DENGAN MERUJUK KESULTANAN MELAYU MELAKA

DENGAN MERUJUK KESULTANAN MELAYU MELAKA HURAIKAN
BENTUK SISTEM POLITIK MELAYU TRADISIONAL
1.0 Pengenalan
Dalam kajian ini pengkaji akan menghuraikan tentang asas Kesultanan Melayu
Melaka dan sistem politik tradisional yang digunakan dalam zaman feudal ini.
Pengkaji akan menghuraikan maksud melayu tradisional daripada beberapa sumber
yang didapati. Pengkaji juga menghuraikan asas Kesultanan Melayu Melaka iaitu
bagaimana tertubuhnya kerajaan ini, sistem pemerintahannya, ekonomi dan
masyarakatnya. Pengkaji juga akan menghuraikan hubungan dan kepentingan antara
golongan yang memerintah iaitu raja dan golongan yang diperintah iaitu pembesar
dan rakyat.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling terkenal di kepulauan
melayu pada pertengahan 1400. Sebuah kerajaan yang berkuasa dan berpengaruh
yang mampu menyebarkan islam pada zaman kegemilangan Melaka. Kerajaan ini
terletak di tempat yang strategik dan sesuai untuk perdagangan iaitu berhampiran
Selat Melaka. Selat Melaka merupakan laluan pedagang

sehinggakan melaka

dibentuk menjadi tempat perdagangan yang terkenal apabila ramai para pedagang
yang singgah di Melaka dan menjadikan Melaka tempat penyebaran agama islam.

2.0 Pengertian Melayu Tradisional
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga :874, Melayu itu dapat didefinisikan sebagai
suatu bangsa dan bahasa termasuk di Asia Tenggara iaitu mengikut cara hidup orang
melayu.Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan
sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat resam

orang melayu. Melayu ini mempunyai maksud yang subjektif, melayu juga boleh
didefinisikan sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa melayu,
beragama islam dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat orang melayu. Di
Malaysia, penduduk peribumi yang berketurunan bugis, jawa, minangkabau atau mana
mana suku Indonesia yang tinggal di Malaysia, bertutur dalam bahasa melayu,
beragama islam dan mengamalkan adat istiadat melayu juga di kategorikan sebagai
melayu.Selain itu orang yang tiada status pribumi juga boleh diterima sebagai melayu
sekiranya orang tersebut berkahwin dengan orang melayu dan memeluk agama islam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat tradisional bermaksud berkaitan dengan,
bersifat, atau mengikut tradisi; dalam kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik
bercorak~ masyarakat~ masyarakat mengamalkan cara hidup yang turun temurun,
ketradisionalan keadaan atau sifat yang tradisional ~nya itulah yang dipuji dan dipuja
oleh orang asing. Jika definisi melayu bermaksud bangsa dan bahasa yang mengikut
cara hidup orang melayu dan definisi tradisional pula bermaksud cara hidup yang

turun temurun.
Jadi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melayu tradisional membawa maksud
bangsa dan bahasa yang mengamalkan cara hidup orang melayu turun temurun.
Melayu tradisional meliputi cerita rakyat, mitos dan lagenda. Melayu itu tidak lari
daripada cerita terdahulu yang dipercayai boleh menjadi pedoman dalam kehidupan
kita pada hari ini.
Masyarakat Melayu tradisional juga merupakan sebuah masyarakat feudal dan
bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan yang di perintah. Golongan pemerintah terdiri dikalangan
Raja atau sultan , pembesar dan ulama. Manakala golongan yang diperintah terdiri

daripada rakyat biasa yang merdeka dan hamba. Wujud hubungan timbal balas antara
golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Dalam kehidupan masyarakat melayu tradisional, negeri dikawal oleh seorang
pemerintah yang digelar raja atau sultan mengikut negeri masing masing. Contohnya,
gelaran raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk
Negeri Sembilan. Negeri negeri Melayu lain menggunakan gelaran sultan. Mereka
adalah lambang perpaduan rakyat dan di bantu oleh kerabat diraja atau pembesar.
Terdapat banyak berbezaan antara raja dan rakyat. Misalnya, penggunaan warna
kuning, cop mohor, permainan nobat, penguasaan bahasa istana, serta regalia atau alat

alat kebesaran diraja . rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya
kerana kesemua benda tersebut adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka.
Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah.
1.1 Asas Kesultanan Melayu Melaka
Asas Kesultanan Melayu Melaka dibentuk

dengan beberapa aspek penting yang

mendorong pertubuhan Kesultanan Melayu Melaka. Antara aspek yang perlu ada
adalah pembukaan negeri Melaka, bagaimana Melaka dibuka, asal usul Raja dan nama
negeri tersebut diambil.
1.2 Pembukaan Negeri Melaka
Banyak pendapat yang bercanggah daripada pakar sejarah tentang pembukaan negeri
Melaka. Antara pengkaji sejarah yang berlainan pendapatnya adalah A, Samad
Ahmad, Penulis buku Salalatus Salatin, Tom Pires, pengkaji sejarah barat, catatan cina
dan banyak lagi. Jika kita melihat sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin, Raja yang

membuka negeri Melaka bernama Raja Iskandar Syah. Manakala mengikut Tome
Pires, Raja yang membuka Melaka adalah Parameswara.
“...Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh,lalu

terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya ; dan kualanya
berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di
bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh
berburu ; sekonyong konyong terjun anjing dihambat
pelanduk.

