Dasar Britain terhadap Brunei sejak peno
Dasar Britain terhadap Brunei selepas penolakan Brunei dari menyertai Malaysia pada
tahun 1963
Dr Nani Suryani Haji Abu Bakar
Universiti Brunei Darussalam
Pendahuluan.
Pada tahun 1963, Brunei enggan menyertai Malaysia. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali
Saifuddien III (1950-1967) meninggalkan rancangan tersebut demi untuk mengekalkan
kedudukannya sebagai raja dan sistem pemerintahan beraja. Sultan Omar Ali Saifuddien III akan
tetapi berharap Britain akan terus melindungi Kesultanan ini, jika boleh dalam tempoh yang
panjang. Namun kerajaaan Britain tidak boleh terus melindungi Brunei, kerana kemerdekaan
separa Brunei semakin sukar untuk dilindungi oleh wakil United Kingdom di Pertubuhan Bangsa
Bangsa Bersatu (PBB). Tambahan lagi Britain dan Malaysia tidak mahu Brunei berdiri sendiri,
kerana ini akan menyebabkan kesukaran dari sudut politik dan juga ketenteraan bagi Britain dan
Malaysia untuk mempertahankan Federasi Malaysia yang baru ditubuhkan pada tahun 1963.
Selain itu, kerajaan Britain bimbang Brunei akan menjadi objek muslihat Indonesia tetapi jika
Brunei menjadi sebahagian dari Malaysia Brunei tidak akan menjadi sasaran Indonesia. Selain
itu jika Brunei memilih untuk merdeka diluar dari Federasi, kerajaan Malaysia bimbang Sabah
dan Sarawak akan memilih untuk keluar dari Malaysia dan menjadi merdeka. Dengan itu untuk
menjamin keselamatan Federasi, Brunei perlu menyertai Malaysia. Walau bagaimanapun Britain
tidak mahu memaksa Sultan Omar Ali Saifuddien III untuk menerima cadangan Malaysia.
Britain akan cuba untuk menggalakkan Baginda Sultan untuk menyertai Malaysia sekurang-
1
kurangnya pada tahun 1965. Namun, usaha Britain tidak berhenti pada tahun ini, usaha tersebut
berlanjutan hingga tahun 1968. Kertas ini akan membincangkan perkara tersebut.
Penolakkan Brunei terhadap Malaysia.
Pada tahun 1963, Sultan Omar Ali Saifuddien III menolak untuk menyertai Malaysia (terdiri
dari Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah) yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Kegagalan dalam mecapai persetujuan mengenai
hasil pendapatan Brunei menjadi salah satu sebab mengapa Sultan Omar Ali Saifuddien III
enggan menyertai Malaysia. Dalam mesyuarat yang dijalankan antara 5 Februari dan 3 Mac
1963, pihak Persekutuan Tanah Melayu telah menegaskan bahawa dapatan hasil minyak Brunei
perlu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan, sepuluh tahun selepas kemasukan Brunei ke
dalam Malaysia, manakala Sultan Omar Ali Saifuddien III mahu Brunei mengawal secara kekal
mana-mana hasil dan pendapatan yang berkaitan dengan minyak. Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu juga inginkan hak untuk mengenakan cukai ke atas mana-mana minyak dan mineral
yang baru ditemui sebaik saja kesultanan ini menyertai Malaysia, namun Sultan Omar Ali
Saifuddien III tetap ingin Brunei mengekalkan pemilikan hasil tersebut.
Selain itu bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu adalah menjadi kewajiban Brunei untuk
menyumbangkan $40 juta setiap tahun kepada kerajaan Persekutuan, tetapi Sultan Omar Ali
Saifuddien III mahukan sumbangan itu bersifat sukarela. Terdapat juga isu lain yang menjadi
pertikaian. Menurut Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, susunan pangkat Sultan Omar Ali
Saifuddien III di antara Raja-Raja adalah yang terbawah. Ini adalah kerana susunan tersebut
adalah berdasarkan tarikh Sultan Omar Ali Saifuddien III menyertai majlis Raja-Raja dan bukan
berdasarkan tarikh baginda Sultan menaiki takhta. Sebelumnya, semasa mesyuarat awal di antara
2
kerajaan Brunei dan Malaya (pada Julai 1962), Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah
menjamin yang keutamaan baginda Sultan adalah berdasarkan tarikh kenaikan menaiki takhta
dan bukan berdasarkan tarikh menyertai Majlis Raja-Raja.
Walaupun syarat-syarat tersebut telah dibincangkan dengan lanjut pada Jun 1963, isu-isu ini
masih belum dapat diselesaikan, kerana Tunku Abdul Rahman enggan memenuhi syarat-syarat
yang diberikan oleh kerajaan Brunei dan Sultan Omar Ali Saifuddien III
juga enggan
memenuhi syarat-syarat yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kegagalan
dalam mencapai persetujuan dalam isu-isu tersebut menjadi salah satu sebab utama kenapa
Sultan Omar Ali Saifuddien III
Sultan Omar Ali Saifuddien III
tidak mahu menyertai Malaysia pada tahun 1963. Bahkan
sudah menyatakan dalam persuratannya kepada Tunku Abdul
Rahman di antara Julai tahun 1961 dan Oktober tahun 1963 yang Brunei akan hanya menyertai
Federasi Malaysia jika Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menerima semua syarat-syarat
Brunei.1
Tunku Abdul Rahman, kecewa dengan keputusan Brunei yang enggan menyertai Malaysia,
beliau mendakwa yang perbincangan terhenti setelah persetujuan diperolehi ke atas semua
perkara kecuali apabila Sultan Omar Ali Saifuddien III
membangkitkan mengenai persoalan
kedudukan baginda(seolah-olah sudah terlambat untuk Tunku berunding dengan Majlis RajaRaja). Pada Mac 1963, Persidangan Raja-Raja telah memutuskan yang keutamaan dan
kedudukan Sultan Brunei hendaklah dikaitkan dengan tarikh kemasukan Brunei ke dalam
Malaysia, oleh itu nama Sultan Brunei ialah yang terakhir dalam senarai pemilihan untuk
ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong untuk Federasi Malaysia yang baru itu.2
1
Borneo Bulletin, 26 Januari ,1963.
Di bawah sistem monarki bergilir, setiap Sultan( terdapat Sembilan semuanya) dalam negeri-negeri Malaysia
(kecuali Melaka, Penang, Sawawak dan Sabah) mempunyai hak untuk dinaikkan ke kedudukan Yang DiPertuan
Agong, Raja tertinggi negara, dilantik setiap lima tahun. Keutamaan dan kekananan ditentukan oleh kelamaan
2
3
Tuduhan Tunku Abdul Rahman dinafikan dengan tegas oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III,
baginda Sultan menjelaskan sebab utama kenapa Brunei tidak menyertai Malaysia adalah kerana
Persekutuan Tanah Melayu gagal untuk menerima ‘syarat-syarat Brunei’. 3 Dalam hal ini, Sultan
Omar Ali Saifuddien III
mungkin berfikir kedudukannya sebagai pemerintah negara yang
berkerajaan sendiri adalah lebih baik dari menjadi ahli kerajaan Malaysia dengan hanya memikul
tanggungjawab yang kecil.4 Selain itu baginda Sultan tidak mahu menukar kuasa penuhnya
hanya untuk menjadi raja dalam perlembagaan. Namun ini tidak dijelaskan semasa mesyuarat
antara dua kerajaan.5 Menurut Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri hal ehwal luar negeri Malaysia,
Sultan Brunei mungkin beranggapan yang baginda Sultan dapat mengekalkan kuasanya sebagai
monarki penuh jika Brunei menyertai Malaysia.6
Tambahan lagi, isu kekayaan Brunei adalah isu sensitif bagi kesultanan Brunei. Kebimbangan
kekayaan itu akan dikongsikan di antara dua wilayah British di Utara Borneo juga menjadi salah
satu sebab kenapa Sultan Omar Ali Saifuddien III
tidak berminat dengan rancangan Britain
untuk menyatukan Brunei dengan Sarawak dan Sabah dalam tahun 1950. Ketika Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu mendesak untuk menguasai hasil minyak Brunei selepas sepuluh
tahun dan akan mengenakan cukai kepada penemuan padang minyak baru setelah Brunei
menyertai Malaysia, ini memperlihatkan seolah-olah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
hendak menguasai kekayaan minyak Brunei. Brunei tidak akan menyerahkan kekayaan
minyaknya kepada kerajaan Persekutuan kerana Brunei tidak akan mempunyai apa-apa jika hasil
tersebut diserahkan, sedangkan ekonomi Brunei bergantung kepada hasil minyak.
