Teknologi makanan burger ramly .docx

1

1.0

PENGENALAN
Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah

menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan
teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu
masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik)
yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu pengetahuan yang
berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi, dan lainlain.
Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia
berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan
perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan
sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai
jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer.
Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq
(tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia

dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh
itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya
mi, kuih muih dan biskut.

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah
menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah
didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah
menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk
Singapura.Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam
industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut
berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang
paling diminati.

2

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah
Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan
produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang
pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman
Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan

dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly
kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal
kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci
(dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu,
makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk.
Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi
tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik
juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati.
Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran
daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly.
Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.

Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah
kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging
burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya,
biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger

dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos
cili ataupun sos barbeku.

3

Untuk meningkatkan penghasilan burger Ramly, sains dan teknologi telah dibawa
masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan burger Ramly
daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin berinovasi. Dengan
menggunakan mesin berinovasi ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat
burger Ramly telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu
sahaja, masa penghasilan burger Ramly dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat
ditingkatkan dengan efektif.
Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat,
dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga tidak
mengambil tahu akan cara pembuatan dahulu dan pembuatan invasi yang ada sekarang.
Justeru, tajuk kajian ini dipillih adalah untuk membuat pendedahan tentang peranan sain
dan teknologo makanan yang membantu peniaga dalam meningkatkan apa jua
produktiviti syarikat mereke.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan atas sebab masyarakat kini kurang
pengetahuan dan tidak mengambil tahu tentang proses membuat makanan dan

kepentingan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan makanan. Mereka hanya tahu
membeli makanan dari pasar raya dan bagi mereka, proses membuat makanan sangat
senang sahaja. Fenomena ini memyebabkan masyarakat kini tidak menghargai makanan
yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan masyarakat terhadap proses membuat makanan dan bagaimana sains dan
teknologi membantu dalam proses membuat makanan.

4

2.0

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian.

Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja
teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif
kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.
Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:
i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan burger
Ramly di Burger Ramly Kiosk , Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

ii. Mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan
pemasaran Burger Ramly Kiosk , Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

5

3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Lokasi Daerah Bandar Tasik Selatan , Kuala Lumpur

Peta 1 :Daerah Bandar Tasik Selatan
(Sumber: https://www.google.com/maps/place/Stesen+Star+Lrt+Bandar+Tasik+Selatan)

6

3.2 Peta Burger Ramly Kiosk LRT Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur

Peta 2 : Kawasan Burger Ramly Kiosk , Stesen LRT TBS ,KL

Stesen Bandar Tasik Selatan ialah sebuah stesen pertukaran Malaysia yang
terletak berhampiran Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai
stesen hentian dan pertukaran tren-tren KTM Komuter, LRT Aliran Ampang, dan KLIA

Transit, dan juga bas RapidKL. Stesen ini boleh dicapai melalui Jalan Lingkaran Tengah
2 Kuala Lumpur (MRR2) dari tenggara, dan Lebuhraya Sungai Besi dari barat. Stesen
pertukaran Bandar Tasik Selatan sebuah hab pengangkutan antara mod.

7

4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak
dan sistem.Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara
mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik
memproses dan mempersembahkan data.
4.2

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan
sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan
eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan deskriptif
boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya bertujuan untuk
memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah
responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Kajian ini
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Bentuk kajian tersebut
digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan
Burger Ramly dan mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam
penghasilan Burger Ramly di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.
4.3

Instrumen Kajian

Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian
dan dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan
mudah dijawab oleh responden. Temu bual dijalankan melalui perbualan bersemuka atas
tujuan mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap terhadap kajian yang dijalankan.

Pemerhatian pula kaedah memerhatikan perlakuan responden atau penduduk di lokasi
kajian. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk menjalankan kajian dengan
tepat, seperti buku ilmiah, internet , ensaiklopedia, majalah dan akhbar.