Titah

baginda

“Baik

tempat

ini

diperbuat

negeri,anjing alah oleh pelanduk ; jikalau orangnya bertapa
lagi?”...Maka titah baginda, “Apa nama kayu itu ?” Maka

sembah orang, “Kayu Melaka namanya tuanku”. Maka titah
baginda, “Jika demikian , Melakalah nama negeri ini.”
(A.Samad Ahmad 1983: 67)
Negeri Melaka telah di buka oleh seorang raja yang bernama Raja Iskandar Syah.Raja
Iskandar Syah telah berjalan mengikut hala ke sebelah pantai kemudian menuju ke
sebuah sungai yang bernama Bertam. Raja Iskandar Syah pergi ke bawah sepohon
kayu yang terlalu rendang untuk berteduh. Baginda menyuruh pengikutnya pergi
memburu kemudian dia ternampak seekor pelanduk telah mengalahkan seekor anjing
buruannya sehingga jatuh ke dalam air. Raja Iskandar Syah berpendapat bahawa
tempat itu sesuai untuk dibuat negeri kerana pelanduk yang berani itu telah
menunjukkan bahawa tempat itu mempunyai keistimewaan.Justeru itu, Raja Iskandar
Syah memilih Melaka sebagai nama negeri bersempena nama pokok tempat beliau
berteduh. (A.Samad Ahmad 1983)

Mengikut Sulalatus Salatin penulisan (A.Samad Ahmad 1983),selepas Raja Iskandar
Syah membuat keputusan untuk membuka negeri di Melaka, baginda menitahkan
pembesar dan pengikutnya yang lain membuka negeri di tempat itu. Segala pokok
pokok di tebas dan dibersihkan kawasan itu untuk membuka sebuah negeri yang
bernama Melaka.Nama Melaka diambil bersempena nama pokok Raja Iskandar Syah
berteduh berehat.

“Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang sekalian,
diamlah baginda di Melaka. Adapun baginda di Singapura tiga
puluh dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa; baginda
semanyam di Melaka tiga tahun, maka datanglah peredaran
dunia, baginda pun mangkat.”
(A.Samad Ahmad 1983: 67)
Menurut (A.Samad Ahmad 1983) Raja Iskandar mempunyai konflik dengan Jawa
kerana pembelotan Sang Rajuna Tapa ke atas negeri Singapura menyebabkan
Singapura telah di serang oleh Jawa. Maka kota Singapura itu telah dikepungya
berlakulah pertumpahan darah sehinga baginda bersama pembesar dan kerabat kerabat
mereka serta hulubalang dapat menyelamatkan diri dan lari ke Melaka lalu di bukanya
Melaka oleh Raja Iskandar Syah. Setelah tiga tahun memerintah Melaka baginda pun
mangkat.
“...Anakanda Raja Mudalah kerajaan menggantikan ayahanda
baginda, terlalu adil perintah baginda itu. Maka Raja mudalah
memerintah adat istiadat takhta kerajaan baginda.Bagindalah
yang pertama membuat menteri empat orang dibalai mengajari

orang; mengadakan bentara empat puluh berdiri diketapakan
akan menjunjung titah Raja, dan menyampaikan barang

sesuatu sembah orang kebawah duli Raja...”
(A.Samad Ahmad 1983: 67)
Selepas kemangkatan Raja Iskandar Syah, takhta baginda diambil alih oleh
anakandanya iaitu Raja Muda diangkat menjadi pemerintah negeri itu. Apabila Raja
Muda mula memerintah baginda telah mencorakkan sistem pentadbiran seperti
melantik empat orang pembesar untuk mengajarkan penduduk tempatan tentang adat
istiadat pemerintah dengan golongan yang diperintah serta baginda juga melantik
empat puluh orang bentara untuk menjunjung titah Raja iaitu melaksanakan segala
perintah baginda. Baginda juga melantik biduanda kecil melaksanakan suruhan Raja
serta menyediakan segala alat kebesaran diraja. Raja Muda adalah permulaan sistem
pentadbiran yang sistematik di Melaka kerana beliau bijak mengatur langkah
pemerintahan yang teratur. (A.Samad Ahmad 1983)
1.3 Hubungan dengan China
Melaka bukan sahaja negeri yang mempunyai pentadbiran yang sistematik atau
tersusun bahkan mempuyai pemerintah yang bijak dalam menjaga kepentingan negeri
dan tanah jajahanya. Pemerintah Melaka iaitu parameswara juga seorang yang bijak
mengatur strategi dalam membangunkan negeri Melaka beliau telah mendapatkan
perlindungan kuasa besar iaitu China dengan membuat hubungan diplomatik dengan
negeri tu daripada ancaman Siam.
Parameswara telah merebut kesempatan untuk menjalinkan hubungan dengan negeri

