PERIBAHASA MELAYU CAM BERKAITAN DENGAN P

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

PERIBAHASA MELAYU-CAM BERKAITAN DENGAN
PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN: SATU PENELITIAN1

Fatimah Abdullah (timah@ukm.my)
Mohamad Zain Musa (matzen@ukm.my)
&
Farid Mat Zain (farid@ukm.my)

Abstrak
Salah satu keistimewaan Bahasa Melayu ialah kekayaan bahasa kiasannya. Antara
bahasa kiasan yang penting ialah peribahasa. Dalam peribahasa Melayu-Cam pelbagai
aspek berkaitan dengan nilai dan norma disampaikan; daripada hal-hal berkaitan
dengan budi bahasa, peraturan dalam aktiviti seharian, nilai yang diutamakan atau
yang ditegah baik untuk wanita dan lelaki, teruna dan dara, ibu dan bapa, suami dan
isteri, kanak-kanak, orang muda dan tua, semua itu terdapat dalam peribahasa
Melayu-Cam. Sehubungan itu kertas kerja ini akan menyentuh mengenai peribahasa
yang berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga. Termasuk dalam perbincangan
ialah hal-hal yang menyentuh tentang pemilihan jodoh, hubungan dalam keluarga dan
antara keluarga. Perkara penting yang cuba diketengahkan ialah mengenai ada atau

tiadak adanya persamaan nilai dan norma dalam hal-hal berkaitan dengan
perkahwinan dan institusi keluarga sebagaimana yang terkandung dalam peribahasa
Melayu-Cam. Skop perbincangan hanyalah didasarkan kepada teks Peribahasa Cam
(Dictons & Proverbes Cam) susunan G. Moussey & Duong Tan Thi (2002) dan
beberapa koleksi peribahasa Melayu. Tegasnya peribahasa yang terdapat dalam teks
berkenaan yang menyentuh tentang perkawinan dan keluarga akan dikupas dan dicari
persamaannya dengan peribahasa Melayu. Perbincangan dalam kertas ini bukan sahaja
penting dalam memahami nilai dan norma orang Melayu-Cam, malah diharap akan
menjadi asas kepada lebih banyak pendokumentasian peribahasa Cam pada masa
akan datang. Sekaligus kertas kerja ini diharap dapat menjadi asas penting dalam
memahami persamaan antara dua masyarakat ini.
Kata Kunci: peribahasa, Melayu, Cam, nilai, norma, keluarga, perkahwinan

1

Kertas Kerja untuk Seminar Antarabangsa Warisan Melayu di Cambodia, Lao PDR & Vietnam, anjuran The Royal
Academy of Cambodia, GAPENA, ATMA (UKM), UiTM, Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia & Pusat Warisan Seni
Melayu, di Phnom Penh, Cambodia pada 24-25 Jun.

1


Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

A.

Pengenalan
Bahasa adalah satu elemen penting dalam kebudayaan. Sama ada secara lisan
mahupun bertulis, bahasa menjadi alat komunikasi yang utama bagi masyarakat
untuk menyampaikan kepada ahli-ahlinya halberkaitan dengan adat resam, adat
istiadat serta peraturan yang didokong oleh masyarakat berkenaan. Bahasa
penyampaian boleh berbentuk formal dan mudah difahami atau berbentuk
kiasan. Dalam budaya Melayu bahasa kiasan memainkan peranan penting
sebagai satu bentuk peratuaran atau kawalan sosial tidak formal. Antara bahasa
kiasan yang penting ialah peribahasa.
Peribahasa ialah bentuk pengucapan yang banyak dijumpai dalam
kesusasteraan lama, sebagai persembahan terhadap cara masyarakat berfikir pada
masa dahulu. Perhubungan mereka yang rapat dengan alam sekeliling
menimbulkan ilham untuk diolah sebagai perbandingan dengan peristiwa yang
berlaku dalam masyarakat pada waktu itu. Peribahasa banyak digunakan dalam
kehidupan seharian masyarakat pada masa dulu. Ini kerana cara-cara demikian