memerintah dalam takhta negeri baginda.
3
FO371/169703 Brunei’s reasons for not entering into the Federation of Malaysia, ‘Brunei: Tactics’, 11 July 1963
(cited in Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development and the Formation of Malaysia: 1961–1967’,
Ph.D. thesis, University of Hull, 2002, p. 129.)
4
James W. Gould, The United States and Malaysia, Cambridge, Mass., Harvard University Press, 1969, hlm. 127.
5
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, hlm. 161.
6
Ibid., hlm. 161.
4
Terakhir, Sultan tidak mahu menyerahkan identitinya sebagai kerajaan yang terpisah, yang
selama ini telah sedayaupaya cuba dikekalkan oleh Sultan yang sebelumnya sejak dari tahun
1800, dengan menjadi sebahagian dari Malaysia. Menurut Muhammad Hadi Abdullah, Sultan
tidak pernah berminat untuk menyertai Malaysia. Beliau menyarankan menegenai ‘idea baginda
dalam menerima cadangan pada dasarnya adalah untuk langkah keselamatan politik dan
pendekatan diplomatik bagi pihak Sultan, untuk memastikan kelangsungan(survival) kesultanan
Brunei yang akan dibentuk menjadi negara Melayu Islam Beraja dibawah perlindungan British’. 7
Beliau menambah lagi yang kepelbagaian isu-isu seperti pendapatan, kewangan, cukai dan
kedudukan Sultan adalah sebenarnya cara baginda Sultan untuk menolak rancangan menyertai
Malaysia.8
Berdasarkan laporan British, Sultan Omar Ali Saifuddien III
langsung tidak menyesal
kerana tidak menyertai Malaysia, ini kerana baginda Sultan mendapat sokongan dari rakyatnya,
yang sebahagian besarnya adalah anti Malaysia. 9 Sultan Omar Ali Saifuddien III
mendesak
supaya persoalan tentang kemasukan Brunei ke dalam Malaysia ditutup dan dengan itu tiada lagi
mesyuarat yang berikutnya antara baginda Sultan dan Tunku Abdul Rahman atau wakil-wakil
dari kedua buah kerajaan.10 Sultan Omar Ali Saifuddien III
seterusnya menyatakan jika
sekiranya ada persoalan untuk membuka semula isu kemasukan Brunei ke dalam Malaysia pada
masa hadapan, perundingan perlu dimulakan dari awal, iaitu bukan bermula dari perundinganperundingan yang lalu mengenai tajuk tersebut, tambah baginda Sultan lagi ‘ Tiada siapa boleh
menyatakan apakah kedudukannya dalam masa sepuluh tahun’. 11Dari sini adalah jelas tentang
pendirian Sultan tidak mahu menerima gagasan untuk menyertai Malaysia.
7
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, hlm. 140 -141.
Ibid., hlm. 140 – 141.
9
DO229/8, Outlook for Brunei (memorandum), 24 August 1963.
10
Ibid., 24 August 1963
11
Ibid., 24 August 1963.
8
5
Dasar British terhadap Brunei
Sultan Omar Ali Saifuddien III sebenarnya berpuas hati dengan perhubungan terkininya
dengan kerajaan Britain dan baginda mahu mengekalkan perlindungan Britain jika boleh untuk
jangkamasa yang panjang. Sementara mesyuarat terakhir mengenai Malaysia mengambil tempat
di London pada Julai 1963, Sultan Omar Ali Saifuddien III sudah menyatakan yang baginda
ingin membincangkan mengenai hubungan di masa hadapan di antara negeranya dengan Britain
dan baginda telah merujuk kepada kemungkinan untuk ‘ menguatkan Perjanjian Perlindungan
antara Brunei dengan United Kingdom’. Baginda juga berharap supaya kerajaan Britain akan
‘terus menghormati perjanjian yang sedia ada untuk melindungi Brunei.’ Tetapi kerajaan Britain
tidak boleh terus melindungi Brunei kerana kemerdekaan Brunei yang tidak lengkap sukar
dipertahankan oleh delegasi United Kingdom di PBB dari masa ke semasa.
Pada tahun 1962, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menubuhkan
Jawatankuasa Khas Dekolonisasi(Jawatan Kuasa Khas Dekolonisasi 24) untuk memantau
pelaksanaan Deklarasi(Deklarasi untuk memberikan kemerdekaan kepada negara-negara koloni
dan rakyat tahun 1960). Penubuhan Jawatankuasa Khas Dekolonisasi 24 telah memberi tekanan
kepada Britain untuk melepaskan tanggungjawabnya yang ada kepada Brunei.
Pada masa yang sama, baik kerajaan Britain mahupun Malaysia tidak mahu melihat Brunei
untuk berdiri sendirian, kerana ini akan menyebabkan masalah dari sudut politik dan ketenteraan
kepada kepentingan Britain dan Malaysia terhadap keselamatan Federasi baru tersebut. Kedua
kerajaan tersebut bimbang jika Brunei merdeka bersendirian, hal ini akan mendatangkan risiko
keselamatan kepada Sabah dan Sarawak dan Federasi pada keseluruhannya. Sebagai contoh, jika
terjadi pemberontakan di Brunei berkemungkinan besar pemberontakan tersebut akan merebak
6
ke Sabah dan Sarawak; jika perkara itu berlaku, sudah tentu Malaysia akan menangani masalah
ini bersendirian. Tambahan lagi, kerajaan British bimbang akan Brunei yang berkemungkinan
besar menjadi sasaran muslihat Indonesia dan terjadinya pemberontakan dalaman, namun dapat
dielak jika Brunei menjadi sebahagian Malaysia.
Manakala kekayaan Brunei boleh digunakan untuk pertahanan dan pembangunan Sabah dan
Sarawak serta negeri-negeri Persekutuan lainnya. Seperti pendapat Arthur Bottomley, Setiausaha
Negara dalam hal ehwal Komanwel, ‘Mereka mungkin akan menemui kegunaan yang baik
terhadap hasil minyak Brunei’. Jika Brunei memilih untuk merdeka di luar dari persekutuan,
kerajaan Malaysia khuatir Sabah dan Sarawak akan mungkin bercadang untuk berpisah dari
Malaysia dan meraih kemerdekaan. Kedua keadaan ini boleh menghancurkan kestabilan
Persekutuan pada keseluruhannya; jika Sabah dan Sarawak memilih untuk merdeka maka itu
adalah pengakhir kepada Persekutuan. Oleh itu untuk memastikan keselamatan Persekutuan,
Brunei perlu dimasukkan ke dalam Persekutuan.
