bbm 3103 - nota 1.ppt 802KB Jun 23 2011 10:27:02 AM

BBM 3103 :
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN
MELAYU
Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Sep 13, 2017

1

Sistem Penilaian





Kertas Kerja Individu
Pep Pertengahan Sem
Pep Akhir Sem.
Jumlah


Sep 13, 2017

- 30 %
- 30 %
- 40 %
100 %

2

Pensyarah/Pengajar
• Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr)
• Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
• Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM
• Jawatan : Ketua Jabatan/Prof Madya)
• Email : arbaie@fbmk.upm.edu.my
• No Tel Pejabat : 03-89468787
• (HP) : 013-3641145


Sep 13, 2017

3

Rujukan Kursus
Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta
Sdn. Bhd.

Press

Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa:
Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press
Sdn. Bhd.
Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.
Jakarta: PT. Gramedia.

Sep 13, 2017

4


Skop Perbincangan





Sep 13, 2017

Pengenalan Kursus
Penilaian / Pemberatan
Rangka/ PerincianTugasan
Agihan Kandungan Kursus.

5

Pengenalan Kursus
BBM 3103
• Kursus Elektif Pengkhususan untuk Program BA
(Bahasa dan Linguistik)

• Keperluan/Pra Syarat - Tiada
• Sinopsis Kursus :
• Tujuan Kursus : Memberikan pengetahuan yang
mendalam tentang penggunaan bahasa dalam teks
kesusasteraan yang membawa makna eksplisit dan
implisit, dan memupuk penghayatan terhadap
kesusasteraan.
• Kredit
: 3 (3 + 0).
Sep 13, 2017

6

Kertas Kerja Individu







Sep 13, 2017

Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu
kertas kerja.
Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.
Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa
persetujuan pengendali kursus.
Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat
gambaran terhadap skop tugasan yang
diberikan.
Pemberatan markah adalah 30 %.

7

Peraturan Umum
• Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga
bahagian (pendahuluan, perbincangan dan
Kesimpulan).
• Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah.
• Penghantaran KK - Melalui pusat pembelajaran

dan dialamatkan ke Pusat Pendidikan Luar.
• Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu
kedua belas atau dua minggu sebelum
peperiksaan akhir semester bermula.
• Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh
menjejaskan markah.
Sep 13, 2017

8

Format Penaipan
• Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4
berwarna putih.
• Jarak taipan dua langkau.
• Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak
termasuk bibliografi.
• Saiz huruf 12

• Jenis Times New Roman atau Arial
Sep 13, 2017


9

Esei Ilmiah
• Penulisan berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan
tajuk tidak dibenarkan.
• Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi:
a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan
c. Kesimpulan
• Bibliografi
Sep 13, 2017

10

Pendahuluan
• Pengertian dan konsep bagi tajuk yng
dibincangkan.
• Objektif Kajian.

• Pembatasan Kajian.
Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.
• Pendahuluan 1-3 halaman.

Sep 13, 2017

11

Isi dan Perbincangan
• Berkaitan dengan skop atau batasan kajian
yang dinyatakan dalam pendahuluan.
• Gunakan bahan atau teks untuk tujuan
menganalisis.

Sep 13, 2017

12

Rumusan Kesimpulan

• Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
• Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.
• Dapatan kajian yang diperoleh.
• Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif
kertas kerja.

Sep 13, 2017

13

Bibliografi
Sapardi Djoko Damono.1978. Sosiologi Sastra: Sebuah Penghantar Ringkas. Jakarta:
Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.
Scholes, Robert.1969. Elements of Poetry. London: Oxford University Press.
Schwartz, Joseph dan Roby C., Robert. 1969. Poetry: Meaning and Form. New York:
Mc Graw-Hill Book Company.
Scott, Wilburs. 1972. Five Approaches of Literary Critism. London: Collier Books.
Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selden, R. and Widdowson, P., 1993. Contemporary Literary Theory. New York:
Harvester Wheatsheaf.
Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”. Dewan
Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11.
Sep 13, 2017

14

Topik 1
Hubungan Bahasa dan Sastera

Sep 13, 2017

15

• Sumber Rujukan :
Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi
• Bab 1 : Bahasa dan Manusia
• Bab 2 : Stilistika dalam Kajian Sastera
• Bab 3 : Bahasa Sastera


Sep 13, 2017

16

Bahasa dalam Kesusasteraan
Melayu - Pengenalan
• Tumpuan Bidang –
• Bahasa atau Sastera?

