Literasi bahasa ,dan hal itu memang dimungkinkan

KAR 3996 – PROJEK AKHIR TAHUN

NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL HALIM BIN MASNAN
AT 19: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 2
SESI 2014/2015
KUMPULAN A
TUGASAN INDIVIDU: Bab 1 – Bab 3
Persepsi Guru Tadika Terhadap Penggunaan Teknik Hafalan Membantu
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

SITI ROHANI BINTI ABDUL HALIM
D 20121058459

KANDUNGAN

BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Tujuan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Persoalan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definasi Operasi
1.9.1

Persepsi

1.9.2

Guru

1.9.3

Tadika

1.9.4


Teknik Hafalan

1.9.5

Perkembangan Bahasa

1.9.6

Kanak-kanak

1.10 Rumusan

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
2.3 Teori Yang Menjadi Asas Perlaksaan Aktiviti Membaca
2.4 Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Aktiviti Membaca
2.5 Kajian Berkaitan


2

2.6 Rumusan

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Penyelidikan
3.3 Lokasi Penyelidikan
3.4 Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1

Pemilihan Instrumen

3.5.2

Struktur Soal Selidik

3.5.3


Pengukuran

3.6 Prosedur Kajian
3.7 Tata Cara Penganalisisan Data
3.8 Kerangka Kajian
3.9 Rumusan

3

BAB 1

PENGENALAN

1.1Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan prasekolah bertujuan
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Pendidikan bertanggungjawab mengajar pelajar bagaimana untuk berfikir dan bukan apa
yang harus difikir. Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid & Othman A.Kassim (2011),
mereka menyatakan kreativiti amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu
melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society) dan Negara kreatif (creative
nation). Pendidikan adalah alat yang mampu menggerak dan

menjana daya fikir

manusia. Itulah tujuan pendidikan. Banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini
mendapati bahawa sifat-sifat kreatif memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi.

4

1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan penggunaan teknik hafalan dapat
membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Kebolehan membaca merupakan salah
satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh setiap individu dan ia merupakan satu proses
yang kompleks di mana ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan memakan masa
yang panjang. Kepentingan tidak dapat disangkal lagi dengan penurunan ayat Al-Quran
pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi junjungan kita iaitu Nabi

Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S. di bulan ramadhan.
Penurunan ayat al-Quran tersebut memerintahkan Baginda untuk membaca.
Banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru tadika untuk membantu
kanak-kanak membaca dengan lebih lancar. Antara kaedah yang paling popular adalah
kaedah belajar sambil bermain. Untuk membolehkan kanak-kanak menguasai pembacaan
yang lancar, mestinya terdapat beberapa teknik yang mampu membantu mereka
membaca dengan baik dan lancar. Oleh itu, pengkaji telah memilih teknik hafalan dalam
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk mengajar kanak-kanak
membaca dengan baik dan lancar. Pengkaji akan membuat pemerhatian dan menyelidiki
sama ada teknik yang dipilih ini berkesan atau pun tidak dalam memastikan kanak-kanak
mampu membaca dengan baik dan lancar, sekaligus meningkatkan perkembangan bahasa
kanak-kanak.
Menurut Siti Fatimah Tasir, Zanirah Mustafa @ Busu, Nik Liyana Mustapa @ Nik
Daud dan Ahmad Yumni Abu Bakar (2011) dalam Modul CTU001 Pengantar
Pembangunan Insan menyatakan bahawa perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa
adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan yang diperolehinya. Menurut Felicia
Michael (2012) di dalam penulisannya yang bertajuk Biskut Huruf Meningkatkan
Prabacaan mengatakan Mascle (2006), salah satu cara untuk berjaya dan mahir dalam
membaca perlu mempelajari pengecaman huruf.
Berdasarkan pengalaman pengkaji ketika menjalankan beberapa kajian di tadika,

pengkaji mendapati bahawa masalah dalam kesukaran mengecam beberapa huruf adalah
ketara berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, sebutan huruf yang hampir sama
5

juga menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak. Jika murid tidak dapat membezakan
bunyi sebutannya mereka akan mengalami kesukaran mengecam huruf-huruf tersebut dan
berkemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai simptom disleksia.
Menurut Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor di dalam penulisannya yang
bertajuk Simptom Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah yang mengatakan bahawa Drake
(1989), masalah disleksia dirujuk kepada ciri berikut dan antaranya ialah kesukaran untuk
belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca
sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku), dan tumpuan yang terhad (pengamatan visual).