Britain yang tidak berniat memaksa Brunei untuk menerima cadangan Malaysia, telah
meggunakan dasar baru, yang mana Britain akan mencuba untuk mempengaruhi Brunei untuk
menyertai Malaysia sekurang-kurangnya pada tahun 1965. Penggunaan dasar baru juga bertujuan
untuk mengelakkan tuduhan yang Britain mencuba untuk mempertahankan dasar penaklukan
semula di Brunei. Pada mulanya, kerajaan Britain berharap untuk melihat kerjasama yang
berterusan dari Malaysia melalui peminjaman pegawai-pegawainya dalam pelbagai bidang
pentadbiran ke Brunei, walaupun Brunei menolak Malaysia pada tahun 1963. Dengan
memberikan Brunei kerjasama ini, kerajaan Britain berharap Brunei akan rapat dengan Malaysia
dan mungkin akan menyertai Malaysia.
7
Tetapi Tunku Abdul Rahman, meminta supaya kerajaan Brunei memulangkan pegawaipegawai pinjaman kembali ke Malaysia, tujuannya untuk mengajar Brunei kerana tidak
menyertai Federasi Malaysia pada tahun 1963. Tunku Abdul Rahman berharap dengan
memanggil semula pegawai-pegawainya ke Malaysia, jawatan tersebut akan digantikan oleh
ekspatriat British. Apabila ini berlaku, dia menjangkakan ini akan merangsang orang-orang
Brunei untuk menentang British di Brunei, serta mendesak Britain untuk memberikan
kemerdekaan kepada Brunei dan mendorong rakyat Brunei untuk menyertai Malaysia.
Tindakan Tunku Abdul Rahman memanggil balik pegawai-pegawai pinjaman di Brunei telah
memaksa Sultan Omar Ali Saifuddien III untuk meminta bantuan kepada kerajaan Britain dalam
membekalkan Brunei dengan tenaga perkhidmatan teknikal dan professional. Tetapi Britain
masih mengharapkan kerjasama yang erat anatara Malaysia dan Brunei, kerajaan Britain
menggalakkan baginda Sultan untuk melantik pegawai-pegawai dari Malaysia. Walaupun
baginda Sultan menagatakan dia akan menilai kedudukan pegawai-pegawai Malaysia yang sudah
berada di Brunei dan berniat untuk mengekalkan mereka yang cukup berpengalaman, baginda
Sultan masih memilih untuk melantik pegawai-pegawai dari Britain berbanding dari Malaysia.
Motif Tunku telah memakan dirinya sendiri. Walaupun banyak pegawai-pegawai British yang
menggantikan pegawai-pegawai Malaysia, penduduk Brunei menjadi semakin anti Malaysia
berbanding anti kepada British. Usaha Britain untuk membawa Brunei ke dalam Malaysia di
tahun 1965 adalah tidak berjaya.
Pada tahun 1966, kerajaan Britain bercadang untuk mengakhiri Perjanjian tahun 1959 dengan
Brunei. Cadangan Kerajaan Parti Buruh untuk mengakhiri Perjanjian tahun 1959 dengan Brunei
adalah berakibat dari keputusannya untuk menarik balik tenteranya yang berada di Timur Suez
( kecuali Hongkong yang merupakan sebuah koloni British). Keputusan ini dibuat berdasarkan
8
krisis sterling yang berlaku pada tahun 1960an. Sejak Britain menarik balik tenteranya dari
Timur Suez , maka tidak wajarlah untuk Britain mengekalkan Perjanjian tahun1959( di mana
British bertanggungjawab kepada pertahanan dan keselamatan dalam negara Brunei). Dalam
mesyuarat telah dipersetujui yang kerajaan Britain akan memastikan untuk mengakhiri Perjanjian
tahun 1959 dengan Brunei dan membuat pengunduran secara teratur. Seterusnya meninggalkan
Brunei sebagai negera yang stabil paling lewat apabila Britain meninggalkan pangkalannya di
Malaysia dan Singapura. Pada 8 November 1966, Harold Wilson, Perdana Menteri British,
mengisytharkan dasarnya terhadap Brunei di dalam Dewan Rakyat (House of Common). Dalam
pengumumannya beliau menekankan Brunei akan secara progresif mengambil tanggungjawab
dalam semua bidang kerajaannya sendiri ‘dan Perjanjian dengan Brunei perlu disemak dalam
masa yang sesuai’.12
Berikutan dengan keputusan British untuk mengakhiri Perjanjian dengan Brunei, Sultan Omar
Ali Saifuddien III telah menghadapi beberapa cabaran dan kesukaran dalam hal keselamatan dan
survival kesultanan Brunei, kerana Pejabat Komanwel berterusan memberikan tekanan kepad
Sultan untuk mengenalkan sistem demokratik dalam kerajaan Brunei. Pejabat Komanwel tidak
bersendirian dalam hasratnya untuk menggesa Sultan Omar Ali Saifuddien III
untuk
melaksanakan sistem kerajaan yang demokrasi di Brunei. Parti BAKER yang ditubuhkan pada
tahun 1966 juga menggesa Sultan untuk melaksanakana sisem demokratik untuk ‘memenuhi
keperluan dan aspirasi rakyat’.13 Partai BAKER yang asalnya dari empat parti politik: Parti
Perjuangan Rakyat, Parti Kemajuan Rakyat dan Parti Barisan Rakyat Brunei berhasrat untuk
meraih kemerdekaan penuh dan pelaksanaan sistem demokratik dalam kerajaan Brunei.
12
13
Hansard, Parliamentary Debates, British House of Commons, Vol. 735, 8 November 1966, hlm. 1150.
Borneo Bulletin, 17 September 1966.
9
Selain parti BAKER, kerajaan Malaysia juga ingin melihat pelaksanaan sistem demokrasi
dalam kerajaan Brunei.14Ini kerana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, percaya
untuk Brunei menyertai Persekutuan hanya akan dibuat oleh kerajaan yang dipilih rakyat
berbanding Sultan.15 Dalam isu ini, kerajaan Britain bersetuju dengan kerajaan Malaysia
mengenai hanya kerajaan yang dipilih dalam pilihan raya di Brunei sahaja yang mampu dipujuk
untuk menyertai Malaysia.16 Dalam hal ini, jelas memperlihatkan Britain masih mahukan Brunei
berada dalam Federasi Malaysia.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, oleh kerana kerjasama antara kerajaan Brunei dan
Malaysia tidak membawa hasil, Britain cuba mempergunakan parti BAKER untuk mencapai
matlamatnya untuk memasukkan Brunei ke dalam Malaysia. 17 Sebenarnya, presiden kepada parti
ialah tahanan politik yang terlibat pada pemberontakan tahun 1962 yang dilepaskan bagi tujuan
untuk menggalakkan aktiviti politik dalam Negeri Brunei.18
Percubaan British untuk mempergunakan parti BAKER telah disambut baik oleh Kerajaan
Malaysia. Kerajaan Britain dan Malaysia memberikan sokongan tidak langsung kepada parti
BAKER untuk menyeru kepada pelaksanaan sistem kerajaan demokratik dalam Negeri Brunei.