8

4.4

Cara Mendapatkan Responden
Pengkaji telah memilih 30 orang responden di Burger Ramly ,Stesen LRT Bandar

Tasik Selatan untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa
dan jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik.
Terdapat 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik
ini. Hal ini demikian, perlu bagi mengetahi reaksi mereka terhadap sains dan teknologi
makanan yang digunapakai oleh Burger Ramly memberi pulangan baik kepada
pelanggan.
4.5

Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden

4.5.1

Data Primer

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari
sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod yang
digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual
dan pemerhatian.
(i) Kaedah soal selidik
Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan
maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai
kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan Burger Ramly. Untuk
menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30
responden bagi pelanggan Burger Ramly Kiosk ,Stesen LRT Bandar Tasik
Selatan.
Terdapat 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal
selidik ini. hasil kajian yang diperolehi ini adalah Jantina,Aspek umur juga
terdapat di dalam borang soal selidik bahagian A. Aspek ini dipilih oleh pengkaji
kerana pandangan daripada pelbagai peringkat umur amat penting supaya dapatan
kajian yang diperolehi lebih tepat.


9

Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan likert
. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk

soal selidik

tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan data
dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat

dipersembahkan

dengan lebih jelas.
(ii) Kaedah temu bual
Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu
bual bersemuka, Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk
mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
Burger Ramly daripada 3 informen yang dipilih dari Burger Ramly. Mereka
adalah Penyelia (ketua) Burger Ramly Kiosk Stesen LRT (TBS) dan seorang

pelanggan En.Muhammad Adli .Masa temu bual ialah pada 23 Mei 2015

Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan.
Bil

Nama

Pekerjaan

Tarikh

Masa

Tempoh

1

Kuza Nurul

Penyelia

23/5/2015

10.00 pagi

15 minit

2

Atiqkha
En Muhammad

Kerani

23/5/2015

11.00 pagi

5 minit

Adli
Jadual 1 : Analisis Temu Bual
Sumber: Kajian Lapangan 2015

(iii) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan.
Kaedah ini dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan
kajian dan memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji akan melihat
sendiri teknologi moden atau mesin-mesin yang digunakan dalam penghasilan
Burger Ramly. Proses penghasilan Burger Ramly yang menggunakan teknologi

10

moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan diberikan dalam
kajian ini.
4.5.2

Data sekunder

Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh

peneliti secara

tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
sebagai data sokongan.
Pengkaji telah mencari pelbagai bahan rujukan seperti surat khabar Utusan
Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat dari dan perpustakaan awam. Bahan akhbar
telah digunakan untuk memperoleh maklumat tentang aplikasi sains dan teknologi dalam
makanan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula digunakan untuk mencari definisi
perkataan dalam kajian ini. Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk
mencari maklumat mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Burger
Ramly. Kaedah ini dijalankan untuk mendapat bukti dalam dapatan kajian.

11

4.6

Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data
Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan.

Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada jantina,
kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan. Dalam
Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang berbentuk
skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu
data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3 peringkat digunakan
untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang dikaji, skor 1 untuk tidak
setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert ini akan dikategorikan
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 .
Skor

1

2

3

Skala

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Jadual 2: Skala likert
Sumber 1: Kajian Lapangan 2015

12

5.0

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai

peratusan, min purata dan kekerapan.
5.1

Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelanggan Burger Ramly telah

disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, kelas
umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah disembahkan
dalam bentuk jadual dan rajah.
5.1.1

Jantina
Jantina

Kekerapan (orang)

Peratus ( %)

Lelaki

20

66.67%

Perempuan

10

33.33%

Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Sumber: Kajian Lapangan 2015

13

Jantina

33%
Lelaki
Perempuan

67%

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai
20 orang lelaki (66.67%) dan 10 orang perempuan (33.33%) dipilih dari Burger Ramly
Kiosk ,Stesen LRT TBS.Hal ini perlu dalam memastikan kepelbagaian pendapat dari
pelbagai responden memperoleh keputusan akhir dari kajian ini.

5.1.2

Umur

Umur

Kekerapan (orang)

Peratus (%)

15-24 tahun

15

50

25-34 tahun

10

33.33

35-keatas

5

16.67

Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2015

14

Umur
17%

50%

15-24 tahun
25-34 tahun
35-keatas

33%

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 3 golongan umur dalam kalangan
30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah
untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Responden 15-24 tahun
merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 15 orang (50%) manakala golongan
25-34 tahun pula bilangan reponden yang sederhana iaitu 10 (33.33%) dan umur 35keatas 5 (16.67%) orang sahaja dalam kajian ini. Hal ini mungkin kerana Burger Ramly
lebih dekat di hati pelanggan yang berusia muda dan citarasa orang muda.

