MIGRASI DAKWAH DAN IMPAKNYA TERHADAP PER

MIGRASI DAKWAH DAN IMPAKNYA
TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DI
SABAH DARI SUDUT DEMOGRAFI
DAN POLITIK
1

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
2
Ibnor Azli Ibrahim
3
Azizah Kassim
1
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
2
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
3
Institut Kajian Malaysia dan Antrabangsa,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
mnhidayath_h@yahoo.com, iabi@gmail.com, azizah_bte_kassim@hotmail.com
ABSTRAK

Kajian lepas yang membahaskan tentang dimensi migrasi yang berlaku di Sabah telah
mengetengahkan dua bentuk dimensi iaitu dimensi pelarian warga Selatan Filipina dan
dimensi ekonomi daripada warga Indonesia, Pakistan, Filipina dan lain-lain lagi. Dua
dimensi ini dilihat dominan kerana gelombang kedatangan mereka yang ramai.
Bagaimanapun, dimensi migrasi bukan hanya terhad kepada dua bentuk tersebut sahaja.
Migrasi dakwah turut berlaku kerana ia terbukti telah memberi impak kepada demografi
Sabah daripada minoriti Islam kepada majoriti Islam sehingga Islam menjadi agama rasmi
negeri. Kajian ini akan menganalisis fakta migrasi dakwah yang berlaku serta impaknya
terhadap perkembangan demografi dan politik Islam di Sabah. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis
secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil kajian mendapati migrasi dakwah telah
benar-benar berlaku di Sabah iaitu melalui migrasi agamawan sama ada dari dalam mahupun
luar, migrasi besar-besaran migran Muslim pelarian dan ekonomi yang menyumbang kepada
pertambahan populasi Muslim serta migrasi dalaman melalui pemindahan orang-orang Islam
ke tempat-tempat tertentu bagi membentuk penempatan Islam. Kajian ini berharap dapat
mengetengahkan satu lagi bentuk dimensi migrasi yang turut berlaku iaitu migrasi dakwah
yang telah menjadi salah satu pemangkin kepada perkembangan Islam di Sabah.
Kata Kunci: Migrasi, Dakwah, Perkembangan Islam, Demografi, Politik, Sabah

PENGENALAN

Sabah merupakan salah sebuah negeri di dalam Malaysia. Sebelum dan di awal
kemerdekaan, Islam merupakan agama minoriti dianuti masyarakat Sabah. Pada
tahun 1960-an penganut Islam hanyalah sepertiga daripada keseluruhan penduduk

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

1002

yang berjumlah 462,496. Majoriti masyarakat ketika itu adalah beragama Kristian
dan tidak kurang juga tidak beragama sebaliknya mengamalkan kepercayaan
animisme. Bagaimanapun, pada tahun 1970-an, landskap beragama di Sabah telah
mengalami perubahan mendadak. Islam telah menjadi agama majoriti sehingga
mencapai 52% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Dengan pencapaian tersebut,
ia menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri pada 23 September 1973. Dengan
pencapaian tersebut, ia telah membuka jalan untuk memperkembangkan Islam
dengan lebih rancak. Sudah tentu terdapat usaha-usaha telah dijalankan oleh
pemimpin-pemimpin tempatan bagi mencapai kejayaan tersebut. Walaupun migrasi
bukanlah merupakan langkah yang utama, namun sedikit sebanyak ia telah
memberikan sumbangan kepada perkembangan Islam di Sabah. Oleh itu kertas kerja
ini cuba mengetengahkan gerakan migrasi dakwah yang berlaku yang telah

memberikan impak terhadap perkembangan Islam di Sabah.
SABAH SEKILAS PANDANG
Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang terdiri daripada 13 buah
negeri dan 3 buah wilayah. Sabah terletak di utara Pulau Borneo iaitu pulau ketiga
terbesar di dunia. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas
Sarawak dengan keluasan 72, 500 km persegi dengan pantai sepanjang 14, 400 km
serta berkedudukan pada 4 -80 latitude dan 115- 120 longitude. Sabah bersempadan
dengan wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak serta
Labuan di sebelah barat-daya. Pada zaman penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU), negeri Sabah dikenali sebagai North Borneo (Borneo Utara). Nama
Sabah mulai diguna pakai semula ketika proses kemerdekaan melalui pembentukan
Malaysia pada tahun 1963. Selain itu, Sabah turut mendapat julukan sebagai “Negeri
di Bawah Bayu” kerana kedudukannya yang strategik di bawah laluan angin
monsun. (Wendy 2001)
Penduduk Sabah adalah terdiri daripada 33 kumpulan peribumi yang
berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Ini adalah kesan daripada
proses migrasi ekoran geografi Sabah yang dekat dengan negara-negara seperti
Filipina, Indonesia. Malah tidak kurang juga proses migrasi dari negara-negara yang
lebih jauh seperti China, India, Pakistan dan lain-lain lagi. Migrasi awal berlaku di
Sabah bukan sahaja disebabkan kedudukan geografi yang dekat, malah hubungan

keluarga dan potensi Sabah dalam pembangunan dan ekonomi. Masyarakat
Kadazan-Dusun merupakan etnik terbesar dan dianggap sebagai penduduk asal
Sabah. Hal ini kerana sukar untuk mendatangkan bukti kewujudan etnik-etnik lain
berbanding etnik Dusun dan sub-etniknya yang berasal dari Tanah Besar Asia.
Masyarakat Kadazan-Dusun mewakili satu pertiga dari jumlah keseluruhan
penduduk Sabah. Antara kumpulan etnik peribumi utama yang lain adalah Bajau dan
Murut. Bajau dan Murut merupakan etnik kedua dan ketiga yang terbesar di Sabah.
Kumpulan penduduk peribumi yang lain termasuk Sungai, Bisaya, Melayu Brunei,
Bugis, Iranun, Kimarang, Kwijau, Ubian, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk,