China semasa rombongan kerajaan Ming singgah di Melaka. Rombongan yang

diketuai oleh Laksamana Ying Ching telah bersetuju menjadikan Melaka di bawah
naungannya. Maharaja Ming Cheng Zu (Yu Lo) telah mengiktiraf Parameswara
sebagai Raja Melaka serta merasmikan sebuah bukit sebagai tiang seri negara dengan
menegakkan sebuah batu bersurat yang dikirimkan di atasnya melalui kiriman surat
pada tahun 1405 Masihi.
“...Selain daripada itu dikirimkan juga beberapa alat
kebesaran seperti cap mohor dan pakaian...”
(Abdul Hadi Hj. Hassan;1986:166)
Menurut (Abdul Hadi 1986) kerajaan Ming juga telah mengirimkan beberapa alat
kebesaran diraja seperti cap mohor dan pakaian persalinan diraja untuk kegunaan
dalam pemerintahan negeri Melaka selain surat pengiktirafan Parameswara sebagai
raja dan batu bersurat sebagai tiang seri.
Hubungan antara Melaka dengan kerajaan Ming sangat baik, mereka menjaga
kepentingan satu sama lain. Melaka meminta perlindungan kerajaan Ming

dari

serangan Siam dan Laksamana Cheng Ho( Zheng He) telah dihantar ke Siam oleh

Maharaja Cheng Zu (Yung Lo) untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu
Melaka.
Parameswara telah menghantar sebanyak lima perwakilan ke china semasa
pemerintahannya dan tidak termasuk pemergiannya sendiri pada tahun 1411 Masihi.
Tiga perwakilan tersebut diketuai oleh A-pu-la-chia-hsin (Abdullah Kassim) pada
tahun 1409, Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya (Seri Samalan Jaya) iaitu anak saudara
parameswara pada tahun 1412 dan Sai-li-la-che( Seri Diraja) iaitu anak parameswara
pada tahun 1413.Perwakilan perwakilan ini dikirimkan bagi mengeratkan hubungan

Melaka dengan China serta memajukan perdagangan antara dua negeri ini.
(W.Gungwu; 1968:48).
Putera Raja Melaka,Mu-ka-sa-yu-ti-er-sha,telah menghadap
ke

istana,

dan

menjelaskan


tentang

kemangkatan

ayahandanya pa-li-mi-su-la. Satu perintah telah dikeluarkan
yang mengatakan Mu-kan-sa-yu-er-sha akan menggantikan
ayahandanya sebagai Raja dan hadiah-hadiah berupa
emas,perak,kain bersulam emas,sutera halus,tengkolok,tali
pinggang dan jubah yang disulam dengan benang emas
telah dianugerahkan.
(Wang Gungwu; 1968:48)
Mengikut catatan China , Satu rombongan dari Melaka telah sampai ke China pada
tahun 1435 Masihi yang dipimpin oleh pemerintah baru Melaka, iaitu Megat Iskandar
Syah. Selepas kemangkatan Parameswara iaitu ayahanda kepada Megat Iskandar
Syah, baginda telah pergi menghadap ke istana negeri China untuk memberitahu
tentang kemangkatan ayahandanya dan diberi perintah oleh negeri China untuk
ditabalkan menjadi pemerintah sekaligus menggantikan tempat ayahandanya sebagai
raja. Selain itu, beberapa hadiah seperti emas, perak, kain bersulam emas, sutera halus,
tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan emas diberikan kepada
Megat Iskandar Syah sebagai penganugerahan daripada China

1.4 Kedatangan Islam ke Melaka
Islam telah sampai ke Melaka pada abad

ke 15 apabila Megat Iskandar Syah

memeluk islam melalui perkahwinannya dengan puteri raja pasai. Catatan cina dan
Tom Pires menyatakan raja Melaka yang pertama bernama Parameswara dan raja

keduanya Megat Iskandar Syah merupakan putera parameswara yang pertama
memeluk islam. Namun di dalam Salalatus Salatin dan sejarah melayu menyatakan
raja Melaka yang mula mula memeluk agama islam ialah Raja Kecil Besar, iaitu
pemerintah Melaka ke 4 (Ahmad Jelani Halimi 2008)
“...Setelah beberapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka
baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan
keelokkan hadrat nabi Mustaffa Rasulullah salla’llahu ‘alaihi
wasalam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar,”Ucap
olehmu: Ashadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna
Muhammad ar rasulullah”. Maka oleh Raja Kecil Besar
seperti sabda Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wasalam itu
diturutnya maka sabda Rasulullah kepada Raja Kecil
Besar,“Adapun namamu Sultan Muhammad Syah.Esok hari
apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah,
turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah
engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja kecil Besar,
“Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba
lalui. Maka nabi salla ‘llahu ‘alaihi wasalam pun ghaiblah...”
(A.Samad Ahmad(ed);1986:72)
Pada awal penubuhan Melaka, dikatakan pedagang pedagang Islam telah berdagang di
Melaka, sama ada paksa atau dengan sukarela. Daripada pengaruh pedagang pedagang
ini akhirnya pemerintah Melaka telah memeluk islam. Mengikut Sulalatus Salatin,
Raja Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka yang pertama, kemudian apabila
beliau mangkat, digantikan dengan anaknya iaitu Raja Muda selepas kemangkatan

