Hubungan Tradisional Majapahit Dengan Be

1.0 PENGENALAN
Kerajaan Majapahit merupakan kerajaan Hindu terakhir di semenanjung Malaya dan
dianggap sebagai salah satu dari kerajaan terbesar dalam sejarah Indonesia. 1 Majapahit
merupakan kerajaan yang berasaskan pada ajaran Hinduisme atau Brahman yang
menggunakan konsep Devaraja dalam pemerintahannya. Sebagai kerajaan Hindu termahsyur
di Indonesia, Kerajaan Majapahit merupakan salah satu jenis kerajaan maritim yang ada di
Asia Tenggara. Kerajaan Majapahit ditubuhkan pada tahun 1293 oleh Raden Wijaya. Raden
Wijaya telah menubuhkan Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang
menyerang Jawa sekitar tahun 1293 Masihi2 dan menobatkan dirinya dengan dengan gelaran
Sri Kertarajasa Jayawardhana.3
Kerajaan ini telah mencapai puncak kebesarannya dan keemasannya pada zaman
pemerintahan Raja Hayam Wuruk. Pada masa itu, Majapahit telah memiliki susunan
pemerintahan dan susunan birokrasi yang teratur. 4 Hayam wuruk yang baru berusia 16 tahun
naik menjadi seorang raja bagi menggantikan ibunya pad tahun 1350 M dan menjalankan
pemerintahan Majapahit bersama Maha Patih Gajah Mada. Pada masa keemasan inilah
kerajaan majapahit dibawah komando Patih Gajah Mada memperluas kekuasaan Majapahit
hingga kawasan Nusantara seperti, wilayah-wilayah yang terdapat di Sumantara,
Semenanjung Melayu, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Nusa Tenggara dan Pantai Papua
Barat.5 Majapahit telah dapat menandingi kerajaan Srivijaya yang lebih terdahulu. 6 Ketika ini
kuasa Srivijaya begitu lemah sehingga tidak lagi dapat mempertahankan wilayah-wilayah
1 http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan-indonesia-jepang-ada-sejakzaman-majapahit

2 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlmn 144.
3 Hall, D.G.E.,(1988). Sejarah Asia Tenggara. Surabaya : Usaha Nasional. Hlmn 72.
4 Poesponegoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta : Balai
Pustaka. Hlmn, 477.
5 Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit, Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta :
Komunitas Bambu. Hlmn 8.
6 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlmn 146.

1

kekuasaannya. Apa yang tinggal hanyalah kerajaan Palembang yang kemudiannya menjadi
jajahan takluk Majapahit.7
Kerajaan Majapahit berperanan sebagai sebuah pusat perniagaan di Asia Tenggara
iaitu dengan menghasilkan beras, rempah ratus, garam, dan kain sebagai barabg eksport
utama.Untuk import-nya Majapahit mendatangkan sutera, barang dari keramik, porselen, serta
besi.8 Dengan adanya kegiatan eksport import ini sekaligus memperlihatkan hubungan erat
kerajaan Majapahit dengan kerajaan-kerajaan tetangga seperti Melaka, China, Champa, Siam,
Burma, Kamboja dan Vietnam. Penulisan ini akan membincangkang hubungan tradisional dan

antara kerajaan Majapahit dengan beberapa buah kerajaan lain di kepulauan asia tenggara.
Sebelum perbincangan ini diselitkan juga zaman kegemilangan kerajaan Majapahit dan zaman
kemerosotan kerajaan tersebut.

1.1 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT
Kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Hayam
Wuruk dengan pimpinan Patih Gajah Mada yang terkenal dengan Sumpah Palapa. Majapahit
telah menakluk hampir dari keseluruhan Nusantara dan telah menyebarkan sayapnya sehingga
ke seluruh Asia Tenggara. Dalam negara Kertagama, Hayam Wuruk sebagai raja Majapahit
telah melakukan ziarah ke makam leluhurnya ( kawasan yang berada di sekitar daerah
Malano). Salah satunya di makam Ken Arok. Ini menunjukkan bahawa walaupun bukan pusat
pemerintahan namun Malang adalah kawasan yang disucikan kerana merupakan tanah makam
para leluhur yang dipuja sebagai Dewa. Beberapa prasasti dan arca peninggalan Majapahit di
kawasan puncak Gunung Semeru dan juga di Gunung Arjuna menunjukkan bahawa kawasan
gunung tersebut adalah tempat bersemayam para Dewa dan hanya keturunan Raja sahaja yang
7 Ibid, Hlmn 146.
8 http://www.lelyakertopati.com/?p=63

2


boleh menginjakkan kaki di wilayah tersebut. Bila disimpulkan, bahawa berbagai peninggalan
tersebut merupakan rangkaian yang saling berhubungan walaupun terpisah oleh masa yang
berda sepanjang 7 abad.

