Kepentingan makmal sains dalam pdp

B.ED TESL PROGRAMME

TUGASAN KERJA PROJEK

(SCE 3123 E)
SAINS
KEPENTINGAN MAKMAL SAINS DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

ISI
KANDUNGAN
BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Biodata pelajar


1

2.

Penghargaan

2

3.

Pengenalan

3

4.

Kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan

4-8


pembelajaran.

5.

Rumusan

9

6.

Refleksi

10 - 11

7.

Rujukan

12


8.

Lampiran

13 - 15

1.0 PENGENALAN

Pada semester ini, topik kerja kursus kami melibatkan kepentingan makmal
sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut KPM (2003), sains adalah satu
bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep
yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka (KPM, 2003). Dasar
Pendidikan Kebangsaan pula menyatakan bahawa sistem pegurusan makmal Sains
yang diamalkan di Malaysia berfungsi sebagai petunjuk kualiti pendidikan negara.
Makmal sains yang di wujudkan di sekolah sangatlah penting terutama dalam
pengajaran dan pembelajaran sains. Hal ini sejajar dengan Dasar Sains dan
Teknologi Negara yang bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sains dan
teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, mmbaiki kedudukan fizikal

dan kesejahteraan rakyat, dan untuk melindungi kedaulatan negara yang merupakan
sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi Negara. Dasar ini memberi
focus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang
saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan
suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki
infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

2.0

KEPENTINGAN

PEMBELAJARAN.

MAKMAL

SAINS

DALAM

PENGAJARAN


DAN

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid
di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau
amali. Penggabungjalinan ‘Hands On, Minds On dan Hearts On’ adalah suatu
elemen yang penting dan perlu dititikberatkan

semasa pengajaran dan

pembelajaran. Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran tersebut, makmal
dan bilik sains di sekolah perlu mempunyai prosedur dan peraturan yang lengkap,
selamat, selesa dan kondusif. Justeru itu, pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru
mata pelajaran sains perlulah menjalankan pengajaran dan pembelajaran sains
dengan lebih efisien, menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak setelah
makmal dan bilik sains berkesan dapat direalisasikan.
2.1 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Makmal dan Bilik Sains
Berkesan.
Makmal dan bilik sains adalah satu tempat untuk guru menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran dalam bentuk latihan amali atau praktikal. Oleh hal yang

demikian, makmal sains perlulah ditadbir urus dengan cekap dan sistematik. Banyak
kepentingan yang akan diperolehi oleh pihak sekolah jika makmal sains ditadbir
dengan cekap, terutamanya ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Disamping itu ia juga dapat menjimatkan kos kerana sudah pasti tidak
akan berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda di dala makmal
sains jika is benar-benar diuruskan dengan baik. Seterusnya, pengurusan makmal
sains yang berkesan juga penting bagi memudahkan aktiviti atau eksperimen
dijalankan dengan terurus dan efisien. Hal ini kerana, makmal yang cekap
mempunyai susunan radas dan bahan yang cekap yang mana ia memudahkan apaapa sahaja aktiviti yang dijalankan. Justeru, ibjektif pembelajaran dapat dicapai
dengan jayanya.
Selain itu, penyelenggaraan stok yang cekap juga membantu kesistematikan
proses pembelajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, radas dan bahan di makmal
dan bilik sains mestilah disimpan dan diselenggara dengan baik dan selamat. Di
dalam makmal sains terdapat banyak radas dan bahan untuk tujuan pembelajaran
dalam mata pelajaran sains, ada di antaranya yang perlu jagaan rapi supaya bahan
tersebut dapat disimpan pada tempoh yang lama serta dapat digunapakai pada

ketika yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, radas dan bahan di makmal dan
bilik sains mestilah disimpan dan diselenggara dengan baik dan selamat.
2.2


Penyediaan

Peralatan

Pengajaran

dan

Pembelajaran

dan

Bahan

Eksperimen.
Di dalam pelaksanaan makmal sains yang berkesan, penyediaan peralatan juga
antara elemen yang penting. Terdapat beberapa tatacara yang perlu diamalkan oleh
guru sains dalam penyediaan peralatan terutama semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Pertama sekali guru perlulah menyediakan boring pesanan

