234562604 Format SPP Baru Note for Interview

Format SPP baru
Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
20% (penyampaian)
30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
30% (pengetahuan isu2 semasa)
Soalan-soalan famous untuk temuduga SPP
Rukun Negara
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
-Bangsa & Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yg kukuh kpd Tuhan.
2) Kesetiaan Kepada Raja & Negarasetiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur & ikhlas kpd Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
3) Keluhuran Perlembagaan
-melindungi hak dan keistimewaan warganegara
-menghormati, menghargai serta memahami maksud & latar belakang penggubalannya
4) Kedaulatan Undang-Undang
-patuh kpd undang-undang yg telah digubal supaya keamanan negara dapat dicapai.
5) Kesopanan dan Kesusilaan
Sifat sopan-santun dan tatasusila penting dlm mewujudkan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum

Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi :"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan
mengemukakan ciri-ciri:
Percaya dan patuh kepada tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat
direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu
pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah
menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

16 Nilai yang terkandung dalam FPK dan mana datangnya nilai-nilai tu.
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Selain daripada itu tekanan daripada
cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun
1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan
masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai dalam
pendidikan
Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan
berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan
kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output dan
product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan
yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini.

Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan
nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah
baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar
dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada
melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu
mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.

Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan
sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan
berkesan."
5.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang
terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama
Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang
dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada
semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif,
afektif, psikomotor dan akhlak.
Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:
Secara pertuturan
Secara perlakuan
Secara teladan
Secara isyarat
Secara kefahaman
Secara interpretasi

Secara konteksual
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu
dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik
hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu
dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.
Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap
sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh

agama, masyarakat dan negara.
Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada
pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu
mengakibatkan bencana.

Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi
pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha
dalam melakukan sesuatu perkara.
Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong
royang, ketoleranan dan perpaduan.
Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan

atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti
berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,
tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat
penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam
masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.
Teori-teori pengajaran dan pedagogi yang berkaitan - behavior theory, constructivist theory, humanistics
theory, cognitive theory dan sewaktu dengannya. Pastikan tahu siapa tokoh2nya.
Cara mengajar dan cara meningkatkan motivasi murid ikut teori behavior, sosial dan kognitif (berdasarkan
kepada teori2 pembelajaran)
PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan
yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi
pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.

PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar
di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga
oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan
manfaat sekolah dan para pelajar
PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Program
seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya.
pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai
penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada
itu, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang
kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru
sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa tertekan
dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan
bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-royong yang diadakan ini
bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru di
sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya,
akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah
akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelaj ar yang
berkualiti pada masa hadapan.


Struktur pentadbiran
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus
dan mentadbir sistem pendidikan negara. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing
bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Justeru itu pendidikan berfungsi
sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi
ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005).
Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia
Kamaruddin Kachar (1990) melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang
melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan,
pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian
pendidikan
Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan
seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumbersumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala
pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola,
diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah
organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.
Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam
pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas
kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan
pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.
Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas
terbahagi kepada lima peringkat iaitu;
Eksekutif
Pengurusan
Penyeliaan
Teknikal
Pelaksana
Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu:
Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.
Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas bahagian professional dan lapan
bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian
pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh
seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha
kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha
Isu-isu semasa dalam dan luar (baca paper, tengok berita)
JANUARI - isu PISMP posting lewat + isu KPLI posting dulu dr kite + GSTT dpt extend bkhidmat

FEBRUARI - isu PISMP posting (bersyukur) + isu camne nk g konvo + isu xde duit
MAC - isu konvokesyen + isu da masuk gaji n x dpt gaji lg + isu susah nk dftr dlm web SPP
APRIL - isu gambar konvo cam harem + segelintir dh dpt pangilan SPP
MEI - isu x sbar dah nk cuti tgh thn
JUN - isu paling hot bln ni (ramai yg dh interview n bakal di interview) + nota2 utk study SPP
Isu Pembunuhan Osama
Obama secara simbolik memberitahu rakyat AS bahawa dendam telah berbalas. Osama yang merencanakan
serangan itu kini telah dibunuh. Rakyat AS bersorak gembira dan Obama mengatakan bahawa dunia kini
lebih selamat setelah Osama dibunuh.Rating popolariti Obama yang rendah kerana isu-isu ekonomi dan
sosial yang gagal ditanggani Obama telah melonjak naik kerana pembunuhan itu.Obama akan bertanding
bagi penggal kedua untuk mengekalkan kepresidenannya pada akhir tahun hadapan kerana itu dia perlu
meningkatkan ratingnya dari sekarang.