• Apa itu Bahasa?
• Apa kata sarjana?

• Apa itu SASTERA?
• Apa yang dapat anda fahami?

Sep 13, 2017

17

‘SASTERA’ dari sudut
Bahasa








S – Seni Bahasa
A - Akaliah.
S - Sensitiviti
T - Tersurat dan Tersirat
E – Estetika
R - Realiti
A - Alternatif / Pelepasan Minda

Sep 13, 2017

18

Hubungan Bahasa dan
Sastera
• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)





Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik

• Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu
• Tradisional dan moden
• Prosa dan Puisi
• Aliran dan Pemikiran
Sep 13, 2017

19

Kedudukan Bahasa dalam
Sastera
• Bahasa juga merupakan suatu seni.
• Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,
bersistem dan memiliki nilai keindahan.
• Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni
bahasa yang indah’.

Penulis & Bahasa?
• Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan
tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan
penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis,
sememangnya terdorong oleh keinginan untuk
menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami
dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh.
Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan
bagi mereka yang tahu…
(SN A. Samad Said:2006)

Bahasa teks Sastera
• Penulis menggunakan bahasa untuk
menterjemahkan pemikiran mereka.
• Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada
unsur suspen, ketegangan dan peleraian.
• Perkara tersebut dapat ditandai melalui
pemilihan kata.

Analisis Bahasa
• Suasana tegang/ situasi berkonflik.
• Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)
– Ayat yang digunakan pendek.
– Ayat tunggal (satu S+P)
1. “Bagi abang / peluang”

2. “Peluang / apa lagi”
3 “Tolong / Mah”.
4. “Abang / terpaksa”

“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”

Kenapa?
• Lufti Abas (2001:24)
“Ayat tunggal pengucapannya cepat.
Aliran pemikiran selari. Sering digunakan
dalam situasi berkonflik, berlawan cakap,
suasana cemas atau interaksi bersemuka”

Morfologi
• Perulangan kata
– Tak sangka
– Peluang
– Tak ada pilihan

• Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu
perkara yang menjadi titik perbincangan
atau perkara utama.

“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”

Aktiviti 1:Kunci Kata
• Berdasarkan dialog dalam teks tersebut kenal
pasti diksi yang dijadikan sebagai:
– Klimaks
– Anti klimaks

• Kenapa anda memilih diksi tersebut sebagai
kata kuncinya?

Topik 2
Hubungan Bahasa dalam
Kajian Sastera (Unit 2)
i.
ii.
iii.

Sep 13, 2017

Pendekatan Stilistik
Pendekatan Analisis Wacana
Teori Semiotik

29

Pendekatan Stilistik
• Konsep – Penekanan terhadap aspek
kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan
pemakaian bahasa.
• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks
sastera
• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah
bahasa yang dapat mencerminkan
pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif,
dan simbolik.
Sep 13, 2017

30

Prinsip Stilistik
• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.
• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar
sastera – aspek bahasa
• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya
keperibadian penulis.
• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan
yang merentas disiplin linguistik
• Membantu memahami makna yang sukar
• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan
karya
• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan
penghargaan pembaca.
Sep 13, 2017

31

Penyimpangan dalam Stilistik
• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa
yang terkeluar daripada keadaan yang
lazim.
• Apa – morfologi, sentaksis
• Kenapa ?
– estetik
– tujuan pemikiran
– Maksud atau makna
Sep 13, 2017

32

Pendekatan Analisis Wacana
• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut
penggunaannya dalam urutan ujaran.
• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut
penggunaan.
• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih
mengutamakan aspek pemaknaan.
• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang
digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu
berkomunikasi.
Sep 13, 2017

33

Teori Semiotik
• Kajian yang melihat karya mempunyai
sistem tersendiri.
• Kajian tentang sistem tanda dan kod.
• Bentuk tanda dalam teori semiotik
– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan
sifat
– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan
alamiah
– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan
bersifat arbitrari.
Sep 13, 2017

