Dasar ilmu ekonomi Baru (1)

JCEA2115
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Tajuk Tugasan:
Tinjauan dan Perbincangan Mengenai Dasar Ekonomi Baru
(Tugasan Individu)
Pensyarah:
Dr. Zuraidah Binti Abdullah
Disediakan oleh:
NAMA
Siti Nur Natrah Binti Suhaimi

NO.MATRIK
JEC130019

Semester 2 2013/2014
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

Tarikh Hantar:5 JUN 2014


PENGENALAN
DEB telah diperkenalkan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Pelaksanaan
DEB adalah dirangka untuk tempoh selama 20 tahun, bermula dari tahun 1971
hingga tahun 1990.DEB telah dilaksanakan bermula daripada Rancangan
Malaysia Kedua yang bertujuan untuk:
1. Mengurangkan
menambahkan

dan

seterusnya

pendapatan

dan

membasmi

kemiskinan


membanyakkan

peluang

dengan
pekerjaan

kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum.
2. Untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi
memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Di antara dua matlamat DEB tersebut, matlamat pertama iaitu membasmi
kemiskinan adalah mudah difahami.Matlamat kedua iaitu penyusunan semula
masyarakat adalah untuk mengatasi ketidakseimbangan yang wujud akibat
daripada

dari

dasar


penjajah.Isu

ketidakseimbangan

dan

ketidakadilan

masyarakat yang wujud pada tahun-tahun 1960-an meliputi pelbagai aspek.Di
antaranya adalah
1.Ketidakseimbangan pendapatan
2.ketidakseimbangan guna tenaga
3.ketidakseimbangan hak milik dan penguasaan kekayaan
4.ketidakseimbangan antara negeri dan wilayah
TINJAUAN MENGENAI DASAR EKONOMI BARU
Masalah kemisikinan,pengangguran dan perbezaan kedudukan ekonomi antara
kaum merupakan antara perkara yang menggugat keharmonian kaum.Ini
menerangkan sebab matlamat perpaduan negara menjadi matlamat unggul
DEB.Rangka Rancangan Jangka panjang bagi tujuan ini dijelaskan dalam
Rancangan Malaysia Ketiga,1976-80,yang menggariskan matlamat DEB dengan

lebih terperinci dan kuantitatif seperti berikut
i.

Kadar

k

emiskinan

akan

diturunkan

dari

49.3%(1970)

kepada

16.7%(1990).Walaupun tidak dipastikan kadar kemiskinan bagi setiap

kaum,tetapi kadar kemiskinan luar bandar akan turun daripada

58.7%(1970)
ii.

kepada

23.0%(1990)

dan

bandar

daripada

21.3%(1970)kepada 9.1%(1990)
Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengannguran
diturunkan dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7.4%
kepada tahap guna tenaga penuh 3.6% antara 1970 hingga 1990 dan
matlamat kuantitatif dari segi pembahagian kaum di tiga sektor utama


iii.

mengikut jenis pekerjaan dan kaum.
Dari segi penyusunan semula guna tenaga,DEB menjangka struktur
guna tenaga dalam setiap sektor ekonomi dan tingkat pekerjaan dalam
jangka panjangnya akan mencapai tingkat yang selaras dengan
struktur penduduk Malaysia di segenap lapangan.Antara tahun 1970
dan 1990,pembahagian gunatenaga Melayu atau Bumiputera bdalam
sektor primer dirancang akan menurun daripada 67.6% kepada
61.4%,tetapi dalam sektor sekunder ia akan naik daripada 30.8%
kepada

51.9%

dan

sektor

tertiari


daripada

37.9%

kepada

48.4%.Sebaliknya pembahagian guna tenaga Cina dirancang menurun
daripada 59.5% kepada 38.1% dalmsektor sekunder dan daripada
48.3% kepada 39.0% dalam sektor tertiari,tetapi akan naik daripada
21.4% kepada 28.3% dalam sektor primer.Sasaran pembahagian untuk
kaum India boleh dikatakan tidak berubah dalam lingkunagn 10-12%
iv.

alam semua sektor.
Pembahagian pemilikan
dirancang

v.


daripada

saham

nisbah

modal
2.4:

dalam

syarikat

berhad

34.3:63.3(Bumiputera:bukan-

Bumiputera:asing) pada tahun 1990.
Seterusnya semua matlamat ini dijangka akan dicapai dengan
perubahan yang pesat dalam struktur dan produktiviti dalam bidang

ekonomi dengan melibatkan sektor Kerajaan seiringan dengan sektor
swasta.Sasaran pertumbuhan ekonomi ialah purata 7-8% kenaikan
KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) setahun.Sektor pembuatan akan
menjadi sektor terpenting dengan kadar pertumbuhannya dijangka
mencapai purata 12.2% setahun,supaya pada tahun 1990,ia menjadi
sektor terbesar dengan menyumbang 26.6% kepada KDNK.Dengan
itu,dengan

menggantikan

tempat

sektor

pertanian,yang

sumbangannya kepada KDNK akan menurun daripada 32.1%(1970)
kepada 19.7%(1990).
Tahun 1990 melalui Rancangan Malaysia Kelima menandakan tamatnya secar
rasmi pelaksanaan DEB.Memang


tidak dapat dinafikan,secara umumnya DEB

telah mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan selepas tamat tempoh
pelaksanaan DEB.Sebelum DEB Ddilaksanakan,secara umumnya boleh dikatakan
bahawa masyarakat Melayu dan India adalah golongan yang paling miskin dan
ketinggalan dari segi sosio-ekonomi jika dibandingkan dengan masyarakat Cina.
Secara kasarnya,kesan DEB terhadap masyarakat India Malaysia dapat dilihat
pada akhir laporan Majlis Perundangan Ekonomi Negara,pada para 322
menyatakan:
“Pada keseluruhannya kaum India kurang sekali mendapat manfaat
daripada pembangunan ekonomi.Mereka telah jauh ketinggalan dalam berbagaibagai

sektor

seperti

guna

tenaga,pendidikan,perdagangan


dan

perindustrian.Kadar pengangguran mereka adalah tinggi manakala kadar
pencapaian pendidikan sungguh rendah.Demikian juga dengan penyertaan
ekuiti mereka yang telah terhenti pada kadar 1.0 peratus sejak tahun
1970.Majoriti dari tenaga buruh India misalnya didapati berada dalam sektor
perladangan