15

5.1.3

Pekerjaan
Pekerjaan

Kekerapan (orang)

Peratus (%)

Kerajaan

8

26.67

Swasta

4

13.33

Sendiri

10

33.33

Pelajar

5

16.67

Tidak bekerja

3

10

Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan
Sumber: Kajian Lapangan 2015

Pekerjaan
10%
27%
kerajaan
swasta
sendiri
pelajar
tidak bekerja

17%

13%

33%

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Sektor pekerjaan responden yang dipilih Dari Burger Ramly Kiosk telah
dianalisiskan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan kebanyakkan
responden daripada 30 responden ini bekerja sendiri di Kawasan sekitar Bandar Tasik

16

Selatan iatu 10 orang (33.33%). Manakala terdapat bilangan responden yang kedua
tertinggi iaitu sektor kerajaan 8 orang (26.67%) ,diikuti pelajar seramai 5 orang (16.67%)
dan jumlah yang hampir sama bagi sektor swasta dan bagi yang tidak bekerja iaitu ,
sektor swasta 4 (13.33%) dan tidak bekerja 3 orang iaitu (10%).Hal ini menunjukkan
,pada waktu kajian di lapangan pada waktu terbabit kecenderungan beerja sendiri
mempunyai masa lapang untuk bersarapan di waktu pagi berbanding pekerjaan yang lain.
5.2

Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut

Heong Peah
Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia
berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan
perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan
sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan
menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau
proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun
meningkatkan lagi.
Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan Burger Ramli di
Stesen LRT Bandar Tasik Selatan,KL
Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam
penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi
oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun
kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan
pembangunan yang signifikan.

5.2.1

Penggunaan Mesin Untuk Memproses dan Percepatkan masakan Burger
Ramly.

17

Dalam proses membuat Pada mulanya daging samaada daging ayam atau
daging lembu dikisar hancur kemudian ramuan lain seperti lemak, bahan perisa serta
bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan .Adunan burger ini
kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger
seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian
dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging
burger ini.
i.

Mesin Deep Fryer
Apabila membuat Burger ,Ketika deep fryer, yang terbaik adalah

menggunakan minyak neutral rasa seperti SAJI atau minyak kacang. Minyak sayur juga
bekerja dengan baik. Gunakan minyak yang cukup sehingga ada cukup lemak untuk
menutupikan apapun barang yang berniat untuk menggoreng. Tempatkan suiz tekan
minyak dengan api besar. Pemanasan sejumlah besar minyak dapat memakan waktu yang
cukup lama.
Deep Fryer,-menggoreng harus dilakukan dengan minyak di 325 darjah F (185 darjah C);
menggunakan

termometer

permen

atau

besar-dial

termometer

yang

dapat

menghubungkan ke pot. Minyak akan mulai membakar antara 400 dan 450 darjah F (200
dan 225 darjah C) dan akan terbakar di sekitar 500 darjah F (250 darjah C), oleh itu
,sangat penting untuk memantau suhu.
Setelah minyak mencapai suhu yang diinginkan, kurangkan ke panas yang rendah.
Jika melihat suhu pada termometer mulai turun, putar suis suhu atas sejumlah kecil
sampai suhu telah menaik kembali ke 365 darjah F (185 darjah C). Untuk menghindari
percikan minyak panas ketika menjatuhkan makanan ke dalam minyak, gunakan sendok
panjang dan menempatkan adonan ke dalam minyak dengan berhati-hati. Minyak akan
mulai gelembung mendadak. Selepas itu, menentukan minyak berada pada suhu yang
tepat dan angkat makanan itu ke apabila masa sudah cukup.

18

Foto 1 : Mesin Deep Fryer
Sumber : Kajian Lapangan 2015
ii.

