Pelaksanaan konsep zakat dalam keusahawa
Seminar Zakat Peringkat Kebangsaan 2015
6 & 7 Oktober 2015, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
PELAKSANAAN KONSEP ZAKAT DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM:
ISU DAN CABARAN
Mohd Adib Abd Muina
Muhammad Nasri Md Hussainb
Muhammad Ahmadc
Mahyuddin Abu Bakard
Shuhairimi Abdullahe
Abstrak
Zakat merupakan ibadah yang telah disyariatkan sejak awal kedatangan Islam. Ibadah zakat
telah melalui proses evolusi yang bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w hinggalah zaman
Islam masa kini dengan pendapat ijtihad ulama muktabar bagi membersihkan jiwa dan harta
individu. Dalam keusahawanan sosial Islam konsep zakat dilihat sebagai salah satu konsep
yang perlu dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial berjaya dalam mengalirkan sumber
kekayaan dan keuntungan. Kertas kerja ini akan membincangkan definisi, pengertian dan
pelaksanaan konsep zakat secara ilmiah dalam menjadikan satu amalan penting yang perlu
ada bagi seseorang individu usahawan sosial berjaya. Objektif kajian ini adalah untuk
menghuraikan isu dan cabaran pelaksanaan konsep zakat yang dihadapi oleh usahawan sosial
berjaya dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam. Kaedah penyelidikan yang digunakan
adalah berdasarkan meta-analisis dan analisis kandungan kajian-kajian lepas berdasarkan
sumber al-Qur‟an dan as-Sunnah. Kerangka maqasid shariah juga akan cuba dihuraikan agar
hubungkait pelaksanaan konsep zakat ini mencapai objektif dan matlamat syariat Islam.
Kajian mendapati terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan sosial
berjaya dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam. Antara isu yang dikenalpasti adalah isu
pelaksanaan, pengagihan, penerimaan, dan urusan birokrasi. Manakala cabaran yang dihadapi
adalah masalah sikap, persepsi, perundangan, ilmu pengetahuan dan kuasa pentadbiran. Jika
isu dan cabaran ini dapat diatasi, maka bukan sahaja saiz dana zakat akan berkembang,
malahan segala permasalahan yang dilalui oleh golongan masyarakat yang memerlukan juga
dapat diselesaikan seterusnya memastikan kemaslahatan umat Islam terjamin.
Kata kunci: Konsep Zakat, Keusahawanan Sosial Islam, Usahawan Sosial Berjaya.
a. Mohd Adib Abd Muin merupakan calon PhD Keusahawanan sosial di UniMAP dan
Pensyarah di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM. [email protected],
[email protected].
b. Muhammad Nasri Md Hussain, PhD, merupakan Profesor Madya dan Ketua Jabatan
Muamalat dan Kewangan Islam di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.
[email protected]
c. Muhammad Ahmad, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan
Islam, UUM. [email protected]
d. Mahyuddin Abu Bakar, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan
Islam, UUM. [email protected]
e. Shuhairimi Abdullah, PhD, merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Pusat
Pengajian Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Insan dan juga Pensyarah kanan di
UniMAP. [email protected]
1

1.0 Pengenalan
Zakat adalah salah satu sistem kehartaan dan ekonomi umat Islam yang berperanan
membangunkan kehidupan manusia. Istilah zakat telah disebut sebanyak 58 kali di dalam AlQuran. 32 kali disebut secara bersendirian dan 26 kali disebut secara beriringan dengan
kewajipan sembahyang. Perintah yang disebut secara beriringan ini menjadi bukti bahawa
Islam mementingkan pembangunan yang seimbang di dunia dan akhirat („Atiyatullah, 1970).
Jika dilihat secara menyeluruh fungsi zakat adalah untuk mengawasi perkembangan
pendapatan setiap individu agar tidak melebihi pertimbangan keadilan sesama manusia. Selain
itu zakat juga berperanan untuk memastikan perkembangan harta manusia dapat dimanfaatkan
untuk kecukupan diri dan semua manusia. Ini didapati dalam pesanan baginda dalam sabda
ketika mengutuskan para sahabat ke bandar dan kabilah sebagaimana maksud sabdanya:
”Dari Ibnu Abbas ra. bahawasanya Nabi saw. Mengutuskan Muadz ke Yaman
belaiu bersabda: ”Serulah mereka untuk menyaksikan bahawa tiada Tuhan
yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah.
Sekiranya mereka mentaati perkara itu, ajarkanlah mereka bahawa Allah telah
memfardukan solat lima waktu setiap sehari semalam. Jika mereka
mentaatinya maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan ke
atas mereka sedekah (zakat) yang diambil daripada orang kaya dan diberikan
kepada orang msikin dikalangan mereka. Jika mereka telah mengikuti, maka
berhati-hatilah terhadap kekayaan yang mereka anggap mulia. Dan takutilah
terhadap doa orang yang teraniaya, kerana antara dia dan Allah tiada lagi
penghalang (al-Bukhari 1986).
Rentetan itu kewajipan zakat adalah ibadat penting di samping solat malah menjadi
lambang keadilan ekonomi Islam dengan memberi jaminan pengagihan kekayaan secara adil
dan amanah. Justeru itu, agihan zakat yang sempurna akan memberi kesan secara langsung
kepada keseimbangan pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Ini amat bertepatan dengan
maksud perkataan zakat iaitu menambah, menyubur, menyuci dan mendamaikan (Al-„Ayni,
1972).
Zakat juga salah satu rukun Islam yang bersifat memberi perhatian kepada
pembangunan sosio-ekonomi. Perbincangan mengenai zakat dalam konteks ibadah tidak
boleh secara terpisah dengan aspek sosio-ekonomi kerana peranan utama zakat adalah
membantu golongan yang kurang berkemampuan berdasarkan konsep maslahah (al Qardhawi,
1973; Nabih Amin, 1966).
Sehubungan dengan itu kertas kerja ini akan membentangkan satu analisis konsep
kepada aktiviti keusahawanan zakat yang dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial yang
telah berjaya dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam mereka. Aktiviti keusahawanan sosial
Islam tersebut telah didapati berdasarkan kajian-kajian lepas dan juga pembuktian melalui
sumber wahyu al-Qur‟an dan as-Sunnah. Kertas kerja ini juga akan cuba merungkaikan
beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan berjaya dalam aktiviti keusahawanan
sosial Islam. Seterusnya, kajian ini juga telah meletakkan kerangka maqasid syariah sebagai
objektif utama dalam aktiviti keusahawanan sosial zakat.
Objektif khusus adalah menghuraikan beberapa dalil al-Qur‟an dan al-Hadis dalam
memberikan hujah yang kukuh terhadap pelaksanaan konsep zakat oleh golongan usahawan
sosial berjaya Islam dan menjelaskan beberapa isu dan cabaran yang berlaku. Kaedah
penyelidikan yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah berdasarkan kajian meta-analisis
dan analisis kandungan kajian-kajian lepas (Muhammad Syukri Salleh, 2011). Kajian ini juga
akan merujuk kepada sumber wahyu al-Qur‟an dan as-Sunnah untuk melihat nas-nas sahih
2