dianggap sebagai suatu kaedah yang agak mudah untuk memberi nasihat,
teguran atau sindiran apa lagi kaeadah itu mudah pula diterima atau difahami
oleh pihak yang dinasihati. Menurut Abdullah Hussain (1965) peribahasa berasal
daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah daripada pengalaman hidup di
mana rakyat jelata mencipta peribahasa melalui pengalaman hidup seharian.
Sumber kedua pula ialah daripada orang yang arif lagi bijaksana, yang
mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungan mereka terhadap
alam sekitar dan masyarakat. Sumber ketiga pula ialah melalui kitab suci.
Sebagai masyarakat yang berasal dari rumpun yang sama, orang Cam
sebagaimana orang Melayu di Malaysia juga mempunyai peribahasa mereka
sendiri. Dalam bahasa Cam istilah panuec pa-ndao atau panuec yao diguna untuk
merujuk kepada peribahasa (G. Moussey & Duong Tan Thi 2002: 17). Dalam
Koleksi Manuskip Melayu Campa No. 4 Peribahasa Cam pelbagai aspek
berkaitan dengan nilai dan norma disampaikan; daripada hal-hal berkaitan
dengan keluarga dan kaum keluarga, pekerjaan, pertanian, binatang, kehidupan
dan kematian. Kertas kerja ini akan hanya menyentuh beberapa peribahasa yang
berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga. Termasuk dalam perbincangan
ialah hal-hal yang menyentuh tentang pemilihan jodoh dan hubungan
kekeluargaan.
Perkara penting yang cuba diketengahkan ialah sama ada terdapat atau

tidak persamaan nilai dan norma dalam hal-hal berkaitan dengan perkahwinan
dan institusi keluarga sebagaimana yang terkandung dalam peribahasa MelayuCam. Skop perbincangan hanyalah didasarkan kepada teks Peribahasa Cam
(Dictons & Proverbes Cam) susunan G. Moussey & Duong Tan Thi (2002) dan
peribahasa yang ditulis oleh Abdul Karim (tt). Perbincangan dalam kertas ini

2

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

hanyalah didasarkan kepada penelitian awal walau bagaimanapun ia dianggap
penting dalam memahami nilai dan norma orang Melayu-Cam, berhubung
dengan kehidupan berkeluarga dan hubungan kekeluargaan malah diharap akan
menjadi asas kepada lebih banyak pendokumentasian peribahasa Cam pada
masa akan datang. Sekaligus kertas kerja ini diharap dapat menjadi asas penting
dalam memahami persamaan antara dua masyarakat ini.
B.

Isu Perkahwinan dan Keluarga dalam Peribahasa
a. Perkahwinan dan pemilihan jodoh
Dalam kebanyakan masyarakat pembentukan sesebuah keluarga dimulai dengan

perkahwinan. Setiap masyarakat mempunyai peraturan tertentu berkaitan
dengan pemilihan jodoh. Peraturan penting dalam kebanyakan masyarakat ialah
perkahwinan antara ahli keluarga terdekat adalah ditegah. Hal ini sangat jelas
dengan adanya peraturan mengenai pantang larang sumbang mahram (incest
taboo).
Berkait dengan itu jugalah ada masyarakat yang mengamalkan
peraturan pemilihan jodoh mengikut prinsip endogami (endogamy) dan/atau
eksogami (exogamy). Perkahwinan endogami bermaksud pemulihan jodoh akan
dibuat daripada kalangan kelompok sendiri, yakni calon menantu adalah
daripada kalangan sanak saudara. Dalam konteks yang lebih luas ia boleh juga
mencakupi jiran tetangga, sama agama, bangsa atau etnik serta
kewarganegaraan. Perkahwinan eksogami pula ialah prinsip pemilihan jodoh di
luar kelompok yakni memilih calon menantu atau bakal pasangan daripada
kalangan orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan; daripada kampung lain
atau berjauhan, malah berbeza agama, keturunan dan kewarganegaraan.
Selain peraturan budaya, teori-teori tentangnya menyebut bahawa
kebanyakan perkahwinan pada dasarnya adalah homogami yakni
kecenderungan seseorang memilih pasangan yang ada persamaan sosial
(Eshleman 2003: 229). Lazimnya ahli keluarga akan mencari menantu daripada
kedudukan sosial yang sama yakni latar belakang kelas sosial yang sama, sama

