Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berd
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berdasarkan
Manhaj al-Quran Dan Hadith
Solahuddin Abdul Hamid
Pusat Pengajian Umum
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Pembangunan
budaya
kerja
cemerlang
berorientasikan falsafah kebendaan kelihatan
cenderung
berorientasikan
kepada
inovasi,
kemampuan dan kewibawaan manusia semata-mata.
Budaya
kerja
yang
hanya
mementingkan
peningkatan kerjaya dan pengumpulan harta,
dikhuatiri akan melahirkan personaliti homo
economicus yang berhubung secara positif dengan
pembangunan ekonomi yang bebas daripada nilainilai normatif. Berdasarkan tasawur Islam, manusia
sebagai agen aktif pembangunan bukan sahaja
dinilai budaya kerja mereka sebagai mekanisme asas
untuk penetapan sempadan upah dan pengiktirafan,
malah ia turut mencakupi pembalasan di akhirat
kelak. Budaya kerja merupakan sebahagian daripada
pembangunan ekonomi Islam yang bersifat
komprehensif dan berbilang dimensi serta bersifat
kualitatif dan kuantitatif. Berasaskan analisis
terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadith terpilih
berkaitan budaya kerja, penetapan manhaj
transformasi
tersebut
seharusnya
mampu
menterjemahkan kesepaduan antara elemen spiritual
dan sosio-ekonomi seperti keimanan, hubungan
kemanusiaan, motivasi, ketekunan serta ilmu secara
menyeluruh bagi membentuk personaliti homo
Islamicus yang bukan sahaja mengejar kemajuan diri
sendiri, malahan turut melindungi kepentingan
manusia sejagat.
Keywords: transformasi, budaya kerja cemerlang,
manhaj, homo economicus dan homo Islamicus.
PENGENALAN
Allah S.W.T. telah mengisi hati manusia dengan sifat
gemar bekerja dan mencintai habuan atau hasil
perolehan daripada melakukan kerja. Fitrah ini adalah
bertepatan dengan saranan agama yang secara
semulajadi selari dengan keperluan dan sifat kejadian
manusia. Sebagai khalifah (surah al-Baqarah (2):30)
manusia seharusnya menggunakan kekuatan akal dan
fizikal yang dikurniakan untuk membangun serta
memajukan alam hingga ke peringkat semaksima
mungkin manakala sebagai hamba (surah al-Dhariyat
(51):56) kebebasan bertindak adalah terhad dan
tertakluk kepada sempadan dan garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Justeru, manusia
perlu
mengimbangi
dualistik
peranan
dan
tanggungjawab besar tersebut supaya tidak
terperangkap dalam asetisisme mutlak atau
materialisme sepenuhnya.
BUDAYA KERJA DALAM ISLAM
Ibn Khaldun (t.t.) menjelaskan, perolehan keperluan
hidup seseorang bergantung kepada keinginan dan
usahanya untuk mendapatkan segala sesuatu yang
berasal daripada Allah S.W.T. (surah al-‘Ankabut
(29):17). Walau bagaimanapun, keperluan tersebut
hanya diperolehi melalui usaha. Oleh itu, kerja
dianggap sebagai suatu modal tulen yang tidak boleh
dicari tetapi merupakan nilai yang dapat ditimbulkan
daripada diri manusia sendiri. Al-Quran secara
konsisten telah menggunakan terminologi ‘amal ()ﻋﻤﻞ
dan al-kasb ( )ﺍﻟﻜﺴﺐyang merujuk kepada tema kerja
telah sebanyak 371 kali di dalam al-Qur’an melalui
86 surah (Sadiq Mahdi al-Sa‘id,1983). Aktiviti
pekerjaan yang dilakukan adalah bagi memenuhi
keperluan manusia pengguna kerana ia adalah sebagai
wasilah manusia untuk memakmurkan bumi dan jalan
untuk memperolehi nikmat Allah S.W.T. (Khalifah
Ba Bakr al-Hasan, 2000).