dalam konsep pelaksanaan zakat. Kerangka maqasid shariah juga akan cuba dihuraikan agar

Agama Islam adalah agama yang suci, diredhai dan diterima oleh Allah s.w.t. Allah
s.w.t. telah berfirman dalam al-Qur‟an yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam. Tiada
berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan
kepada mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa
yang kufur terhadap ayat-ayat Allah s.w.t., maka sesungguhnya Allah s.w.t
sangat cepat perhintunggan-Nya.” (Surah al-„Imran, 3: 19)
Agama Islam juga adalah agama samawi yang lengkap dan sempurna untuk seluruh
Muslim kerana ianya meliputi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Islam telah
menggariskan pelbagai panduan dalam kehidupan manusia sejagat sebagaimana firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu. Maka, sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan
dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah s.w.t Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)
Kesempurnaan agama Islam bukan hanya setakat merangkumi aspek duniawi dan
ukhrawi, malah tatacara penghidupan yang terbaik juga telah digariskan oleh Allah s.w.t
secara lengkap dan terperinci. Malahan didikan dan tunjuk ajar melalui sunnah Nabi
Muhammad s.a.w juga menjadikan agama Islam itu lebih mudah difahami dan dituruti.
Tambahan pula pendekatan al-maqasid al-syariah dan kaedah fiqh juga membantu dalam
mencapai kesempurnaan hidup dalam beragama. Di samping itu juga, manusia telah
dibekalkan dengan akal fikiran untuk digunakan bagi mencapai tujuan hidup serta
mendekatkan lagi diri dengan Maha Pencipta.
2.0 Konsep Agihan Zakat
Prinsip umum agihan zakat telah diperuntukkan dengan jelas di dalam Al-Quran
sebagaimana yang dijelaskan melalui surah Al-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
”Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk
hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang sedang
dalam perjalanan (terputus sumber kewangan) sebagai ketetapan yang
diwajibkan Alllah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (AlJazairi, 2007).
Menurut al-Zuhayli (2002), ahli fuqaha‟ bersetuju dan sepakat bahawa pelaksanaan
zakat merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan oleh ke atas
mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antara dalil pensyariatan zakat
telah dinyatakan dalam kitab suci al-Qur‟an melalui firmanNya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah)
sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa
yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja
memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan
3

pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang
buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata
padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa
Terpuji”. (Surah al-Baqarah 2:267).
Menurut Zulkifli al-Bakri (2011), fungsi zakat ialah mengawasi pendapatan seseorang
supaya tidak melanggar batas keadilan di kalangan mereka. Syeikh Muhammad bin Ibrahim
al-Syeikh berkata: “Di sini perkara yang amat penting yang sah untuk dibelanjakan padanya
dari zakat, iaitu persediaan kekuatan harta untuk dakwah kepada Allah s.w.t dan juga untuk
menghilangkan syubhah daripada agama dan ini merupakan sebesar-besar jihad pada jalan
Allah”. Zakat adalah fardhu dalam rukun Islam. Menurut pendapat Ibn al-Sobagh (t.t):
“Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir ”. Di zaman sahabat Saidina
Abu Bakar as-Siddiq, sesiapa yang tidak mengeluarkan zakat akan diperangi (Syed Ahmad
Semait, 2006). Hadis yang diriwayatkan oleh sahih al-Bukhari:
“Demi Allah! Aku akan memerangi siapa yang yang membezakan antara solat
dan zakat kerana itu adalah hak harta. Demi Allah! jika mereka menahanku
dari seekor anak kambing yang pernah mereka tunaikannya kepada
Rasulullah s.a.w, nescaya aku akan memerangi mereka lantaran enggan
memberikannya kepadaku”. (Hadis sahih al-bukhari, Kitab al-Zakat, Bab
Wujub al-Zakat)
Konsep zakat juga adalah satu proses penting dalam menyucikan jiwa dan harta
manusia daripada sifat-sifat mazmumah dan mendekatkan diri kepada sifat-sifat mahmudah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah 9:103)
2.2. Konsep Jaminan Sosial dan Meningkatkan Nilai Hidup Pemberi
Harta dan kekayaan adalah satu matlamat dalam kehidupan manusia. Mencari dan
mengumpul harta kekayaan tidak ditegah oleh agama, namun bagi orang yang faham tentang
hak-hak harta yang dikumpul dan dimilikinya akan menunaikan hak-hak harta tersebut. Zakat,
sedekah, pemberian, hadiah dan seumpamanya adalah hak-hak yang ada pada harta yang
dimiliki. Bagi orang yang bijak ia akan berusaha untuk menunaikan hak-hak harta kerana ia
adalah pelaburan akhirat kerana harta yang banyak bukanlah matlamat kepada hidup tetapi
wasilah kepada kesejahteraan hidup di akhirat. Justeru perintah zakat dating untuk memastikan
hak-hak harta yang wajib ditunaikan oleh pemiliknya. Maka ini bertepatan dengan maksud
firman Allah yang bermaksud:
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka”. (Al-Taubah 9:103)
Konsep penyucian dalam ayat tersebut juga sangat luas maksudnya. Ia merangkumi
penyucian sifat kedekut, kecintaan kepada diri sendiri, pentingkan diri dan sifat-sifat keji yang
lain. Sifat-sifat tersebut akan terhakis dengan sendirinya jika pemilik harta menunaikan zakat
4

dengan ikhlas. Allah telah menggambarkan taraf orang yang berjaya menyingkirkan sifat-sifat
tersebut dalam diri mereka sebagaimana firmannya yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya mereka itulah orangorang yang beruntung”. (Surah al-Taghabun 64:16 dan al-Hasyr 59:9)
Begitu juga Rasulullah s.a.w. telah memberi peringatan tentang perkara-perkara yang
boleh merosakkan seseorang melalui hadith riwayat al Tabarani yang bermaksud:
“Tiga perkara yang menjahanamkan: Perasaan kedekut yang dipatuhinya,
hawa nafsu yang diikuti dan kebanggaan seseorang dalam dirinya”. (Al
Musnad Ibn. Hanbal t.t.)
Pemberi zakat juga akan manfaat daripada kewajipan dengan mendidik dirinya
membelanjakan hartanya dengan betul yang secara tidak langsung akan meningkatkan
ketakwaan bertepatan dengan maksud firman Allah:
“Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi yang
bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan
sembahyang dan menafkahkan rezeki ya ng kami anugerahkan kepada mereka‟.
(Surah Al-Baqarah 2 : 1-3).
Konsep perbelanjaan dengan betul melalui pembayaran zakat adalah jelas kerana zakat
akan diberikan kepada golongan asnaf yang telah ditentukan. Penerima zakat akan merasa
senang dan secara langsung akan manghakis sikap cemburu, dengki dan seumpamanya dalam
masyarakat umat Islam. Ini kerana golongan kaya mengetahui tanggungjawab mereka untuk
membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan mandatori iaitu zakat dan sedekah
dan lain-lain (Mahyuddin 2012).
Daripada keadaan ini akan lahir rasa kasih sayang sesama Islam. Klimaks kepada
pelaksanaan zakat ini adalah tanda pernyataan syukur kepada Allah atas segala nikmat
kekayaan yang dianugerahkan kepada pemilik harta tersebut. Imam Al-Ghazali berkata
bahawa, Allah berhak disyukuri oleh hambanya diatas segala anugerah nikmat yang telah Dia
berikan kepada hambaNya (Al Hakim t.t.).
Sebagai institusi perbendaharaan yang berperanan dalam menjaga kebajikan golongan
yang memerlukan bantuan,istitusi zakat amat berkait rapat dengan peranan menjaga dan
menjamin kehidupan yang lebih baik kepada penerima zakat. Bantuan zakat akan dapat
mewujudkan rasa kebertanggungjawaban pemberi zakat yang akan melahirkan masyarakat
yang harmoni kesan daripada agihan kekayaan kepada golongan yang telah ditetapkan
sebagaimana dalam ayat 60 surah Al-Taubah (Mahmood Zuhdi 2006 & Mahyuddin 2012).
Dalam konteks ini juga zakat menjadi faktor yang boleh menghindarkan pengangguran
terutama kepada fakir dan miskin yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan. Dengan bantuan
dan agihan zakat yang dilaksanakan akan memberi peluang kepada golongan tersebut untuk
memperolehi hak mereka daripada harta zakat bagi memulakan pekerjaan sesuai dengan
kepakaran dan keupayaan mereka (Mustofa al Khin et. al (2005).
2.3 Definisi Zakat
Maksud zakat adalah bersih, tumbuh dan berkat. Ibn Manzur menyebut dalam kitabnya yang
terkenal Lisan al-Arab bahawa asas zakat ialah bersih, tumbuh, berkat dan pujian. Menurut
al-Raghib al-Asfahani: “Maksud asal zakat ialah subur yang terhasil dari keberkatan Allah
5

