Apakah makna Empat Buku dan Lima Kitab d

Apakah makna “Empat Buku”dan “Lima Kitab” dalam Konfisianiame? Apakah
jenis buku-buku yang dirujukan sebagai “Tiga belas Kitab”dalam Konfusianisme?
Isa Ma Ziliang
Abstrak
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi ia lebih kepada

pengajaran falsafah untuk

mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Konfusianisme telah diasaskan oleh Kong Zi.
Beliau dilahirkan di negeri Lu ( 鲁), Shandong. Latar belakang konfusius membayangkan kehidupan
orang bangsawan pada zaman peralihan Chunqiu. Beliau dilahirkan pada tahun 551 S.M. dan beliau
berasal daripada keturunan golongan bangsawan. Pada umur 20 tahun, konfusius menjadi seorang guru
dan beliau mengajar murid-muridnya cara untuk berkelakuan baik. Selain itu, beliau pernah berkhimat
sebagai pegawai kerajaan. Selapas 13 tahun , Konfusius meletakkan jawatan , kemudian beliau
mengembara dari sebuah wilayah ke wilayah lain di negeri China dan beliau juga menasihati pembesarpembesar feudal tentang cara pentadbiran yang baik dan berkesan.

Ajaran utama dalm Konfusianisme ialah ingin menerapkan nilai-nilai murni ke dalam hati setiap orang
dan menegaskan etika yang sepatutnya diamalkan oleh kelas pemerintah sewaktu melaksanakan
pelbagai dasar Negara. Pemikiran Konfusianisme banyak memberi sumbangan dalam bidang politik
pada zaman dahulu. Oleh itu, Konfusianisme amat menekankan pegangan nilai-nilai moral yang mesti
ada pada diri seseorang bagi mereka yang menceburi diri dalam bidang politik. Hasilan “empat buku

“(四书),”Lima Kitab” (五经) dan “Tiga Belas Kitap”(十三经)adalah untuk menanam nilainilai yang baik ke dalam hati semua manusia agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman
damai dan makmur.
Katakunci: Empat Buku (四书), Lima Kitab (五经), Tiga Belas Kitap (十三经)

1. Pengenalan
Pemikiran Konfusianisme adalah berasaskan “Tiga Belas Kitab”. Ia bukan sahaja disanjung tinggi oleh
pengikut Konfusianisme , tetapi juga mendapat perhatian oleh maharaja-maharaja China yang selama
ini. Pada masa dulu, bagi sesiapa ingin menjadi pegawai-pegawai untuk berkhimat untuk kerajaan ,
mereka hsrus belajar kitab-kitab tersebut. Di samping itu, bidang pendidikan dan peperiksaan Negara

1

China yang dulu adalah berasaskan kitab-kitab Konfusianisme. Maka 13 kiyab ini mempunyai
pengaruh yang besar terhadap negara China.
2. Makna Empat Buku (四书)
“Empat buku”terdiri daripada 4 buah buku , iaitu Lun Yu (《论语》),Meng Zi (《孟子》),
Zhong Yong(《中庸》)dan Da Xue(《大学》). Pada dinasti Song Selatan, ahli cendekiawan
Zhu Xi ( 朱 熹 ) menggabungkan keempat-empat buah buku tersebut dan menggelar buku-buku
tersebut sebagai “Shi Shu”. “Shi Shu” telah menjadi buku panduan asas bagi mereka yang mempelajari
ajaran Konfusianisme. Keistimewaan “Shi Shu” ialah kandunganna lebih ringkas dan mudah difahami.


Lun Yu(《论语》)merupakan sebuah buku yang mencatatkan pertuturan dan tingkah laku antara
pengasas Konfusianisme iaitu Kong Zi dengan anak-anak murid beliau.Lun Yu dihasilkan oleh anakanak murid Kong Zi yang mencacatkan perbincangan antara Kong Zi dengan anak-anak murid dalam
hal-hal tertentu seperti falsafah, politik, ekonomi, pendidikan dan juga kesusasteraan.