di

mana

memuaskan.kadar

keadaan

kemiskinan

pekerjaan
di

dan

sektor

mutu

hidup

perladangan

amat

tidak

juga

mat

tinggi.Perkembangan kemahiran keusahawanan juga rendah.Rancangan masa
depan perlu mengambil kira penyertaan kaum India dan kaum minoriti yang
lebih bermakna dalam semua bidang”
Malah ketika Perdana Menteri membentangkan Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua pada 17 Jun 1991,beliau telah dengan khusus menyebut kaum
Bumiputera
diberi

di Sabah

perhatian

yang

dan Sarawak serta kaum India
lebih

akibat

daripada

di Semenanjung akan

kedudukan

sosio-ekonomi

mereka.Beliau memberitahu parlimen bahawa kaum-kaum minoriti bumiputera
dan

bukan

bumiputera masih ketinggalan

sektor.Katanya lagi,”keperluan

di belakang dalam beberapa

mereka untuk menbdapatkan

pertambahan

peluang pendidikan dan pekerjaan akan diberi perhatian yang lebih”.Melalui
penerangan di atas,boleh dikatakan masyarakat India telah mencapai kemajuan
seperti yang dijangkakan jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu selepas
tamatnya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Penyelidikan

kesan-kesan

pelaksanaan

Dasar

Ekonomi

Baru

terhadap

masyarakat India Malaysia boleh dikaji melalui pembahagian-pembahagian
seperti

kemiskinan,pendidikan,penceburan

dalam

sektor

korperat

dan

perniagaan,tingkat upah dan pengangguran.Melalui pembahagian ini adalah

diharapkan sama ada objektif-objektif yang telah ditetapkan oleh DEB telah
tercapai terutamanya terhadap masyarakat India.
Pembasmian Kemiskinan
Salah satu daripada strategi pembangunan sosio-ekonomi yang digariskan
dalam Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) melalui Rancangan Lima
Tahun Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum iaitu
merangkumi kaum Bumiputera,Cina dan India.Kemisikinan di Malaysia tidak
boleh disamakan dengan kemiskinan di negara-negara lain.Kemiskinan adalah
berbeza dari negara,dari semasa ke semasa mengikut tahap pembangunan
ekonomi dan mengikut struktur sosial.Walaupun sesebuah negara itu maju,di
dalam negara tersebut masih juga wujud kemiskinan.Oleh sebab itu tidak
bermakna negara yang maju tidak wujud kemiskinan.Negara-negara maju
seperti

Amerika

Syarikat

dan

Britain

juga

menghadapi

masalah

kemiskinan.Kemiskinan di Malaysia Mempunyai ciri tertentu berhubung denga
faktor etnik serta berkait dengan lokasi geografi dan aktiviti ekonomi tertentu.
Sebelum DEB mula diperkenalkan pada tahun 1970,kadar kemiskinan di
Semenanjung Malaysia adalah 49.3 peratus .Ini menunjukkan hampir separuh
daripada penduduk Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada golongan
miskin.Kadar kemiskinan masyarakat India pada tahun itu adalah 39.0 %.Selepas
tamatnya pelaksanaan DEB,iaitu pada tahun 1990 kadar kemiskinan negara bagi
semua kaum telah menurun kepada 15% manakala bagi kaum India telah
menurun kepada 8.0% seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1.(SILA RUJUK DI
BAHAGIAN LAMPIRAN)
Ini adalah satu pencapaian yang sangat menggalakkan terutamanya kepada
masyarakat India.Walau bagaimanapun,persoalan yang timbul di sini adalah
pakah

kriteria

atau

definisi

yang

digunakan

untuk

mengukur

kadar

kemiskinan.Dari segi definisi,tidak terdapat satu definsi yang mutlak bagi
kemiskinan.Terdapat dua cara pengukuran kemiskinan yang selalu digunakan
iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.Kemiskinan mutlak bermaksud
pendapatan tidak mencukupi untuk menyara hidup manakala kemiskinan relatif
adalah

ketidakseimbangan

pendapatan

antara

penduduk.Pada

umumnya,kemiskinan merupakan satu sifat keadaan ekonomi dan sosial yang
dialami oleh orang yang berkurangan pendapatan mahupun mutu penghidupan
seharian.

Pendapatan adalah perlu untuk menganggar kadar kemiskinan.Melalui
pendapatan,pengukuran kemiskinan boleh ditentukan melalui penetapan garis
kemiskinan.Garis kemiskinan adalah satu paras pendapatan sekadar cukup untuk
membeli makanan seisi rumah,kesihatan sempurna dan keperluan-keperluan
asas

lain(pakaian,perumahan,tenaga

persekolahan).Kumpulan

yang

dan

bahan

pendapatan

api,pengangkutan,

mereka

berada

di

atas

dan
garis

kemiskinan ini tidak berada dalam kemiskinan.
Rangka

Rancangan

penekanan

terhadap

Jangka

Panjang

mengurangkan

Malaysia

kadar

(OPP)

1971-90,memberi

kemiskinan.Di

Semenanjung

Malaysia,kadar kemiskinan dijangkakan akan berkurang daripada 49.3 peratus
dalam tahun 1970 kepada 16.7 peratus dalam 1990.Ini dapat dicapai melalui
pertumbuhan
masyarakat
kepada

pesat

sosio-ekonomi,dan

miskin.Program

peluang-peluang

melalui

pembasmian
untuk

penyertaan

kemiskinan

masyarakat

jmenyeluruh

memberi

miskin

penekanan

menyertai

proses

pertumbuhan ekonomi untuk menikmati faedah pembangunan.
Pada

permulaan

DEB,

terdapat

hampir

791,800

isirumah

miskin

di

Semenanjung Maalaysia.daripada jumlah ini 89 peratus adalah terdiri daripada
isi rumah luar bandar dan 11 peratus isirumah miskin di bandar.Menurut
Rancangan Malaysia Ketiga,sasaran yang ditetapkan adalah kemiskinan di
Semananjung Malaysia akan berkurangan kepada 768,300 isirumah dan
seterusnya

kepada

513,900

isiumah

pada

tahun

1990.Menjelang

tahun

1980,hampir 130,700 isirumah miskin telah keluar dari kemiskinan,
KEMISKINAN LUAR BANDAR
Di antara program-program yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan
dalam tempoh 1971-1980 termasuk penyediaan kemudahan di kawasankawasan