34

Topik 3
Bahasa dan Batas Makna

Sep 13, 2017

35

Bahasa dan Batas Makna
• Manusia menggunakan bahasa untuk :
– menyatakan maksud,
– menjelaskan sesuatu,
– mewujudkan kemesraan,
– mendapatkan kepastian dan
– membuat keputusan. Dalam hal ini,

Sep 13, 2017

36

Penentuan Makna





Tidak semua perkara sama diterima.
Faktor perbezaan makna lambang bahasa.
Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’.
Memahami maksud yang diterima melalui
isyarat bahasa.

Sep 13, 2017

37

Faktor Pemahaman
• Antaranya dipengaruhi oleh :
– intonasi,
– aliran fikiran,
– pemilihan diksi,
– presepsi dan tanggapan,
– hubungan.

Sep 13, 2017

38

Analisis Tafsiran 1
• Dialog 1 : [Bagusnya anak emak! Lain kali
panjat lagi tinggi ye. Kalau kurang tinggi
nanti mak ambikkan tangga!]
• Tanggapan Makna: Dua situasi
– Sindiran atau tegahan
– Suruhan

Sep 13, 2017

39

Analisis Tafsiran 2
• Dialog 2: [Emak tu, lepas makan, tidur!.
Terlentang. Perut selambak macam perut
lembu kena sembelih. Kita je yang kesian kat
dia, dia buat tak pada je!]
• Dialog 3 : [Emak tu lebih kurang macam adik
je. Selagi tak dibelikan, asyik tanya je. Lain kali
tak payah cakap-cakap, belikan je]
•  
Sep 13, 2017

40

Tafsiran
• Maksud perbandingan – Situasi sama tara
antara dialog 2 dan dialog 3.
• Namun tafsiran boleh berbeza :
– Penghinaan / penyamatarafan status.
– Makna boleh lebih daripada satu bergantung
tafsiran.
– Bahasa mempunyai kuasa.

Sep 13, 2017

41

Topik 4
Laras Bahasa Sastera

Sep 13, 2017

42

Konsep Laras Bahasa
• LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan
fungsinya.
• Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB
yang berbeza mengikut keperluannya.
• Semakin banyak LB yang digunakan, semakin
berkesan komunikasi seseorang itu.
• LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang
berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan,
hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin.

09/13/17

43

Laras Bahasa Sastera
• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu
memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta
bentuk stailistik yang dipelbagaikan.
• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang
terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi),
kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah
kepada unsur wacana yang lebih luas.

09/13/17

44

Ciri LB Sastera
• Bersifat Imaginatif dan Figuratif
• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.
• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat
melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan
khayalan pengarang sebenarnya.
• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan
• Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.
• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna
daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik,
kiasan dan sindiran.
09/13/17

45

Menggunakan Bahasa Hiasan




Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot
dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu
hasil karya tersebut.
Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.
Tujuan lain penggunaan :
– Sebagai hiasan karya
– Penyeri jalan terhadap isi cerita.
– Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,
hambar atau menjemukan.



Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,
peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.

09/13/17

46

Perlukisan Gambaran yang Jelas
• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa,
aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.
• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk
melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar
Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa
sebagai berikut:
• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan
bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya
kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit
utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap
menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.
09/13/17

47

Penggunaan Bahasa Baku
• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi
meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan
penyebutannya.
• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan
dan kesesuaian.
• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu
dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan
masyarakat.
• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita
dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said
menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya
Daerah Zeni:
– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan
melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan
pepatung tadi.

09/13/17

48

Bernada Puitis
• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa
yang puitis dan indah.
• Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering
menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit
perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa
disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan
puisi begitu memikat serta menghiburkan.
• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak
memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh
dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.

09/13/17

49

Pemilihan Diksi Berkesan
• Memilih perkataan berfungsi memerlukan
penyesuaian dengan tema atau persoalan.
• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu
pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa
makna yang sama atau perkataan yang berbeza
ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang
sama dengan maksud yang hendak disampaikan.
• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan
gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.

