Sekolah manual mutu lab Ver

Dari masa ke semasa, kita pasti akan mendengar seruan daripada pihak yang tertentu yang
menyeru supaya sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah vernakular dihapuskan dan ditukar
kepada sekolah kebangsaan.
Mereka yang melakukan seruan ini sentiasa mengatakan ini adalah untuk tujuan perpaduan.
Tidakkah pandangan ini terlalu simplistik?
Ia memang tidak dapat dinafikan bahawa jika semua pelajar tidak mengira kaum boleh belajar
bawah satu bumbung yang sama, ia perkara yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan
sesama kaum dan mengukuhkan perpaduan.
Akan tetapi, masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di negara Malaysia ini bukan
disebabkan oleh sekolah vernakular tetapi kerana sebab-sebab yang lain.
Oleh itu, meskipun kita menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, saya percaya masalah
perkauman dan isu perpaduan masih akan wujud kerana ini bukan punca masalahnya.
Punca masalah isu perkauman dan perpaduan disebabkan oleh polisi negara ini. Kini walaupun
kita sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang diperintah oleh BN masih menggunakan
teknik pemerintahan yang digunakan oleh British iaitu pecah dan perintah.
Ini amat jelas di mana parti komponen utama BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC
hanya mempertahan dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing. Umno hanya untuk
orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India.
Tidak percaya kaum lain
Ini secara langsung atau tidak langsung memberi persepsi kepada rakyat jelata di mana jika kita
menghadapi apa-apa masalah, kita hanya boleh mendapatkan pertolongan daripada pemimpin

kaum kita sendiri.
Ini juga secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan tidak percaya terhadap
kaum lain lalu mengakibatkan salah faham, yang mana kita bahawa hanya orang Melayu akan
menolong orang Melayu, orang Cina hanya akan menolong orang Cina dan orang India hanya
akan menolong orang India.
Inilah punca masalahnya di mana kita akan melihat ketidaksamaan antara kaum dan kita akan
melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza dan berasingan.
Punca masalah yang kedua adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang rasis dan tidak
bertanggungjawab. Sesetengah pihak seperti bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah yang
mengeluarkan kenyataan rasis juga merupakan punca masalah perkauman dan perpaduan.

Apabila sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang rasis dan berbaur perkauman, ia akan
secara tidak langsung mengakibatkan kaum lain melahirkan kebencian bukan hanya terhadap
individu tersebut tetapi juga kaum individu itu.
Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas individu-individu ini
dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang lain.
Bukan itu sahaja, apa yang lagi hipokrit ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memperkenalkan konsep 1Malaysia yang dilaung-langkan, timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang juga menteri pelajaran mengatakan beliau Malay first .
Jadi apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi tujuan perpaduan tetapi

pada masa yang sama, timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran sendiri tidak
mengerti maksud perpaduan?
Pendakwaan selektif
Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila perdana menteri kita sendiri menyalahkan "tsunami
Cina" bagi keputusan teruk pada PRU baru-baru ini.
Saya berasa amat kesal apabila pemimpin-pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab sehingga ada daripada mereka yang
sanggup mengatakan ini sebagai pengkhianatan sesetengah kaum.
Oleh itu, apa gunanya sekolah vernakular dihapuskan tetapi pemimpin-pemimpin negara kita
sendiri tidak mengerti maksud perpaduan?
Jadi untuk mencapai perpaduan, apa yang kita perlu hapuskan sekarang bukanlah sekolah
vernakular tetapi rasisme yang wujud di negara kita.
Pemimpin-pemimpin negara kita haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak sepatutnya
mengeluarkan kenyataan yang rasis dan tidak bertanggungjawab.
Pihak polis dan peguam negara haruslah menjalankan tugas secara adil dan mengambil tindakan
terhadap kesemua mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengambil kira latar belakang
mereka dan tidak melakukan pendakwaan selektif.
Hanya apabila kita dapat melihat tidak ada perbezaan antara kita, maka hanya pada masa itulah
kita akan mencapai perpaduan.
Biarlah kita ingat bahawa kita kesemua ini tidak mengira kaum adalah anak Malaysia.


