ASSIGNMENT TITLE PILIH DUA JURNAL YANG M

ASSIGNMENT TITLE:
PILIH DUA JURNAL YANG MEMBINCANGKAN DUA KATEGORI MASALAH
PERTUTURAN AKIBAT KEROSAKAN SARAF IAITU DYSARTHIA DAN APRAXIA
DAN MEMBUAT ULASAN JURNAL TERSEBUT.

1.0

PENGENALAN

Masalah bahasa biasanya melibatkan lima perkara iaitu masalah membentuk ayat dan
menggabungkan bunyi (fonologi). Kedua ialah masalah menggunakan tatabahasa atau

nahu seperti ganti nama, kata kerja dan sebagainya (morfologi). Ketiga ialah masalah
menyusun perkataan dan bagaimana perkataan berkaitan antara satu sama lain (sintaks).
Seterusnya ialah masalah pertuturan yang melibatkan perbendaharaan kata atau leksikon
dimana makna perkataan mungkin dalam bentuk abstrak atau konkrit (semantik) dan
yang terakhir sekali ialah masalah menggunakan bahasa mengikut konteks sosial yang
berbeza (pragmatik).
Terdapat 5 masalah bahasa yang biasa ditemui seperti kelambatan berbahasa. masalah ini
boleh berlaku terhadap kanak-kanak biasa atau yang terencat akal. Kita boleh
menggunakan bahasa tetapi pada tahap yang lebih rendah daripada umur kanak-kanak

tersebut. Masalah bahasa juga boleh terjadi dalam sistem penulisan. Terdapat dua
masalah bahasa dalam bentuk penulisan iaitu ekspresif dan reseptif. Kanak-kanak ini
biasanya tidak mempunyai masalah bahasa secara lisan. Masalah seterusnya dihadapi
oleh murid-murid masalah pembelajaran. Mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak
normal yang lain tetapi mereka memiliki masalah dalam membaca menulis dan mengira.
Masalah bahasa juga boleh terjadi disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal. Mereka ini
terdiri daripada kanak-kanak yang kurang pendengaran, penglihatan dan mereka yang
menghadapi gangguan neurologi. Kanak-kanak masalah bahasa juga biasanya dirujuk
juga sebagai kanak-kanak masalah pendengaran. Ini berlaku kerana keadaan penerimaan
sensori auditori mereka pada tahap yang sangat rendah.
Terdapat 4 variasi masalah komunikasi iaitu masalah pertuturan, masalah suara, masalah
artikulasi dan masalah pertuturan akibat kerosakan saraf. Masalah yang pertama ialah
masalah pertuturan. Boleh dikatakan 70% hingga 80% kanak-kanak menghadapi masalah
pertuturan sewaktu permulaan alam persekolahan. Masalah ini berlaku apabila bunyi
yang dikeluarkan tidak difahami oleh orang lain. Masalah pertuturan biasanya disebabkan
oleh masalah seperti sumbing, masalah pendengaran, palsi serebrum dan dispraksia.
Masalah seterusnya ialah masalah suara. Masalah suara sering dikaitkan dengan larinks.
Masalah suara boleh berlaku akibat gangguan biologikal dan dan bukan biologikal.
Antara penyebabnya ialah ketumbuhan di larinks (nodul, polip atau tisu kanser),
jangkitan larikns (laryngitis), kerosakan saraf larikns atau lebam dan calar pada larinks.

Masalah artikulasi yang dikenali juga sebagai masalah pertuturan bayi (baby talk) atau
pelat (lipsing). Masalah artikulasi yang teruk boleh disebabkan oleh tiga faktor. Faktor

yang pertaa ialah dysantia iaitu tidak boleh mengawal otot-otot disebabkan kerosakan
neorologikal bagi penghidap palsi serebrum, ketidaknormalan struktur muka seperti
sumbing dan kepekakan yang teruk.
Variasi masalah yang terakhir ialah masalah pertuturan akibat kerosakan saraf. Tumpuan
diberikan kepada dua kategori masalah pertuturan akibat kerosakan saraf iaitu dysarthia
dan apraxia. Dysarthia ialah kerosakan otak yang menyebabkan kegagalan kawalan otot
yang digunakan dalam artkulasi. Apraxia pula kegagalan menggerakkan otot yang terlibat
dalam pertuturan.

