Kepentingan Nilai nilai Pendidikan islam

Kepentingan Nilai-nilai Pendidikan
Menurut John Elliott (1995) di dalam artikelnya yang bertajuk “ What is good action research? –
Some Criteria” yang telah diolah semula oleh Lim Chong Hin (2001) menyatakan bahawa kajian tindakan
yang baik adalah berfokus kepada mengubah amalan atau pengajaran pengkaji agar ianya lebih
konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Selain itu, sesebuah kajian
tindakan itu juga haruslah mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh manakah amalan
atau pengajaran konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Disamping itu,
kajian tersebut perlu mengenalpasti dan menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara
amalan atau pengajaran dengan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.
Ini bermakna pendidik yang melibatkan diri dengan penyelidikan tindakan tidak boleh mengelak
daripada mengenal pasti dan seterusnya meneliti secara mendalam nilai-nilai pendidikan yang
dipegangnya. Hanya dengan berbuat demikian, barulah pendidik dapat mengutip data untuk mengkaji
sejauh manakah nilai-nilai tersebut dipraktikkan dalam amalan atau pengajarannya. Oleh itu Elliot (1995)
telah menegaskan bahawa antara ciri-ciri utama Penyelidikan Tindakan ialah mempunyai matlamat
pedagogi yang merangkumi nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan dalam amalan seseorang guru
atau di dalam pengajarannya. Antara contoh nilai-nilai tersebut ialah memberi layanan yang adil dan
saksama kepada semua murid, nilai menggalakkan dan menghargai pandangan murid, nilai memupuk
budaya belajar di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi ‘critikal thinkers’, nilai membina
keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid ‘thoughful learners’ dan
nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar releven kepada kehidupan seharian murid.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik dan berterusan yang dilakukan oleh seseorang guru

dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajarannya. Kajian tindakan
mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Dalam kajian
tindakan, guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya
dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu
amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya
penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran
bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang
diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri. Tujuan utama kajian tindakan dijalankan ialah guru
dapat melakukan penambahbaikan dalam aktiviti pengajarannya setiap kali selepas sesuatu kajian itu
dijalankan.
Budaya penyelidikan di kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek kajian tindakan merupakan satu
kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran,
akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja
yang kolaboratif.
Guru-guru yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru-guru yang bersikap positif terhadap
penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif,
bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan
penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme.
(Jamil 2002)


Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat

awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan
nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah.
Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli
masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976).
Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk
universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini mengandungi pelbagai pandangan dan pendapat
lain tentang konsep nilai. Buku ini dihasilkan daripada kajian kes yang menggunakan kerangka teoretis
berasaskan pendekatan penerapan nilai. Maklumat diperoleh berdasarkan tanggapan guru tentang
pelaksanaan penerapan 16 nilai murni dalam pengajaran bahasa Melayu, khususnya di sekolah
menengah rendah, Hulu Langat, Selangor.
Beberapa soalan berhubung dengan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu
dikemukakan. Apakah jenis nilai yang kerap dipilih untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu?
Apakah sumber nilai yang kerap digunakan oleh guru? Apakah prinsip asas penerapan nilai yang
digunakan oleh guru? Apakah aktiviti bahasa yang kerap diterapkan nilai dalam pengajaran bahasa
Melayu? Apakah teknik penerapan nilai yang digunakan oleh guru untuk menanamkan nilai dalam

pengajaran? Adakah guru membuat penilaian terhadap isi nilai yang diterapkan dalam pengajaran?
Apakah tahap penerapan nilai yang dapat dicapai oleh guru dalam pengajaran? Apakah masalah yang
dihadapi oleh guru semasa menanamkan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu? Adakah pengkhususan
kaedah mengajar dan bentuk kursus Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperoleh
memberikan pengaruh terhadap pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu?
Dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf dunia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa dalam bidang pendidikan di Malaysia telah
diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf
dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia.
Pada tahun 1974 , Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979
untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan pendidikan khasnya kurikulum pada peringkat sekolah rendah
dan menengah. Di samping meneliti kemampuan sistem pendidikan dalam melahirkan rakyat yang
bersatu padu, terlatih dan berdisiplin, jawatankuasa ini prihatin terhadap masalah pendidikan akhlak. Hal
ini terdapat dalam kenyataan pada halaman 227 para 452 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik mempunyai
asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek
bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia.
kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan
negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas landasan

nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun
1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh.
Buku yang mengandungi 201 muka surat ini merupakan kajian penulis tentang penerapan nilai murni
melalui pengajaran bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Penerapan nilai dan cara
pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan keperluan pendidikan nilai yang dilaksanakan dalam KBSM.
Penulis mengkaji kaedah penerapan nilai oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas yang menggunakan pelbagai alat, seperti bahan penulisan kreatif dan model contoh.
Tinjauan kajian menunjukkan bahawa pendidikan nilai sangat penting sebagai sebahagian daripada
kandungan kurikulum sekolah, dalam proses pendidikan seseorang individu. Menurut Sugarman (1973)
dan Lerner (1976), manusia memang dijadikan penerima nilai, pemilih nilai, pengamal nilai, pembentuk
nilai pewaris dan penerus nilai serta pengawal nilai. Berdasarkan penegasan tersebut, Ellis, Cagan dan
Howay (1991) membuat beberapa saranan berhubung dengan pendidikan nilai tersebut, seperti yang
berikut:
i. Pendidikan nilai amat perlu di sekolah.
ii. Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada pelajar.
iii. Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama dalam pendidikan.
iv. Pegangan nilai secara umum harus didasarkan kepercayaan masyarakat.
Hasil kajian yang dijalankan, pertama, berdasarkan pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah menengah rendah melalui jenis nilai murni yang selalu diterapkan. Kedua,
berdasarkan sumber untuk memilih nilai yang hendak Keberkesanan amalan guru selepas kajian akan

terus berkekalan andainya mendapat pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan berterusan, sama
ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. diterapkan, penggunaan prinsip penerapan nilai
dalam pengajaran bahasa Melayu melalui aktiviti bahasa, dan kaedah penerapan nilai dalam pengajaran

bahasa Melayu, teknik penerapan nilai yang digunakan, tahap penerapan nilai yang dicapai oleh guru
dan sebagainya. Selain itu, untuk memudahkan pengguna, dilampirkan juga beberapa jadual, hipotesis,
rajah serta contoh yang diperoleh dari beberapa sekolah terpilih hasil responden guru yang mengajarkan
Bahasa Melayu. Pada akhir bab buku ini merumuskan secara keseluruhan dapatan kajian dalam semua
aspek pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dikaji. Untuk mendapatkan
maklumat hasil kajian tersebut, pembaca boleh mendapatkannya secara terperinci.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini boleh dijadikan panduan kepada guru untuk
menerapkan pendidikan nilai melalui mata pelajaran Bahasa Melayu. Keberkesanan amalan guru selepas
kajian akan terus berkekalan andainya mendapat pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan
berterusan, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Yang penting, penerapan nilai di
sekolah mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehidupan pelajar di rumah dan dalam masyarakat.
Pihak ibu bapa, pihak berwajib dalam masyarakat dan pihak tertentu yang berkepentingan perlu diberi
pendedahan yang sesuai, iaitu dalam bentuk forum, seminar, dan sebagainya.

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan nilai.
Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yangbesar dan mendalam dalam

diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil
ajaran dan didikanguru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan
bergerakpantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai
tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh gurusemakin mencabar seiring kehendak
kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum.FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ),
Rukun Negara, Wawasan 2 0 2 0 , P I P P ( P e l a n I n d u k P e m b a n g u n a n
P e n d i d i k a n ) d a n M i s i Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada
Tuhanatau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi p e r k a r a y a n g ‘
first and foremost’ dalam diri seorang individu yangbergelar guru itu. Ibu bapa
m e n g h a r a p k a n s e k o l a h d a n g u r u d a p a t meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri
pelajar. Perkara inim e n j a d i l e b i h d a n k r i t i k a l d a l a m k e h i d u p a n p a d a e r a
globalisasi.M a k s u d n y a , k e h i d u p a n y a n g t e r l a l u b e r s i f a t
m a t e r i a l i s t i k , teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan
manusiakepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membinakekuatan dalaman
iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan
suci akan membina intelekyang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmoniand a n
keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akanmenyubur dan
m eningkatkan keperca yaan pelajar kepada Tuhan. P e m b i n a a n k e k u a t a n
d a l a m a n i n i m u d a h d i l a k s a n a k a n j i k a g u r u menjalankan tugasnya sebagai ibadah
dengan matlamat membangunkaninsan.