s.w.t dan ianya berkaitan dengan perkara dunia dan akhirat”. Dinamakan zakat dengan
makna tersebut kerana pengeluaran zakat untuk mengharapkan keberkatan atau
membersihkan jiwa dan menyuburkannya dengan segala kebaikan dan keberkatan (Zulkifli
Mohamad al-Bakri, 2011). Zakat juga membawa erti bersih. Hal ini berdasarkan firman Allah
s.w.t. dalam al-Qur‟an yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (dengan iman
da n amal kebajikan).” (Surah Asy-Syams, 91: 9)
Pengertian zakat pada istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian
harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat
yang ditentukan. Dalam kamus fiqh: Zakat pada syarak ialah pemilikan sebahagian daripada
harta yang ditentukan oleh syarak kepada orang Muslim yang fakir yang bukan di kalangan
Bani Hasyim di mana sebahagian harta dari kalangan orang kaya yang diberikan semata-mata
kerana Allah s.w.t. Pengertian zakat mengikut susunan empat mazhab adalah seperti berikut
(Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2011):
1) Mazhab
Hanafi
Memberikan hak milik sebahagian harta yang tertentu daripada harta
yang khusus kepada individu yang tertentu telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
2) Mazhab
Mengeluarkan sebahagian khusus daripada harta yang cukup nisab
Maliki
kepada orang yang berhak menerimanya, sekiranya sempurna milik dan
cukup haul iaitu bagi yang selain daripada harta galian, tanaman dan
rikaz.
3) Mazhab
Zakat adalah nama bagi sesuatu yang dikeluarkan daripada harta dan
Syafie
tubuh badan dengan cara yang tertentu.
4) Mazhab
Zakat adalah hak wajib pada harta yang tertentu diberikan kepada
Hanbali
golongan tertentu pada waktu tertentu.
(Sumber rujukan: Fatwa Zakat Kotemporari: Satu Kajian Hukum Muamalat (Siri Pertama)
oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2011)
Daripada definisi yang telah dijelaskan di atas, jelaslah bahawa perkataan zakat itu digunakan
untuk menunjukkan kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu sendiri iaitu menunaikan hak
yang wajib terhadap harta. Zakat juga digunakan untuk menunjukkan kepada sebahagian
harta yang telah ditetapkan yang difardhukan oleh Allah s.w.t sebagai satu hak kepada orangorang fakir. Zakat juga dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan keapda sifat
benar seorang hamba dalam melakukan ubudiyyah dan mentaati perintah Allah s.w.t (Zulkifli
Mohamad al-Bakri, 2011).
2.4 Lapan Golongan yang Berhak Menerima Zakat
Penerima harta zakat ini telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mana hanya terdapat lapan
golongan sahaja yang berhak menerima iaitu orang fakir, orang miskin, golongan amil
(pengutip zakat), muallaf yang memeluk agama Islam, untuk memerdekakan hamba, orang
yang berhutang, orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t, orang yang sedang dalam
perjalanan, dan sebagai ketetapan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. seperti firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
6

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang fakir, miskin, amil zakat,
para muallaf yang dilembutkan hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang
hendak memerdekakan diri, orang yang berhutang di jalan Allah s.w.t dan
orang yang sedang dalam perjalanan sebagai sesuatu ketetapan yang
diwajibkan Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (Surah at-Taubah, 9: 60)
3.0 Keusahawanan Sosial Islam
Keusahawanan sosial Islam merupakan aktiviti yang bermatlamatkan visi dan misi sosial.
Sumber rujukan utama konsep keusahawanan sosial Islam adalah merujuk kepada sumber
wahyu iaitu al-Qur‟an dan al-Hadis (Suhaimi Mhd Sarif et. al., 2013; Mohd Adib et. al.,
2014). Keusahawanan sosial Islam menitikberatkan setiap perkara yang dilaksanakan dalam
memenuhi matlamat dan objektif sosial selari dengan tuntutan syarak. Keperluan keusahawan
sosial Islam tidak terhad untuk di dunia sahaja malahan juga di akhirat bagi mendapatkan
keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t (Suhaimi Mhd Sarif et. al., 2013; Mohd Adib et. al.,
2014).
Keusahawanan sosial Islam adalah bermatlamatkan al-Maqasid al-Syariah (objektif
syariat Islam) iaitu aktiviti keusahawanan sosial yang seiring dengan tuntutan Islam dengan
mengambil kira aspek agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. (Yazilmiwati Yaacob &
Ilhaamie, 2012; Mohd Adib et. al., 2014). Islam menganjurkan kepada golongan usahawan
agar menjaga batas-batas dalam aktiviti keusahawanan seiring dengan matlamat asal dalam
kehidupan yang mana merujuk kepada ciri-ciri usahawan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w
iaitu sentiasa memastikan aktiviti keusahawanan sosial selari dengan kehendak syariah dan
mengelakkan dari segala unsur munkar (Mohd Adib et. al. 2014).
Dalil al-Qur‟an berkaitan dengan keusahawanan sosial Islam yang dijelaskan oleh
Allah s.w.t yang bermaksud seperti berikut:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Surah AlBaqarah: 261)
Menurut Tafsiran Ibnu Kathir (1301-1373) perumpamaan yang diberikan Allah s.w.t
mengenai penglipatgandaan pahala bagi orang yang menafkahkan harta kekayaannya di jalan
Allah dengan tujuan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dan bahawasanya kebaikan itu
dilipatgandakan bermula dari sepuluh sampai tujuh ratus kali lipatan. Sa‟id bin Jubair
mengatakan: “Iaitu dalam rangka mentaati Allah s.w.t.” Sedangkan Mak-hul mengatakan:
“Yang dimaksudkan adalah menginfakkan harta untuk jihad, berupa tali kuda, persiapan
persenjataan, dan yang lainnya.” Imam Ahmad juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a., ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap amal perbuatan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan
dilipatgandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat atau bahkan lebih, sesuai
kehendak Allah. Allah berfirman: „Kecuali puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku
7

