Contoh Projek Tahun Akhir 1

NAMA NORAIDA BT. YUSOF PENYELIA PM.DR. MOHD ISMID BIN MOHD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya

NORAIDA BINTI YUSOF

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan kertas projek ini (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap : Kg Gunung Tunggal, 32500 Chkt Kruing, PM DR MOHD ISMID B. MOHD SAID PERAK

Nama Penyelia

Tarikh : 14 November 2005 Tarikh: 14 November 2005

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kertas kerja kursus dan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”.

Tandatangan : …………………………………………. Nama Penyelia : PM. DR. MOHD ISMID B. MOHD SAID Tarikh : 14 November 2005

PENGAKUAN PENULIS

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………. Nama Penulis

: NORAIDA BT. YUSOF Tarikh : 14 November 2005

KAJIAN TERHADAP JANAAN SISA ELEKTRONIK DI JOHOR BAHRU NORAIDA BT YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2005

Khas buat……

Mak abah yang dikasihi yang banyak memberi sokongan, pensyarah-pensyarah yang dihormati yang tidak henti memberi ilmu, abang tersayang yang banyak membantu dan rakan-rakan yang dikasihi.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PM. Dr. Mohd Ismid bin Mohd Said selaku penyelia saya yang telah banyak memberi nasihat, dorongan tunjuk ajar dan bimbingan serta kesabaran beliau sehingga menyiapkan projek ini.

Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk di kawasan kajian saya iaitu Taman Universiti yang telah banyak memberi kerjasama semasa kerja persampelan dijalankan. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada kedai-kedai komputer di sekitar Taman Universiti kerana memberi kerjasama kepada saya. Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zakaria (Juruteknik Kanan Pusat Komputer FKA), En. Aziz (wakil dari Bahagian Penyelenggaraan Komputer Pusat Komputer UTM), En. Zaires (Penolong Pendaftar Pejabat Bendahari UTM), En. Mohd Khairul (Pembantu Tadbir Stor pejabat Bendahari), En. Mohd Syahree (wakil syarikat Scrap Computer Trading) dan En. Abdul Mutalib (Jurutera Southern Waste Management Sdn. Bhd.) kerana telah banyak memberi kerjasama dan maklumat kepada saya untuk menyempurnakan sesi temuduga projek ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada panel-panel yang telah memberi pendapat yang membolehkan peningkatan kualiti laporan ini.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung terutama rakan-rakan yang membantu saya di sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Perkembangan penggunaan peralatan elektrik dan elektronik di dalam pelbagai jenis sektor menyebabkan pertambahan e-sisa (sisa elektrik dan elektronik). E-sisa adalah merujuk kepada semua jenis peralatan elektrik dan elektronik yang dibuang oleh pengguna. E-sisa mengandungi bahan bromin, gas-gas toksik, logam- logam toksik, bahan biologi aktif, asid, plastik dan perekat plastik di mana semua bahan ini adalah sangat toksik dan merbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat cara pelupusan e-sisa terutamanya komputer serta melihat sejauhmana tahap pencemaran dan bahayanya kepada manusia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengkaji tentang kesedaran awam mengenai e-sisa di Taman Universiti. Beberapa sesi temuduga dijalankan dengan pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Soal selidik di kawasan kajian dilakukan dan analisa dibuat bagi mendapatkan status dan tahap kesedaran mengenai e-sisa. Keputusan dari soal selidik menunjukkan bahawa kesedaran penduduk terhadap bahaya e-sisa adalah kurang. Namun begitu, status janaan e-sisa juga rendah. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti psikologi persekitaran, kos peralatan, cenderung untuk memperbaiki jika rosak, jangkahayat peralatan dan sebagainya. Hasil temuduga memberi maklumat bahawa kesedaran di kalangan pemilik kedai komputer berada di tahap yang memuaskan. Selain itu, hasil temuduga menunjukkan bahawa adanya syarikat swasta yang menguruskan e-sisa iaitu dengan membeli e-sisa dari kedai-kedai komputer, pihak swasta, universiti dan lain-lain untuk proses kitar semula. Oleh itu, mereka juga adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan e-sisa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ini menunjukkan bahawa UTM menguruskan e-sisa yang dijana dengan baik dan selamat dan turut mengambilkira bahaya e-sisa.

The increase of e-waste (electronic waste) caused by the expanding usage of electronic and electrical appliances in various sectors. E-waste refers to all kind of electronic and electronic appliances that thrown by users. E-waste contain brominates substances, toxic gases, toxic metals, biologically active material, acids, plastics and plastic additives which is all of this materials are highly toxic and dangerous to human and environment. Therefore, the objective of this study is to find out the applicable dumping method of e waste especially computer and the level of pollution and it hazardousness to human. It also use to search about public awareness towards e-waste at Taman Universiti. Interview method with party involved are used in order to collect information. Survey questionnaire are distribute to research area and analyze in order to search about status and awareness level of e- waste. The result of questionnaire survey shows the public awareness level about e- waste is low. However, the status of e-waste production is also low. This is because of a several factor such as environment psychology, equipment cost, prefer to repair if broken, equipment life span and so on. The interview result shows that awareness among computer shoppers is in satisfied condition. Other than that, interview results shows that there are private company to manage e-waste which is they will buy e- waste from computer shop, private sector, universities and so on for recycle process. Therefore, they are also responsible to manage e-waste from Universiti Teknologi Malaysia (UTM). This shows that UTM manage their e-waste with good and safe way and taking account of e-waste hazardousness.

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN i DEDIKASI iii PENGHARGAAN

iv ABSTRAK

v ABSTRACT

vi ISI KANDUNGAN

vii SENARAI JADUAL

x SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1-6

1.1 Pendahuluan

1.2 Kenyataan Masalah

1.3 Objektif kajian

1.4 Skop kajian 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8-15

3.1 Pengumpulan Maklumat Kajian 16

3.1.1 Perlaksanaan Soal Selidik

3.1.2 Sesi Temuduga 18

3.2 Analisis Data

3.2.1 Indeks Min 19

3.3 Perbincangan Berdasarkan Soal Selidik

BAB 4 KEPUTUSAN 22-31

4.1 Kajian di UTM

4.2 Kajian di Taman Universiti

4.2.1 Statistik Diskriptif

4.2.2 Keputusan Mengikut Kawasan 24

4.2.3 Keputusan Mengikut Latarbelakang

Penduduk

4.2.4 Analisis Keputusan Ujikaji 27

4.2.4.1 Rumusan Maklumbalas

Secara Keseluruhn 28

4.2.4.2 Rumusan Maklum Balas MengikutLatarbelakang Penduduk 29

4.2.3.1.1 Latarbelakang Jantina 30 4.2.3.1.2 Latarbelakang Umur 30

BAB 5 PERBINCANGAN 39-46

5.1 Perlupusan Komputer di UTM 39

5.1.1 Lupus Buang

5.1.2 Lupus Derma

5.1.3 Lupus Jual Scrap

5.1.4 Perlupusan Aset UTM 2003(komputer dan peralatan elektrik) 43

5.2 Kawasan Kajian di Taman Universiti

5.2.1 Kesedaran Awam 44

5.3 Southern Waste Management (SWM) 45

5.4 Penguatkuasaan 46

BAB 6 KESIMPULAN 49-51

6.1 Cadangan

RUJUKAN LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Perlaksanaan Soal Selidik 18