Dalam konteks kerangka pemikiran ekonomi Islam
semasa, ‘Abd al-Rahman Yusra Ahmad (2007)
mendefinisikan istilah kerja meliputi keseluruhan
pekerjaan manusia kerana dunia dan akhirat.
Antaranya aktiviti pengeluaran sama ada yang
dilakukan secara individu atau berkumpulan bagi
menghasilkan barangan keperluan dan perkhidmatan
bagi memenuhi keperluan individu atau masyarakat.
Manakala al-Qaradawi (2001) memperincikan aktiviti
tersebut sebagai satu usaha manusia secara sedar
sama ada secara individu atau beramai-ramai bagi
menghasilkan barangan atau memberi perkhidmatan.
Selain daripada sebagai mekanisme untuk membasmi
kemiskinan, kerja merupakan faktor utama dalam
membantu manusia melaksanakan tugas mereka
sebagai khalifah. Manakala Sadiq Mahdi al-Sa‘id
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
(1983) mendefinisikan kerja kepada aktiviti spiritual,
himpunan tingkahlaku dan aktiviti ekonomi.
Manakala dalam konteks ekonomi Islam, kerja
merupakan kesungguhan anggota badan dan akal
yang dicurahkan oleh manusia dengan menggunakan
sumber-sumber semulajadi bagi mendapatkan rezeki
melalui penghasilan perkhidmatan atau barangan
keperluan untuk memenuhi keperluan hidup.
Islam dan petani bukan Islam mungkin menggunakan
alat dan kaedah pertanian yang serupa jenisnya, tetapi
masing-masing tetap berbeza pada peringkat
falsafahnya. Petani bukan Islam bertani sekadar untuk
merealisasikan
keinginannya
serta
mencapai
kepuasan melalui pengeluaran dan seterusnya
memperolehi pendapatan maksimum, manakala
matlamat petani Islam bertani lebih jauh daripada itu.
Justeru, kerja merupakan asas utama bagi setiap
individu atau masyarakat untuk mendapatkan habuan
yang lebih atau kurang daripada kadar keperluan
hidup mereka. Setiap individu berkewajipan
melaksanakannya sesuai dengan kemampuan diri
asalkan ia adalah hasil usaha sendiri yang sah dan
halal menurut Syarak. Tidak terdapat ukuran
maksimum atau minimum yang ditentukan. Islam
lebih mementingkan kesederhanaan dalam memenuhi
keperluan tersebut di samping menentang keras
budaya pengangguran dan amalan hidup yang hanya
memakan keringat orang lain (Muhammad Baqir alSadr, 1968 dan al-Qaradawi, 2001).
Fungsi sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.
memerlukan mereka berikhtiar serta mengimbangi
antara memenuhi keperluan fizikal dan rohani dalam
kehidupan seharian. Kesepaduan yang wujud ini
merupakan tenaga penggerak dalaman utama yang
mencetus dan menggerakkan kesatuan potensi mental
dan fizikal manusia ke arah melaksanakan seluruh
perintah Allah S.W.T. dalam kehidupannya yang
merangkumi soal pembinaan diri, masyarakat dan
negara (Isma‘il Raji al-Faruqi, 1992). Melalui
kesepaduan pembangunan dalam seluruh dimensi
kehidupan manusia dijangka akan melahirkan
individu Islam yang bersifat homo Islamicus adil,
bertanggungjawab kepada masyarakat dan prihatin
(altruistic). Menurut Timur Kuran (1992), personaliti
homo Islamicus secara sukarela sanggup menolak
godaan untung jangka pendek demi melindungi dan
memajukan kepentingan manusia sejagat.