taraf pendidikan, pekerjaan serta kekayaan/harta kedua-dua keluarga adalah
penting. Akhir sekali faktor-faktor peribadi seseorang individu seperti rupa paras
dan personaliti turut sama diambil kira dalam proses pemilihan jodoh
Berkait dengan hal tersebut, tidak haranlah jika orang Melayu dan orang
Cam mempunyai peribahasa sendiri yang bertujuan untuk memandu ahli-ahlinya
dalam hal-hal berkaitan pemilihan jodoh. Oleh kerana keluarga sebelah lelaki
yang akan mencarikan calon isteri untuk anak lelaki mereka maka selain daripada
hubungan kekeluargaan yang sudah terjalin, kriteria lain yang berkaitan dengan
keluarga si gadis serta ciri-ciri si gadis itu juga dititik beratkan. Hal ini boleh
dilihat dalam peribahasa-peribahasa Melayu dan Cam iaitu antara lain:


Kuat keluarga kerana perempuan (Kajap paga yua kamei mayah king kamei
ruah phun pajaih) - Jika mahu berkahwin pilihlah anak gadis daripada
keluarga yang baik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 36).

3

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid








Kalau berkahwin dengan anak orang, kita harus berkenalan dengan anjing
peliharaannya (Khing anák urang thau krán tel asau sang urang) - apabila
berkahwin kita harus berkenalan dengan semua ahli keluarganya (Moussay &
Doung Tan Thi 2002: 36).
Kalau dipasang pagar, seluruh kampung akan melihat (Padeng paga gleng di
palei, yah khing kamei ruah phun pajaih) - jika mahu berkahwin pilihlah
anak gadis daripada keluarga yang baik (Moussay & Doung Tan Thi 2002:
37).
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah - pertalian
keluarga kerana perhubungan perkahwinan (http://dbp.gov.my).

Kajian mengenai keluarga dalam pelbagai budaya (Eshleman 2003)
mendapati bahawa dalam sesetengah masyarakat, perkahwinan antara kelas
sosial yang berbeza agak terbatas. Walaupun hal ini sangat ketara dalam

masyarakat yang mengamalkan sistem kelas tertutup seperti sistem kasta di India,
dalam masyarakat Melayu pun batasan yang sama berlaku.
Maknanya
perkahwinan adalah di antara wanita dan lelaki daripada kelas sosial yang
berbeza mungkin terbatas. Walau apapun, perkahwinan penting dalam
menghubungkan dua keluarga sama ada yang telah ada pertalian keluarga atau
tidak. Akan tetapi pemilihan jodoh dari kalangan saudara mara sendiri lebih
mendapat tempat. Hal ini dapat dilihat dalam peribahasa berikut;




b.

Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar - perkahwinan yang
akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak (http://dbp.gov.my).
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga - perkahwinan antara
kaum keluarga sendiri (http://dbp.gov.my).
[Dalam keadaan terpaksa] anak saudara lelaki boleh berkahwin dengan anak
saudara perempuan (Mik wa tada kamuen hu min)(Moussay & Doung Tan

Thi 2002: 35).
Gadis/wanita pilihan

Masyarakat Melayu memandang tinggi kepada budi pekerti yang mulia,
sopan santun, sifat lemah lembut yang ada pada si gadis. Wanita Melayu
mestilah lemah lembut, taat kepada ibu bapa, orang tua dan apabila berkahwin
taat kepada suaminya. Sifat sabar, pengasih dan penyangang juga penting
terutamanya untuk menjadi seorang ibu. Justeru latar belakang keluarga
(tertuamanya keluarga si gadis) sangat penting daripada rupa paras dan ini
digambarkan dalam peribahasa berikut;


Kita boleh memberi nasi kepada anjing jahat tetapi jika mencari isteri, jangan
pilih yang cantik (Athau jhak kien lithei, mayah duah kumei juai ruah binai) kalau hendak berkahwin harus mencari isteri yang berkelakuan baik
(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 36).