raja muda takhta kerajaan dipangku oleh anak beliau dan begitulah sehingga
pemerintah Melaka yang ke empat iaitu Raja Besar Kecil, anak kepada raja tengah dan
cucu Raja Muda iaitu pemerintah Melaka yang kedua. Raja Kecil Besar dipercayai
mendapat mimpi yang beliau telah memeluk islam kerana didalam mimpinya beliau
mengucap syahadah serta namanya juga diislamkan daripada Raja Kecil Besar
menjadi Sultan Muhammad Syah.(A.Samad Ahmad 1986)
Apabila Sultan Muhammad Syah bangkit dari tidurnya,beliau telah menceritakan
mimpinya kepada bendahara dan para pembesar agak pelik dengan perkataan “la
ilaha i’l Allah.Muhammad ar rasulullah.” yang disebutkan oleh Sultan. Maka
bendahara memberi pendapat bahawa jika benar terdapat kapal dari Jeddah yang
sampai ke pantai Melaka, maka benarlah mimpi Sultan Muhammad Syah itu.
“...Setelah hari pun asarlah,maka datanglah sebuah kapal dari
Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makhdum
dari dalam kapal itu,Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia
sembahyang...Maka dilihat makhdum sembahyang itu nyatalah
seperti yang di dalam mimpinya itu...”
(A.Samad Ahmad 1983: 69)
Sultan Muhammad Syah telah pergi melihat Syed Abdul Aziz telah turun dari
kapalnya dari Jeddah dan menunaikan solat pada waktu itu, lalu baginda percaya
bahawa mimpinya adalah benar dan baginda menitahkan seluruh rakyat dan pembesar
negeri itu memeluk islam. Baginda telah menuntut ilmu dan tertib sembahyang serta
segala perihal islam dengan merujuk makhdum dari Jeddah itu.Lalu seluruh isi negeri
Melaka itu telah memeluk islam serta mengamalkan kehidupan dengan cara islam

iaitu mereka menunaikan solat, membaca kitab serta meluaskan perdagangan mereka
ke negara islam lain seperti negeri Jeddah, Arab dan Pasai.
Agama Islam juga telah datang ke Melaka dengan beberapa cara lain iaitu melalui
perkahwinan antara sultan Melaka, Megat iskandar Syah dengan puteri raja pasai yang
telah memeluk islam. Selain itu, mubaligh Arab juga memainkan peranan penting
membawa agama islam ke Melaka seperti yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin,
Syeikh Abdul Aziz merupakan mubaligh dari mekah, beliau mengislamkan raja kecil
besar, pembesar dan rakyat Melaka. Pedagang juga memainkan peranan dalam
menyebarkan agama islam di Melaka dengan cara pendakwahan oleh pedagang islam
dari arab dan india yang telah berkahwin dengan penduduk setempat.
Pengaruh islam di Melaka telah membawa beberapa kesan dalam sistem politik dan
sosial di Melaka dengan menggantikan sistem beraja kepada institusi kesultanan
seperti menukar konsep devaraja kepada konsep sultan, raja dipanggil sultan dan
Sultan Muhammad Syah

ialah raja Melaka pertama yang menggunakan gelaran

sultan.Selain itu, bahagian pentadbiran juga tidak terlepas dari pengaruh ini dengan
melantik ulama menasihati sultan dalam pentadbiran serta menggunakan undang
undang syariah dalam hukum kanun Melaka dan undang undang laut Melaka. Dalam
pendidikan pula, pengajian al- Quran dijadikan asas sistem pendidikan, bahasa melayu
sebagai bahasa ilmu serta penggunaan tulisan jawi secara meluas. Kesenian juga
mendapat pengaruh islam seperti ukiran berunsurkan islam di kubah masjid, mimbar,
mihrab dan batu nisan.Amalan dan budaya masyarakat di Melaka juga diterapkan
dengan unsur islan seperti mengadakan upacara khatam Al Quran, majlis kesyukuran
dan kenduri arwah.Tersebut merupakan kesan pengaruh islam yang terdapat di Melaka
yang telah membawa masyarakat negeri itu kearah lebih bertamadun.

1.5 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Pada pertengahan 1400 Masihi bumi Melaka telah mencapai kegemilangannya dan
sangat disegani negeri seantero asia pada waktu itu. Antara faktor kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka meliputi politik, ekonomi dan sosial. Ini jelas
menunjukkan mencapai kegemilangan tidak lah sukar sekiranya sikap kebersamaan
serta bersatu hati dan setia kepada pemerintah itu menjadi peganggan dalam diri setiap
rakyat dan pemerintah yang adil dan saksama.
Politik yang dimaksudkan adalah dari segi pentadbiran yang sistematik. Pentadbiran
yang dimaksudkan adalah sistem pembesar empat lipatan, di mana dalam sistem ini
sultan mengetuai teraju pememerintahan dan dibantu oleh empat orang pembesar yang
dikenali pembesar berempat.Pembesar berempat dibantu pembesar berlapan,
pembesar enam belas, dan pembesar tiga puluh dua.
Pembesar berempat diketuai oleh sultan dan diikuti oleh bendahara, penghulu
bendahari, temenggung dan laksamana. Sultan berperanan menyelaraskan kegiatan
ekonomi,sebagai lambang perpaduan rakyat,mengetuai hubungan diplomatik, ketua
agama islam dan adat istiadat melayu, mengetuai angkatan tentera dan melantik
pembesar negeri.Bendahara pula berperanan sebagai penasihat Raja dalam
pentadbiran, menteri utama, ketua turus angkatan perang, ketua hakim dan pemangku
sultan setika sultan gering atau keluar negara. Penghulu bendahari berperanan sebagai
pemungut hasil atau ufti, sebagai ketua segala bendahari, ketua urusetia istana dan
ketua segala syahbandar.Temenggung pula berperanan sebagai ketua polis dan
penjara, penguasa Bandar dan Kota Melaka dan sebagai hakim di darat.Laksamana
pula berperanan sebagai ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta dan
mengetuai utusan. (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani 2003)