Buku Meng Zi(孟子) juga merupakan sebuah buku yang mencacatkan pertuturan dan tingkah laku
antara Mencius dan anak-anak muridnya. Buku ini membincangkan pemikiran dan pandangan
Mengcius berkaitan dengan bidang politik. Taraf kedudukan Mencius telah dipertingkatkan pada
Dinasti Song Selatan dan buku Meng Zi dijadikan sebagai salah satu subjek yang akan diuji dalam
sisitem peperiksaan awam di dinasti Song Selatan.
Zhong Yong (Kitab Tengah Sempurna) (中庸)merupakan sebuah buku yang mencatat petikan yang
dipetikan daripada Li Ji oleh Zhu Xi. Tujuannya adalah penanaman kemanusiaan. Salah satu cara
persatuan dan pembelajaran (belajar, bertanya, musyawarah, dan Dusing penegasan), seorang lelaki
standard, seperti "lima jalan" (raja, ayah dan anak, suami dan isteri, Kundi (saudara), rakan-rakan di
putar) dan "Tiga Jenis "(kebijaksanaan, kebajikan, keberanian) dan seterusnya.Bererti mancari prestasi
tertinggi adalah “ketulusan”.
Da xue (Kitab Ajaran Besar) (大学)ialah kitab yang ditulis oleh anak murid Kong Zi yang lemah
dalam pelajaran.selain itu,Da Xue juga merupakan satu petikan yang dipetikan daripada buku Li Ji oleh
Zhu Xi. Kandungan buku ini adalah buku panduan dalam kebajikan bagi masyarakat yang
mengamalkan Konfusianisme serta mengenai ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang sepatut

2

diamalkan oleh seseorang. Jadi melalui buku ini masyarakat yang diambil oleh orang zaman dahulu
dalam mendapatkan ilmu.
3. Makna Lima Kitab (五经)
Lima Kitab “ terdiri daripada lima buah kitab. Lima buah kitab tersebut ialah Shi Jing(《诗经》),
Shang Shu(《尚书》), Li Ji(《礼》),Zhou Yi(《周易》), Chun Qiu (《春秋》).
Sebenarnya, terdapat semua enam buah kitab sebelum Dinasti Han yang digelar sebagai “Liu
Jing”(enam buah kitab) yang terdiri daripada Shi, Shu, Li ,Yue (《乐》) ,Yi dan Chun Qiu.
Malangnya ,kitab Yue telah dimusnahkan dalam peperangan Dinasti Qin(秦火). Jadi tinggallah lima
buah kitab telah diwarisi sampai hari ini. Keenam-enam buah kitab tersebut juga disebut sebagai “liu yi”
(六艺) yang merupakan buku rujukan atau buku teks yang digunakan oleh Konfusius untuk
mengajar.

Shi(《诗经》)merupakan kitab yang berisi kumpulan puisi-puisi yang dibuat oleh rakyat daripada
pelbagai nereri. Kong Zi memilih 305 buah puisi daripada 3000 buah puisi dan puisi yang dipilih
tersebut digelar sebagai “Shi San Bai“(诗三百). Puisi tersebut dipadankan dengan muzik dan lagu.

Shang Shu (尚书),merupakan kitab yang mempunyai rujukan dokumentasi sejarah,tulisan-tulisan
lama. Selain itu, etika moral yang berkaitan dengan peraturan kebijaksanaan dan dasar-dasar

perhubungan dengan tuhan juga terdapat di dalam kitab ini. Kitab ini yang tertua ditulis pada abad
ke230 S.M.dan yang terawal ialah pada abad 75S.M.Kitab ini dikenali sebagai Shu Jingkerana Kong Zi
berpendapat bahawa Shang Shu merupakan orang yang paling bijak dalam bidang sejarah.
Chun Qiu(Kitab Musim Bunga), “ChunQiu” (春秋)merupakan karya yang dikarang semasa zaman
ChunQiu(春秋时期). Dalam sejarah kesusasteraan China, ramai tokoh mempunyai pendapat yang
berbeza terhadap pengarang ChunQiu, iaitu sama ada pengarangnya ialah Kongzi(孔子) atau tidak. Ia
juga merupakan salah satu kitab aliran Konfusianisme.ChunQiu mencatatkan sejarah Negara Lu (鲁
国) ,tempoh masa bermula dari tahun 722 s.m. hingga tahun 481 sepanjang 242 tahun . Seluruh kitab
itu hanya menggunakan sebanyak 17000 patah perkataan sahaja.Perkara-perkara yang telah dicatatkan
dalam kitab itu hanya menerangkan pendahuluan dan penutup, perjalanan cerita telah diabaikan.Kong
3

Zi mengkritik kitab “ChunQiu”(春秋) dengan menggunakan perkataan yang tepat untuk meluahkan
pandangan sendiri.Contohnya , dalam catatan tentang peperang juga mempunyai antara 征,伐,侵.
Selain itu, dalam catatan membunuh orang juga mempunyai maksud yang tak sama antara 杀,弑。Isi
kandungan yang berada dalam kitab “chun qiu” adalah mengutamakan negeri LU “鲁国”, mencatatkan
perkara penting dan aktiviti penduduk. Contohnya , peperangan, membikin kota . Pada masa yang sama
kitab itu juga mencatatkan bencana alam yang berlaku pada tempoh masa itu. Contohnya , banjir,
gempa bumi dan sbgnya.“ChunQiu”berdasarkan “Zhou Li” (周礼). Oleh itu, karya ini mengisahkan
banyak pantang larang.