Sebelumnya
kerajaan
Malaysia
juga
pernah
menyokong
Pertubuhan
Kebangsaan
Brunei(PKB/BNO) dan Parti Bersatu Brunei(BUP) yang mana pada Januari tahun 1963
menubuhkan persekutuan yang juga dikenali sebagai Parti Bersekutu Brunei(BAP). 19 kedua –dua
parti ini menyokong gagasan Malaysia. Ketika Sultan Omar Ali Saifuddien III enggan untuk
14
DO229/8, Brunei and Malaysia, 8 November 1967.
Ibid., 8 November 1967.
16
Ibid., 8 November 1967.
17
D.O. 169/51 Internal Political Situation 1960-63, A report by Commissioner General in SEA on ‘Brunei’ (cited in
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, p. 217).
18
Ibid., hlm. 217.
19
R. Singh, Brunei 1839 – 1983, hlm. 206.
15
10
melaksanakan demokrasi di Brunei kedua-dua ketua parti tersebut mengkritik keputusan baginda
Sultan.20
Berikut pengisytiharan Harold Wilson dalam Dewan Rakyat mengenai dasarnya terhadap
Brunei pada November 1966, parti BAKER telah menyediakan memorandum yang menekan
baginda Sultan untuk meraih kemerdekaan secepat mungkin.21Dengan hujahnya Brunei masih
dijajah oleh Britain melalui pelantikan Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei, sebagai ahli Majlis
Eksekutif negara yang mesti diterima nasihatnya. 22Ini untuk memaksa baginda Sultan untuk
melaksanakan syarat-syarat utama dalam cadangan perlembagaan yang terkandnung dalam
Kertas Putih 4/65, yang memberi pertimbangan untuk mengenalkan sistem berkementerian di
dalam kerajaan selepas pilihan raya Majlis Mesyuarat Negara pada 25 Mac tahun 1965.23
Pada peringkat ini baginda Sultan berada di bawah tekanan kerana baginda tidak mahu
melaksanakan sistem demokrasi di dalam kerajaan Brunei kerana baginda bimbang sistem
tersebut akan mengurangkan kuasa mutlaknya dan menjadikan baginda hanya sebagai raja
berperlembagaan. Tambahan lagi, baginda Sultan menyedari semakin hampir Brunei menjadi
kerajaan bersistem demokrasi semakin cenderung Brunei akan menyertai Malaysia.
Dalam hal ini, baginda Sultan menyedari yang beberapa ahli parti BAKER tertarik dengan
sistem politik Malaysia. Presiden parti BAKER, pernah melihatkan hasratnya untuk menyatukan
Brunei dengan Malaysia secara terbuka.24Ketika dia ditanyakan mengenai kemungkinan Brunei
menyertai Malaysia oleh wartawan suratkhabar Malaysia, Utusan Melayu, presiden mengatakan ,
20
Borneo Bulletin, 18 April 1964.
Daily Star, 3 Oktober 1967
22
Ibid., 3 Oktober 1967.
23
Borneo Bulletin, 26 November 1966.
24
Utusan Melayu, 20 Oktober 1967.
21
11
‘Kami mahukan kemerdekaan terlebih dahulu, selepas itu terserah kepada rakyat. Jika mereka
mahu menyertai Malaysia, kami tiada halangan’.25
Baginda Sultan mengetahui (seperti di masa lalu) sebahagian ahli politik tempatan telah
ditawarkan kedudukan yang penting jika mereka membawa Brunei ke dalam Malaysia. Ketika
rancangan Malaysia diwartakan secara akif oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, percubaan
selanjutnya adalah untuk memujuk beberapa ketua-ketua Partai Rakyat Brunei (PRB) untuk
menyokong rancangan Malaysia.Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menawarkan mereka
dengan kedudukan penting dalam pentadbiran Persekutuan Malaysia. Ketua PRB iaitu Azahari,
contohnya telah ditawarkan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua Persekutuan
Malaysia, tetapi dia tidak menerima tawaran tersebut kerana dia merasakan tawaran ini
bertentangan dengan kepentingan rakyat Brunei.26
Semasa PRB berjaya membentangkan mengenai gerakannya semasa Majlis Mesyuarat Negari
dijalankan pada November 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menawarkan Azahari
dan ketua-ketua PRB yang lain dengan kedudukan yang tinggi dalam Persekutuan Malaysia. 27
Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu R.M Hunt, Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei,
yang jika batalion Gurkha dikeluarkan dari Brunei , Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul
Razak akan berunding dengan ketua parti BAKER dan menawarkan beliau dengan kedudukan
yang lebih baik jika dia dapat memasukkan Brunei ke dalam Malaysia. 28Oleh itu Sultan Omar Ali
Saifuddien III menyimpulkan semakin hampir Brunei menjadi kerajaan bersistem demokratik,
semakin besar kemungkinan Brunei masuk ke dalam Malaysia.29
25
Ibid., 20 Oktober 1967.
Zariani Abdul Rahman, Escape from Berakas! 1962 Brunei Revolt, Kuala Lumpur, Al-Ahad Enterprise, 1992, hlm.
104.
27
Muhammad Hadi Abdullah, Brunei’s Political Development, hlm. 70.
28
Lihat F.C.O 24/212 Internal Security Situation, Letter from R.M., Hunt, High Commissioner, Brunei to R.A., Hibbert,
Office of the Political Adviser to the Commander in Chief, Far East, Singapore, 2nd November 1967.
29
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, hlm. 206.
26
12
Pada peringkat ini, Sultan Omar Ali Saifuddien III juga tertekan kerana baginda tidak mahu
Britain menamatkan Perjanjian 1959 dengan Brunei. Jika Britain menamatkan Perjanjiannya
dengan Brunei, perlindungan British akan berakhir dan batlion Gurkha British akan dikeluarkan
dari Brunei. Baginda Sultan mahu batalion Gurkha untuk bertahan di Brunei serta perlindungan
Britain berterusan dalam jangka masa yang panjang untuk mempertahankan negara dan
kedudukan baginda dari ancaman dalam dan luar negara.
Antara lainnya Baginda Sultan juga mahu kehadiran British di Brunei secara berterusan,
kerana rakyat Brunei belum mampu menghasilkan pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk
menjalankan pentadbiran negara. Seperti yang sudah dijelaskan, apabila Brunei menolak
cadangan untuk menyertai Malaysia pada tahun1963, kerajaan Malaysia telah menarik balik
pegawai-pegawai pinjaman yang berada di Brunei untuk kemabali ke Malaysia. Kerajaan
Malaysia menarik balik unit Pasukan Polis Malaysia, pegawai-pegawai Malaysia dan pegawaipegawai tidak bertauliah(NCO) yang berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja
Brunei(RBMR).30Apabila ini terjadi , Brunei menghadapi kesukaran-kesukaran pentadbiran yang
serius.31Akibatnya, Sultan Omar Ali Saifuddien 111 meminta Setiausaha Komanwel untuk
membantu Brunei untuk mengisikan jawatan penting dan jawatan yang lain dalam pentadbiran
negara. Namun Britain memberikan nasihat kepada Baginda Sultan supaya baginda melantik
pegawai-pegawai dari Malaysia.32Bagi Baginda Sultan, jika Britain menamatkan perjanjian tahun
1959 dengan Brunei, Brunei akan kekurangan pentadbir-pentadbir yang berwibawa untuk
30
Ibid., hlm. 210.
