Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terh

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan
1.0

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap
Guru dan Murid

2.0

1.1

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru

1

1.2

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Murid


4

Bagaimana Guru Dapat Mewujudkan Persekitaran
Bilik Darjah Mesra Budaya

2.1

Pelan Lantai

6

2.1.1 Aspek Fizikal
2.1.2 Aspek Emosi

Rujukan
Lampiran

8


PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai
budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding
negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan
keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang
diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan
budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud
kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dalam konteks
pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik
dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.
Oleh itu, saya akan menerangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya di
dalam bilik darjah terhadap guru dan murid. Seterusnya juga saya akan menyatakan
bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Jelas,
sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap guru dan murid sebagai langkah persediaan sebelum saya melangkah
ke profesion perguruan kelak.

Penulisan Akademik

1.0

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Terhadap Guru Dan Murid
Kepelbagaian didefinisikan sebagai berbagai-bagai manakala sosiobudaya pula

didefinisikan sebagai amalan berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu

masyarakat yang lahir daripada pegangan dan kecenderungan diri masyarakat
berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Oleh itu, kepebagaian budaya boleh
ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam
wilayah yang sama dan hidup bersama. Menurut Rabuskha (1972) menyatakan “dalam
masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-ciri perbezaan seperti bahasa, agama dan
budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan perpaduan sukar dicapai.” Maka,
para guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya masyarakat
Malaysia agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya melahirkan wargenegara yang bersatu padu dan harmoni.
1.1

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru


Pengetahuan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini sewajarnya diambil
tahu oleh semua agar pengetahuan ini dapat menghakis sikap prejudis,
khususnya guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid. Terdapat
beberapa peranan guru berdepan dengan kepelbagaian sosio budaya ini.
Antaranya ialah :
Pertama, guru sebagai Physical Environment Designer. Menurut Mok Soon
Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan
mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia
dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai
kelas sosial dan kaum. Manakala, menurut Rohand Meighan (1986), kelas
sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalan sesuatu

bangsa yang sama. Lantas, guru perlu bijak menangani murid yang berasal
daripada pelbagai kaum dan kelas sosial yang berlainan.
Selain itu, guru sewajarnya peka dengan perbezaan agama dan kepercayaan
murid serta hormat dan menerima seadanya nilai dan kepercayaan itu. Biasanya,
kepelbagaian persekitaran akan mempengaruhi pemikiran serta kefahaman
murid terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang bersesuaian dengan semua kepercayaan, nilai dan agama
murid mereka. Aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertembungan dialek yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang perlu dikawal oleh guru dengan
menekankan penggunaan bahasa standard yang difahami semua murid.
Kedua, guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Dicky & Carey (1996), strategi pengajaran merangkumi beberapa
aspek urutan, susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana
menyampaikannya. Guru yang mengelola bilik darjah harus melihat pengajaran
sebagai an art rather than science supaya guru-guru berfikiran kreatif dan dapat
menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya ( Noriati et al., 2009). Guru
juga perlu merancang pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar
dan memastikan pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak
dikuasai oleh murid. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu
dicapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang. Pada masa yang sama
juga, guru harus berkemampuan membuat pemantauan atau refleksi di atas
kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Ketiga, pengurusan bilik darjah dan pengurusan harian. Menurut Najeemah
Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau
pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh
persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu

merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)

mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan
budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek
seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal
dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, pengurusan bilik darjah tidak hanya tertumpu kepada
pengurusan tingkah laku tetapi juga tertumpu kepada pengurusan bilik darjah
secara fizikal. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah menurut Fred Steele
(1973), the effect of physical setting in a classroom is a setting for social
interaction, symbolic identification, growth, security, shelter and pressure.
Manakala, menurut Lambert (1994), aspek persekitaran fizikal memainkan
peranan penting seperti dengan siapa dan di mana murid dapat membantu
dalam interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan kebudayaan yang
berbeza.