KECEMERLANGAN ASAS KEPADA
PEMBANGUNAN
Sebagai agama yang syumul, Islam memberi
perhatian yang besar kepada kerja (surah al-Sharh
(94):7). Kerja bukan sahaja merupakan punca
pendapatan individu dalam memenuhi keperluan asas
diri, keluarga dan masyarakat sekeliling serta
menggerakkan pembangunan. Malahan ia juga
merupakan sebahagian daripada taklif agama serta
sebagai jalan mendapatkan perbezaan kurniaan Allah
S.W.T. terhadap hamba-hambaNya. Manusia yang
menyendiri, pemalas dan tidak bertenaga tidak akan
dapat mengambil manfaat daripada kurniaan Allah
S.W.T. dan agama, malah agama juga tidak mendapat
manfaat daripadanya. Riyad Salih ‘Awdah (2005)
menyatakan pekerjaan bukan sahaja sebagai
mekanisme asas untuk menilai sempadan upah di
dunia, malah ia turut mencakupi pembalasan di
akhirat kelak.
Walau bagaimanapun, Syed Muhammad Naquib alAttas (1995) menekankan bahawa sebarang
perubahan, pembangunan dan kemajuan dalam
ertikata yang sebenarnya seharusnya merujuk kepada
pergerakan secara sedar dan terancang ke arah
penghayatan Islam yang lebih murni secara syumul.
Muhammad Syukri Salleh (2002) menjelaskan,
walaupun proses pembangunan berteraskan Islam dan
pembangunan berteras teori-teori lazim nampak
serupa dari segi fizikal, namun operasinya bergerak
dan berfungsi atas landasan falsafah, konsep, premis
dan epistemologi yang berlainan. Contohnya, petani
Sebagai khalifah Allah S.W.T. mereka bertindak
seperti keadaan semulajadi manusia yang memenuhi
keperluan hidup dalam pelbagai peringkat. Sifat ini
adalah jauh berbeza dengan personaliti homo
economicus yang lebih cenderung bersifat tamak dan
tidak pedulikan nasib orang lain. Ini kerana, falsafah
kebendaan berpaksikan kepada kepercayaan terhadap
keagungan, kemampuan dan kewibawaan manusia
semata-mata tanpa memerlukan kepada panduan
Allah S.W.T. sehingga pertumbuhan ekonomi
dianggap sebagai asas utama kepada penyelesaian
masalah manusia. Homo-economicus yang lahir
daripada falsafah kebendaan ini juga telah meletakkan
kedudukan yang istimewa kepada penglibatan dan
pengumpulan harta oleh seseorang individu. Unsurunsur tersebut juga berhubung secara positif dengan
pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat
yang bebas daripada nilai-nilai normatif (Abulhassan
Muhammad Sadeq,1991).
Dalam erti kata lain, pembentukan budaya kerja
cemerlang seharusnya turut merangkumi proses
meninggikan darjat kemuliaan manusia dalam
sesebuah masyarakat secara menyeluruh sama ada
dalam aspek kebendaan atau kerohanian. Dalam
konteks kehidupan yang lebih luas pula, manusia juga
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
mampu mencapai tahap kesempurnaan hidupnya
dengan menguruskan segala kemungkinan yang ada.
AL-QURAN DAN HADITH SEBAGAI MANHAJ
Tasawwur Islam dipancarkan melalui dua sumber
utama iaitu al-Qur’an dan Hadith. Dari sudut
ontologi, martabat kewujudan kedua-dua sumber ini
adalah terpisah, tetapi dari sudut ilmu pengetahuan
kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sekurangkurangnya tiga prinsip asas yang perlu menjadi
pedoman kepada setiap ahli hukum Islam dalam
usaha mereka membuat sesuatu kesimpulan
berasaskan al-Qur’an dan Hadith iaitu tidak bersifat
menyusahkan, sentiasa mengambilkira kepentingan
dan kebajikan umum serta menegakkan keadilan
(Fathi Ridwan, 1966). Prinsip-prinsip yang
berpaksikan kepada agama wahyu ini menjadikan
tasawwur Islam lengkap, sempurna dan sentiasa
sesuai untuk setiap masa dan tempat.