1.0

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia semasa zaman pemerintahan British lagi (sebelum
kemerdekaan) telah mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berpaksikan
pada kaum masing-masing serta bahan pendidikan yang banyak bersumberkan pada
rujukan negara serta bangsa masing-masing. Sistem pendidikan yang wujud pada
masa pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah
vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah
Inggeris. Selepas zaman kemerdekaan, sistem pendidikan ini telah ditukar kepada
sistem yang telah dirangka oleh Penyata Razak. Maka, lahirlah sistem sekolah
kebangsaan yang menggabungkan semua bangsa di Malaysia namun masih
dimonopoli oleh pelajar Melayu serta penubuhan sekolah vernakular Cina dan India
yang dimonopoli oleh bangsa masing-masing dan juga menggunakan bahasa ibunda
masing-masing.
Timbul isu yang telah dikemukakan oleh para pemimpin dan sesetengah pihak yang
memberi cadangan untuk menutup sekolah vernakular dan memasukkan semua pelajar
ke dalam satu sekolah serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini telah mendapat reaksi
yang berbeza daripada pelbagai pihak, khususnya kepada kaum yang terlibat serta
seluruh rakyat Malaysia amnya.
1.1

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah kewujudan sekolah vernakular, menganalisis
kebaikan dan kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan dan
mengenal pasti faktor-faktor isu pemansuhan sekolah vernakular
1.2

Kepentingan Kajian

Kajian ini akan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai konsep
sistem pendidikan sekolah vernakular.
2.0

Sorotan Literatur


2.1

Sejarah Kewujudan Sekolah

Sekolah Vernakular Melayu

Pada zaman penjajah, sekolah agama atau madrasah terus befungsi tanpa sebarang
campur tangan. Hal ini kerana, pihak British tidak ingin mencampur tangan dalam hal
ehwal agama dan adat-resam orang Melayu. Namun setelah pihak British sedar
bahawa sekolah ini memainkan peranan penting dalam peningkatan pemikiran
masyarakat Melayu, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam dan mewujudkan
sistem pendidikan yang baru iaitu dikenali sebagai sekolah vernakular Melayu. Hal ini
kerana, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British hanya bertujuan
sedakar untuk menghapuskan buta huruf masyarakat Melayu semata-mata di samping
mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.
Mengikut dasar pelajaran yang ditetapkan oleh pihak British, kanak-kanak akan
diberikan pelajaran percuma di peringkat rendah dalam Bahasa Melayu selama empat
tahun. Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah vernakular Melayu ialah
bacaan, mengarang, ejaan, menulis, latihan jasmani dan ilmu alam sahaja. Malahan,
murid di sekolah Melayu juga tidak berpeluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan

melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.
Sekolah Vernakular Cina
Kemasukan beramai-ramai masyarakat Cina ke Tanah Melaayu telah menimbulkan
keperluan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Pada waktu itu, pihak
pentadbiran British tidak mencampur tangan malahan menentang keras pembiayaan
untuk pembinaan Sekolah Vernakular Cina kerana penduduk Cina dianggap sebagai
penduduk asing sementara di Tanah Melayu. Maka, perbelajaan pengurusan sekolah
tersebut hanya ditampung oleh derma daripada masyarakat Cina sahaja.
Dalam aspek pendidikan, sikap masyarakat Cina lebih ketara berorientasikan ke negara
asal. Oleh itu, sistem pendidikan Sekolah vernakular Cina sangat mirip dengan sistem
pendidikan di negara China. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk
mendirikan sekolah serta mengeluarkan tajaan untuk mengimport guru dari negara
China bersama dengan buku teks sekolah yang dikeluarkan di sana untuk diajar
kepada anak-anak mereka.
Sekolah Vernakular Tamil
Sejarah penubuhan bagi sekolah Tamil berlaku semasa kemasukan buruh India secara
beramai-ramai. Pada mulanya pihak British tidak begitu berminat dengan pendidikan
Tamil di Tanah Melayu. Namun begitu, mereka mula menyedari bahawa pendidikan
perlu disediakan untuk menarik lebih ramai penduduk India datang berkerja di ladangladang di Tanah Melayu.
Pada tahun 1912, pihak British telah menetapkan undang-undang buruh yang