pertanian,pengenalan

kpeda

pertanian

moden

kepada

petani

miskin,penyediaan pertkhidmatan masyarakat dan kemudahan awam seperti
pendidikan,kesihatan,perumahan,air dan bekalan elektrik.
Kerajaan telah menentukan sembilan kumpulan miskin utama untuk tujuan
pembasmian

kemiskinan

padi,nelayan,pekebun
Baru,buruh

pertanian,Orang

bandar.Strategi
penyediaan

kecil

pembasmian

peluang-peluang

iaitu

pekebun

kelapa,pekerja
Asli

dan

kemiskinan
pekerjaan

getah,penanam

ladang,penduduk

kumpulan
di

kecil

masyarakat

bandar

kepada

Kampung
miskin

ditumpukan

masyarakat

di

kepada

miskin

dan

kemudahan asas seperti perumahan,air dan bekalan elektrik,pengangkutan dan
perancangan keluarga.Boleh dikatakan bahawa kebanyakan kelompok-kelompok
masyarakat ini terdiri dari selain daripada masyarakat Melayu masyarakat India
terutamanya

pekebun

kecil

getah

dan

pekerja

ladang.Secara

keseluruhan,masyarakat India miskin sepatutnya menerima faedah daripada
program pembasmian kemiskinan Dasar Ekonomi Baru.Dari segi kumpulan
sasaran,masyarakat india miskin yang termasuk dalam kumpulan tersebut terdiri
dari pekerja estet dan masyarakat bandar msikin adalah dua kumpulan miskin
utama yang mudah dikenal pasti.Jadual 3.2 menunjukkan sasaran miskin di
sektor pertanian.
Banci Pertanian pada 1997 oleh Jabatan Perangkaan tidak merangkumi pekerjapekerja estet.Malah untuk anggaran kemiskinan dalam Rancangan Malaysia
Kelima

menyatakan,oleh

sebab

kekurangan

data,perangkaan

mengenai

pendapatan kumpulan miskin utama yang diperolehi daripada kajian-kajian dan
penyiasatan yang meliputi beberapa kawasan sahaja dan tidak meliputi seluruh
negara dan oleh itu tidak menggambarkan keadaan sebenarnya.Data-data
kemiskinan yang lebih menyeluruh dan kemaskini telah dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan adalah penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS),1984.Ia merupakan
satu penyiasatan sampel yang besar mengenai pendapatan.Penyiasatan ini
memberikan perangkaan penting mengenai pendapatan dan perangkaan lain
yang perlu untuk menganggarkan kadar kemiskinan.
Garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan juga sering menimbulkjan
persoalan.Ini adalah kerana penerangan tidak

diberikan mengeni cara garis

kemiskinan diperolehi atau apa itu garis kemiskinan sebenarnya dalam setiap
Rancangan Pembangunan Malaysia.Jumlah pendpatan yang paling hampir
kepada garis kemiskinan kerajaan adalah diperolehi daripada satu kajian yang
dijalankan pada tahun 1983 oleh Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU),Jabatan
Perdana Menteri.Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM384 sebulan untuk
isi rumah

Jadual 3.2(RUJUK DI LAMPIRAN)

Yang terdiri daripada 5 orang ahli.Kadar kemiskinan pada tahun tersebut adalah
42.8 peratus.Manakala anggaran kadar kemiskinan rasmi pada tahun itu adalah
30.3 peratus.Pada tahun 1984,anggaran kemiskinan rasmi turun lagi kepada
18.4 peratus.Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima menyatakan
pendapatan garis kemiskinan yang digunakan bagi memisahkan isirumah miskin
daripada isi rumah tidak miskin di negara ini adalah RM350 sebulan pada tahun
1987 bagi sebuah isirumah yang mengandungi 5.14 orang ahli
Persoalan di sini adalah sekiranya garis kemiskinan tersebut diturunkan maka
kadar kemiskinan akan menurun dan jika garis kemiskinan dinaikkan maka lebih
ramai yang miskin.Kerajaan menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah turun
daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun
1987.Dalamn tempoh 18 tahun selepas pelaksanaan DEB kadar kemiskinan telah
menurun kira 32 peratus,Ini menakjubkan kerana kadar ini telah jatuh dari 29.2
peratus pada tahun 1980 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987 iaitu sebanyak
12 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Kemiskinan di kalangan masyarakat India juga boleh dilihat melalui kedudukan
sub-etnik mereka.Msyarakat india itu sendiri adalah terdiri daripada pelbagai
budayanbahasa dan agama.Kumpulan sub-etnik seperti Malayali,Ceylonese dan
Sikh jika dilihat secara kasar adalah baik dari segi kedudukan mereka jika
dibandingkan dengan Tamil dan Telugu.Kumpulan ini adalah berpendidikan
Inggeris semasa pihak penjajah British membawa mereka ke Malaya untuk
bekerja di perkhidmatan awam.Anak-anak mereka telah merebut peluangpeluang pendidikan yang tinggi di Malaya.Mereka telah mencapai kedudukan
yang lebih baik dari buruh-buruh India di estet-estet bahkan kedudukan mereka
lebih baik dari orang-orang Melayu.Kemakmuran golongan ini tidak melimpah
kepada golongan etnik lindari kaum tersebut.Golongan kedua ini tersu tertumpu
sebagai pekerja ladang dan penduduki bandar yang miskin.Kebanyakan daripada
sub-etnik Tamil dan telugu terdiri dar buruh-buruh yang bekerja di sektor
perladangan.
Dua kajian yang dijalankan oleh Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi,Jabatan
Perdana Menteri bertajuk Socio-Economic Study of Rubber Estate Workers (April
1981) dan Socio-Economic Study of Oil Palm Estate Worker(June 1983) telah
memberikan data-data yang berguna untuk menganalisa kesan program
pembasmian kemiskinan kerajaan ke atas pekerja-pekerja estet.

PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA
Kita telah mewarisi sebuah ekonomi yang telah dijajah pada ketika
Semenanjung Malaysia (Malaya) mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos
1957.Antara

lain,ekonomi

Malaya

pada

ketika

kapitalis,iaitu

mempunyai

sektor

kapitalis

di

itu,bersifat
mana

separuh

pekerja-pekerja

berusaha untuk memperoleh upah daripada pihak majikan.Kegiatankegiatan modal (kapitalis) di Malaya mula berakar umbi dengan kegiatankegiatan perdagangan dan peminjaman,yang telah diberi galakan oleh
pihak penjajah.Malah,portugis ,Belanda dan akhirnya Inggeris telah
menawan

pelabuhan-pelabuhan

di

Nusantara

demi

menguasai

perdagangan rantau ini.
Walau bagaimanapun,boleh dikatakan bahawa kapitalisme mula
bertumbuh di sini apabila terdapat pelaburan modal dalam kegiatankegiatan pengeluaran,seperti perlombongan dan pertanian estet.Pada
mulanya,perusahaan-perusahaan pengeluaran ini seperti perlombongan
dan perladangan menggunakan buruh yang terikat.Rakyat peribumi,iaitu
kaum tani Melayu,dan Orang Asli,tidak sanggup bekerja dalam keadaan
buruk yang terdapat dalam perusahaan-perusahaan tersebut pada ketika
itu.Maka,dengan kerjasama pemerintah British pihak majikan telah
membawa masuk buruh dari negara lain termasuk India,China, dan dari
pulau lain di Nusantara yang berada di bawah jajahan Belanda.Akibat
perjuangan kaum buruh terikat ini,dan dengan sokongan beberapa pihak
lain,pada penghujung tahun 1920-an dan 1930-an,kaum buruh yang
bebas iaitu pekerja yang tidak terikat kepada satu-satu majikan tertentu
telah mula muncul.Setelah kemelesetan besar pada awal tahun 1930an ,mereka telah terus berjuang secara sulit kerana kesatuan pekerja
tidak dibenarkan wujud sebelum tahun 1940 menentang majikan dan
penjajah British.
Pada tahun 1957,kemerdekaan telah diserahkan oleh penjajah kepada
Parti Perikatan yang direstui oleh pihak penjajah,yang telah menggunakan
cadangan-cadangan rombakan Bank Dunia pada tahun 1954 sebagai asas
dasar ekonominya untuk pilihan raya pertama pada tahun 1955.Kerajaan

Perikatan

ini

telah

menjaminkan

bahawa

kepentingan

asing

tidak

digugat,susunan ekonomi Malaya yang diwarisi dari zaman penjajahan
tidak akan berubah secara pokok dan pelaburan asing akan terus
dilayan.Hal yang demikian untuk mengekalkan ekonomi Malaya sebagai
pasaran untuk
menyekat

barangan eksport

perkembangan

British,pemerintah penjajah telah

industri

di

Malaya

pada

zaman

penjajahan.Setalah merdeka,kerajaan Perikatan telah mengamalkan dasar
perindustrian mengganti import,yang menguntungkan pelabur-pelabur
asing yang dapat mengambil kesempatan serta rakan-rakan tempatan
mereka.Dasar perindustrian ini gagal menyediakan peluang pekerjaan
yang cukup,dan pada penghujung tahun 1960-an,ia telah digantikan
dengan dasar perindustrian bertujuan eksport,yang sesuai

dengan

kemunculan pembahagian kerja baru di peringkat antarabangsa di bawah
naungan

syarikat-syarikat

antarabangsa.Di

Malaysia,Akta

Galakan

Industri,undang-undang buruh baru serta kawasan-kawasan perdagangan
bebas

disediakan

sesuai

dengan

strategi

ini.Hal

ini

demikian

kerana,syarikat-syarikat berkenaan bertapak di negeri-negeri seperti
MAlayisa demi memperoleh tenaga kerja yang murah,dasar perindustrian
baru

ini

berjaya

mengurangkan

kadar

pengangguran

sambil

memperbanyakkan bilangan pekerja kilang.Walaupun peratusan milik
pelabur

asing

ekonomi

semakin

berkurangan

selepas

merdeka,terutamanya pada tahun1970-an,ini tidak bererti bahawa kuasa
mereka sedang merosot,kerana dalam keadaan ekonomi dunia sekarang
,terdapat

lebih

banyak

cara

baru

seperti

kontrak

hak

cipta,teknologi,pemasaran dan pengurusan,selain daripada pemilikan
untuk mengekalkan kuasa ekonomi.Walau bagaimanapun,tidak boleh
dinafikan bahawa golongan pemodal tempatan,serta kelas menengah
yang mendukungnya terus bertambah kuat.
Hal yang demikian di samping perkembangan sektor kapitalis yang
sudah lama menjadi sektor utama dalam ekonomi negara,terdapat juga
sebahagian besar daripada rakyat negara yang terlibat dalam kegiatankegiatan pengeluaran secara persendirian ataupun yang berasaskan
perusahaan-perusahaan keluarga,seperti kaum tani,golongan tukang serta

para penjaja dan peniaga kecil.Mahu tidak mahu,mereka terperangkap
dalam sistem ekonomi pasaran yang dikuasai secara langsung dan tidak
langsung oleh para kapitalis asing dan tempatan.Mereka mengeluarkan
barang-barang untuk dijual demi mendapat nafkah hidup.Hal yang
demikian dalam kalangan mereka,ini terdapat banyak perbezaan misalnya
antara petani yang kekurangan tanah dan petani yang berlebihan tanah
dari segi kesanggupan mengerjakannya,ataupun antara penjaja kecil
tanpa lesen peniaga yang mempunyai bangunan batu,serta antara
seorang tukang membaiki kasut dan seorang tukang kayu dengan bengkel
yang lengkap.Walaupun ramai daripada mereka ini mempunyai cita-cita
menjadi

peniaga

besar

,kebanyakan

mereka

hanya

menikmati

pendapatan yang sederhana atau kecil sahaja.
Hal ini menerangkan bahawa jelaslah ekonomi kita pada waktu itu
sebenarnya ekonomi pasaran yang dikongkong oleh kapitalisme,yang
merupakan

sebuah

sisitem

ekonomi

antarabangsa,sedangkan

ketidaksamaan ekonomi yang terdapat berpunca daripada hubunganhubungan

pengeluaran,atau

pemerasan.Ketidaksamaan

dari

segi

kelas,yang
agihan

melibatkan

pendpatan

pula

dapat

dikaitkan dengan pola agihan harta,terutama sekali pemilikan dan
kawalan terhadap bahan-bahan pengeluaran seperti tanah dan modal.
Secara kasar boleh dikatakan bahawa tempoh 1957-69 merupakan
zaman ‘ekonomi bebas’ di mana pola pembangunan mengutamakan dan
menguntungkan

