Kesediaan Pelajar FPTV bidang Elektrik a

1

KESEDIAAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL BIDANG ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK SEBELUM
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Tengku Khairul Anuar bin Tengku Mat Halim, Jamil bin Abd Baser

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik)
Universiti Tun Husseinn Onn Malaysia

ABSTRAK
Kesediaan pelajar dalam menjalani latihan industri merupakan salah satu masalah yang selalu
dialami oleh pelajar di sesebuah institusi. Masalah ini juga boleh menyebabkan pelajar akan
mengalami kekeliruan dalam pemilihan tempat untuk melakukan latihan industri serta tidak
dapat memberikan komitmen yang baik dalam latihan tersebut dan akan menyebabkan
memberi kesan terhadap prestasi sesebuah institusi pengajian mereka. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk mendapat maklum balas mengenai kesediaan dan persepsi pelajar sebelum
menjalani program latihan industri bagi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Kajian ini dijalan kepada pelajar tahun tiga
semester enam bagi khusus Elektrik dan Elektronik yang akan menjalani latihan industri pada

semester akan datang. Hasil kajian ini akan digunakan bagi memperbaiki pelaksanaan serta
menambahbaikan kekurangan dari maklumat yang telah dianalisis. Sampel kajian adalah
seramai 90 responden daripada bilangan pelajar dalam bidang tersebut. Kajian adalah
berbentuk tinjauan yang menggunakan dua instrumen kajian dalam mendapatkan data iaitu
soal selidik dan temu bual. Data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the
Social Sciences” (SPSS versi 10). Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk
analisis statistik secara deskriptif. Taburan peratusan digunakan untuk mengenalpasti
latarbelakang responden manakala taburan peratusan min digunakan bagi mengenalpasti
maklumat tentang program latihan. Kajian ini juga akan dapat memberikan tahap kesediaan
pelajar bagi menjalankan latihan industri pada masa akan datang dan akan member kesan
kepada diri pelajar itu sendiri serta kepada pihak fakulti.

2

ABSTRACT
Readiness of students in industrial training is one of the problems commonly experienced by
students in an institution. This problem can also cause students to experience confusion in
choosing a place to do training industry and cannot give a good commitment in training and
will result in an impact on the performance of their education institutions. Therefore, this
study aimed to get feedback on the readiness and students' perceptions before undergoing

industrial training program for Technical and Vocational Education Faculty at Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, Johor. The study conducted in three semesters to students six to
special Electrical and Electronics that will undergo industrial training in the next semester.
The results of this study will be used to improve the performance and enhance the lack of
information that has been analyzed. The sample comprised 90 respondents from the number
of students in these fields. The study was a survey using two instrument in securing the data
questionnaires and interviews. Data were analyzed using "Statistical Package for the Social
Sciences" (SPSS version 10). All data are analyzed and presented in the form of descriptive
statistical analysis. The distribution percentage is used to identify the background of the
respondents, while the mean percentage distributions used for identifying information about
the training program. This study will also be able to provide the degree of readiness of
students to undergo industrial training in the future and will affect the students themselves as
well as to the faculty.

1.

Pengenalan

Latihan industri merupakan satu bentuk program latiham amali di sesebuah oraganisasi atau
industri yang dilalui oleh pelajar dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh institusi untuk