Kekurangan pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mentadbir negara juga disebabkan oleh Pemberontakan
1962. Banyak kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pemberontakan ada yang bersembunyi atau ditahan. Dipetik
dari Zariani, Escape From Berakas, hlm. 278.
32
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, hlm. 215 – 216.
31
13
menjalankan hal-ehwal Negara dan jika ini berlaku, pentadbiran negara akan menghadapi
masalah.33
Ketika Pejabat Komanwel mewartakan berita mengenai F.D Webber, Pesuruhjaya Tingggi
British ke Brunei, akan dipindahkan ke Australia pada Oktober 1967, Baginda Sultan berasa
bimbang. Baginda Sultan mahu Webber untuk terus berkhidmat di Brunei, kerana baginda berasa
cemas jika pertukaran Pesuruhjaya Tinggi ini akan menyebabkan lebih banyak kesukaran dari
Pejabat Komanwel berkaitan dengan isu perkembangan perlembagaan di Brunei. 34Menurut
pandangan Baginda Sultan, Pesuruhjaya tinggi yang baru tidak akan memahami keadaan
baginda, terutama sekali mengenai perkembangan perlembagaan di Brunei. Baginda juga
merasakan, jika Webber ditempatkan secara kekal di Brunei, berkemungkinan dia akan
bersimpati dengan keadaan Sultan.35Dalam surat Webber kepada Pejabat Komanwel, Webber
mengatakan ‘Baginda( Sultan) bersedia untuk mendengar saya melenting mengenai hubungan
kami di masa hadapan dan mengenai keperluan perkembangan perlembagaan tetapi baginda
tidak mahu berurusan dengan orang lain.’36Sultan Omar Ali Saifuddien III cuba untuk
membatalkan pemindahannya namun tidak berhasil.
Dalam surat baginda kepada Setiausaha Negara, Sultan menggesa Setiausaha untuk
mempertimbangkan semula cadangannya untuk memindahkan Webber dari Brunei, ‘kerana saya
sangat merasakan pertukaran Pesuruhjaya Tinggi dalam peringkat perkembangan Brunei
33
Di antara jawatan yang dipegang oleh British adalah Pegawai Kewangan Negara , Peguam Negara
( warganegara British sehingga tahun 1978) Pegawai Komander Rejimen Askar Melayu Diraja Brunei; Pegawai
Pemerintah Rejimen Udara dan Sayap Tentera Laut; Pengarah Unit Keselamatan dan Perisikan serta Pengarah
Pendidikan. Banyak jawatan kanan dalam Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Kastam, Pendidikan,jabatan
Pertanian , Tanah dan lombong telah dijawat oleh warganegaa British. Dipetik dalam Zariani, Escape From
Berakas!, hlm. 278.
34
WO32/21069, Webber to Commonwealth Office, 7 October 1967.
35
Ibid., 7 October 1967.
36
Ibid., 7 October 1967.
14
sekarang tidak memberikan kepentingan terbaik kepada negara’.37Oleh kerana Setiausaha Negara
tidak menerima cadangan Sultan, baginda menolak pengganti Webber, A.R. Adair. 38. Akibatnya,
Sultan telah diberikan amaran oleh Pejabat Komanwel bahawa baginda telah melanggar
perjanjian, yang baginda cuba pertahankan dan bukan dilanggari oleh Britain. 39Walaupun
Perjanjian 1959 menetapkan yang Sultan mesti dibawa berunding sebelum pelantikan
Pesuruhjaya
Tinggi dibuat, baginda Sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa veto dan
akhirnya kuasa perlantikan serta penarikan Pesuruhjaya Tinggi berada ditangan baginda
Permaisuri Britain40Berikutnya, pada 4 Oktober 1967, Sultan Omar Ali Saifuddien III telah turun
takhta.
Kelihatannya Sultan Omar Ali Saifuddien turun takhta disebabkan oleh kerajaan Britain yang
tidak mengendahkan permintaan baginda Sultan untuk mengekalkan Webber di Brunei.Menurut
teori Unit Perisikan Ekonomi yang beribu pejabat di London, penurunan takhta baginda adalah
sebagai ‘bantahan kepada pemindahan Pesuruhjaya Tinggi British Tuan F.D Webber dari
Brunei’.41 Tetapi menurut J.O Moreton dari Pejabat Luar dan Komanwel ‘pertikaian mengenai
perlantikan Pesuruhjaya Tinggi berkemungkinan hanyalah simptom dari rasa tidak puas hati
baginda Sultan yang mendalam terhadap dasar–dasar Britain.Sebenarnya baginda telah
terganggu oleh tekanan yang diberikan kepadanya pada bulan Julai di London dan juga oleh
keputusan yang tidak lama selepas itu untuk mengeluarkan tentera British dari Timur Jauh’.42
37
FCO24/208, Sultan to Commonwealth Office, 12 August 1967. See also in FCO24/206.
FCO24/206, Secretary of State to Sultan, 2 August 1967. See also F.C.O 24/212 Internal Security Situation, Letter
from R.M., Hunt, High Commissioner, Brunei to R.A., Hibbert, Office of the Political Adviser to the C-in-C, Far East,
Singapore, 2nd November 1967.
39
FCO24/206, N. Pritchard to Bowden, 31 August 1967. See also FCO24/206, Commonwealth Office to Brunei, 18
September 1967.
40
Ibid., 18 September 1967.
41
FCO24/206, Webber to Commonwealth Office, 12 February 1968. See also in D. Leake, Brunei: The Modern
Southeast Asian Islamic Sultanate, Kuala Lumpur, Forum, 1990, p. 56.
38
42
T312/2320, Record of Meeting held in the Conference Room Commonwealth Office, Brunei: Future British Policy, 27
November 1967. In this month, in a further defence review, Healey announced that the British forces in Singapore and
15
Berikutan dengan penurunan takhta Sultan Omar Ali Saifuddien, puteranya iaitu Hassanal
BolkiahMu’izzaddin Waddaulah telah naik takhta. Baginda telah ditabalkan menajdi Sultan
Brunei yang ke 29 pada 5 Oktober 1967. Apabila Sultan Hassanal Bolkiah menjadi pemerintah,
Pesuruhjaya Tinggi British meneruskan usaha untuk memberi tekanan kepada baginda Sultan
dan ayahndanya yang kemudiannya dikenali sabagai Paduka Seri Begawan, untuk melaksanakan
sistem kerajaan yang demokratik di Brunei.
Tunku Abdul Rahman juga memujuk Pesuruhjaya Tinggi untuk menggalakkan Sultan yang
baru untuk melaksanakan sistem demokratik di Brunei dan beliau berfikiran optimis dengan
menanggapi penyertaan Sultan Hassanal Bolkiah akan menyediakan jalan untuk menyatukan
dengan lebih rapat antara Brunei dan Malaysia. 43Tunku Abdul Rahman memberitahu Michael
Walker, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, yang negaranya akan bersedia untuk berbincang
dengan Brunei pada bila-bila masa saja. Bagi Tunku Abdul Rahman hanya melalui penyatuan
dengan Malaysia sahaja Brunei dapat mencapai masa depan yang stabil dalam jangka masa yang
panjang.44
Selain kerajaan British dan Malaysia, Parti BAKER juga mendesak supaya Sultan Hassanal
Bolkiah dapat memperkenalkan sistem kerajaan yang demokratik di Brunei. Parti Baker
menggesa supaya Sultan mengadakan pilihan raya pada tahun 1968, dua tahun lebih awal dari
yang dijadualkan.45 Pada Oktober 1967, Setiausaha Agung parti BAKER , mengatakan pilhan
Malaysia would be halved by 1970–71 and withdrawn fully between 1975 and 1977. Aden was to be evacuated
immediately, although a British naval force was to remain in the Persian Gulf. These reductions enabled the British
government to reduce defence costs by £300 million and to cut service manpower by 75,000 over the same period Cited
in A. Sked & C. Cook (4th ed.) Post-War Britain: A Political History 1945 – 1992, London, Penguin, 1993, pp. 233- 234.