akan memberikan pahala atasnya. Ia meninggalkan makanan dan minuman
kerana-Ku.‟ Dan orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan,
kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya.
Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau
minyak kasturi. Puasa itu perisai, puasa itu perisau.” (Demikian hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya)1
Dalil-dalil al-Qur‟an berkaitan dengan keusahawanan sosial Islam telah dijelaskan oleh
Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.
(Surah Al-Imran: 104)
“Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ
sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak
masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang
sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?"
Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami)
sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masingmasing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya. Maka Musa pun
memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi
ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan"
(Surah Al-Qasas: 23-24)
“Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj
sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami
menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan
syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia
menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku
menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan
tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka
sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi";
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua
gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
"Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah
menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku
tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka
juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah
suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku,
Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar".(Surah Al-Kahfi: 94-98)
“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang
yang berhak mendapatnya)”. (Surah Al-Maa‟uun: 7).
1
Lihat Tafsir Ibnu Kathir. Jil. 1. Ms: 669-670.
8

Rasulullah s.a.w. juga telah menunjukkan kaedah proaktif dalm bentuk
keusahawanan juga boleh membantu seseorang untuk meningkatkan tahap ekonomi
melalui sebuah hadith riwayat seperti berikut:
Anas bin Malik ra. ada meriwayatkan sebuah kisah tentang
pendekatan proaktif yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
usaha mengubah hidup seorang pemuda Ansar yang miskin. Pernah
seorang pemuda Ansar datang kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta
makanan namun baginda tidak terus memberi makanan namun
baginda bertanya apakah harta yang dimiliki oleh pemuda itu yang
masih ada dan boleh dijual. Pemuda itu menjawab dia memiliki
pakaian yang kasar dan bekas yang digunakan untuk minum air.
Pemuda itu balik ke rumah mengambil barang-barang yang
dinyatakannya lalu diserahkan kepada Rasulullah s.a.w. . Baginda
kemudiannya menawarkan kepada para sahabat yang ada sesiapa
yang berminat untuk membeli. Seorang sahabat telah sudi membeli
dengan harga 2 dirham. Duit tersebut diserahkan kepada pemuda
tersebut, baginda memberinya 1 dirham untuk tujuan membeli
makanan dan 1 dirham untuk membeli kapak.
Rasulullah SAW berpesan: “Beli makanan satu dirham dan segera
kembali (ke rumahmu) dan berikannya kepada isterimu. Dan gunakan
satu dirham lagi untuk membeli kapak, dan bawakannya ke mari.”
Tidak berapa lama, orang Ansar itu kembali bertemu nabi bersama
sebilah kapak. Kemudian Baginda SAW segera memasang kayu pada
kapak itu (sebagai hulu) lantas menyatakan: “Ambil kapak ini, dan
pergilah kamu mencari kayu, kemudian kamu jual kayu itu dan kamu
datanglah lagi (menemuiku) selepas lima belas hari.”
Selepas lima belas hari pemuda Ansar itu datang semula kepada Nabi
Muhammad s.a.w.. dengan membawa bersamanya 10 dirham hasil
jualan kayunya. Wang tersebut telah digunakan untuk membeli
pakaian dan sebahagiannya untuk membeli makanan keluarganya.
Selepas itu baginda s.a.w. bersabda: “Cara begini adalah lebih utama
bagi kamu daripada meminta-minta, sebab meminta-minta itu akan
meninggalkan tanda di muka kamu di akhirat nanti ” (Hadith Hasan
riwayat Abu Daud t.t.; Al Nasai‟ ;1994 dan Tirmidzi t.t.).
Kisah di atas menunjukkan bahawa usaha mengubah taraf hidup fakir dan
miskin yang masih mampu bekerja adalah dengan usaha mereka sendiri. Peluang
pekerjaan dan sokongan moral dan kewangan amat penting disalurkan kepada
golongan tersebut. Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan golongan
fakir dan miskin mendapat pembelaan melalui hak-hak mereka daripada agihan zakat
(Mahyuddin 2012).
Pelaksanaan aktiviti keusahawanan sosial Islam ini adalah sama dengan prinsip dan
falsafah keusahawanan Islam yang mana segala perkara yang dilaksanakan tidak terlibat
dengan elemen-elemen yang diharamkan antaranya:
1) Tidak terlibat dengan unsur riba, ketidakyakinan (gharar ), dan perjudian (maisir ).
9

