
Monggol pada awal abad ke-13M.
Peringkat awal dikenali sebagai
imarah ‘Uthmaniyyah – selepas
berkembang maju menjadi dawlah.
Bab 10 & 11 / 3

PENUBUHAN
KERAJAAN ‘UTHMANIYYAH
‘Uthmaniyyah: berasal dari nama
pengasasnya, Osman b. Ertughrul.
Beliau ialah ketua orang Turki (Kayi).
Ibu negeri: Bursa – Edirne – Istanbul.
Bertahan selama 6 abad (600 tahun)
merangkumi Anatolia, Semenanjung
Balkan, dunia Arab, Afrika Utara,
Semenanjung Arab, Caucasus dan
kepulauan di Lautan Mediterranean.
Bab 10 & 11 / 4

ERA PENJAJAHAN
1.

2.

3.
4.
5.
6.

Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi
jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang
berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan
Sepanyol di kampung-kampung.
Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung
kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah
memaksa penduduk di situ menjadi warganegara
Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ
juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang
berkebuluran dan manusia-manusia jahat.
Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk
dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara
kebangsaan mereka.
Syria di bawah jajahan Perancis.
Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.

Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang
sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap
kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak
laku dari Eropah.
8.
Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangkarangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan
di setiap tempat dan masa.
9.
Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang
tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amiramirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris.
Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari
meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala
hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan
janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab;
Malik Husin dengan syarat menolong mereka
menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah.
10. Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang
sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka.
11. India menjadi jajahan Inggeris.
12. Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang
ditekan dengan dahsyatnya.
7.

Negara-negara di nusantara?
Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan
Islam Melayu Melaka[1] ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis, Melaka
kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641
dengan bantun kesultanan Johor.
Pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau
Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda
(disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai
pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i) Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan
Inggeris.
ii) Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda
Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :
i) Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)
ii) Perancis – Kemboja, Vietnam
iii) Sepanyol – Filipina
[1] Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan kerajaan yang bernaung di
bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam
dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak terhad.

RINGKASAN
Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia
1. Spiritual
Menyatukan semua bangsa dan kaum dibawah kalimah
Tauhid sekaligus membawa mesej keamanan kepada
seluruh dunia. Semua manusia diajar memiliki akhlak dan
keperibadian yang tinggi yang terhasil dari komitmen yang
tinggi kepada aqidah dan syariah.
Dahulunya, bangsa-bangsa manusia yang ada adalah
jenis yang suka menumpahkan darah, melakukan amalan
keji dan mungkar, perkelahian dan seumpamanya
Islam melahirkan manusia yang saling menghormati,
toleransi, cintakan keamanan, berkasih sayang dan
menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan

2. Intelektual
Islam sebagai agama penyebaran ilmu dan pemangkin
kepada kemajuan masyarakat. Ketamadunan di Sepanyol
berjaya mengeluarkan masyarakat Barat dari kegelapan
dan kongkongan gereja.
Islam sentiasa menggalakkan perkembangan dan
penyebaran ilmu tanpa mengira bangsa, negara dan
agama. Semua berhak mempelajari ilmu selagi ianya tidak
bercanggah dengan Islam dan membawa kebaikan dan
rahmat kepada seluruh manusia. Tradisi terus berkekalan
hingga sekarang
Berbanding Barat, mereka menyembunyikan ilmu-ilmu
yang dikhuatiri boleh memajukan umat Islam dan lain-lain
manusia yang tidak sealiran dengan Barat.

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia
3. Perubatan dan Sains Teknologi
Ketamadunan Islam yang berpusat di Sepanyol dan
Baghdad telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh
perubatan Islam dan perkembangan ilmu Sains dan
Teknologi
Kecemerlangan ini telah berjaya mencetuskan zaman
Renaissance Barat sekaligus menyebabkan Barat
terhutang budi kepada Islam.

Faktor Kecemerlangan dan PerkembanganTamadun
Islam
1. Ajaran Agama – wahyu pertama – Iqra’, Ayat-ayat al
Quran dan Hadis yang mewajib dan galakkan menuntut
ilmu, berfikir, menggunakan akal, hati, kelebihan orang
berilmu. Faktor ini menyebabkan orang Islam sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan. Juga, kesesuaian ajaran
Islam dengan fitrah manusia menyebabkan ramai tertarik
2. Peranan Pemerintah – Peranan Nabi, Khulafah Ar
Rashidin, Umayyah, Abbasiah. Galakan, saranan, usaha,
bantuan mereka dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Institusi intelektual dan pusat pendidikan seperti sekolah,
universiti, hospital, balai cerap, perpustakaan, masjid dan
istana sebagai pusat pembelajaran, galakan (elaun, gaji,
fasiliti,dll)

