Satu Hari Dalam Hidup Saya

Satu Hari Dalam Hidup Saya
Nama saya Nur Khairun Insyirah Bt Noor Azre. Saya berusia 16 tahun
dan merupakan seorang pelajar dari Pemasaran 1 di Kolej Vokasional
Gombak. Saya bermula bersekolah di kolej ini pada 20 Januari 2014. Kini
saya masih belajar di kolej dan berazam untuk mendapatkan sijil diploma.

Satu hari dalam hidup saya ialah, pada minggu persekolahan saya
akan bangun dari tidur pada pukul 5.00 pagi untuk mengemas katil dan
mandi. Pada pukul 6.30 pagi saya akan menunaikan solat subuh dan pada
pukul 7.10 pagi saya mula bertolak ke sekolah dengan adik lelaki saya. Pada
pukul 7.30 pagi saya sampai ke kolej dan memulakan pelajaran pada pukul
8.00 pagi. Di Kolej Vokasional Gombak, mereka menawarkan khusus-khusus
seperti Pemasaran, Perakaunan, Peruncitan, Insuran dan Setiausaha.

Pelajaran kami bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 1.00
petang. Pada pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang kami akan berehat
dan menunaikan solat zuhur di surau. Pada waktu ini, pelajar diberi rehat
kerana ingin membiasakan diri pelajar sebagai pekerja apabila mereka sudah
berkerja nanti. Kemudian, kami sambung pelajaran pada pukul 2.00 petang
hingga pukul 5.00 petang.


Seterusnya, saya pulang ke rumah pada pukul 6.05 petang. Pada pukul
6.15 petang saya akan mandi dan menunaikan solat asar, sambil itu saya
berehat dan makan petang. Kemudian, pada pukul 7.23 malam saya akan
menunaikan solat maghrib dan membasuh baju sekolah saya. Saya
memulakan ulangkaji saya pada pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00
malam dan menunaikan solat isyak. Akhir sekali, saya mengemaskan beg
saya dan buku-buku saya yang perlu dibawa pada hari esoknya dan tidur
pada pukul 10.30 malam.