79081439 Inkuiri Dalam Pengajaran Dan Pe
Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Date: Sunday, August 07 @ 01:22:02 MYT
Topic: Pendidik
Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak
berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam
menyelesaikan masalah.
Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang perlu dipupuk.
Mereka sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa,
sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih
mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat
pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip
saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa.
Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam
sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahirankemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat
mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah
asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini
adalah kunci pem-belajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanakkanak dan melalui permainan kanak-kanak membuat penerokaan
dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak
berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai
kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang
dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan
kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia
dilakukan melalui bermain. Justeru, guru perlu bijak menggunakan
peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang
sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Kanakkanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru,
pendekatan yang sama perlu digunakan dalam pengajaran sains.
Kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau
menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen.

menyelesaikan masalah. Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada
kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan
dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan
juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin
tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran
yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan
secara spontan yang mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang
menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahanbahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan
bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran
akademik pada peringkat awal kanak-kanak. Dapatan-dapatan
kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini
memerlukan pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak
berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau
projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada
pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya
merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk
kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projek-projek
seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan
kemahiran-kemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat
inkuiri, dan meneliti aspek-aspek yang menarik lagi penting dalam
persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanakkanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang
sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka.
Tujuan pendidikan sains pada peringkat awal ini adalah memupuk
dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus
meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang
diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Antara matlamat
pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham
kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah
itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan
‘sains seperti yang diamalkan.’Kurikulum sains seharusnya
menggalakkan pembelajaran aktif, inkuiri, penyelesaian masalah,
pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat
memotivasikan kanak-kanak belajar sains. Kanak-kanak perlu diberi
pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat
pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu
bual, dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren, 1990). Dalam
konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran
inkuiri apabila mereka: • Menanya soalan • Meneroka dan
menyiasat • Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat •
Membuat penjelasan yang munasabah • Menunjukkan hasil
pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan
bercerita. Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991), apabila beliau
disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat pengajaran
sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an,
perkataan itu adalah INKUIRI. Inkuiri secara amnya bermaksud
mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang
berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan
objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen,
menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun
penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: • Inkuiri adalah
proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka
bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan
menyelesaikan masalah. • Inkuiri didefinisikan sebagai proses
mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah
penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat
melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau
(Whet School & Disney Learning Partnership, 2000). • Inkuiri
didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara
dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia
melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat
hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan
kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan
dan kelemahan kaedah yang digunakan (Herank, 2000). Mengikut
National Science Education Standards (1996), inkuiri adalah aktiviti
yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan
soalan, meneliti buku-buku dan sumber maklumat lain bagi
memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan
menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah
diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari
dan menganalisis serta menginterpretasikan data, mencadangkan
jawapan, penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan
keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Proses inkuiri ini
adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains dalam
membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan
idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks,
anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah
saintifik (AAAS, 1993). Dalam inkuiri saintifik kanak-kanak
menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran
proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri
saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi
membina kefahaman berhubung pengetahuan sains secara aktif.
Melalui inkuiri, kanak-kanak berlatih kemahiran yang diperlukan
dalam kehidupan seharian. Kemahiran adalah keupayaan yang
dipelajari bagi melakukan sesuatu dengan baik. Kemahiran hidup
ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu berjaya dan
melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan, seperti berfikir,
mengurus, prihatin dan sebagainya. (Hendricks, 1996) Pemikiran
dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik dapat
diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains. Contohnya, kanak-kanak
yang mendapati cacing tanah semasa membantu ibunya menyiram
pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru boleh merangka
aktiviti bagi mendedahkan kanak-kanak dengan fungsi dan peranan
cacing tanah menyuburkan tanah untuk tanaman. Aktiviti boleh
bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara
bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada
sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh
dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang
sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan
ramalan atau telahan awal. Kanak-kanak boleh membentangkan
hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambargambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak
menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan
pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah.
Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua
peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: • Pengalaman
pembelajaran memberi masa kepada kanak-kanak membina
kefahaman berhubung sains melalui integrasi konsep dan proses
dalam konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan
perbincangan. • Pengalaman pembelajaran memberi peluang
kepada kanak-kanak membina, mengguna, dan mengimbang sifatsifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan. • Jangkaan
pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau
penerokaan dicerminkan dalam amalan. Pendekatan Pengajaran
Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan
daripada pelbagai perspektif. Ada yang menekankan penglibatan
aktif kanak-kanak, mengaitkan inkuiri dengan aktiviti ‘hands-on’ dan
pengajaran berasaskan aktiviti ataupun pengalaman. Ada juga yang
mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan ataupun
perkembangan kemahiran proses sains dan ‘kaedah saintifik.’