Penulis akan mengklasifikasikan manhaj tersebut
berasaskan kepada tiga tiga cabang utama iaitu akidah
sebagai teras dan tunjang yang menjadi pegangan
hidup, Syariah sebagai merupakan amalan hidup yang
mencorakkan tingkahlaku dan akhlak sebagai etika
hidup yang merupakan manifestasi daripada akidah
yang jelas dan Syariah yang mantap (Badran Abu al‘Aynayn Badran,1972).
Akidah Sebagai Asas
Pada prinsipnya, tasawwur Islam menetapkan bahawa
Allah S.W.T. adalah pemilik harta yang mutlak (surah
al-Baqarah (2):22). Manusia hanya sekadar
pemegang amanah (( )ﻣﺴﺘﺨﻠﻔﻴﻦ ﻓﻴﻪsurah al-Hadid (57):
7) yang perlu berusaha berdasarkan batas kemampuan
tertentu
untuk
mendapatkannya,
manakala
penggunaannya pula merupakan satu ujian bagi
mereka (Lihat juga surah al-Hijr (15):19, al-Hadid (
57): 25, al-Nahl (16): 5-18, 68-69 dan Yasin (36): 7173).
Bersifat Tawhidik
Berdasarkan tasawwur Islam, pembangunan ekonomi
dan harta bukan sebagai matlamat utama (Lihat surah
al-An‘am (6): 32, Ibrahim (14): 3, al-Nahl (16): 107,
al-Qiyamah (75): 20-21 dan al-‘Adiyyat (100): 8).
Sebaliknya, ia hanyalah sekadar penolong kepada
manusia untuk berkhidmat kepada akidah dan
risalahnya, sebahagian daripada fitrah dan keperluan
manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup
mereka serta sebagai wasilah mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T.. Manakala pengabdian kepada
Allah S.W.T. serta pembangunan moral dan spiritual
(tazkiyyah al-nafs) akan memandu manusia ke arah
mencapai kecemerlangan yang mutlak. Maksudnya,
seseorang Mukmin perlu memiliki harta, bukan harta
yang menguasai dirinya. Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak melihat
kepada wajah kamu dan harta-harta kamu,
tetapi Dia melihat kepada hati kamu dan
amalan-amalan kamu”
(Riwayat Muslim dan Ibn Majah)
Matlamat pembangunan ekonomi ini juga telah
dimanifestasikan dalam al-Qur’an apabila terminologi
“rizq” dan pecahannya telah diulang lebih dari seratus
dua puluh kali dengan hampir keseluruhannya
menyandarkan kepada Allah S.W.T. sebagai “alRazzaq”. (Lihat surah al-Nahl (16): 81, al-Hud (11):
6, al-‘Ankabut (29): 60, al-Mulk (67): 15, Taha (20):
53-54 dan al-A‘raf (7): 10). Kekerapan pengulangan
dan sandaran yang konsisten ini adalah sebagai
peringatan kepada manusia supaya sentiasa
mengambil iktibar bahawa perkara yang menjadi asas
dalam kehidupan mereka sentiasa mempunyai
pertalian yang rapat dengan Pencipta alam ini.
Memandangkan manusia bukanlah pemilik mutlak
harta yang diusahakan dan dimiliki, maka mereka
perlu beriman kepada Allah S.W.T. yang Maha
Berkuasa dalam mencipta dan menurunkan bantuan
tersebut tanpa mengira lemah atau kuatnya mereka
bekerja (surah al-‘Ankabut (29): 62).