4

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid




Perempuan cerdik membuat wajah suaminya menjadi cerah (Hadiip krah,
ngap hadah mbaok pathang) – isteri pandai adalah kebangaan suaminya
(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 42).

Salah satu daripada peranan isteri ialah menyediakan makan minum untuk
suami dan anak-anaknya. Sehubungan itu sosialisasi dalam keluarga Melayu
tradisional ialah mengajar anak gadis dengan pelbagai kemahiran menguruskan
rumah tangga termasuk memasak.








Perempuan cantik tidak dapat menggunakan periuk belanganya (Siam binai o
buh tamá gaok hu) – lebih baik perempuan yang rajin daripada perempuan

yang cantik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 37).
Pagar yang baik [kerana] kukuh ikatnya, Isteri yang baik [sentiasa]
erat/bersama dengan suaminya (Paga siam lambir haraik Kamei siam thaik
lambir likei) (Abdul Karim, tt).
Pagar menjadi bagus kerana ikatan rotannya (Paga siam lembil harik, kamei
siam thaik lembil likei) – wanita diminati kerana sikapnya (Moussay & Doung
Tan Thi 2002: 41).
Perempuan yang cantik mempunyai kelakuan yang buruk, perempuan yang
hodoh mempunyai hati yang baik (siam binai kamalai daok dalam, jhak binai
hatai yau máh) – perempuan yang baik hati lebih baik daripada perempuan
yang cantik (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 42).
Perempuan yang putih (tetapi buruk sifatnya) tidur di kaki suaminya,
perempuan yang hitam (tetapi baik sifatnya) tidur sebantal dengan suaminya
(Patih ndih di takai, hatam bar binai ndih sa batal ) – sifat perempuan yang
baik lebih baik dari kecantikannya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 41).

Perkahwinan adalah satu institusi yang penting bagi wanita. Status sebagai
seorang dewasa hanya lengkap apabila wanita sudah bersuami dan mempunyai
keluarga sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam konteks peribahasa berikut;






Perempuan yang suka mengejar lelaki akan meninggalkan anaknya (tuei
tanaow, li-aow anak) – perempuan yang tidak bermarwah akan

meninggalkan anak-anaknya (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 40).

Walaupun isteri berwajah hodoh seperti kera, ia tetap bersinar umpama
emas jika seorang lelaki duduk di sebelahnya (Kamei jhakbinai yau kra, hu
likei daok taphia hadah yau máh) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 39).
Perempuan cantik umpama dewi tetapi perempuan cantik yang tidak
bersuami sama seperti rumput (Kamei siam binai chai yang, o hu pathang
yau harek giruak) – perempuan tanpa suami tidak dihargai (Moussay &
Doung Tan Thi 2002: 40).

Kebanyakan masyarakat (termasuk masyarakat Melayu) mengharapkan
agar semua perkahwinan berkekalan sepanjang hayat (till death do us part).

5

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

Nilai tradisional dalam mayarakat melihat bahawa hubungan perkahwinan yang
berkekalan ini penting demi menjaga nama baik keluarga malah juga menjamin
penjagaan dan kebajikan ke atas anak-anak. Oleh itu pasangan sanggup
mengharung apa juga dugaan yang menimpa, sementara perselisihan faham
dalam hubungan antara suami isteri adalah satu perkara biasa.








Senduk dan periuk lagi berantuk - suami isteri, kaum keluarga, sahabat
handai, ada kalanya berselisih juga.2 (http://dbp.gov.my).
Senduk dengan belanga lagi berlaga - Suami isteri, kaum keluarga, sahabat
handai, ada kalanya berselisih juga3 (http://dbp.gov.my).
Sedangkan lidah lagi tergigit oleh gigi - Suami isteri, kaum keluarga, sahabat
handai, ada kalanya berselisih juga4 (http://dbp.gov.my).
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas - Perselisihan sesama
keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali5 (http://dbp.gov.my).
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk - Kaum
keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada 6
(http://dbp.gov.my).
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk - Suami isteri, kaum
keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga7 (http://dbp.gov.my).