Walaupun konsep-konsep ini saling berhubungan namun maksudnya
tidak sama dengan pengajaran berorientasikan inkuiri. Daripada
perspektif sains, pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan
kanak-kanak dalam penyiasatan sains. Seperti Novak (1964)
cadangkan, ‘inkuiri adalah tingkah laku manusia dalam usaha
mencari penjelasan yang rasional berhubung fenomena yang
menarik minat mereka.’ Inkuiri melibatkan aktiviti dan kemahiran,
namun tumpuan adalah proses aktif mencari ilmu ataupun membina
kefahaman berhubung fenomena yang dikaji. Terdapat perbezaan
daripada segi pendekatan guru dalam melibatkan kanak-kanak
secara aktif bagi mencari ilmu pengetahuan. Ada yang
menggunakan kaedah inkuiri terbimbing (Igelsrud & Leonard, 1988)
dan ada yang hanya memulakan pengajaran dengan memberi
arahan yang ringkas saja (Tinnesand & Chan, 1987). Terdapat yang
lain menggunakan kaedah heuristik dalam membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran (Germann, 1991). Namun begitu, dapat
dirumuskan inkuiri melibatkan pungutan dan tafsiran atau
interpretasi maklumat bagi mencari jawapan pada persoalan dan
penerokaan yang dilakukan. Daripada perspektif pedagogi, inkuiri
mencerminkan model pembelajaran konstruktivis, atau sering
dirujuk sebagai pembelajaran aktif. Mengikut model konstruktivis,
pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang
berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada
pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg, 1985). Dalam kelas,
kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan
pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji
(Driver, 1989). Dapatan-dapatan kajian menunjukkan ‘kanak-kanak
lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka
berinteraksi dengan fenomena, dan menggunakan deria membuat
pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi
meningkatkan keupayaan mereka. (National Science Board, 1991, p.
27) Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya
melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab
persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan
pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman
mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan
keinginan mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran
bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau
sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian,
penerokaan dan membuat keputusan. Sains adalah ‘proses
menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain, dan
persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi’ (McIntyre,
1984). Sains dapat dipelajari dengan menggunakan pemikiran
saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian
daripada inkuiri saintifik: memerhati, berkomunikasi, membanding
dan mengukur, menyusun ikut urutan, mengelas maklumat,
mengaitkan pengetahuan, membuat inferens bagi mendapatkan
penjelasan, dan mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat.
Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri mengguna dan
menggalakkan penggunaan kemahiran proses dalam aktiviti-aktiviti
sains. Pendekatan sedemikian berusaha membina dan memupuk
rasa ingin tahu dan rasa takjub atau kagum ke atas fenomena yang
dilihat dalam kehidupan sehari-hari. Pemerhatian melalui deria
seperti penglihatan, bau, sentuhan, rasa dan pendengaran adalah
jalan utama ke arah mendapatkan ilmu. Dalam al-Quran terdapat
banyak ayat yang menegaskan kelebihan orang yang memerhati
dan berfikir. Melalui pemerhatian, kita mula memahami ciri-ciri objek
dan bagaimana manusia berinteraksi dengan objek yang terdapat di
sekeliling mereka. Komunikasi adalah proses yang membolehkan
kanak-kanak membuat perbandingan keputusan dan berbincang
pengalaman yang sedang dilalui. Membandingkan data
membolehkan kanak-kanak mempelajari perkara yang tidak
diketahui dengan melihat persamaan dan perbezaan dengan
perkara yang sudah diketahui. Mengumpul, menyusun dan
mengelas membolehkan kanak-kanak melihat pola dalam data dan
mungkin menemui prinsip dan hukum saintifik. Mengait dan
menggabungkan semua idea abstrak dan konkrit penting bagi
mendapatkan penjelasan ataupun menguji fenomena. Membuat
inferens membantu dalam membuat ramalan berhubung fenomena
tanpa bukti yang dapat dilihat secara terus. Proses membuat
inferens memerlukan kanak-kanak menggunakan pengetahuan yang
ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah. Program sains
berteraskan inkuiri menggabungkan semua kemahiran proses sains
bagi menggalakkan pemikiran dan taakulan saintifik dan pembinaan
pengetahuan sains dan menyokong pembelajaran melalui
pengalaman. Walaupun pemikiran saintifik dan kemahiran proses
adalah asas pada program sains berteraskan inkuiri, namun harus
diingat pemikiran dan kemahiran ini cuma alat, bukan syarat bagi
apa yang dianggapkan sebagai inkuiri saintifik yang baik. Mengajar
sains melalui inkuiri memerlukan guru sama-sama meneroka alam
sekitar daripada sudut pemandangan kanak-kanak serta berkongsi
kegembiraan dalam memahami alam penuh misteri ini. Perasaan ini
umpama tanah yang subur bagi benih pengetahuan bercambah dan
berkembang. Melalui penglibatan interaktif dalam pengalaman
sains, kanak-kanak membina kefahaman dalam pengetahuan, dan
merangsang mereka menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan
seharian, dan seterusnya membantu kanak-kanak menjadi celik
sains apabila meningkat dewasa. Antara ciri-ciri pengajaran sains
berteraskan inkuiri • Masa diberi untuk kanak-kanak membuat
kesilapan, merenung, menyoal, serta berkongsi idea dan pendapat.
• Mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang. • Memberi
perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan. •
Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi
minat, pengetahuan dan perkembangan kanak-kanak. • Memilih
bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diguna atau di
kitar semula. • Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam
membuat inkuiri dan penemuan. • Menghormati persekitaran yang
dipelajari. • Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan dan
inkuiri. Kelebihan Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan kanakkanak menggabungkan kemahiran proses sains, taakulan saintifik
dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsepkonsep saintifik. Kanak-kanak yang terlibat dalam pembelajaran
sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam
termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan dalam
sains. Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaranpembelajaran sains adalah: • Meningkatkan prestasi kanak-kanak,
terutama berkaitan dengan kemahiran amali dan kemahiran
melakar graf dan mentafsir data (Mattheis & Nakayama, 1988). •
Memupuk literasi saintifik dan pemahaman berhubung proses sains
(Lindberg, 1990), kosa kata dan pemahaman konseptual (Lloyd &
Contreras, 1985, 1987), pemikiran kritikal, sikap positif ke atas sains
(Kyle et al., 1985; Rakow, 1986), meningkatkan prestasi dalam ujian
pengetahuan prosedural dan membina pengetahuan logicomathematical. Penekanan pengajaran inkuiri tidak bermaksud bukubuku teks dan bahan-bahan lain tidak diperlukan lagi. Dengan
perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi, semakin
banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Model
Pembelajaran Inkuiri Penemuan Penemuan sering dikaitkan dengan
inkuiri. Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental
mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman, 1968). Penemuan
berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam
usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu
adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,
menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran inkuiripenemuan adalah pendekatan pem-Penerokaan ini didorong oleh
pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha
mencari kefahaman baru. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin
tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan
masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang
menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Fenomena
yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai sebarang kaitan
dengan pengalaman mahu pun pemahaman sedia ada kanak-kanak.
Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus
membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep
awal. Seseorang individu menggunakan proses mentalnya dalam

adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,
meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses
yang digunakan bagi mendapat penyelesaian, fakta, konsep atau
prinsip adalah inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses ini
disebut penemuan, yakni dapatan daripada apa yang dipelajari dan
yang dibina dalam minda kanak-kanak. Model pembelajaran melalui
pengalaman yang mana kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti
penerokaan, seperti yang dicadangkan oleh Kolb (1984),
mengandungi empat proses. Semua mesti ada bagi menghasilkan
pembelajaran yang optimum. Empat proses itu adalah, pengalaman,
melakukan aktiviti, membuat refleksi dan mengemukakan soalan,
membincangkan aktiviti yang sedang dilakukan dalam kumpulan,
membuat pengitlakan, mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam
kehidupan harian, dan mengaplikasikan pengetahuan yang
dipelajari dalam konteks yang sama ataupun berbeza yang
seterusnya mencetus pengalaman pembelajaran baru.
Pembelajaran ini memerlukan kerjasama aktif antara sesama kanakkanak. Guru memberi bimbingan membangkitkan dan merangsang
sifat ingin tahu dan intelek kanak-kanak. Menyediakan pengalaman
sahaja tidak membina pengalaman pembelajaran (Dewey, 1938).