PNBM/ IPTHO/NOV08
__________________________________________________________________________________
7
GURU VS NILAI ?
Siapakah guru ? Apakah Nilai ? Persoalan-persoalan ini mudah untuk dijawab namun berkemungkinan
agak sukar untuk diinterpretasikan dalam amalan kehidupan sebenar lebih-lebih lagi mengenai peranan
dan tanggungjawab guru yang seringkali menjadi topik perbincangan yang hangat. Namun setiap insan
yang digelar guru seharusnya sedar akan peranan dan tanggungjawabnya sebagai pembina negara yang
berlandaskan etika, agama dan nilai. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak

yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu. Peranan dan tanggungjawab yang digalas
oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP. FPK ( Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi
Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain
pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang
individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan
kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara inimenjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan
pada era globalisasi.Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,teknologi,kemewahan dan
hiburan boleh menjejaskan keinginan manusiakepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru
boleh membinakekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran danpembelajaran.

Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelekyang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang
sejahtera. Keharmoniandan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akanmenyubur dan
meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan
jika gurumenjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkaninsan.

Sedikit Mengenai Penyelidikan Tindakan
Ciri utama penyelidikan tindakan
Di Amerika, apa juga bentuk penyelidikan yang menyimpang daripada paradigma tradisional
(kuantitatif) sering dilabelkan sebagai penyelidikan tindakan sehinggakan terdapat golongan penyelidik
etnografi melabelkan penyelidikan mereka sebagai penyelidikan tindakan. Apakah sebenarnya yang
mencirikan sesuatu penyelidikan itu sebagai penyelidikan tindakan yang dikaitkan dengan para guru
dan pentadbir sekolah? John Elliot menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai penyelidikan yang
mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Mempunyai matlamat pedagogi merangkumi semua aspek pendidikan yang baik (unggul) dan
merangkumi semua mereka yang terikat dengan tanggungjawab untuk merealisasikan
matlamat pedagogi tersebut di dalam amalan bekerja mereka,
2. Berfokus kepada mengubah amalan bekerja untuk memastikan amalan tersebut menjadi lebih
tekal (konsisten) dengan matlamat pedagogi,
3. Mengumpulkan bukti-bukti sejauh mana amalan tersebut tekal atau tidak tekal dengan
matlamat pedagogi

4. Mengenalpasti dan menjelaskan ketidaktekalan antara aspirasi dan amalan. Ketidaktekalan
ini menimbulkan masalah andaian-andaian dan segala kepercayaan (teori) yang secara tidak
disedari telah mengukuhkan amalan dalam bilik darjah.
5. Melibatkan para guru (pendidik) dalam proses menjana dan menguji bentuk-bentuk tindakan
yang baru untuk merealisasikan aspirasi mereka seterusnya membolehkan para guru membina
semula teori-teori yang dijadikan panduan dalam amalan mereka.
6. Ia merupakan proses pedagogi yang dicirikan oleh reflexivity (tindakan refleksif) guru. Dari
perspektif penyelidikan tindakan, mengajar merupakan satu bentuk penyelidikan dan begitulah
sebaliknya.
Bukan penyelidikan tindakan
Guru perlu memahami bahawa penyelidikan tindakan bukanlah projek atau kajian keperpustakaan
yang bertujuan untuk mempelajari atau mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang perkaraperkara yang menarik minat seperti hobi dan sebagainya. Penyelidikan tindakan juga bukan satu
bentuk penyelesaian masalah yang bermula daripada mencari punca masalah tetapi penyelidikan
tindakan merupakan satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang bagaimana melaksanakan
penambahbaikan amalan.
Penyelidikan tindakan bukan kajian ke atas manusia atau mengenai manusia. Ia juga bukan satu
penyelidikan untuk mencari maklumat mengenai sesuatu topik untuk mendapatkan jawapan sebenar /
betul / tepat. Penyelidikan tindakan bukan mengenai pembelajaran mengapa kita melakukan
sesetengah atau sesuatu perkara (amalan) tetapi bagaimana kita (guru dan pendidik) boleh
melakukannya (amalan) dengan lebih baik. Ia mengenai bagaimana kita (guru dan pendidik) boleh

