Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat (1)
Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat
February 20, 2013 at 8:09am
Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang
hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita
mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh
badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan
badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti
senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar
melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah
mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempattempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap
hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke
dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini
boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita
boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan
baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat
menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung.
Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi
penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan
kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha
mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan
kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa
serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.