4.1 Keputusan Latarbelakang Penduduk Dalam 65 Peratusan

4.2 Keputusan Maklum Balas Bagi Setiap Kawasan

65 Perumaha

4.3 Keputusan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

67 Komputer

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

4.1 Perbandingan Jumlah Peralatan Yang Dilupuskan Mengikut Jenis 32

4.2 Perbandingan Peralatan Yang Dilupuskan Mengikut Kaedah Perlupusan 32

4.3 Peratusan Menunjukkan Rumah Yang Mempunyai Komputer dan Tidak Mempunyai Komputer

33

4.4 Peratusan Menunjukkan Pengetahuan Penduduk Tentang Sisa Elektrik dan Elektronik 33

4.5 Peratusan Menunjukkan Peralatan Elektrik dan Elektronik Yang Pernah Dibuang oleh Penduduk

34

4.6 Peratusan Menunjukkan Tindakan Yang Diambil Oleh Penduduk Jika Peralatan Elektrik dan Elektronik Rosak

34

4.7 Keputusan Kesedaran dan Pandangan mengenai Komputer

35

4.8 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Jantina

35

4.9 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Umur 36

4.10 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

Komputer Mengikut Status Perkahwinan 36

4.11 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Soalan Temuduga dan Borang Soal Selidik

B Maklumat Kajian

C Gambar dan Keratan Akbar

D Lain-Lain

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun terutama dari segi ekonominya. Ini dapat dilihat dengan jelas selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957. Sejajar dengan perkembangan tersebut, pertambahan penduduk di negara ini dari tahun ke tahun juga meningkat. Jika diperhatikan pertumbuhan ekonomi yang baik ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di negara ini sekaligus menaikkan taraf hidup rakyat tempatan. Tanpa kita sedari, kemajuan ekonomi yang kita kecapi dari hari ke hari akan menambahkan lagi penggunaan perkakasan elektrik dan elektronik terutamanya dalam sektor pendidikan, perniagaan dan individu. Tambahan pula dengan kewujudan internet dimana manusia boleh mendapatkan apa-apa sahaja maklumat tanpa batasan yang mana ia boleh meningkatkan lagi permintaan perkakasan elektrik dan elektronik seperti komputer.

Dalam menghadapi negara yang sedang pesat membangun, kita tidak boleh mengabaikan masalah tentang alam sekitar. Alam sekitar perlu dijaga demi Dalam menghadapi negara yang sedang pesat membangun, kita tidak boleh mengabaikan masalah tentang alam sekitar. Alam sekitar perlu dijaga demi

Pembuangan perkakasan elektrik dan elektronik secara tidak terkawal terutama komputer akan memudaratkan alam sekitar. Perhatian yang serius diperlukan dalam menangani masalah ini dan menjadi tanggungjawab bukan sahaja pada pihak kerajaan tempatan tetapi juga tanggungjawab kita bersama. Dalam kuantiti yang sedikit ia mungkin tidak memudaratkan tetapi jika dibuang secara pukal dan dilonggokan di sesuatu tempat, ia akan memberi kesan yang merbahaya kepada tanah, air dan seterusnya manusia. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan disini ialah, adakah pihak-pihak yang menguruskan sisa pejal ini sedar bahawa pembuangan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik boleh membahayakan kesihatan dan alam sekitar. Adakah sisa elektrik dan elektronik ini diuruskan dengan suatu kaedah yang khusus ataupun dengan kaedah konvensional sahaja?

Rektor Nation University, Tokyo, Hans Van Ginkel 1 mengatakan bahawa “ Pemahaman kita mengenai kesan terhadap kesihatan akibat komputer adalah masih

sangat terbatas. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan potensi timbulnya masalah yang serius untuk masa jangka panjangnya nanti ”.

E-sisa (e-waste) adalah merujuk kepada peralatan elektrik dan elektronik yang mana ia sudah tidak diperlukan dan dibuang. Ia merangkumi dari sebesar-besar perkakasan keperluan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, alat penghawa dingin, telefon selular, lampu kalimantang, televisyen, radio dan sebagainya sehinggalah ke

Walaupun peralatan elektrik dan elektronik tersebut merupakan peralatan yang terkini dan tercanggih, namun apabila tiba masanya ia rosak, pengguna akan membuangnya dan disinilah munculnya e-sisa. Pengguna lebih gemar untuk membeli yang baru dari membaiki peralatan yang lama rosak. Ini sekaligus menyebabkan kuantiti peralatan elektrik dan elektronik yang rosak dan tidak diperlukan meningkat dan seterusnya mewujudkan masalah dalam penyelenggaraan terhadap e-sisa.

E-sisa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-

• Peralatan elektrik (televisyen, peti sejuk, alat penghawa dingin, radio, kipas angin dan lain-lain). • Peralatan IT (komputer, alat pencetak, alat pengimbas dan lain-lain). • Peralatan hiburan (mikrofon, pembesar suara dan lain-lain).

• Peralatan telekomunikasi (telefon, telefon selular, bateri dan lain-lain). • Media data, audio dan video (CD, DVD, kaset dan lain-lain ). • Penggunaan alat pencetak (katrij, dakwat dan alat pencetak laser). • Papan litar (komponen utama yang terdapat dalam peralatan elektrik). • Bateri.

