Tajuk Ketidaksamaan gender masyarakat Me

Tajuk : Ketidaksamaan gender masyarakat Melayu Kelantan dalam
aspek ekonomi. Kajian kes : Kampung Bunut Payong, Kota Bharu,
Kelantan

1.0 Pengenalan
Perkataan gender berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘genus’ .
Genus bermaksud jenis. Menurut Webster’s New World Dictionary
Gender menggambarkan perbezaan lelaki dan perempuan dari segi nilai
dan tingkah laku. Istilah seks dan gender sering dianggap sinonim,
sedangkan hakikatnya kedua-duanya berbeza sama sekali. Seks
merujuk kepada perbezaan jantina dari segi biologi manakala gender
menunjukkan perbezaan jantina dari segi peranan sosial dan budaya.
Menurut Janet Holmes (2002:157), gender is more appropriate for
distiguishing people on the basic of their social cultural behaviour,
including speech. Isu gender tidak hanya terbatas kepada lelaki dan
wanita. Sebaliknya merangkumi juga golongan seperti homoseksual,
gay, lesbian, transgender, interseks dan transeksual. Istilah gender
diasaskan berasaskan tiga kepercayaan iaitu yang pertama ialah
kepercayaan satu jantina itu lebih baik kedudukannya berbanding
dengan jantina lain, yang kedua ialah kepercayaan bahawa lelaki dan
wanita sangat berbeza dan perbezaan ini mesti digambarkan dengan


ketara dalam masyarakat, bahasa, undang- undang, dan politik. dan
yang

Ketiga

ialah

merujuk

kepada

kebencian

terhadap

wanita

(misogyny) atau kebencian kepada lelaki (misandry). Oleh itu, satu kajian
telah dijalankan di Kampung Bunut Payong, kota Bharu untuk melihat

ketidaksamaan gender masyarakat Melayu dari aspek ekonomi.

1.1 Objektif kajian
1) Mengenal pasti golongan yang lebih mendominasi bidang ekonomi di
Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.

1.2 Kaedah kajian
Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah lapangan dan kaedah
kepustakaan. Bagi kajian lapangan, kaedah yang digunakan ialah
kaedah soal selidik dan kaedah temubual.
1.2.1 Soal selidik
Sebanyak 30 borang soal selidik telah diberikan kepada golongan wanita
dan lelaki. Beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang ekonomi
telah ditanya kepada responden. Soalan ini dibahagi kepada soalan
pertanyaan terbuka dan soalan pertanyaan tertutup. Soalan pertanyaan

tertutup adalah seperti setuju dan tidak setuju. Manakala soalan
pertanyaan terbuka atau subjektif berdasarkan pendapat dan pandangan
daripada penduduk.


1.2.2 temuramah
Beberapa orang penduduk asal telah ditemuramah tentang bidang
ekonomi di Kampung Bunut Payong. Mereka adalah terdiri dua orang
wanita dan dua orang lelaki.
1.2.3 Kaedah kepustakaan
Mendapatkan maklumat daripada serta rujukan daripada bahan
akademik seperti buku, thesis dan latihan ilmiah.

2.0 Batasan Kajian
Seramai 30 orang penduduk kampung yang akan dipilih secara rawak
untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada 15 orang wanita dan 15 orang
lelaki. Mereka telah diedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan
pandangan mengenai aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong.

2.1 Latar belakang kawasan kajian
Kampung Bunut Payong terletak dalam jajahan Kota Bharu.
Kampung ini juga berdekatan dengan pusat pentadbiran dan perniagaan
iaitu Bandar Kota Bharu. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah
melebihi 2000 orang. Penduduk kampung ini juga terdiri dari kaum
Melayu, kaum Cina dan India tetapi majoritinya adalah kaum Melayu dan

kaum Cina. Kampung ini terletak berdekatan dengan Kampung Sireh,
Kampung Telipot, dan Kampung Salor. Kampung ini juga berdekatan
dengan Wakaf Che Yeh yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya
ketika musim perayaan.

Gambar 1: Peta Kampung Bunut Payong

2.2 Borang soal selidik
30 borang soal selidik disediakan dan diberikan secara rawak kepada
penduduk wanita dan penduduk lelaki. Antara soalan yang ditanya
adalah:
Soalan pertama : Jenis pekerjaan ?