Tun Perak merupakan seorang anak kepada Seri Wak Raja pada zaman pemerintahan
Raja Ibrahim iaitu anakanda kepada almarhum Sultan Muhammad Syah, pemerintah
Melaka yang ketiga.Tun Perak telah meningkat dewasa menjadi anak muda yang
mengikuti jejak ayahandanya, beliau seorang yang sangat setia kepada sultan dan
negerinya.Buktinya, beliau tidak menuntut bela atas kematian anaknya, Tun Besar
yang dibunuh oleh putera Sultan Mansur Syah, iaitu Raja Muhammad. Pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Tun Perak telah menyandang pangkat sebagai
datuk bendahara paduka raja dimana beliau dikehendaki melaksanakan tugas raja
seperti menjaga keamanan negeri Melaka daripada diserang seteru atau musuh. Tun
Perak pernah ditugaskan menjaga keamanan dan keselamatan negeri semasa
peninggalan Sultan Mansur Syah ke Manjapahit dan beliau dapat melaksanakan
amanat yang dititahkan dengan baik. Disebabkan kebijaksanaan Tun Perak, Melaka
telah berjaya mematahkan serangan Siam sebanyak beberapa kali sehinggakan
semenanjung tanah melayu ini atau dahulunya dipanggil semenanjung emas ini
dikuasai oleh Melaka . Antara negeri yang berjaya berada dibawah naungan Melaka
adalah Inderapura, Siak, Bentan dan Siam, semua negeri ditakluki Melaka dengan
pimpinan Tun Perak. (Yusof Hashim 2009)
Pusat perdagangan merupakan bentuk ekonomi yang menyumbang kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka menjadi tumpuan para pedagang
luar datang menjalankan kegiatan perdagangan di Melaka kerana mereka boleh
mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus dan sebagainya. Ekonomi Melaka
juga melibatkan hubungan baik dengan China yang membawa keuntungan.
1.1 Hubungan Dan Kepentingan Antara Golongan Pemerintah Dengan
Golongan Yang Diperintah.
1.2 Raja dengan Budaya Politik

“...sistem politik tradisional melayu terdiri daripada kewujudan seorang raja
daripada keturunan diraja, dibawahnya terdapat sebilangan pembesar daripada
golongan diraja atau golongan bangsawan dan golongan kebanyakkan atau rakyat
biasa. Pembesar negeri memegang jawatan tertentu seperti Bendahara,
Laksamana, Temenggung dan sebagainya. Raja yang memerintah melantik
seorang putera mahkota yang dikenali sebagai Raja muda yang akan menaiki
takhta jika raja mangkat. Raja memberi kuasa pula kepada pembesar daerah untuk
menjalankan fungsi pentadbiran, pertahanan, kehakiman dan memungut cukai bagi
pihak raja. Manakala dari segi struktur masyarakat pula terdapat dua golongan
utama, iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.Golongan yang
diperintah terdiri daripada penduduk tempatan, peniaga, pedagang dan golongan
penyebar agama islam yang berasal dari daerah atau negara lain. Masyarakat yang
diperintah ini telah bercampur dengan masyarakat luar yang menyebabkan
berlakulah percampuran budaya tempatan dan luar...”
(Gullick 1978, Rustam 1983:141-45, Jamaie 2015:66)
Pada zaman feudal, raja dan politik tidak dapat dipisahkan, raja adalah pemerintah dan
politik adalah bentuk pentadbiran.Pemerintah tugasnya untuk mentadbir negerinya
untuk mengekalkan keamanan serta memajukan ekonomi sesebuah negeri.Pemerintah
yang adil dan saksama dapat menyumbang kepada kegemilangan sesbuah negeri,
kerana rakyat akan taat setia kepada sultan yang memberikan kebaikkan kepada
mereka.
Golongan pemerintah terdiri daripada Raja, sultan atau yang dipertuan, keluarga dan
kaum kerabat diraja, pembesar negeri termasuk kaum bangsawan, ulama, pendita dan
penghulu.Raja atau Sultan atau Yang dipertuan Besar menduduki heirarki sosial paling

tinggi kerana mereka adalah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda
dibantu oleh kaum kerabat dan para pembesar dalam sistem pemerintahan dan baginda
juga memiliki kuasa dan kewibawaan dalam menjalankan pentadbiran