persediaan makmal yang mana hendaklah dikemukakan tiga hari sebelum tarikh
diperlukan. Seterusnya, persediaan keperluan perlu dibuat satu hari lebih awal dari
tarikh diperlukan tertakluk kepada keperluan eksperimen. Sebagai contoh untuk
menjalankan eksperimen tentang kehadiran karbon dioksida dalm udara, antara
bahan yang diperlukan ialah soda bikarbonat, belon dan botol. Oleh itu, penydiaan
bahan-bahan ini mestilah dicari dan pastikan sehari sebelum eksperimen dijalankan
ia sudah berada di dalam makmal. Hal ini bagi mengelakkan terbantutnya proses
pembelajaran pada hari kejadian jika bahan tidak ada atau tidak mencukupi.
Kemudian, segala keperluan perlu disediakan dengan lengkap dan berada dalam
keadaan yang baik, berfungsi serta selamat digunakan. Walaagaimanapun, waktu
keperluan juga perlu dikenalpasti bagi mengelakkan sebarang masalah sebelum
kelas di makmal sains bermula. Namun begitu, jika terdapat sebarang masalah
seperti kerosakan dan kehilangan peralatan, ia pelu direkodkan serta-merta.
2.3 Peranan Guru Sains Dalam Pengendalian Dan Pelaksanaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Makmal Sains.
Guru sains merupakan antara orang yang kedua terpenting di dalam memastikan
makmal sains dapat digunakan dan diolah dengan cekap dan sistematik selain
daripada pembantu makmal. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil
perhatian oleh guru sains. Langkah ini perlu dilaksana sebelum, semasa dan
selepas. Pertama, sebelum masuk, guru mengarahkan murid beratur di luar makmal

dan bilik sains dan hanya membawa bahan yang diperlukan sahaja semasa
memasuki makmal sains. Apabila telah memasuki makmal, murid perlu dipesan

untuk duduk dengan tertib dan kemudian guru akan mengingatkan tentang bahaya
yang bakal berlaku sepanjang eksperimen. Oleh itu, semua prosedur eksperimen
perlu dipatuhi sepanjang masa. Guru akan mambahagikan kumpulan dan melantk
ketua. Setiap ahli kumpulan diberi tugasan secara adil dan saksama. Malah, murid
juga akan menjalankan eksperimen selepas itu mengikut prosedur yang betul. Pada
masa yang sama, guru tidak boleh memandang mudah pada pembantu makmal. Hal
ini kerana, pembantu makmal juga antara orang yang penting bagi mengawasi
keadaan makmal sains sama ada semasa sesi pembelajaran diadakan di makmal
sains mahupun tiada. Pembantu makmal akan sentiasa mengawasi pelaksanaan
eksperimen terutama yang melibatkan haba dan bahan kimia. Selain itu, peranan
guru di dalam makmal juga adalah untuk memastikan aktiviti dijalankan berlangsung
dengan jayanya melalui pemantauan hasil kerja murid.
2.4 Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) di Dalam Makmal Sains.
Semasa menjalani praktikum baru-baru ini, saya

telah


berpeluang

untuk

menemuramah seorang guru cemerlang dalam matapelajaran Sains di sekolah
tersebut iaitu, Puan Ong. Beliau adalah lulusan Diploma Perguruan Sains dan
Matematik dari Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan Dan Nilai Pemakanan,
Kuala Terengganu. Puan Ong ialah guru mata pelajaran Sains selama dua belas
tahun dan telah mengajar di SK 1 Sultan Alam Shah selama sepuluh tahun. Beliau
pernah menjadi Ketua Panitia Matapelajaran Sains di sana selama lima tahun.
Setelah menjalankan temubual bersama beliau saya telah mendapat banyak
maklumat mengenai Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia (LPKM) (1999), PEKA
ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan
Rujukan Kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti. Instrumen pentaksiran
dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang digunakan dalam mendapatkan
dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan berhubung
dengan sesuatu proses pendidikan (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1999). PEKA ialah satu singkatan dari perkataan yang berbunyi “Penilaian
Kerja Amali”. PEKA merupakan satu penilaian kerja amali dalam mata pelajaran


sains. Kerja amali ini terdiri daripada 7 kemahiran proses sains dan 5 kemahiran
manipulatif sains.
Melalui praktikum baru-baru ini yang telah diadakan di SK 1 Sultan Alam
Shah, melalui hasil kajian dan temuramah bersama guru sains di sekolah tersebut
saya mendapati bahawa tahap kesediaan guru matapelajaran Sains di sekolah ini
terhadap pelaksanaan PEKA berada di tahap tinggi dari aspek kesediaan
pengetahuan dan kemahiran, manakala dari aspek faktor persekitaran sekolah
seperti kemudahan peralatan prasarana ia masih berada di tahap sederhana.
Melalui pemerhatian dan temubual, saya juga dapati bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi pelaksanaan PEKA melalui faktor pengalaman dan
kemahiran guru Sains serta faktor persekitaran sekolah. Selain itu, faktor
persekitaran sekolah dan kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan
sikap didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan permasalahan yang
guru hadapi ketika melaksanakan PEKA Sains.
Pelaksanaan PEKA amat penting bagi menguji tahap kefahaman murid-murid
terhadap matapelajaran Sains di dalam makmal Sains terutama berkaitan dengan
eksperimen. Di peringkat sekolah rendah PEKA merujuk kepada proses pemberian
skor secara kuantitatif kepada apa yang ditaksir berdasarkan skema penskoran yang
dibina oleh guru. Oleh itu, guru adalah orang yang akan merumuskan skor. Hal inilah
yang menimbulkan sedikit kesukaran kepada guru Sains tersebut, guru perlu
mematuhi sepenuhnya kepada skema penskoran yang terlalu rubrik itu semasa
memberi markah kepada pelajar. Guru Sains tidak boleh sesuka hati sahaja
memberi markah. Ini adalah kerana penglibatan secara langsung antara guru
dengan pelajar menyebabkan pelbagai maklumat boleh didapati daripada pelbagai
pentaksir seperti guru, pelajar itu sendiri, rakan sepembelajaran, ibu bapa pelajar
dan pentaksir lain.