para

pelabur

swasta

tempatan

dan

asing.Dengan

pengisytiharan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970,penglibatan pihak
pemerintah telah bertambah pesat dan ini telah membawa kepada
perkembangan
perubahan

ini

apa

yang

tidak

dikatakan

patut

ekonomi

‘campuran’.Walaupun

dinafikan,sebenarnya

kedua-dua

pola

pembangunan ini bersifat kapitalis di mana ekonomi campuran lebih
dikuasai oleh golongan kapitalis jenis baru,yang menggunakan alat-alat
pemerintah sebagai alat utama untuk mengumpul modal.Penaklukan
ekonomi

oleh

golongan

ini

menimbulkan

pertentangan

dengan

sebahagian besar daripada pemodal swasta(kebanyakannya tetapi bukan

hanya,pemodal bukan –Bumiputera) yang merasai sekatan dan tekanan
golongan

berkuasa

baru

ini.Oleh

itu,mereka

menuntut

‘ekonomi

bebas’dengan tujuan mengurangkan campur tangan pemerintah yang
dianggap sebagai melampau dan bertentangan dengan kepentingan
mereka iaitu sektor swasta.
Huraian dan analisa secara sepintas lalu cuba menggambarkan
perkembangan
terdapat

ekonomi

banyak

Malaysia

perkembangan

secara
baru

sepintas

semenjak

lalu.Sungguhpun

zaman

penjajahan

British ,tetapi rangka ekonomi yang dirumuskan di atas tidak banyak
berubah semenjak merdeka mahupun selepas pengisytiharan DEB.Ekoran
dari itu,kita dapat membuat kesimpulan bahawa ekonomi

negara pada

ketika itu,yang dikuasai oleh kepentingan-kepentingan kapitalis,pernah
dan terus akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan bukan hanya dari
segi ekonomi yang terdapat dalam masyarakat kita.

DASAR EKONOMI BARU:TAFSIRAN,PENCAPAIAN DAN IMPLIKASI
Dalam Bahagian ini,kemajuan setakat ini ke arah kedua-dua matlamat
DEB,iaitu

pembasmian

kemiskinan

dan

penyusunan

semula

masyarakat,akan ditinjau.Kemudian,beberapa implikasi perkembanganperkembangan pada masa lalu dan akan datang terutama sekali dari segi
punca

masalah

perkauman

akan

dibincang.Akhir

sekali,beberapa

cadangan atau tafsiran alternatif yang sesuai dengan matlamat serta
semangat asal DEB untuk mencapai keadilan,terutama sekali dari segi
ekonomi sambil mewujudkan sebuah ekonomi berdikari akan diutarakan.
Jadual 8.1 memberi-anggaran rasmi mengenai peratus isi rumah yang
miskin,mengikut

sektor

bagi

tahun-tahun

1970,1975,1980,

dan

1983.Peratus isi rumah miskin telah turun daripada 49.3% pada tahun
1970

kepada

43.9%

pada

tahun

1975,dan

29.2%

pada

tahun

1980,sebelum meningkat semula sedikit kepada 30.3%.Bilangan isi rumah
miskin telah meningkat dari 791,800 pada tahun 1970 kepada 835,100
pada tahun 1975 sebelum turun kepada 635,900 pada tahun 1980 dan

meningkat semula kepada 717,600 pada tahun 1983.Data ini pernah
dipersoalkan

dari

dikurangkan

beberapa

segi,misalnya

dengan

mengenainya.Misalnya,satu

garis

kemiskinan

mempermainkan
anggaran

yang

dapat

angka-angka

menggunakan

garis

kemiskinan yang ditentukan secara berlainan telah menun jukkan bahawa
kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1973 ilah
49.7%,manakala anggaran yang berdasarkan garis kemiskinan rasmi
untuk tahun itu ialah hanya 37.5%(Ishak Shari,1979).
Pentingnya garis kemiskinan telah mendapat perhatian pada
penghujung tahun 1983,apabila Anwar Ibrahim telah mengumumkan
kadar kemiskinan sebanyak 42.8% pada 1983 mengikut suatu kajian oleh
SERU (Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi dalam Jabatan Perdana Menteri)
yang menggunakan garis kemiskinan dengan pendapatan purata sebuag
isi rumah sebanyak RM384 sebulan.Memandangkan sensitifnya kadar
kemiskinan kepada takrif yang digunakan,adalah lebih berguna dan
bermakna jika pihak kerajaan menerbitkan maklumat terperinci mengenai
agihan pendapatan dan kekayaan ,supaya orang ramai boleh dapat
gambaran

yang

lengkap

mengenai

jurang

agihan

kekayaan

dan

kemiskinan.
Walau

bagaimanapun,konsep

kemiskinan

rasmi

harus

diterangkan.Kerajaan menganggap kemiskinan secara mutlak dan bukan
secara relatif,dan menghitung kadar kemiskinan berdasarkan (garis
kemiskinan

yang

tidak

dinyatakan).Dengan

konsep

kemiskinan

demikian,ada kemungkinan ketidaksamaan pendapatan boleh bertambah
sementara kadar kemiskinan menurun,jika kadar pertumbuhan yang
dicapai adalah cukup pesat.Mengikut data dalam buku Rancangan
Malaysia