Jika diperhatikan, pertumbuhan penduduk yang berlaku sekarang sangat mempengaruhi penggunaan peralatan elektrik dan elektronik. Jika dahulu, penduduk di negara ini tidak begitu ramai dan taraf ekonomi negara yang sederhana menyebabkan penggunaan peralatan elektrik dan elektronik terutama komputer adalah terhad. Ini kerana pada masa itu, kos yang tinggi diperlukan untuk Jika diperhatikan, pertumbuhan penduduk yang berlaku sekarang sangat mempengaruhi penggunaan peralatan elektrik dan elektronik. Jika dahulu, penduduk di negara ini tidak begitu ramai dan taraf ekonomi negara yang sederhana menyebabkan penggunaan peralatan elektrik dan elektronik terutama komputer adalah terhad. Ini kerana pada masa itu, kos yang tinggi diperlukan untuk

1.2 Kenyataan Masalah

Peralatan elektrik dan elektronik terutamanya komputer mengandungi toksik dan logam berat 3 . Dengan perkembangan maklumat dan teknologi, pertumbuhan

perkakasan elektrik dan elektronik menjadi semakin bertambah. Ini sekaligus meningkatkan e-sisa. Seandainya e-sisa tidak diuruskan dengan baik, ia akan membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Namun begitu terdapat beberapa masalah dalam menguruskan e-sisa iaitu kaedah untuk melupuskan e-sisa samada dengan menanam di dalam tanah (landfill), dibakar (incinerator), dikitar semula (recycle) atau dieksport ke negara luar. Ini kerana setiap kaedah memberikan kesan yang negatif kepada manusia dan alam sekitar. Selain itu, masalah dari segi kemudahan dan tempat untuk melupuskan e-sisa juga timbul.

Sekiranya ditanam di dalam tanah, e-sisa berpotensi untuk mencemarkan air bumi. Sekiranya dibakar, ia memerlukan tenaga yang amat tinggi dan akan memberikan bau serta meninggalkan baki yang sangat toksik dan merbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Sekiranya dikitar semula, ia akan membahayakan pihak- pihak yang terlibat dalam proses kitar semula tersebut. Sekiranya di eksport, ia akan

India, Malaysia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam 4 . Ini menujukkan bahawa janaan e-sisa di Malaysia adalah semakin berkembang kerana

Malaysia juga turut terlibat dalam konvensyen tersebut. Pihak kerajaan juga telah mula mengambil langkah dalam menangani permasaalahan ini.

Peralatan elektrik dan elektronik terutamanya komputer yang dibuang secara tidak betul boleh membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar. Ini kerana

komponen-komponen komputer mengandungi toksid dan logam berat 3 . Oleh itu peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan lagi perlulah mempunyai

suatu sistem penyelenggaraannya yang tersendiri. Tahap pengetahuan masyarakat mengenai bahaya pembuangan dan pelupusan e-sisa kepada kesihatan manusia dan juga alam sekitar adalah masih di tahap yang rendah. Oleh itu, masyarakat perlulah diberi pendedahan tentang bahaya janaan e-sisa sebagai langkah pencegahan awal supaya mereka tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka ingin membuang atau melupuskan apa-apa sahaja peralatan elektrik dan elektronik.

Pihak Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Negara (KPDN) 5 menyatakan bahawa “peralatan-peralatan elektrik dan elektronik seperti

penyaman udara, cip-cip komputer, peti sejuk, dan sebagainya dibuang dengan sewenang-wenangnya oleh manusia yang menganggapnya ‘sampah’ didalam rumah, tanpa menyedari bahawa bahan-bahan berkenaan boleh memusnahkan ozon yang hakikatnya akan dideritai oleh semua peringkat sama ada generasi hari ini dan akan datang”. Ini menunjukkan bahawa pembuangan peralatan elektrik dan elektronik yang sambil lewa tanpa mempunyai sistem pengurusan yang tersendiri boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar kita.

dan bahayanya kepada manusia dan alam sekitar. Secara khususnya tujuan kajian ini adalah :-

i. Mengenalpasti status janaan e-sisa di kawasan kajian.

ii. Mengkaji kesedaran awam di kalangan penduduk kawasan kajian tentang bahaya e-sisa.

iii. Mengenalpasti proses pelupusan sisa komputer di UTM.

1.4 Skop kajian

Kajian ini dilakukan untuk melihat kadar pertambahan dan cara pelupusan e-sisa serta mengenalpasti status janaan e-sisa di kawasan kajian. Namun begitu, tumpuan utama kajian ini adalah terhadap sisa komputer. Contohnya adalah seperti moniter, papan litar, cip-cip yang terdapat dalam komputer, bateri dan sebagainya. Ini kerana penggunaan komputer adalah semakin berkembang. Namun begitu kita tidak boleh mengabaikan akan implikasinya terhadap manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kajian perlulah dibuat dan langkah-langkah tertentu perlu disediakan supaya kita tidak menghadapi masalah dalam menguruskan sisa-sisa komputer ini nanti.

bagaimana mereka menguruskan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan.

Selain itu, kajian juga akan dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mendapatkan maklumat bagaimana UTM menguruskan dan melupuskan komputer di UTM. Oleh kerana UTM adalah sebuah institusi pendidikan, maka kajian di UTM lebih menjurus kepada komputer dan bukannya peralatan elektrik dan elektronik yang lain. Skop kajian di UTM adalah sehingga hasil akhir komputer yang dilupuskan di UTM.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Perkembangan komputer

Industri komputer telah membawa era baru pada abad ke-20 ini, terutama dari segi pembangunan dan pembaharuan yang mendadak. Ia telah membantu mempercepatkan proses penghantaran maklumat, penyimpanan data, komunikasi yang berkesan dan sebagainya. Selain dari itu, kewujudan internet juga membantu meningkatkan permintaan komputer oleh pengguna. Namun begitu, komputer juga mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Purata jangka hayat sebuah komputer

adalah dua tahun 4 . Ini kerana syarikat-syarikat perkakasan dan perisian komputer terutamanya seperti Intel dan Microsoft, sentiasa mengeluarkan aturcara-aturcara

baru bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa mahukan komputer yang mempunyai kapasiti penyimpanan maklumat yang lebih tinggi, laju, hebat dan canggih. Oleh itu, walaupun sebenarnya jangka hayat komputer adalah lebih panjang, namun disebabkan dari masa ke semasa sentiasa ada perisian atau perkakasan komputer yang baru dan lebih canggih dikeluarkan, maka pengguna lebih cenderung untuk mendapatkan komputer yang baru.

dari memperbaiki sekiranya komputer mereka rosak. Ini semua adalah bergantung kepada kos yang mana lebih murah samada membaiki komputer lama atau membeli sahaja komputer. Ini sekaligus menyebabkan masalah penyelenggaraan e-sisa timbul kerana mereka akan terus-terusan membeli dan yang lama akan dibuang tanpa mengetahui kesan-kesannya terhadap manusia dan alam sekitar. Namun begitu, masyarakat masih lagi belum didedahkan dengan masalah-masalah yang akan timbul disebabkan pembuangan peralatan-peralatan elektrik dan elektronik secara tidak terkawal.