Perceraian adalah sesuatu yang tidak diinginkan dan boleh meninggalkan
implikasi yang negatif bukan sahaja kepada anak-anak malah kepada pasangan
yang bercerai itu juga. Oleh itu terdapat peribahasa berkaitan dengan hal
tersebut;


C.

Jangan sampai ikan yang terlepas mengoyakkan jalanya (Ikan klah jal juai
taik) – kalau bercerai jangan menyusahkan orang lain (Moussay & Doung
Tan Thi 2002: 38).

Jalinan hubungan kekeluargaan

2

Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b.
Sedangkan lidah lagi tergigit oleh gigit
3

Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b.
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk.
4

Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b.
Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga.
5

Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

6

seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

7

Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi
berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga.

6

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

Dalam kebanyakan masyarakat, jalinan hubungan kekeluargaan mungkin
mengikut prinsip matrilineal, patrilineal atau bilineal. Walau bagaimanapun
dalam keluarga yang menyusurgalurkan kekerabatan berdasarkan sistem
patrilinealpun jalinan hubungan lebih kerap berfokus kepada wanita (yakni
hubungan matrifokal). Hal ini dapat dilihat dalam konteks masyarakat melayu
dan Cam. Walaupun kedua-dua masyarakat berkenaan menysurgalurkan
keturunan melalui sebelah bapa tetapi keakraban hubungan dengan sanak
saudara sebelah ibu atau sebelah isteri agak jelas.
Kajian tentang masyarakat Cam kerap menyebut bahawa masyarakat
berkenaan mengamalkan sistem kekeluargaan matrilineal, akan tetapi
berdasarkan temubual semasa kajian lapangan baik di Kemboja mahupun di
Kelantan, sistem matrilineal sebagaimana yang diamalkan dalam masyarakat
beradat pepatih tidaklah begitu jelas. Apa yang dipraktiskan ialah, pasangan
yang baru berkahwinan biasanya menetap dengan keluarga isteri atau
berdekatan dengan keluarga isteri. Menurut orang Cam amalan ini sebenarnya
lebih merupakan sokongan sosial untuk si isteri yang masih muda. Tinggal
bersama keluarga sendiri memberikan mereka “kekuatan” kerana di dampingi
oleh ibu dan keluarga sendiri. Pada masa yang sama amalan ini penting bagi
membantu si suami yang masih muda mengukuhkan ekonominya sebelum
memulakan kehidupan sendiri di tempat baru atau membina rumah sendiri.
Tempat kediaman matrilokal ini walau bagaimanapun bergantung kepada
ada atau tidaknya ruang dalam rumah keluarga isteri atau tapak tanah
berdekatan dengan keluarga isteri agar pasangan muda itu boleh membina
rumah mereka sendiri. Tinggal bersama keluarga isteri juga penting terutamanya
bagi membantu si isteri yang masih muda8 menguruskan diri dan anak yang bakal
mereka lahirkan.
Hidup dalam lingkungan keluarga isteri bukan bermakna kaum lelaki
mengabaikan keluarga sendiri. Malah hubungan dengan keluarga sendiri
berterusan hingga mati. Justeru tidak hairanlah jika ada peribahasa berikut;




Di mana pohon tumbuh, di situ daun gugur (Adat kayau phun hapak jruh tak
nan) - selalunya seseorang akan kembali ke tempat kelahirannya untuk
disemadikan diperkuburan suku ibunya (Moussay & Doung Tan Thi 2002:
27).
Sepanjang hidup suami bekerja untuk isteri, setelah meninggal dunia
tulangnya dikembalikan kepada kaum keluarganya (daok hadiip ngap drep ka
urang, tel matai ba talang ka gep) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 43).

Terdapat banyak peribahasa yang menggambarkan mengenai keakraban
hubungan kekeluargaan termasuk hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, dan
ini boleh dilihat antaranya:

8

Kebanyakan gadis Cam berkahwin pada usia belasan tahun.

7

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid










Tidak ada orang yang memotong tetek dan membuangnya (Halei thei crac
tathau klak) – tidak ada ibu bapa yang akan membuang anak-anaknya
(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 33).
Bodoh atau pandai, ibu kita tetap ibu kita (Gila jak jang amaik drei) – harus
menghormati orang tua (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 32).