Syariah Sebagai Cara Hidup
Islam mengikhtiraf fitrah manusia yang berkeinginan
mengumpul harta. Adalah menjadi satu kewajipan ke
atas setiap umat Islam yang mencari keperluan hidup
mengetahui dan mengamalkan Syariat dan undangundang yang mengawal tanpa mengira jenis pekerjaan
yang dilakukan oleh mereka.
i. Kerja sebagai Ibadat
Konsep ibadat dalam Islam adalah berbeza dengan
agama lain. Apabila tujuan hidup adalah
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. secara
sukarela, maka seluruh tindakan harus dilakukan
sebagai tindakan pengabdian semata-mata, iaitu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh selari dengan
sebahagian daripada perancangan universal Allah
S.W.T. (Muhammad Asad, 1982 dan Syed
Muhammad al-Naquib al-Attas, 1976). Berbakti
kepada manusia bukan penghujung segala-galanya
kepada usahawan Islam. Sebagai sistem yang
berpaksikan kepada tauhid, ukuran mutlak kejayaan
usahawan tidak terbatas kepada tahap kepuasan diri
dan pelanggan semata-mata, tetapi turut merangkumi
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
keredaan Allah S.W.T. terhadap pekerjaan yang
dilakukan. Secara umumnya, firman Allah S.W.T.
yang bermaksud “serta ingatlah akan Allah banyakbanyak (dalam segala keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat)” (surah al-Juma‘ah
(62):10) tidak bermaksud menghabiskan masa dengan
ibadat khusus semata-mata, sebaliknya mengamalkan
cara hidup yang lebih bertanggungjawab berdasarkan
norma-norma Islam dalam segala urusan kehidupan.
(Ibn Kathir, t.t. dan Muhammad Umar Chapra, 1979)
ii. Bekerja sama
Rupabentuk kejadian dan pencapaian makhluk yang
berbeza-beza dari segi tenaga, ilmu, pekerjaan dan
harta, adalah manifestasi kesempurnaan Rububiyyah
Allah S.W.T. untuk kebaikan manusia. Melalui ihsan
Allah S.W.T., manusia dikurniakan apa yang terbaik
untuk mereka (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, 1999). Oleh
itu, pemilikan ilmu, kemahiran, bakat dan keupayaan
yang berbeza seharusnya menuntut kepada
perkongsian manfaat sesama mereka supaya
kehidupan seharian menjadi lebih sempurna (surah alal-Zukhruf (43): 32).
Dalam erti kata lain, prinsip Islam tidak menganggap
kehidupan ini sebagai satu perlumbaan, tetapi perlu
kepada konsep saling tolong-menolong yang dibina
dalam bentuk semangat perhubungan dan kerjasama
ekonomi. Islam menolak dengan kerasnya pendekatan
hidup sistem sekular seperti falsafah “struggle for
existance”,
sebaliknya
menyarankan
kepada
“cooperation for existance” sebagai etika hidup yang
bersesuaian dengan falsafah tauhid. Melalui tuntutan
menghubungkan silaturrahim, Islam telah menekan
pembentukan konsep jaringan sosial yang lebih
holistik dari segi sifat dan matlamatnya. Sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud:
“Barang siapa suka diperluaskan rezekinya
dan
dipanjangkan
umurnya
maka
peliharalah silaturrahim”
(Riwayat al-Bukhori, Muslim, Abi Dawud dan
al-Tibrani)
Ibn Hajar (1989) menjelaskan, maksud keluasan
rezeki dalam Hadith tersebut adalah memperolehi
keberkatan, manakala maksud dipanjangkan umur
adalah diberikan kekuatan fizikal. Menjalinkan
hubungan silaturrahim adalah sedekah. Manakala
sedekah
dapat
mengembangkan
harta
dan
menambahnya, justeru ia akan menjadi berkembang
dan suci.