1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan di prasekolah semakin kurang dititikberatkan oleh golongan guru di
prasekolah sehingga menyebabkan perkembangan bahasa kanak-kanak semakin merosot.
Masalah ini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang lemah
menguasai kemahiran membaca. Kegagalan kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca akan memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan bahasa mereka.

Masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah pada peringkat awal ialah
tidak mengenal dan menulis huruf dengan betul. Kanak-kanak prasekolah yang kurang
daya pengecaman huruf akan menyebab
Umumnya, kita ketahui bahawa kebanyakan kanak-kanak yang berumur dari lima
sehingga tujuh tahun sudah mampu menulis huruf dengan betul. Pembelajaran dalam
aspek membaca sudah boleh dimulakan kepada kanak-kanak seawal usia mereka empat
tahun. Namun, sekiranya sebahagian daripada kanak-kanak yang berumur enam tahun
masih belum menguasai kemahiran membaca, ia adalah satu kebimbangan kepada ibu
bapa serta guru. Atas kesedaran daripada kesilapan ini menarik perhatian saya untuk
membuat kajian ini. Penyelidikan yang saya lakukan ini mengenai persepsi guru tadika
terhadap penggunaan teknik hafalan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Kajian ini tentang mengapa permasalahan kanak-kanak tidak tahu membaca sedangkan
peringkat umur mereka semestinya sudah tahu membaca dengan lancar, serta
6

mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran guru seperti teknik-teknik yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada guru tadika mengenai

membaca secara hafalan dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian ini
juga dijalankan untuk mengetahui perkembangan bahasa kanak-kanak yang baik adalah
membaca secara hafalan.

1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1. Melihat sejauh mana perkembangan bahasa kanak-kanak melalui teknik hafalan
berdasarkan pandangan guru Tadika.
2. Mengkaji penggunaan teknik hafalan dalam membantu perkembangan bahasa
kanak-kanak.
3. Mengenalpasti masalah perkembangan bahasa kanak-kanak melalui teknik
hafalan berdasarkan pandangan guru Tadika.

1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:
1) Melihat sejauh manakah perkembangan bahasa kanak-kanak melalui teknik
hafalan berdasarkan pandangan guru Tadika?

7


2) Adakah penggunaan teknik hafalan dalam membantu perkembangan bahasa
kanak-kanak?
3) Bagaimanakah seorang guru mengenalpasti masalah perkembangan bahasa
kanak-kanak melalui teknik hafalan berdasarkan pandangan guru Tadika?

1.7 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:1) Kajian ini dapat membantu guru dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
mengikut peringkat umur yang berbeza-beza.
2) Kajian ini dapat membantu guru mempelbagaikan cara dan teknik menyampaikan
isi kandungan pengajaran.
3) Kajian ini boleh digunapakai oleh guru tadika untuk merancang aktiviti untuk
kanak-kanak dengan lebih berkesan.
4) Golongan pendidik juga boleh menjadikan kajian ini sebagai bahan rujukan dalam
menangani masalah perkembangan bahasa kanak-kanak.

1.8 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada:
a) Sampel kajian merangkumi guru-guru tadika.
b) Kajian ini hanya menumpukan tinjauan pandangan dan kefahaman
pelaksanaan teknik hafalan dapat membantu perkembangan bahasa kanakkanak.

c) Kajian ini terbatas kerana masa yang terhad selama 3 bulan.

