PROSEDUR MELAKSANAKAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT.docx

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

CADANGAN PROSEDUR MELAKSANAKAN UJIAN KENAIKAN
PANGKAT
Pendahuluan
Ujian Kenaikan Pangkat merupakan suatu saat yang ditunggu-tunggu
oleh anggota KRS sepanjang penglibatan merekadi dalam unitelitini.
Malangnya banyak pasukan yang tidak mengadakan ujian kerana beberapa
kekangan tertentu. Situasi ini merugikan anggota yang tamat dari
perkhidmatan dan keluar dengan sijil sebagai ahli KRS biasa. Justru itu satu
bentuk instrument dicadangkan untuk digunakan di semua pasukan KRS
atau TKRS di seluruh Negeri Sembilan mulai tahun 2011.

Kekangan Dalam Proses Ujian Kenaikan Pangkat
Adalah menjadi harapan seluruh jurulatih agar anggota KRS yang
dilatih olehnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Namun beberapa
kekangan yang telah dikenal pasti menyebabkan kegagalan melakukan ujian
tersebut berlaku.
Antara kekangan utamanya adalah:

 Kekurangan jurulatih yang benar-benar menguasai semua kemahiran
di dalam KRS dan mampu melaksanakan ujian kenaikan pangkat
 Tidak wujud standard yang khusus di dalam pelaksanaan ujian yang
dilakukan di setiap pasukan atau negeri
 Tidak ada kursus atau latihan khas untuk pegawai atau jurulatih KRS
melaksanakan ujian tersebut
Kesan yang diperolehi pula merupakan satu fenomena yang
memalukan bagi satu-satunya pasukan elit milik KPM. Pemberian pangkat
dibuat begitu sahaja. Malah terlalu mudah dan terlalu ramai yang memakai
tanda pangkat tanpa kemahiran yang dapatdipertandingkan atau digunakan.
Ini selalu terjadi apabila program bersama dilakukan. Anggota KRS tidak
dapat memberikan sumbangan yang menggalakkan seperti unit-unit lain.
Hanya di aspek dalam kawad kaki sahaja KRS menonjol dengan begitu
ketara.

Prosedur Ujian Kenaikan Pangkat

zmn/krsn9

MS 1


KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

Dicadangkan agar proses ujian kenaikan pangkat dilaksanakan melalui
dua cara iaitu melalui penglibatan JK Teknikal peringkat daerah dan
peringkat negeri dengan pembahagian seperti berikut:
Peringkat Daerah

Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi
lans Kopral dan Kopral KRS dan TKRS

Peringkat Negari

Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi
Sarjan, Staf Sarjan,Pegawai Waran II dan
Pegawai Waran I

Manakala pegawai atau jurulatih penguji pula dibahagikan seperti

berikut:
Peringkat daerah

Diketuai oleh salah seorang jurulatih negeri
yang sekurang-kurangnya berpangkat kapten
ke atas. Manakala jurulatih penguji mestilah
berpangkat Leftenan Muda dan dan ke atas
dan telah menghadiri Kursus Pentaulihan
Pegawai KRS

Peringkat negeri

Diketuai oleh seorang jurulatih negeri
sekurang-kurangnya berpangkat Mejar.
Manakala jurulatih penguji mestilah
berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan dan
telah menghadiri Kursus Pentauliahan Pegawai
KRS

Ujian kenaikan pangkat pula dibahagikan kepada 3 kategori utama

iaitu:
Pelaporan

zmn/krsn9

dilakukan oleh semua anggota KRS dalam
bentuk catatan di Buku Log rasmi KRS. Laporan
yang disediakan pula berbentuk catatan nota
tentang tajuk-tajuk yang dipelajari, laporan
penglibatan di dalam perkhemahan, kursuskursus atau program khidmas, laporan-laporan
penglibatan di dalam bidang-bidang yang diuji
seperti kebudayaan, kemahiran hidup dan
sebagainya. (20 % markah) – rujuk nota
pengurusan Buku Log
MS 2

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]


Ujian Bertulis

Ujian bertulis melibatkan soalan-soalan objektif
ataupun subjektif berdasarkan
keperluanmengkhusus kepada tajuk-tajuk yang
diuji di dalam sesuatu kategori ujian (20 %
markah