1.2


Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Terhadap Murid

MURID

Murid
Gaya Belajar
dan Berfikir

Kaum Etnik

Bahasa dan
Komunikasi

Petempatan dan
Kelas Sosial

Gender

Rajah 1.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Murid


Implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap murid dapat dilihat dalam
beberapa aspek. Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat
“Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels
dan behaves in society”. Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat
enam corak asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu
berbeza dalam komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan
dalam menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah,
berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam
pendekatan untuk mengetahui. Antara implikasi kepelbagaian sosio-budaya
terhadap murid ialah, Pertama, murid perlu mengambil peluang daripada
kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan
jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah
berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat
memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.
Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan
penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
Kedua, proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama
hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat


dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya
memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka
mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa
murid dan semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok
perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.
Ketiga, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran
dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid yang hanya
menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan
menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan
penerangan guru. Oleh itu, pertembungan bahasa menaikkan rasa inkuiri murid
untuk mendalami bidang bahasa selain bahasa ibunda sendiri dan dapat
meluaskan pengetahuan murid dalam pelbagai aspek bahasa. Penetapan
bahasa standard adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Keempat, perbezaan kelas sosial. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan
taraf sosio-ekonomi keluarga. Murid yang tergolong dalam kelas sosial rendah
mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan
belajar dan kurang kelengkapan untuk belajar. Manakala, murid yang datang
daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi
masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluh. Hasilnya,

peluang mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada
dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.

2.0

Bagaimana Guru Dapat Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Mesra
Budaya
Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di

ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra
bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu
masyarakat. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting
bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio
-budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.1

Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya


Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred
Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a
setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and
pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh
Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti
dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara
murid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Persekitaran
Bilik Darjah
Mesra
Budaya
Aspek Sosioemosi

Aspek Fizikal

Rajah 2.1 Gambar rajah menunjukkan Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

2.1.1 Aspek Fizikal :Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai
orkestra

dalam

penyelenggaraan
ditumpukan

kehidupan.
prosedur

adalah

Memerlukan
dan

penyusunan

sumber

pembentukan

kurikulum,

pengajaran.

Keutamaan

suasana

bilik

darjah

bagi

memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
pemikiran terlebih dahulu mengenai masalah-masalah yang mungkin
timbul. Sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan
dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia turut
membantu mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Manakala, ruang
untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya.
Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh
Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical
environment of the classroom such as use of space, classroom setting
and cocial dimensions interact to shape classroom culture” Tindakan
mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan

Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include
a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate
and discover knowledge”.
Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana
sudut-sudut ini akan menyedarkan murid-murid betapa pentingnya
perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk
mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak
langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik
darjah.
Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari
pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software”
yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk
dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan
murid-murid

dapat

memupuk

serta

menghayati

nilai-nilai

seperti

bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.
2.1.2

Aspek Sosio-Emosi

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah
mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap
pembelajaran mereka. Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan
tingkah laku murid. Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada

murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan
yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau
token ekonomi boleh diberikan kepada murid. Peneguhan positif penting
untuk

menambah

kebarangkalian

gerak

balas

daripada

murid.

Pengurusan aspek-sosio emosi ini akan turut membantu kepada
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka
dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka.
Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara
seadanya. Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang
mendalam, disenangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka
berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.
Emosi murid harus diurus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak
berada dalam kebimbangan, membangkit naluri ingin tahu dan mengelak
dari mereka berputus asa. Selain itu, hubungan positif sesama rakan
kelas perlulah dibina, dimana mereka harus diberi peluang bersosial dan
mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid
juga boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan
menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif
pergaulan

diri

serta

persefahaman

menghasilkan keputusan yang berkesan.

perlu

dikembangkan

bagi

Rujukan :
Buku
Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Najeemah Mohd Yusof. (2005), Multicultural Education : Managing Diversity In
Malaysian
Noriati, (2009). Murid dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar, Kuala
Lumpur.
Woolfolk. (2001).Educational psychology,Boston: Allyn & Bacon, Inc.
Jurnal
Gollnick, D. M. & Chin, P. C. 1998. Multicultural Education in a Pluralistic Society, 6 th
Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Lambert, N. M. 1994. Seating Arrangements in Classrooms. The International
Encycliopedia of education (2nd ed.), 9,5355-5359
Linton. R, (1945). The Cultural Background of Personality. New York. Appleton.
Lemlech, J. K. (1988) 2nd . Classroom Management: Methods and Techniques for
Elementary and Secondary Teachers. New York: Longman.
Morrow, L.M., & Weinstein, C.S. (1982). Increasing children’s use of literature through
program and physical design changes. Elementary School Journal, 83, 131-137.
Meighan, R. (1986) A Case Study of Democratic Learning in Teacher Education in
Educational Review 38,3. 1986
Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:AddisonWesley.