8

9.1 Definasi Operasi
9.1.1

Persepsi
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, persepsi bermaksud gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran serta tanggapan. Di dalam kajian ini, pengkaji
mendefinisikna persepsi sebagai pandangan yang datang dari jiwa yang ikhlas tentang
persoalan yang dikemukakan kepada seseorang itu berdasarkan borang soal selidik yang
diberikan kepada responden iaitu fokus pengkaji adalah guru tadika yang sedang
mengajar di Tadika.

9.1.2

Guru
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, guru bermaksud orang yang mendidik,

mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Kami mendefinisikan guru berperanan
memberi pendidikan asas yang cukup kepada kanak-kanak. Maka, di dalam kajian ini
pengkaji mendefinisikan bahawa guru telah mempunyai pengalaman mendidik kanakkanak dan lebih berpengetahuan untuk mendapatkan sesuatu pandangan

9.1.3

Tadika
Tadika bermaksud Taman Asuhan Didikan Kanak-kanak. Tadika melibatkan

kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Setiap tadika yang ditubuhkan
sebenarnya tertakluk kepada undang-undang yang terkandung dalam Akta
Pendidikan 1996. Ini bermaksud, tadika yang ditubuhkan, dikendalikan ataupun
diuruskan perlu mematuhi peraturan-peraturan yang disyaratkan di bawah Akta
Pendidikan 1996.

9

9.1.4

Teknik Hafalan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2009), teknik hafalan membawa

maksud satu kaedah membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya masuk betul
dalam ingatan tanpa perlu melihat buku atau catatan. Teknik hafalan dalam kajian ini
membawa maksud penggunaan teknik hafalan ini

mampu meningkatkan

perkembangan bahasa kanak-kanak.

9.1.5

Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa membawa maksud bahagian penting daripada sifat

kognitif manusia. Memahami perkembangan bahasa merupakan aspek penting untuk
memahami dasar dan mengingati pelbagai komponen linguistik. Perkembangan
bahasa dalam kajian ini membawa maksud pengkaji mahu melihat perbendaharaan
kata kanak-kanak meningkat apabila menggunakan teknik hafalan ini.

9.1.6

Kanak-kanak
Bagi tujuan kajian ini, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang

berada dibawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak
2001. Kanak-kanak ialah golongan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 7 tahun.
Semasa peringkat ini, perkembangan kanak-kanak adalah sangat pantas dan pesat.
Kanak-kanak akan mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif dan bahasa.
Selain itu, mereka juga akan mula berminat untuk bermain dengan kanak-kanak yang
lain.

10

10.1 Rumusan
Berdasarkan huraian di atas, Bab 1 ini telah menjelaskan tentang pernyataan masalah
terhadap kajian yang ingin dilaksanakan. Berdasarkan masalah tersebut objektif kajian
telah dikenalpasti dan diikuti dengan mengenalpasti persoalan kajian. Hal ini dapat
memudahkan pengkaji untuk melaksanakan tinjauan literatur dalam bab seterusnya.
Secara keseluruhannya, teknik hafalan yang digunakan oleh guru untuk mengajar kanakkanak membaca haruslah menepati kriteria dan kemampuan seseorang kanak-kanak
tersebut. Hal ini kerana, perkembangan bahasa setiap kanak-kanak adalah berbeza.

11

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini meninjau literatur yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. pengkaji
menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan dengan program pendidikan prasekolah
yang berkualiti khasnya dalam aspek perkembangan tahap kreativiti berdasarkan teori
yang mendasarinya serta kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikuatkuasakan
oleh

Kementerian

Pendidikan

sejak

2003.

Seterusnya,

kepentingan

tahap

perkembangan bahasa kanak-kanak juga diterangkan dengan terperinci dalam bab ini.

