Organisasi sosial Stratifikasi Sosial da

Organisasi sosial ( Stratifikasi Sosial) dan Organisasi politik dan pemerintahan
Stratifikasi sosial adalah sekelompok anggota masyarakat ke dalam lapisan-lapisan sosial
secara bertingkat. Stratifikasi sosial merupakan suatu konsep dalam sosiologi yang melihat
bagaimana anggota masyarakat dibezakan berdasarkan status yang dimilikinya. Status yang
dimiliki oleh setiap anggota masyarakat ada yang didapati dengan suatu usaha (achievement
status) dan ada yang didapati tanpa suatu usaha ( ascribed status ). Stratifikasi berasal dari
kata stratum yang bererti strata atau lapisan dalam bentuk jamak.
Stratifikasi didefinisikan oleh Pitirin A. Sorokin sebagai pembezaan penduduk atau anggota
masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hierarki. Sedangkan menurut Bruce J. Cohen sistem
stratifikasi akan menempatkan setiap individu pada kelas sosial yang sesuai berdasarkan
kualitatis yang dimiliki. Stratifikasi atau juga disebut sebagai pelapisan sosial ini telah
dikenal pasti saat manusia menjalankan kehidupan. Terbentuknya stratifikasi sosial ini adalah
daripada hasil kebiasaan manusia seperti berkomunikasi, perhubungan, atau bersosialisasi
antara satu sama lain secara teratur mahupun tersusun, baik individu mahupun berkelompok.
Stratifikasi ini berlaku melalui beberapa proses antaranya ialah, stratifikasi ini terjadi secara
automatik atau dengan sendirinya kerana ia merupakan fitrah manusia yang memerlukan
penggerak utama ataupun pemimpin yang boleh memimpin mereka ke arah yang lebih maju.
Ini juga boleh terjadi kerana adanya pertumbuhan masyarakat di suatu tempat yang tertumpu
yang mempunyai banyak sumber keperluan seharian mereka. Selain itu, ia juga boleh terjadi
secara sengaja dengan tujuan untuk menjadikan suatu kelompok yang lebih sistematik atau
untuk kepentingan bersama. Sistem ini ditentukan dengan adanya ketua dan juga kekuasaan

yang diberikan oleh seseorang atau organisasi.
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya stratifikasi sosial ini adalah melalui kekayaan.
Seseorang yang memiliki harta yang banyak biasanya termasuk ke dalam lapisan yang paling
atas dalam stratifikasi sosial. Selain tu, aspek kehormatan juga menjadi antara salah satu
faktor terjadinya stratifikasi sosial kerana golongan terhormat ini merupakan golongan yang
berjasa besar di dalam sesebuah organisasi dan sering ditemui oleh masyarakat. Seterusnya
ialah kekuasaan dimana ukuran kekuasaan seseorang itu dapat ditempatkan di lapisan yang
paling atas misalnya seperti gabenor, pendeta, bupati dan lain-lain. Golongan yang berilmu
tinggi dan berpengetahuan luas juga ditempatkn dalam golongan yang teratas kerana mereka
mempunyai kepentingan dalam memajukan sesebuah tamadun atau organisasi.

Stratifikasi sosial ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu, stratifikasi sosial tertutup dan
stratifikasi sosial terbuka. Stratifikasi tertutup bermaksud pada setiap anggota masyarakat
tidak boleh berpindah ke tingkat sosial yang lebih tinggi ataupun ke tingkat sosial yang lebih
rendah. Contohnya, raja yang berada dalam kedudukan yang teratas tidak boleh menukar
ataupun berpindah statusnya ke peringkat yang paling bawah. Manakala stratifikasi terbuka
pula ialah, sistem stratifikasi yang membolehkan setiap anggota masyarakat berpindahpindah dari satu tingkat lapisan ke satu tingkat lapisan yang lain. Seseorang itu dapat
mengubah nasibnya dari lapisan yang paling bawah ke lapisan yang teratas dengan usaha
keras dan keazaman yang tinggi. Tidak semestinya golongan yang berada di tingkat yang
paling atas akan selalu berada di tingkat yang paling atas, golongan ini akan jatuh sekiranya