Mesin Combie

pengukus combi (atau combi-kapal) adalah perkakas memasak
profesional yang menggabungkan fungsi ketuhar perolakan dan periuk wap. Iaitu, ia
boleh menghasilkan haba kering, haba lembap atau gabungan kedua-duanya pada
pelbagai suhu. Perkakas ini oleh itu sesuai untuk banyak aplikasi masakan, termasuk
baking, pemanggangan, memanggang, mengukus, merebus, celur .Kelebihan teknologi
ini adalah masa memasak pendek dan kaedah penyediaan yang lembut, kedua-duanya
membawa kepada vitamin dipertingkatkan dan pemeliharaan pemakanan berbanding
kaedah masakan tradisional. Mod utama operasi adalah wap, perolakan (peredaran udara
panas) dan varian gabungan penyediaan makanan (penggunaan serentak wap dan udara
panas).

19

Foto 3: Mesin Combi steamer
Sumber: Kajian Lapangan 2015
5.2.2 Pembungkusan Burger Ramly
Dalam pembungkusan Burger Ramly, pengusaha kilang ini telah
membeli atau membuat bungkusan dilabel jenama Ramly,dengan penggunaan
sains dan teknologi, bungkusan ini senang untuk dibuka oleh disebabkan makanan
yang baru dibeli itu masih panas . Oleh itu, bungkusan itu sesuai untuk
memasukkan Burger Ramly dihasilkan.Penghasilan pembungkusan yang baik
banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari
pengguna.

Foto 4:Bungkusan Ramly Kiosk

20

5.3

Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran
Burger Ramly
5.3.1

Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Burger

Ramly
Kesan-kesan pengunaan Sains dan
Bil

teknologi dalam penghasilan Burger

1

Ramly
Proses membuat Burger Ramly

2

menjadi lebih bersih.
Penggunaan teknologi dalam

1

Skor
2
(F) (%)

(F)

(%)

3

(F)

(%)

3

10

12

40

15

50

2

6.67

8

26.67

20

66.67

0

0

10

33.33

20

66.67

6

20

14

46.67

10

33.33

2

6.67

8

26.67

20

66.67

penghasilan Burger Ramly dapat
3

menjimatkan masa.
Terdapat pelbagai resepi Burger
Ramly kesan daripada penggunaan

4

teknologi.
Kos penghasilan Burger Ramly dapat
dikurangkan dengan aplikasi sains dan

5

teknologi.
Kuantiti penghasilan Burger Ramly
menjadi lebih banyak.

Jadual 4: Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Burger Ramly

21
25
20

Kekerapan

15
10
Tidak setuju
Setuju
Sangat Setuju

5
0

KSAN-KESAN DALAM PENGHASILAN

Rajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Ramly
Burger
Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden sangat setuju akan
proses penghasilan Burger Ramly menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan
teknologi manakala terdapat 12 (40%) orang setuju akan penyataan ini. Bagi kategori
yang tidak setuju pula terdapat 3 orang (10%) daripada keseluruhan responden yang
dipilih. Daripada pernyataan ini menunjukkan , keseluruhannya setuju dengan proses
penghasilan Burger Ramly lebih bersih dimana hampir 50% sangat setuju dengan
kenyataan itu.
Kebanyakan responden dengan seramai 20 orang (66.67%) sangat setuju akan
penggunaan sains dan teknologi dalam Burger Ramly dapat menjimatkan masa.
Manakala 8 (26.67%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan
hanya 2 orang (6.67%) memilih tidak setuju. Daripada pernyataan ini menunjukkan ,
keseluruhannya sangat setuju dengan proses penghasilan Burger Ramly lebih
menjimatkan masa hampir 66.67% sangat setuju dengan kenyataan itu.

22

Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden
berpendapat bahawa kos penghasilan Burger Ramly tidak dapat dikurangkan dengan
aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju seramai 14 orang (46.67%)
dan bilangan sangat setuju sebanyak 10 orang (33.33%) hal ini dimana, tidak banyak
responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil elektrik semakin meningkat dari
semasa ke semasa.
Seterusnya, terdapat bilangan orang responden angat setuju dalam pelbagai
citarasa resepi dimana seramai 20 orang (66.67%) ,bilangan setuju 10 orang (33.33%),
Burger Ramly ini telah menghasilkan pelbagai menu resepi yang akan memenuhi citarasa
pelanggan tersebut.
Seramai 20 orang sangat setuju akan kuantiti Burger Ramly telah meningkat
kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 66.67% daripada semua responden.
Dalam kategori setuju pula terdapat 8 orang (26.67%) manakala hanya 2 orang (6.67%)
tidak setuju akan kuantiti Burger Ramly telah meningkat. Pn Kuza Nurul Atikqha telah
berpendapat bahawa kuantiti biskut ini telah banyak meningkat oleh disebabkan pelbagai
ciptaan mesin dan teknlogi yang memudahkan urusan pekerja-pekerja mereka.