1003

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

Minokok, Bonggi, Idahan, Kagayan dan banyak lagi. Kumpulan etnik ini
diklasifikasikan sebagai Bumiputera Sabah.(Siti Aidah 2007: 4-6)
Sebahagian lagi penduduk lain diklasifikasikan sebagai Bukan Bumiputera
Sabah seperti kaum Cina dan India. Kaum Cina merupakan kumpulan Bukan
Bumiputera terbesar di Sabah. Mereka merupakan kaum terbesar selepas kaum

Kadazan-Dusun. Perbezaan di antara suku kaum di Sabah adalah sangat ketara
terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat, budaya, pegangan hidup dan
termasuklah pakaian tradisi mereka. Sungguhpun begitu, penduduk Sabah tetap
saling hormat-menghormati, bersatu dan hidup harmoni. Malah Sabah telah
dinobatkan sebagai antara contoh terbaik gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Razak. (Sinar Harian 2014)
Sebelum kemasukan pengaruh agama, peribumi Sabah tidak menganut
sebarang agama sebaliknya mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka
mempercayai akan semangat, roh, hantu dan iblis. Malah setelah kemasukan agama
Kristian dan Islam, kepercayaan animisme ini juga tidak terpinggir dalam sesetengah
masyarakat kerana ia telah sebati sebagai adat mereka. Sungguhpun kemasukan
Kristian ke Sabah pada tahun 1859 (Regina 2008: 113) adalah lewat berbanding
agama Islam pada tahun 1300 (Mat Zin 2003: 28), namun apabila Syarikat Borneo
Borneo Utara menjajah Sabah pada tahun 1881 telah menyumbang kepada proses
dakwah dan perkembangan agama Kristian ke seluruh daerah terutamanya kawasan
pedalaman. Ini menjadikan Islam pada ketika itu sebagai agama minoriti. Menurut
bancian Syarikat British Borneo Utara pada tahun 1960, umat Islam merupakan
sepertiga daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk Sabah yang berjumlah
462,496. Ini juga dapat dijelaskan dalam bentuk peratus iaitu populasi Islam 37.9%
manakala Kristian 16.6% dan lain-lain 45.5%. (British North Borneo 1961).

Bagaimanapun, bermula pada tahun 1970-an angkat tersebut mulai berubah. Islam
mulai menjadi agama majoriti dan kekal sehingga kini. Pada tahun 2010, dari
keseluruhan penduduk Sabah seramai 3206742 orang, Islam adalah 2096153,
Kristian 853726, Buddha 194428, Hindu 3037, dan lain-lain 5,959. (Banci Penduduk
& Perumahan Malaysia 2010)
MIGRASI MANUSIA DI SABAH: SATU TINJAUAN
Migrasi manusia bukanlah satu perkara yang baharu. Ia merupakan satu fenomena
yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia baik negara maju, negara membangun
dan negara mundur. Sabah yang merupakan salah satu daripada negeri dalam
Malaysia tidak terpinggir daripada fenomena migrasi manusia. Hakikatnya migrasi
manusia telah pun berlaku di Sabah sejak zaman dahulu lagi. Migran-migran dari
negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia, China, Pakistan, India dan lain-lain
telah berhijrah ke Sabah dengan pelbagai sebab. Kesannya migrasi telah membentuk
kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah seperti yang ada kini.
Migrasi yang berlaku pada ketika itu tidak pernah menjadi isu baik di negara
asal mahupun negara di tuju. Bagaimanapun, migrasi mulai menjadi perhatian sejak
kedatangan penjajah barat yang memperkenalkan sistem sempadan negara.

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building


1004

Pembentukan sempadan telah menyebabkan rumpun Melayu mulai terpisah dan
dikenali dengan kewarganegaraan masing-masing. Sungguhpun mempunyai
persamaan dari segi bahasa, budaya, agama dan sebagainya, namun pembentukan
sempadan telah menjadikan hubungan saudara yang telah lama terjalin mulai
terpisah. Sikap nasionalisme yang dipupuk menjadikan mereka berbeza dan
wujudlah sikap melebihkan identiti sendiri melalui kewarganegaraan masingmasing. Maka secara tidak langsung, sikap bangga pada kewarganegaraan masingmasing menyebabkan wujudnya sentimen negatif terhadap warga asing.
Persempadanan ini terus diguna pakai walaupun setelah Sabah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1963 melalui pembentukan Malaysia. Hasilnya, isu migrasi
tidak pernah lekang menjadi perdebatan baik di peringkat negeri dan nasional.
Migrasi di Sabah juga menarik ramai pengkaji untuk melakukan kajian dalam
pelbagai aspek, disiplin dan bidang. Kesan migrasi merupakan aspek yang sering
menjadi tumpuan dan kajian para pengkaji. Kajian-kajian lepas mengetengahkan dua
bentuk dimensi migrasi yang berlaku di Sabah selepas kemerdekaan iaitu migrasi
pelarian dan migrasi ekonomi. Ini ekoran migrasi tersebut berlaku dalam jumlah
yang besar. Bagaimanapun kurang perbahasan mengenai migrasi dari sisi pandang
Islam.
Migrasi dakwah yang berlaku di Sabah boleh dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman. Migrasi antarabangsa