2.2 Masalah e-sisa di negara lain

Masalah e-sisa bukanlah suatu perkara yang baru. Ia adalah sesuatu yang serius dan telah dihadapi oleh negara-negara maju lebih awal dan sudah berada di tahap yang serius. Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan e-sisa dengan kos yang minimum. Ini termasuklah dengan mengeksport e-sisa ke negara-negara lain yang mana taraf ekonomi negaranya adalah lebih rendah untuk proses kitar semula e- sisa. Ini adalah kerana untuk mendapatkan kos yang minimum dan mengelakkan kesan yang bakal dihadapi. Namun begitu, kesan yang sebaliknya akan dihadapi oleh negara yang mengimport e-sisa tersebut.

Di India, kadar e-sisa yang diimport adalah sangat tinggi. Negara India dijadikan sebagai tempat membuang e-sisa, pelbagai jenis logam dan sebagainya.

Di Thailand pula, pengimportan e-sisa adalah sangat dikawal. Ini kerana jumlah e-sisa yang dijanakan di Thailand adalah meningkat sebanyak dua kali ganda pada setiap tahun. Jumlah e-sisa adalah dijangka sebanyak 57,934 ton metrik dimana

sebanyak 82.1 % berpotensi untuk di kitar semuala 4 .

Merujuk kepada Environmental Protection Agency (EPA), pada tahun 1997, lebih dari 3.2 juta ton e-sisa di tanam di Amerika Syarikat. Pengkaji-pengkaji Eropah menjangkakan bahawa jumlah e-sisa akan meningkat dari kadar 3 % kepada

5 % setahun, dimana hampir tiga kali lebih cepat dari sisa pejal biasa 6 .

2.3 Komponen-komponen komputer

Komponen komputer diperbuat daripada gabungan lebih dari 1000 bahan. Kebanyakannya mengandungi kandungan toksik yang tinggi seperti bahan-bahan berbromin, gas-gas toksik, logam-logam toksik, asid, plastik dan sebagainya.

Bahagian komponen komputer yang mengandungi toksik 6 adalah seperti berikut :-

i. Papan litar komputer mengandungi logam berat seperti plumbum dan kadmium.

ii. Bateri komputer mengandungi kadmium. iii.

Lapisan kalis api bromin (brominated flame retarder) digunakan pada papan litar, kabel dan perumah komputer.

Komponen komputer seperti papan litar mengandungi logam-logam berat seperti antimoni, perak, kromium, plumbum, timah dan kuprum. Selain itu, produk lain yang terhasil daripada bahan mentah, galian, industri, penapisan dan pengeluaran juga memberi kesan terhadap alam sekitar dimana penggunaan dan pembuangannya juga sangat meluas. Ribuan komputer, skrin komputer, televisyen dan pelbagai peralatan elektrik dan elektronik yang lain akan menjadi bahan buangan. Namun begitu, ia bukan sekadar sumber buangan malahan, ia boleh memudaratkan alam sekitar kerana ia mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Dalam masa yang singkat, pembuat produk elektronik memperkenalkan bahan kimia dalam lingkungan yang tidak sesuai dengan pengetahuan mereka tentang alam sekitar dan ciri-ciri

biologi yang sedikit 2 .

Komponen komputer mengandungi pelbagai jenis toksik. Contohnya seperti plumbum, kadmium, raksa, kromium, plastik, lapisan kalis api bromin, dan polivinil

klorida (PVC) 3 . Setiap satu kandungan toksik ini mempunyai risiko-risiko yang tersendiri terhadap manusia dan alam sekitar. Berikut adalah sedikit sebanyak

keterangan mengenai risiko bahan-bahan toksik tersebut :-

i. Plumbum

Kehadiran plumbum boleh menyebabkan kerosakan pada sistem darah dan buah pinggang manusia. Ia juga memberi kesan terhadap sistem endoktrin dan mempunyai kesan negatif yang serius terhadap pertumbuhan otak kanak-kanak.

ii. Kadmium

Sebatian kadmium diklasifikasikan sebagai bahan bertoksik yang mana berpotensi untuk memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Kadmium dan sebatian kadmium boleh berkumpul didalam badan manusia terutamanya pada buah pinggang. Kadmium juga boleh diserap melalui proses respirasi melalui makanan. Dalam masa beberapa tahun, kadmium akan berkumpul didalam badan dan sekaligus akan menunjukkan simptom-simptom keracunan pada badan. Kadmium juga memberi kesan kumulatif terhadap alam sekitar kerana mempunyai kandungan toksik yang kronik.

Kadmium selalunya terdapat pada komponen-komponen yang tertentu seperti sel bateri, pengesan infrared dan semikonduktur. Kadmium juga digunakan sebagai

penstabil untuk plastik 7 .

iii. Raksa

Raksa boleh mengakibatkan kesan yang kronik kepada otak manusia. Ia boleh memberi kesan kepada manusia melalui sistem rantaian makanan. Raksa boleh merebak melalui air dan setelah termendap ia akan bertukar menjadi methyl-mercury. Methylated mercury boleh berkumpul dengan organisma yang berada di dalam air dengan mudah dan seterusnya menggangu sistem rantaian makanan melalui ikan.

iv. Plastik

Plastik adalah sejenis bahan yang sukar untuk diuraikan. Ia menyebabkan lebih banyak risiko kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Kebanyakan komponen plastik yang digunakan komponen elektrik dan elektronik mengandungi bahan kalis api yang mana ia adalah sejenis plastik yang sukar untuk di kitar semula. Jenis plastik yang paling banyak digunakan dalam industri elektrik dan elektronik adalah

Polivinil klorida (PVC) 9 .

Plastik digunakan pada perumah komputer. Ia juga selalu digunakan dalam proses pembungkusan dan produk-produk kelengkapan rumah.

v. Polivinil Klorida (PVC)

Polivinil klorida (PVC) adalah sejenis plastik yang sukar untuk diuraikan. Ia digunakan pada kabel dan perumah komputer untuk tujuan keselamatan kerana boleh dijadikan sebagai penebat api untuk menghalang kebakaran.

Polivinil klorida (PVC) adalah jenis plastik yang sukar untuk dikitar semula berbanding dengan jenis plastik yang lain. Pembakaran produk ini boleh

menghasilkan dioksin dan furans 9 .

iaitu papan litar, komponen-komponen penyambung, penutup plastik dan kabel.

Kewujudan lapisan kalis api bromin dalam plastik menyebabkan proses kitar semula menjadi bertambah sukar dan merbahaya. Ia boleh menyebabkan pekerja- pekerja yang terlibat dalam proses kitar semula komputer terdedah kepada penyakit

berbahaya seperti kanser sistem limpa dan penghadaman 6 .