23

5.3.2

Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Burger Ramly
Kesan-kesan pengunaan Sains dan

Bil

teknologi dalam pemasaran Burger

1

Ramly
Pembungkusan Burger Ramly

2

1

Skor
2
(F)
(%)

(F)

(%)

2

6.67

8

menjadi lebih kemas.
Burger Ramly menjadi popular dalam

5

16.67

3

kalangan generasi muda.
Kuantiti jualan Burger Ramly

5

4

semakin meningkat.
Burger Ramly menarik minat

3
(F)

(%)

26.67

20

66.67

10

33.33

15

50

16.67

10

33.33

15

50

5

16.67

12

40

13

43.33

5

16.67

10

33.33

15

50

pengunjung luar datang untuk
5

membeli.
Burger Ramly dapat bersaing dengan

makanan moden yang lain.
Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Burger Ramly
25
20
15
10
5
0

Tidak setuju
Setuju
Sangat setju

Rajah 5: Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Burger Ramly
Berdasarkan Jadual 5, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam
ketegori sangat setuju tentang pembungkusan Burger Ramly menjadi lebih kemas kesan
daripada penggunaan teknologi iaitu 20 orang responden (66.67%) .Selain itu, terdapat 8

24

orang responden iaitu 26.67% memilih dalam kategori setuju dan 2 orang berpendapat
tidak setuju akan soalan ini.Hal ini kerana , akhbar “ Utusan Malaysia” pada 24 Julai
2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini menyatakan bahawa perkembangan
sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti pembungkusan makanan dan lebih kemas
daripada pembungkusan yang lama.
Di samping itu, terdapat 5 orang bersamaan 16.67% daripada semua responden
berpendapat bahawa Burger Ramly tidak popular dalam kalangan generasi muda
walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran Burger Ramly dan yang
selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 10 orang (33.33%) dan 15 orang (50%)
yang menyataan bahawa Burger Ramly menjadi popular di kalangan orang muda.Hal ini
dibuktikan oleh orang tembual dimana En.Muhammad Adly menyatakan ,kebanyakkan
jenama burger Ramly ada dimana sahaja di dalam negara . Ini yang berjaya
meningkatkan persepsi anak muda tentang jenama buatan Malaysia pun mempuyai kualiti
tersendiri.
Seterunya, Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti jualan Burger Ramly
telah meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada
semua responden. Dalam kategori setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya
5 (16.67%) orang tidak setuju akan kuantiti Burger Ramly telah meningkat.Hal ini dapat
dibuktikan apabila sesuatu mesin itu memudahkan untuk melakukan kerja , keuntungan
daripada inovasi ini juga akan meningkat juga hasil pelanggan yang sukakan perkhidmata
yang cepat ,cekap dan pantas.

Seterusnya, kebanyakan responden dengan seramai 15 orang (50%) sangat setuju
akan penggunaan sains dan teknologi dalam Burger Ramly dapat menarik pengunjung
luar datang untuk membeli. Manakala 10 (33.33%) orang responden turut setuju akan

25

kesan yang dibawa, dan hanya 5 orang (16.67%) memilih tidak setuju.Hal ini demikian ,
perkhidmatan yang cekap dan cepat dapat meningkatkan bilangan peanggan untuk
membeli tanpa menunggu waktu yang lama .

Sebanyak 15 orang (50%) responden sangat setuju akan Burger Ramly dapat
bersaing dengan makanan antarabangsa yang lain atas bantuan sains dan teknologi
manakala hanya 10 orang (33.33%) setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak
setuju pula terdapat 5 orang (16.67%) bilangan yang cukup sedikit di kalangan
responden. Namum, banyak orang telah memilih sangat setuju akan Burger Ramly dapat
bersaing dengan makanan moden di peringkat antarabangsa .kerana Perkhidmatan
makanan Burger Ramly harus perlu mendapat suntikan dari kerajaan dalam
mempromosikan lagi di persada antarabangsa dengan itu dapat meningkatkan imej negara
dalam industri permakanan di peringkat global.