Peratusan pekerjaan
10.34%

17.24%
51.72%

peniaga

guru
doktor/jururawat
lain-lain

20.69%

Carta pai 1 : peratusan pekerjaan
Jenis pekerjaan

Lelaki

Perempuan

peniaga
Guru
Doktor/jururawat

(bilangan)
7
3

2

(bilangan)
8
4
3

Lain-lain
3
Rajah 1 : bilangan mengikut jenis pekerjaan

0

Carta pai 1 di atas menunjukkan peratusan pekerjaan penduduk di
kampung Bunut Payong. Peratusan pekerjaan yang tertinggi adalah
peniaga, iaitu sebanyak 52% atau 15 orang penduduk. Bilangan peniaga
perempuan lebih ramai daripada peniaga lelaki, iaitu sebanyak 8 orang
berbanding peniaga lelaki sebanyak 7 orang. Manakala peratusan
pekerjaan bagi guru adalah 21% atau 7 orang penduduk iaitu 4 orang
guru perempuan dan 3 orang guru lelaki. Bilangan bagi pekerjaan

sebagai doktor/jururawat antara lelaki dan perempuan pula masingmasing mencatatkan jumlah sebanyak 2 orang dan 3 orang. Bagi lainlain pekerjaan pula adalah sebanyak 10% atau 3 orang dan bilangan
tersebut mewakili pekerja lelaki sahaja.
Berdasarkan borang soal selidik, pekerjaan sebagai peniaga,
doktor/jururawat, dan guru adalah aktiviti ekonomi yang lebih banyak
dipelopori oleh golongan wanita berbanding lelaki. Hal ini menunjukkan
golongan wanita di kampung tersebut mempunyai taraf pendidikan yang
lebih tinggi berbanding golongan lelaki.

Soalan 2: pendapatan bulanan penduduk kampung?

peratusan pendapatan bulanan
10.00%

10.00%

13.33%
20.00%

RM 400-RM800
RM 800-RM1000

RM1000-RM 2000
RM2000-RM3000
RM 4000 keatas

46.67%

Car
ta pai 2 : peratusan pendapatan bulanan penduduk kampung

Pendapatan bulanan

Lelaki

Wanita

(bilangan)
(bilangan)
RM400-RM 800
3
0

RM 800-RM 1000
3
3
RM 1000-RM 2000
6
8
RM 2000- RM 3000
2
2
RM 4000 ke atas
1
2
Rajah 2 : bilangan pendapatan bulanan penduduk kampung
Carta pai 2 menunjukkan peratusan pendapatan bulanan penduduk
kampung Bunut Payong. Peratusan pendapatan bulanan bagi majoriti
penduduk yang paling tinggi, ialah antara RM1000-RM 2000 iaitu 47%
atau seramai 14 orang yang mewakili golongan wanita seramai 8 orang
dan golongan lelaki seramai 6 orang. Peratusan pendapatan bulanan
penduduk yang kedua tertinggi ialah RM 800-RM 1000 iaitu mencatatkan


jumlah sebanyak 6 orang penduduk atau 20% dan daripada jumlah ini,
masing-masing adalah sebanyak 3 orang. Peratusan pendapatan
bulanan yang paling rendah adalah bagi jumlah RM4000 keatas dan
jumlah pendapatan sebanyak RM 400- RM 800 iaitu sebanyak 10 %
atau 3 orang penduduk. Bagi jumlah RM 4000 keatas, golongan wanita
adalah lebih banyak daripada golongan lelaki. Manakala, bagi jumlah
pendapatan diantara RM400-RM 800 pula, menunjukkan golongan lelaki
lebih banyak berbanding golongan wanita.
Berdasarkan

soal

selidik

ini,

jelas

menunjukkan


bahawa

pendapatan bagi golongan wanita adalah lebih banyak daripada
golongan lelaki. Hal ini demikian kerana golongan wanita yang lebih
ramai terlibat dalam bidang pekerjaan yang profesional seperti doktor,
guru, dan ahli perniagaan.