2.2 Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
Menurut Rohaty (2003), program pendididkan prasekolah di Malaysia bersifat
heterogenus kerana terdapat pelbagai jenis tadika dengan orientasi falsafah dan
amalan kurikulum yang berbeza-beza. Ini merupakan kesan desakan keperluan
ekonomi dan perubahan nilai masyarakat yang diakibatkan oleh perbandaran dan
pemodenan. Sebelum kemerdekaan negara kita, pusat pendidikan awal kanak-kanak
ditubuhkan bagi menjaga anak-anak pekerja di kedua-dua sektor tersebut di mana
kedua-dua ibu bapa mereka keluar bekerja.

12

Pusat jagaan dan asuhan wujud sejajar dengan pembukaan ladang-ladang
getah dan perlombongan semasa pemerintahan kolonial British. Pusat-pusat jagaan
dan asuhan ini semata-mata memberi tumpuan kepada penjagaan kebajikan dan
kesihatan kanak-kanak, tumpuan kepada keperluan pendidikan pula amat sedikit.
Sejak kemerdekaan Malaya pada 1957 agensi kerajaan dan separa kerajaan turut
terlibat secara langsung dengan penubuhan pra sekolah untuk golongan yang kurang
beruntung terutamanya di kawasan luar Bandar.
Agensi-agensi

yang

terlibat

ialah

Jabatan

Kemajuan

Masyarakat,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara
(JPN), FELDA (Federal Land Development Autority), Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sejak itu, jumlah prasekolah berkembang dengan pesat sehingga di luar kawalan.
Sehubungan ini, lahirlah Akta Pendidikan 1996 yang telah memperuntukan bahawa
Sistem Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi Pendidikan Prasekolah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi
tanggungjawab untuk memberikan perhatian yang serius kepada perkembangan dan
pembangunan pendididkan prasekolah di negara ini (Rohaty, 2003). Dasar dan
strategi perlaksanaan program pendidikan adalah untuk memastikan prasekolah yang
dilaksanakan oleh pelbagai agensi bermutu tinggi dengan berdasarkan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu, Peraturan-peraturan Pendidikan Kurikulum Prasekolah 1997 telah
digubal bagi menguatkuasakan penggunaan buku Garis Panduan serta huraian
kurikulum Pendidikan Prasekolah mulai Januari 1999 (Kasnani, et al., 2005). Ia
membolehkan program pendidikan prasekolah ini dikembangkan secara berkesan, ke
arah menghasilkan generasi muda negara yang berkualiti. Program pendidikan pada
peringkat ini merupakan program yang fleksibel dan menitikberatkan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang.

13

2.3 Teori Yang Menjadi Asas Perlaksaan Aktiviti Membaca
Ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme yang mengkaji
bagaimana

manusia

belajar

telah

menetapkan

bahawa

kanak-kanak

tidak

memperolehi pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara
aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran
yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran yang dicapai melalui aktiviti
meneroka, eksperimen dan mengolah objek atau bahan. Sehubungan itu, perlaksanaan
aktiviti membaca semakin diperkenalkan untuk memenuhi kehendak semasa dan
masa akan datang. Teori-teori ahli psikologi ini mendasari perkembangan
perlaksanaan aktiviti membaca dalam pengajaran dan pembelajaran, ahli-ahli
psikologi yang dirujuk adalah seperti berikut:
a) Jean Piaget (1969)
Menurut Jean Piaget (1969) kanak-kanak pada peringkat umur 6-7 tahun
menunjukkan minat pada aktiviti psikomotor yang melibatkan penerokaan sesuatu
idea dan konsep yang baru. Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep
kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik
dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanakkanak dengan berterusan. Beliau merumuskan bahawa wujud sistem logical yang
mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut beliau lagi,
sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logical yang digunakan oleh
orang dewasa.