Kenyataan Obama itu disahut sama oleh Perdana Menteri NajibTun Razak dengan kata-kata yang sama
nadanya.Betapa hebatnya Najib kerana mempunyai tahap dan aliran pemikiran yang sama dengan Obama.
Sekurang-kurangnya mentornya, Tun Dr Mahathir tidak berkongsi pandangan dengan Najib dan beliau
mengecam tindakan Obama mengarahkan pembunuhan kejam itu dengan menceroboh memasuki wilayah
Pakistan, sebuah negara berdaulat, walaupun Pakistan berkerjasama dengan AS dalam perang menentang
keganasan.
Isu-isu pendidikan yang terkini

1. Isu cikgu atau guru GSTT. Dari awal Disember hingga ke akhir Januari, cerita GSTT berjaya masuk ke surat
khabar dan banyak mendapat respon pada setiap hari. Tak kurang juga guru kontrak juga ingin mengetahui
status terkini mereka seperti mana yang berlaku dengan kes GSTT. Sampai hari ini, belum ada apa-apa berita
yang menggembirakan.
2. Isu buku teks bahasa english. Macam mana boleh ada kesilapan dalam buku teks tu? Nak salahkan penilai,
penilai akan kata dia tak pilih buku tu. Dia pilih buku lain. Nak salahkan cikgu yang buat buku teks tu,
memang dah sah-sah salah mereka. Tapi kalau buku tu dah banyak sangat salahnya, apsal nak juga buku tu
yang diterima? Mengapa buku itu yang dipilih? Takkan para penilai nak pilih buku teks yang bermasalah
bukan? Kat sini, banyak isu panas timbul dan akibatnya..teruk Pak Muhyiddin nak jawab dibuatnya..
3. Isu Interlok. Ini satu lagi isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan. Bila dah masuk isu politik, macammacamlah yang akan bersuara. Bagi aku, ada banyak lagi buku yang lagi panas berbanding Interlok. Banyak
isu perkauman yang diceritakan dan kita kena faham mengapa buku atau novel seperti Interlok dan
Konserto Terakhir dijadikan buku komsas dalam sekolah menengah.
Setiap novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir ada jalan ceritanya, ada nilai-nilainya tersendiri, dan isuisu yang dibincangkan ada motifnya tersendiri. Dan kita akan belajar dari jalan ceritanya. Baik dan buruk
kita akan tahu. Bukan untuk dipolitikkan. Jadi, bila dah jadi macam ni, kalau aku sebagai Abdullah Hussein
pun akan merajuk. Kita buat ikhlas, nak bagitau perkara sebenar, tapi dipolitikkan. Apa kes?? Itulah hakikat
sebenar yang berlaku pada masyarakat kita ketika, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Yang nak malu,
kenapa? Itu sejarah. Kita belajar dari sejarah untuk jadi insan yang lebih baik. Takkan sampai hari ini masih
tak boleh bezakan? Yang mana baik dan yang mana tak baik?
4. Isu cikgu masuk mahkamah sana sini. Ada cikgu yang merogol, ada ustaz yang buat kerja tak senonoh,
ada cikgu kena tipu dalam skim tertentu, ada cikgu pukul budak dan sebagainya. Semuanya berkait dengan
mahkamah. Isu ini, memang panas sepanjang tahun. Tak tahu bila nak jadi sejuk balik..
5. Isu Krisis Pelajar Malaysia di Mesir. Bila Pak Muhyiddin tersalah cakap, memang macam-macam yang
marah dan mengamuk dan tulis macam-macam kat blog mereka. Itulah, bila kita dah terlajak kata, susah
nak tarik balik, terlajak kereta atau perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Bila kata “sampai
tak ada keperluan nak ambil pelajar Malaysia balik” itu memang buat orang kita marah. Takkan nak tunggu
sampai ada yang dah dikafankan baru nak ambil tindakan? Dan akhirnya Pak Najib dah ambil tindakan.
Mungkin selepas berbincang dengan Pak Muhyiddin dan rakan-rakan serta pertubuhan yang lain, mereka
sepakat untuk ambil pelajar Malaysia yang masih berada dalam ketakutan di Mesir.
6.ISU PENDIDIKAN : Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah:
mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah.
banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan
iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah
pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Ini termasuklah soal prestasi akademik
dan masalah disiplin di kalangan pelajar
7. ISU PENDIDIKAN : Impak dinamik lahir modal insan berkualiti
Lima fokus baru dilaksana fasa kedua pelan strategik pendidikan tinggi
kedinamikan pengajian tinggi dan arus globalisasi ini akan berterusan khususnya sepanjang tempoh lima
tahun (2011-2015) Fasa Dua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Ini bermakna, Malaysia dan
sektor pengajian tinggi perlu memberi pertimbangan wajar terhadap impak dinamik ini kepada hala tuju
strategik, sistem serta institusi pengajian tingginya.
Sehubungan itu, lima fokus baru sudah dikenal pasti dan perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) sepanjang tempoh itu lima fokus itu ialah pengukuhan usaha melahirkan modal insan,
memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan
globalisasi dan kepemimpinan yang bertransformasi di kalangan peneraju institusi pengajian tinggi.

