Tanggapan yang luar biasa dengan Wong Ch

Tanggapan yang luar biasa dengan Wong Chin Huat: Ancaman dana asing
Oleh Ding Jo-Ann
Mengapa badan pertubuhan sivil tidak mendaftar sebagai pertubuhan sosial di
Malaysia, sebaliknya beralih untuk disenaraikan sebagai syarikat? Dan tidakkah
rakyat Malaysia patut mencurigai kumpulan yang sangat kritis terhadap kerajaan dan
yang dilonjakkan oleh dana asing?
Menurut kedua-dua sumber negara dan media nasional, rakyat Malaysia harus
menaruh rasa curiga. Laporan muka depan New Straits Times 21 Sept 2012
menyebutnya langsung – wujud “rencana untuk menumbangkan kerajaan”. Dan
kalangan di balik tabir yang mengatur rancangan ini adalah kumpulan hak asasi
manusia – diterajui Suaram -, badan pertubuhan sivil, dan portal berita Malaysiakini
bersandarkan fakta, yang terlihat, bahawa mereka memperoleh dana asing, antaranya,
tak lain dari George Soros.
Tidakkah kerajaan dan media mempunyai setiap hak untuk mendakwa kumpulan ini
bertanggungjawab dengan cara yang sama kumpulan ini sering meletakkan negara
yang bertanggungjawab? Nut Graph bercakap dengan penganalisis politik Wong Chin
Huat tentang isu yang sedang dibongkar bersabit pertubuhan-pertubuhan di Malaysia
dan perolehan dana asingnya, dan ancaman yang dihadapkannya yang berpotensi
menggugat bangsa.
NG: Mengapa Suaram tidak harus disiasat? Jika ia berdaftar sebagai syarikat,
tidakkah wajar ia dilayan di bawah akta syarikat seperti mana-mana syarikat

yang lain? Hanya kerana ia memperjuangkan isu–isu hak asasi, patutkah ia
diberi layanan yang istimewa?
WCH: Pertanyaan yang pertama kali harus kita utarakan adalah: mengapa sebuah
NGO berdaftar sebagai syarikat. Sebuah syarikat mungkin dapat menghindari cukai
jika ia didaftarkan sebagai NGO. Tetapi apa faedah yang diraih oleh NGO dengan
mendaftar sebagai syarikat? Tak lain selain berhasil mendaftar!
Faktanya adalah untuk mendaftarkan sebuah NGO di bawah Akta Pertubuhan telah
dipersulit dan hampir mustahil bagi badan pertubuhan sivil. Mengapa? Kerana, pada
saya, pendaftar pertubuhan (ROS) setia bukan kepada negara, hak kerakyatannya dan
perlembagaan persekutuan yang menjamin kita kebebasan untuk berkumpulan, tetapi
kepada parti pemerintah. Kumpulan – baik NGO atau parti politik – yang dicap tidak
mesra kepada parti pemerintah pusat sering dinafikan pendaftaran. Sebagai contoh,
Parti Sosialis Malaysia dinafikan pendaftaran selama bertahun tetapi proses
pendaftaran Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) [Parti Progresif
Demokratik Sarawak] dilunaskan dalam beberapa hari.
Sekiranya Suaram harus dibicarakan kerana menggunakan cara tidak langsung untuk
mendaftarkan dirinya dengan negara, maka ROS dan jagoan politik mereka, menteri
dalam negeri, harus diheret ke kandang kerana menghina Perlembagaan Persekutuan
dan mengkhianati rakyat.