melibatkan kedatangan golongan agamawan yang khusus untuk berdakwah dan
migran pelarian serta ekonomi. Mereka ini adalah terdiri daripada rakyat Filipina
dan Indonesia. Adapun migrasi dalaman juga melibatkan kedatangan golongan
agamawan dari semenanjung Malaysia dan perpindahan orang-orang Islam Sabah itu
sendiri untuk membentuk perkampungan-perkampungan Islam di sekitar Sabah.
MIGRASI DAKWAH ANTARABANGSA
Dalam membahaskan berkenaan migran-migran pendakwah yang terlibat dengan
perkembangan Islam di Sabah adalah agak luas. Ini kerana kedatangan mereka dari
pelbagai negara dan dalam jumlah yang ramai. Oleh itu, kertas kerja ini hanya akan
mengetengahkan sebahagian sahaja daripada mereka. Mereka yang diketengahkan
juga adalah mereka yang melalui dua buah saluran rasmi sahaja iaitu Majlis Ugama
Islam Sabah (MUIS) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Ketika zaman Tun Datu Mustapha menyandang jawatan Ketua Menteri
Sabah (1967-1975), beliau juga merupakan Yang Dipertua bagi sebuah pertubuhan
Islam iaitu USIA. USIA merupakan pertubuhan Islam yang terawal ditubuhkan di
Sabah. Beliau yang menyedari akan kekurangan pendakwah di Sabah telah
menjemput beberapa kumpulan pendakwah luar untuk berkhidmat di Sabah. Tun
Mustapha telah mendapatkan khidmat pendakwah daripada pelbagai negeri dan
negara seperti semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan Arab Saudi.
Bagaimanapun, pendakwah Indonesia merupakan kumpulan yang mendominasi.


1005

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

Kumpulan pendakwah Indonesia terawal yang dipanggil oleh Tun Mustapha
adalah pada tahun 1974. Sebelum itu iaitu pada tahun 1972, Tun Mustapha telah
memohon pertolongan daripada Hamka yang merupakan Ketua Majlis Ulama
Indonesia (MUI) agar dapat menghantar guru-guru agama untuk mengajar dan
menyebarkan Islam di Sabah ekoran kekurangan guru dan pendakwah tempatan. Tun
Datu Mustapha telah mensyaratkan agar mereka yang dipilih hendaklah bermazhab
Shafie. Untuk tujuan tersebut, pihak MUIS telah menjalankan sesi temu duga dan
seramai 40 orang calon telah dipanggil. Bagaimanapun hanya 18 orang sahaja yang
telah lulus dan diterima untuk berkhidmat di Sabah. (Nurasnie 2014: 120-123)
Pada tahun 1974, seramai 18 orang guru agama telah berhijrah dan
ditempatkan di seluruh Sabah. Mereka adalah Ustaz Aliyudin Kamidi, Ustaz Haji
Abd Khalik Masidin, Ustaz Dr.Adnan Idris, Dr Munir Siregar, Ustaz Muhd Nawawi
Muhammad, Ustaz Mansuruddin Batubara, Ustaz Mutalib Endra, Ustaz Yakub
Lubis, Ustaz Moktar Zainudin, Ustaz Ahmad Darbi Lubis, Ustaz Syafie Raja Duyut,

Ustaz Iyen Yatim, Ustaz Jalidar Abdul Rahim, Ustaz Ghazali Sulaiman, Ustaz
Ahmad Zaini, Ustaz Yahya Arshad, Ustaz Syarian Syah dan Ustaz Haji Muchlish
Ali Kasim (Muchlish 2016). Walaupun pada hakikinya mereka dilantik sebagai guru
agama, namun peranan mereka diperluaskan dengan menjadi pendakwah dan
pentadbir agama. Antara yang pernah terlibat sebagai pentadbir agama adalah Ustaz
Aliyuddin Kamidi yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Dakwah MUIS dan
Ustaz Jalidar sebagai Penyelia Dakwah. Mereka sering terlibat dengan aktiviti
agama seperti majlis, perayaan dan sambutan hari kebesaran Islam; majlis
pengislaman, Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, Nuzul Quran, Musabaqah,
Muzakarah, Tilawah dan Hafazan al-Qur’an dan banyak lagi. Mereka juga menulis
artikel-artikel yang merangkumi pelbagai skop perbahasan agama seperti ibadah,
politik, sosial untuk edaran dan bacaan percuma masyarakat melalui majalah Sawt
al-Islam (Suara Islam) terbitan MUIS. Mereka juga bergilir-gilir menyampaikan
kuliah maghrib di Masjid Negeri Sabah. (Sawt al-Islam 1999: 7)
Selanjutnya jemputan agamawan seperti yang dilakukan oleh Tun Datu
Mustapha telah diteruskan di era pemerintahan Datuk Harris Mohd Salleh yang
menjadi Ketua Menteri pada tahun 1976 sehingga 1985. Kerajaan Sabah yang
diwakili oleh Mufti Sabah Haji Said Ibrahim dan Pegawai Sebaran Am MUIS Haji
Johari Alias telah datang ke Jakarta dan bertemu dengan bekas Perdana Menteri
Indonesia Dr. Muhammad Natsir yang merupakan pengarah Rabitah Alam Islami