mengubah cara pengajaran agar dapat meninggalkan impak yang berkesan ke atas murid / pelajar.
Penyelidikan tindakan yang baik

Merealisasikan nilai-nilai pendidikan: Sebuah penyelidikan tindakan yang baik dikenalpasti dengan
adanya nilai-nilai para pengamal yang ingin direalisasikan dalam amalan bekerja mereka. Dalam dunia
pendidikan, nilai-nilai ini didefinisikan sebagai nilai pendidikan yang ingin direalisasikan oleh guru.
Nilai-nilai pendidikan merupakan semua perkara yang dinilai penting untuk berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik meliputi aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan. Nilai-nilai pendidikan ini akan menetapkan kriteria yang dapat mewakili pengetahuan dan
kemahiran kepada murid / pelajar. Antaranya termasuklah nilai memahami, nilai inkuiri, nilai
penemuan, nilai autonomi, nilai koperatif dan sebagainya yang dapat menjelaskan kualiti hubungan
antara pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan tindakan yang baik seharusnya bersifat pendidikan
iaitu ia berbentuk inkuiri reflektif yang membolehkan guru menyedari tentang ciri-ciri kualiti hubungan
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ujian untuk sebuah penyelidikan tindakan yang baik adalah
sangat pragmatik. Adakah kesan penyelidikan tersebut dapat menambahbaik kualiti transaksi
pendidikan antara guru dan murid-muridnya? Sebuah penyelidikan yang baik mungkin gagal dalam ujian
ini sekiranya ia menjana bukti yang dapat menjelaskan mengapa penambahbaikan itu mustahil (untuk
diperolehi dan dilaksanakan) dalam keadaan dan situasi tersebut; kes di mana justifikasi toleransi
sementara dibuat ke atas status quo. Dalam setiap kes penyelidikan tindakan menyediakan asas untuk
membuat keputusan yang bijak. Keputusan untuk menunggu dengan sabar sehingga sampai masa yang