Ya, Suaram sepatutnya tidak menikmati sebarang diskriminasi yang istimewa. Dalam
waktu yang sama, seandainya kita mahu bercakap tentang pelayanan yang adil
seluruhnya, maka NGO yang mempromosi hak asasi harus menikmati kebebasan
berkumpulan sebanyak yang dikecapi oleh kumpulan yang menentang hak asasi.
Adakah itu terlalu banyak untuk diminta dari perdana menteri kita, Najib yang
moderat?
Kita sering mengadu tentang ketidakcekapan kerajaan. Dalam kes penyiasatan
yang berlanjutan ke atas Suaram, tidakkah harus kita memuji kecekapan agensi
multi kerajaan?
Saya merayu untuk berbeza pandangan tentang pendakwaan ini berhubung
ketidakcekapan kerajaan yang umum di Malaysia. Ini adalah fitnah dari gerombolan
yang dengki dengan pencapaian negara kita! Saya memohon maaf jika saya, juga,
telah dengan tidak sengaja menyumbang kepada persepsi herot ini pada waktu
lampau. Kerajaan kita tentunya agak cekap ketika mana ia mahu bikinkan.
Contohnya, dalam mengkompromi keadilan; menyalakan kebencian; merampok
tanah; menggeledah hutan belantara; melayeni kepentingan asing; memperkayakan
kroni; mencabul hak asasi dan akhirnya; memadamkan semua tindakan ini dengan
menapis media dan memburu pemberi maklumat. Mereka sememangnya sangat bagus
dalam kompetensi yang utama ini.
Mengapa tidak kumpulan seperti Suaram, Centre for Independent Journalism

(Pusat Kewartawanan Bebas), dan LoyarBurok, dan pergerakan seperti Bersih
2.0 mengutip dana dari sumber tempatan. Mengapa mereka perlu mendapatkan
dana asing?
Sekiranya anda dicap sebagai mesra kerajaan, maka anda dapat meraih dana yang
mudah dari syarikat perniagaan yang besar dan tentunya, dari kerajaan sendiri.
Jika anda dicap anti-kerajaan, anda mungkin menerima sumbangan dari beberapa
rakyat Malaysia yang lain tetapi hanya jika anda berkembang dengan cukup besar
untuk dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan. Dalam pengertian itu, parti
pembangkang yang besar dan NGO berlatar etnik-agama yang vokal secara amnya
tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan dana.
Masalah dana juga diselesaikan ketika seseorang menjadi sasaran pemburuan oleh
kerajaan. Misalnya, Bersih 2.0 mengumpulkan dana yang diperlukan untuk
menganjurkan Bersih 2.0 dan 3.0 yang dihimpunkan sepenuhnya dari sumbangan
derma dari rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.
Jadi, kerja NGO jenis apa yang perlukan dana asing? Mereka yang dianggap
mengancam regim tetapi tidak cukup “seksi” untuk mengaut dana awam yang properubahan. Misalnya, dana yang bersih 2.0 terima dari National Democratic Institute
for International Affairs (NDI) dan Open Society Institute (OSI) adalah bagi mengkaji
persempadanan semula wilayah konstituensi. Pada waktu itu, Bersih 2.0 masih remaja
dan belum meraih perhatian publik yang meluas.
Contoh baik yang lain tentang kerja penting NGO yang tidak begitu menarik dari

persepsi awam adalah laporan tahunan hak asasi Suaram, kemungkinan merupakan

salah satu dokumentasi yang paling penting tentang perkembangan politik di
Malaysia. Berapa banyak mereka yang menderma kepada Suaram untuk membuka
kes pendakwaan Scorpene hanya untuk melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dihadapkan ke mahkamah Perancis, membelanjakan jumlah wang yang sama
bagi penerbitan tahunan NGO tersebut?
Secara fundamentalnya, kita harus bertanya diri kita: sekiranya kerja tersebut baik,
apa salahnya jika ia didanai oleh sumber asing? Misalnya, mengingat Jepun adalah
kuasa ekonomi dunia yang ketiga terbesar, patutkah kita berdendam dengan rakyat
Jepun kerana bantuan dana asing yang diterimanya akibat malapetaka tsunami tahun
lepas? Atau, melihat pencapaian GDP per kapita kita hanya sekadar 20% dari Jepun,
adakah kita mempunyai motif luaran untuk menggulingkan kerajaan di situ ketika kita
menderma kepada Jepun?
Apa salahnya jika Malaysian Aids Council, yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia, juga
menerima RM450,000 dari Open Society Foundation kepunyaan Soros bagi
menjalankan program pencegahan HIV di kalangan mereka yang berisiko tinggi
seperti penagih dadah. Adakah ini plot “jahat penyangak mata wang Yahudi” untuk
menggalakkan penagihan dadah dengan mengurangkan kadar risikonya?
Tidakkah mengestrak wang dari sumber luar meletakkan pertubuhan ini