Cawangan Indonesia. Rabitah Alam Islami merupakan satu pertubuhan Islam bukan
kerajaan bertaraf antarabangsa. Ia berpusat di Arab Saudi dan berfungsi untuk
membantu perkembangan Islam di seluruh dunia sama ada dari sudut dana dan
material seperti al-Quran, pakaian, buku dan lain-lain lagi. Dalam pertemuan
tersebut, pihak Rabitah bersetuju untuk menghantar 10 orang guru agama ke Sabah.
Bagaimanapun, atas kekangan tertentu hanya tujuh orang sahaja yang dapat dihantar
untuk berkhidmat ke Sabah. Ketujuh-tujuh mereka adalah berbangsa Jawa yang
berasal daripada Jawa Tengah dan Jawa Timur. Maka pada tahun 1980 mereka yang
berhijrah ke Sabah adalah Ustaz Hamdani, Ustaz Haji Mohd Mursal Mukhtar, Ustaz
Sofwan, Ustaz Burhanuddin Sham, Ustaz Abdul Mukti Saubari, Ustaz Abdul Salam
Rahidi dan Ustaz Yazid Abas (Mursal 2016). Pada awalnya mereka telah dilantik

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

1006

sebagai pendakwah MUIS. Bagaimanapun mereka juga pernah bertugas sebagai
guru hampir di seluruh institusi pendidikan agama seperti Sekolah Agama Islam
Sabah (SUIS), Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan
Pusat Latihan Dakwah. Sepanjang berada di Sabah, segala pembiayaan dan gaji
mereka dibayar oleh pertubuhan Rabitah al-Islami di Mekah. Oleh sebab itu juga,
segala laporan gerak kerja mereka dihantar terus ke Mekah (Nurasnie 2014: 125129).
Selain itu, terdapat juga pendakwah Filipina yang dihantar oleh pihak
Rabitah untuk berkhidmat di Sabah iaitu Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman. Ustaz
Abu Hurairah pada awalnya telah pun berada di Sabah pada tahun tahun 1974
sebagai penyampai radio bagi slot agama berbahasa Tagalog di RTM Sabah. Namun
pada tahun 1983, Tun Datu Mustapha telah meminta bantuan pihak Rabitah untuk
menghantar lagi pendakwah untuk berkhidmat dengan USIA. Dengan itu Ustaz Abu
Huraira telah diserap dan dilantik sebagai Pengarah Dakwah USIA (Emin 2009:
164). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang perbandingan agama telah
mengislamkan ramai orang baik orang tempatan Sabah dan luar negara. Kini Ustaz
Abu Huraira telah kembali ke Filipina dan bertugas sebagai mufti.
Setelah 40 tahun berlalu, mereka bukan sahaja telah bersara malah
sebahagian mereka telah kembali ke rahmatullah. Namun sehingga kini dapat dilihat
mereka yang masih hidup masih lagi aktif dalam hal ehwal dakwah. Mereka kerap
dijemput sebagai penceramah agama dan motivasi di masjid-masjid, surau-surau dan
pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Umpamanya Ustaz Muchlish, Ustaz Mursal dan
Ustaz Iyen Atim memberikan kuliah mingguan di Masjid Negeri Sabah dan Masjid
Bandar raya Kota Kinabalu Sabah (Mohd Iyen 2016). Ustaz Jalidar pula sebagai
hakim, penasihat dan juteknik bagi program-program agama seperti tilawah,
hafazan dan nasyid. Begitu juga antara mereka memegang jawatan tertentu dalam
persatuan agama seperti Ustaz Muchlish sendiri yang menjadi Presiden Persatuan
Ulama Malaysia Sabah dan Perubatan Darussyifa’ Sabah. (Muchlish 2016)
Selanjutnya pada tahun 1971 sehingga 1985 telah berlaku migrasi pelarian
Filipina ke Sabah. Presiden Filipina pada ketika itu iaitu Marcos telah
mengisytiharkan undang-undang darurat yang mengundang pemberontakan di antara
warga selatan Filipina dengan pihak tentera. Pemberontakan tersebut bukan sahaja
menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan tempat tinggal, malah kematian.
Akibatnya ribuan rakyat selatan Filipina melarikan diri ke Sabah. Direkodkan
jumlah pelarian Filipina yang memasuki Sabah dalam tempoh tersebut adalah 73,000
orang (Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah 2014). Malah
jumlah tersebut dipercayai lebih daripada itu. Dalam tempoh yang sama, migrasi
ekonomi Indonesia turut berlaku. Walaupun kemasukan kedua-dua kumpulan
migran tersebut ke Sabah disebabkan krisis politik dan keperluan ekonomi bukannya
kerana dakwah, namun secara tidak langsung ia telah memberikan tempias kepada
perkembangan Islam di Sabah (Abdullah 1976:100).