09/13/17

50

Bersifat Komunikatif
• LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan
penulis dengan pembaca.
• Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh
pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang
hendak disampaikan oleh pengarang.
• Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan mewujudkan
hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembaca.
• Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif
membentuk hubungan langsung antara penulis dengan
pembaca.
• Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat
mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak
pembaca.
09/13/17

51

Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)
• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur
kekaburan dan ketidakjelasan.
• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur
ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej
disampaikan lebih jelas.
• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental
iaitu membicarakan tentang perasaan dan
perkaitannya dengan indera seseorang.
• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur
imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan
personafikasi.
09/13/17

52

Bersifat Stilistik
• Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca
supaya terus mengikut serta menghayati cerita yang
disampaikan.
• Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa
tersendiri sifatnya.
• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran
untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya.
• Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang
sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu, penekanan utama akan
dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan.
• Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan
kepada cita rasa telinga.

09/13/17

53

Bersifat Simbolik
• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan
kepada sesuatu benda.
• Simbol bersifat individu, konvensional dan ada
juga yang berunsur sejagat.
• Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis
manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.
• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan
secara lebih serius bagi menunjukkan maksud

09/13/17

54

Unsur-Unsur Bahasa LS
• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam
mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau
penulis kreatif.
• Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan
dengan laras bahasa yang lain.
• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat
untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya
dengan satu karya yang lain.
• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras
sastera atau kreatif, seperti :09/13/17

55

Unsur Perbandingan
• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis.
Antaranya adalah seperti berikut :
• Unsur Personifikasi

– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia
daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada bendabenda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.
– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat
manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda,
binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia.
Contohnya ialah,

• Angin yang meraung ….
• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….
• Kasih yang bersayap ….
09/13/17

56

Unsur Hiperbola
• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai
unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalaholah tidak masuk akal.
• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan
itu masih menarik dan indah.
• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan
dan pengaruh dalam kalangan pembaca.
• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya
adalah seperti berikut:– Pijak semutpun tidak mati ….
– Hajat hati hendak memeluk gunung ….

09/13/17

57

Unsur Simile







Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya
sastera.
Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain
yang hampir sama.
Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai
kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai.
Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk
menanggapi maksud pengarang.
Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan
sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa.
Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
– Pipinya laksana pauh dilayang ….
– Betisnya bagai bunting padi ….
– Giginya seperti mutiara ….

09/13/17

58

Unsur Metafora
• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras
sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan
seperti simile.
• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang
menyebut terus kepada benda atau binatang yang
hendak diumpamakannya.
• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat.
Contoh:
– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….
– Perasaannya api yang menyala ….
– Kata adalah pedang tajam
09/13/17

59

Unsur Analogi
• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara
atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan
maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.
• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau
membuktikan tentang sesuatu perkara.
• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman

• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara
lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang
dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya
mengelilingi dunia.

09/13/17

60

Unsur-unsur Sindiran
• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif
seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu
makna yang sebaliknya.
• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan
orang Melayu.
• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi
dengan tidak dinyatakan secara terus.
• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-

09/13/17

61

Unsur Ironi
• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai
makna yang tajam.
• Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang
disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang
terkena akan terasa tajam sindirannya.
• Biasanya membawa maksud yang bertentangan
dengan maksud sebenarnya.
• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:

– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.
Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan
kertas bertaburan di lantai.

09/13/17

62

Unsur Sarkastik
• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali
akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau
menerima ungkapan tersebut.
• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis
tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.
• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam
masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak
dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:
– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….
– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….
– Nyah kamu dari rumah aku….

09/13/17

63

Unsur Sinisme
• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik
tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.
• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa
sarkastik dan bahasa ironi.
• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang
yang mendengarnya. Contohnya:
– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….
– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..