mendapat pengalaman alam pekerjaan sebenar di organisasi atau industri tersebut. Menurut
(Hellriegel, 2009) melalui program latihanlah, pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai
peribadi seseorang pekerja itu dapat dipertingkatkan selaras dengan tuntutan perubahanperubahan yang berlaku dalam bidang kerja mereka. Kewujudan program latihan industri
sebahgai sebahagian daripada kurikulum pendidikan yang wajib diambil bagi menyahut
cabaran Wawasan 2020. Hal ini lebih penting apabila ianya didalam pendidikan teknikal dan
vokasional bagi menyediakan pekerja yang berwibawa bagi merealisaikan impian tersebut.
Program latihan industri diperkenalkan dalam kurikulum instisusi pendidikan sebagai usaha
untuk menjadikan program pendidikan dan latihan lebih berintegrasi dengan kemahiran yang
diperlukan di dalam negara ini (Ibrahim Abu Shah, 1994). Dengan itu, pelajar perlulah
mempelajari seberapa banyak kemahiran dan juga pengetahuan yang di ambil dari tempat
melakukan latihan industri bagi memanfaatkan peluang yang diberikan. Fakulti Pendidikan
Teknikal Dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn adalah salah satu Institusi
Pengajian TinggiAwam (IPTA) yang berfungsi dan terlibat dalam melahirkan tenaga mahir
dalam bidang pekerjaan pendidikan terutamanya yang menjurus kepada Kolej Vokasional di
seluruh Malaysia.
Ia bertujuan untuk memastikan tenaga kerja yang dikeluarkan memenuhi kriteria-kretirea
tertentu seperti berkualiti, berdaya saing dan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang
memenuhi spesifikasi dalam sistem pengajaran di Kolej Vokasional dan institusi pendidikan.
Bagi mencapai matlamat ini, perkara yang perlu dilakukan oleh FPTV adalah
mempelbagaikan aktiviti pendidikanya secara menyeluruh sama ada dari segi teori dan amali

termasuk mengadakan program latihan industri kepada para pelajarnya. Program latihan

3

industri ini bertujuan untuk pendedahan awal pelajar-pelajar kepada pengalaman sebenar
bekerja di sektor industri, firma-firma swasta atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan
bidang pengkhususan mereka. Selain daripada itu, ia membolehkan pelajar untuk terlibat
dalam mempraktikkan segala pengetahuan yang sedia samada teori dan juga amali yang telah
dipelajari oleh mereka semasa di universiti.

1.1 Skop Kajian
Kajian Kesediaan pelajar FPTV dalam bidang Elektrik dan Elektronik sebelum
menjalani latihan industri ini tertumpu kepada pelajar yang akan menjalani latihan
industri dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Para pelajar tersebut kini sedang
berada di Tahun Tiga iaitu pada Semester Enam sesi 2014/2015. Kajian ini juga
ditumpukan kepada semua pelajar Tahun Tiga Elektrik dan Elektronik yang sedang
menuntut di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana semuapelajar tersebut
akan menjalani latihan industri pada semester akan datang.

1.2 Kerangka Teori


TAHAP KESEDIAAN
PELAJAR

Pendedahan Dari Pihak

Pengetahuan Latar Belakang

Fakulti Tentang Latihan

Firma Sebelum Menjalani

Industri

Latihan Industri

Penguasaan Pelajar Terhadap
Teori, Amali Dan Kemahiran
Psikomotor Sebelum
Menjalani Latihan Industri


Kesediaan Pelajar Untuk
Menjalani Latihan Industri

2.0

Kajian Literatur

Perubahan zaman pada hari ini amat jelas sekali apabila banyak perkara yang menggunakan
teknologi moden dan semakin canggih. Tidak dinafikan juga bahawa Malaysia adalah negara
yang tergolong dalam perubahan untuk membangunkan negara yang sedang pesat bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020. Perubahan dalam teknologi dan peningkatan pesat
kerumitan proses-proses kerja dalam industri-industri di Malaysia telah mencipta permintaan
baru tenaga kerja mahir, iaitu berpengetahuan atau “K-workers” (Shayamal, 2008). Namun
begitu, satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi adalah perkembangan pesat yang yang

4

berlaku ini berkait rapat dengan sektor pembangunan ekonomi yang berteraskan penggunaan
sains dan teknologi. Selain dapat menjana ekonomi, ia juga dapat menghasilkan ramai tenaga

mahir untuk di gunakan bagi pasaran kerja. Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam
pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki
pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (Hashim, Wahab, and
Ali 2005).