43
DO229/8, M. Walker to Webber, 9 October 1967.
44
Ibid., 9 October 1967. The Commonwealth Office, on the other hand, thought that the accession of Sultan Hassanal
Bolkiah would not mark any special turning point in the affairs of Brunei as the young Sultan would come under the
influence of his father (cited in ibid., 7 November 1967).
Utusan Melayu, 20 Oktober 1967.
45
Utusan Melayu, 20 October 1967.
16
raya adalah untuk membentuk sistem perwakilan kerajaan yang akan mengambil tempat di
Brunei pada awal tahun 1968. Ini disebabkan ‘rakyat Brunei mahukan pilihan raya yang awal
supaya kerajaan perwakilan dapat dipilih dengan segera’.46
Namun Paduka Seri Begawan membalas dengan segera apa yang didakwa oleh parti BAKER
mengenai pilihan raya. Dalam satu temubual dengan wartawan suratkhabar Utusan Melayu,
baginda menjelaskan yang Brunei tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa sepuluh
tahun.47 Baginda menambah dengan memberi amaran kepada Malaysia yang tentera British akan
tetap berada di Brunei walaupun Britain telah membuat rancangan untuk mengeluarkan
tenteranya dari Singapura dan Malaysia. Baginda seterusnya menjelaskan yang kerajaan British
(seperti di masa lalu) akan bersedia untuk membantu Brunei, jika brunei diserang oleh negaranegara lain atau jika tercetusnya kejadian seperti hasutan dari luar.48Baginda juga menegaskan
yang Perintah Darurat dalam negara akan diteruskan.49
Britain meninggalkan dasarnya.
Kenyataan Paduka Seri Begawan yang pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Britain
mengakhiri perjanjiannya dengan Brunei, akibatnya Pejabat Komanwel tidak meneruskan
menekan Sultan dan Paduka Seri Begawan untuk melaksanakan sistem demokratik dalam
46
Ibid., 20 Oktober 1967.
Ibid, 25 Oktober 1967.
48
Ibid., 25 Oktober 1967.
49
Ibid., 25 Oktober 196. Dalam perlembagaan Brunei tahun 1959, Sultan boleh mengisytiharkan Perintah Darurat tidak
lebih dari dua tahun setelah terjadinya sesuatu bahaya menimpa orang awam yang menjejaskan serta mengancam
keselamatan dan aktiviti ekonomi negara.
47
17
kerajaan di Brunei. Tambahan lagi rancangan Britain untuk menamatkan perjanjian dengan
Brunei semakin dekat.Pejabat Komanwel juga merasakan yang mereka telah banyak
menggalakkan Sultan dan Paduka Seri Begawan untuk memperkenalkan sistem kerajaan yang
demokratik dan telah bertindak mengikut nasihat Pegawai Undang-undang.Tambahan pula,
keadaan di Brunei agak stabil, dan Britain tidak menjangkakan akan terjadi masalah keselamatan
dalam negeri dalam masa yang terdekat. 50Oleh itu, Pejabat Komanwel memutuskan untuk
membiarkan Brunei dengan penubuhan perlembagaannya seperti sediakala, pada masa yang
sama memberikan peluang yang terbaik buat Britain untuk mengundurkan diri dalam masa dua
tahun berikutnya, dengan meninggalkan Negara Brunei dalam keadaan yang agak stabil. 51
Namun, untuk memutuskan meninggalkan dasar penekanan perlembagaan terhadap Sultan,
kerajaan British perlu mempertimbangkan semula kedudukan Brunei di dalam Malaysia di masa
hadapan.
Pada masa ini Pejabat Komanwel menyedari dengan menekan Brunei untuk memasuki
Persekutuan adalah rancangan yang berisiko, melainkan penyatuan ini merupakan impian
keseluruhan rakyat Brunei. Namun setakat ini, tiada bukti yang rakyat Brunei ingin bersatu
dengan Malaysia.52R.M Hunt, Pesuruhjaya Tinggi, menyatakan dalam suratnya kepada Reed
yang walaupun tanpa kehadiran Paduka Seri Begawan, Presiden parti BAKER, atau ahli politik
yang lain yang dapat membawa Brunei ke dalam Malaysia, beliau yakin kemasukan Brunei ke
dalam Malaysia adalah bertentangan dangan kemahuan dan kepentingan kebanyakan rakyat
Brunei.53Hunt menyedari yang rakyat Brunei tidak mahu menyertai Malaysia kerana dari segi
50
DO229/8, Commonwealth Office to Webber, 24 October 1967.
DO229/8, Walker to J.O. Moreton, 8 November 1967.
52
Ibid., 8 November 1967. Also in FCO24, Commonwealth Office to Webber, 28 April 1967.
51
53
DO229/8, R.M. Hunt to Reed, 14 November 1967.
18
segi material mereka lebih baik daripada rakyat di Sabah dan Sarawak.54Rakyat Brunei juga
mempunyai rasa bangga terhdap negara mereka dan perasaan ini lebih kuat dari yang ada di
negeri-negeri Melayu di Malaysia barat. Sebab itulah Azahari ketua PRB, dapat menikmati
sokongan padu dari rakyat Brunei dalam kempennya untuk mengalihkan rakyat Brunei dari
rancangan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.pada tahun 1960.55
Lebih-lebih lagi dengan pendirian kerajaan persekutuan yang autokratik terhadap pentadbiran
Sabah dan Sarawak sejak mereka memasuki Malaysia pada tahun 1963. Pada awal tahun 1967,
kerajaan Persekutuan telah menggulingkan ketua menteri Sabah, Donald Stephen dari
jawatannya, kerana beliau mengamalkan pentadbiran negeri secara autonomi dengan landasan
yang dapat menaikkan semangat pemisahan.56Pada awal tahun 1966, Stephen kalong ketua
menteri Sarawak, juga mengalami nasib yang sama seperti Donald Stephens dan telah di
gantikan dengan Tawi Sili, yang lebih mengikut arahan dari kerajaan Persekutuan. 57 Stephen
Kalong Ningkan telah dilucutkan dari jawatannya di antaranya kerana bantahannya terhadap
pergerakan dan kaedah untuk melaksanakan dasar bahasa nasional di Sarawak oleh kerajaan
Persekutuan58dan kerana beliau enggan untuk ‘memborneokan’ perkhidmatan awam Sarawak
kerana kebanyakan jawatan teratas masih dijawat oleh ekspatriat Eropah. 59 Stephan Kalong
54
Ibid., 14 November 1967. Moreover, the people of Brunei received higher salaries for comparable jobs, paid less tax,
received free pensions and had free education.
55
Ibid. 14 November 1967.