1.2 ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT
Kerajaan Majapahit mengalami kemunduran pada tahun 1478 M iaitu setelah raja Hayam
Wuruk dan patih Gajah Mada wafat. Faktor yang mempengaruhi keruntuhan kerajaan
Majapahit ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah berlakunya beberapa
pemberontakan di Majapahit, pengganti Hayam Wuruk dan Gajah Mada yang tidak cekap,
kemunduran ekonoi dan perdagangan serta sistem pemerintahan yang memberikan atonomi
kepada daerah menyebabkan banyak daera taklukannya memisahkan diri. Faktorr luarannya
pula ialah masuknya penglibatan VOC, kemasukan agama Islam dan munculnya kerajaan
Demak.
Pemberontakan berlaku adalah disebabkan kerajaan-kerajaan bawahannya sudah tidak
percaya dengan kerajaan Majapahit dan menjual hasil buminya langsung kepada pedagang
Cina. Kerajaan-kerajaan ini juga tidak setuju dengan sistem pemerintahan. Selain itu,
sepeninggalan patih Gajah Mada, tiada lagi patih yang secekap beliau sehinggalah kerajaan
Majapahit mengalami keruntuhan. Serta adanya perkahwinana dengan orang Cina yang
dilakukan oleh para pembesar Majapahit sepeninggalan Gajah Mada dan Hayam Wuruk.
Sepeninggalan Gajah Mada, prabu Hayam Wuruk berusaha mencari pengganti, namun

tiada satu pun yang sepadan sebagai amangku bumi. Akhirnya, diputuskan bahawa Gajah
Mada tidak akan digantikan sengan sesiapa pun. Sepeninggalan Gajah Mada juga, hubungan
antara pemerintahan pusat dan daerah mulai kendur. Kerajaan-kerajaan yang sebelum ini
tunduk dan patuh terhadap Majapahit mula melepaskan diri dari tangan kerajaan Majapahit.
3

Negara-negara jajahan Majapahit yang jauh letaknya dari pusat pemerintahan tidak terurus
lagi kerana telah terjadinya perebutan kuasa antara para anggota raja di pusat pemerintahan.
Wilayah-wilayah yang terbahagi menjadi kadipaten-kadipaten tersebut saling menyerang,
saling berebut sebagai pewaris takhta Majapahit. Pada masa itu arus kekeuasaan mengerucut
pada dua adipati iaitu Raden Patah dan Ki Ageng Pengging. Sementara Raden Patah
mendapat dukungan dari Walisongo, Ki Ageng Pengging mendapat dukungan dari Syech Siti
Jenar.9 Boleh dikatakan keruntuhan Majapahit pada masa itu hanya menunggu waktu kerana
sistem dan pondasi kerajaan telah mengalami masalah dalaman. Keadaan inilah yang
melemahkan kerajaan Majapahit yang akhirnya memebawa kepada keruntuhan. Menurut N.J
Krom “ Bahawa keruntuhan didahului oleh kelemahan pusat pemerintahan dan kelemahan ini
ini bukanalah disebabkan pertentangan agama Hindu yang sedang turun dan agama Islam
yang sedang naik melainkan disebabkan oleh pertentangan dalam negeri yang berupa perang
saudara dan perepecahan kuasa.”10 Selain faktor kendurnya hubungan antara pentadbiran
pusat dan daerah, semangat nasional rakyat Majapahit juga merosot. Tidak ada lagi semangat

untuk memperluaskan daerah jajahan malah untuk mempertahankan tanah jajahan yang telag
dicapai oleh Gajah Mada juga mula merosot. Hal ini kerana pelbagai kota pelabuhan di
pelbagai daerah jajahan yang telah membebaskan diri dari Majapahit dengan sendirinya.
Malah kelancaran perdagangan orang Majapahit juga terhambat. Kesannya, hasil dalam
negara menurun dan kemakmuran rakyat merosot.