Dalam konteks pengukuhan usaha melahirkan modal insan,pelajar yang akan dilahirkan mestilah bersifat
modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya mempunyai bakat untuk
membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian cabaran semasa dan akan
datang.
Justeru, pembangunan bakat dalam kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan
melalui 5Cs iaitu Critical Thinking and Problem Solving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah), Effective
Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team Building (boleh bekerja secara
berkesan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and Innovative (kreatif dan
inovatif) dan Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam dunia yang kepelbagaian).
8. ISU PENDIDIKAN : Menakluk Emosi
Guru perlu ada ilmu psikologi
Peningkatan kadar jenayah atau disiplin ini bukan saja membimbangkan institusi persekolahan malah
masyarakat turut keliru serta tercari-cari apakah mekanisme terbaik boleh diguna pakai bagi menanganinya.
Meskipun lambakan kempen dilaksanakan menerusi sesi ceramah dan pameran, ia masih belum ampuh
untuk melembutkan hati pelajar.
Akibatnya, masyarakat tertanya-tanya apakah pendekatan selama ini salah atau pelajar semakin naik lemak
hingga sukar dinasihati lagi.
Masih adakah lagi jalan penyelesaiannya?
cara didikan pelajar masa kini tidak boleh dilakukan secara semberono tanpa disuntik elemen tertentu yang
boleh ‘mematahkan’ sikap degil pelajar.
kemampuan pelajar hari ini sukar dijangka hingga ada ketikanya mampu mencapai tahap tertinggi dengan
keberanian luar biasa.
Bukan hairan lagi apabila masyarakat menganggap pelajar hari ini terutama peringkat menengah,
penyumbang masalah disiplin.Biarpun hanya segelintir, mereka yang melanggar disiplin bagaikan memberi
persepsi buruk kepada pelajar lain.
Yang bermasalah pula terus ‘bermaharajalela’ hingga menyebabkan masyarakat semakin muak untuk
membantu sebaliknya membiarkan guru dan sekolah mengatasinya.
Beliau berkata, meskipun disiplin pelajar menjadi antara isu hangat, tidak bermakna setiap pihak hanya
mampu berdiam diri atau melepaskannya kepada golongan minoriti.
Pelajar, katanya, adalah kelompok yang memerlukan bimbingan berterusan selain pendekatan sesuai untuk
menyedarkan tindakan dilakukan adalah salah.
“Kebanyakan hanya pandai menuding jari atau melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain tanpa
mahu duduk semeja mencari jalan penyelesaian.
“menganggap pelajar bermasalah sudah tiada masa depan dan terus memberi tekanan hingga menyebabkan
nasib pelajar semakin terumbang-ambing.
“Mencari penyelesaian dengan bertunjangkan konflik akan memburukkan lagi keadaan dan pelajar melihat
pertelingkahan itu sebagai medium melepaskan diri”
“menyalahkan guru dan sekolah kerana tidak bertindak namun kesalahan itu tidak wajar diletakkan pada
bahu golongan terbabit semata-mata.
“Masyarakat perlu akur, senario pendidikan sekarang terlalu banyak ‘pantang larang’ hingga menyukarkan
segala tugasan yang ingin dibuat.“
“Jika menggunakan pendekatan lama, sudah tidak sesuai kerana zaman ini pelajar lebih bijak mencipta
alasan. Untuk itu, guru perlu ada ilmu psikologi yang hebat bagi menakluki emosi mereka.
“Kebiasaannya, tindakan atau hukuman diselarikan dengan pendekatan berbentuk fizikal seperti rotan dan
denda namun terlupa menyentuh emosi sedangkan ia aspek paling mudah untuk menjinakkan pelajar.
“Pendekatan salah bukan saja tidak menyelesaikan masalah malah mengundang lebih banyak konflik kedua
pihak hingga mampu mewujudkan jurang selain perasaan tidak puas hati,” katanya.
guru perlu menunjukkan kasih sayang dan perhatian dengan ikhlas tanpa niat menghukum atau sindiran
supaya pelajar rasa lebih selesa untuk meluahkan perasaan.
ada guru hanya tahu mengajar namun tidak mendidik menyebabkan hasrat menjadikan pelajar hari ini
sebagai generasi berilmu, berdisiplin dan berperibadi mulia sukar.
ada kalanya guru tidak pandai berdiplomasi dan hanya mengajar berpandukan nota semata-mata sedangkan
matlamat sebenar adalah memberi pendidikan.