menyatakan bahawa semua ladang yang ada sekurang-kurangnya 10 orang kanakkanak di antara 7 hingga 10 tahun mestilah menyediakan sekolah dan guru untuk diberi

pelajaran kepada mereka. Oleh kerana ia terbatas di kawasan estet serta sumber
kewangan dan tenaga pengajar yang terhad, pendidikan sekolah vernakular Tamil
tertumpu kepada peringkat rendah sahaja. Dari aspek pembelajaran pula, sumber buku
teks yang digunakan masih bersumberkan dari negara asal mereka.
2.2

Kelebihan dan Kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan

Sekolah Kebangsaan
Kebaikan
§ Dapat beramah mesra, bergaul,
§
bersukan, makan bersama, saling
mengenal dan mengeratkan hubungan
silaturahim.
§ Wujudnya, budaya menghormati hak
§
kaum lain yang mampu memupuk

kesepaduan kaum dan etnik di negara ini.
§ Menjadikan sekolah sebagai asas
§
permulaan dalam memupuk hubungan
yang baik antara kaum yang lain

Kelemahan
Berorentasikan peperiksaan dan
pencapaian akademik semata-mata.

Amat mementingkan peperiksaan sebagai
tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang
baik.
Pendidikan yang tertumpu kepada
pencapaian akademik telah
membelakangkan elemen-elemen adab
serta budaya yang sopan.
§ Murid-murid yang terdiri daripada
§ Aspek budi bahasa, adab dan akhlak
pelbagai etnik mudah untuk berhubung

serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas,
atau berkomunikasi dengan masyarakat
jujur dan amanah semakin hari semakin
luar dan mudah untuk memperoleh ilmu
kurang diberi perhatian.
pengetahuan.
Sekolah Vernakular
Kebaikan
§ Pelajar berlainan kaum dapat menguasai §
bahasa ketiga yang mampu menjamin
masa depan yang kukuh terutamanya
ketika bersaing dalam dunia kerjaya.
§ Guru di sekolah vernakular mempunyai §
komitmen, profesionalisme, dan tahap
dedikasi yang tinggi
§ Sistem pendidikan vernakular
§
mempunyai kelebihan tersendiri
berbanding sekolah kebangsaan.


Kelemahan
Menunjukkan jurang perkauman yang
begitu luas antara murid-murid yang
berlainan kaum.
Wujudnya jurang komunikasi antara
kaum disebabkan penggunaan bahasa
ibunda yang berbeza.
Hanya bahasa ibunda kaum majoriti
sahaja yang kerap dipertuturkan di
sekolah manakala bahasa kebangsaan
pula disisihkan.

2.3

Isu-Isu Sekolah Vernakular

Banyak faktor yang telah menjadi punca dan alasan mengapa isu pemansuhan sekolah
vernakular dibangkitkan. Salah satunya, berkaitan dengan cadangan penubuhan
Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira etnik atau agama. Di

bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan
dalam kawasan yang sama. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang. Namun begitu, kebanyakan etnik Cina dan India membantah
pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan
akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah.
Seterusnya, cabaran dalam pendidikan dan bahasa. Kepelbagaian sistem pendidikan
mempunyai kaitan rapat dengan kesepaduan sosial di negara ini, terutama dari segi
penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum. Setakat ini, kepelbagaian tersebut tidak
banyak menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan negara. Namun, cabaran
terhadap pelaksanaan sistem tersebut memang tidak dapat dielakkan, terutama antara
pendidikan kebangsaan dengan pendidikan vernakular.
3.0

Metodologi Kajian

Kajian ini dilakukan di sekitar Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Data
dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Dalam temu bual, kajian telah
menemui guru kaunseling iaitu Puan Ziana dan serta tiga orang pelajar universiti.
Dalam kaedah pemerhatian, pelajar pelbagai kaum yang berada di dalam kelas sekolah
kebangsaan telah diperhati gelagat mereka.
4.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula
semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan
dalam bidang ini akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal
di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian,
setiap pelusuk masyarakat perlulah menjadi warganegara yang prihatin dalam
menangani isu ini. Sebarang perbincangan perlulah diadakan bagi mengelakkan salah
faham yang boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.
Rujukan
Amran Idis, Ismail Kosman & Hj. Md Lasa Yahya. (2012). Nota Pembelajaran Praktis
Pengajian Am STPM. Local Publication.