Ujian Amali

Ujian amali berkaitanaspek yang memerlukan
kemahiran yang tidak boleh dilaksanakan di
sekolah seperti perkhemahan, kemahiran
melibatkan tali dan sebagainya (60 % markah)

Bagi anggota yang melepasi markah 80% peratus adalah layak
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkatmanakala yang gagal melepasi
tahap yang ditentukan boleh membuat ujian ulangan di pasukan masingmasing. Kategori yang layak membuat pengulangan semula ujian adalah
yang mendapat markah 69% ke 70%. Manakala yang gagal mendapat 50%
tidak layak dipertimbangkan untuk ulangan semula bagi memastikan

bahawa kualiti pemegang pangkat adalah berada pada tahap yang
sepatutnya.

Perincian
Buku Log KRS/TKRS
Bagi kategori Buku Logperkara-perkara yang perlu diberikan perhatian
sewaktu pemeriksaan adalah seperti berikut:
 Setiap nota, laporan mempunyai tarikh, masa dan hari
 Laporan yang melibatkan penyertaan di dalam aktiviti seperti
kebudayaan, khidmas dan sebagainya disahkan oleh guru yang
terlibat atau penganjur.
 Disertakan juga dengan bukti bergambar atau salinan sijil atau
buku program. Semuanya boleh ditampal di dalam buku log
atau disimpa di dalam fail khas
 Kreativiti di dalam penyediaan buku log yang menggambarkan
minat serta kesungguhan anggota melakukan tugas mereka
Contoh:
1. Berikut adalah salah satu contoh penyediaan laporan bagi kategori Lans
Kopral KRS. Bagi ujian mengenai Sirah nabi,anggota wajib menceritakan dan
menulis tentang:


zmn/krsn9

MS 3

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

Sirah Rasulullah S.A.W
Menceritakan atau menulis tentang sejarah kehidupan Rasullah S.A.W.
(Rujuk Kad Ujian Kenaikan Pangkat Lans Kopral)
2. Apa yang perlu dilakukan ialah anggota menulis tentang sejarah hidup Nabi
Muhamad S.A.W sepanjang 150pp hingga 200pp didalam buku log. Catatkan
juga tarikh, hari penyediaan catatan tersebut.
3. Peranan pegawai pasukan pula ialah memeriksa buku log dan seterusnya
mengesahkan bahawa tugas tersebut telah dilaksanakan dengan
menandatangani bahagian notatersebut dan kemudian mengesahkan di
dalam Kad Ujian Kenaikan Pangkat bersama dengan tarikh pengesahan
dilakukan.

4. Sewaktu ujian amali, Ketua penguji hanya perlu menyemak semula bahagianbahagian yang telah dilakukan dan memberikan pengesahan yang
selebihnya sahaja.
5. Untuk tidak membebankan anggota, bahan cetakan yang diambil secara
fotokopi, cetakan atau muat turun boleh ditampal terus ke dalam Buku Log
terutama yang melibatkan cetakan bergambar,nota yang panjang atau
gambar-gambar yang sukar dilukis. Pengaliran ilmu dari sumber kepada
anggota adalah tumpuan utama.

Ujian Bertulis
1. Ujian Bertulis akan membawa 20 % kepada markah keseluruhan untuk
seseorang anggota. Untuk itu, pihak Bahagian Latihan Negeriakan
mengeluarkan soalan yang ‘standard’ bagi kegunaan semua pasukan di
Negeri Sembilan.Ini adalah untuk memastikan semua anggota menjawab
soalan yang mempunyai ‘standard’ yang sama
2. Soalan bagi Ujian Bertulis akan terdiri dari 40 soalan iaitu 30 soalan objektif
dan 10 soalan yang melibatkan aktiviti melabel gambar rajah dan
memenuhkan tempat kosong. Masa yangdiperuntukkan adalah satu jam
3. Contoh soalan objektif aneka pilihan”
BAHAGIAN A


zmn/krsn9

MS 4

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

Arahan: Setiap soalan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan yangditandakan
dengan A,B,C dan D. Tandakan jawapan pilihan anda di dalam Kertas Saranan
Jawapan yang disediakan
1. Nama
A.
B.
C.
D.