b) Lev Vygotsky (1978)
Teori Sosiobudaya oleh Lev Vygotsky (1978) menekankan bahawa
pembelajaran dan perkembangan mental, bahasa dan sosial adalah melalui interaksi
sosial terutamanya pada peringkat Zon Perkembangan Proksimal (ZPD), kanak-kanak
14

kurang keupayaan untuk menghabiskan tugasan yang “susah”. Pada masa ini kanakkanak perlu dibimbing oleh orang lain seperti guru, rakan sebaya, ibu bapa ataupun
orang dewasa yang mereka percayai. Sehubungan dengan itu, aktiviti membaca sesuai
dirancang dengan pendekatan holistik.
Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia sebagai suatu pendektan
yang digunakan dalam mengajar membaca terutamanya membaca buku cerita.
Pendekatan ini diperkenalkan kerana rakyat Malaysia didapati mempunyai tahap
kebolehan membaca yang tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca yang
menggalakkan. Aktiviti membaca menggunakan teknik hafalan menggalakkan
perkembangan bahasa kanak-kanak. Perbendaharaan kata yang baru mungkin akan
wujud jika kanak-kanak selalu membaca dengan menggunakan teknik hafalan.

2.4 Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Aktiviti Membaca
Guru adalah salah satu inisiatif dalam perlaksanaan aktiviti membaca dengan
menggunakan teknik hafalan. Hal ini demikian kerana, guru adalah sebagai
pembimbing kepada kanak-kanak untuk mencapai sesuatu pencapaian potensi. Guru
perlu memainkan peranan mereka untuk melaksanakan aktiviti membaca dengan baik
supaya dapat menggalakkan kanak-kanak membaca dengan menggunakan teknik
hafalan. Kesedaran guru untuk memainkan peranan mereka dalam mengajar kanakkanak membaca menggunakan teknik hafalan dapat meningkatkan perkembangan
bahasa mereka. Walaupun perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza, seorang
guru perlulah kreatif untuk memainkan peranan semasa mengajar kanak-kanak
membaca ataupun mengenal huruf. Kanak-kanak mampu membaca dengan baik dan
lancar jika seorang guru menggunakan waktu yang diperuntukkan untuk mengajar
membaca dengan baik dan fleksibel.

15

2.5 Kajian Berkaitan
Ada banyak pendapat yang telah dikemukaka oleh para pengkaji mengenai
konsep pemerolehan bahasa. Umpamanya, Lyons (1995) melihat pemerolehan bahasa
itu dari perspektif nurani, iaitu petunjuk dari hati. Justeru itu, bahasa tidak diperolehi
secara semulajadi tetai tumbuh dan menjadi matang secara organik. Menurut
Khairuddin Mohamad (2011), terdapat banyak pandangan dalam kalangan ahli bahasa
tentang proses pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza, maka
wujud pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa. Antara yang terkenal adalah Teori
Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksional.

2.6 Rumusan
Bab ini telah menghuraikan Pendidikan Prasekolah di Malaysia dan teori yang telah
menjadi asas kepada perlaksanaan aktiviti membaca. Seterusnya, bahagian bab ini
juga menerangkan pendekatan-pendekatan pelaksanaan aktiviti membaca dalam
proses pengajaran dan pembelajaran apa juga mata pelajaran pendidikan prasekolah.
Akhir sekali, bab ini juga telah menghuraikan peranan-peranan guru dalam
melaksanakan aktiviti membaca dengan menggunakan teknik hafalan serta kajian
yang berkaitan dengan membaca dengan menggunakan teknik hafalan.

16

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam
mengumpul dan menganalisis data. Menurut Azizi Yahya, Shahrin Hashim,
Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006), metodologi adalah
berkaitan dengan prosedur dan cara pengolahan data bagi menjawab persoalan
penyelidikan termasuk menguji hipotesis.
Metodologi merupakan kaedah, teknik atau corak dalam mengumpul data
dalam sesuatu penyelidikan. Metodologi juga memberi panduan dalam pelaksanaan
penyelidikan kajian kes tersebut bagi melengkapkan sesuatu kajian. Metodologi bagi
kajian ini adalah berbentuk kualitatif di mana data yang diperolehi dengan cara boring
soal selidik atau analisis dokumen untuk mendapat data yang lengkap.