2.2 Latihan Industri
Menurut Cascio (1989), latihan merupakan sebuah program yang terancang yang
direkabentuk untuk menambahbaik prestasi di peringkat individu mahupun kumpulan.
Oleh itu dalam sesuatu perkara yang ingin dilakukan supaya menjadikan ianya
terbaik, perlulah satu latihan yang terperinci. Bagi menjadikan sesuatu pembelajaran
tersebut menjadi berkesan sudah pasti pelajar mesti adapengalaman untuk melakukan
kerja-kerja amali. Bukan sahaja melakukan di makmal ataupun didalam kelas sematamata namun perlulah ke industri mahupun tapak lapangan untuk merasai sendiri
bagaimana pengalaman tersebut.
2.2 Kemahiran Dari Pelajar
Selain dari mengikuti kelas yang diajar teori, para pelajar juga memerlukan
pengetahuan dari segi kemahiran. Ini kerana, perkara yang perlu dilakukan semasa
kerja nanti mestilah berdasarkan apa yang telah dipelajarinya bukan sahaja teori
semata-mata kerana mereka adalah pelajar dari Teknikal Dan Vokasional. Tingkat
kebolehpasaran seorang graduan bukan sahaja bergantung pada pencapaian akademik
tetapi bergantung kepada kemahiran insaniah dan kemahiran praktikal (Beard, 2007;

Mariana, 2008; Yassin, 2008; Mohamad Sattar Rasul, et al., 2009; Nik Azma, 2011).
Namun begitu, pihak industri mahupun majikan bukan sahaja mahu kepada prestasi
akademik semasa di institusi pengajian, malah kemahiran yang perlu ada oleh
seseorang pelajar adalah kemahiran psikomotor dan insaniah.
2.3 Tujuan Latihan
Latihan yang akan diulas adalah berkenaan tentang latihan yang lebih formal seperti
kursus, seminar, dan bengkel (Wolf, Tanna dan Singh dalam Mohd Zayadi, 2002).
Latihan adalah sebarang aktiviti yang bertujuan untuk memperbaiki kemahiran
seseorang bagi melaksanakan sesuatu tugas. Secara umumnya latihan adalah berkaitan
dengan sesuatuprogram yang menyediakan pekerja dengan pengetahuan, sikap dan
pengetahuan yang perlu bagi menghasilkan kerja yang berkesan.
Pada beberapa tahun yang lepas, banyak kajian berkaitan dengan fokus kajian dan
telah diperluaskan lagi. Jika dilihat sebelum ini, latihan sebenarnya hanya banyak
tertumpu kepada mengajar kemahiran teknikal, seperti melatih dalam pendawaian
elektrik ataupun guru membuat perancangan pengajaran.
2.4 Kepentingan Latihan Industri
Latihan industri adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan
sebenar setelah mempelajari aspek-aspek teori didalam kelas. Ianya diperlukan untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang pengkhususan mereka.


5

Objektif latihan industri adalah untuk membantu melatih tenaga-tenaga kerjamenjadi
pekerja mahir dalam bidang tertentu, antaranya ialah:
a) membina penghargaan yang mendalam dalam bidang sains dan teknologi
b) menyediakan landasan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan bidang
pelajaran tertentu
c) membina skill, etika kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya mereka
boleh diberi pekerjaan bagi meningkatkan produktiviti
d) membantu bidang perindustrian dan kemodenan dengan menyediakan sumbersumber tenaga kerja yang diperlukan oleh pengguna.
2.1 Kemahiran Psikomotor
Kemahiran psikomotor adalah sesuatu yang amat penting untuk pelajar terutama
sekali dalam bidang kejuruteraan. Ini kerana dalam melalui kemahiran psikomotor
pelajar dapat mengaplikasikan segala teori pelajaran mereka pelajari kearah
kemahiran. Kemahiran manusia yang membina alat-alat kegunaan bagi kehidupan
harian adalah hasil gabungan banyak jari-jari yang berkebolehan dalam menghasilkan
idea inteleknya. Jadi kemahiran psikomotor mempunyai gaya, bentuk, penyusunan
dalaman dan penyelarasan dengan objek lain di perekitaran luar. Maka untuk
memberikan kemahiran kepada seseorang pelajar dalam menjalankankan kemahiran
sudah tentu, pensyarah perlu meninjau dan mengulangi kemahiran tersebut agar ianya