Li Ji(《礼》)merupakan kitab aturan iamengandung di dalamnya ialah himpunan tulisan mengenai
nilai agama dan moral. Selain itu, kitab inijuga merupakan himpunan tulisan oleh Kong Zi sendiri
beserta dengan anak muridnya dan tokoh Lu pada Dinasti Han.

Zhou Yi(《周易》)merupakan kitab ramalan yang terkandung di dalamnya ialah ajaran-ajaran
mengenai kejadian alam semesta dan semua peristiwa yang berlaku. Sesiapa yang menghayati kitab ini
akan mampu menyebarkan kuasa Tian dalam semua aspek.

Oleh sebab Konfusius pernah menggunakan kitab-kitab tersebut sebagai alat pengajar, maka ahli-ahli
Konfusius pada zaman dulu melihatnya sebagai kitab-kitab penting yang dapat menyumbang kepada
bidang pendidikan. Pada zaman Dinasti Han, pihak kerajaan lebih meniktiberatkan kitab Yi,Shi ,
Shu ,Li dan Chun Qiu. Maka semasa maharaja Han Wu Di , beliau telah mewujudkan jawatan Xue
Guan (学官) dengan menubuhkan “kedoktoran dalam Lima Kitab” (五经博士) yang diiktiraf
oleh kerajaan.

4.

Makna Tiga Belas Kitab (“十三经”)


Semasa dinasti Han, kitab Konfusianisme telah bertambah dari lima kitab kepada tujuh kitab (七经)
iaitu lima buah kitab yang tersebut iaitu Shi(《诗经》), Shu(《尚书》), Li(《礼》),Yi
(《周易》), Chun Qiu (《春秋》)bergabung dengan kitab Xiao(《孝经》) dan Lun Yu
(论语).

4

Pada awal dinasti Tang pula, terdapat sebanyak sembilan buah kitab (九经)yang diiktiraf olah
kerajaan. Pemilihan pegawai kerajaan adalah menerusi pembacaan kitab-kitab tersebut.

Sembilan buah kitab ini termasuklah Yi, Shu, Shi, Zhou Li(《周礼》), Yi Li(《仪礼》),Li Ji
(《礼记》), Zuo Zhuan(《左传》) ,Gong Yang Zhuan(《公羊专》) dan Gu Liang Zhuan
(《谷梁传》). Haruslah diberi perhatian bahawa kitab Li telah dipecahkan kepada tiga kitab iaitu
Li Ji , Yi Li, dan Zhou Li, manakala kitab Chun Qiu pula juga dipecahkan kepada tiga kitab yang
berbeza iaitu Zuo Zhuan, Gong Yang Zhuan dan Gu Liang Zhuan.

Apabila dinasti Tang diperintah oleh maharaja Tang Wen Zong(唐文宗), kitab yang disanjung
tinggi oleh Konfusianisme telah ditambah dengan Lun Yu ,Xiao Jing dan Er Ya menjadi dua belas
kitab (十二经). Dua belas kitab tersebut ialah Yi, Shi, Shu, Li Ji, Yi Li ,Zhou Li, Zuo Zhuan, Gong
Yang Zhuan, Gu Liang Zhuan , Lun Yu, Xiao Jing dan Er Ya(《尔雅》)。


Pada zaman dinasti Song Selatan , Zhu Xi menggabungkan Da Xue , Zhong Yong ,Lun Yu, dan Meng
Zi menjadi “Si Shu” yang diakui oleh pihak kerajaan pada zaman itu. Lataran Meng Zi menjadi kitab
Konfusianisme yang sah. Ini menjadikan dua belah kitab padaab tersebut asalnya telah pun menjadi
tiga belas kitab setelah menambah masuk kitab Meng Zi.

Akhirnya , terbentuklah tiga belas buah kitab yang dimiliki Konfusianisme.