Keempat(RM4),perkembangan-perkembangan

seumpama

ini

telah berlaku pada tahun 1970-an.Antara 1957 dan 1970 ,ketidaksamaan
pendapatan

nampaknya

telah

bertambah:bahagian

dari

jumlah

pendapatan yang diperoleh golongan miskin telah merosot,manakala
bahagian

pendapatan

Kewangan,1974).Pada

golongan

kaya

tahun-tahun

telah

1970-an

bertambah(Kementerian
pula,pendapatan

purata

sebenar 40% isi rumah yang termiskin telah meningkat 10.5%,tetapi
jurang agihan pendapatan telah terus bertambah luas kerana pendapatan
60% isi rumah lain telah meningkat dengan lebih pesat,sebanyak 12.8%
(lihat jadual 8.3);keadan yang serupa juga terdapat dalam kalangan kaum
Melayu,kaum Cina dan kaum India jika diperhatikan secra berasingan.
Satu lagi petunjuk yang boleh digunakan sebagai tanda kecenderungan
dari segi ketidaksamaan pendapatan dalam tempoh berkenaan ialah
nisbah antara pendapatan purata dan pendapatan penengah dari 1970
ke 1979.Jadual 8.3 mencerminkan kemungkinan besar bahawa jurang
agihan pendapatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia-dan juga kaum
Melayu,Cina dan di kalangan penduduk bandar dan penduduk desa-telah
bertambah besar pada dawarsa yang lalu.Jadual 8.4 pula menunjukkan
bahawa kajian lain juga memperlihatkan pola aliran yang serupa (ishak
Shari & Jomo K.S 1981).Ini bermakna bahawa pengurangan kadar
kemiskinan pada tahun-tahun 1970-an telah berlaku ketidaksamaan dari
segi agihan pendapatan,terus bertambah.
Dari jadual 8.1 jelaslah bahawa pengurangan kemiskinan banyak
tercapai pada penghujung dasawarsa 1970-an.Maka,betapa pentingnya
harga barangan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan pekebun
kecil getah dan penanam padi,yang merupakan kumpulan-kumpulan
miskin yang terbesar patut diteliti.
STRATEGI PEMBANGUNAN ALTERNATIF
Tuntutan

mewujudkan

keadilan

berdasarkan

pembebasan

tidak

merupakan impian semata-mata ataupun cogan kata kosong.Tugas kita
sekarang

adalah

untuk

tepat,memandangkan

mencari

keadaan

pilihan

masyarakat

lain

yang

masa

adil

dan

kini.Strategi

pembangunan alternatif yang diingini adalah dasar ke arah keadilan yang
menyeluruh,termasuk keadilan ekonomi.Suatu strategi demikian hanya
dapat dibentuk melalui perbincangan serta perbahasan umum mengenai
lunas-lunasnya.Perubahan seumpama ini tidak patut dilaksanakan melalui
paksaan

dari

atas,tetapi

hanya

dapat

dijayakan

jika

diusahakan

berasaskan persetujuan pihak-pihak yang terlibat,iaitu rakyat jelata yang
bertungkus-lumus

dalam

kehidupan

seharian.Tidak

boleh

dinafikan

bahawa tiada suatu strategi yang dapat diterima oleh semua pihak dalm
sebuah masyarakat yang berpecah-belahkepada bebrapa golongan yang
mempunyai

kepentingan-kepentingan

yang

bercanggah.Hanya

kepentingan golongan-golongan yang menikmati pendapatan lumayan
yang diperas dari titik peluh kaum-kaum pengeluar akan merasa
terancam oleh usaha-usaha demikian, dan kita harus berusaha bersamasama untuk membantu mereka menjadi rakyat yang lebih berguna kepada
masyarakat.Selain dari itu,kita harus berusaha mencari strategi lain yang
boleh mendapat sokongan
golongan

daripada seluruh rakyat

iaitu golongan-

pengeluar

seperti

pekerja,petani,nelayan,tukang,penjaja,peniaga kecilan,para saintis dan
orang iktisas yang sanggup menyebelahi rakyat jelata patut disatukan
dalam suatu angkatan bersama untuk menuntut dan menyusun semula
masyarakat demi mencapai keadilan menyeluruh,iaitu bukan hanya
antara

kaum

tetapi

juga

antara

lapisan-lapisan

dan

kelas-kelas

masyarakat.
Hal yang demikian untuk menutup perbincangan ini,saya ingin
memajukan beberapa cadangan untuk dipertimbangkanOleh kerana
terdapat persetujuan umum bahawa kedua-dua matlamat am DEB sukar
dipersoalkan dari segi prinsipnya dan memandangkan punca-punca
pertentangan sosioekonomi dalam masyarakat,saya ingin mencadangkan
tafsiran serta tumpuan lain yang masih sesuai dengan semangat DEB.
Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan haruslah mengutamakan soal
jurang agihan atau ketidaksamaan pendapatan serta harta dan tidak
patut mementingkan soal garis kemiskinan semata-mata,seperti berlaku
sekarang.Kita boleh merapatkan jurang ini dengan mengamalkan prinsip
agihan atau pembahagian pendapatan yang berdasarkan usaha setiap
orang.Jurang pendapatan antara lapisan-lapisan dalam tangga agihan
pendapatan patut dirapatkan, dan pendapatan yang berpunca daripada
sumber

lain

seperti

darjat,pangkat,keistimewaan,rasuah

dan

harta

(termasuk modal tanah) patut dikurangkan.(Di sini harta merujuk kepada
bahan-bahan pengeluaran yang mendatangkan pendapatan dan bukan
harta peribadi untuk kegunaan sendiri).Orang yang mempunyai banyak
harta yang dikerjakan oleh orang lain tidak patut menikmati pendapatan
lumayan dari titik peluh orang lain,sedangkan orang yang rajin berusaha
tetapi papa kedana dari segi harta patut dibantu supaya dapat menikmati
taraf hidup yang lebih baik.Usaha-usaha demikianakan menguntungkan
mereka yang rajin berusaha,dan akan mengancam kepentingan para
pemalas yang hidup mewah atas usaha orang lain,Ini adalah kerana
kemudahan awam harus disediakan untuk menjaga kepentingan golongan
kanak-kanak,orang-orang tua,uzur,cacat dan orang lain

yang kurang

bernasib baik.Di sini,harus ditekankan bahawa kesamaan pendapatan
tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek dan juga tidak patut
merupakan sasaran usaha-usaha ini.Perbezaan dari segi pendapatan akan
berterusan dan tidak mungkin disamaratakan dalam jangka masa
pendek,memandangkan wujudnya perbezaan dari segi mutu dan nilai
usaha setiap insan dan juga perlunya perangsang kebendaan.Walau
bagaimanapun,jurang agihan pendapatan yang terdapat kini tidak perlu
untuk menjamin kemajuan ekonomi,dan tidak adil dari segi apa-apa nilai
estetika termasuk agama-agama yang menuntut keadilan.
Bagi

kaum

tani,bahan

pengeluaran

utama

adalah

tanah,dan

memandangkan keadaan di Malaysia,dua langkah adalah amat penting
untuk dilaksanakan.Usaha-usaha kemajuan tanah untuk membuka tanah
pertanian baru adlah amat perlu bagi para petani yang laparkan tanah.Di
samping itu,susunan-susunan baru yang melibatkan tanah yang sudah
diusahakan adlah perlu bagi mengatasi masalah-masalah penyewaan
tanah serta masalah-masalah tanah lain yang berkaitan.Penyusunan
semula dari segi ini harus mengambil kira masalah-masalah jangka
panjang,termasuk
petani.Antara

masalah

langkah

yang

agihan
boleh

tanah

dan

daya

dipertimbangkan

pengeluaran

misalnya

ialah

pertanian secara kelompok atau koperatif(gotong-royong) atas bidangbidang tanah yang agak luas supaya dapat menandingi kecekapan ladang
atau sawah luas yang diusahakan secara kapitalis.