1007

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

MIGRASI DALAMAN
Hakikatnya terdapat ribuan orang Islam dari serata Malaysia sama ada Sarawak dan
semenanjung Malaysia yang berhijrah ke Sabah sebelum kemerdekaan sehinggalah
selepas kemerdekaan. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan guruguru dan perkhidmatan awam (Yahaya 1986: 65). Oleh itu dalam bahagian ini juga,
akan diketengahkan sebahagian sahaja mereka. Antaranya adalah mufti-mufti Sabah
yang majoritinya adalah dari semenanjung Malaysia. Mereka Datuk Haji
Muhammad Haji Ahmad, Datuk Haji Said Haji Ibrahim, Datuk Haji Ahmad Idris,
Datuk Haji Ismail Abas dan Datuk Haji Alawi Haji Adnan. Sudah tentu mereka ini
bukan sahaja bertugas sebagai mufti, malah telah berkhidmat sebagai guru, pegawai
agama pendakwah, penulis dan banyak lagi.
Datuk Haji Said Haji Ibrahim umpamanya berasal daripada Kelantan mula
berhijrah ke Sabah pada tahun 1971 dan bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi
USIA. Selanjutnya selama dua penggal iaitu pada tahun 1975-1978 dan 1985-1989
beliau telah dilantik sebagai mufti Sabah (Azman et al 2008: 71-75). Selain
mengeluarkan pelbagai fatwa dalam isu dan permasalahan yang timbul di Sabah,
beliau juga telah menulis banyak buku dan membentangkan kertas kerja.
Migrasi dalaman yang berlaku dalam Sabah itu sendiri juga telah
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Beberapa
perkampungan Islam telah dibentuk apabila kelompok keluarga Dusun Islam yang
baru menganut Islam telah dipindahkan ke tempat-tempat tertentu seperti di Kota
Belud, Tambunan, Ranau dan tempat-tempat lain. Umpamanya di Ranau, beberapa
perkampungan Islam telah dibentuk seperti Kg. Lohan pada tahun 1960-an.
Beberapa mualaf dari kampung-kampung seperti Kg. Ratau, Randagong, Mompoit,
Sosondoton, Maukab, Torolobou telah berhijrah ke Kg. Lohan. Direkodkan
perpindahan tersebut telah melibatkan seramai 230 buah keluarga. Pada tahun 1966,
angka keluarga Islam meningkat kepada 348 buah dan seterusnya 2000 buah
keluarga pada tahun 1998. (Saifuddin 1998: 7 & Suraya 2003: 89)
Selain itu, Kg. Ratau telah diiktiraf sebagai kampung pusat perkembangan
Islam bagi seluruh daerah Ranau dan Tambunan pada tahun 1940an sehingga
1950an. Selanjutnya perkampungan Islam terus berkembang apabila ramai orang
Islam telah berhijrah ke kampung-kampung lain. Kini kampung-kampung yang telah
menjadi penempatan Islam atas penghijrahan mualaf adalah seperti Kg. Sosondoton,
Tagudon Lama, Karanaan, Kamburongoh, Tudan, Torolobou dan Himbaan di daerah
Ranau. Di daerah Tambunan, perkampungan Islam yang dibentuk adalah seperti
Kumawanan, Garas, Libang, Tungou, Madsangoh dan beberapa kampung lain.
(Suraya 2003: 89-90)
IMPAK MIGRASI DAKWAH TERHADAP DEMOGRAFI ISLAM SABAH
Bancian penduduk terawal Sabah telah pun dibuat ketika di bawah pemerintahan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1881 sehingga 1942. Bagaimanapun
ketika Perang Dunia Kedua meletus, rekod-rekod bancian tersebut telah hilang

1008

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

sewaktu penjajahan Jepun. Selepas Jepun mengundur diri, Sabah diletakkan di
bawah bawah pentadbiran kerajaan Borneo Utara British bermula pada tahun 1946.
Bancian penduduk yang dilakukan di bawah BUB adalah pada tahun 1951 dan 1960.
Manakala bancian penduduk terawal selepas kemerdekaan Sabah adalah bermula
pada tahun 1970. Bancian penduduk dilakukan sekali dalam tempoh sepuluh tahun.
Sehingga kini telah lima kali bancian penduduk telah di lakukan iaitu pada tahun
1970, 1980, 1990, 2000 dan 2010. Bagi negeri Sabah, bancian populasi berdasarkan
agama adalah seperti jadual di bawah.
Jadual 1 : Populasi Penduduk Sabah berdasarkan agama dari
tahun 1951 sehingga 2010
Agama/Tahun
Islam
Kristian

1951
115126
(45%)
29092
(11%)

1960
154165
(33%)
46155
(10%)

1970
260945
(40%)
157422
(24%)
63313
(10%)

33513
(13%)
135425
(53%)

262176
(56%)

94495
(15%)
75131
(12%)

1980
487627
(51%)
258606
(27%)
78868
(8%)
2896
(0.3%)
65078
(7%)
57481
(6%)

257804
(100%)

462496
(100%)

651304
(100%)

950556
(100%)

Buddha
Hindu
Lain-lain
Tidak
Beragama
Tidak
diketahui
Jumlah

1990
1062214
(61%)
470371
(27%)
126206
(7%)
3231
(0.2%)
25970
(2%)
40726
(2%)
1380
(0.08%)
1730098
(100%)

2000
1564839
(63%)
691096
(28%)
160433
(7%)
2468
(0.1%)
17277
(0.7%)
32087
(1.3%)

2468200
(100%)

2010
2096153
(65%)
853726
(27%)
194428
(6%)
3037
(0.1%)
5959
(0.2%)
9850
(0.3%)
43586
(1.3%)
3206742
(100%)

Sumber: Bancian 1951 & 1960 North Borneo Census. Manakala 1970 sehingga
2010 Jabatan Perangkaan Malaysia
Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas, dari tahun 1951 sehingga tahun 2010 berlaku
peningkatan penganut bagi agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Dengan
peningkatan tersebut, ia telah menjadikan golongan tidak beragama semakin
berkurangan. Apabila dibandingkan, Islam pada awalnya merupakan agama minoriti
pada tahun 1951 dan 1960. Bagaimanapun, pada tahun 1970 angka tersebut
meningkat secara mendadak. Secara langsung, peningkatan tersebut telah
menjadikan Islam sebagai agama majoriti dianuti oleh penduduk Sabah. Angka
peningkatan tersebut selari seperti kenyataan Allahyarham Tun Datu Mustapha
bahawa hampir 100,000 orang telah menganut Islam sehingga tahun 1975 (Abdullah
1976: 168).
Pada tahun 1960, penempatan orang-orang Islam majoritinya adalah di
bahagian pesisir pantai seperti Beaufort, Kota Kinabalu, Kudat, Lahad Datu,
Sandakan, Semporna dan Tawau. Manakala kurangnya orang-orang Islam di
bahagian pedalaman dan tidak wujud satu petempatan jelas dikenali sebagai