56
B.W. Andaya, & L.Y. Andaya, L.Y (2nd ed.), A History of Malaysia, Basingstoke, Palgrave,
2001, hlm. 289. Donald Stephens mempunyai hubungan yang erat dengan Singapura, terutamanya selepas
pemisahannya dengan Persekutuan pada tahun 1965. Ini telah membimbangkan kerajaan Persekutuan kerana
dikhuatiri Sarawak akan mengikut jejak Singapura (dipetik dari Bruce Ross-Larson, The politics of federalism: Syed
Kechik in East Malaysia, Singapore: Bruce Ross-Larson, 1976, hlm. 16 – 17).
57
Andaya & Andaya (2nd), A History of Malaysia, hlm. 289.
58
Ibid., hlm. 90 – 91.
59
Sanib Said, Malay Politics in Sarawak 1946 - 1966; The Search for Unity and Political Ascendancy, OUP, Oxford,
hlm. 116.
19
Ningkan juga bersimpati kepada Singapura, terutama setelah Singapura memisahkan diri
daripada Malaysia di mana isu hak negeri-negeri telah dibangkitkan lagi.60
Menurut I. Ellison dari Pejabat Komanwel, apa yang terjadi dalam Sarawak dan Sabah
semakin meyakinkan rakyat Brunei, bahawa tindakan Paduka Seri Begawan adalah benar untuk
menjauhkan Brunei dari memasuki Malaysia, mereka tidak mahu dilayan sedemikian rupa oleh
kerajaan di kuala lumpur. Tambahnya lagi jika Sultan dan rakyatnya dipaksa untuk memasuki
persekutuan, Ellison khuatir ini akan menyebabkan ketidakstabilan, seperti yang terjadi terhadap
Selatan Arab dan Nigeria.61Walaupun negara tersebut mempunyai keadaan politik yang berbeza
dari Brunei, Pejabat Komanwel masih berhati-hati terhadap kejayaan Persekutuan jika Brunei
masuk ke dalamnya. Setakat ini Persekutuan Nigeria dan Selatan Arab telah mengalami
kesukaran.62
Di Nigeria, keadaan menjadi tidak terkawal kerana sejak awal lagi, Nigeria mempunyai
masalah tentang etnik, wilayah dan perbezaan agama. Ditambah lagi terdapatnya jurang dalam
perkembangan ekonomi dan pendidikan di antara kawasan utara dan selatan. Pilihan raya
nasional yang mengambil tempat pada tahun 1965 telah menyebabkan penyusunan semula
politik secara besar-besaran dan pertikaian menyebabkan terjadinya perang saudara di negara ini.
wilayah di sebelah timur, yang semakin merasakan negeri mereka adalah negari yang
bermasalah, menginginkan berpisah dari Persekutuan. Ketika Lt.Col. Eeka Ojukwa, seorang
Komanader tentera dari wilayah sebelah timur, mengisytiharkan kemerdekaan Biafra pada 30
Mei 1967, peperangan antara wilayah timur dan seluruh Persekutuan meletus.63
60
Ross-Larson, The Politics of Federalism, hlm. 36 – 7.
FCO24/222, I. Ellison to Reed, 21 November 1967.
62
Paul Dresch, A History of Modern Yemen, Cambridge, CUP, 2000 & Z.H. Kour, The History of Aden, London: Casa;
Totowa, N.J: Biblio Distribution Centre, 1981).
63
Elizabeth Isichei, A History of Nigeria, London, Longman 1983 & John Hatch, Nigeria: A History, London,
Heinemann Educational, 1971).
61
20
Di Selatan Arab, Persekutuan Selatan Arab telah menghadapi keadaan yang sukar selepas
British mengisytiharkan yang mereka akan meninggalkan Aden tidak lewat dari tahun 1968.
Akibat dari keputusan Britain untuk meninggalkan Aden, pertubuhan nasionalis mula bersaing
untuk mendapatkan kuasa, setiap mereka berharap untuk menjadi pemerintah negara setelah
pengunduran British. Dua organisasi besar yang saling bersaing telah muncul setelah pertubuhan
Persekutuan, Barisan Pembebasan Kebangsaan(NLF) dan Barisan Pembebasan Yaman Selatan
ynag Dijajah(FLOSY), menyebabkan huru-hara dalam Persekutuan. Menjelang akhir tahun
1967, NLF menjadi kumpulan yang dominan dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Persekutuan.
Tentera British berundur pada November tahun 1967, manakala Aden dan Arab Selatan menjadi
negara merdeka Yemen Selatan. Yemen Selatan dan Yemen Utara bersatu menjadi sebuah negara
pada tahun 1990.
Persekutuan Malaysia sendiri mengalami pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun
1965. Sejak Singapura memasuki Malaysia, kerajaan Persekutuan telah berhadapan dengan
kesukaran dengan Singapura yang sebahagian besarnya berbangsa Cina. Kesatuan Malaya yang
sebahagian besarnya adalah Melayu, Singapura telah dicemari dengan konflik yang semakin
bertambah ke atas Persekutuan baru, mengenai isu adakah Persekutuan adalah bermasyarakat
majmuk atau hanya didominasi oleh orang bangsa Melayu. Perbezaan pendapat di antara kaum
Cina dan Melayu menyebabkan rusuhan yang meragut nyawa kedua belah pihak. Walaupun
rusuhan dapat diredakan , tetapi ketegangan anatar dua komuniti ini berlanjutan. Oleh kerana
keadaan antara Malaya dan Singapura semakin merosot berbanding untuk menjadi semakin baik,
Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia meragui kedudukan pergabungan ini ini.
21
Untuk mengelak pertumpahan darah dan rusuhan, beliau memutuskan yang Singapura mesti
berpisah dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah berpisah dari Malaysia.64
Bagi pandangan Pejabat Komanwel, mengenai Brunei, Sultan dan rakyatnya secara umumnya
mencurigai Malaysia. Pejabat Komanwel berpendapat jika Malaysia berminat untuk menarik
Brunei dalam apa jua bentuk penyatuan dengan mereka, Malaysia mesti mengamalkan dasar
yang lebih menjamin dan fleksible terhadap Brunei. Pertama, menurut Ellison, jika mereka
kurang mengamalkan autokratik dalam mentadbir Sarawak dan Sabah dan mempertimbangkan
kepentingan rakyat dalam negeri-negeri tersebut, mereka mungkin akan dapat meyakinkan
rakyat Brunei dengan kelebihan itu untuk menyertai Persekutuan. 65Kedua dengan memberikan
Brunei sebuah kedudukan yang istimewa dalam Persekutuan juga mungkin akan dapat
meyakinkan Sultan untuk memasuki Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia boleh membenarkan
Brunei untuk menyimpan hasil minyaknya dan mengecualikan Brunei dari kebanyakan cukaicukai Persekutuan. Tetapi Tunku Abdul Rahman tidak akan menyetujui usul ini, kerana beliau
menegaskan yang Brunei mesti bersedia untuk menerima ‘tanggungjawab-tanggungjawab
biasa’66seperti negeri-negeri lain dalam Persekutuan. Menurut Tunku lagi, prinsip asas dalam
Persekutuan Malaysia adalah tidak ada pengecualian istimewa; semua ahli negeri-negeri
mempunyai tugas-tugas yang sama rata, hak-hak dan tanggungjawab kepada kerajaan pusat
sebagai unit-unit Persekutuan. Tunku tidak dapat melihat bagaimana 'tanggungjawabtanggungjawab biasa' boleh dicapai dengan jayanya tanpa kesan berbahaya bagi beberapa negeri
64
Lihat Lee Kuan Yew, The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew, Singapore, Prentice Hall, 1998 & Lee Kuan
Yew, From Third World to First; The Singapore Story, 1965 – 2000; Singapore and the Asian economic boom, New
York, HarperCollins Publishers, 2000 untuk peristiwa Singapura keluar dari Malaysia.
