Apakah keputusan itu mempunyai sebarang

Apakah keputusan itu mempunyai sebarang kesan ke atas kebebasan beragama yang dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan?
Sebagai mahkamah tertinggi negara yang juga mahkamah perlembagaan negara kita,
sudah pasti keputusan itu mempunyai kesan. Saya suka menyebutkan bahawa hakim-hakim
dalam sumpah jawatan mereka telah berikrar untuk mempertahankan perlembagaan; lihat
Perlembagaan Persekutuan Jadual Keenam.
Pada saya ini bermaksud bahawa peruntukan perlembagaan tidak harus disempitkan
tanpa sebab yang kuat. Dalam kes Meor Atiqulrahman ini peruntukan Perlembagaan
dilanggar oleh sebuah pekeliling sekolah; bukan akta parlimen atau undang-undang kecil
yang dibuat oleh seorang menteri kabinet. Ini sangat serius tetapi malangnya tidak diberikan
perhatian oleh Dato Abdul Hamid. Walau apa pun dari segi undang-undang kes Meor
Atiqulrahman ini adalah undang-undang terbaru dan terkini dalam persoalan berkenaan.
Inilah yang menyedihkan. Mahkamah-mahkamah lain, yakni Mahkamah Rayuan dan
mahkamah-mahkamah tinggi di seluruh negara, terikat dengan keputusan yang baru ini.
Termasuk kes ini ada tiga kes penting berhubung dengan kebebasan beragama yang
diputuskan oleh mahkamah tertinggi kita; dua kes lain ialah kes Jamaluddin bin Othman
(1989) dan kes Hajah Halimatussaadiah (1994).
Malangnya ketiga-tiga kes penting ini tidak menyebelahi Islam meskipun
Perlembagaan sendiri tidak mengkehendakki keputusan sebegitu. Kes Jamaluddin bin
Othman yang diputuskan oleh Tan Sri Hashim Yeop Sani membenarkan orang Melayu masuk
Kristian atas alasan kebebasan asasi manakala dalam kes Hajah Halimatussaadiah Tun

Mohamed Dzaiddin membenarkan kakitangan awam dipecat dari perkhidmatan kerana
mengenakan purdah.

Apa yang boleh atau perlu dilakukan sekarang?
Kita sudah sampai ke penghujung; tidak ada rayuan lagi. Cuma saya rasa para
peguam, khususnya para peguam pembela Islam perlu terus berjuang dan saya akan cuba
membantu sekiranya diperlukan. Sebagai ahli akademiksaya akan terus menyelidik dan
menulis untuk menimbulkan aspek-aspek yang penting supaya diberi perhatian oleh semua
pihak, khususnya para hakim dan kerajaan sendiri.
Para peguam dan pelajar undang-undang memerlukan bahan-bahan kajian yang
original dan baru supaya mereka dapat menghujahnya di mahkamah. Dalam kes Meor
Atiqulrahman ini kerajaan membuat kesilapan kerana membawa kes ini ke atas dan tidak
mengambil pendekatan yang lain; umpamanya menyelesaikannya di peringkat dalaman. Ini
menyebabkan Islam tercemar; dengan keputusan ini saya rasa orang bukan Islam tidak
mendapat gambaran yang baik khususnya tentang amalan dan masyarakat Islam.
Umumnya memang baik membincangkan sesuatu itu secara telus dan terbuka tetapi
jika yang membicarakannya tidak mempunyai ilmu yang cukup dan kebijaksanaan yang
tinggi masyarakat akan keliru dan Islam akan terus-terusan menjadi momok dan bahan
ketawa. Islam memang bukan serban, janggut atau tudung. Tetapi jangan lupa bahawa ini
adalah pakaian-pakaian yang ditetapkan sebagai pakaian yang lebih baik dan mengikut

hukum.

Baru-baru ini timbul perdebatan tentang soal Perlembagaan dan negarasekular di Dewan
Rakyat. Ada hubungan dengan kes ini?
Kontroversi itu bolehlah dikatakan sebahagian dari tema Islam dalam Perlembagaan.
Tetapi ia tidak menyentuh persoalan kebebasan atau hak beragama yang pada pendapat saya
tetap tegak hatta tanpa perisytiharan mengenai kedudukan Islam di bawah Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi kedudukan Islam di bawah peruntukan berkenaan memperkukuh amalan Islam
dan saya sering mengatakan bahawa apa yang menarik dengan peruntukan berkenaan ialah ia
mengisytiharkan bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai agama, yakni agama Islam. Jadi
ini sudah dengan sendirinya menjawab bahawa negara ini bukan negara sekular walaupun
mungkin kita masih tidak puas hati dengan ‘kandungan Islam’nya.

Dokumen yang terkait

Analisis pengaruh Brand Awareness, Perceived Quality, Brand Association, Dan Brand Loyalty terhadap keputusan pembelian pada produk pasta gigi 'Pepsodent (studi kasus pada Mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

6 41 167

Analisis pengaruh perilaku konsumen, kinerja karyawan dan kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan serta dampaknya terhadap keputusan pembelian : studi kasus pt. fif cabang pamulang

3 33 213

Rancang bangun sistem repostitory surat keputusan (SK) dengan memanfaatkan zkoss Framework (studi kasus: sub bagian organisasi tata laksana dan perundang-undangan Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta)

16 124 249

Preferensi dan keputusan masyarakat kecamatan Karawaci dalam menyalurkan zakat

4 41 107

Pengaruh pemahaman fiqh muamalat mahasiswa terhadap keputusan membeli produk fashion palsu (study pada mahasiswa angkatan 2011 & 2012 prodi muamalat fakultas syariah dan hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

0 22 0

Tingkat Pemahaman Fiqh Muamalat kontemporer Terhadap keputusan menjadi Nasab Bank Syariah (Studi Pada Mahasiswa Program Studi Muamalat Konsentrasi Perbankan Syariah Fakultas Syariah dan Hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

1 34 126

Pengaruh motivasi dan ekuitas merjuk terhadap keputusan pembelian produk rinso (study kasus pada ibu rumah tangga di desa lembursitu sukabumi)

1 8 131

Sistem pendukung keputusan pemberian reward kepada karyawan Bagian Produksi di PT.Trisco Tailored Apparel Manufacturing

11 86 57

Pengaruh diferensiasi produk dan desain produk terhadap keputusan pembelian pada Galeri Elik Keramik Bandung

10 106 128

Sistem pendukung keputusan untuk pemilihan flowmeter pada proses custody transfer aliran fluktuatif di Laboratorium Indi TF-ITB

0 16 1