menjadi sebati didalam diri pelajar. Ini kerana apabila pelajar menjalani latihan
industri, sudah tentu mereka tidak kekok lagi dengan aplikasi yang pernah digunakan
ketika berada diindustri dahulu.
3.0

Latarbelakang Masalah

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun pesat dan telah meletakkan harapan
untuk mencapai sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Justeru itu, sudah pasti ramai
tenaga mahir yang perlu diguna pakai bagi memastikan matlamat uang ingin dicapai itu
menjadi sebuah kenyataan. Oleh itu untuk merealisasikan hasrat kerajaan sistem pendidikan
haruslah memenuhi keperluan dari industri dan mempunyai kemahiran bagi berupaya berdaya
saing untuk melahirkan tenaga kerja yang kreatif dan produktif. Menurut (Kamarolzaman,
2001) buat masa ini sistem pendidikan kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan tersebut
dan ini telah menjadikan ketidakseimbangan dalam permintaan dan bekalan tenaga kerja.
Dengan ini, sesuatu inisiatif perlulah diambil bagi menangani masalah yang boleh diperbaiki
bagi memberi ruang yang luas lagi untuk mendapatkan tenaga kerja yang lebih ramai serta
mampu berdaya saing dan berkemahiran. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah banyak
melaburkan wang bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menyediakan tempat dan
latihan. Sungguhpun begitu ia masih lagi tidak mampu untuk menampung dan memenuhi

permintaan daripada pihak industri. Namun begitu ada juga yang mengkritik mengatakan
pelajar yang lulusan dari teknikal dan vokasional ini tidak mempunyai kemahiran yang
banyak selain gagal untuk bersaing mendapatkan pasaran kerja. Bahkan ada juga industri
yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mutu dan jenis program yang telah diikuti
oleh pelajar.
Mereka mengatakanya, tidak secocok oleh sebab kemahiran yang diperolehi oleh lepasan
mana-mana pusat tersebut tidak sesuai dengan keperluan (Abdullah Sanusi, 1994). Bermula
dari sinilah kurikulum latihan industri diperlukan agar dapat memberikan latihan yang
berkesan dan kemahiran di alam pekerjaan sebenar kepada pelajar. Ianya telah dibentuk bagi

6

memberi kesan yang mendalam dan bertujuan memberi kemahiran yang ada pada industri
bagi mencapai matalamat tenaga kerja mahir. Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan program Latihan Industri di institusi-institusi pengajian
tinggi agar selari dengan kehendak dan keprluan industri.
4.0

Penyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau perlaksaan program latihan industri yang
dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Elektrik dan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ianya mengambil kira
untuk melihat tahap kesediaan para pelajar sebelum menjalani latihan industri di industri,
firma mahupun sektor awam. Banyak kajian yang ingin melihat tahap pencapaian terhadap
latihan industri telah dijalankan. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk melihat apakah
faktor-faktor dari seri kesediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri. Maka adakah
dengan mengambil kira faktor-faktor kesediaan ini para pelajar akan dapat menjalani latihan
industri dengan lebih produktif dan berkesan lagi.
5.0