Pendekatan susunan masyarakat berdasarkan sifat
mementingkan diri (individual selfishness) dan
kebendaan lebih menimbulkan banyak permasalahan
dalam masyarakat (Nik Mustapha B Hj Nik Hassan,
1989). Justeru, tidak hairanlah kalau banyak
perancangan dan projek pembangunan di negaranegara sedang membangun yang didasarkan kepada
model pembangunan negara maju tidak memberi hasil
yang diharapkan (Syamsul Alam MS,1994). Justeru,
semua unit ekonomi sama ada majikan, pengeluar,
pekerja, pengguna dan seterusnya perlu mempunyai
matlamat yang satu iaitu mengabdikan diri mereka
kepada Allah S.W.T., bekerjasama dan saling bantumembantu di antara satu sama lain kerana mereka
saling memerlukan. Pendekatan ini adalah bagi
menjamin kestabilan dan keutuhan perjalanan
ekonomi selari dengan konsep pembangunan
ekonomi dalam Islam yang bersifat beban nilai
dengan menetapkan kebajikan
manusia sebagai
objektif utamanya (Nik Mustapha B Hj Nik Hassan,
1989).
iii. Berilmu
Budaya kerja yang dibina berteraskan nilai ilmu tidak
hanya kerana tuntutan k-economy yang banyak
dikaitkan dengan realiti perekonomian masa kini,
tetapi sememangnya Islam menjunjung tinggi nilai
ilmu. Apabila menuntut ilmu adalah suatu kewajipan,
maka tuntutan tersebut juga merangkumi ilmu yang
berkaitan dengan bidang pekerjaan yang diceburi.
Melalui ilmu pengetahuan, mereka diharap akan
sentiasa berhati-hati, dapat membezakan antara yang
halal dan haram serta menjauhkan diri dari segala
yang bertaraf syubhat dengan sedaya-upaya mungkin
(al-Ghazali, 1996 dan Sayyid Sabiq,1994). Dalam
pada itu, keterbatasan keupayaan akal dan kebebasan
manusia untuk menggunakannya menyebabkan ia
perlu diberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan
supaya akal dapat berfungsi dengan baik sejajar
dengan tujuan asal ia diciptakan oleh Allah S.W.T..
Berakhlak
Kebajikan manusia tidak lengkap tanpa pembangunan
moral. Walaupun kebanyakan ahli ekonomi
konvensional berpendapat persoalan akhlak adalah
masalah peribadi yang tiada kaitan dengan prestasi
ekonomi sesebuah masyarakat atau negara, namun
umat Islam seharusnya mengiktiraf bahawa sedikit
sebanyak kegawatan ekonomi hari ini memang ada
kaitannya dengan tingkahlaku manusia (Haron Din
(1999). Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri”
(Surah al-Anfal (8):53)
Sayyid Qutb (1992) menjelaskan ayat ini adalah
gambaran keadilan Allah S.W.T. dalam melayani
hamba-hambaNya. Segala nikmat yang telah
dikurniakan tidak akan dirampas kembali kecuali
sesudah hambaNya mengubah niat, tingkahlaku dan
kedudukan mereka. Tindakan tersebut mewajarkan
Allah S.W.T. bertindak mengubah nikmat yang juga
merupakan sebagai ujian kerana mereka tidak
bersyukur kepada Allah S.W.T. dan memuliakan
nikmat tersebut.
i. Sabar dan Tekun
Islam bukan sekadar menyeru ke arah berusaha
sendiri mencari nafkah hidup, malah menekankan
usaha bersungguh-sungguh serta sabar dalam setiap
pekerjaan yang dilakukan. Terdapat banyak seruan
dalam al-Qur’an (surah al-Nur (24):38) dan Hadith1
supaya umat Islam bekerja dengan bersungguhsungguh untuk mencapai kehidupan bahagia di dunia
dan akhirat, merancang dalam melakukan sesuatu
pekerjaan (surah al-Hashr (59):18), menghargai masa
(surah al-‘Asr (103):1-3), terutamanya di awal pagi2,
melakukan sesuatu yang terbaik (surah al-Mulk; (67):
2) dan bersifat kompetitif (surah al-Baqarah (2):148)
jika mahu berjaya dalam kehidupan.