1009

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

penempatan atau perkampungan Muslim. Bagaimanapun, kegiatan dakwah dan
petempatan yang dilakukan USIA telah membentuk perkampungan-perkampungan
tertentu menjadi perkampungan Islam. Golongan-golongan mualaf telah
dipindahkan dan hasilnya menjadikan kampung-kampung pedalaman yang terdapat
di Ranau, Tambunan dan Keningau menjadi kawasan petempatan orang Islam yang
ramai (Lee Yong Leng 1965: 59-61). Perkampungan Islam tersebut adalah seperti
Kg. Lohan di Ranau dan Kg. Kumawanan di Tambunan (Suraya 2005: 89-90).
Di samping pertambahan penganut Islam dari kalangan orang tempatan,
peningkatan angka ini juga tidak dapat dinafikan merupakan kesan daripada
kedatangan golongan migran Muslim pelarian dan ekonomi daripada Filipina dan
Indonesia. Sejak berlakunya krisis politik di selatan Filipina pada tahun 1970an,
ramai warga Filipina telah melarikan diri ke Sabah. Bancian terawal yang dibuat
pada tahun 1970 merekodkan bahawa orang Filipina secara rasminya hanya
berjumlah 20,367 orang atau hanya 35% dari jumlah populasi keseluruhan.
Bagaimanapun, pada tahun 1978, angka tersebut bertambah kepada 92,000,
walaupun secara tidak rasminya melebihi angka tersebut dan dianggarkan 140,000
iaitu menyamai 15% dari jumlah keseluruhan populasi Sabah. Pada tahun 1989,
populasi orang Filipina meningkat kepada 350,000 bersamaan 26.9% dari jumlah
keseluruhan 1.3 juta orang. Pada tempoh tersebut juga kedatangan migran ekonomi
daripada Indonesia juga adalah pesat. Ia merupakan era di mana pembangunan
Sabah berlansung secara pesat dan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja
Indonesia (Regina 2008: 114)
Disimpulkan bahawa peningkatan populasi Islam di Sabah sehingga menjadi
majoriti di awal tahun 1970an dan 1980an adalah disebabkan berlakunya proses
pengislaman besaran-besaran yang dilakukan oleh pemimpin tempatan dan bantuan
migran agamawan, dan migrasi besar-besaran rakyat Filipina dan Indonesia Muslim
ke Sabah. Setelah 54 tahun Sabah merdeka, populasi Islam terus berkembang dan
kekal menjadi agama majoriti yang dianuti.
IMPAK MIGRASI DAKWAH TERHADAP POLITIK ISLAM SABAH
Walaupun telah wujud persatuan yang berorientasikan Islam pada tahun 1930-an di
Sabah, namun mereka hanya menumpukan kepada gerakan dakwah dan bantuan
kepada orang-orang Islam sahaja. Mereka tidak dapat mencampuri secara langsung
dasar dan pemerintahan negeri. Pertubuhan politik peribumi Sabah secara formalnya
bermula pada tahun 1960-an sejurus Tunku Abdul Rahman mengumumkan
berkenaan pembentukan Malaysia. Parti-parti yang ditubuhkan adalah beridentitikan
kaum dan agama seperti United National Kadazan Organization (UNKO) yang
beridentitikan kaum Kadazan dan beragama Kristian, United Sabah National
Organization (USNO) yang beridentitikan kaum pelbagai dan beragama Islam dan
Pasok Momogun (PM) yang juga beridentitikan Kadazan pedalaman. PM
ditubuhkan kerana menganggap parti UNKO lebih mengutamakan Kadazan di
bahagian Barat Sabah sahaja (Chamil 1992: 4). Oleh itu, USNO merupakan parti