2) Tidak terlibat dengan aktiviti kecurian.
3) Tidak terlibat dengan aktiviti monopoli dan eskploitasi.
4) Tidak terlibat dengan sumber-sumber haram seperti percampuran produk dengan
najis, anjing, dan babi.
5) Tidak mencampur adukkan sumber yang halal dan haram.
Keusahawanan sosial Islam ini telah menjadi salah satu aktiviti yang menyumbang
kepada pengukuhan ekonomi dan sosial masyarakat kerana tujuan aktiviti keusahawanan ini
dilakukan adalah adalah seperti berikut (Mohd Adib et. al, 2014):
1) Mengatasi masalah riba yang berleluasa dengan mewujudkan aktiviti keusahawanan
sosial Islam.
2) Membasmi masalah ekonomi dan sosial melalui penglibatan usahawan sosial berjaya
secara lansung.
3) Meningkatkan nilai kemasyarakatan dalam kehidupan.
4) Mengatasi masalah-masalah sosial masyarakat terutamanya golongan belia remaja.
5) Meningkatkan hubungan sillaturahim antara usahawan sosial berjaya dengan
masyarakat.
4.0 Pelaksanaan Zakat Dalam Keusahawanan Sosial Islam
Pelaksanaan konsep zakat yang dilakukan oleh usahawan sosial berjaya adalah bertujuan
untuk menenangkan jiwa dan membersihkan harta dari sifat tamak dan mementingkan diri
dalam hal dunia. Ini sesuai dengan falsafah pendekatan ekonomi dalam Islam iaitu tazkiyyah
(penyucian jiwa). Zakat yang boleh dilaksanakan oleh usahawan sosial berjaya ialah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
Zakat pendapatan
Zakat perniagaan
Zakat pertanian dan penternakan
Zakat emas dan perak
Zakat koperasi dan syarikat
Zakat Saham
Zakat KWSP, ASB, dan Tabung Haji
Zakat Pelaburan
Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (2011), terdapat beberapa keputusan perbincangan yang
dikeluarkan oleh para ulama dan Majma‟ fiqh Islami dengan kajian-kajian ilmiah dan kertaskertas kerja yang dikemukakan oleh ramai tokoh cendiawan Islam, kemudian semua kertas
kerja tersebut diperhalusi melalui muzakarah serta kesatuan pendapat dalam pelaksanaan
konsep zakat. Hasil perbincangan ini telah membuahkan natijah yang positif setelah
mengambil kira segala keperluan maqasid shariah dan maslahat ummah. Antara zakat yang
dibincangkan adalah seperti berikut:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
Zakat Hutang
Zakat Wakaf yang Tidak Tertentu
Zakat bagi Rumah atau Tempat Tinggal
Melantik seseorang dalam Mengembangkan Harta Wakaf
Zakat Saham dalam Syarikat
Menyegerakan Zakat Sebelum Cukup Nisab
10

7) Mengeluarkan Zakat Tanaman dengan Wang
8) Zakat Perhiasan
9) Zakat Anugerah Tamat Perkhidmatan
10) Zakat Kilang-Kilang atau Syarikat daripada Hasil Pertanian atau Pertenakan
11) Zakat Madu
12) Zakat Harta Awam
13) Zakat Mustaghallat
Antara objektif pelaksanaan konsep zakat ini adalah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
Melaksanakan pembayaran zakat sepertimana perintah Allah s.w.t.
Membersihkan jiwa dan harta pengeluar zakat
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri kepada Allah s.w.t
Menjadikan diri tidak tamak dalam mencari harta kekayaan di dunia.
Mengurangkan kadar kemiskinan
Mengalirkan kekayaan dan keuntungan kepada golongan yang memerlukan
Meningkatkan syiar Islam
Mewujudkan masyarakat yang seimbang dari sudut ekonomi, sosial, rohani, duniawi
dan ukhrawi.
5.0 Isu dan Cabaran Pelaksanaan Zakat
Antara isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan keusahawanan sosial Islam adalah:
1) Isu Pelaksanaan
Kebanyakan individu usahawan sosial berjaya kurang prihatin tentang konsep zakat dalam
menyucikan jiwa dan harta kerana terlampau sibuk dengan urusan perniagaan dan
keusahawanan (Mohd Adib et. al, 2015). Ini menyebabkan dana zakat yang sepatutnya
diterima oleh golongan asnaf tidak dapat dikutip dan dikembangkan untuk penggunaan yang
bermanfaat. Isu pelaksanaan ini sering kali dikuatkuasakan dan dipantau oleh pusat zakat
negeri dan majlis agama Islam negeri, akan tetapi masih lagi kurang kesedaran untuk
melaksanakannya secara keseluruhan.
2) Pengagihan dan Penerimaan
Isu pengagihan juga seringkali menjadi tajuk perbualan orang ramai sehingga reputasi dan
kredibiliti organisasi pusat lembaga zakat negeri selalu dipertikaikan. Hal ini terjadi
disebabkan pengagihan yang kurang cekap disebabkan jumlah pemohon zakat yang sering
meningkat dari masa ke semasa. Kecekapan dalam pengagihan dana zakat ini perlu
ditingkatkan dari masa ke semasa seiring dengan bantuan teknologi yang pantas agar segala
lompang dan kelemahan dapat diatasi (Mohammad Zaki et. al, 2014). Peroalan lain berkaitan
dengan isu pengagihan ialah melibatkan saudara mara terdekat dengan pekerja zakat. Antara
golongan yang termasuk dalam isu ini ialah:
1.
2.
3.
4.
Golongan fakir dan miskin
Golongan ibu tunggal
Golongan muaallaf
Golongan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di dalam dan luar Negara
11