Satu kajian yang telah dijalankan di Sweden menunjukkan bahawa apabila komputer, mesin faksimili dan lain-lain perkakasan elektronik di kitar semula, ia akan menghasilkan debu yang mengandungi toksik dari bahan kalis api bromin. Oleh kerana ia boleh disebarkan melalui udara, semua pekerja yang bekerja di kawasan tersebut terdedah kepada bahan ini yang mana ia boleh meresap ke dalam

darah mereka. Ini sekaligus mendedahkan mereka kepada bahaya kanser 2 .

Komponen-komponen komputer seperti semikonduktur, papan litar, pemacu cakera dan lain-lain dibuat dengan menggunakan bahan kimia berbahaya, dan pekerja yang terlibat dalam industri ini lebih terdedah kepada bahaya kanser. Darah mereka berpotensi untuk mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat dalam komponen

komputer dapat memberi kesan terhadap kesihatan manusia dan juga alam sekitar 3 .

ketiga-tiga cara ini akan memberikan implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Dalam kuantiti yang sedikit ia mungkin tidak menampakkan kesan tetapi, apabila dalam kuantiti yang banyak, ia akan menunjukkan kesan dan mampu membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab sebelum ini, telah diketahui bahawa terdapat dua lokasi kawasan kajian iaitu UTM dan Taman Universiti. Justeru itu, bagi menyempurnakan tujuan kajian, sedikit temuduga dijalankan dan persampelan secara rawak telah dipilih bagi menjalankan soal selidik kepada penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, metodologi kajian ini adalah penting bagi memastikan kajian ini dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat memperolehi keputusan yang sempurna.

3.1 Pengumpulan Maklumat Kajian

Seperti yang disebutkan dalam Bab I, untuk mendapatkan maklumat bagi memenuhi tujuan projek ini, soal selidik berkenaan telah dilaksanakan di kawasan kajian. Manakala untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi menyokong projek ini, sesi temuduga dengan pihak-pihak yang berkenaan telah dijalankan. Bahagian seterusnya akan membincangkan bagaimana kedua-dua kaedah pengumpulan

ribu buah rumah dan ia merupakan salah sebuah taman perumahan terbesar yang terdapat di Johor Bahru. Ia terletak berhampiran dengan sebuah Pusat Pengajian tinggi iaitu UTM. Taman Universiti telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan iaitu Pertanian, Perubatan, Penyiaran, Kemajuan, Kejayaan, Kemuliaan, Kebangsaan, Kebangsaan Berbandung, Kebudayaan, Pendidikan dan Perdagangan (rujuk Lampiran B pelan Taman Universiti). Sebanyak empat buah kawasan telah dipilih untuk diedarkan borang soal selidik iaitu Pendidikan (rumah flat), Kebangsaan (teres setingkat), Kebangsaan (teres dua tingkat) dan Kebangsaan Berbandung. Sehubungan dengan itu, pembahagian soal selidik untuk setiap kawasan di Taman Universiti yang terlibat adalah seperti dalam Lampiran B Jadual

Pengagihan bilangan soal selidik adalah setara iaitu setiap kawasan sebanyak sepuluh buah rumah di mana, Taman Universiti mempunyai sebanyak dua belas ribu empat ratus sepuluh buah rumah. Kawasan perumahan yang dipilih adalah berlainan jenis dan kos (rujuk Lampiran B pelan Taman Universiti).

Untuk menjalankan soal selidik tersebut, waktu petang pada hari bekerja dan hari hujung minggu di pilih. Ini adalah kerana kebarangkalian untuk penduduk berada di rumah pada ketika itu adalah tinggi. Oleh itu, maklumat di destinasi yang terpilih akan diperolehi. Perlaksanaan soal selidik ini telah dijalankan selama empat hari iaitu seperti jadual di bawah.

• Mendapatkan maklumat dari puhak pemaju (3.00 ptg – 5.00 ptg)

Taman universiti.

11/08/2005 • Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Khamis

Pendidikan (jenis rumah flat).

(9.00 pg – 11.30 pg) 11/08/2005

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Khamis

Pertanian (jenis rumah teres setingkat). (4.30 ptg – 7.00 ptg) 25/08/2005

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Khamis

Kebangsaan (jenis rumahters dua tingkat). (4.30 ptg – 7.00 ptg) 26/08/2005

• Sesi soal selidik di kawasan perumahan di Jalan Jumaat

Kebangsaan Berbandung (jenis rumah teres dua (4.30 ptg – 7.00 ptg)

tingkat-bangalow).

3.1.2 Sesi Temuduga

Temuduga dijalankan bagi mendapatkan maklumat dari pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelupusan komputer di UTM. UTM mempunyai sebanyak sebelas buah fakulti. Kebanyakan fakulti mempunyai makmal komputer dan setiap pensyarah akan dibekalkan dengan sebuah komputer di bilik masing-masing. Sebagai contoh adalah Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA) yang mana makmal komputer FKA dinamakan sebagai Information Technology Unit of Civil Engineering (ITUCE). ITUCE bertanggungjawab dalam menguruskan komputer Temuduga dijalankan bagi mendapatkan maklumat dari pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelupusan komputer di UTM. UTM mempunyai sebanyak sebelas buah fakulti. Kebanyakan fakulti mempunyai makmal komputer dan setiap pensyarah akan dibekalkan dengan sebuah komputer di bilik masing-masing. Sebagai contoh adalah Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA) yang mana makmal komputer FKA dinamakan sebagai Information Technology Unit of Civil Engineering (ITUCE). ITUCE bertanggungjawab dalam menguruskan komputer

3.2 Analisis Data

Dalam proses analisis untuk kajian ini, ianya melibatkan statistik diskriptif. Statistik diskriptif ini digunakan untuk merumus dan mempamirkan maklumat sebenar yang diperolehi daripada penduduk di kawasan kajian. Dari situ, frekuensi analisis dijalankan, di mana peratusan maklum balas dikira dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Seterusnya pengiraan indeks min digunakan untuk perbandingan data mengikut latarbelakang penduduk yang berlainan dan ianya dipersembahkan dalam bentuk histogram.