2.0

JURNAL 1

a) Tajuk kajian

BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI
VERBAL : PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM

DOWN

b) Masalah kajian

Terdapat tiga aspek penting apabila memperkatakan tentang masalah pemelajaran
kanak-kanak SD, iaitu masalah pertuturan, bahasa, dan komunikasi. Masalah pertuturan
yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak.
Perbezaan dari segi cara kanak-kanak bercakap menjadi masalah apabila pertuturannya
tidak difahami oleh pendengar. Kecacatan yang berlaku kemungkinan menyebabkan
masalah artikulasi ataupun fonologi, iaitu kelewatan dalam upaya mengeluarkan bunyi
dan menggunakan bunyi. Selain itu, suara agak kasar atau tiada bunyi apabila kanakkanak bercakap. Dengungan, sengauan, dan kegagapan juga menimbulkan kesan
terhadap pertuturan kanak-kanak.

Masalah bahasa pula dibahagikan kepada bahasa reseptif, iaitu kemampuan memahami
dan mengingati apa yang diujarkan oleh orang lain; dan masalah ekspresif, iaitu
kemampuan untuk mengatakan idea atau perasaannya dalam bentuk perkataan atau
simbol. Masalah dari segi bahasa ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
perkembangan lambat dan kecacatan berbahasa. Pemelajaran bahasa agak sukar bagi
kanak-kanak SD kerana mereka menghadapi masalah kefahaman akibat perkembangan
kognitif yang agak lewat atau kemungkinan menghadapi masalah pendengaran.

Terdapat juga masalah memori jangka pendek yangmenyebabkan kesukaran mengingati
ayat yang panjang dan hasilnya ialah ayat yang bersifat telegrafik.

Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah artikulasi disebabkan oleh kelemahan otot
lidah, mulut, dan muka. Masalah komunikasi akan berlaku apabila pemerolehan bahasa

reseptif dan bahasa ekspresif tidak mencapai tahap fungsian yang sesuai bagi
perkembangan mental kanak-kanak. Kelewatan komunikasi seringkali berlaku dalam
komunikasi verbal kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah pemahaman dan
penglahiran verbal akan memilih komunikasi bukan verbal sebagai langkah awal dalam
komunikasi mereka. Kajian ini akan melihat pemerolehan komunikasi verbal
berdasarkan pencapaian kanak-kanak SD dalam pemelajaran bahasa Melayu khususnya
pemerolehan bahasa reseptif dan ekspresif

c) Soalan penyelidikan atau hipotesis
1. Bagaimanakah pendekatan dalam pembelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu
kanak-kanak SD dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka ?
2. Apakah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak SD memproses dan mengingati
maklumat verbal ?


d) Kajian literatur

Pertuturan ialah bahasa verbal yang menggunakan sistem yang sama digunakan oleh
badan untuk bernafas, menelan atau makan serta melibatkan pemprograman otot,
gerakan, dan koordinasi. Pertuturan juga bersifat kompleks dan melibatkan koordinasi,
bunyi, resonans, dan artikulasi. Malah pertuturan merupakan sistem komunikasi yang
paling sukar bagi kanak-kanak SD. Pada hakikatnya, kanak-kanak SD memahami
konsep komunikasi dan memahirkan diri dengan kemahiran prabahasa bagi
menyediakan diri mereka menggunakan bahasa. Hal ini amat berkait rapat dengan apa
yang dikatakan pemerolehan bahasa.

Pertuturan memainkan peranan yang penting dalam komunikasi. Keupayaan bertutur
membezakan manusia dengan haiwan. Pertuturan dalam bahasa merupakan merupakan

kemahiran yang sering digunakan sama juga dengan kemahiran mendengar. Dunia
tanpa pertuturan ialah dunia yang sepi seperti dunia cacat pendengaran dan bisu.
Justeru, bahasa dapat dikatakan asas bagi komunikasi. Kebolehan berkomunikasi
bermula dari sejak lahir melalui penggunaan bahasa bukan verbal dan diikuti oleh
bahasa verbal.


e) Kaedah

Kajian ini berbentuk sinkronik yang dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja, iaitu dua
bulan (Februari 2008 — Mac 2008) di sebuah pusat pendidikan khas dan dapatan kajian
bersifat deskriptif. Penulis menggunakan kaedah yang dicadangkan oleh Rohani
Abdullah (2001) dalam usaha mengumpulkan data bagi menyokong kajian yang telah
dilakukan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini pemerhatian sistematik (systematic
observation), laporan diri dan soal selidik. Kaedah sistematik digunakan untuk
mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak.Pemerhatian dilakukan dalam bentuk
berstruktur dan secara semula jadi. Dalam pemerhatian semula jadi, perlakuan kanakkanak dicatat mengikut masa kejadian itu berlaku.