Soalan ketiga : Kawasan pekerjaan penduduk kampung ?

peratusan kawasan pekerjaan

6.67%
6.67%
46.67%

23.33%

pasar borong
perhotelan
restoren
institusi kerajaan/swasta
lain-lain

16.67%

Carta pai 3: peratusan kawasan pekerjaan
Kawasan pekerjaan

Lelaki

Perempuan

Pasar borong
perhotelan
Restoren/kedai-kedai
Institusi

(bilangan)
6
5
3
0

(bilangan)
8
0
4
2

kerajaan/swasta
Lain-lain
1
Rajah 3 : bilangan mengikut kawasan pekerjaan

1

Carta pai 3 menunjukkan peratusan penduduk mengikut kawasan
pekerjaan. Lokasi pekerjaan bagi penduduk kampung yang paling tinggi
adalah di kawasan pasar borong seperti pasar Borong Wakaf Chef Yeh,
iaitu sebanyak 46 % atau 14 orang dan daripada jumlah ini, bilangan
bagi penduduk lelaki adalah mencatatkan seramai 6 orang manakala

bilangan bagi penduduk perempuan seramai 8 orang. Kawasan
pekerjaan yang kedua tertinggi pula adalah di restoren/ kedai-kedai, iaitu
sebanyak 23 % atau 7 orang dan daripada jumlah ini bilangan
perempuan lebih banyak berbanding lelaki. Seterusnya, peratusan
kawasan pekerjaan yang ketiga tertinggi adalah di hotel iaitu sebanyak
17 % atau 5 orang dan ia hanya dipelopori oleh kaum lelaki.
Berdasarkan kajian ini, golongan wanita lebih tertumpu di kawasan
perniagaan seperti pasar borong, restoren atau kedai-kedai seperti kedai
pakaian, kedai emas, kedai makan, pusat kecantikan dan sebagainya.
Manakala, bagi golongan lelaki lebih tertumpu dalam bidang perhotelan.
Keadaan ini disebabkan golongan wanita lebih berminat dalam bidang
keusahawanan

manakala

golongan

lelaki

lebih

kepada

bidang

perkhidmatan dan pengurusan.

Soalan keempat : Golongan manakah yang lebih mendominasi dalam
bidang ekonomi ? Nyatakan sebab ?

peratusan golongan yang mendominasi bidang ekonomi

30.00%

lelaki
perempuan

70.00%

Carta pai 4 : peratusan yang mendominasi bidang ekonomi
Jantina
Bilangan
Peratus (%)
lelaki
9
30
perempuan
21
70
Rajah 4 : bilangan dan peratusan mendominasi bidang ekonomi
Berdasarkan carta pai 4 diatas. Seramai 70 % atau 21 orang wanita
yang lebih mendominasi bidang ekonomi berbanding golongan lelaki
sebanyak 30 % atau 9 orang. Hal ini demikian kerana golongan wanita
yang banyak bekerja dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang
profesional dan perkara ini sekali gus menyebabkan pendapatan
bulanan golongan wanita lebih tinggi. Kesannya, bidang ekonomi lebih
didominasi oleh kaum wanita.

Soalan kelima : berdasarkan soalan keempat, nyatakan sebab ?

Faktor penglibatan dalam pekerjaan
13.33%
menyara keluarga
taraf pendidikan
berdikari
lain-lain

16.67%
56.67%
13.33%

Carta pai 5 : faktor penglibatan dalam pekerjaan
Lelaki

Perempuan

Faktor penglibatan
(bilangan)
(bilangan)
Menyara keluarga
8
9
Taraf pendidikan
1
3
berdikari
2
3
Lain-lain
4
0
Rajah 5 : bilangan jantina berdasarkan faktor penglibatan
Carta pai 1 menunjukkan peratusan faktor penglibatan dalam pekerjaan.
Kebanyakan penduduk terlibat dalam bidang pekerjaan mereka adalah
disebabkan untuk menyara keluarga, iaitu sebanyak 59 % atau 17 orang.

Manakala, faktor taraf pendidikan dan faktor ingin berdikari mencatatkan
peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 17 % atau 5 orang.
Soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa faktor untuk menyara
keluarga, taraf pendidikan dan berdikari adalah lebih tinggi bagi
golongan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan terdapatnya ramai
ibu tunggal di kampung ini. Jadi, mereka perlu bekerja supaya dapat
menampung keluarga. Selain itu, golongan wanita yang bekerja juga
adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban suami. Bagi
faktor taraf pendidikan pula, golongan wanita yang biasanya mempunyai
pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka tidak akan mensia-siakan
pendidikan mereka dan memilih pekerjaan yang lebih baik.