dan

pemerintahannya di seluruh negeri. Baginda merupakan simbol perpaduan negara
yang mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan mesti dihormati.Segala
perintahnya mesti dipatuhi, jika rakyat yang ingkar dianggap menderhaka dan akan
mendapat balasan buruk atau dikenakan hukuman yang amat berat.
Manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa, orang asing dan
hamba.Rakyat biasa menduduki lapisan tertinggi dalam golongan yang diperintah.
Mereka bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang
mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah
bagi. Mereka rela mengamalkan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa
mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana
demi kepentingan Raja. Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani,
berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Rakyat biasa
sesebuah kampung selalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan
tradisi hidup secara bergotong royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini
mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau
kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya.
“Daulat raja dalam masyarakat melayu sangat mempunyai nilai dalam budaya
mereka. Ini kerana politik melayu unik, konsep daulat digunakan dan konsep derhaka
serta pantang melayu derhaka sebelum pupus”
(Atory Hussain 1993: 187; Yusuf Hashim 1996)

Konsep daulat merupakan sesuatu yang wajib dalam sesebuah istitusi diraja. Konsep
daulat digunakan untuk menjadikan seseorang sultan lebih mulia dan dianggap
mempunyai kuasa dan kewibawaan yang mutlak raja atau pemerintah sesebuah negeri
itu mempunyai daulat tersendiri jadi setiap perkataannya boleh menjadi benar
sekiranya dia berdaulat. Selain itu, konsep derhaka merujuk kepada golongan yang
diperintah iaitu pembesar dan rakyat sekiranya golongan ini ingkar terhadap titah raja
maka dianggap derhaka. Jadi sudah menjadi lumrah orang melayu yang taat setia
kepada rajanya yang adil dan saksama serta mengelakkan diri dari menjadi
penderhaka. (Atory Hussain 1993 dan Yusuf Hashim 1996)
“...raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia...apabila
berbuat kebaktian kepada raja seperti berbuat kebaktian kepada
Allah SWT, yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan
rasulnya dan akan raja...”
(Shellabear 1961:190)
Raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia bermaksud segela perintah dan
laranganya mestilah dituruti dan ditaati. Justeru itu rakyat yang patuh akan segala
perintahnya serta membuat kebaikkan kepada baginda seperti rakyat berbuat
kebaikkan kepada agama mereka.Menurut cerita Tun Perak, Laksamana Hang Tuah
pernah dititahkan hukuman bunuh tanpa usul periksa kerana mencemar duli, maka
tiada seorang pun yang berani melawan titah baginda

kerana kesetiaan yang

menggunung kepada sultan demi keamanan dan kemajuan negeri. Dalam
pemerintahan, raja atau sultan akan meluaskan jajahan takluknya bagi membuktikan
kekuasaan beliau, apabila sesebuah wilayah atau kawasan itu berjaya berada di bawah

naungannya, puteri negeri itu akan dikahwinkan dengan baginda atau pembesar yang
mengetuai penaklukan tersebut. (Shellabear 1961).

1.3 Raja dengan Pembesar
“...raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu,
jika tiada kayu bagaimanakah api itu bernyala...”
(Shellabear 1961: 170)
Raja dan pembesar saling memerlukan terutamanya dalam bidang politik
dan pentadbiran. Raja itu ibarat api dan segala menteri atau pembesar
ibarat kayu, jika tiada kayu mustahil untuk menyalakan api dan begitulah
jika tiada api manakan kayu dapat berfungsi. Jadi kedua duanya
memerlukan antara satu sama lain, api hanya akan menyala sekiranya kayu
yang digunakan adalah baik serta mempunyai potensi untuk menyalakan
api dengan mudah. Oleh itu, menteri atau pembesar mestilah dilantik
dikalangan orang yang bijaksana serta berkemampuan memberikan
kejayaan dan kemajuan dalam negeri itu. Sekiranya ciri ciri yang dimiliki
oleh menteri atau pembesar itu tidak menyenangkan hati raja atau
membawa kepada kerosakan maka pembesar atau menteri berkenaan akan
digantikan dengan mereka yang lebih membawa kebaikkan kepada raja,
agama dan bangsa.
“Tugas

seorang

pembesar

dalam

daerahnya

meliputi

pentadbiran, melaksanakan keadilan, pertahanan, memungut
hasil dan sebagai pemimpin umum setempat. Beliau hanya
mempunyai sedikit sahaja tugas istiadat.”
(Gullick 1978,31; Jamaie 1993,68-69)