5. Golongan orang yang berhutang sehingga terpaksa meminjam daripada ceti
haram.
6. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang sentiasa tidak mendapat perhatian
3) Isu Pengurusan dan kekurangan tenaga mahir yang cekap dan proaktif
Masalah pengurusan yang lemah dan pekerja yang kurang mahir dan proaktif menjadi isu
mengapa sistem pelaksanaan zakat menjadi tidak begitu berkesan (Ahmad Shahir & Adibah,
2010). Hal ini boleh di atasi dengan menghantar sebilangan pegawai dan staf sokongan untuk
melanjutkan pengajian secara berperingkat di dalam atau luar Negara secara separuh masa
atau sepenuh masa dengan harapan dapat meningkatkan prestasi dan keupayaan pelaksanaan
zakat di masa hadapan.
4) Rebat tunai
Usahawan sosial yang bergerak secara individu sahaja yang boleh mendapat rebat tunai
daripada kerajaan sebanyak 2.5% ke atas pendapatan agregat, manakala syarikat dan entity
korporat yang membayar zakat tidak dapat rebat tunai disebabkan Akta Cukai Pendapatan
1967 (Mohammad Zaki et. al, 2014). Dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) kerajaan boleh memberikan rebat cukai 10%. Menurut Mohammad Zaki et. al, (2014),
menyatakan bahawa ini tidak wajar kerana membayar zakat adalah keutamaan berbanding
cukai kerana tuntutan satu ibadah berdasarkan al-Qur‟an dan as-Sunnah.
5) Karenah birokrasi
Isu birokrasi ini menyebabkan golongan usahawan sosial yang berjaya kurang mendekatkan
diri kepada institusi zakat. Ini kerana usahawan sosial yang berjaya melaksanakan zakat
dengan memberi zakat secara lansung kepada golongan asnaf yang mereka rasakan layak
menerima zakat (Mohd Adib et. al, 2015; Mohammad Zaki et. al, 2014).
Manakala antara cabaran pelaksanaan konsep zakat yang dihadapi oleh usahawan sosial
berjaya pula adalah:
1) Masalah sikap
Usahawan sosial berjaya berkemungkinan mempunyai masalah sikap malas ataupun tidak
mengambil tahu tentang zakat kerana beranggapan bahawa akan ada pihak zakat mengutip
atau memberi peringatan untuk membayar zakat.
2) Persepsi individu dan masyarakat
Cabaran terhadap pandangan individu dan masyarakat kepada usahawan sosial berjaya yang
membayar zakat dengan mengatakan bahawa pelaksanannya itu sekadar menunjuk-nunjuk
atau bermegah-megah dengan jumlah zakat yang dikeluarkan.
3) Pengurusan kewangan
Cabaran yang dihadapi oleh setiap lembaga pusat zakat negeri adalah memastikan bajet
kewangan, pengurusan aliran tunai, dan perakaunan dengan baik kerana kutipan zakat
meningkat pada bulan Ramadhan dan bulan Disember saban tahun, akan tetapi komitmen
pusat zakat adalah setiap bulan dengan memastikan bajet pengurusan belanjawan, makanan
12

golongan asnaf fakir dan miskin, bantuan dialysis dan sebagainya (Ahmad Shahir & Adibah,
2010).
4) Perundangan
Disebabkan perundangan yang begitu longgar menyebabkan sebahagian usahawan sosial
berjaya tidak mengambil peduli tentang konsep zakat (Mohammad Zaki et. al, 2014).
Seharusnya kerajaan mewujudkan satu undang-undang dalam melaksanakan zakat harta bagi
setiap muslim yang memenuhi syarat kerana tuntutan zakat ini adalah ibadah yang
difardhukan oleh Allah s.w.t.
5) Ilmu pengetahuan
Masalah kekurangan ilmu pengetahuan dalam kalangan usahawan sosial berjaya juga menjadi
cabaran pelaksanaan konsep zakat kerana golongan yang mempunyai kesedaran dan
tanggungjawab yang begitu tinggi akan dapat merasai bahawa ibadah zakat adalah fardhu
bagi yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
6) Kuasa pentadbiran.
Disebabkan kuasa pentadbiran di pengaruhi oleh orang-orang politik maka individu yang
berkepentingan merasakan ibadah zakat ini hanya menguntungkan sebilangan pihak sahaja
dan sanggup menggunaka dana zakat dengan sewenang-wenangnya. Perkara ini harus diteliti
oleh individu-individu politik yang betul-betul memahami dan mendalami ibadah zakat yang
difardhukan oleh Allah s.w.t dengan baik.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya pelaksanaan konsep zakat dalam keusahawanan sosial Islam ini
perlu ditingkatkan agar kemaslahatan ummah dapat terjaga di samping objektif dan matlamat
maqasid shariah dalam meningkatkan kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih baik untuk
melakukan amal ibadah kepada Allah. Selari dengan objektif syariat zakat iaitu membangunan
nilai hidup pemberi dan penerima. Ini sangat penting agar zakat tidak dijadikan institusi yang
seolah-olah hanya “badan kebajikan” dalam Islam sedangkan matlamat zakat itu lebih luas
daripada itu. Diharapkan juga, semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan
beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan sosial berjaya dalam melaksanakan
konsep zakat dalam keusahawanan sosial Islam. Memandangkan tajuk kajian dalam
keusahawanan sosial Islam ini adalah sangat terhad dan ia penting dalam meningkatkan
ekonomi Negara maka di sarankan agar pelbagai pihak mengambil bahagian dan inisiatif
dalam meningkatkan pengetahuan diri untuk membantu bersama-sama membasmi pelbagai
masalah sosial melalui aktiviti keusahawanan sosial berpandukan ajaran Islam agar selari
dengan konsep subur (al Nama‟) dalam maksud zakat itu sendiri. Selain dijadikan bahan
bacaan tambahan dalam koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan perspektif Islam,
disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi kepada generasi
penyelidik yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan dan ilmu pengetahuan tentang
keusahawanan sosial Islam ini diperbanyakkan lagi di masa depan serta mendapat manfaat
daripada kertas kerja yang dihasilkan.
7.0 Rujukan
Ahmad „Atiyatullah, (1970). Al-Qamus al-Islami, Mesir, al-Nahdah, Vol. III.
13