Mahdi Shuid & Noor Azma Hj. Seman. (2014). Rujukan Lengkap Sejarah Tingkatan 4,
Global Mediastreet Sdn. Bhd.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-manahaluan.html
https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/06/sistem-sukatan-satu-sekolah-berjayadi negara-lain-kenapa-tidak-malaysia/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemansuhan-sekolah-cinadibahaskan-dalam-perhimpunan-agung-umno
http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-malaysia-17745813
http://cgzakariasej.blogspot.com/2014/05/pendidikan-vernakular-di-tanah-melayu.html
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-manahaluan.html
http://www.utusan.com.my/rencana/memalaysiakan-semangat-sistem-pendidikan-sjkc1.16787
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=557018&cat=tm

MZ Zainudin, Nur Atikah Mohd Razali, Nurul Asyikin Hamzah, Renugah Mageswaran,
Goh Say Kheat

Sekolah Vernakular
1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam
pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu
di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
i.

Pagi

ii.

i.

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

ii.

dan mata pelajaran vokasional

Petang

i.

Bahasa Arab

ii.

dan al-Qur'an

b. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini
telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i.

MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan

ii.

MPPM di Melaka pada tahun 1935.

c. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru
Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang
perseorangan.
d. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar,
manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
e. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i.

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan

ii.

SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

f. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart
Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
g. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru,
kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam,
Tanjung Malim, Perak.

h. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10
orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang
bertujuan rnembasmi buta huruf.
i. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.
j. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu
pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang
ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang
mendapat pendidikan di Eropah.

SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SEBELUM PERANG DUNIA KE-2)
PENGENALAN
Sebelum kedatangan penjajah - masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang
tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal. Diajar pengajian al-Quran dan ilmu
pengetahuan agama. Diajar di surau atau masjid di kampung-kampung pada waktu malam.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan
ajaran guru - sebagai ‘Menadah Kitab’.
Pada abad ke-18, sistem pendidikan Sekolah Pondok semakin berkembang pesat apabila
beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur
berbanding pengajaran agama yang diadakan di surau atau masjid. Tertumpu di Kedah, Kelantan
dan Terengganu. Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok meliputi membaca dan memahami
kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus. Selepas kedatangan British, sistem pendidikan
semakin berkembang.
Sebelum Perang Dunia Ke-2, terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih mencerminkan
unsur-unsur perkauman. Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan
pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan
kurikulum yang digunakan tidak seragam.
Pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada semua ahli masyarakat kecuali kepada
golongan elit Melayu. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan
penempatan kaum masing-masing spt sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah
Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan
manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah. Tujuan utama pendidikan pada masa itu
hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tdk mementingkan
perpaduan masyarakat.
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) Sekolah PENDIDIKAN
MELAYU Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah

yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh
Persatuan Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 - dua
buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu
Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang
Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun. Sambutan ibu bapa tidak begitu
menggalakkan – menganggap bertentangan dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka
terpengaruh dengan Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan
tenaga anak untuk menolong ibu bapa. Peringkat awal - dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana
ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah
vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sekolah
perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga, Singapura (1884) dan diikuti dengan
sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah
sekolah perempuan Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor. Antara tahun
1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu ke sekolah jika tinggal dalam
lingkungan 2 batu dari sekolah. Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun - diajar menulis,
membaca dan mengira serta kraftangan mudah. Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk
memastikan supaya “seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang
lebih cerdik daripada bapa mereka.” Sek. Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib.
British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan di peringkat
menengah dalam bahasa Melayu. Usaha awal memberi latihan perguruan kepada guru sekolah
Melayu dibuat pada tahun 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada
tahun 1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang, Perak (1913), Maktab
Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru pada tahun 1919. Walau bagaimanapun, usaha ini
kurang berjaya kerana gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu. Selepas
kajian dibuat - telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di
Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk
menampung keperluan guru yang semakin bertambah. 1905, Maktab Perubatan King Edward VII
ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang perseorangan dan badan-badan kebajikan.
1920, Maktab Perubatan King Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan
perbidanan. Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah. 1949, Maktab Perubatan
King Edward VII digabungkan dengan Raffles College untuk menjadi Universiti Malaya di
Singapura - tawar kursus-kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan.
Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di Kuala Lumpur (1906) - latih
pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta Api dan Kerja Raya. 1942 - ditukar kepada Maktab
Teknik. 1943 - Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf maktab
ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia (UPM). Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH
AGAMA MADRASAH Perkembangan pesat sekolah Inggeris pada abad ke-19, menimbulkan
kebimbangan golongan ulama -sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu krn
telah menyebar ideologi sekularisme. ‘Kaum Muda’ telah mengusahakan penubuhan sekolah
agama/madrasah untuk bersaing dengan sekolah aliran Melayu dan Inggeris. Pengajian di
sekolah ini lebih kemas dan teratur berbanding dengan sekolah pondok. Sekolah agama
madrasah mempunyai waktu belajar yang tetap, kurikulum pembelajaran yang berstruktur, dan
pembahagian kelas kepada bilik-bilik darjah. Madrasah yang pertama ditubuhkan ialah Madrasah
al-Iqbal di Singapura (1907), Sekolah alHadi di Banda Kaba, Melaka (1917), Madrasah al-

Mashor di Pulau Pinang (1919) dan Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu. Sistem Pendidikan
Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH PENDIDKAN CINA Pada peringkat
awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa mereka
datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di
Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan mubaligh Kristian. Beberapa buah sekolah lagi
didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah Loy, Phua Choon Hiong,
dan Cheng Soo Leong. Penubuhan sekolah-sekolah Cina ini menandakan bermulanya keinginan
orang Cina untuk bermastautin secara tetap, walaupun sebelum itu Tanah Melayu hanya
dianggap sebagai penempatan sementara. Sekolah-sekolah Cina lebih tertumpu di bandar-bandar
sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura, Melaka, Pulau Pinang,
Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan. Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu peringkat rendah (6 tahun), peringkat menengab (3 tahun), dan peringkat atas (3
tahun). Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina dikelolakan oleh orangorang persendirian, badan-badan sukarela tanpa campur tangan kerajaan British. Kurikulum
sekolah Cina di Tanah Melayu disesuaikan supaya selaras dengan apa yang dipelajari di China.
Manakala guru-guru didatangkan khas dari China. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Cina,
Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Matematik, Sains, Nyanyian, Lukisan, dan Latihan
Ketenteraan. Buku-buku teks dicetak dan diimport dari China. Sekolah-sekolah Cina di Tanah
Melayu menggunakan pelbagai dialek. Namun kemudiannya diselaraskan apabila semua sekolah
menggunakan bahasa ‘Kuo Yu’ sebagai bahasa perantaraan bagi menggantikan pelbagai dialek
yang berlainan. Masy. Cina di Tanah Melayu lebih mengetahui perkembangan politik di China
berbanding Tanah Melayu. Sekolah Cina menjadi pusat penyebaran ideologi yang bercanggah
antara pihak Koumintang dan Komunis. Oleh itu, keadaan ini perlu dikawal kerana boleh
menjejaskan keamanan. Pada tahun 1920, satu peraturan diperkenalkan dengan mewajibkan
semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan. Langkah ini bertujuan mengawal
perkembangan sekolah aliran Cina di Tanah Melayu. Pada tahun 1924, sekolah Cina mula
mendapat bantuan kewangan kerajaan. Bantuan ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti
membayar gaji guru dan membina sekolah baharu. Jabatan Penolong Pengarah Sekolah Cina
juga ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina. Selepas tahun 1945, semakin
banyak sekolah Cina menerima bantuan kerajaan. Buku teks tidak lagi dibawa masuk dan China
tetapi diterbitkan di Tanah Melayu. Sukatan pelajaran disemak untuk disesuaikan dengan
persekitaran tempatan. Pada tahun 1952, Bahasa Melayu mula diajar di sekolah Cina. Sistem
Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH PENDIDKAN TAMIL
Pada awalnya, pendidikan Tamil juga diusahakan oleh orang perseorangan dan badan-badan
sukarela terutamanya badan mubaligh Kristian. Selepas penubuhan Penang Free School di Pulau
Pinang pada tahun 1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekolah Tamil sebagai
satu daripada sekolah cawangan sekolah itu. Pada tahun 1850, sebuah sekolah bernama AngloTamil School yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860,
sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan murid.
Sepanjang tahun 1870-an, beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil dibuka di
kawasan ladang terutamanya di Seberang Perai, Negeri Sembilan, Melaka, dan utara Johor yang
diusahakan oleh badan-badan mubaligh Kristian. Selain itu, terdapat juga usaha menyediakan
pendidikan Tamil di kawasan bandar. Pada tahun 1906 dan 1910, dua buah sekolah Tamil
didirikan, iaitu Thambusamy Pillai School dan Vivekananda School di Kuala Lumpur. Pada
tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan sebuah
sekolah di setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di