Kaedah berstruktur pula melibatkan pemerhatian secara teratur mengikut prosedur
tertentu dan mewujudkan keadaan yang sengaja agar mendapat tindak balas daripada
kanak-kanak. Laporan diri pula melibatkan temu bual secara terbuka. Soal selidik
diberikan kepada guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut.Temu bual tidak
berstruktur dilakukan untuk mendapat gambaran tentang pemikiran kanak-kanak
tentang sesuatu tajuk manakala temu bual berstruktur pula melibatkan jawapan kanakkanak berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Pengukuran
psikofisiologikal (psychophysiological measures), klinikal, dan etnografi tidak
dilakukan dalam kajian ini. Pengumpulan korpus bagi penelitian bahasa dalam
komunikasi kanak kanak SD mendapat kerjasama subjek yang dipilih.


Kajian dilakukan secara pemerhatian, rakaman pengajaran dan pemelajaran dalam
kelas, soal-selidik, dan temu bual. Subjek merupakan pelajar program pendidikan khas.
Daripada pemerihatian yang dilakukan, kanak-kanak SD juga mempunyai upaya diri
yang rendah kerana ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Mereka memerlukan sokongan
untuk melahirkan keyakinan diri dan membina semangat berdikari dalam menghadapi
cabaran hidup bermasyarakat. Mereka juga berhadapan dengan cabaran intelektual.
Terdapat juga subjek yang menjalani program intervensi awal, iaitu program khas bagi
membantu kanak-kanak SD berkomunikasi.

f) Keputusan dan Perbincangan / Kesimpulan

Komunikasi verbal bagi kanak-kanak merupakan kunci kepada kemahiran sosial
mereka dan juga perkembangan kognitif. Program pendidikan bagi kanak SD perlu
dipertingkat agar mereka ini mudah dibimbing dan dikawal serta diberikan perhatian
yang sewajarnya. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan
pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Penguasaan bahasa verbal yang
baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Malah
penggunaan bahasa bukan verbal banyak memberikan sokongan bagi meningkatkan
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak SD sama ada sesama mereka atau interaksi

dengan ahli dalam sesebuah komuniti. Justeru, pendekatan dalam pemelajaran dan
pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD perlu dikaji semula agar penggunaan
bahan konkrit di persekitaran kanak-kanak dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan
perkembangan kognitif mereka dirangsang bagi mempertingkat tahap pemelajaran
bahasa Melayu.

3.0

JURNAL 2

a) Tajuk kajian
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM MENANGANI
MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISTIK

a) Masalah kajian

Leo Kanner telah membuat kajian mengenai kanak-kanak autistik pada tahun 1943
(White, et. Al 2012). Kajian perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan
intelektual normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf ke atas sebelas orang kanakkanak yang terdiri dari golongan orang berada telah dibuat. Hasil kajian tersebut telah
mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Sebelum kajian ini

dibuat, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia,
lemah minda, bodoh dan lembap. Ekoran dari hasil kajian, ternyata kanak-kanak yang
menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit skizofrenia adalah berbeza.
(Ministry Of Education British Columbia 2000) Kanak-kanak autistik sering
menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam perkembangan sosial, komunikasi dan juga

tingkah laku. Kajian lepas telah menyokong kenyataan ini yang menyatakan bahawa tiga
ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi sosial,
ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Oleh itu, telah
mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan
seperti bunyi-bunyian atau objek yang mereka lihat. Walau bagaimanapun, tidak semua
kanak-kanak autistik mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.
Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar cuma kecacatan mental
yang dihadapi, menyebabkan sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang
diperolehi. Mereka tidak tahu memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi (Ganz,
Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak mampu mempamerkan emosi
mereka kepada individu di persekitaran mereka. Kajian-kajian lepas telah menyokong
kenyataan ini yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan
cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, imaginasi dan
seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak. Hal ini jelas menunjukkan kanakkanak autistik menghadapi masalah pertuturan dan bahasa.