Oleh sebab tiga belas buah kitab tersebut dihasilkan pada zaman yang kuno , apabila ia diwarisi ke
zaman yang seterusnya ,kitab tersebut didapati semakin sukar untuk memahaminya, maka terdapat
beberapa cendekiawan cuba membuat penjelasan

terhadap kitab-kitab tersebut. Penjelasan yang

sedemikian disebut “zhu”(注)atau “zhuan”(传). Akan tetapi , dengan perubahan zaman , karyakarya “zhu” dan “zhuan” yang menjelaskan tiga belas kitab tersebut semakin hari semakin sukar untuk
difahami, maka wujudlah karya-karya yang membuat penjelasan terhadap “zhu” dan “zhuan” , karyakarya sebegini ialah “zheng yi”(正义),”jian”(笺),atau “shu”(疏).
Walaubagaimanapun, tiga belas buah kitab yang telah membuat penjelasan disebut sebagai “Penjelasan
terhadap Tiga Belas Kitab”(十三经注疏).
5


13 Kitab
Zhou Yi
Shang Shu
Shi Jing

Zhou Li
Yi Li
Li Ji
Zuo Zhuan
Gong Yang Zhuan
Gu Liang Zhuan
Lun Yu
Er Ya
Xiao Jing
Meng Zi

Cenkiawan
yang
membuat
penjelasan terhadap 13 kitab

Wang Bi, Han Kang Bo zhu
(王弼、韩康伯注)
Kong An Guo zhuan
(孔安国传)
Mao Gong Zhuan
(毛公传)

Cendekiawan yang membuat penjelasan
terhadap zhu dan zhuan
Kong Ying Da zheng yi
(孔颖达正义)
Kong Ying Da zheng yi
(孔颖达正义)
Zheng Xuan Jian, Kong Ying Da zheng yi
(郑玄笺、孔颖达正义)

Zheng Xuan zhu
(郑玄注)
Zheng Xuan zhu
(郑玄注)

Zheng Xuan zhu
(郑玄注)
Du Yu zhu
(杜预注)
He Xiu zhu
(何休注)
Fan ning zhu
(范宁注)
He Yan dan lain-lain lagi zhu
(何晏等注)
Guo Pu zhu
(郭璞注)
Tang Xuan Zong zhu
(唐玄宗注)
Zhao Qi zhu
(赵岐注)

Jia Gong Yan shu
(贾公彦疏)
Jia Gong Yan shu

(贾公彦疏)
Kong Ying Da zheng yi
(孔颖达正义)
Kong Ying Da zheng yi
(孔颖达正义)
Xu Yan shu
(徐彦疏)
Yang Shi Xun shu
(杨士勋疏)
Xing Bing shu
(邢昺疏)
Xing Bing shu
(邢昺疏)
Xing Bing shu
(邢昺疏)
Sun Shi shu
(孙奭疏)

Ilmu penggetahuan tiga belas kitab merangkumi bidang yang luas . Zhou yi merupakan buku menilik
yang penuh misteri dan mengandungi falsafah yang sukar difahami. Nama “Zhou Yi” mempunyai
banyak kenyataan, ada sesetengah orang mengatakan “ zhou” adalah bermaksud Dinasti Zhou, ada
sesetenggah orang mengatakan bahawa “Yi “ adalah berasal daripada cicak (蜥蜴). Hal ini kerana
cicak akan berubah-ubah mengikut warna sekitarnya ,jadi dikatakan “berubah”(易), “YI” adalah
bermaksud berubah. Selain itu.

Shang Shu ialah buku yang rekod sejarah China pada zaman kuno dan isi kandungan utama berkaitan
dengan golongan raja dan catatan perbualan antara raja dengan pembesar.

6

Shi Jing merupakan kitab puisi dari dinasti Zhou Barat awal sampai pertengahan zaman Musim Bungan
dan Luruh (春 秋) . Ia dibahagikan kepada bahagian “feng “ (风) , “ya”(雅) dan “song”
(颂).”Feng” ialah lagu puisi byang dihasilkan oleh rakyat tempatan .”Ya” ialah lagu puisi ciptaaan
golongan bangsawan. “Song” pula adalah lagu puisi penyembahan tuhan yang hanya digunakan oleh
gonlongan bangsawan.

Zhou li ialah sebuah kitab yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan sistem pelaksanaan
pegawai kerabat diraja Zhou Wang (周王). Di samping itu, Yi Li merekodkan adat istiadat Zaman
Zhou. Li Ji juga mencatatkan perihal tatasusila.