antara 10 hingga 12 tahun. Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di
Tanah Melayu. Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah
Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian
besarnya hanya ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga
ke darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di
bandar. Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi
ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam,
Punjabi, dan Singhelese atau Gurkhali. Buku teks dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari
India. Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis, murid-murid juga diajar
matematik, ilmu alam, lukisan dan kerja tangan, pengetahuan am, dan latihan jasmani.
Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan kerana kurang kemudahan. Gaji guru amat rendah
dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat
ditugaskan untuk mengajar. Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk
membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh. Sistem Pendidikan Zaman British
(SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH PENDIDKAN INGGERIS Sekolah aliran Inggeris
yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka oleh R.R.S. Hutchings,
seorang paderi gereja tempatan. Pada mulanya sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah,
tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun 1920-an. Pada tahun 1826,
Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian dan pada tahun 1920 ditukar kepada
Malacca High School, diikuti dengan Anglo-Chinese School (1821) dan St. Xavier’s Institution
(1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus di Singapura; Victoria
Institution (1893), Methodist Boys School (1897), Convent Girl School, dan St. John Institution
(1904) di Kuala Lumpur. Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran dan derma daripada
badan-badan persendirian dan orang ramai. Bantuan kewangan kerajaan hanya diberi secara
tahunan mengikut jumlah murid yang mengambil peperiksaan awam. Kebanyakan sekolah aliran
Inggeris lebih tertumpu di bandar-bandar utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah
aliran Inggeris apabila Special Malay Class diperkenalkan. Murid-murid Melayu dari darjah
empat perlu mengambil peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke Special Malay Class.
Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan
hanya segelintir daripada golongan bawahan. Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan
kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris lebih
tertumpu di pusat-pusat Bandar dan bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi. Pada tahun 1905,
British menubuhkan sebuah maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan Melayu yang
dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Kebanyakan lulusan maktab ini
diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kurikulumnya sekolah Inggeris dibentuk dengan
memberi tumpuan kepada pelajaran akademik dan akan menduduki peperiksaan Cambridge
Overseas School Certificate. Bagi mereka yang lulus mempunyai peluang pekerjaaan yang lebih
cerah. Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah
Eropah, ilmu Alam, ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani, dan Lukisan. Sistem
pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran
negara di samping menanam perasaan taat setia kepada British. Dalam sesetengah mata pelajaran
seperti Sejarah, murid-murid hanya didedahkan kepada sejarah keagungan British seperti
peperangan dan sejarah Eropah serta perkembangan empayar British. Mereka tidak mempelajari
perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan seperti budaya dan adat istiadat
Melayu.

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita
semasa penjajahan British ?







Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.
Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan seterusnya didirikan di
Seberang Perai pada tahun 1871.
Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.
Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.
Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885.
Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj.
Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan.
Maktab ini melatih guru sekolah Melayu..
Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.

Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.








Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
– Penang Free School (18160) di Pulau Pinang
– Malacca Free School (1826) di Melaka.
Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
– King Edward VII School (1883) di Taiping
– Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur.
Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.
Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.
Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.
Pihak British menubuhkan universiti sebagai institusi lanjutan – Universiti Malaya di Singapura.