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

1010

peribumi Islam yang jelas ditubuhkan ke arah kepimpinan secara langusung terhadap
Sabah.
Ketika Sabah merdeka pada tahun 1963, daripada 11 jawatan kabinet, tujuh
jawatan disandang oleh rakyat tempatan dan dua daripadanya sahaja yang disandang
oleh orang Islam iaitu Datuk Harris Salleh dan Tan Sri Mohd Said Keruak.
Sungguhpun Ketua Negeri Sabah yang dikenali sebagai Tuan Yang Dipertua (TYT)
adalah orang Islam iaitu Tun Datu Mustapha, namun beliau tidak mempunyai kuasa
untuk menentukan perjalanan politik Sabah. Jawatan Ketua Menteri yang
mempunyai kuasa secara langsung untuk mentadbir perjalanan politik telah di
sandang oleh Tun Fuad Stephen yang beragama Kristian.
Ketika pilihan raya 1967 berlangsung, parti USNO yang dominan
merupakan parti peribumi Islam telah berjaya membentuk kerajaan. Dengan
kemenangan tersebut, ia telah membuka peluang untuk politik Islam terus
melangkah. Pada ketika ini juga kepimpinan USNO sedar bahawa kemenangan parti
ini tidak akan berterusan sekiranya tiada usaha untuk mendapatkan penyokong yang
ramai ekoran Islam bukanlah agama yang majoriti dianuti penduduk Sabah. Oleh itu,
usaha untuk menambah jumlah penganut Islam perlu dilakukan. Bagi mencapai
objektif tersebut, sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan telah ditubuhkan oleh
kepimpinan USNO. Pertubuhan tersebut adalah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
(USIA) yang ditubuhkan pada tahun 1969. USIA yang ditunjangi oleh pemimpinpemimpin USNO dan bantuan dari golongan migran agamawan luar dan dalam,
proses pendakwahan dan pengislaman telah dilakukan dengan pesat sekali sehingga
berjaya menjadikan Islam sebagai agama majoriti. Sudah tentu sumbangan terbesar
kumpulan pendakwah ini adalah apabila seramai 84075 orang telah diislamkan oleh
USIA antara tahun 1970 sehingga 1976 (Utusan Malaysia 2006). Malah merupakan
satu kejayaan juga apabila usaha mereka dapat menambat hati tokoh-tokoh politik
bukan Islam seperti Tun Fuad Stephen dan Datuk Ghani Gilong untuk menerima
Islam pada tahun 1971. Dengan penerimaan mereka kepada Islam telah
memperkasakan lagi politik Islam Sabah kerana mereka merupakan tokoh yang
mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan bangsa peribumi terbesar Sabah iaitu
Kadazandusun. (Emin 2009: 5 & 64)
Dengan pencapaian tersebut, USNO sekali lagi telah berjaya mengekalkan
tampuk pemerintahan apabila berjaya memenangi pilihan raya pada tahun yang sama
iaitu 1971. Pada tahun tersebut juga kerajaan telah menubuhkan Majlis Agama Islam
Sabah (MUIS). Dengan adanya badan agama kerajaan ini, secara langsung ia
mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan
orang-orang Islam sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, dakwah dan
sebagainya. Malah kekuatan Islam terserlah dan semakin kukuh apabila berjaya
menjadikan agama rasmi bagi negeri Sabah pada tahun 1973. Dengan demikian,
pemimpin-pemimpin Islam dapat memperjuangkan kepentingan Islam dengan lebih
mudah sekali gus dapat menjaga kelangsungan politik Islam.
USNO merupakan satu-satunya parti politik peribumi Islam yang wujud
sejak 1960 sehinggalah kemunculan parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
pada tahun 1985. Apabila parti BERJAYA memegang tampuk pemerintahan Sabah
pada tahun 1985, kelangsungan parti Islam turut diperkasakan. Sekiranya pada

1011

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

zaman USNO sering dikaitkan dengan USIA sebagai main power perkembangan
Islam, namun ketika BERJAYA memerintah, MUIS telah dipertanggungjawabkan
bagi menggerakan dakwah dan syiar Islam di Sabah. Seperti mana yang dilakukan
oleh Tun Datu Mustapha, Datuk Harris Salleh juga turut meminta bantuan daripada
agamawan migran bagi usaha dakwah di Sabah baik sebagai guru, penjawat kerajaan
dan pendakwah. (Nurasnie 2012: 64)
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kemasukan pelarian Filipina telah
bermula sejak pemerintahan USNO dan berlanjutan sehingga ke pemerintahan
BERJAYA. Rata-rata pelarian Filipina adalah daripada suku kaum Bajau, Visaya
dan Suluk yang beragama Islam. Malah kerajaan telah menetapkan bahawa pelarian
Filipina yang dibenarkan untuk menerima perlindungan hendaklah beragama Islam.
Begitu juga kemasukan migran ekonomi daripada Indonesia pada ketika itu juga
adalah ramai. Setelah sekian lama berada di Sabah, sebahagian mereka telah
menerima kerakyatan Malaysia. Mereka yang berasimilasi dengan penduduk
tempatan juga secara tidak langsung mendapat taraf penduduk tetap dan anak-anak
menjadi warganegara. Dengan demikian ia bukan sahaja menambahkan jumlah
penganut Islam di Sabah malah potensi menjadi pengundi kepada parti Islam. Ini
seperti mana dinyatakan oleh Sadiq Kamal bahawa:
“The goal of Malays, who dominate the federal government is to change
the demographic and political character of Sabah so that it becomes
Malay-Muslim dominated, and because of cultural-religious
commonalities, these immigrant Indonesian and Filipino can easily be
Malayized over time and will support Malay-Muslim parties”.(Kamal
2005: 116)
Sungguhpun Parti USNO dan BERJAYA gagal membentuk kerajaan pada pilihan
raya 1985 apabila tewas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu sebuah parti
dominan bukan Islam, namun usaha bagi menjaga kelangsungan parti peribumi
Islam tetap diteruskan. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membawa
masuk parti Islam dari semenajung Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke
Sabah pada tahun 1986. Migrasi Parti PAS ke Sabah adalah lebih awal sekiranya
dibandingkan dengan migrasi Parti United Malays National Organisation (UMNO)
pada tahun 1990 dan mulai bertanding dalam pilihan raya 1991. Adapun PAS telah
menyertai setiap pilihan raya Sabah sejak 1986 sehingga 2013 namun tidak pernah
memenangi sebarang kerusi. Walaupun demikian, parti tersebut terus berkembang
dan mulai diterima di Sabah. Perkembangan PAS di Sabah adalah usaha golongan
migran semenanjung yang terdiri daripada guru-guru dan ustaz-ustazah yang
ditugaskan ke Sabah (Bakri 2013: 45-46).