terdedah untuk dipengaruhi dan diarahkan oleh kepentingan asing? Bagaimana
kita dapat mengetahui pertubuhan yang menerima dana asing bertindak untuk
kepentingan Malaysia yang terbaik dan bukan kepentingan pendana mereka?
Terdapat dua sudut untuk menangani premis bahawa menerima dana asing bermakna
terdedah kepada pengaruh asing dan malah kawalan asing.
Pertama, jika ini benar, maka kerajaan Malaysia akan menjadi paling bersalah kerana
berwatak reseptif terhadap kepentingan asing. Berapa banyak geran dan pinjaman
murah kerajaan kita terima dari Amerika, Jepun, Eropah dan negara Arab di samping
Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia? Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa
menteri-menteri kita dan pegawai rasmi kerajaan tidak menjual kepentingan nasional
kita? Adakah mereka mempunyai rekod tentang integriti dan akal budi?
Kedua, menjual negara anda dapat berlaku sama ada anda menerima wang dari atau
memberi wang kepada pihak asing. Ambil sebagai contoh, projek Loji Nadir Bumi
Lynas (Lynas Advance Material Plant) di Kuantan yang menerima habuan yang
lumayan 12 tahun kelepasan cukai untuk mengusahakan tanaman yang terlalu mahal
untuk beroperasi di Australia sekiranya ia memenuhi undang-undang alam sekitar di
sana.
Ini seperti menawarkan rumah anda kepada jiran yang kaya sebagai tempat
pembuangan sampah mereka tanpa sebarang bayaran, ketimbang dari mencaj mereka
dengan sebutir bom sebagai pampasan. Justeru, Lynas sebenarnya menerima dana

asing dari kerajaan Malaysia! Jadi, adakah kita fikir kerajaan Malaysia lantaran itu
dalam posisi untuk mengambil kesempatan dari Australia atau yang sebaliknya?
Sekarang, antara badan-badan asing yang mendanai NGO Malaysia, dan kerajaan
Malaysia yang mendanai korporat asing, mana yang lebih patut membimbangkan

kita? Cara yang terbaik untuk mengetahui sama ada NGO, parti politik atau kerajaan
menjual kepentingan nasional kita adalah dengan memeriksa apa yang mereka buat
dan kesan dari pekerjaan mereka. Bukti pengambilan puding adalah dari
pengunyahan.
Media seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star dan Bernama Radio
telah menyorot isu ini dengan meluas. Laporan mereka telah dikritik sebagai
herot.
Tidakkah
mereka
hanya
memainkan
peranan
dalam
menanggungjawabkan organisasi dan gerakan yang dapat mempengaruhi
persepsi orang ramai terhadap kerajaan dan berpotensi menjejaskan

kestabilannya?
Mereka akan tampil bertanggungawab sekiranya mereka melaporkan kenyataan
sebagaimana wartawan professional bertindak. Apabila mereka melaporkan berita
setengah-benar dan pembohongan tanpa menawarkan parti yang terlibat hak untuk
menjawab, memanggil mereka media adalah penghinaan kepada wartawan yang asli
di luar sana dan kepada pohon yang ditebang untuk mencetak propaganda mereka.

Wong Chin Huat dilatih sebagai penganalisis politik, dan merupakan pensyarah dalam
disiplin kewartawanan sebelum menyertai Penang Institute, sebuah badan pemikir
kerajaan Pulau Pinang. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa penyelaras Bersih 2.0.
Sekiranya pembaca mempunyai persoalan dan isu yang mereka ingin Wong
meresponnya, mereka dialu-alukan mengirim emel ke [email protected] untuk
pertimbangan kami.

Dokumen yang terkait

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Berburu dengan anjing terlatih_1

0 46 1

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Upaya mengurangi kecemasan belajar matematika siswa dengan penerapan metode diskusi kelompok teknik tutor sebaya: sebuah studi penelitian tindakan di SMP Negeri 21 Tangerang

26 227 88

Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan manajemen mutu terpadu pada Galih Bakery,Ciledug,Tangerang,Banten

6 163 90

Preparasi dan Karaterisasi Nanopartikel Zink Pektinat Mengandung Diltiazem Hidroklorida dengan Metode Gelasi Ionik.

7 51 92

Aplikasi keamanan informasi menggunakan teknik steganografi dengan metode Least Significant Bit (LSB) insertion dan RC4

34 174 221