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Reka bentuk kajian adalah panduan penyelidikan pengkaji dalam proses
memungut, menganalisis, dan mentafsir hasil kajian penyelidikan yang dijalankan.
Menurut Sulaiman Masri (2005), reka bentuk penyelidikan merupakan perancangan
17

menentukan cara penyelidikan yang dijalankan untuk mendapatkan kepurusan kepada
permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Tujuan reka bentuk kajian ini adlah
menjawab soalan tertentu yang ditimbulakan oleh permasalahan kajian yang telah
dikenalpasti. Reka bentuk kajian kes ini dilakukan untuk membolehkan pengkaji
membuat inferen berkenaan pembolehubah yang dikaji.
Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang ringkas di mana pengkaji
menggunakan borang soal selidik yang diberikan kepada guru tadika yang mengajar
di Tadika. Kajian kualitatif merupakan kefahaman menyeluruh yang berkaitan dengan
fenomena serta menyediakan pengetahuan konkrut dan mendalam bagi memahami
sesuatu fenomena. Kaedah kualitatif ini seperti penghuraian, kajian kes dan
sebagainya. Kajian kualitatif ini berkonsepkan pemahaman dan makna dan tujuan
kajian kualitatif adalah untuk meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan dan
melengkapkan teori tentang kajian kes yang dikaji. Fenomena di bawah kajian
kualitatif ini melibatkan masa, ruang dan individu.
Jadual 1: Rekabentuk penyelidikan
Reka Bentuk

Kaedah

Responden / Sampel

Jenis Data

Kajian

Pengumpulan

Kajian Kualitatif

Borang soal

Guru Tadika yang sedang

Skop

selidik

bekerja di Tadika.

pencapaian

3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini dilakukan dalam kalangan guru Tadika yang bekerja di kawasan Nilai,
Negeri Sembilan. Pengkaji memberikan borang soal selidik kepada guru-guru tadika
seramai 30 responden.

18

3.4 Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada guru-guru tadika yang berkerja di tadika ataupun
taska ataupun prasekolah. Pengkaji mengambil 30 orang guru tadika sebagai sampel
untuk menjawab borang soal selidik.

3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini adalah kaedah yang dilakukan untuk mengumpulkan data yang
dikehendaki bagi menjawab soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan. Instrumen
kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah borang soal selidik dan
pemerhatian yang dilakukan di tadika.

3.5.1

Pemilihan Instrumen
Pemilihan instrumen kajian adalah sangat penting untuk memperolehi

maklumat dalam sesuatu kajian. Instrumen atau alat ukur akan menentukan sama
ada maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau tidak dan alat ukur yang
sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak
diukur. Dalam kajian ini, soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan
maklumat berkaitan dengan persepsi guru tadika mengenai penggunaan teknik
hafalan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

3.5.2

Struktur Soal Selidik
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada empat

bahagian, iaitu (A) aspek demografi, (B) aspek hubungan minat kanak-kanak
terhadap membaca dengan menggunakan teknik hafalan semasa guru mengajar di
dalam kelas, (C) aspek cirri-ciri teknik hafalan, dan (D) kesan tidak menerapkan
teknik hafalan dalam diri kanak-kanak semasa mengajar.
19

Jadual 2: Maklumat soal selidik
Instrumen A

Responden
Guru tadika yang mengajar di prasekolah, tadika ataupun taska
Bahagian A

Latar belakang dan maklumat responden

Bahagian B

10 item berkaitan dengan minat kanak-kanak dengan
penggunaan teknik hafalan yang boleh meningkatkan

Kandungan

perkembangan bahasa mereka.
Bahagian C

Ciri-ciri teknik hafalan

Bahagian D

Kesan tidak menggunakan teknik hafalan.