sesuai manakala keadaan pula membuka ruang kepada peluang yang lebih sesuai kadangkala adalah
lebih bijak daripda usaha yang diulang-ulang untuk memulakan perubahan.
Mengintegrasi pengajaran dan penyelidikan: Penyelidikan tindakan merupakan suatu penyelidikan
yang berterusan dalam proses penyelidikan itu sendiri oleh para pengamal. Sekiranya tidak diketahui
sama ada penyelidikan itu dapat menambahbaik amalan guru atau tidak, maka statusnya
sebagai penyelidikan tindakan adalah meragukan. Sama ada dalam bentuk pengajaran atau
penyelidikan, ia menggabungkan pengajaran dan penyelidikan dalam satu aktiviti. Dalam hal ini,
maka sebenarnya tiada alasan bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk melakukan penyelidikan.
Apabila strategi pengajaran dilihat sebagai suatu penyiasatan yang hipotetikal untuk merealisasikan
nilai-nilai pendidikan, maka strategi tersebut merupakan aktiviti utama dalam proses penyelidikan
tindakan: satu proses yang mesti sentiasa dibezakan daripada penyelidikan pendidikan yang dilakukan
oleh orang luar (bukan golongan guru atau pendidik). Penyelidikan pendidikan bertujuan untuk
merealisasikan nilai-nilai pendidikan dalkam amalan bekerja. Penyelidikan yang dilakukan ke atas
pendidikan (research on education) pula bertujuan untuk menjana ilmu pengetahuan mengenai amalan.
Penyelidikan pendidikan boleh menggunakan penyelidikan atas pendidikan tetapi akibatnya ialah
penjanaan saranan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan pemahaman jitu ke atas situasi yang
praktikal menjadi kurang penting atau diketepikan.
Membina kurikulum: Penyelidikan tindakan yang baik sering mempunyai kesan ke atas
perkembangan kurikulum. Kurikulum bukan sekadar satu pernyataan tentang isi kandungan pelajaran
tetapi ia juga sering menetapkan bentuk bagaimana harus disampaikan kepada murid. Sekiranya dilihat
dalam bentuk hasil pembelajaran atau objektif khas pembelajaran, maka mesejnya kepada murid ialah
isi kandungan itu perlu dikuasai mengikut turutannya (contoh, kuasai nombor dahulu sebelum
menguasai olahan tambah dan sebagainya). Sekiranya pembelajaran masteri secara berturutan ini tidak
berlaku, ia menjelaskan satu defisit (kerugian) kepada murid dan akan menyebabkan mereka
bergantung sepenuhnya kepada guru untuk diperbetulkan. Persoalannya, adakah kurikulum sebegitu
membolehkan guru mengajar isi kandungan secara konsisten dengan ilmu pengetahuan dan cara murid
belajar? Kurikulum merangkumi teori tentang ilmu pengetahuan dan teori pembelajaran. Hanya melalui
penyelidikan tindakan segala potensi tentang pendidikan boleh dibuat penilaian. Melalui penyelidikan
tindakan bentuk dan isi kandungan kurikulum akan dirombak dan dibina semula. Hal ini sangat benar
khususnya di institusi pengajian tinggi yang melaksanakan kurikulum sendiri (amalan pembentukan
kurikulum secara desentralisasi). Melalui penyelidikan tindakanlah reka bentuk kurikulum dapat
dilaksanakan melalui amalan. Hasil penyelidikan tindakan yang baik bukan sekadar menambahbaik
kualiti pengajaran guru tetapi ia juga menambahbaik rekabentuk kurikulum dan cara bagaimana guru
lain boleh mencapai kualiti tersebut. Penyelidikan tindakan yang baik bukan sekadar untuk
pengetahuan peribadi penyelidiknya sajhaja tetapi perlu dikongsikan serta terbuka kepada kawalan dan
penelitian professional.