mereka alpha dengan kemewahan ataupun kepandaian yang mereka ada.
Terdapat juga beberapa fungsi stratifikasi sosial ini antaranya sebagai alat pelancaran hak dan
kewajipan, misalnya seperti menentukan kedudukan, jabatan, penghasilan modal insan dan
lain-lain. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mempersatukan dengan pola menkordinasikan
kepada bahagian-bahagian yang terdapat pada struktur sosial yang digunakan untuk mencapai
tujuan yang telah ditentukan. Seterusnya, berfungsi sebagai pendorong masyarakat supaya
bergerak mengikut kesesuian fungsi mereka serta sebagai jalan penyelesaian kepada pelbagai
masalah yang ada di dalam sesebuah masyarakat atau organisasi.
Oleh itu, stratifikasi sosial ini turut menjadi aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat
bertamadun. Kewujudan stratifikasi sosial dalam masyarakat bertamadun berdasarkan
pembahagian tugas dan atnggungjawab secara tidak langsung. Ini menyebakan terjadinya
pengkelasan masyarakat dimana ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai
fudalisme. Dalam sistem ini, golongan atasan merupakan golongan minoriti, manakala
golongan bawahan merupakan golongan majoriti.
Jika dilihat aplikasi stratifikasi sosial pada tamadun dahulu dan tamadun sekarang adalah
berbeza. Antara perbezaan yang paling ketara dalam sistem pengkelasan masyarakat tamadun
dahulu dan juga tamadun sekarang ialah melibatkan golongan bawahan. Golongan bawahan
ini terdiri daripada hamba dan tawanan perang yang meraka jadikan sebagai hamba abdi
untuk kepentingan pembangunan sesuatu tamadun itu diaplikasikan di dalam tamadun
terdahulu. Manakala, golongan bawahan dai tamadun sekarang lebih terjaga tarafnya kerana

dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Pengkelasan dalam masyarakat tamadun dahulu adalah berdasarkan kelas dan status. Sebagai
contoh, pengkelasan masyarakat bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang
mewujudkan penempatan kekal dan seterusnya dapat mengumpul kekayaan. Pemilikan tanah
ini melahirkan golongan pemilik atau tuan tanah yang kuat berusaha dan berpengaruh.
Beberapa tuan tanah telah membentuk satu kelompok golongan atasan, sementara buruh
sebagai golongan pekerja atau hamba yang membentuk golongan bawahan. Golongan
masyarakat yang berstatus tinggi mempunyai adat yang istimewa seperti jenis pakaian,
perhiasan dan bentuk binaan rumah. Golongan yang berstatus tinggi ini juga merupakan
golongan yang berada di tahap sosial yang tinggi seperti golongan bangsawan. Golongangolongan atasnya biasanya akan menindas golongan-golongan bawahan dan menjadikan
golongan bawahan ini sebagai hamba abdi. Sebagai contoh, dalam tamadun India, golongan
bawahan dikenali sebagai paria diamana golongan ini dipinggirkan dan dijadikan sebagai
hamba abdi.
Dalam tamadun sekarang, pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem
seperti tamadun dahulu. Golongan yang berada dilapisan yang paling atas dalam tingkatan
organisasi ialah golongan pemerintah yang dikenali sebagai Raja atau Sultan. Manakala
golongan yang berada di tingkat yang paling bawah ialah golongan rakyat. Dalam tamadun
sekarang, walaupun rakyat berada di dalam lapisan yang paling bawah, namun tidak berlaku
sebarang bentuk penindasan atau ketidakadilan kepada golongan ini seperti dijadikan hamba