3.2.1 Indeks Min

Kadaran bagi soal selidik adalah penting untuk membantu dalam mengkaji tahap kesedaran masyarakat terhadap e-sisa. Daripada kadaran yang diperolehi, ia

∑X i

Di mana,

a i = Pemalar bagi i; x i = Pembolehubah frekuensi maklum balas bagi i;

i = 1, 2, 3, 4, 5 seperti yang diterangkan berikut.

x1 = frekuensi bagi maklum balas yang “sangat tidak setuju” untuk a 1 =1, x 2 = frekuensi bagi maklum balas yang “tidak setuju” untuk a 2 =2, x 3 = frekuensi bagi maklum balas yang “biasa” untuk a 3 =3, x 4 = frekuensi bagi maklum balas yang “setuju” untuk a 4 =4, x 5 = frekuensi bagi maklum balas yang “sangat setuju” untuk a 5 =5,

Klasifikasi untuk skil indeks adalah seperti berikut :-

1. Sangat tidak setuju 0.00 ≤ Indeks Min < 1.50;

2. Tidak setuju 1.50 ≤ Indeks Min < 2.50;

3. Biasa 2.50 ≤ Indeks Min < 3.50;

4. Setuju 3.50 ≤ Indeks Min < 4.50;

5. Sangat Setuju 4.50 ≤ Indeks Min < 5.00.

• Bahagian A : Latarbelakang penduduk • Bahagian B : Pandangan Mengenai Komputer

Lampiran A adalah salinan borang soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini.

Dalam bahagian A, latarbelakang penduduk, tujuan utama adalah untuk mengaitkan pandangan-pandangan yang diberikan oleh golongan yang berasal daripada pelbagai latarbelakang. Dalam cara pemikiran misalnya, golongan muda dengan golongan tua adalah sentiasa berbeza. Manakala, status kewangan sesebuah keluarga pula mungkin akan mempengaruhi taraf pendidikan seseorang itu. Seterusnya, ini juga boleh memberi peluang pekerjaan yang berbeza kepada mereka. Semua ini akan memberi kesan terhadap cara penggunaan dan kesedaran mengenai komputer.

Dalam bahagian B pula, pandangan mengenai komputer, tujuan utama adalah untuk mengkaji kesedaran awam di kalangan penduduk mengenai e-sisa. Maklumat mengenai penggunaan komputer di rumah juga akan diketahui. Selain itu, peratusan status janaan e-sisa dari kawasan kajian juga boleh diperolehi. Maklumat mengenai kesedaran awam terhadap janaan e-sisa adalah penting untuk memastikan sisa ini tidak dibuang sewenang-wenangnya kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Pendapat penduduk mengenai pengurusan e-sisa juga turut diperlukan untuk membolehkan penilaian pandangan penduduk di kawasan kajian terhadap perkara ini.

KEPUTUSAN

Analisis dibuat terhadap dua kawasan kajian iaitu di UTM dan Taman Universiti. Analisis di UTM adalah bertujuan untuk mendapatkan kadar janaan sisa komputer di UTM manakala di Taman Universiti pula adalah untuk mengemukakan keputusan hasil soal selidik yang telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian yang dijalankan. Di samping itu, analisis akan dijalankan ke atas data yang diperolehi dari keputusan soal selidik tersebut.

4.1 Kajian di UTM

Melalui beberapa temubual yang dibuat, Rajah 4.1 menunjukkan tentang janaan sisa elektrik dan elektronik dari UTM pada tahun 2003 mengikut jenis peralatan. Janaan ini tidak sama untuk setiap tahun kerana perlupusan dibuat berdasarkan kepada permintaan dan tidak dibuat setiap tahun. Ini kerana mengambilkira faktor kos jenis perisian, jangkahayat peralatan dan sebagainya.

kaedah perlupusan yang digunakan untuk melupuskan peralatan elektrik dan elektronik tersebut. Dapat dilihat di sini bahawa kaedah lupus buang mencatatkan bilangan yang paling rendah iaitu sebanyak 6 unit. Ini kerana peralatan yang dilupus buang adalah peralatan yang lansung tidak boleh digunakan lagi. Kebiasaannya, komputer tidak dilupus buang kerana ia selalunya masih boleh digunakan lagi. Sekiranya ia boleh digunakan lagi, komputer-komputer tersebut akan dilupus derma. Daripada Rajah 4.2 didapati jumlah komputer yang dilupus derma adalah sebanyak

43 unit. Seterusnya adalah lupus jual di mana komputer-komputer tersebut akan dijualkan secara pukal kepada syarikat-syarikat yang ingin membeli peralatan terbuang dengan harga yang murah.

4.2 Kajian di Taman Universiti

Soal selidik telah dijalankan selama empat hari iaitu pada 23 Julai 2005, 11 Ogos 2005, 25 Ogos 2005 dan 26 Ogos 2005. Keseluruhan rumah penduduk Taman Universiti adalah kira-kira sebanyak dua belas ribu buah rumah. Terdapat sebanyak tujuh kawasan perumahan yang terdapat di Taman Universiti. Untuk kajian ini, sebanyak empat kategori rumah dalam kawasan perumahan tertentu dipilih dan persampelan adalah seperti dalam Lampiran B Jadual 4.1.

• Pengagihan maklum balas mengikut kawasan perumahan terlibat, • Pengagihan maklum balas mengikut latar belakang penduduk, dan • Pengagihan dan perbandingan maklum balas terhadap kesedaran awam

mengenai e-sisa.

Carta bar dan jadual bagi peratusan digunakan untuk mempamerkan data, dan ia diproses dengan menggunakan program microsoft excel. Dalam bahagian perbandingan maklum balas sesama latar belakang yang tertentu, pembahagian kategori latar belakang ditunjukkan dalam Lampiran B Jadual 4.2.

4.2.2 Keputusan Mengikut Kawasan

Seperti yang dirancang dalam Bab III : Metodologi Kajian, proses kajian berjalan lancar sepanjang proses melaksanakan soal selidik di kawasan kajian. Namun begitu, maklum balas dari setiap kawasan perumahan yang terlibat dalam Taman Universiti adalah tidak seperti yang dirancangkan sebalum ini iaitu seperti yang dipamerkan dalam Lampiran B Jadual 4.1.

Dalam pengagihan maklum balas terhadap jantina yang terlibat, lelaki dan perempuan masing-masing dengan peratusan sebanyak 38% dan 62%. Ini menunjukkan bahawa di kawasan kajian, secara keseluruhannya kaum perempuan lebih aktif memberi maklum balas berbanding dengan kaum wanita.

Dalam pengagihan maklum balas terhadap umur, golongan yang berada dalam julat umur 36 hingga 45 tahun mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 38 %. Kedua tertinggi adalah golongan yang berada dalam julat umur 26 hingga 35 tahun. Berikutnya adalah golongan yang berumur diantara 15 hingga 25 tahun dimana peratusannya adalah sebanyak 17 %. Bagi golongan yang berumur antara julat umur

46 hingga 55 tahun dan berumur lebih dari 55 tahun pula, masing-masing adalah dengan peratusan sebanyak 10 % dan 6 % daripada jumlah penduduk yang terlibat.