Bahagian A adalah latar belakang responden dari aspek jantina, umur, latar
belakang pendidikan, kawasan sekolah dan pengalaman mengajar di tadika.
Bahagian B pula adalah berkaitan dengan hubungan minat kanak-kanak terhadap
pengajaran guru menggunakan teknik hafalan semasa aktiviti membaca di dalam kelas.
Pada bahagian ini, borang soal selidik ingin menunjukkan kecendurungan kanak-kanak
dalam menggunakan teknik hafalan yang digunakan oleh guru sama ada mereka minat
ataupun tidak. Bahagian ini mengandungi 10 item yang perlu di jawab mengikut skala
likert yang diberikan di dalam borang soal selidik. Item yang di soal dalam borang soal
selidik adalah seperti berikut:
Bil

Item

1

Kanak-kanak sangat minat belajar bila guru menekankan teknik hafalan semasa mengajar.

2

Kanak-kanak tidak suka membaca tanpa teknik hafalan.

3

Penggunaan Teknik Hafalan oleh guru memotivasikan kanak-kanak dalam kelas

4

Kanak-kanak seronok belajar membaca dengan melibatkan teknik hafalan semasa belajar.

5

Teknik hafalan yang digunakan boleh meningkatkan minat kanak-kanak untuk membaca buku.

6

Kanak-kanak tidak menumpukan perhatian walaupun guru menggunakan teknik hafalan semasa
20

mengajar
7

Teknik hafalan yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat kanak-kanak

8

Minat kanak-kanak untuk belajar bertambah bila guru menggunakan teknik hafalan dalam
pengajarannya

9

Penggunaan Teknik Hafalan tidak langsung menarik minat kanak-kanak.

10

Kanak-kanak lebih bersemangat untuk belajar apabila guru menggunakan teknik hafalan semasa
sesi pengajaran membaca secara kuat.

Manakala, bahagian C pula berkaitan dengan ciri-ciri teknik hafalan yang
berkesan. Bahagian ini meneliti mengenai ciri-ciri teknik hafalan yang digunakan oleh
guru semasa mengajar membaca. Bahagian ini mengandungi enam (6) soalan yang perlu
dijawab oleh responden. Item yang di soal dalam borang soal selidik adalah seperti
berikut:
Bil

Item

1

Teknik yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan

2

Teknik yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas oleh kanak-kanak

3

Teknik yang digunakan menarik perhatian kanak-kanak

4

Teknik yang digunakan oleh guru mestilah berkesan kepada perkembangan bahasa kanakkanak.

5

Teknik hafalan perlulah

6

Teknik yang digunakan mengcukupi untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran

Bahagian D pula adalah berkaitan dengan kesan tidak menerapkan teknik hafalan
dalam diri kanak-kanak untuk membaca supaya perkembangan bahasa mereka
meningkat. Bahagian ini mengandungi 10 soalan yang perlu djawab oleh responden. Item
yang di soal dalam borang soal selidik adalah seperti berikut:
Bil
1

Item
Kanak-kanak berasa bosan ketika belajar membaca.

21

2

Kanak-kanak akan menganggu rakan-rakan mereka.

3

Kanak-kanak sukar memahami perkara yang diajar oleh guru.

4

Kanak-kanak tidak kreatif.

5

Kanak-kanak tidak memberi tumpuan semasa pengajaran atau sesi membaca secara kuat.

6

Kanak-kanak mudah memahami jalan penceritaan suatu buku yang dibaca oleh mereka.

7

Kanak-kanak merasa seronok belajar tanpa teknik hafalan.

8

Kanak-kanak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.

9

Kanak-kanak lebih kreatif.

10

Kanak-kanak lebih berfikiran terbuka.