9 Syekh Siti Jenar merupakan tokoh kontrovesial yang eksistensinya sebagai sosok
historis masih dipertanyakan. Namun, demikian sejumlah pendapat menyatakan bahawa
dia bertanggungjawab atas penyebaran ajaran syi’ah dan sekaligus faham wihdatul
wujud di Pulau Jawa. Menurut salah satu sumber di memiliki nama asli Syeh Jabaranta
dan pernah tinggal lama di Persia. ( Lihat MB.Rahimsyah. Legenda dan Sejarah Lengkap
Wali Songo.( Amanh, Susabaya), hlmn 139.
10 Saifuddin Zuhri.(1981). Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di
Indonesia. Bandung : Al-Maarif. Hlmn 21.

4

2.0 HUBUNGAN DENGAN MELAKA
Kisah hubungan Majapahit dengan Melaka berupa cerita berunsur anakronisme.
Majapahit menerima kedatangan rombongan Melaka kemudian Sultan Mansur Syah jatuh

berahi kepada Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kiran yang terkenal dengan
kecantikannya. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.
Sultan Mansur Syah diiringi oleh empat puluh orang pengiring, diketuai Tun Bija Sura
dan sembilan orang hulubalang yang bergelar “Hanghang” ke Majapahit untuk meminang
Raden Galuh Cendera Kirana.11 Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil
dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.
Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri oleh
orang Majapahit. Selain itu, Tun Bisaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di
hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalu lari ke hutan. Hang Jebat dan Hang
Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombak oleh orang Jawa, mereka
dapat mematahkan serangan. Ketika menghadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain
sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang
bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa. Ketika itulah
kerisnya dicuri orang. Walaubagaimanapun, beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit.
Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya juga menunjukkan keris
Betara.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit pun mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan
dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit
mengakui kekuatan Melaka. Kemudian, Betara keudiannya setuju menerima raja Melaka
sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya beerkahwin dengan Raden Galuh Cendera

11 http://mimbarkata.blogspot.com/2013/01/sinopsis-sulalatus-salatin-bab-vi.html

5

Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan
kepada hubungan kekeluargaan.

3.0 HUBUNGAN DENGAN CHINA.
Berita Cina yang berasal dari zaman dinasti Minh ( 1368 – 1643 M) masih menyebutkan
adanya hubungan diplomatik antara China dengan Jawa ( Majapahit) pada tahun 1499 M. 12
Majapahit menjalankan hubungan politik yang baik dengan kerajaan Cina. Setiap tahun
Majapahit akan menghantar utusan persahabatan kepada Maharaja China di Peking. Sekitar
tahun 1370-1381 Majapahit telah beberapa kali mengirim utusan persahabatan ke Cina. Hal
ini diketahui dari cerita Cina dari dinasti Ming.13 Pada zaman pemerintahan Jayanegara,
hubungan diplomatik antara Majapahit dengan Cina pulih baik. Perdagangan antara kedua
negara meningkat dan banyak orang Cina yang menetap di Majapahit.14
Sejarah mencatat, salah seorang keturunan raja Majapahit pernah mempersunting putri raja
Campa.15 Hayam Wuruk telah mengadakan hubungan yang erat dengan Negara China, beliau
telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 1370, 1375 dan 1377. 16 Utusan tersebut
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Majapahit dalam negara. Semasa pemerintahan

hayam Wuruk, Majapahit merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan ufti dan
cukai yang dibayar oleh pemerintah dan rakyat dari seluruh pelusuk jajahan takluknya. Di
samping itu, Majapahit menjadi pusat perdagangan yang terkenal ketika itu pedagangpedagang dari India, Kemboja, China dan Champa telah mengunjungi Majapahit bagi
menjalankan aktiviti perdagangan di situ.
12 Groeneveldt,op.cit., hlm 39.
13 http://sugionosejarah.wordpress.com/2011/10/15/kerajaan-majapahit/
14 http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paper-diplomasi-kerajaan-nusantara.html
15https://www.facebook.com/notes/kongkow-bareng-gus-dur/kehebatan-gus-durmemprediksi-masa-depan/10152605648170165
16 http://fastnote.wordpress.com/empayar-majapahit/