Soalan keenam : Ya/tidak taraf pendidikan menjadi sebab kepada jenis
pekerjaan?

pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis pekerjaan atau tidak
20
18
16
14
12

Column2

10
8
6
4
2
0
ya

tidak

Graf bar 1 : pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis
pekerjaan atau tidak
Pandangan
lelaki
perempuan
ya
5
6
tidak
10
9
Rajah 6 : pandangan sama ada taraf pendidikan mempengaruhi jenis
pekerjaan atau tidak
Graf bar 1 menunjukkan pandangan sama ada taraf pendidikan
mempengaruhi jenis pekerjaan atau tidak. Seramai 11 orang bersetuju
mengatakan taraf pendidikan mempengaruhi jenis pekerjaan mereka
manakala seramai 19 orang tidak bersetuju bahawa taraf pendidikan
mempengaruhi pekerjaan mereka.
Berdasarkan soal selidik tersebut, lebih ramai tidak bersetuju bahawa
taraf pendidikan yang menentukan pekerjaan seseorang. Hal ini

demikian kerana, taraf pendidikan yang tinggi tidak semestinya dapat
menjamin kedudukan seseorang di alam pekerjaan. Sebagai contoh,
golongan wanita yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah di
Kampung Bunut Payong juga boleh berjaya. Ada yang menjadi
usahawan berjaya walaupun mereka itu tidak mempunyai kelulusan yang
tinggi.

Soalan ketujuh : Ya/tidak golongan wanita penyumbang terbesar daam
bidang ekonomi? Nyatakan sebab ?

pandangan sama ada golongan wanita menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi atau tidak
25
20
ya
tidak
2

15
10
5
0

ya

tidak

Graf bar 2 : pandangan sama ada golongan wanita menjadi
penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi
pandangan

lelaki

perempuan

ya
9
13
tidak
6
2
Rajah 7 : pandangan sama ada golongan wanita menjadi penyumbang
terbesar dalam bidang ekonomi
Graf bar 2 menunjukkan pandangan sama ada golongan wanita yang
menjadi penyumbang terbesar dalam bidang ekonomi. Seramai 20
bersetuju bahawa golongan wanita merupakan penyumbang terbesar
dalam bidang ekonomi berbanding golongan lelaki. Manakala, seramai 8
orang tidak bersetuju bahawa golongan wanita adalah penyumbang
terbesar dalam bidang ekonomi.
Kajian mendapati bahawa golongan wanita adalah penyumbang terbesar
dalam bidang ekonomi berbanding golongan lelaki. Hal ini demikian
kerana,

golongan

wanita

lebih

ramai

bekerja

dan

mempunyai

pendapatan sendiri. Oleh itu, mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi
dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terbesar dalam bidang
ekonomi di Kampung Bunut Payong.

2.3 Temuramah
Beberapa orang penduduk asal

telah ditemuramah dan ditanyakan

beberapa soalan berkaitan bidang ekonomi di Kampung Bunut Payong.
Antara soalan yang ditanya ialah :

Soalan pertama : Bagaimanakah pendapat anda tentang aktiviti ekonomi
di kampung anda?
Beberapa orang responden mengatakan bahawa aktiviti ekonomi yang
paling

banyak melibatkan

penduduk

kampung

adalah

berkaitan

pekerjaan dalam bidang perniagaan, perhotelan dan institusi kerajaan
dan swasta.
Soalan kedua : Apakah pandangan anda mengenai golongan yang tidak
mempunyai taraf pendidikan yang baik?
Responden berpendapat bahawa golongan yang tidak mempunyai taraf
pendidikan yang baik tidak semestinya tidak boleh berjaya. Hal ini
kerana, terdapat daripada mereka yang mempunyai purata pendapatan
yang lebih besar berbanding mereka yang mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi.

Soalan ketiga : Menurut pandangan anda, siapakah golongan yang
memonopoli bidang ekonomi di kampung Bunut Payong ?
Kesemua responden mengatakan bahawa golongan lebih memonopoli
bidang ekonomi di kampung tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan
daripada mereka dilihat terlibat dalam bidang pekerjaan seperti bidang
keusahawanan dan bidang profesional.