Pengalaman menghasilkan pembelajaran apabila kanak-kanak
faham proses yang berlaku, mengesan pola dalam data
pemerhatian, menjana soalan daripada pemerhatian dan faham
bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain.
Dalam persekitaran pembelajaran yang mana guru membimbing,
memberi fokus, mencabar, dan menggalakkan pembelajaran turut
meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. Guru inkuiri yang mahir
mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan
keperluan kanak-kanak, dan tahu bila dan bagaimana membimbing,
bila memberi maklumat, bila menyediakan peralatan yang
diperlukan, dan menghubungkan kanak-kanak dengan sumber
rujukan yang relevan. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri
dengan kanak-kanak sebenarnya turut menunjukkan contoh
kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Guru yang berkesan
menunjukkan kegembiraan dan minat membuat penerokaan dan
sekali gus menanam minat yang sama ke atas sains dalam diri
kanak-kanak. Strategi ke arah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan
Pengajaran inkuiri membimbing kanak-kanak melalui pengalaman
inkuiri saintifik. Kanak-kanak membina kefahaman berhubung ideaidea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahanbahan manipulatif, membuat rujukan termasuk pakar, dan
berbincang sesama sendiri. Pengajaran inkuiri memerlukan kanakkanak menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Pengajaran
inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi merangka
pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak
mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka
sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri.
Pembelajaran inkuiri-penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi:
Penyoalan Kemahiran inkuiri asas yang perlu kanak-kanak pelajari
adalah bertanya soalan. Kanak-kanak memang tidak pernah
kehabisan soalan. Dengan memberikan mereka fenomena yang
dapat diperhatikan membuatkan mereka bertanya. Bimbingan
mungkin perlu pada peringkat awal. Guru boleh, contohnya,
meminta kanak-kanak memberi tumpuan pada aspek-aspek tertentu
dalam pemerhatian mereka. Kanak-kanak, walaupun tidak diminta,
bertanya soalan-soalan berkaitan dengan pemerhatian. Guru perlu
menggalakkan mereka menerangkan pemerhatian dan
mencadangkan penyiasatan tambahan atau susulan. Andaikan anda
sedang mengajar tajuk tumbuhan-tumbuhan. Cuba tanya soalansoalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Soalan-soalan jenis
terbuka yang memerlukan kanak-kanak menjelaskan atau
menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari
persamaan, mencadangkan alternatif atau meramalkan
kemungkinan hasilan atau kesan dan akibat dapat menggalakkan
pemikiran inkuiri. Perbincangan Perbincangan dalam kumpulan kecil
dapat menggalakkan pembelajaran inkuiri melalui perdebatan dan
pertukaran idea dan pendapat. Perbincangan juga menggalakkan
penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Tunjuk
cara Tunjuk cara juga menggalakkan inkuiri. Namun, ianya mesti
dirancang dengan teliti supaya kanak-kanak berpeluang berinteraksi
secara bermakna semasa tunjuk cara dilakukan dan mereka
terpanggil memikirkan perkara yang diperhatikan. Science Teaching
Reconsidered mencadangkan tunjuk cara yang menggunakan
bahan-bahan yang terdapat dalam kehidupan seharian dan kanakkanak diminta membuat ramalan atau mencadangkan hasilan yang
mungkin. Eksperimen Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau
lawatan luar turut menggalakkan inkuiri. Lawatan memberi peluang
pembelajaran inkuiri dijalankan dalam konteks sebenar.
Pembelajaran kolaboratif Pendekatan ini melibatkan usaha intelek
bersama antara kanak-kanak dan guru. Dalam pendekatan ini,
kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau
tujuan yang sama. Apabila dirancang dengan teliti, pembelajaran
kolaboratif dapat me-ningkatkan kreativiti kanak-kanak,
menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan ideaidea mereka dan mencari penyelesaian bersama. Perancangan
Pelajaran Inkuiri Perancangan aktiviti-aktiviti pembelajaran sains
penting bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna,
membolehkan kanak-kanak mendapat manfaat yang sewajarnya
dan bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru
digalakkan menggunakan peluang semasa bermain ini, bertanya
soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan
prinsip saintifik yang ingin diketengahkan kepada kanak-kanak.