Dari segi taraf pendidikan pula, didapati taraf pendidikan di kawasan kajian masih berada di taraf sekolah menengah ke bawah di mana ia merangkumi 52 % daripada kawasan kajian. Manakala yang lainnya adalah bertaraf pendidikan di kolej atau institusi dan ijazah sarjana muda dengan peratusan 21 % dan 28 %. Peratusan penduduk berpendidikan tinggi di kawasan kajian boleh dianggap agak tinggi iaitu dengan jumlah 49 % dari jumlah keseluruhan. Ini mungkin disebabkan kawasan kajian berada berhampiran dengan kampus UTM. Untuk lepasan ijazah dan lain-lain tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

Sebahagian besar daripada penduduk di kawasan kajian sudah berumah Sebahagian besar daripada penduduk di kawasan kajian sudah berumah

Dari segi pendapatan keluarga, ia dipengaruhi oleh jenis kerjaya yang terlibat oleh penduduk di kawasan kajian. Golongan terbesar adalah berada dalam julat RM2000 ke atas iaitu dengan peratusan 52 %. Manakala keluarga yang berpendapatan antara julat RM501-1500 dan RM1501-2000 adalah masing-masing

24 % dan 21 %. Baki peratusan adalah sebanyak 3 % iaitu penduduk yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM500.

Seperti yang disebutkan di atas, kawasan kajian adalah terletak berhampiran dengan kampus UTM. Namun begitu, pengagihan soal selidik terhadap rumah- rumah yang disewa oleh pelajar UTM adalah dielakkan. Oleh itu, peratusan penduduk yang menetap lebih dari 5 tahun adalah yang tertinggi iaitu 45 %. Sebanyak 35 % adalah penduduk yang menetap diantara julat 3 hingga 5 tahun. Penduduk yang menetap diantara julat 1 hingga 2 tahun dan 2 hingga 3 tahun, masing-masing adalah 10 % dan 7 %. Manakala peratusan penduduk yang menetap kurang dari setahun adalah sebanyak 3 %.

diperolehi menunjukkan bahawa 66 % adalah kepunyaan sendiri. Manakala bakinya

34 % adalah sama ada menyewa ataupun keadaan-keadaan yang lain.

Mengikut keputusan soal selidik, maklum balas yang diperolehi menunjukkan saiz keluarga yang dominan adalah dalam julat 4 hingga 6 orang ahli keluarga dengan 79 %. Untuk keluarga bersaiz 1 hingga 3 dan 7 hingga 9 orang, masing- masing mempunyai peratusan yang sama iaitu 10.5 %, manakala keluarga yang bersaiz lebih dari 10 orang tidak mencatatkan apa-apa peratusan.

4.2.4 Analisis Keputusan Ujikaji

Bahagian ini akan menganalisis keputusan-keputusan soal selidik dalam dua bahagian iaitu :-

• Merumuskan keputusan dalam peratusan secara keseluruhan tanpa pembahagian latarbelakang.

• Menjalankan perbandingan data-data diperolehi mengikut latarbelakang penduduk yang berlainan.

komputer. Hanya 1 % sahaja iaitu baki rumah di Taman Universiti yang tidak mempunyai komputer. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Taman Universiti menyedari bahawa komputer mempunyai banyak kegunaan dan memberi banyak kebaikan dalam membantu pengurusan dan pembelajaran seharian. Ini juga menunjukkan kemungkinan besar janaan e-sisa dari penduduk di Taman Universiti adalah tinggi.

Namun begitu, peratusan mengenai pengetahuan mengenai janaan e-sisa adalah amat berbeza sekali berbanding dengan pemilikan komputer. Dengan merujuk kepada Rajah 4.4, didapati bahawa sebanyak 90 % di kalangan penduduk di Taman Universiti tidak tahu mengenai janaan e-sisa. Ini termasuklah mereka yang hanya tahu sedikit sahaja mengenai bahaya e-sisa. Mereka hanya tahu ia bahaya sahaja tetapi tidak tahu apa yang bahaya dan akibat-akibatnya. Manakala bakinya iaitu 10 % sahaja yang mempunyai pengetahuan yang agak mendalam mengenai sisa ini.

Namun begitu, merujuk kepada Rajah 4.5, didapati bahawa tiada peralatan elektrik dan elektronik yang dibuang sewenang-wenangnya mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69 %. Manakala bateri dan radio mencatatkan peratusan yang sama iaitu 14% dan 3 % lagi adalah televisyen. Peti ais dan komputer tidak mencatatkan apa-apa peratusan. Ini menunjukkan bahawa walaupun penduduk tidak mempunyai pengetahuan mengenai bahaya janaan e-sisa, namun sisanya tidak akan dibuang dimerata-rata tempat. Ini mungkin disebabkan oleh mentaliti masyarakat dimana apabila dilihat tiada sampah berupa peralatan elektrik dan elektronik maka tiadalah orang membuang peralatan tersebut di dalam tong sampah. Alternatif lain

Daripada Rajah 4.7 didapati bahawa penduduk di kawasan kajian bersetuju bahawa untuk mendapatkan komputer sekarang adalah amat mudah (MUDAH) di mana indeks mencapai tahap 4.388. Penduduk juga bersetuju bahawa harga komputer sekarang adalah jauh lebih murah dari dulu (MURAH) dan penggunaan komputer banyak membawa kebaikan dari keburukan (GUNA) dimana kedua-dua mencapai indeks pada tahap 3.950. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan komputer adalah amat ketara sekali kerana harga yang berpatutan dan mudah untuk diperolehi di mana-mana penduduk mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Kebanyakan penduduk berpendapat biasa yang menunjukkan bahawa tidak semestinya membeli komputer baru lebih baik dari membaiki komputer lama (BARU) di mana indeks mencapai tahap 3.163. Ini kerana ia bergantung kepada kos yang dikenakan samada membaiki atau membeli yang baru lebih murah dan pemilihan dibuat berdasarkan kos yang terendah. Namun begitu, penduduk berpendapat biasa sahaja mengenai sisa komputer boleh memberi kesan kepada alam sekitar (KESAN) iaitu dengan indeks 3.238. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai bahaya sisa ini.