Menurut Muhammad ‘Uthman Najati (2001),
sebahagian besar objektif kehidupan manusia dalam
bidang sosial, ekonomi, politik atau ilmiah
memerlukan banyak waktu dan kesungguhan untuk
merealisasikannya sama ada secara teori dan
praktikal. Kesabaran adalah asas kerana ia mengajar
manusia
bersungguh-sungguh
dalam
sesuatu
pekerjaan terutama bagi pekerjaan yang sukar dan
berisiko. Oleh itu, kesabaran dan kesungguhan dalam
pekerjaan mempunyai hubungan dengan keinginan
yang kuat untuk mencapai objektif-objektif yang
ditetapkan. Manakala Muhammad Mahmud Isma’il
(t.t) mendefinisikan seseorang yang bersungguh-
sungguh sebagai mempunyai ciri-ciri seperti
mengikut undang-undang, menjauhi fikiran dan
tingkahlaku yang menghasut, dapat memberikan
gambaran sebenar sesuatu matlamat, berpandangan
jauh serta mempunyai perancangan yang sempurna.
RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan dalam bahagian sebelum
ini, jelas bahawa Islam telah menawarkan konsep
budaya kerja yang jauh lebih luas konsepnya.
Berasaskan
maqasid
al-Shari‘ah,
matlamat
pembangunan
ekonomi
dalam
Islam
lebih
menekankan kepada konsep kesejahteraan hidup
manusia (al-falah), kehidupan yang baik (hayat
tayyibah), mementingkan persaudaraan (ukhuwwah)
dan keadilan sosio-ekonomi (‘adalah) serta kepuasan
yang seimbang (qana‘ah) dalam dimensi kebendaan
dan kerohanian. Maka, syarat utama bagi
melaksanakan pembangunan ialah syarat ma‘nawi
dan bukannya madi., tetapi kedua-duanya perlu
bergerak secara bersepadu dalam segenap aspek.
Manakala, rangka kerjanya mencakupi skala waktu
yang panjang merangkumi kehidupan di dunia dan di
akhirat agar pada kedua-dua waktu itu manusia
mencapai kebahagiaan. Selari dengan itu, Syariat
Islam telah mengemukakan satu konsep pencapaian
kesempurnaan manusia di dunia tanpa menafikan
keperluan jasmani serta tidak menjanjikan rangkaian
kelahiran yang terus-menerus terhadap kemajuan
yang lebih tinggi. Konsep ini tidak bersetuju bahawa
kesempurnaan dan perlindungan hanya dapat dicapai
melalui pemusnahan hubungan antara emosi individu
dengan dunia. Islam membimbing manusia mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Walaupun
kebahagiaan dunia bersifat sementara, tetapi ia
merupakan parameter kepada pencapaian di akhirat
memandangkan dunia adalah ibarat ladang tempat
bercucuk tanam untuk memetik hasilnya di akhirat.
Kehidupan dunia tidak bererti tanpa kehidupan
akhirat sebab tidak kekal, namun kehidupan akhirat
juga tidak dapat dicapai tanpa melalui kehidupan di
dunia terlebih dahulu.
RUJUKAN
‘Abd al-Rahman Yusra Ahmad. (2007). ‘Ilm alIqtisad al-Islami, Iskandariah: Dar al
Jami‘iyyah.
1
Sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
suka apabila seseorang itu mengerjakan amalannya
dengan tekun”, (Riwayat al-Tibrani dan al-Bayhaqi)
2
Rasulullah s.a.w. juga pernah berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah! Berkatilah ummatku di dalam masa pagipaginya”. (Riwayat Abi Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah,
dan al-Tibrani)
Abulhassan Muhammad Sadeq. (1991). Economic
Development in Islam, c. 2. Petaling Jaya:
Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
KMICe2014, Universiti Utara Malaysia
al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar. (1989). Fath
al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, c. 1,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Muhammad Umar Chapra. (1979). Objectives of the
Islamic Economic Order, Leicester: The
Islamic Foundation.
Badran Abu al-‘Aynayn Badran. (1972). al-Shari‘ah
al-Islamiyyah,
Iskandariah:
Mu’assasah
Shabab al-Jami‘ah.