“Antara mengajar dan mendidik memang jauh perbezaannya. Bayangkan jika guru pun boleh terasa dan
melenting jika ditegur, apatah lagi pelajar yang masih muda dan teraba-raba mencari arah.
pentingnye guru bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai sebelum mengenakan hukuman supaya
pelajar memahami apa dilakukan itu bukan disebabkan benci namun peringatan menjadikan mereka lebih
baik
Ditanya adakah cara itu seolah-olah membuatkan pelajar seperti besar kepala dan semakin manja, beliau
menafikannya kerana pelajar pasti faham yang dilakukan itu sekadar hukuman membetulkan kesilapan.
ramai guru terlupa hingga menyebabkan pelajar melihat hukuman itu seolah-olah misi ‘balas dendam’ dan
melepaskan perasan benci hingga menjadikan mereka terus memberontak.
jika guru pandai menggunakan budi bicara, pelajar boleh menerima dan mampu diubah. Cuma tidak boleh
mengharapkan keajaiban berlaku sekelip mata sebaliknya perlu berterusan dan disertai doa
Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:
Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa pada era globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya
hingga lupa tanggungjawab mendidik anak.
Kemunculan media massa serta sumber bacaan tanpa batasan hingga menyebabkan pelajar ingin meniru
dan mencuba.
Pengaruh rakan sebaya kerana menganggap rakan sebagai rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar
meluangkan masa untuk mendengar atau berdampingan dengan anak.
Kegagalan pihak sekolah untuk bertindak pantas dan telus kerana ada sebilangan cuba merahsiakan
masalah disiplin yang berlaku.
Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai atau menarik hingga pelajar lebih gemar menghabiskan
masa di tempat tidak berfaedah.
9. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah
yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di
dunia;
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya
pelbagai haluan;
Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM); dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek
prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan
komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan
usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah
berkaitan dengan:
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang
usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan
berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.
masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.
Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan
oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang
mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu,
kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih
berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan
pendidikan yang berkesan. pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau.
Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalam an atau kurang
latihan.
Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru
mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi
“bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains
dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan
tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula
dipertikaikan.
Program PPSMI
melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan
bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif
daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar .
Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham . Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah
tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
melibatkan penggunaan internet.
Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan
berkesan
Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu
kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan . Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain
yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana
masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah
yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid
tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme,
melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
10.Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin
pengajaran (instructional leadership) yang berkesan ;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad . Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur
dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk
sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan,
kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza ;
Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan
pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu .

Menteri-menteri Kabinet
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah
Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel
Nama menteri pelajaran dan pengajian tinggi berserta timbalannya
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
Nama pengarah pendidikan mengikut negeri masing2 berserta timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Perak
DATO' MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, D.P.M.P.,P.M.P.,K.M.N., A.M.P., P.P.T.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak

TN. HJ. MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, A.M.P
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
EN. ABDUL MAJID BIN YUSOF
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
En. Kamal bin Mansor ,
TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
Tn. Hj. Mohd Nor bin Haji Zakriah,AMN,AMP
Penyelia Sekolah Rendah
En. Mohd Arif bin Mohd Yunus
Penolong PPD (Matematik dan Sains)
Tn. Syed Azelan bin Syed Abu Hassan
Wawasan 2020
Cabaran Wawasan 2020 ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya
bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.
9 Dasar & Cabaran Wawasan 2020 :
Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,
bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
banyak negara membangun.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan
kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan,
tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Selepas terlancarnya dasar Wawasan 2020 sejak tahun 1991, Malaysia sudah mampu memiliki……….
Bekas bangunan tertinggi di dunia
Litar F1 yang canggih
Koridor pembangunan yang merata-rata
Antara Lapangan Terbang terbaik dunia
Pengeluaran kereta Nasional
Pemilik Lotus, sebuah syarikat kereta yang ternama
Bekas pemilik MV Augusta
Angkasawan yang telah “meluncur” laju ke stesen angka lepas (ISS)
Stadium bola sepak yang mampu memuatkan 100 ribu orang
Syarikat pembuat motorsikal sendiri
Satelit sendiri yang memberikan broadcast kepada Asia
Air Asia, model sistem penerbangan murah yang pertama di dunia
Multimedia Super Corridor
Dua buah Masjid yang sangat mewah di Putrajaya
Petronas
Putrajaya
Pavilion, Kuala Lumpur
Pelbagai hotel-hotel bertaraf 5 bintang
Kasino tersohor di dunia di Genting
Dan terbaru bangunan parlimen akan berpindah ke Putrajaya yang bernilai sekitar RM800 juta

Dasar 1 Malaysia
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di
negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan
menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak
mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta
disegani oleh seluruh dunia
• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masingmasing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada
pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu
melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka
juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi
kepentingan mereka sahaja.Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara
yang sama.
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan
negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di
Malaysia
1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah
identiti kaum-kaum tersebut
menjaga kepentingan semua kaum,
menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di
Negara negara lain di mana identity kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional
yang sama.
1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti
etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut
dibanggakan.
menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormat sebagai rakyat dalam satu Negara

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan potensi setiap murid tanpa mengira kaum,
agama dan bangsa. Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memupuk bibit-bibit perpaduan anak
bangsa sejak berada di bangku sekolah lagi . Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka 7 dengan
rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit. Oleh itu, guru mampu menjana, menyemai dan
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum sebaik mungkin.
SBT
sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan.
Sebelum dianugerah taraf SBT , sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa criteria mantap termasuk
pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada
peringkat antarabangsa
etos = ciri-ciri yang membezakan, sentimen, sifat akhlak, atau kepercayaan membimbing seseorang,
kumpulan, atau institusi
SBT akan dianugerahi manfaat berikut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai tahap prestasi yang
lebih tinggi:
Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih
kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya
prestasi guru tidak memuaskan n pengagihan dana
Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik
Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan, termasuk cuti sabatikal untuk guru besar
Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam sistem pendidikan

Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional
yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa .
Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah
berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara .
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam
soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;
Sekolah berasrama penuh:
Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:

Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengumumkan penambahan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011.
Penarafan ini dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui
peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing.
Jadi sebagai rekod dan juga perkongsian, berikut adalah 23 buah yang diberi penarafan Sekolah Berprestasi
Tinggi tahun 2011:
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak

15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.
MBMMBI
1 Murid 1 Sukan
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus
kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa
mementingkan prestasi mereka.
Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu
jenis sukan.
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan
sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi
Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah
wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan
Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah
hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah
5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh
sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi
program 1M 1S.
5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;
6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni ;
6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;
6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal ;
6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan .
Modal Insan
sebanyak RM45.1 bilion yang diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan dan latihan
yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan
maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan
sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.
8 teras Dasar Pembangunan Modal Insan yg telah digariskan iaitu :
1. Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan.

2. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi
meningkatkan perpaduan negara. Untuk tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan .
3. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan bandar
termasuk menggantikan semua sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar .
4. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari
memenuhi keperluan majikan.
5. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang
hayat (lifelong learning) yang berkualiti di semua peringkat.
6. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki
kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
7. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif ,
sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan
warisan.
8. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu
bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
NKRA
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
NKRA – National Key Result Area
“The Government is set to begin the transformation process in stren