Ahmad Ibn Hanbal, (t.t.). al Musnad, Beirut: Dar al Fikr.
Al-„Ayni, (1972). „Umdah al-Qari‟ Sharh Sahih al-Bukhari, Mesir, Mustafa al-Halabi,
Vol.VII.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail,(1986). Shahih al-Bukhari, Beirut: Dar Ibn Kathir
Al Jazairi, Syaikh Abu Bakar Jabir (2007). Tafsir Al Quran Al Aisar , Jil.3.
Al-Qardhawi , Yusuf (1987). Fiqh al Zakat. Beirut: Muassasah al Risalah.
Al-Tirmizi: Muhammad bin „Isa (t.t.). Sunan al-Tirmizi Tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir
dan lain-lain, Beirut; Dar al-Turath al-„Arabi.
Al-Nasa‟i, Ahmad bin Syu„aib (1994). Sunan al-Nasai bi Syarh al-Sayuti wa Hasyiah alSindi, Tahqiq: Abu Ghuddah, Halab: Maktabah al-Makbu„at al-Islamiyyah.
Ahmad Shahir Makhtar, Adibah Abdul Wahab (2010). Pengurusan Zakat di Negeri
Selangor: Isu dan Cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan &
Pengurusan Harta dalam Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hairunnizam, Sanep Ahmad dan Radiah Abdul Kader (2009). “Pengagihan Zakat Oleh
Institusi Zakat Di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?” Jurnal
Syariah, Jil. 17, Bil 1 (2009) 89-112.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mahyuddin Abu Bakar (2012). Hubungan antara agihan zakat dan kualiti hidup asnaf fakir
dan miskin. Tesis PhD, Universiti Utara Malaysia, 2012.
Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Shuhairimi Abdullah, Azizan Bahari,
Muhammad Ahmad, Azizi Abu Bakar (2015). Pelaksanaan hibah dalam
keusahawanan sosial Islam: Satu tuntutan agama. Prosiding Seminar Hibah Dalam
Pengurusan Harta Peringkat Kebangsaan 2015. Pp. 127-135.
Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizan Bahari (2015) Keusahawanan sosial
Islam: Konsep dan amalan. Prosiding Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2015, UPSI.
pp. 285-296.

Islam: Faktor-faktor penglibatan usahawan sosial berjaya. Prosiding Seminar
Penyelidikan Kebangsaan 2015, UPSI. pp. 1116-1125.
Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah. (2014). Model usahawan
berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human
Development and Communication. Vol. 3, (10), pp. 129-141.
Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria, Mahasin Saja, Siti
Aishah Sokhibul Fadil (2014). Isu dan Cabaran Zakat Perniagaan: Kajian di Negeri
Johor. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf
(IMAF2014). Malaysia: Kuala Lumpur.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali al-Syarbaji, (2005). Kitab Fiqh Mazhab Syafie,
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Muhammad Syukri Salleh. (2011). "Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam Untuk
Penyelidikan Berkaitan Islam" (Islamic Research Methodology for Islamic-Related
Researches), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nik Mustapha Nik Hassan (2001). “Semangat Pengagihan Zakat ke Arah Pembangunan
Ekonomi”. dalam Nik Mustapha Nik Hassan (Penyt). Kaedah Pengagihan Dana
Zakat Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
Qaradawi, Yusuf al- (2000). Fiqh al-Zakah. Vol II, English translation by Monzer Kahf,
Jeddah: Scientific Publishing Centre, King Abdul Aziz University.
14

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid dan Adnan Mohamad (2006). “Penswastaan Institusi
Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia”. International
Journal of Management Studies. 13 (2), 175-196.
Syukri Salleh (2006). “Lokalisasi Pengagihan Zakat: Satu Cadangan Teoritis”, dalam Hailani
dan Abdul Ghafar (Penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2011). Fatwa zakat kontemporari. Siri kajian hukum muamalat
(siri pertama). Kuala Lumpur: Bank Muamalat Bhd.
15