Menurut (Gullick 1978 dan Jamaie 1993) tugas pembesar adalah menjadi
kaki dan tangan kepada raja atau sultan, setiap titahnya akan dibincangkan
dan dilaksanakan oleh pembesar. Antara tugas pembesar adalah
merangkumi urusan pentadbiran negeri seperti melaksanakan keadilan,
memungut hasil dan menjadi pemimpin umum setempat.Melaksanakan
keadilan

bermaksud

sekiranya

terdapat

konflik

dalaman

seperti

perselisihan faham antara pembesar dan rakyat akan segera dileraikan
perbalahan itu bagi menjamin kesejahteraan bumi Melaka. Selain itu,
pembesar juga ditugaskan memungut hasil seperti mengutip cukai dan di
berikan kepada bahagian pentadbiran untuk memantapkan kemajuan
ekonomi negeri Melaka. Pemimpin umum setempat di sini bermaksud
mengetuai segala majlis dikalangan rakyat jelata selain menjaga kebajikan
rakyat serta memelihara keharmonian negeri.
1.4 Raja dengan Rakyat
“...rakyat umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau
tiada akar nescaya pohon tidak akan berdiri...”
(Shellabear 1961: 170- 171)
Hubungan pemerintah dengan rakyatnya sangat memainkan peranan
penting dan sangat memerlukan antara satu sama lain. Rakyat umpama
akar dan raja umpama pohon, akar adalah punca atau sumber yang
menentukan kesuburan sesuatu tumbuhan, begitu juga dengan rakyat,
mereka yang menentukan jatuh bangun seorang pemerintah. Kedua duanya
perlu mempunyai hubungan baik kerana mereka mempunyai fungsi atau
tugas masing masing samada pemerintah atau diperintah, jika perancangan
dibuat tanpa penggerak, tidak akan menjadi perancangan itu. Raja,

tugasnya mempertahankan kedaulatan negara, jika mengikut adat, apabila
sesebuah negeri itu menerima kekalahan bermaksud tamat lah kewujudan
raja di negeri tersebut. ( Ishak Saat, 2007: 145)
Parameswara pernah mendapatkan bantuan orang laut untuk menjaga
keselamatan perairan Melaka bagi memelihara perairan daripada
diceroboh atau diserang oleh musuh, maka orang laut sangat memainkan
peranan penting dalam kemajuan ekonomi pada waktu itu.Orang laut juga
termasuk dalam kategori rakyat.Keyakinan dan kegigihan Parameswara
bersama rakyatnya membolehkan Parameswara mencapai cita citanya
untuk membangunkan negara dan membentuk sebuah negara yang di
segani dan maju.
“konsep taat setia rakyat kepada raja menurut politik
tradisional melayu bermula zaman Sang Sapurba Taram Sri
Buana dan pembesarnya Demang Lebar Daun yang dinamakan
waadat.”
(Jamaie Haji Hamil 2015: 217-218)
Pada zaman Sang Sapurba Taram Sri Buana, baginda seorang raja dan ingin menikah
lalu di berikan gadis dari golongan baik baik, lalu gadis itu terkena kedal, kemudian
dipulangkan ke pangkuan keluarganya. Sang Sapurba telah ingin menikahi anak
kepada Demang Lebar Daun, pembesarnya sendiri, maka Demang Lebar Daun
membuat waadat, andai puterinya terkena kedal jangan lah diperlakukan seperti gadis
sebelum ini tetapi jadikan dia hamba istana agar tidak dihina orang diluar sana, lalu
Sang Saurba bersetuju dan berkata jika anak cucunya membuat kezaliman maka
haruslah taat setia kepadanya dan Demang Lebar Daun menambah jika anak cucu

tuanku mengubahnya, maka anak cucu patik mengubahnya juga. (A.Samad Ahmad
1983)
Waadat atau perjanjian yang telah dibuat oleh Sang Sapurba dengan Demang Lebar
Daun menjadi pegangan sehingga ke hari ini dimana rakyat haruslah taat setia kepada
raja. Peristiwa itu telah menjadikan secara rasminya yang melayu mempunyai raja dan
raja dikurniakan rakyat bergelar melayu. Waadat itu juga telah termenterainya
perjanjian berjanji dan hormat menghormati sama ada raja kepada rakyat dan rakyat
kepada raja. Raja mestilah adil kepada rakyat dan rakyat hendaklah taat setia kepada
raja. ( Ishak Saat 2007: 144)

Walau bagaimanapun, hubungan raja dan rakyat mula tergugat apabila raja melupai
janji dan sumpah setia untuk mempertahankan kedaulatan negeri, bersikap adil dan
saksama kepada rakyat menyebabkan rakyat mula memberontak dan menderhaka
kepada raja. Hubungan renggang antara raja dan rakyat ini ada tertulis dalam sejarah
melayu tentang sultan Mahmud Syah yang digambarkan raja waktu itu sudah lupa diri
dan leka berseronok tanpa batas adat budaya dan agama. Peristiwa pembunuhan
Bendahara Seri Maharaja, Tun Mutakhir dan fitnah terhadap laksamana Hang Tuah
serta peminangan Puteri Gunung Ledang, sesungguhnya berjaya menggugat
kestabilan kerajaan kesultanan melayu melaka. Hal ini membuatkan para menteri
mula menjadi pembelot untuk menjatuhkan dan mengambil kesempatan terhadap
raja. Peristiwa fitnah terhadap laksamana hang tuah telah membangkitkan
penentangan rakyat terhadap raja yang zalim melalui peristiwa hang jebat
menderhaka. Kebangkitan ini digambarkan dengan kata kata retorik seperti ‘raja adil
raja disembah, raja zalim raja disanggah’. (Ishak Saat 2007: 145)