4.2.4.2 Rumusan Maklum Balas Mengikut Latarbelakang Penduduk

Bahagian ini akan membandingkan keputusan dalam maklum balas mengikut kategori latar belakang penduduk di kawasan kajian. Perbandingan dijalankan

Kedua-duanya iaitu lelaki dan perempuan berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk membeli yang baru (BARU) iaitu masing-masing dengan indeks 3.091 dan 3.000. Ia bergantung kepada kos yang akan dikenakan. Manakala pendapat mengenai sisa komputer boleh memberi kesan kepada alam sekitar (KESAN) pula, kedua-duanya berpendapat biasa dimana perempuan mencatatkan indeks yang lebih tinggi iaitu 3.222 dan lelaki 3.091.

4.2.4.2.2 Latarbelakang : Umur

Dari segi latarbelakang umur pula, dengan merujuk kepada Rajah 4.9, kesemua graf kecuali graf HARGA menunjukkan bahawa penduduk yang berumur

35 tahun ke bawah memberikan indeks yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk yang berumur 35 tahun ke atas. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan dan pengetahuan komputer dalam generasi baru adalah lebih meluas. Manakala dari segi harga pula penduduk yang berumur 35 tahun memberikan indeks yang lebih tinggi kerana mereka telah melalui zaman harga peralatan elektrik dan elektronik yang mahal dan dapat menilai dengan jelas bahawa harganya sekarang jauh lebih murah berbanding dulu.

keseluruhan penduduk di Taman Universiti.

4.2.4.2.4 Latarbelakang : Taraf Pendapatan

Namun begitu, dari segi pendapatan, merujuk kepada Rajah 4.12, penduduk yang mempunyai pendapatan lebih dari RM2000 memberikan indeks yang lebih tinggi untuk kesemua graf. Ini mungkin disebabkan oleh kemampuan untuk membeli atau mendapatkan sesuatu dengan mudah.

KOMPUTER MONITER

MESIN MESIN FAX LAIN-LAIN FOTOSTAT

JENIS PERALATAN

Rajah 4.1 Perbandingan Jumlah Peralatan Yang Dilupuskan Mengikut Jenis di UTM Pada Tahun 2003.

KAEDAH PERLUPUSAN

LUPUS DERMA

LUPUS JUAL SCRAP LUPUS BUANG

Rajah 4.2 Perbandingan Peralatan Yang Dilupuskan Mengikut Kaedah Perlupusan di UTM Pada Tahun 2003.

Ada Komputer, 99%

Rajah 4.3 Peratusan Menunjukkan Rumah Yang Mempunyai Komputer dan Tidak Mempunyai Komputer

Tahu, 10%

Tidak tahu, 90%

Rajah 4.4 Peratusan Menunjukkan Pengetahuan Penduduk Tentang E-Sisa

Bateri, 14%

Tiada, 69%

Rajah 4.5 Peratusan Menunjukkan Peralatan Elektrik dan Elektronik Yang Pernah Dibuang oleh Penduduk

Buang Ke Dalam

Membeli Baru dan

Tong Sampah, 2%

Hantar Ke Pusat

Jual Di Kedai, 15%

Kitar Semula, 0%

Simpan Di Dalam Stor Di Rumah, 17%

Membaiki, 66%

Rajah 4.6 Peratusan Menunjukkan Tindakan Yang Diambil Oleh Penduduk Jika Rajah 4.6 Peratusan Menunjukkan Tindakan Yang Diambil Oleh Penduduk Jika

Purata Kadar Maklum Balas

Rajah 4.7 Keputusan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer

alan MUDAH o

Purata Kadar Maklum Balas

Lelaki

Perempuan

Rajah 4.8 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Jantina Rajah 4.8 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Jantina

Purata Kadar Maklum balas

35 tahun ke bawah

35 tahun ke atas

Rajah 4.9 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Umur

ik elid

S 4.167 alan MUDAH o

4.455 d o S K

Purata Kadar Maklum Balas Menengah ke bawah Universiti ke atas

Rajah 4.10 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Taraf Pendidikan Rajah 4.10 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Taraf Pendidikan

Purata Kadar Maklum Balas

Bujang Berkahwin

Rajah 4.11 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Status Perkahwinan

ik elid

S 4.467 alan MUDAH o

4.071 d o S K

Purata Kadar Maklum Balas kurang dari RM2000

Lebih dari RM2000

Rajah 4.12 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Taraf Pendapatan Rajah 4.12 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Taraf Pendapatan

Purata Kadar Maklum balas Milik Sendiri Bukan Milik Sendiri

Rajah 4.13 Perbandingan Kesedaran dan Pandangan Mengenai Komputer Mengikut Hak Milik Rumah Kediaman

PERBINCANGAN

Dalam bab-bab yang sebelum ini, penerangan mengenai kajian terutama tentang objektif, skop kawasan kajian, kaedah dan keputusan yang telah dinyatakan. Pelbagai maklumat dan pengalaman diperolehi hasil dari kajian ini. Sepertimana yang diketahui, skop kajian ini terbahagi kepada dua iaitu UTM dan Taman Universiti. Oleh itu, perbincangan akan dibuat mengikut skop ini. Segala maklumat dan hasil yang diperolehi akan dibincangkan.

5.1 Pelupusan Komputer di UTM

Di UTM, hampir setiap fakulti mempunyai makmal komputer. Setiap seorang pensyarah juga pasti mempunyai sebuah komputer. Komputer-komputer tersebut mempunyai jangkahayat yang tertentu di mana ia perlu diganti dengan yang baru apabila sudah tidak sesuai atau tidak boleh digunakan lagi atau dengan erti kata lain komputer usang. Komputer yang usang akan menjalani proses pelupusan dimana adanya cara-cara tertentu untuk melupuskan komputer. Ini adalah penting

Kesemua perlupusan harta benda universiti adalah perlu melalui pejabat bendahari dahulu. Ini kerana, setiap pembelian dan pelupusan perlu direkodkan kerana melibatkan kewangan. Ini termasuklah komputer-komputer yang sudah usang yang mana ia boleh dilupuskan kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada pemilik. Proses pelupusan ini mengambil masa berberapa bulan. Ini kerana terdapat banyak peringkat yang perlu dilalui sebelum komputer-komputer tersebut dibenarkan untuk dilupuskan. Rajah 5.1 ialah carta aliran proses pelupusan perabot di UTM.

Sebelum membuat pelupusan, pihak yang berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan tersebut memang sudah tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya ia boleh diperbaiki dan kos memperbaiki adalah kecil, maka peralatan tersebut akan diperbaiki. Namun begitu, seandainya kos memperbaiki lebih tinggi, maka peralatan tersebut adalah lebih baik dilupuskan.

Dokumen yang terkait

Analisis Pengaruh Pengangguran, Kemiskinan dan Fasilitas Kesehatan terhadap Kualitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Jember Tahun 2004-2013

21 388 5

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93