Objektif Kajian

Objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah ingin melihat kesediaan pelajar
sebelum menjalani latihan industri. Namun begitu terdapat juga objektif lain yang
memainkan faktor-faktor utama dalam menjalankajian ini.Antara objektif lain yang ingin
dicapai dalam menjalankan kajian ini adalah :

i. Mengenalpasti pendedahan yang diberikan oleh pihak fakulti kepada pelajar
sebelum menjalani latihan industri.
ii. Mengenalpasti sejauhmana pelajar mengetahui latar belakang firma sebelum
mereka menjalani latihan industri.
iii. Mengenalpasti sejauhmana penguasaan pelajar terhadap teori dan amali serta
kemahiran psikomotor sebelum menjalani latihan industri.
6.0

Metodologi Kajian

Didalam kajian ini beberapa proses prosedur dan metodologi atau kaedah yang akan
digunakan bagi merealisasikan kajian ini iaitu rekabentuk kajian, responden, instrument dan
analisis data. Kajian ini juga menggunakan kualitatif bagi mendapatkan data. Apabila aspekaspek ini dibuat, supaya ia lebih jelas terhadap batasan kajian. Kaedah yang tepat perlu
diambil kira bagi menjamin kesahan hasil kajian dan penyelidikan. Selain daripada itu
pengkaji juga dapat mengetahui arah tujuan kajian yang hendak dibuat. Penyediaan
instrument juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan keputusan kajian yang betul.

6.1 Rekabentuk Kajian
Bagi bagi ini rekabentuk kajian yang digunakan untuk menjalan kajian ini adalah
secara tinjauan soal selidik. Kaedah ini sesuai digunakan kerana ianya bersifat umum,
membolehkan penyelidik memahami keseluruhan kawasan kajian dengan sampel
yang kecil. Menurut (Najib, 1999), kaedah soal selidik lebih mudah ditadbir setelah
dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis. Oleh itu, bagi
mendapatkan jawapan yang tepat terhadap masalh kajian yang dilakukan kaedah
soalselidik amat sesuai untuk digunakan. Ini bagi menjawab persoalan serta objektif

7

kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji. Selain itu, maklumat yang akan diperolehi
oleh pengkaji lebih tepat dan relevan untuk digunakan.
6.2 Responden
Respondent yang digunakan didalam kajian ini ialah pelajar dalam kalangan tahun 3
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Elektrik dan Elektronik yang akan menjalani latihan
industri pada semester enam selama dua bulan. Sampel kajian yang diambil
persempelan rawak jenis mudah. Menurut (Najib 1999) sampelan rawak jenis mudah
ialah suatu keadaan sampel dipilih daripada sampel populasi yang banyak. Setiap
pelajar yang dipilih pula haruslah memenuhi kriteria-kriteria tertentu bagi melayakkan
merekabertindak sebagai responden serta untuk memastikan dapatan kajian itu nanti
adalah tepat, betul serta tidak boleh dipertikaikan.
6.3 Instrument
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan responden terhadap
persoalan dan objektif kajian. Sebelum soal selidik dibina, pengkaji telah membuat
bacaan literatur berhubung dengan persoalan kajian ini. segala data serta informasi
berkenaan kajian ini diselidik menggunakan sember-sumber data primer dan sumbersumber data sekunder. Selain itu juga, instrument yang digunakan dalam kajian ini
adalah menggunakan borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
menggunakan pendekatan skala likert. Soalan-soalan yang dikemukakan bersesuaian
dengan penyelidikan yang dijalankan. Jadual penggunaan skala likert seperti dibawah.

Maklum Balas
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Neutral
Setuju
Sangat setuju

6.4 Analisis Data

Skala Likert
1
2
3
4
5
Jadual Penggunaan Skala Likert.