Pada zaman kesultanan melayu Melaka, Raja Muhammad, anakandanya Sultan
Mansur Syah telah membunuh Tun Besar, anakandanya bendahara Paduka Raja Tun
Perak kerana pada waktu itu Tun Besar bermain sepak raga bersama sahabatya lalu
raga tersebut terkena Raja Muhammad yang lalu di situ kemudian destar Raja
Muhammad terjatuh. Tun besar pergi mendapatkan Raja Muhammad untuk
memulangkan destar dan memohon maaf lalu di tikamnya dada Tun Besar dan
meninggallah beliau disitu. Penderhakaan atas menuntut keadilan kematian Tun Besar
di halang oleh bapanya sendiri iaitu bendahara Paduka Tun Perak beliau sangat
perpegang pada pepatah biar mati anak jangan mati adat. Bermaksud kesetiaan dan
ketaatan beliau kepada raja demi memelihara keamanan dan kamajuan negeri, beliau
rela anaknya mati di tangan sultan.(Yusof Hashim 2009)
Raja Muhammad tidak diterima menjadi sultan di Melaka tetapi menjadi sultan di
Pahang disebabkan sikapnya yang tidak disenangi oleh rakyat rakyat dan bumi
Melaka. Mengikut waadat yang telah di menterai oleh Sang Sapurba dengan Demang
Lebar Daun, mereka boleh mengubah jika salah satu pihak mengubahnya. Lalu
mereka menolak Raja Muhammad sebagai sultan mereka dan Sultan akur dengan
kesalahan anakandanya itu.

5.0 Kesimpulan
Kesultanan melayu adalah lambang kekuatan dan keutuhan sistem politik masyarakat
melayu. Walaupun institusi pemerintahan melayu telah melalui proses transformasi
tetapi kepentingannya ialah sebagai satu simbol penerusan tradisi pemerintahan

melayu dan keabsahan kuasa melayu dalam bidang politik. Sistem politik tradisional
melayu Melaka mengamalkan sistem feudal iaitu sistem pemerintahan yang dikuasai
oleh golongan bangsawan. Raja sebagai pemerintah berkuasa mutlak dibantu oleh
para pembesar yang terdiri daripada bendahara, laksamana, syahbandar dan
temenggung untuk melicinkan proses pemerintahan dan pentadbiran.
Hubungan antara raja dan rakyat banyak digambarkan dalam Sulalatus Salatin atau
sejarah melayu. Selain itu, kedudukan raja yang diperkuatkan lagi dengan sumpah dan
taat setia golongan bangsawan, rakyat biasa dan hamba. Hubungan baik antara
pemerintah dengan golongan yang diperintah sangat penting untuk kemajuan
negeri,dan juga memelihara kedaulatan raja. Jika pemerintah dan rakyat melanggar
waadat yang telah termenterai sekian lamanya, maka akan berlakunya penderhakaan
rakyat dan menyumbang kepada kejatuhan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu
Melaka. Oleh itu, ternyata waadat yang termenterai antara Sang Sapurba sengan
Demang Lebar Daun masih digunakan dalam masyarakat pada hari ini demi
mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.

Rujukan
Zulhilmi Paidi Dan Rohani Abd Ghani. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Percetakan
Cergas(M) Sdn.Bhd.

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden. Shah Alam. Karisma
Publication Sdn Bhd.
Muhd Yusof Hashim. 2009. Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka.Kuala
Lumpur : Tinta Publisher.
A.Samad Ahmad. 1983. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ali Aziz. 1965. Zaman Gemilangnya Kerajaan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.
Andaya, B.W. & Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia . Terjemahan . Petaling Jaya:
The Macmillan Press.
Armando Cortesao. 1967. The Suma Oriental of Tom Pires: An Account of The East
From The Red Sea To Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515. Nendeln
Liechtenstein : Kraus Reprint limited.
Haji Buyong Adil . 1975. Sejarah Melaka Dalam Kerajaan Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1994. Malaysia Kita. Cetakan Kedua. Kuala
Lumpur Malaysia.
Ismail Ambia & Ismail Hussien . 1965. Bendahara-bendahara Melaka dan
Hulubalang-hulubalang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sandhu, K.S& Wheatley, P.(eds.). 1983. Melaka: The Transformation of a Malay
Capital . Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Shellabear, W.G (peny.). 1981. Sejarah Melayu, Edisi ketiga, cetakan keenam.
Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Winstedt, R.O. 1982. A History of Malaya . Revised and Enlarged. Paperback edition .
Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn.Bhd.
Zainal Abidin Abdul Wahid, et al.. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rustam A. Sani. Kepimpinan dalam Perkembangan Politik Melayu Awal
Abdul Rahman Embong dan Jurgen Rudolph. 2000.Southeast Asia into the Twenty
First Century Crisis and Beyond.
Gullick. J.M 1978. Sistem Politik Bumiputera Melayu.
Shahrudin Maaruf. 1988 Malay Ideas of Development.
Osman Rani dan E.K Fisk. 1983. Ekonomi Politik Malaysia.
Roff W.R. 1994. The Origins Of Malay Nationalism.
Khoo Kay Kim. 1991. Malay Society Transformation and Democration. Pelanduk
Publication Sdn Bhd.