3.5.3

Pengukuran

Bahagian A aspek demografi iaitu berkaitan dengan latar belakang responden.
Bagi aspek pengukuran dalam bahagian B, C dan D ini menggunakan skala likert
yang diwakili oleh skala sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), agak setuju (3),
setuju (4) dan sangat setuju (5). Item yang ditanya adalah seperti berikut:
Jadual 3: Skala Pengukuran Kajian
Skala Likert

Tahap

Singkatan

Sangat Tidak Setuju

1

STS

Tidak Setuju

2

TS

Agak Setuju

3

AS

Setuju

4

S

Sangat Setuju

5

SS

3.6 Prosedur Kajian
Semasa menjalankan kajian, pengkaji telah mengambil beberapa langkah untuk
menjalankan penyelidikan ini. Langkah yang pertama ialah mengenal pasti lokasi, di
mana dalam kajian ini pengkaji telah memilih tempat di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah
seterusnya, pengkaji mengenal pasti atau target dalam kajian untuk menjawab borang
22

soal selidik, iaitu responden kajian. Pengkaji telah memilih 30 orang guru Tadika yang
bakal bergelar guru dan sedang mengajar di tadika. Langkah yang terakhir ialah kami
menganalisis dan membuat rumusan daripada hasil dapatan yang kami peroleh daripada
borang soal selidik. Data daripada soal selidik dan skor ujian disimpan dalam komputer
menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kami
mengambil masa seminggu untuk mengambil, mengumpul dan menganalisis data.

a) Sebelum memulakan kajian
Pengkaji telah membuat draf-draf soalan untuk borang soal selidik yang perlu dijawab
oleh responden. Draf soalan yang dibuat adalah untuk memilih soalan-soalan yang lebih
berkait dengan kajian kes pengkaji. Borang soal selidik kami terbahagi kepada 4
bahagian di mana bahagian A merupakan aspek demografi dan bahagian B, C dan D
merupakan

soalan-soalan

yang

berkaitan

dengan

kajian

kes.

Pengkaji

juga

membincangkan tentang responden yang kami target untuk memjawab borang soal
selidik.

b) Semasa kajian
Semasa proses kajian ini, pengkaji memulakan dengan pengedaran borang soal selidik
kepada 30 orang responden, iaitu guru-guru tadika. Selepas itu, pengkaji mengumpul
semula borang tersebut setelah mereka selesai menjawab.

c) Selepas menjalankan kajian
Selepas kajian selesai dijalankan, pengkaji menilai dapatan kajian yang telah
dikumpulkan sebelum ini. Pengkaji mula mengumpul data dengan mengasingkan borang
mengikut jantina. Selepas itu, pengkaji mengambil dan memasukkan data dalam perisian
SPSS untuk mengeluarkan keputusan-keputusan data. Selepas keputusan data keluar,
pengkaji merekodkan dan membuat laporan untuk menilai kajian kes kami ini.

3.7 Tata Cara Penganalisisan Data
Semua data yang dikumpul, dikodkan dan seterusnya dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 20. Sebelum analisis dijalankan, data disaring terlebih dahulu dan
23

penyaringan data dijalankan untuk melihat ciri-ciri sebenar yang wujud sebelum
analisis dapat dijalankan. Selain itu, penyaringan dijalankan bagi mengenal pasti
wujudnya missing value yang akan timbul apabila responden gagal dalam menjawab
soal selidik yang diberikan dan ia akan menjejaskan analisis data. Bagi menganalisis
data, ia melibatkan dua peringkat iaitu analisis semasa pengumpulan data dan selepas
pengumpulan data.

3.8 Kerangka Kajian

Metodologi
Kajian

Borang soal selidik

Pemerhatian

Kesan tidak menggunakan
Teknik Hafalan

Latar belakang
responden

Ciri-ciri Teknik Hafalan
Hubungan minat kanakkanak dengan pengajaran
teknik hafalan

24

3.9 Rumusan
Huraian langkah-langkah yang digunakan di dalam bab metodologi kajian ini diharap
dapat membantu para pembaca untuk memahami bagaimana penyelenggaraan kajian
ini dibuat. Setiap bahagian atau sub-topik yang dibincangkan adalah merupakan atau
mewakili langkah-langkah kajian yang utama di dalam penyelidikan ini. seterusnya,
bab 4 akan membincangkan dapatan kajian yang telah pengkaji perolehi.

25