Internet
Management of Classroom Behaviour Problems. Dilayari pada 14 April 2015 dari
http://uzspace.uzulu.ac.za/bitstream/handle/10530/639/Management+of+classroom+be
haviour+problems.+Z.
+Zondi.pdf;jsessionid=9278AA76B61F93571F16191BECF84CA5?sequence=1

Persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Dilayari pada 14 April 2015 dari
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[2].pdf

Perpaduan Kaum. Dilayari pada 16 April 2015 dari
http://www.academia.edu/6329400/Perpaduan_kaum

Pola Interaksi Sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik. Dilayari pada 16 April 2015
dari
http://eprints.usm.my/7785/1/POLA_INTERAKSI_SOSIAL_DALAM__KALANGAN_MUR
ID____PELBAGAI_ETNIK_DI_SEKOLAH_MENENGAH_KEBANGSAAN_SEKITAR_SU
NGAI_PETANI,_KEDAH.pdf

PPG Guru Budaya dan Pembelajaran. Dilayari pada 21 April 2015 dari
http://www.amaljaya.com/guru/ppg/edu-3106

RUJUKAN
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka
bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of
Education Research 49(3): 70-71.
Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York:
Macmillan Publishing.
19
Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row
Publishers, Inc.
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.
Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of
learning. Educational Researcher.
Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical
computer skill. MIT Press.

Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional
hypermedia/ multimedia product. Education Technology, December: 5-11.
Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard
Gardner. Educational leadership (atas talian)
.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek
pendidikan
komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja
Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru Maktab Perguruan
Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and
Winston.
Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:
Holt.
Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal
Publication.

Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus
multimedia
pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.
Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional
software. New York: Macmillan Publishing Company.
Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based
instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.
20
Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student
achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of Research in Science
Teaching 34(6): 17-63.
Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs.
New
York: Merill-Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.
01. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.

Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS
Pubication.
Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext.
Education Technology, November: 13-16.
Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall
Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing
generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-320.
Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my
Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah
bestari di Malaysia.
Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211.
Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14
minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan Guru. Institusi

Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari
perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan.
Alor Star, 25 -28 Jun.
21
Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards
Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88
Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in
education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The
International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New
Jersey:
Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich

Publisher
Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
M.N. 1996. Computer’s in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon.
Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT .
Majalah PC September: 56-57
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC,
September: 58-59
Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat.
Berita Harian, 23 Ogos: ms 11
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan GuruGuru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan
pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam Aliran Pendidikan
Era Globlisasi, hlm 1-11.
Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran
multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.

22
Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology
for teaching
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran
berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3
Disember:
16
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian .
Media
ComiL.
Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms
18 – 19
Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for interactive multimedia
traninig. Journal of Interactive Instruction Development

Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The
Classroom,
Allym & Bacon, Boston, London, Toronto
Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive
multimedia. Education Technology Research and Development
Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and
hypnosis. New York: Citadel Press
Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education
Technology 24(3): 191-197.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah
pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between
constructivism and direct instruction. Education Technology Research and
Development 40(1): 93-106.
Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing

a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.
23
Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan
literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan
Malaysia.November 26-27.
Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau
fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.
.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi
Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti
pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua
Sekolah Malaysia 2: 61-66.

Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer
Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1), 35-41
Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal
Publications.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif)
Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah
bestari.
Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 2938.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi
Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia,Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.

24
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian
Interaktif)
Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000.
Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas kursus latihan
guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28
Jun.
Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi
mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa,
Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.
Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan
di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003).
Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts.
Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey:
Merril/Prentice Hall.
Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship
aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.
Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan
Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24
Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic
Educatio, 22: 39-24.
Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parent’s guide to education software and computer.
San Diego: Computer Publishing Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan
komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.
Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita
harian 7 Januari : Pendidikan ms 8
25
Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon.
Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993

Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran
berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.
Rujukan
Baxter, G. P. & Shavelson, R. J. (1994). Science performance assessments:
benchmarks and
surrogates. International Journal of Educational Research, 21(3), 279-298.
Baxter, G. P., Shavelson, R. J., Goldman, S. R., & Pine, J. (1992). Evaluation of a
procedurebased scoring for hands-on science assessment. Journal of Educational Measurement,
29(1),
1-17.
Dalton, B., Morocco, C. C., Tivnan, T., & Rawson, P. (1994). Effect of format on learning
disabled and non-learning disabled students¢ performance on a hands-on science
assessment. International Journal of Educational Research, 21(3) 299-316.

Jovanovic, J., Solano-Flores, G., & Shavelson, R. J. (1994). Performance-based
assessments:
Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban
Society,
26(4), August, 352-366.
Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching
Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.
Samuel O. Ortiz. Best Practices in Nondiscriminatory Assessment. St John's University
Retrieved

10

October

2009

from

http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/
cultcomppractice.aspx#assess
Samuel O. Ortiz. Comprehensive Assessment of Culturally and Linguistically Diverse
Student:
A Systematic, Practical Approach for Nondiscriminatory Assessment. St John's
University
Retrieved

10

October

http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/
3
cultcomppractice.aspx#assess

2009

from