abdi sebagaimana yang dilakukan oleh tamadun terdahulu. Dalam tamadun sekarang, hakhak keistimewaan rakyat terpelihara melalui perlembagaan yang telah ditetapkan. Rakyat
juga berpeluang untuk memilih pemerintah mereka sendiri melalui sistem pilihanraya. Hal ini
menunjukkan bahwa kedudukan rakyat itu istimewa dan terpelihara salah satunya diberi
peluang untuk memilih pemimpin yang bakal memimpin kerajaan. Tidak ketinggalan juga,
rakyat diberi peluang yang sama dalam memajukan ekonomi negara dan merupakan tonggak
serta tulang belakang bagi kejayaan sesebuah negara.
Corak organisasi politik dan pemerintahan dalam tamadun dahulu dan sekarang adalah
berbeza. Organisasi politik dan pemrintahan ini adalah simbol atau lambing kepada
ketamadunan sesebuah masyarakat. Sistem ini penting dalam organisasi sesebuah tamadun
kerana ini menunjukkan kemajuan sesebuah tamadun tersebut. Pada awalnya, perkembangan
sesuatu tamadun , sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan
kekeluargaan dan pertalian darah. Ini disebabkan oleh timbulnya satu komuniti kecil yang
mengamalkan budaya-budaya ke arah ketamadunan. Terdapat perbezaan yang agak ketara

mengenai sistem politik dan pemerintahan tamadun dahulu dan juga sekarang terutama dari
segi pemerintahannya. Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dan tamadun sekarang
terarah kepada demokrasi berpalimen. Perbezaanya juga dapat dilihat dari segi penguasaan
kuasa oleh raja serta organisasi bawahnnya seperti rakyat.
Pada tamadun dahulu, mereka menggunakan sistem feudal dalam sistem pemerintahannya
dimana sistem ini lebih memberi kuasa yang multlak kepada raja dalam pelbagai hal

termasuk agama. Organisasi pemerintahannya berbentuk piramid dimana tingkat yang teratas
merupakan Raja atau Sultan. Di samping itu, raja atau Sultan ini akan dibantu oleh golongsn
tengah seperti temenggung, bendahara dan laksamana. Kesimpulannya, pada tamadun
dahulu, raja dianggap odre kosmo iaitu raja berkuasa mutlak dalam segala hal dan dianggap
seperti dehaka jika mengingkari arahan raja dan hukuman seperti pancung kepala. Contoh
tamadun China, raja dianggap sebagai Tuhan kerana mendapat mandat daripada Tuhan.
Manakala tamadun sekarang corak pemrintahannya lebih bersifat terbuka dan meluas.
Mereka mengambil kira pandangan rakyat dalam memilih bakal mepimpin negara kerana
rakyat lebih mengetahui siapakah yang lebih layak untuk memimpin negara. Sistem
pemerintahan yang digunakan sekarang ialah demokratik berpalimen yang merupakan sistem
pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandate dan suara rakyat dalam
pemerintahan. Mandate daripada rakyat ini diterjemahkan dalam dua ruang lingkup
pentadbiran iaitu pilihanraya dan juga parlimen. Secara kesimpulannya, rakyat mempunyai
keistimewaan dalam pembentukan kerajaan dan tamadun sekarang berbanding tamadun
dahulu yang lebih mementingkan kuasa raja berbanding rakyat.
Kesimpulannya, stratifikasi sosial yang berlaku di dalam setiap tamadun adalah penting bagi
melaraskan aktivti-aktiviti dalam kalangan masyarakat serta penting untuk memajukan
negara serta dapat menaikan nama negara dipersada dunia. Corak politik dan pemerintahan
juga penting untuk mengawal ekonomi terutamanya dan keselesaan serta kesejahteraan
hidup. Perubahan corak dari segi stratifikasi sosial dan pemerintahan dari tamadun dahulu

dan sekarang adalah satu perubahan yang baik dimana tiada lagi golongan hamba yang hanya
ditindas dan tidak diberi keadilan dan kebebasan serta melawan fitrah manusia. Kita
seharusnya bersyukur kerana hidup di dalam sebuah masyarakat yang bertamadun dan
berdaya saing kerana diberi pelbagai peluang dan keistimewaan yang selayaknya untuk
seorang manusia. Oleh itu, semua golongan haruslah berkerjasama dalam mengekalkan
kesejahteraan ini agar ianya berkekalan hingga ke generasi yang akan datang.