3. Interaksi Tamadun – Orang asing yang pakar masuk
Islam, Hubungan Dagang, Diplomatik, Penaklukan – Melalui
interaksi tamadun ini menyebabkan orang Arab dan bangsa
lain berinteraksi sekaligus terjadinya penyerapan,
penukaran
ilmu
pengetahuan
dan
usaha
memperkembangkannya. Kebanyak ilmu asing adalah
diperingkat asas dan tidak tersusun dengan baik. Orangorang Islam telah menyusunnya dan mengembangkan lagi
ilmu-ilmu tersebut terutamanya ilmu falsafah dan sains.
4. Aktiviti Penterjemahan –. Buku-buku bahasa Latin,
Parsi, India dan Greek ke bahasa Arab dan sebaliknya.
Juga penterjemahan dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris
dan Eropah. Kegiatan penterjemahan ini menyebabkan ilmu
Islam berkembang lebih cepat melangkaui semua kaum dan
bangsa

5. Peranan orang Mozarab (penganut Kristian Andalus)
Golongan Mozarab lebih banyak dipengaruhi oleh
kebudayaan Arab/Islam berbanding dengan pengaruh lain.
Penguasaan Bahasa Arab melebihi bahasa ibunda mereka
sendiri. Gologan Mozarab telah membaca dengan meluas
karya-karya falsafah dan teologi Islam. Penumpuan dan
pemerhatian mereka ini telah menyebabkan mereka lebih
mahir menguasai Bahasa Arab berbanding dengan bahasa
Latin. Mereka membelanjakan wang yang banyak
mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang besar untuk
menyimpan buku-buku Arab. Dengan penguasaan yang
meluas karya-karya Islam, golongan ini telah menjadi
sebahagian daripada agen perantara memindahkan
elemen-elemen tamadun Islam Andalusia kepada

2.6. Pengaruh dan Sumbangan Sains dan Teknologi
Islam Kepada Peradaban Dunia
Tokoh-Tokoh Sains Islam
1. Bidang Perubatan – Ibn Sina (980-1037m), Al Razi (865 – 925m),
al Zahrawi (936 – 1013m)
2. Bidang Matematik – Al Khawarizmi (780m – 850m), Al Battani (858
– 929m - juga astronomi), Ghiyath al Din Jamahid Kashani
3. Bidang Astronomi - Abdul Rahman al Sufi (903 – 986m), Al Kindi
(meninggal 873m), Al Biruni (973m – 1050m - juga geografi)
4. Bidang Kimia – Ibn Jabir (721 – 815m), Al Kindi (meninggal 873m)
5. Bidang Zoologi – Ibn Al Munzir, Addamiri (1341 – 1405m)
6. Bidang Fizik – Ibnu al Haysham (965m – 1039m)
7. Bidang Optik – Ibn al Haytham
8. DLL

AA. Muhammad ibn Musa al Khawarizmi (780- 846m)
Merupakan pakar dan pengasas bidang algebra. Beliu sendiri
yang mula-mula sekali menggunakan istilah aljabr (dlm bahasa
Arab yang bermaksud angka bulat). Beliau sebenarnya merupakan
pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik.
Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak
hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan
sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan
penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta
persamaan kuadratik. Kejayaan itu akhirnya menjadikannya
pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang
terkenal iaitu Al-Jabr wa-al-Muqabilah. Ia merupakan kitab
ringkasan kepada satu kitab lain yang lebih tebal.
Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu
sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang
sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan, keseluruhan
sistem nombor angka, algorithm atau algorizm

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci
bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan
sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga
menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon
dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai
konsep perbezaan.
Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di
bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu
dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak
olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan
dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis
buku mengenainya.
Juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam falak, geografi
dan sejarah

BB. Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al
Harrani al Raqi (lahir 854m). Lebih dikenali dengan al
BATTANI (nama tempat di Syria)
Pakar bidang Trigonometri, Astronomi (falak)dan
matematik. Tidak ada dalam sejarah Islam orang
sepakarnya dalam ilmu falak.
Teori Batlaimus (teori dari Yunani mengenai pergerakan
bintang) telah dibetulkan beliau melalui kitabnya alMijisti.
Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan
kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan caracara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.

TAJUK 4 : PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM
Kandungan
Umat Islam Kontemporari
Menghuraikan fakta ringkas realiti dan fakta umat Islam
terkini
Kependudukan/demografi
Penguasaan Politik
Tahap Penguasaan Keilmuan
Masalah Umat Islam dan Penyelesaian

60

Kependudukan dan Demografi, Penguasan Politik dan
Ekonomi
Mempunyai bilangan penganut teramai di dunia
Menjadi penduduk majoriti di 52 buah negara
Tinggal di bawah pemerintah yang membenci Islam dan
menjadi proksi barat
Miskin harta dan ilmu – hanya menjadi pengguna dan
bukannya pembuat
Ada negara terlampau kaya dan terlampau miskin
Bernaung dibawah OIC – ada 57 negara
Banyak yang muslim dari mukmin
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