Ekoran daripada masalah ini, (Mancil dan Boman 2010) mereka selalu berdepan dengan
masalah tingkah laku bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di
sekelilingnya. Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu
diberikan kepada mereka. Ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas berperanan
penting dalam membantu kanak-kanak ini untuk menangani ketidakupayaan mereka.
Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani
masalah mereka.

b) Soalan penyelidikan atau hipotesis

1. Apakah ciri-ciri kanak-kanak autistik yang mempunyai masalah pertuturan dan
bahasa ?

2. Apakah punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanakkanak autistik ?
3. Sejauh manakah strategi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanakkanak autistik yang bermasalah dalam pertuturan dan bahasa ?

c) Kajian literatur
Gejala autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 1 ½ tahun sehingga 3
tahun (Zharulnizam Shah 2010). Simptom-simptomnya adalah seperti tiada tindak balas

apabila nama mereka dipanggil dan perkembangan pertuturan yang lewat (Paul 2009).
Kanak-kanak autistik juga dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri yang tiada
komunikasi. Manakala ciri-ciri kanak-kanak autistik adalah seperti lambat memulakan
pertuturan (Kasran 2003). Ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada
kanak-kanak yang normal. Sebagai contoh, pada usia kanak-kanak setahun, mereka
seharusnya sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan seperti ‘mama’ dan
‘papa’ tetapi kanak-kanak autistik masih tidak dapat menyebut perkataan ini. Selain itu,
kanak-kanak autistik juga didapati tidak menggerakkan mata dan kepala mereka ke arah
bunyi serta mereka juga tidak memberikan respon apabila dipanggil dan mereka juga tidak
aktif berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.

Selain itu, ketiadaan ‘babbling’, gerak laku dan isyarat pertuturan dapat dilihat daripada
kanak-kanak autistik (Bregman dan Higdon, 2012). Ini berpunca dari kepadatan neuron di
dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus di dalam otak. Sistem saraf
amyglada mempunyai hubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan,
pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor manakala saraf hippocampus pula
berperanan merangsang pembelajaran dan memori seseorang individu (Morris 2005).
Apabila kedua-dua saraf ini rosak, kegagalan menyimpan maklumat terbaru di dalam
memori serta menyebabkan tiada ‘babbling’, gerak laku, isyarat dan pertuturan di kalangan
kanak-kanak autistik akan berlaku.

Kelainan dalam pertuturan dan bahasa juga sering berlaku kepada kanak-kanak autistik
(Bregman dan Higdon, 2012). Mereka sering menunjukkan perbezaan yang berikut seperti
ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan,
pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa, pic suara yang terhad
dan nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara
lisan. Mereka juga tidak dapat membuat isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa
komunikasi (Bregman dan Higdon, 2012). Kesannya, sering kali timbul salah faham di
kalangan pihak yang mendengar terhadap kanak-kanak ini. Sesetengah kanak-kanak autistik
mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar (Ministry of
Education British Columbia 2000).
Ekolalia bermaksud mengajuk atau mengulangi percakapan orang lain (Zharulnizam Shah
2010). Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta, ekolalia lewat dan ekolalia
ringan. Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan
serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia)
bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut.
Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera
tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan. Namun pada
hakikatnya kanak-kanak ini sebenarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang komunikasi
semasa mereka mengulangi sesuatu perkataan.
Kanak-kanak autistik juga kurang cekap untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Ketiadaan
‘eye contact’ ketika berkomunikasi menyebabkan mereka tidak berupaya mengikuti
perbualan rakan sebayanya (Ministry of Education British Columbia 2000). Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat memahami ekspresi orang lain dan sering memberikan
tindak balas yang salah. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu, mereka lebih gemar
menarik tangan orang dewasa daripada menunjuk barang yang diingini. Namun begitu,
sesetengah kanak-kanak autistik boleh menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat namun
tidak berupaya mengaplikasikannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar dan peka tentang
kelainan yang berlaku kepada anak mereka dari peringkat awal lagi. Pengesanan awal
membolehkan kanak-kanak autistik ini diberi rawatan intervensi bagi meminimumkan
ketidakupayaan mereka.