Perusahaan-perusahaan besar,terutamanya yang dikuasai oleh pelabur
asing,patut diambil alih oleh pekerja-pekerja perusahaan sendiri apabila
mereka sanggup dan sedia mengambil alih dan mengusahakannya secara
koperatif atas dasar ‘demokrasi ekonomi’.Hal yang demikian dengan
langkah tersebut usaha untuk ‘menghakmiliknegarakan’ sesuatu tidak
akan menguntungkan majikan baru dalam perusahaan berkenaan atau
para

pentadbir

pembangunan
berkenaan

yang

menguasai

‘kapitalisme

tidak

boleh

urusannya,iaitu

pemerintah’.Tangga

disamaratakan

sekali

gejala-gejala

gaji

gus.Ini

perusahaan
adalah

untuk

memboleh para pakar,orang ikhtisas dan pekerja mahir terus berusaha
demi kemajuan perusahaan,tetapi jurang anatara lapisan-lapisan yang
terlibat boleh dirapatkan serentak dengan proses-proses serupa di seluruh
ekonomi.Perusahaan-perusahaan baru yang diuruskan secara koperatif
patut digalakkan,dan dalam usaha ini ,kita harus memahami sebab –
sebab sebalik penyelewengan dalam gerakan koperatif masa kini,
termasuk kesulitan dalam mengembangkan perusahaan seumpama ini
dalam ekonomi kapitalis yang menggalakkan ketamakan peribadi di
samping mengenepikan kerjasama secara kelompok.
Berbagai-bagai usaha lain yang dapat membentuk sebuah ekonomi yang
adil dan berdikari adalah amat penting.Usaha-usaha ini perlu diselaraskan
melalui

proses

perancangan

menyeluruh

yang

tidak

berpusat,iaitu

perancangan perlu dilakukan pada semua lapisan utama dalam ekonomi
dan harus melibatkan semua golongan berkenaan (terutama sekali
golongan-golongan

pengeluar),bukan

hanya

segelintir

pentadbir

perancangan yang kononnya mempunyai maklumat dan pengetahuan
yang lengkap.Usaha membangunkan ekonomi secara berdikari harus
mengambil kira warisan ekonomi yang sedia ada terutama sekali
kekuatan serta kelemahan yang merupakan akibat daripada proses
pembangunan tidak seimbang dalam sebuah ekonomi terbuka yang telah
bermula dari zaman penjajahan.Kita harus akui bahawa usaha mencapai
pembangunan berdikari adalah agak rumit,terutama sekali dalam sebuah
ekonomi yang sudah lama terdedah dan bergantung pada pengaruhpengaruh asing.Justeru itu,tugas perancangan menjadi jauh lebih sukar

dan penting.Dengan mengenal dan memahami kelemahan-kelemahan
utama dalam ekonomi-misalnya,hubungan lemah antara pertanian dan
industri,atau jurang antara kawasan padi dan kawasan lain,ataupun
antara Pantai Timur dan Pantai Barat.Kita dapat menumpukan perhatian
kepada usaha-usaha yang perlu untuk memperbaikinya.
Andaian penting di sebalik perbincangan di atas ialah bahawa usaha
membebaskan ekonomi bagi mencapai pembanguan yang berdikari dan
adil hanya dapat dicapai melalui usaha sama berdasarkan pakatan antara
kaum-kaum tertindas terutama kaum pekerja,kaum petani dan golongangolongan yang hidup melarat-yang disokong oleh golongan-golongan lain
yang

inginkan

keadilan

melalui

pembebasan

duniawi

dan

rohaniah,termasuk para intelek,pelajar dan sebagainya.Suatu syarat
penting bagi mencapai pembebasan ekonomi adalah kebebasan dari segi
lian yang membolehkan kerjasama ini menjadi erat.Jelaslah bahawa usaha
mencapai keadilan tidak boleh dipisahkan dari usaha-usaha untuk
menjaminkan kebebasan kita bersama.

KOMENTAR DAN CADANGAN
Hal yang demikian

untuk mengukuhkan DEB selepas tahun

1990,kerajaan perlu membuat analisa semula,meneliti dan mengkaji apaapa kelemahan yang lalu dengan menumpukan perhatian kepada
masalah-masalah pokok dan setersunya mengadakan satu perancangan
yang lebih sistematik dan berkesan.Ia juga perlu membuat beberapa
perubahan dasar supaya dapat melicinkan lagi proses pembangunan
negara.
Gabungan

kerjasama

antara

pihak

awam

dan

swasta

perlu

dipertingkatkan lagi.Pihak-pihak yang terlibat di bawah skim pemegang
amanah perlu membuat pembaharuan sosial agar mereka merasai
amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh kerajan dalam
menggerakkan
mengeksploitasi

dan
harta

memajukan
kekayaan

golongan
perlu

miskin.Sikap

dihapuskan

dalam

ingin
jiwa

mereka.Pemikiran ke arah materialisme perlu dibuang,sebaliknya sifatsifat yang positif seperti beramanah,bertanggungjawab dan sebagainya
perlu ditanam.
Kerajaan

perlu

memberikan

perhatian

serius

kepada

golongan

miskin.Pengagihan kekayaan,pendapatan dan subsidi sepatutnya benarbenar disalurkan dan sampai kepada golongan miskin kerana selama ini
terdapat penyelewengan dalam pengagihan bantuan.
Kerajaan juga perlu memperhebatkan lagi kewujudan infrastruktur sama
ada di desa atau di kota dengan mengadakan berbagai-bagai kemudahan
asas.Di samping itu,kegiatan memperluaskan lagi industri dan kegiatankegiatan ekonomi yang lain perlu ditambah bukan sahaja di bandar-