asal Kadet Remaja Sekolah adalah
Kadet Remaja Islam
Kadet Putera Islam

Kadet Remaja Islam
Kadet Putera Islam Malaysia

2. Kurikulum Kadet Remaja Sekolah berteraskan 5 pecahan berikut kecuali
A. Kerohanian
B. Alam Sekitar
C. Ketatanegaraan
D. Kewarganegaraan
X

Gambar Rajah 1
3. Apakah ikatan yang sesuai bagi bahagian yang bertanda X pada gejet di
dalam Rajah 1
A. Ikatan Seraya B. IkatanSerong
C. Ikatan Silang D. Ikatan Seraya
Silang

Contoh Soalan Melabel
Namakan bahagian-bahagian kapak


zmn/krsn9

MS 5

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

i._________________________________

ii._________________________________

iii_________________________________

Ujian Amali
1. Ujian Amali pula akan dilaksanakan di dalam dua peringkat bagi
memastikan semua peserta terlibat mendapatkan kemahiran yang sama.
Peringkat pertama adalah latihan dan peringkat kedua adalah
penilaian.Padaperingkat kedua, penilaianakan dilaksanakansama
adadalam kelompok yang besar atau individu.
2. Antara perkara yang diuji di dalam Ujian Amali adalah kemahirankemahiran seperti:
i.
Kawat Kaki ( Peserta yang terlibatdi dalamPertandingan Kawat Kaki
Peringkat Daerah atau Negeri dikecualikan kerana telah
mempelajari semua bentuk kemahiran)

zmn/krsn9

ii.

Simpulan & Ikatan – Pilihan akan ditentukan secara undian. Peserta
akan dimaklumkan jumlah simpulan yang perlu dibuat dan undian
akan sewaktu melakukan ujian untuk menentukan jenis simpulan
atauikatan yang perlu dibuat. Sekurang-kurangnya 1 ikatan dan 4
simpulan akan diuji bagi kenaikan pangkat Sarjan KRS ke atas

iii.

Orienteering

MS 6

KRS Negeri Sembilan

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

iv.
v.

Pertolongan Cemas
Ikhtiar Hidup

vi.

Gejet dan Pioneering

vii.

Perkhemahan

3. Bagi Ujian Amali bentuk ujian dilakukan secara khusus atau melalui
penilaian aktiviti yang dilaksanakan sewaktu kursus. Ini adalah untuk
mengurangkan tekanan kepada anggota
Pentauliahan Kenaikan Pangkat
Pentaulihan akan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah
Pelajaran KRS Negeri Sembilan sebagai penghormatan kepada beliau dan anggota
yang terlibat. Majlis Penyampaian Tauliah Kenaikan Pangkat akan diadakan sebaik
sahaja tamat kursus dan nama-nama anggota yang lulus akan dipaparkan di dalam
Laman Blograsmi KRS Negeri Sembilan sebagai suatu bentuk galakan dan
penghargaan kepada anggota yang terlibat dan kepada anggota yang bakal
mengambil ujian.

Kesimpulan
Bentuk ujian yang standard yang dilaksanakan diharap dapat meletakkan
KRS Negeri Sembilan pada kedudukan yang sesuai dan menjadi pusat rujukan
kepada negeri-negeri lain. Usaha proaktif ini diharap dapat meletakkan KRS pada
kedudukan yang sepatutnya seperti pencapaian unit-unit unifom lain yang telah
lama menempa nama.
Kejayaan pelaksanaan program ini akan menjadi kayu pengukur kepada JK
Teknikal yang baru dalam melaksanakan program-program KRS yang mencabar dan
berbilang variasi pada setiap tahun. Selain itu, dapat mengeluarkan KRS dari
’stigma –hebat di dalam kawad sahaja’.

Disediakan oleh:
Kpt (KRS) Norzaman Abu Hassan
Pegawai Tadbir KRS
Daerah Jelebu

zmn/krsn9

MS 7

KRS Negeri Sembilan

zmn/krsn9

[BAHAGIAN LATIHAN NEGERI ]

MS 8