6

4.0 HUBUNGAN DENGAN CHAMPA
Kerajaan Champa merupakan kerajaan yang mengawal Selatan dan tengah Vietnam kiri
antara abad ke-7 hingga 1832. Kerajaan Champa dengan ibukota di Wijaya ( Caban)
bersebelahan dengan Kota Binhdinh yang

terletak di pantai Timur Vietnam merupakan

sebuah kerajaan lama yang telah dikenai sejak abad Masihi lagi.Kerajaan Champa

mempunyai pengaruh yang besar dalam politik dan kenegaraan di bumi Nusantara. Kerajaan
ini tidak kurang hebatnya dengan kerajaan Majapahit. Hal ini kerana raja Champa pernah
diberi julukan oleh Raja Israel yang meliputi wilayah Palestina. Begitu juga dengan
kebanyakkan kesultanan Islam di bumi Nusantara ini yang mengikat tali persaudaraan dengan
kerajaan Champa termasuklah Majapahit. Kerajaan Champa dikenali kerana wanita pada
masa lalu terkenal akan kecantikkannya.
Disamping itu, perkembangan Islam pada ketika itu pesat sekali dimana daerah
Jeumpa menjadi pusat pertemuan para alama sedunia. Kebesaran kerajaan Champa pada
ketika itu turut diakui oleh Majapahit. Misalnya, dalam peristiwa Brawijaya V gembira sekali
setelah berjaya mengahwini bekas isteri Raja Champa Abdullah Umdatuddin ( raja Champa).
Ini telah membanggakan dirinya keran isterinya itu merupakan bekas isteri kepada seorang
raja besar di Asia Tenggara. Adapun kenapa bekas isteri Raja Champa ingin berkahwin
dengan Brawijaya kerana dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam di negara Majapahit.
Baginya kalau seseorang raja tersebut menerima Islam maka seluruh Majapahit juga pasti
akan mengikut jejak rajanya dan sudah pasti perkahwinan antara Brawijaya dan bekas isteri
Raja Champa itu akan mengikut Syariat Islam. Hal ini kerana akan agak pelik sekiranya tidak
berkahwin berlandaskan kepada Syariat Islam walaupun dia akan berkahwin dengan seorang
yang bukan muslim.
Raja Champa yang merupakan raja besar mahu menyerahkan bekas isterinya kepada
orang lain. Semasa menceraikan isterinya itu, isterinya baru melahirkan seorang bayi. Raja

7

Champa Abdullah ketika bayi itu dilahirkan berada dalam keadaan wafat dan berpesan kepada
Briwajay agar menjaga anaknya yang masih merah itu. Melalui hubungan ini, dapat dilihat
bahawa kerajaan Champa itu sememangnya adalah sebuah kerajaan yang luar biasa. Tidak
hanya berakhir disitu apabila anak raja Champa iaitu Syarif Hidayatullah menjdi sultan
Cirebon, sultan Muzaffar menjadi raja kelantan, adiknya sultan Babullah pula menjadi raja
Ternate.

5.0 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SUNDA
Kerajaan Majapahit juga menjalinkan hubungan persekutuan dengan kerajaan Sunda.
Hunbungan ini bermula apabila Hayam Wuruk berkahwin dengan puteri Kerajaan Sunda iaitu
Citraresmi atau Dyah Pitaloka Citraresmi. Menurut Pararaton, Citraresmi dijodohkan dengan
Hayam Wuruk, raja Majapahit yang sangat berhasrat untuk menjadikannya sebagai
permaisuri.17 Kerajaan Sunda menganggap lamaran ini hanya perjanjian persekutuan. Pada
tahun 1357, rombongan raja Sunda bersama keluarga dan pengawalnya bertolak ke Majapahit
untuk menghantar sang puteri untuk dinikahkan dengan Hayam Wuruk. Namun, Gajah Mada
melihat hal ini sebagai peluang kerajaan Sunda takluk di bawah Majapahit. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya pertarungan antara keluarga kerajaan Sunda dengan tentera
Majapahit di lapangan Bubat. Walaupun dengan kekuatan serta keberanian keluarga kerajaan

Sunda tetap kalah juga dengan tentera Majapahit. Hampir seluruh rombongan keluarga
kerajaan Sunda dapat dibinasakan secara kejam.18 Tradisi ada menyebut bahwa sang putri
yang kecewa, dengan hati remuk redam melakukan “bela pati”, bunuh diri untuk membela
kehormatan negaranya.19
17 Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the
Malay Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet. Hlmn 213.
18Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed.
Yogjakarta : Penerbit Kanisius. Hlm 72.
19 Y.Achadiati S, Soeroso M.P., (1988). Sejarah Peradaban Manusia : Zaman Majapahit.
Jakarta : PT Gita Karya. Hlmn 13.