6.0

Rumusan
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang

digunakan dalam pnghasilan Burger Ramly dan kesan-kesannya daripada aplikasi sains

26

dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang
pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat.

Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan
kepada masyarakat tentang makanan segera dan cara penghasilan makanan .Bukan itu
sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci tentang kepentingan
sains dan teknologi terhadap pemakanan Untuk meningkatkan penghasilan Burger
Ramly, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke dalam bidang pemakanan. Kaedah ini
telah mengubah proses pembuatan Burger Ramly daripada cara pembuatan manual
kepada penggunaan mesin automatik. Dengan menggunakan mesin automatik ini, tenaga
manusia dan masa yang diperlukan dalam membuat Burger Ramly dapat dikurangkan
berbanding dengan cara manual dalam masakan. Manakala kuantitinya dapat
ditingkatkan dengan efektif dan efisien lagi cekap.

Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa
penggunaan teknologi dalam penghasilan Burger Ramly dapat menjimatkan masa da
tenaga .Kuantiti penghasilan Burger Ramly turut menjadi lebih banyak. Data ini juga
disokong adalah Penyelia , Pn Kuza Nurul Atiqha dan pelanggan Burger Ramly stesen
LRT Bandar Tasik Selatan (BTS). Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat
dikurangkan kerana bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantitI Burger
Ramly juga turut dipertingkat.

Kini, sains dan teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, oleh itu
pihak kerajaan harus menggalakkan pengusaha-pengusaha kilang membuat pelaburan

27

dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat
makanan ini dapat diperbaikkan dari masa ke semasa.

Konklusinya, Burger Ramly mempunyai prinsip dan integriti dalam memastikan
setiap isu dalam pemakanan dititikberatkan kualiti dan keckapan dalam memastikan
pelanggan berpuas hati dengan setiap resepi yang ditawarkan oleh Burger Ramly
,Kejayaan sesebuah syarikat tidak akan datang bergolek jika tiada urus tadbir yang baik
dalam sesebuah syarikat pemakanan di dalam negara, semoga penambahbaikan dapat
dipelbagaikan dalam menjadi suatu hari nanti Syarikat pemakanan yang disegani .

Lampiran

28

Rujukan

1. https://www.google.com.my/maps/place/bandar+tasik+selatan
2. Kamaludin A. Rashid, “Kepentingan industri logistik kepada negara” , dlm

Utusan Malaysia, 27 Julai 2014
3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Laupa Junus, “ Melahirkan Pakar Proses Makanan”, dlm Utusan Malaysia, 8
September 2014 Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi
Globalisasi di Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris).
5. http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web%28Home%20C%20P%20BM.html
6. http://www.teknologimakanan.com/2009/08/teknologi-makanan-cara-buatburger.html
7. http://ite-kidstech.blogspot.com/2013/12/zero-to-hero-ramly-burger.html

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.
1. JANTINA

29

Lelaki (

)

Perempuan (

)

2. UMUR
15 – 24 tahun (

)

25 – 34 tahun (

)

35 – ke atas

(

)

3. BANGSA
Melayu (

)

Cina (

)

PMR (

)

IJAZAH (

SPM

(

)

Lain-lain :

STPM (

)

India (

)

4. TAHAP PENDIDIKAN
)

5. PEKERJAAN
Kerajaan (

)

Sendiri (

)

Swasta (

)

Pelajar (

)

Tidak bekerja (

)

6. STATUS PERKAHWINAN
Berkahwin (

)

Belum berkahwin (

)

BAHAGIAN B: SKALA LIKERT
ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

Bilanga

1

2

3

Tidak Pasti

Tidak Setuju

Setuju

Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi

n
1

dalam penghasilan Burger Ramly.
Proses membuat Burger Ramly.menjadi lebih

2

bersih.
Penggunaan teknologi dalam penghasilan Burger

3

Ramly.dapat menjimatkan masa.
Terdapat pelbagai resipi citarasa Burger
Ramly.kesan daripada penggunaan teknologi.

4

Kos penghasilan Burger Ramly dapat dikurangkan
dengan aplikasi sains dan teknologi.

1

2

3

30

5

Kuantiti penghasilan Burger Ramly menjadi lebih
banyak.
Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi

1

dalam pemasaran Burger Ramly
Pembungkusan Burger Ramly menjadi lebih kemas.