65
FCO24/222, , I. Ellison to Reed, 21 November 1967.
66
Muhammad Hadi Abdullah, ‘Brunei’s Political Development’, hlm. 151.
22
lain di Malaysia, yang juga perlu memikul ‘tanggungjawab biasa’ tersebut sebagai ahli-ahli yang
biasa.67
Oleh kerana dasar fleksible tersebut tidak akan dapat direalisasikan, Pejabat Komanwel
memutuskan untuk memberikan kemerdekaan penuh kepada Brunei dan membenarkan Brunei
untuk berfikir sendiri sama ada Brunei ingin mengadakan persatuan dengan Malaysia atau
sebaliknya.68Pejabat Komanwel, bagaimanapun tidak mempunyai hasrat untuk mematahkan
semangat Malaysia ke atas minatnya dalam jangka masa yang panjang di masa hadapan kelak
terhadap Brunei .69Jika rakyat Brunei berhasrat untuk mengadakan penyatuan dengan Malaysia,
British akan menanggapinya amat sesuai namun tidak akan memaksa langkah tersebut. 70 Pada
tahun 1967, seorang menteri British mengisytiharkan ‘Dekolonisasi tidak hanya terdiri sebagai
peralihan untuk satu penduduk, sekecil manapun kerajaan negara lain, tanpa mengambil kira
pendapat-pendapat dan kepentingan mereka sendiri'.71Pejabat Komanwel juga berfikir apabila
memberikan notis penamatan bukan ahli politik terpilih yang terpaksa dihadapi pihak British
tetapi Sultan. Pejabat Komanwel juga merasakan yang mereka tidak mempunyai kuasa untuk
mendesak tentang kemajuan perlembagaan di dalam Kesultanan Brunei sebelum dan selepas
pemberian notis oleh British72(kerana Brunei bukan koloni British).73
Walaupun demikian Pejabat Komanwel tidak mendedahkan kepada kerajaan Malaysia yang
mereka telah meninggalkan usaha untuk menggesa Brunei untuk melaksanakan sistem tersebut,
sekaligus untuk membawa Brunei masuk ke dalam Malaysia, kerana kemasukan tersebut
67
DO229/8, Walker to Commonwealth Office, 17 October 1967.

69
DO229/8, Commonwealth Office to British High Commissioner to Brunei, 24 October 1967.
70
DO229/8, British High Commissioner to Malaysia to British High Commissioner to Brunei, 7 November 1967.
71
John Darwin, Britain and Decolonization: The Retreat From Empire in the Post War-World, Basingstoke, Macmillan,
1988, hlm. 309.
72
FCO15/288, Brunei – Medium and Long Term Policy, 8 November 1967.
73
DO229/8, R.M. Hunt to A.H. Reed, 14 November 1967.
68
23
sebenarnya akan megecewakan Malaysia.74 Ini kerana Tunku Abdul Rahman percaya Britain
mempunyai cara untuk memberi tekanan yang kuat untuk perkembangan perlembagaan di
Brunei.75 Tambahan lagi Michael Walker Pesuruhjaya Tinggi British percaya jika Tunku Abdul
Rahman mendapati Britain telah meninggalkan dasarnya, beliau akan mengesyaki yang Britain
berusaha untuk menghalang kemasukan Brunei ke dalam Malaysia dan ini akan merosakkan
hubungan baik antara Britain dan Malaysia.76 Dalam perjumpaan Walker dengan Tunku, beliau
telah memberikan petunjuk yang dasar jangka panjang Britain kepada Brunei adalah ‘untuk
memberikan Brunei kemerdekaan dan pada masa itu jika rakyat Brunei ingin bersatu dengan
Malaysia, kami akan menanggapi hal demikian pada keseluruhannya adalah sesuai’, tetapi
Britain tidak akan memaksa langkah tersebut.77
Kesimpulan
Kajian ini memperlihatkan selepas Brunei menolak kemasukan ke dalam Malaysia, Britain
meneruskan usahanya untuk membawa Brunei ke dalam Malaysia sehingga tahun 1968. Pada
tahun ini Britain telah meninggalkan usahanya untuk membawa Brunei ke dalam Malaysia
berikutan dengan cadangan Britain untuk meninggalkan usahanya untuk mendesak Sultan dan
Paduka Seri Begawan untuk melaksanakan sistem demokratik dalam kerajaan
Brunei.
Tambahan lagi waktu Britain untuk mengakhiri perjanjian degan Brunei semakin dekat. Selain
itu Britain telah menyedari rancangan mereka untuk memasukkan Brunei ke dalam Malaysia
secara paksa adalah bahaya melainkan penyatuan ini dipersetujui oleh keseluruhan rakyat
74

DO229/8, British High Commissioner to Malaysia to J.O. Moreton, 8 November 1967.
76
DO229/8, Walker to Moreton, 8 November 1967.
77

75
24
Brunei. Namun itu tidak akan terjadi kerana sebahagian besar rakyat Brunei tidak mempercayai
Malaysia. Pendirian kerajaan persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak sejak keduanya
memasuki Malaysia pada tahun 1963 adalah bersifat autokratik ini telah meyakinkan lagi rakyat
Brunei untuk tidak memasuki Malaysia. Selain itu, jika Sultan dan rakyatnya dipaksa untuk
memasuki Persekutuan , Britain berasa bimbang kemasukan ini akan menyebabkan
ketidakstabilan.
25
BIBILIOGRAFI
Sumber Utama yang Tidak Diterbitkan
DO229/8
FCO15/288
FCO24/206
F.C.O 24/212
FCO24/222
FO371/169703
T312/2320
Sumber Utama yang Diterbitkan
Hansard, Parliamentary Debates, British House of Commons.
Suratkhabar
Borneo Bulletin
Daily Star
Utusan Melayu
Artikel , Buku dan Tesis
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y (2nd ed.), A History of Malaysia, Basingstoke, Palgrave,
2001.
26
Bartlett, C.J., A History of Post War Britain, 1945-1974, London, Longman, 1978.
Chin, Kin Wah (ed.), Defence Spending in Southeast Asia, Singapore, Institute of
Southeast Asian Studies, 1987.
Crosbie, A.J., 'Brunei: The Constraints of a Small State', Southeast Asian Affairs 1978,
Singapore, Institute of Southeast Asian Studies, 1978.
Darwin, John, Britain and Decolonization: The Retreat from Empire in the Post-War
World, Basingstoke, Macmillan, 1988.
Dresch, Paul, A History of Modern Yemen, Cambridge, Cambridge University Press,
2000.
Isichei, Elizabeth, A History of Nigeria, London, Longman 1983 & John Hatch, Nigeria: A
History, London, Heinemann Educational, 1971.
Gould, James, W., The United States and Malaysia, Cambridge, Mass., Harvard University
Press, 1969,
Hamzah, B.A., ‘Oil and Independence in Brunei’, in Southeast Asian Affairs 1981, Singapore,
Institute Southeast Asian Studies, 1981.
-----, The Oil Sultanate: Political History of Oil in Brunei Darussalam, Kuala
Lumpur, Mawaddah Enterprise, 1991.
Hussainmiya, B.A., Sultan Omar Ali Saifuddin III and Britain: The Making of Brunei
Darussalam, Kuala Lumpur, OUP, 1995.
27
Huxley, Tim, Brunei D