Dengan merancang pengajaran, guru dapat menghasilkan
pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanakkanak. Pembelajaran yang bermakna memberi penekanan pada
penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Melalui pengalaman terus
ini kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan
pengalaman kehidupan seharian. Antara perkara yang perlu
dipertimbangkan adalah: • “Apakah yang saya hendak kanak-kanak
pelajari?” • Fakta, konsep atau generalisasi yang dapat kanak-kanak
pelajari hasil pembelajaran yang dilakukan. • “Apakah cara yang
paling baik melakukannya?” • Perincikan aktiviti yang akan
dilakukan termasuklah permulaan atau pengenalan pada
pengajaran. • “Apakah bahan-bahan yang saya perlukan?” •
Senaraikan bahan-bahan perlu bagi menjayakan aktiviti yang
dirancang. • “Apa yang perlu DILAKUKAN oleh kanak-kanak?” •
Perincikan aktiviti kanak-kanak bagi meneroka konsep dan peranan
anda dalam membimbing kanak-kanak. • “Apakah aktiviti susulan
yang dapat dilakukan?” • Soalan-soalan perbincangan. • Soalansoalan yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak bagi
merangsang pemikiran dan mencetus perbincangan. • Penutup •
Kesimpulan atau rumusan yang perlu kanak-kanak buat. • Aplikasi
dalam kehidupan seharian. • “Bagaimana saya menilai pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku?” Pemilihan Aktiviti Beberapa
perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memilih aktiviti bagi
dijalankan bersama kanak-kanak adalah: • Galakkan aktiviti yang
tidak terlalu sukar ataupun mudah dan sesuai dengan minat kanakkanak. Apabila tidak pasti, pilih sesuatu yang mudah supaya tidak
menimbulkan anggapan yang negatif berhubung pelajaran sains. •
Beri perhatian pada personaliti dan tabiat sosial kanak-kanak. Ada
projek yang boleh dijalankan secara individu dan ada yang perlukan
kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan. • Pilih aktiviti yang
sesuai dengan persekitaran kanak-kanak. • Sekali sekala minta
cadangan daripada kanak-kanak ataupun lanjutkan penerokaan
topik-topik yang menarik perhatian kanak-kanak. Rumusan Sains
bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi memahami alam
sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan
dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan
berbentuk hands-on, dirangka bagi meningkatkan kekaguman
kanak-kanak ke atas fenomena yang diperhatikan. Kurikulum
berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran,
merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan
kefahaman, membantu mereka memperkembangkan kemahiran
berbincang, berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran;
memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun
pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira
menggunakan deria bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta
menggalakkan mereka memperkembangkan kebolehan mencari
jawapan dengan melakukan eksperimen-eksperimen yang mudah.
Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap
yang positif dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam
pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Pada peringkat awal
kanak-kanak, aktiviti-aktiviti yang bercorak hands-on, aktif, autentik
dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting.
Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan,
sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan manipulasi bahan-bahan.
Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk
kanak-kanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting
ke arah penerokaan sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka
konsep-konsep sains adalah melalui buku-buku yang
menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep
cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga
membantu kanak-kanak membina kosa kata, kesediaan membaca
dan menggerakkan perkembangan literasi.
Kaedah Pembelajaran Penemuan
Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan?
Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang
belum
diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan
usaha
sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang diperoleh
bukan merupakan suatu yang baru dan belum diketahui, asalkan ia diperoleh melalui
daya usaha pelajar
sendiri boleh dikategorikan sebagai satu “penemuan”.
Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang
tertentu
tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi,
langkahlangkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk:
(1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar,
(2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah,
(3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin,
(4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat,
(5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan,
(6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan
masalah.
Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan
pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk
menemui teori
atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi
peluang kepada
pelajar memikir dan ‘menemui’ ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan
induktif
merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan
konsep
(terutamamya dalam mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan
jangka
panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah.
Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan
sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam
pembelajaran serta
membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya
dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Akan tetapi, terdapat kelemahan-kelemahan
tertentu
dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner.
Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan
kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan
cara yang
berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk
semua pelajar.
Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin
hasil dan
prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan
sebagai kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain
mengikut perancangan
pengajaran yang bersistematik.
Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan
kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri
terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan
guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak
diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai
bidang khususnya bidang pendidikan.-Menggunakan set induksi yang menarik
- Menggunakan pengalaman pelajar untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru
- Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
dengan soalan mencabar
-Mewujudkan semangat bersaing
2. Mewujudkan
motivasi
- Merancang isi pelajaran mengikut
kebolehan pelajar serta susunan yang
sesuai
- Menyediakan alat bantu mengajar
- Mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif
1. Mewujudkan
kesediaan belajar
Proses Aktiviti P & P
Pembelajaran
Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P