Beliau juga mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam

PEKA sains adalah cemerlang, tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sains didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh
dibahagikan kepada kategori cemerlang, sederhana dan lemah.
Seterusnya, semasa pelaksanaan PEKA di dalam makmal sains masa yang
tidak mencukupi sering berlaku. Alias (2001) dalam kajiannya mendapati kursus
yang berkaitan PEKA yang telah dihadiri masih belum memadai untuk membantu

guru

memahami

sepenuhnya

prosedur

melaksanakan

PEKA.

Beliau

juga

menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA mengikut
perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi. Hal ini kerana terlalu banyak
program telah dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun jadi guru perlu mengejar
masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan mengikut spesifikasi
kurikulum dari KPM. Oleh itu, setiap kali matapelajaran Sains, murid-murid lebih
diberi penekanan dalam teori-teori saintifik, latihan pengukuhan dan ulangkaji untuk
peperiksaan berbanding melakukan kerja amali.
Akhir sekali, setelah meneliti beberapa isu yang timbul melalui pelaksanaan
PEKA di SK 1 Sultan Alam Shah, saya juga ada bertanyakan tentang cadangan
penambahbaikan kepada pelaksanaan PEKA tersebut bagi meningkatkan lagi mutu
matapelajaran Sains di sekolah tersebut. Antara cadangan yang dikemukakan oleh
guru Sains yang ditemubual bagi mempertingkatkan prestasi PEKA Sains Sekolah
Rendah adalah seperti berikut:
(a) Menyediakan kemudahan prasarana seperti makmal, alatan, dan taman
Sains yang mencukupi kepada sekolah.
(b) Mengurangkan bilangan murid antara 20 pelajar hingga 25 pelajar.
(c) Menyediakan guru pakar di setiap sekolah supaya perkongsian maklumat
dan pengalaman dapat diadakan.
(d) Menggalakkan pelajar membuat eksperimen dan aktiviti-aktiviti yang
menarik minat pelajar.
(e) Guru perlu peka terhadap keperluan pelajar dan mempelbagaikan strategi
P&P.
(f) Guru perlu inovatif dan kreatif.
(g) Guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan berkemahiran.
(h) Guru sentiasa berjumpa, berkongsi pengalaman dan membincangkan
masalah pengajaran sama ada peringkat sekolah, daerah, atau negeri.

3.0 RUMUSAN.

Secara keseluruhan, pengetahuan di dalam pengurusan makmal untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran membantu kita supaya lebih bersikap tahu tentang
kewujudan makmal sains di sekolah serta lebih waspada dalam menitikberatkan
langkah –langkah setiap masa tidak kira sesiapa sahaja apabila berada atau bekerja
di dalam makmal. Tujuan sikap waspada ialah untuk kepentingan semua pihak
bagaimana mereka mahu mengendalikan malah menggunakan makmal sains
secara komprehensif.
Sikap terhadap pengurusan makmal sains yang efisien yang patut kita
amalkan ialah dengan mengambil berat serta mengikut peraturan-peraturan dalam
makmal. Tujuannya ialah mewujudkan suasana belajar yang kondusif serta suatu
persekitaran yang selamat dan sihat. Kesimpulannya ialah apabila berada di
makmal, pelajar hendaklah sentiasa mengambil berat dan mematuhi dalam makmal.