2

Burger Ramly kini telah menjadi popular dalam

3

kalangan generasi muda.
Kuantiti jualan Burger Ramly semakin meningkat.

4

Burger Ramly menarik minat pengunjung luar

5

datang ke kampung untuk membeli.
Burger Ramly dapat bersaing dengan makanan
moden yang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH
Jadual Temu Bual
Informan 1: Puan Kuza Nurul Atiqkha Binti Suhaimi
Soalan

Jawapan

1. Bolehkah Puan menyatakan

Terdapat dua mesin yang digunakan dalam

31

apakah mesin automatik yang

kilang ini terdapat, iaitu mesin deep fryer, mesin

terdapat di dalam jualan burger

combi steamer

ramly ?
2. Mengapakah Puan
menggunakan mesin ini dalam
penghasilan burger ramly ?
3. Apakah fungsi-fungsi mesin
automatik ini dalam penghasilan
burger ramly ?

Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini
adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam
perniagaan saya ini.
Apabila membuat Burger ,Ketika deep fryer,
yang terbaik adalah menggunakan minyak
neutral rasa seperti SAJI atau minyak kacang.
Minyak sayur juga bekerja dengan baik.
Gunakan minyak yang cukup sehingga ada
cukup lemak untuk menutupikan apapun barang
yang berniat untuk menggoreng. Tempatkan
suiz tekan minyak dengan api besar. Pemanasan
sejumlah besar minyak dapat memakan waktu
yang cukup lama.
Deep

Fryer,-menggoreng

harus

dilakukan

dengan minyak di 325 darjah F (185 darjah C);
menggunakan termometer permen atau besardial termometer yang dapat menghubungkan ke
pot. Minyak akan mulai membakar antara 400
dan 450 darjah F (200 dan 225 darjah C) dan
akan terbakar di sekitar 500 darjah F (250 darjah
C), oleh itu ,sangat penting untuk memantau
suhu.

Selain itu , mesin combi juga turut digunakan
sesuai untuk banyak aplikasi masakan, termasuk

32

pemanggangan,

memanggang,

mengukus,

merebus, celur.
4. Apakah perubahan dalam

Kalau berbanding dengan kaedah yang manual,

proses penghasilan burger ramly

banyak tenaga akan digunakan ,jika mesin

selepas Puan menggunakan

automatik tenaga kerja saya dapat dikurangkan

mesin-mesin automatik ini?

dan masa menghasil burger ramly ini turut
dapat dijimatkan.

5. Adakah jualan burger ramly ini

Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan

meningkat selepas Puan

burger ramly ini memang lebih baik

menggunakan mesin-mesin ini ?

Informan 2: Encik Muhammad Adly
Soalan

Jawapan

1. Adakah jualan burger ramly
ini meningkat selepas
berbanding dengan masa yang
dahulu?

Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan
burger ramly ini memang lebih baik daripada

33

masa dahulu.
2. Bagaimanakah pembungkusan

Pembungkusan burger ramly telah menjadi lebih

burger ramly kini berbanding

kemas daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg

dengan masa dahulu?

plastik yang melambangkan kilang mereka

3. Adakah burger ramly ini

Ya, burger ramli cukup sinonim sejak saya mash

menjadi popular dalam kalangan

kecil lagi dan ianya buatan malaysia kita kena

generasi muda pada masa kini?

sokongan buatan negara kita.

5. Adakah encik berpendapat

Saya tidak berpendapat sebegitu, walaupun

bahawa burger ramly ini dapat

resipi

ikut

citarasa

burger

ramly

telah

bersaing dengan makanan moden diperbanyakkan dengan aplikasi sains dan
yang dihasilkan pada zaman

teknologi, tetapi kaedah ini masih tidak cukup

sekarang ?

untuk bersaing dengan makanan moden yang
sentiasa menghasilkan citarasa yang baru dari
semasa ke semasa.

Mungkin harus dipromosikan lagi sehingga Mc
Donald tidak lagi dibeli oleh rakyat kita di sini

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web%28Home%20C%20P%20BM.html

62

http://www.teknologimakanan.com/2009/08/teknologi-makanan-cara-buat-burger.html

http://ite-kidstech.blogspot.com/2013/12/zero-to-hero-ramly-burger.html