Zuo Zhuan mencatatkan peristiwa penting sejarah lama Zaman dahulu. Pemikiran Zuo Zhuan lebih
melekati pemikiran Konfusianisme yang banyak menyentuhkan hal-hal politik dan kecenderungan
membincangkan tentang akhlak. Ia menekankan status masyarakat ,peraturan dan undang-undang,
aturan kedudukan warga tua dan muda serta memaparkan kepentingan pemikiran yang mengutamakan
rakyat jelata.

Gong Yang Zhuan merupakan sebuah karya yang penting dan juga selalu digunakan sebagai panduan
dalam persoalan politik. Menurut sarjana yang mengaji tentang penulis Gong Yang Zhuan adalah diajar
oleh Konfusius dengan secara lisan. Menurut Si Ma Qian(司马迁), Konfusius menetapkan undangundang melalui kritikan dan pujian dalam Chunqiu. Namun, beliau tidak dapat mencatat kata-kata yang
menghina pemerintah dalam buku ,jadi beliau hanya menyampaikan secara tidak langsung dan
mewariskan kepada anak murid dengan cara lisan.Selain itu, karya ini juga merupakan maklumat yang
penting dalam usaha mengkaji pemikiran Konfusianisme pada zaman Qin dan Han . Antara konsepkonsep yang berada di dalam buku ini adalah konsep penyatuan( Da Yi Tong Shuo 大一统说),konsep
Tiga Zama(san shi shuo 三世说),konsep Tiga Pemerintah(tong san tong shuo 通三统说)dan Konsep
Perubahan Pemerintahan Chunqiu(chunqiu gai zhi shuo 春秋改制说), konsep Kritik dan Pujian (yu
bao bian shuo 寓褒贬说)dan akhirnya konsep Raja Yang Tidak Berkuasa(su wang shui 素王说).

Gu Liang Zhuan lebih mementingkan dalam penyebaran pemikiran Konfusianisme berkaitan dengan
adat istiadat dan tatasusila. Kelas pemerintahan amat meniktiberatkan Gu Liang Zhuan kerana mereka
selalu bergantung kepad buku ini untuk membantu mereka mengurangkan konflik dalaman antara kelas
7

pemerintah dan menstabilkan keadaan negara untuk kepentingan jangkan masa panjang negara. Antara
konsep dalam Gu Liang Zhuan adalah menyarankan tentang adab dan tatasusila di samping
menegaskan tentang kedudukan,menyarankan peraturan keluarga (宗法),menyerankan polisi yang
meringankan beban petani, mengagungkan perikemanusiaan dan tidak menggalakkan ketenteraan.dan
sebagainya.

Di samping itu , Lun Yu ialah buku catatan kelakuan dan kata-kata Kong Zi yang dihasilkan oleh anak
murid beliau. Xiao Jing ialah kitab yang menerangkan ketaatan anak kepada ibu bapa dan kewajipan
dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh seseorang anak. Manakala , Meng Zi merekodkan
pertuturan ,pemikiran Meng Zi. Er ya pula merupakan sebuah buku yang paling awal dalam membantu
menerangkan makna dan erti bagi sesuatu perkataan. Ia juga boleh dikatakan sebagai sebuah kamus
kuno bagi negara China.

5.

Kesimpulan

Kelas pemerintah zaman dahulu sering menjadikan “Tiga Belas Kitab”sebagai panduan memerintah
negara dan model rujukan untuk ta memahami pemikiran Konfusius serta membantu dalam
pembentukkan akhlak baik seseorang insan. Nilai- nilai yang terdapat di dalam buku-buku tersebut
mempunyai niai kajian dan nilai pembelajaran bagi generasi muda.

Sumber Rujukan
Sumber buku:
Yang, C.M (2000), Ru Jia wen hua mian mian guan. Jinan: Ji ru shu she.

Sumber internet:
1) http://baike.baidu.com/view/9874.htm
2) http://baike.baidu.com/view/40289.htm
3) http://baike.baidu.com/view/51031.htm
4) http://baike.baidu.com/view/671.htm
5) http://www.guoxue.com/wenxian/wxjing/wxjing.htm
6) http://zhidao.baidu.com/question/25167854.html

8

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

Representasi Nasionalisme Melalui Karya Fotografi (Analisis Semiotik pada Buku "Ketika Indonesia Dipertanyakan")

53 338 50

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24