2.4 Cadangan atau langkah untuk mewujudkan keseimbangan
ekonomi
Antaranya ialah :
i)

Sektor awam dan swasta lebih memberi peluang kepada
golongan lelaki.

Sektor awam seperti institusi kerajaan dan institusi swasta perlu
menyediakan peluang pekerjaan khususnya untuk golongan lelaki
seperti melebihkan kuota pengambilan pekerja yang lebih banyak untuk
golongan lelaki.
ii)

Menggalakkan golongan lelaki untuk terlibat dalam bidang
berkaitan kemahiran

Lebih banyak institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran MARA,
Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, dan Kolej
Komuniti disediakan. Dengan adanya pusat-pusat kemahiran ini,
golongan lelaki khususnya yang tidak berpendidikan tinggi juga
berpeluang untuk mempunyai pekerjaan yang lebih baik.
iii)

Peranan ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak

Ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam memberikan
galakan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa adalah

merupakan ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa yang prihatin akan
sentiasa memastikan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang
cerah khususnya dalam bidang pekerjaan.

Penutup
Dinamisme

budaya

masyarakat

dan

perubahan sosial

yang

berlaku selaras perkembangan semasa menyebabkan timbulnya isu
ketidaksetaraan gender di antara lelaki dan perempuan.

Dalam

masyarakat yang mengamalkan sistem bilateral, kaum wanita juga turut
memainkan peranan bersama dengan kaum lelaki.
Aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong adalah didominasi oleh
golongan wanita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa wanita di Kampung
Bunut Payong adalah penggerak utama dalam bidang ekonomi. Perkara
ini dapat dibuktikan melalui kajian soal selidik dan temuramah yang telah
kami jalankan, majoritinya bersetuju bahawa golongan wanita yang lebih
mendominasi aktiviti ekonomi di kampung ini. Walaubagaimanapun,
bidang ekonomi di kampung ini perlu diseimbangkan antara golongan
lelaki dan perempuan kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Oleh itu,

semua pihak khususnya ibubapa, kerajaan, dan wakil penduduk perlu
bertanggungjawab dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi ini
agar hal ini dapat diatasi pada masa akan datang serta dapat
mewujudkan gender equality antara lelaki dan perempuan di kampung
ini.

Bibliografi
Asmah Haji Omar (2002), Kaedah Penyelidikan bahasa di lapangan,
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka
Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi (1968) Kisah Pelayaran Abdullah.
Oxford University Press.kuala Lumpur.

Alice H. Cook(1978) The Working Mother: A Survey of Problems and
Programs in Nine Countries.Cornell University.

Aminah Abu Bakar (1975) Peranan Peniaga-peniaga Wanita Melayu di
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Janet Holmes (1947) An Introduction to sociolinguistics, England :
Pearson Longman.

Mohd Anuar Ramli (19) Input Isu-Isu gender terhadap hukum Islam
Semasa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mairtim Mac an Ghaill (2007), Gender, culture and society, New York :
Palgrave Macmillan
Shamsul Amri Baharuddin (20110), Modul Hubungan etnik, Shah Alam:
Universiti Teknologi Mara.
Janet Holmes (1947) An Introduction to sociolinguistics, England :
Pearson Longman.
Mohd Anuar Ramli (19) Input Isu-Isu gender terhadap hukum Islam
Semasa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Website: http://www.mpkbbri.gov.my/latar-belakang-kota-bharu

Lampiran
Beberapa responden telah ditemubual mengenai aktiviti ekonomi di
Kampung Bunut Payong. Mereka ialah :
Informan :
1) Nama : Noor Maheran binti Kamaruddin
Umur : 23 tahun
Tempat tinggal : Kg Bunut Payung, Kota bharu
Pekerjaan : Pelajar

2) Nama : Che Siti Rakiah binti Che Ishak
Umur : 55 tahun

Tempat tinggal : Kg bunut Payung
Pekerjaan : Suri rumah

3 ) Nama : Kamaruddin bin Abu Bakar
Umur : 65 tahun
Tempat tinggal : Kg. Bunut Payong
Pekerjaan : Pesara swasta

Gambar aktiviti ekonomi di Kampung Bunut Payong

Gambar 1 : golongan wanita sebagai peniaga di pasar borong

Gambar 2 : golongan lelaki sebagai mekanik