bandar,bahkan juga di desa-desa ,seperti mendirikan kilang-kilang untuk
mengatasi

masalah

pengangguran

dan

juga

untuk

meningkatkan

produktiviti sesebuah keluarga.
“Sindrom pergantungan” perlu dihapuskan.Oleh itu semua pihak patut
memainkan peranan membuat reformasi ke arah kemantapan fizikal dan
mental dengan meniup dan melahirkan satu keazaman untuk berdikari
dan tidak mengharapakan bantuan dari kerajaan semata-mata.Sikap
malas dan lain-lain sifat negatif patut dihapuskan.Setipa rakyat perlu
berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
Untuk mengatasi masalah polarisasi kaum,maka perlu diwujudkan
infrastruktur

budaya,politik

dan

menggemblengkan

tenaga

wilayah.Dari

budaya,perlu

sudut

sosio-ekonomi

perpaduan

suku

diperkukuhkan

dengan

tujuan

bangsa,daerah
kedudukan

dan

bahasa

Melayu sebagai bahasa perpaduan adan ilmu.Dari sudut politik pula
berkenaan dengan ideologi politik negara haruslah mengikut terus
demokrasi berparlimen,sistem undang-undang yang universal dan moden
yang

dapat

menjamin

hak-hak

kebebasan

asasi.Dari

sudut

ekonomi,pembangunan yang seimbang antara kaum,daerah dan wilayah
hendaklah dilaksanakan sejajar dengan usaha menjalankan keadilan dan
membina keadaan sosio-ekonomi .Akhir sekali semua rakyat perlu
mempunyai semangat cintakan tanah air dengan menanamkan kesedaran
di kalangan rakyat bahawa mereka memiliki satu bangsa,satu negara,dan
satu bahasa.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya untuk meningkatkan keadaan sosio-ekonomi
dan

perpaduan

mengambil

kira

melalui
semua

pembangunan
aspek

ekonomi,maka

pembangunan,baik

kita

perlu

dari

segi

fizikal,mental,moral dan spiritual dalam satu dasar yang bersepadu.Faktor
ekonomi secara tersendiri mungkin tidak sepenting yang diandaikan oleh
DEB dalam usaha memupuk perpaduan nasional.Ia bukanlah tidak
berkaitan untuk menyatupadukan rakyat tetapi sistem ekonomi yang
berteraskan

“persaingan”

tanpa

keadilan

menjadi

punca

utama

perpecahan antara kaum,perseorangan dan kelompok.Dari sini,nyatalah
bahawa satu reformasi sosial perlu dilakukan sebelum kita boleh
mencapai

matlamat-matlamat

keadilan

sosial

dan

perpaduan

bangsa.Perkara tersebut telah menjadi punca utama kegagalan DEB di
mana berlaku penyalahgunaan kuasa,penyelewengan,dan sebaginya dan
hilang sifat-sifat kemanusiaannya yang luhur.

LAMPIRAN
Jadual 3.1
Semenanjung Malaysia:Pembasmian Kemisikinan 1970-1990
1970
1990
(%)
(%)
Semenanjung Malaysia
Kadar Kemisikinan
15.0
Luar Bandar
19.3
Bandar
7.3
Bumiputera
20.8
Cina
5.7
India
8.0
Lain-lain
18.0

49.3
58.7
21.3
65.0
26.0
39.0
44.8

Sumber:Malaysia,The Second Outline Perspective Pelan 1991-2000,m.s 46

Jadual 3.2
Semenanjung Malaysia:Isirumah Miskin di Sektor Pertanian Terpilih
1970,1980, dan 1987(‘000)
Sektor
Kemiskinan
Kump Sasaran
Pekebun Kecil
Getah
Pekebun kecil
Kelapa
Pekerja Estet
Nelayan
Penanaman Padi

1970

1980

1987

Isirumah miskin
KadarKemiskinan

Isirumah miskin
KadarKemiskinan

Isirumah miskin
KadarKemiskinan

226.4
64.7

168.9
41.3

83.1
40.0

16.9
52.8
59.4
40.0
28.1
73.2
123.4
88.1

12.8
38.9
37.9
35.1
18.6
45.3
76.4
52.7

4.9
50.2
11.7
15.0
10.7
24.5
54.4
50.2

Sumber:Kerajaan Malaysia,Midterm Review Fourth Malaysia Plan, Table 3-2,ms.33
Kerajaan Malaysia,Midterm Review Fifth Malaysia Pelan,Table 3-6,ms.52

BIBILIOGRAFI
Dewan Masyarakat,Februari 1990.
Dewan Masyarakat,Julai 1987.
Dewan Masyarakat,April 1990.
Ghazali Jani.Negara Kita,Sejarah,Pentadbiran dan Dasar-dasar
Pemmbangunan.(K.Lumpur;INTAN).1980.

Ozay Mehmet.Pagar Makan Padi.Amanah,kemisikinan dan kejayaan di bawah
DEB.Diterjemahkan oleh K.S Jomo,Mohd Redha Ahmad dan Shamsulbahriah Ku
Ahmad.Kuala Lumpur:INSAN.1987.
Chang,Ming Phang Paul
1973. Educational Development in A Plural Society.A Malaysian Case
Study.Singapore:Academic Publications
Furnivall,J.S.
1956.Colonial Policy and Practice,A Comparative Study of Burma and
Netherlands.India.New York:New York University Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
1980. Pelajaran Di Malysia,1978.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka
1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.Dato Seri
Dr.Mahathir bin Mohamad,Pengerusi Kuala Lumpur.
1961.Act of Parlimen,No.43 of 1961.Education Act.Malaysia
1981.Fourth Malaysian Plan, 1981-1985.Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Negara.
Herman Mulana(1946).Pembangunan Luar Bandar,Satu Perubahan Sosiobudaya.(Latihan
Ilmiah).Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu(Kuala Lumpur,Malaysia).
Jagathasan Naidu(2005).Masyarakat India Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru:Satu Kes
Kajian Terhadap Penyertaan Ekuiti.(Tesis/Disertasi).Universiti Malaya,Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran(Kuala Lumpur,Malaysia).