Batang air berhulu, batang pohon berakar (Aia hu haluw kayau hu agha)
yang bermaksud kita akan sering bergantung kepada keluarga satu keturunan
(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 27).
Kaki tersepak, sakitnya sampai ke hati (Hanail inâ takai, pa-ndik hatai baoh)
maksudnya jika seorang ahli dalam keluarga menderita, semua ahli dalam
keluarga tersebut akan juga menderita (Moussay & Doung Tan Thi 2002:
30).
Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua (http://dbp.gov.my).
Ibarat perahu tidakakan karam sebelah (kaum keluarga akan bersimpati
terhadap kecelakaan yang menimpa kerabatnya) (http://prpm.dpb.gov.my)

Betapa pentingnya jalinan hubungan kekeluargaan ini dapat dilihat dalam
peribahasa-peribahasa berikut;







Makan nasi di rumah dan menguruskan hal orang lain (Mbeng lithei sang
ngap gruk nagar) – mengkhianati keluarga dengan mengabdikan diri kepada
orang (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).
Berjaya mengharungi lautan tetapi gagal mengharungi paya (Tapa truh tathik
jel di danao) – sanggup melaksanakan projek yang besar tetapi tidak mampu
menyelesaikan masalah keluarga (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).

Sesiapa yang membelakangi keluarganya dan membantu orang lain akan
diejek orang ramai (Klak gep pajiong di urang tabiak di sang urang kli bilei)
(Moussay & Doung Tan Thi 2002: 29)
Meninggalkan kaum keluarganya dan mengikuti orang lain, sama seperti
melepaskan pohon dan bersandar pada dahan (Klak phun ga-mbak di dhan
klak gep patian tuei urang parat) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 29).
Kalau kaki tersepak sakitnya sampai ke hati (Hanaik ina takai pa-ndik hatai
baoh) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 30).
Kayu api reput yang ada di rumah mungkin tidak menyala tetapi
menghangatkan juga (Njuh baok di sang, o ghueh jang ghang) – semua ahli
keluarga berguna (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 29).

8

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid



Terbang bertumpu, hinggap mencengkam - Jika merantau hendaklah
mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri9.
(http://dbp.gov.my).

Pergolakan dalam keluarga adalah satu perkara yang biasa dan berlaku di
mana-mana pun.






Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata - Sejahat-jahat
kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan,
maka
semuanya
akan
ikut
membela
(mempertahankannya)
(http://dbp.gov.my).
Seberat-berat beban, di atas kepala juga - Kitalah yang menanggung nafkah
keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja (http://dbp.gov.my).
Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang - Bagaimana sekalipun
kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya
seperti kita menyalahkan orang lain10 (http://dbp.gov.my).
Menjemur bangkai ke atas bukit - Memperlihatkan aib dan cela diri dan
kaum keluarga sendiri (http://dbp.gov.my).

Sebagaimana dengan masyarakat Melayu di Malaysia, hubungan antara
keluarga dalam masyarakat Cam juga dipengaruhi oleh kedudukan sosial
sesebuah keluarga berkenaan. Hal ini dapat dilihat dalam peribahasa berikut;





Bulan menuai kita nampak pak cik dan mak cik, bulan membajak kita
nampak nampak kala dan jengking (Bilan manik mboh mik mboh wa, bilan
li-aua mboh ula mboj adiéng) – dalam masa kemakmuran kita memperoleh
ramai teman, dalam masa kesukaran kita tak nampak sesiapa pun (Moussay
& Doung Tan Thi 2002: 31).
Kalau tiada rial di pinggang sahabat yang rapat menjadi renggang
(http://dbp.gov.my).

Kedudukan keluarga sebagai tunjang masyarakat menyebabkan banyak
kiasan mengenainya dicipta dan menjadi panduan hidup sejak zaman berzaman.
Justeru mereka yang membelakangkan keluarga atau tidak mementingkan
keluarga sering kali dilemparkan dengan pelbagai sindiran seperti berikut;


Makan nasi di rumah dan menguruskan hal orang lain (Mbeng lithei sang
ndom gruk ngar) (Moussay & Doung Tan Thi 2002: 28).