09/13/17

64

Unsur-unsur Penegasan
• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap kali
kita dapati dalam bahan penulisan kreatif.
• Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang
beberapa kali.
• Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,
ayat atau seumpamanya.
• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah
seperti berikut;-

09/13/17

65

Unsur Repetisi
• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai
estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
• Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan
yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud
penegasan.
• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa
bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke,
mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:
– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga
berjaya….
– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..
09/13/17

66

Unsur Klimaks
• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun
penceritaan.
• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah
dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan
ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya
prosa.
• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak
disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh
ungkapan klimaks,
• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah
suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi
mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai
tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis …..
09/13/17

67

Unsur Antiklimaks
• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
• Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya
menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun.
• Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada
yang kurang utama atau kurang penting. Cth:

– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia
mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah
menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid
sekolah rendah.

09/13/17

68

Unsur-unsur Pertentangan
• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan
wujudnya pertentangan dalam bahasa
tersebut.
• Mewujudkan unsur atau gaya yang
bertentangan atau berlawanan dalam ayatayat yang dihasilkan.
• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras
sastera iaitu:
09/13/17

69

Unsur Paradoks
• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata
dalam ayat.
• Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan faktafakta yang ada.
• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana
kebenarannya. Cth:
– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala
Lumpur…
– Aku kesepian di tengah keramaian….

09/13/17

70

Unsur Antitesis
• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang
menunjukkan perbandingan antara dua
antonim iaitu kata-kata yang mengandungi
ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:
– Kecantikannya yang mencelakakannya….
– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi
bahasanya yang baik…,
– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….

09/13/17

71

Unsur Kontradiksi
• Unsur yang bertentangan dengan apa yang
telah dinyatakan sebelumnya.
• Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan ataupun
membuktikan kata-katanya pada pernyataan
berikutnya. Cth:
– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta
daun-daun menampar angin…
09/13/17

72

Sekian, terima kasih

09/13/17

73

Pep. Pertengahan Sem
• Pemberatan – 30 %
• Skop –
– Unit 1 & Unit 2- Modul BBM 3103
– Nota tambahan (bersemuka 1)
– Bahan dari Buku : Apresiasi Bahasa: Interpretasi
& Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.

• Format -Objektif dan Subjektif (Struktur)
• Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %)
• Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %)
Sep 13, 2017

74

Contoh Objektif
xxi Variasi dalam penggunaan bahasa oleh
seseorang penulis ditentukan oleh
persekitaran yang melatarinya.
A. Betul
B. Salah

Sep 13, 2017

75

xxx. Penggunaan bahasa sering dikaitkan
dengan faktor yang berikut, KECUALI
A. Tempoh perbincangan
B. Kelompok penutur
C. Topik perbincangan
D. Situasi

Contoh Format Subjektif
1.

Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif
imaginatif.
I.
II.______________________________________________________
III______________________________________________________
(3 markah)

2.

Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya
kreatif imaginatif?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
__________________________________.( 2 markah)

Sep 13, 2017

77

Sekian, terima kasih
Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan
kuasa kata yang yang ada pada mereka
adalah merupakan senjata…. (Aristotle)

Sep 13, 2017

78

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

ANALISIS FAKTOR YANGMEMPENGARUHI FERTILITAS PASANGAN USIA SUBUR DI DESA SEMBORO KECAMATAN SEMBORO KABUPATEN JEMBER TAHUN 2011

2 53 20

STUDI PENGGUNAAN KOMBINASI FUROSEMID - SPIRONOLAKTON PADA PASIEN GAGAL JANTUNG (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

15 131 27

Pola Mikroba Penyebab Diare pada Balita (1 bulan - 5 tahun) dan Perbedaan Tingkat Kesembuhan Di RSU.Dr.Saiful Anwar Malang (Periode Januari - Desember 2007)

0 76 21

KONSTRUKSI BERITA MENJELANG PEMILU PRESIDEN TAHUN 2009 (Analisis Framing Pada Headline Koran Kompas Edisi 2 juni - 6 juli 2009)

1 104 3

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

A DISCOURSE ANALYSIS ON “SPA: REGAIN BALANCE OF YOUR INNER AND OUTER BEAUTY” IN THE JAKARTA POST ON 4 MARCH 2011

9 161 13

Improving the VIII-B Students' listening comprehension ability through note taking and partial dictation techniques at SMPN 3 Jember in the 2006/2007 Academic Year -

0 63 87

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

PP 23 TAHUN 2010 TENTANG KEGIATAN USAHA

2 51 76