Melibatkan pengajaran refleksif dan bukan sekadar reflektif: Penyelidikan tindakan yang baik akan
menjana bukti untuk menyokong kualiti pengajaran (pedagogi). Penyelidikan yang berfokus kepada
selain daripada syarat-syarat pedagogi, walaupun dilakukan oleh guru, sebenarnya bukanlah merupakan
penyelidikan tindakan yang baik. Sesiapa pun sebenarnya boleh melakukan refleksi tentang apa sahaja
yang bukan merupakan tindakan oleh dirinya sendiri (Pengajaran refleksif merujuk kepada peranan
atau fungsi guru sebagai pelajar (colearner) yang mempunyai kepercayaan, pengetahuan, kecekapan
dan motivasi yang unik serta memainkan peranan yang berbeza daripada murid dimana guru
mempunyai tanggungjawab untuk mereka bentuk dan melaksanakan pengajaran sedangkan murid pula
terlibat dengan tugasan dan pembelajaran. Fokus guru dalam pengajaran refleksif adalah dirinya
sendiri serta andaian-andaian yang dibuat ke atas pengajarannya). Bukti hasil pembelajaran murid
tidak secara terasing menunjukkan bukti kualiti pengajaran. Hasil pembelajaran perlu diperjelaskan
kerana kualiti guru bukanlah merupakan satu-satunya penjelasan ke atas kejayaan atau kegagalan
murid. Bukti-bukti lain perlu dikumpulkan sebelum sumbangan atau kesan pengajaran ke atas hasil
pembelajaran boleh dibuat pertimbangan. Data hasil pembelajaran boleh menyumbang kepada
penjelasan hipotesis tetapi hipotesis perlu dibuat ujian ke atas bukti proses pedagogi. Menilai kualiti
hasil pembelajaran dan menilai kualiti pengajaran adalah dua perkara yang berbeza.
Melibatkan pengumpulan data mengenai pengajaran dari pelbagai sudut: Bukti-bukti mengenai
kualiti pengajaran boleh diperolehi daripada pelbagai sumber: pandangan atau rekod amalan
pengajaran guru, pandangan murid tentang pengajaran guru, pemerhatian oleh rakan sejawat, ibu
bapa atau penjaga yang memantau pembelajaran anak-anak mereka serta rakaman audio dan video
yang menunjukkan transaksi guru – murid. Kepelbagaian pengumpulan data ini dikenali sebagai
triangulasi. Tiga sumber utama perolehan data adalah daripada pemerhati, guru dan murid-muridnya.
Perbadingan data akan dibuat antara ketiga-tiga sumber berkenaan.
Mendefinisikan petunjuk kualiti: Bagaimanakah guru boleh mengesan “bukti-bukti” kualiti
pengajaran? Bagaimanakah mereka tahu apa yang hendak dicari sebagai bukti kualiti pengajaran?
Apakah bentuk perlakuan yang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan petunjuk kualiti yang hendak
direalisasikan dalam amalan? Petunjuk kualiti tidak boleh diberikan definisi awal kerana adalah
menjadi tugas penyelidikan tindakan itu sendiri untuk memberikan definisinya. Apabila seorang guru
memilih arah tindakan tertentu sebagai alat atau cara (means) untuk merealisasikan nilai-nilai
pendidikannya di dalam amalan bekerjanya, ia sebenarnya sedang meneroka persoalan tersebut.
Tindakan apakah pula yang menunjukkan nilai-nilai tersebut? Oleh itu, bukti-bukti perlu dikumpulkan
untuk menentukan sama ada alat atau cara yang dipilih itu menjadi petunjuk kepada nilai-nilai
pendidikan yang didokong oleh guru. Ia mungkin memilih satu arah tindakan dengan kepercayaan
bahawa murid dapat digalakkan untuk bertanya tentang isi kandungan pelajaran (subject matter) dan
mendapati kepercayaannya itu meragukan jika triangulasi data diambil kira. Murid mungkin melaporkan
bahawa pengalaman mereka menunjukkan tindakan tersebut menjadi halangan kepada kebebasan
mereka untuk bertanya dan laporan tersebut mungkin konsisten dengan pemerhatian yang dibuat ke
atas tindakbalas murid. Bukti memaparkan tindakan guru diragukan sebagai petunjuk kualiti dan
mencabar guru tersebut untuk mendefinisikan semula apakah perkara yang terkandung sebagai amalan
baik dalam keadaan / situasi yang dihadapinya.
Petunjuk kualiti pendidikan ditentukan melalui penyelidikan tindakan dan bukan sebelumnya.
Spesifikasi awal petunjuk kualiti telah menetapkan apa yang guru perlu lakukan untuk merealisasikan
nilai-nilai pendidikan. Dengan memiawaikan (standardizing) tindakbalas lebih awal, guru didedahkan
ketidakpekaan mereka kepada konteks dan menggantikan penyelidikan tindakan dengan penilaian yang
telah dipiawaikan. Penyelidikan tindakan yang baik mengakui fakta bahawa apa yang membentuk
kualiti dalam pengajaran tidak boleh didefinisikan secara terasing daripada set keadaan yang dihadapi
oleh guru dalam bilik darjah. Ia boleh didefinisikan di tempat punca asalnya (in situ) melalui
penyelidikan tindakan. Melalui penyelidikan tindakan guru mungkin membuat anggapan umum tentang
petunjuk-petunjuk dalam konteks yang luas tetapi hasil keputusan yang diperolehi akan menyediakan
hipotesis kepada guru untuk mengujinya dalam bilik darjah dan bukan sebagai petunjuk terus yang
boleh membantutkan guru daripada membuat pertimbangan akhir tentang apakah tindakan yang

menjadi petunjuk kualiti dalam keadaan atau situasi tertentu. Penyelidikan yang baik mengambil kira
pertimbangan sebegitu dibuat dalam data kes yang telah ditriangulasikan.