4.0 REFLEKSI.

Pada semester ini iaitu semester 5 tahun 3 Program PISMP TESL ambilan
Januari 2013, untuk mata pelajaran SCE 3123 E, kami telah diberi tugasan oleh
pensyarah untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan topik ‘kepentingan makmal
sains dalam pengajaran dan pembelajaran’. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan
ini kami telah mencari informasi dan maklumat mengenai tugasan yang diberikan
dengan penuh rasa tanggunggjawab. Di samping itu, sudah pasti terdapat juga
beberapa kelemahan dan kebaikan sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah dan tenaga pengajar SCE 3123 E kami, iaitu Puan Hamidah Binti Abdul
Hamid yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan tersebut.
Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, saya mungkin akan menghadapi
pelbagai kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu ketika dalam kesusahan dan saling
berkongsi idea bersama-sama. Alhamdulillah tugasan SCE 3123 E yang diberi telah
berjaya saya siapkan dan tugasan ini banyak memberi pendedahan yang baru
kepada saya.
SCE 3123 E adalah satu subjek elektif yang saya pilih kerana saya amat
meminati sains walaupun saya sedar yang saya tidak mempunyai banyak kebolehan
dalam ilmu sains. Pesanan dan nasihat daripada pensyarah yang dihormati banyak
memberi sokongan dan motivasi kepada saya. Kerja kursus SCE 3123 E yang pada
kali

ini adalah berkaitan dengan makmal sains. Tugasan ini memerlukan kami

melakukan beberapa kajian dan melihat sendiri di makmal sains bagaimana
pengurusan bilik tersebut serta sejauh mana kepentingan ia untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya sedikit gementar
kerana saya tidak berapa tahu tentang pengurusan makmal sains sebelum ini tetapi
setelah diberi tunjuk ajar, saya sedikit sebanyak dapat menghasilkan pelan lantai
yang dikehendaki.
Apa yang saya pelajari ketika melakukan tugasan ini adalah aktiviti
menghasilkan projek sains boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana dan
kritis. Manakala, menerusi tugasan kepentingan makmal sains ini saya dapati
bahawa sebuah makmal sains yang kondusif amat penting bagi membantu proses
pembelajaran dan proses membuat kerja. Ini adalah amat penting kerana sebuah

makmal sains yang kondusif dapat membantu pelajar dalam menghasilkan idea dan
hasil kerja ang efektif.

Disamping itu juga, ia bagi mengelakkan sebarang

kemalangan yang berlaku ketika proses membuat kerja. Tugasan ini juga mengajar
saya supaya menjadi lebih kreatif dan rasional.
Tugasan ini juga banyak mengajar saya tentang erti ketabahan dan
kesabaran. Walaupun tugasan yang diberikan ini tampak agak mudah, akan tetapi ia
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bagi menyiapkannya. Saya terpaksa
melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memulai peulisan esei ini. Agak
sukar juga semasa melakukan penyelidikan tersebut, kerana tidak banyak bahan
yang berjaya ditemui. Namun begitu, saya tidak berputus asa dalam mencari
maklumat bagi menjayakan tugasan ini. Justeru, dengan penyelidikan yang tidak
mengenal erti jemu ini, akhir sekali barulah saya mendapat idea apa yang perlu
dimasukkan dalam penulisan ini.
Melalui kritikan yang saya peroleh sepanjang penghasilan tugasan ini, saya
telah belajar beberapa perkara. Saya juga mula sedar bahawa ia banyak membantu
keupayaan saya sebagai pelajar agak melihat, bukan sekadar memandang sahaja,
melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh membina kualiti yang lebih bererti
tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja sains
yang formal. Justeru itu, sehingga di peringkat akhir proses pembelajaran pelajaran
ini saya yakin bahawa ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai asas
kemahiran, kreatif dan inventif melalui pembelajaran sains di makmal sains yang
berkesan.
Akhir kata, menerusi tugasan SCE 3123 E ini sedikit sebanyak telah
menyedarkan saya bahawa seorang guru sains haruslah kreatif dan mempunyai
rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan tanpa mengira perbezaan antara guru
dan murid. Tugasan yang diberikan banyak membantu saya mengenal pendidikan
sains serta pengurusan makmal di sekolah dengan lebih dekat. Selain itu, ibu bapa
juga haruslah memberi sokongan untuk menjayakan proses perlaksanaan mata
pelajaran ini supaya anak-anak mereka benar-benar mendapat faedah dari pelajaran
ini.

RUJUKAN

Alias Mingan. (2001). Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains Berdasarkan Sekolah
Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak. Disertasi Sarjana
Pendidikan, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar
Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah
huraian sukatan pelajaran sains tahun 6. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran, Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Blueprint Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025 , Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran, Malaysia.
Lembaga Peperiksaan (2009). Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MPBS).
Matapelajaran Aliran Vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala
Lumpur
Lembaga Peperiksaan (2013). Dokumen Standard Prestasi Sains Tingkatan 2.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Lembaga Peperiksaan (2014). Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan
sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia (LPKM). (1999). Putrajaya:
Kementerian Pelajaran, Malaysia.
Norlly Mohd Isa & Hamimah Abu Naim. (2013). Kajian keperluan pembinaan modul
pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam mata pelajaran
sains tingkatan 2. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Yeow, H. M. (2002). Penilaian Guru dan pelajar Terhadap Pentaksiran Kerja Amali
Sains Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah di Seremban Negeri
Sembilan. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.