d) Kaedah
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan
latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak autistik. Kanak-kanak autistik
merupakan

kanak-kanak

kategori

bermasalah

pembelajaran

dan

memerlukan

pembelajaran yang sesuai agar keperluannya dapat dipenuhi. Kanak-kanak autistik tidak
sesuai mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana kerana kandungan pelajarannya
tidak memenuhi keperluan mereka serta penggunaan bahasa lisan sebagai dominan dalam
arahan (Carnahan 2006). Hal ini disokong oleh kajian- kajian lepas menyatakan kanakkanak autistik mempunyai kelemahan dalam bahasa lisan (Carnahan 2006). Oleh itu,
strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif, koperatif, masteri dan pemusatan murid
dan bahan boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak ini (Mok Soon Sang 2007).
Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanakkanak autistik. Pengajaran berkomputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak autistik. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik
bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak ini mengingat malah menyokong
pemahaman mereka (Valiquette, Sutton dan Ska, 2010).

e) Keputusan dan Perbincangan / Kesimpulan:
Kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak istimewa walaupun mengalami kecacatan
mental seumur hidup mereka. Ibu bapa amat mengharapkan anak mereka belajar untuk
bertutur (Paul, 2009). Oleh itu, guru-guru berperanan penting dalam membantu
meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksanakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Antaranya
seperti terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari
kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.
Terapi berkuda adalah rawatan keperluan khas yang diberikan kepada kanak-kanak
dengan menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi berkuda

merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja atau pertuturan
yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak mempengaruhi pergerakan
kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda, pergerakan kuda dikatakan
dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan masalah saraf yang dihadapi.
Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang mendapat rawatan terapi
berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat rawatan biasa.
Sehubungan dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan mengadakan
kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti
tahunan bagi membantu kanak-kanak autistik khasnya bagi meningkatkan kemahiran
pertuturan mereka.
Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami
masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih,
memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi
kanak-kanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka
menangani masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulangulang dapat membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna
sesuatu perkataan dan seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan
diri mereka juga dapat dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka
turut diajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan
muzik.

Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina minda
kanak-kanak autistik. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid
mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepada
murid-murid khasnya kanak-kanak autistik. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk
berinteraksi di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh
mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara
tidak langsung dapat mengatasi masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh
kanak-kanak autistik.

Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu kanakkanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang
berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di
rumah menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang
menerima pendidikan di sekolah sahaja. Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi
perkembangan mereka malah turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.
Hal ini jelas menunjukkan kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak
yang besar terhadap kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian,
guru-guru perlu membina hubungan yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanakkanak ini terus terjamin.

4.0

PENUTUP

Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan
pemerhatian

yang

dilakukan

kanak-kanak

berkeperluan

khas

sememangnya

menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor
seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka
mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah
lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal
yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom
pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di
atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk
menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi
pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh
menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan
ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak
perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

5.0

RUJUKAN

Alfath.

2009.

Power

of

Mind

11(Otak).

http://www.vazarebh.blogspot.com/2009/11/power.of.mind.ii.otak.html

[28

Ogos 2012].
Anonymous. 2005. Visual strategies leverage autism’s strengths to improve lives.
ProQuest Educational Journals 35 (4) : 34 – 35.
Bregman, J. D. dan Higdon, C. 2012. Definitions and clinical characteristics of Autism
Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism
Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 13 – 45.
New York : Routledge.
Carnahan, C.R. 2006. Photovoice : engaging children with autism and their teachers.
ProQuest Education Journals 39 (2) : 44 – 50.
Cohen, S. 2011. Commentary on providing services to students with Autism Spectrum
Disorders. Journal of Visual Impairment & Blindness : 325 -329.
Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B. dan Hadden, K. 2008. The impact of social
scripts and visual cues on verbal communication in three children with autism
spectrum disorders. ProQuest Educational Journals 23 (2) : 79 – 94.
Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala
Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
"Sindrom Down" dipetik daripada Berita Harian, 28 Mac 2008.
Asmah Haji Omar. 1988. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Atkinson R. L. et. al. 1990. Introduction to Psychology 10th. Edition. San Diego : Harcourt
Brace Jovanovich.

Submission Status : SUBMITTEDFileClick to Download Assignment SubmissionSubmitted
Date/Time06 July 2014 / 21:47:28ReceiptClick here to print