Masalah Umat Islam
Dalaman
– Aqidah dan Spiritual
– Pemimpin dan Kepimpinan
– Sikap dan Sifat Orang Islam
Luaran
– Gerakan zionis @ yahudi dan penjajahan pemikiran
– Gerakan Kristianisasi dan penjajahan pemikiran
– Pengaruh Sekeliling - Media Massa, Cara Hidup
Barat, Hiburan, Seks Bebas
– Peperangan dan Kemiskinan
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

MASALAH PERTAMA – Aqidah dan Spiritual
i. Tidak menghayati Prinsip Tauhid @ Kalimah Shahadah.
Bertuhan dan mengutamakan iblis, syaitan,nafsu dan
kebendaan berbanding perintah ALLAH
ii. Gagal bersatu atas dasar satu syahadah / seIslam –
fanatik kaum, bangsa, negara, keturunan, DLL
iii. Jahil, tidak mendalami alQuran dan alHadis – tak mahu
jadikan Nabi SAW sebagai idola dan qudwah hasanah
(contoh ikutan terbaik)
iv. Tidak kuat aqidah – mudah dipengaruhi pemikiran
sekular, sesat, syirik, tahyul, khurafat, ideologi Barat,
DLL
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

MASALAH KEDUA – Pemimpin dan Kepimpinan
Kegagalan dan kelemahan pemimpin umat Islam ;
i. Sifat dan Sikap - mengkhianati amanah, tiada akhlak
(rasuah, zina, arak, maksiat, menjadi boneka Barat,
memusuhi pergerakan Islam, DLL)
ii. Pemikiran - berfikiran sekular, liberal, sesat, tidak faham
Islam, tidak bijaksana dan wibawa
iii. Kebodohan dan kejahilan rakyat yang memilih pemimpin
maksiat dan tidak berakhlak
iv. Tidak menjalankan konsep amar maarof nahi mungkar
dalam pemerintahan
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

MASALAH KETIGA – Sifat dan Sikap Orang Islam
Kejahilan / Kejumudan / Kepasifan Orang Islam
i. Tidak menguasai dan membudayakan ilmu pengetahuan
dan memisahkan ilmu kepada ilmu dunia dan akhirat
ii. Tiada asas aqidah dan ilmu fardu ain yang kuat
sehingga hancurnya institusi kekeluargaan dan
bercambah masalah sosial.
iii. Hanya sekadar pandai bercakap tapi malas dan tak
mahu buat (ada teori tapi tiada praktikal)
iv. Tidak dan gagal menguasai media massa dan teknologi
v. Jahil, miskin dan malas berusaha.
vi.Tak mahu belajar dan mengambil pengiktibaran sejarah
silam – punca-punca kejatuhan Tamadun Islam
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

JALAN PENYELESAIAN PERTAMA
Menghayati kembali Prinsip Tauhid @ Aqidah
i. Mempelajari pengertian Syahadah dan tuntutannya –
tidak bertuhankan manusia, harta, iblis, nafsu
ii. Tidak fanatik kepada pemimpin, mazhab, kumpulan,
bangsa. – mematuhi adab ikhtilaf – bersangka baik –
sentiasa menyokong dalam melaksanakan kebaikan.
iii. Mempelajari, mendalami, menghayati dan berpegang
teguh dengan al Quran dan al Hadis
iv. Menyedarkan masyarakat bahaya pemikiran sekular,
ajaran sesat, atheis, tahyul, khurafat, syirik, ideologi
Barat DLL
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

JALAN PENYELESAIAN KEDUA
Memilih Pemimpin Yang Berpegang Penuh Kepada AlQuran
dan alHadis
i. Mampu menjadi qudwah hasanah – peribadi tak buat
maksiat dan taat kepada agama
ii. Menyedarkan masyarakat kepentingan memilih dan
melantik pemimpin yang berakhlak, wibawa dan berilmu.
iii. Memilih pemimpin ang bijaksana dan adil
iv. Memboikot dan tidak taat kepada pemimpin yang
menjadi boneka Barat dan menyuruh rakyat melakukan
kemungkaran
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com

JALAN PENYELESAIAN KETIGA
Reformasi pemikiran dan sikap umat Islam
i. Tidak memisahkan ilmu dunia dan akhirat – semua ilmu
adalah ilmu Islam. Menguasai ilmu moden, teknologi,
media massa dan ketenteraan
ii. Mempraktikkan Ilmu dan amal – aqidah dan syariah –
tidak hanya berteori tanpa praktikal
iii. Menjalankan dakwah – sebar islam, jelas salah faham
orang Islam dan bukan Islam terhadap ajaran Islam
iv. Menguatkan asas-asas ilmu aqidah dan fardu ain dalam
keluarga dan masyarakat.
v. Merubah sistem pendidikan sekular dalam sistem
pendidikan negara umat Islam
koleksi ilmiah - AZHAR uitmazhar@yahoo.com