8

6.0 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS
Dalam kejayaannya menguasai seluruh wilayah Nusantara, kerajaan Majapahit juga
turut menguasai kerajaan Sambas di pulau Kalimantan. Majapahit bukan hanya menguasai
kerajaan-kerajaan di bawah taklukannya, tetapi juga telah mengirim keturunan dan keluarga
raja dengan prajuritnya. Mereka bukan hanya menguasai daerah dan rakyatnya tetapi juga
untuk mengembangkan kebudayaan agama Hindu dan Buddha.

Menurut cerita rakyat,

sebelum kedatangan tentera Majapahit di Paloh, sudah ada kerajaan Sambas Tua.
Kedatangan secara beramai-ramai tentera Majapahit ke Sambas adalah pada zaman
pemerintahan raja Cananagara dengan menggunakan kapal dan mendarat di Pangkalan Jawi
pada tahun 1364. Kini daerah tersebut dikenali dengan nama Jawai. Kedatangan tentera
Majapahit ini bukanlah untuk berperang dan berkuasa, tetapi untuk menetap dan berkahwin
dengan penduduk tempatan. Akhirnya, mereka kemudianya membentuk sebuah kerajaan yang
kuat dimana ratunya berasal dari hasil perkahwinan dengan penduduk setempat. Raja-raja di
sambas pada waktu itu digelar dengan gelaran ratu seperti gelaran raja-raja di Majapahit.
Pada pertengahan abad ke-15, pusat kerajaan Majapahit ini kemudiannya berpindah
dari Paloh ke kota Lama di benua Bantanan. Namun, setelah berlakunya keruntuhan kerajaan
Majapahit, kerajaan Samabas berda di bawah kerajaan Johor. Pada waktu itu, Ratu Sepudak
telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Oppenkoopman Samuel Bloemaert dari
VOC pada 1 oktobet 1609. Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Perjanjian Ratu Sepudak
bersama dengan VOC.

7.0 KESIMPULAN

9

Dapat disimpulkan raja Majapahit amat mementingkan hubungan persahabatan bagi
mengukuhkan lagi hubungan politik dengan negara luar. Hubungan politik yang terjalin
bukanlah atas dasar kepentingan politik sahaja tetapi penting dalam menghadapi serangan dan
ancaman daripada musuh. Justeru, hubungan tradisional yang dijalinkan oleh kerajaan
Majaphit telah mrmprngaruhi perkembangan politik di rantau Asia Tenggara sehingga
terbentuknya empayar-empayar yang kuat.

10

Dokumen yang terkait

Hubungan Antara Kepercayaan Diri DenganMotivasi Berprestasi Remaja Panti Asuhan

17 116 2

Hubungan Antara Kompetensi Pendidik Dengan Kecerdasan Jamak Anak Usia Dini di PAUD As Shobier Kecamatan Jenggawah Kabupaten Jember

4 116 4

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Identifikasi Jenis Kayu Yang Dimanfaatkan Untuk Pembuatan Perahu Tradisional Nelayan Muncar Kabupaten Banyuwangi dan Pemanfaatanya Sebagai Buku Nonteks.

26 327 121

Hubungan motivasi belajar dengan hasil belajar pendidikan agama islam siswa kelas V di sdn kedaung kaliangke 12 pagi

6 106 71

Peranan Hubungan Masyarakat (Humas) Mpr Ri Dalam Mensosialisasikan Empat Pilar Bangsa Tahun 2014

4 126 93

Hubungan kecerdasan emosional dengan hasil belajar pada mata pelajaran ekonomi di kelas X SMA Darussalam Ciputat Tangerang Selatan

16 134 101

Pengaruh Dukungan Venezuela Kepada Fuerzas Armadas Revolucionaries De Colombia (FARC) Terhadap Hubungan Bilateral Venezuela-Kolombia

5 236 136

Analisis Prioritas Program Pengembangan Kawasan "Pulau Penawar Rindu" (Kecamatan Belakang Padang) Sebagai Kecamatan Terdepan di Kota Batam Dengan Menggunakan Metode AHP

10 65 6

Perancangan Sistem Informasi Akuntansi Laporan Keuangan Arus Kas Pada PT. Tiki Jalur Nugraha Ekakurir Cabang Bandung Dengan Menggunakan Software Microsoft Visual Basic 6.0 Dan SQL Server 2000 Berbasis Client Server

32 174 203