9

Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).
Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang
tampak punggung.
10

kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

9

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid









D.

Menghadapkan bedil pulang: Mencelakakan kaum keluarga sendiri11
(http://dbp.gov.my).
Potong hidung rosak muka - Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga
maka kita sendiri akan mendapat malu juga (http://dbp.gov.my).
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat - Apa yang hendak
dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya
supaya pekerjaan itu selamat (http://dbp.gov.my).
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal - Orang yang banyak
kaum
keluarga
dan
sahabat
handainya
selamatlah
hidupnya
(http://dbp.gov.my).
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu - Sesuatu
perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan
siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik
(http://dbp.gov.my).

Perbincangan dan Penutup
Sebagimana dengan masyarakat lain keluarga merupakan institusi penting
dalam masyarakat Melayu dan Cam, sebab itulah peraturan-peraturan berkaitan
dengann kehidupan berkeluarga; bermula daripada pemilihan jodoh dan
perkahwinan hinggalah hal-hal berkaitan dengan jalinan hubungan dalam
keluarga dan antara keluarga dinayatakann dengan jelas dalamm peribahasa.
Dalam konteks masyarakat Melayu, bahasa kiasan lain seperti pantun, gurindam
dan seloka turut memaparkan panduan mengenai kehidpan berkeluarga dan
alam perkahwinan.
Makalah ini hanyalah secebis pemerhatian mengenai peribahasa yang
menyentuh tentang isu-isu perkahwinan dan keluarga dalam kedua-dua
masyarakat Melayu dan Cam. Dengan latar belakang sejarah dan budaya dari
rumpun yang sama maka tidak hairanlah kedua-dua masyarakat ini berpegang
kepada nilai dan norma yang agak sama dalam hal-hal berkaitan dengan
keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun masih banyak lagi yang perlu
diteroki khususnya menetiti persamaan yang ada, justeru usaha mengumpulkan
lebih banyak peribahasa (malah perumpamaan, pantun dll.) perlu dilakukan
dengan lebih gigih agar warisan berkenaan tidak tenggelam dalam arus
pembangunan dan pemodenan yang semakin pesat kini.

E.

Senarai Rujukan
Abdul Halim Othman (penyelenggara). 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

(Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

10

Peribahasa Melayu-Cam / Fatimah, Mohamad Zain & Farid

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1998. Kamus peribahasa lengkap Utusan, Kuala
Lumpur: Utusan Publication.
Abdullah Hussain. 1965. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
Abdul Karim. Tanpa tarikh. Panuec Pandit (Pribahasa) dan Puah Catuei (Pantun.
Eshleman J. R. 2003. The family. New jersey: Prentice Hall.

Fatimah Abdullah, Mohamad Zain Musa & Farid Mat Zain. 2009. “Perkahwinan
dan Keluarga dalam masyarakat Cam”. Kertas Kerja untuk Third
International Conference on Southeast Asia, anjuran Jabatan Pengajian Asia
Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2009.
Fatimah Abdullah. 2006. Isu kekeluargaan dalam pantun Melayu: Satu tinjauan
awal”, Proseding Seminar Pantun Melayu: Hari semalam, hari ini dan esuk ,
anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.
http://prpm.dpb.gov.my
Moussey, G & Duong Tan Thi (penyusun). 2002. Peribahasa Cam (Dictons &
Proverbes Cam), Koleksi Manuskrip Melayu Campa. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan Malaysia & Ecole
Française D’Extréme-Orient.
Taylor, P. 2007. Cham Muslims of the Mekong Delta: Place and mobility in the
cosmopolitan pheriphery Singapore: Southeast Asian Publication Series.

Fatimah Abdullah, Prof. Madya Dr.
Program Kerja Sosial,
FSSK, UKM Bangi
(timah@ukm.my)
Mohamad Zain Musa, Prof. Madya Dr.
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
(matzen@ukm.my)
&
Farid Mat Zain, En.
Fakulti Pengajian Islam, UKM
(farid@ukm.my)

11