8

Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi adalah
menggunakan pakej perisian computer iaitu “Statistical Package for Sosial Science
Series” (SPSS version 10). Data-data yang diperolehi dikumpul daripada kajian ini
adalah data kuantitatif yang berbentuk interval (perbandingan). Ia digunakan bagi
menganalisis data memandangkan perisian ini merupakan sebuah perisian yang boleh
digunakan untuk menganalisis statistic dan pengurusan data dalam persekitaran
bergrafik (Mohd Najib 2003).
7.0

Rumusan

Tidak dapat dinafikan bahawa bagi mencapai negara maju, ramai tenaga mahir diperlukan
untuk menampung keperluan dan kehendak pihak industri. Oleh itu semuapihak perlu
bekerjasama bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Bagi melahirkan kualiti tersebut,
sesuatu perubahan dari peringkat akar umbi perlu dilakukan. Dengan adanya program latihan
industri untuk pelajar institusi pengajian tinggi bagi mempraktikkan amalan pekerjaan
sebenar akan menjadikan para pelajar menpunyai pengalaman. Namun begitu, bagi
menjadikan program ini memberikan keberkesanan, pihak institusi perlulah mengetahui
dahulu setakat mana persediaan para pelajar sebelum turun menjalani latihan industri di
firma-firma mahupun jabatan awam.
Persediaan yang rapi amat penting bagi membantu pelajar tersebut tidak kekok untuk
melakukan kerja kemahiran yang perlu dilakuakan di industri. Walaupun tidak semua mereka
tahu tentang kegunaan mahupun kemahiran yang perlu dibuat, tetapi cukuplah sekadar
mengetahui selok belok dan bekalan bagi tidak nampak terlalu cetek pengetahuan. Ini kerana
imej yang dibawa oleh mereka adalah seorang pelajar universiti yang bakal mengisi dan
menjayakan matlamat Wawasan 2020 yang ingin dicapai oleh kerajaan kita tidak lama lagi.
Sebagai persiapan awal, merekalah yang akan membentuk dan mencorakkan negara ini pada
masa akan datang.

Rujukan

9

Abdul Ghafar M. N. (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Edisi
Pertama.Skudai: UniversitiTeknologi Malaysia
Abdul Ghaffar M. N. (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai : Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia
Abdullah Sanusi Ahmad (1994), “Perkembangan Pentadbiran Awam Dan Pengurusan :
Koleksi Ceramah Umum”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beard, D., Schwieger, D. & Surendran, K. 2007. “Incorporating Soft Skills into Accounting
and MIS Curricula.” SIGMIS-CPR‟07, April 19-21, St. Louis, Missouri, USA. ACM
978-1-59593-641-7/07/0004. 179–185.
Cascio, W.F. (1989). “Human Resource Management.” New York: Mc Graw Hill.
Hashim, Haslinda @ Robita, Muhammad Nubli Abdul Wahab, and Zarina Mohd Ali. 2005.
"Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya Di
Kolej Universiti Kejuruteraan." In Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan
Kejuruteraan. Di Hotel Aseania, Langkawi.
Hazreel Hasmi (2000). “A Survey On Tourists Awareness Towards Malaysian Handicrafts”.
Shah Alam : Universiti Teknologi MARA
Hellriegel, D., Jackson, S.E. dan Slocum, J.W. “Management.Ohio”. South-Western College :
Publishing.2009
Ibrahim Abu Shah (1994). “Perspektif Sumber Manusia ke Arah Mencapai Wawasan 2020.”
Ampang, Hulu Klang, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamarolzaman M. J. dan Abu Bakar H. “Globalisasi Pendidikan Teknik dan Vokasional Ke
atas Pembangunan Sumber Manusia Pada Abad ke-21 : Satu Perancangan
Strategik.” Seminar Isu-isu Pendidikan Semasa. Anjuran Fakulti Pendidikan, UPM, 8
Sept. 2001)
Mohd Zayadi S. (2002). “Pandangan Terhadap Keberkesanan Latihan Industri : Tinjauan
Ke Atas Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Di KUiTTHO”. Kolej University
Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan)

10

Shayamal M., (2008). Emerging Generic Skills & Challenges of Learning Systems: Training
K-Workers. “Re-Engineering” Dual Training – The Malaysian Experience.