Muhammad ‘Uthman Najati. (2001). Al-Qur’an wa
‘ilm al-Nafs, c.7. Kaherah: Dar al-Shuruq.
Fathi Ridwan. (1966). Falsafah al-Tashri‘, Kaherah:
al-Majlis al-A‘la al-Shu‘un al-Islamiyyah.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad.
(1996). Ihya’ ‘Ulum al-Din, Beirut: Dar alKutub al-‘Ilmiyyah.
Haron Din. (1999). “Kegawatan Ekonomi Sekarang
Hubungkaitnya Dengan Amalan Bisnes dan
Sistem Ekonomi Yang diamalkan”, dalam
Abd Jalal bin Basimi (eds.) Islam dan Bisnes,
j. 1. Johor Bahru: Perbadanan Johor.
Ibn Khaldun. (t.t). al-Muqaddimah, Kaherah: Dar alSha‘b.
Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Isma‘il bin
Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim,
Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Isma‘il
Nik Mustapha B Hj Nik Hassan. (1989). “Pendekatan
Sistem Ekonomi Islam Dalam Meningkatkan
dan Memajukan Kedudukan Ekonomi
Masyarakat Melayu”, Occasional Paper
Kulliyah of Economics, International Islamic
University, j. 1, Jun, h. 2.
al-Qaradawi, Yusuf. (2001). Dawr al-Qiyam wa-alAkhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, c. 2. Kaherah:
Maktabah Wahbab.
Riyad Salih ‘Awdah. (2005). Muqaddimah fi alIqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Hadi.
Sadiq Mahdi al-Sa‘id. (1983). Mafhum al-‘Amal wa
Ahkamuh al-‘Ammah fi al-Islam, Baghdad:
Matba‘ah
Muassasah
al-Thaqafah
al‘Amaliyyah.
Sayyid Qutb. (1992). Fi Zilal al-Qur’an, j. 3, c. 17,
Beirut: Dar al-Shuruq.
Raji al-Faruqi. (1992). al-Tawhid: Its
Implications for Thought and Life, c. 2.
Virginia, U.S.A.: International Institute of
Islamic Thought.
Sayyid Sabiq. (1994). Fiqh al-Sunnah, j. 3, Kaherah:
Dar al-Fath li al-I‘lam al-‘Arabi.
Khalifah Ba Bakr al-Hasan. (2000). Dirasat fi
Qadaya al-Thaqafah wa al-Iqtisad al-Islami,
c. 1. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Syamsul Alam M.S. (1994). “Sistem Kebudayaan
Melayu Tradisi dan Hubungannya Dengan
Konsep
Islam
untuk
Pembangunan
Sosioekonomi”
Sari,
Jurnal
Alam
Ketamadunan Melayu, j. 12, Julai, h.18.
Muhammad al-Buraey. (1985). Administrative
Development An Islamic Perspective, c. 1.
London: Routledge & Kegan Paul plc.
Muhammad Asad. (1982). Islam at the Crossroad, c.
14, Gibraltar: Dar al-Andalus.
Muhammad Baqir al-Sadr. (1968). Iqtisaduna. Beirut:
Dar al-Fikr.
Muhammad Mahmud Isma‘il. (t.t.). al-‘Amal wa alJaza’ wa ‘Adl al-Ilahi, Mesir: Dar alNadwah.
Muhammad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan
Berteraskan Islam, c. 1, Bandar Baru Bangi:
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1976), Islam:
Faham Agama dan Asas Akhlak, c. 1, Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Syed
Muhammad Naquib al-Attas. (1995),
Proglegomeno to the Metaphysics of Islam.
Kuala Lumpur: International Institute of
Islamic Thought and Cizilization.
Timur Kuran. (1992). “The Economic System in
Comtemporary Thought”, dalam Jomo K.S.
(eds.). Islamic Economic Alternatives,
Critical Perpectives and New Direction, c. 1,
London:
MacMillan
Academic
and
Professional Ltd.