1012

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

Jadual 2 : Jumlah Pungutan Undi Kerusi DUN & Parlimen PAS dalam pilihan
Raya Umum 1986 – 2013.
Tahun
DUN

1986

1990

1995

1999
N.13
Likas
(200)
N.06
Tempasuk
(239)
N.35
Sekong
(121)
N.48
Sukau
(126)
N.58
Merotai
(373)
N.47
Kalabakan
(293)

2004
N.42
Sungai
Sibuga
(415)
N.60
Sebatik
(452)

2008
N.48
Sukau
(76)

2013
N.03
Pitas
(976)

N.58
Merotai
(931)

N.06
Tempasuk
(1769)

N.06
Tempasuk
(426)

N.17
Tanjung
Aru
(5409)

N.08
Usukan
(413)

N.48
Sukau
(1432)

N.48
Sukau
(1028)

N.59
Kunak
(1002)

N.58
Merotai
(1039)

N.54
Bugaya
(702)

N.60
Sebatik
(452)

N.58
Merotai
(3957)
N.59
Tanjong
Batu
(3228)

Jumlah
Undi
Parlimen

P.136
Kota
Belud
(3629)
P.139
Jamboan
gan
(2757)

1352

P.151
Tawau
(426)

P.165
Tawa
u
(825)

P.148 Kota
Belud
(1515)
P.150
Gaya (729)

4225
(213%)

1007
(-76%)

N.60
Sebatik
(1334)
19809
(1867%)
P.185
Batu Sapi
(9287)
P.191
Kalabakan
(8904)

1013

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

Jumlah
Undi
Jumlah
Keseluruh
an

P.147
Kimanis
(1960)
8346
8346

429
(-95%)
429
(-95%)

825
(92%)
825
(92%)

2247
(172%)
3599
(336%)

4225
(17%)

1007
(-76%)

18191
(710%)
38000
(3674%)

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Apabila diperhatikan kepada Jadual 2 di atas, sepanjang penyertaan PAS dalam
pilihan raya Sabah sejak 1986 sehingga 2013, penurunan jumlah pengundi telah
berlaku pada tahun 1990 dan 2004. Penurunan pada tahun 1990 kerana pada era
tersebut parti PBS merupakan parti yang kuat dan telah dijangkakan memperoleh
kemenangan seperti pada tahun 1985. Pada tahun 2008, PAS tidak meletakkan calon
yang ramai kerana memberikan laluan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di
samping mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru (Bakri 2013: 46). Walaupun
sering mengalami kekalahan, bagaimanapun secara tersirat, politik Islam di Sabah
telah pun mempamerkan perkembangan. PAS bukan sahaja berkembang dari sudut
pencalonan DUN dan Parlimen, malah sokongan undi yang jelas adanya peningkatan
terhadap parti Islam.
Selanjutnya selepas kemasukan PAS, sebuah lagi parti Melayu dari
semenanjung Malaysia iaitu United Malays National Organisation (UMNO) telah
masuk ke Sabah pada tahun 1990 (Chamil 1992: 1). Dengan kemasukan UMNO ke
Sabah, ia telah memberikan nafas baru kepada kelangsungan politik peribumi Islam
Sabah. Walaupun tidak berjaya dalam pilihanraya 1991, namun bermula pada tahun
1994 sehingga 2013, UMNO-BN telah berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan
di Sabah. Secara langsung survival peribumi Islam dan politik Islam telah kembali
dan dominan sehingga kini.
KESIMPULAN
Migrasi dakwah jelas telah berlaku di Sabah. Peningkatan mendadak umat Islam dari
kelompok minoriti kepada majoriti menunjukkan terdapat usaha yang besar dan
bersungguh-sungguh telah dijalankan. Migrasi yang berlaku di Sabah merupakan
antara salah satu faktor penyumbang kepada perkembangan Islam di Sabah. Ia telah
berlaku dalam dua bentuk iaitu migrasi antarabangsa dan dalaman. Migrasi dakwah
antarabangsa melibatkan kedatangan migran agamawan, pelarian dan ekonomi.
Begitu juga migrasi dakwah dalaman turut berlaku dengan kedatangan migran
agamawan dan migrasi penduduk Sabah itu sendiri dalam membina penempatan
Islam. Hasil daripada usaha tersebut, penganut Islam bukan sahaja telah meningkat
malah telah menjadi agama rasmi negeri. Secara langsung ia telah menjadi pemacu
kepada perkembangan politik Islam di Sabah. Sebagai penambahbaikan kepada
kertas kerja ini, dicadangkan agar kajian impak migrasi terhadap perkembangan

Globalization & Regionalism : Malaysia In Asean Community Building

1014

Islam Sabah dari pelbagai aspek dilakukan secara mendalam sama ada dari sudut
politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dakwah, dan sebagainya. Dengan itu ia dapat
memberikan satu lagi sisi kajian migrasi yang jelas kurang dilakukan dalam konteks
agama.
RUJUKAN
_______________.1999. Sawt al-Islam. Kota Kinabalu: Majlis Agama Islam Sabah.
Abdullah Hussain. 1976. Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah: Sebuah
Biografi. Kuala Lumpur: M.F.I.
Anon. 2014. Sabah contoh terbaik gagasan 1Malaysia. Sinar Harian, 16 September.
http://www.sinarharian.com.my/sabah-contoh-terbaik-gagasan-1malaysia1.317271 [04 April 2016)
Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Adel M.
Abdul Aziz. 2008. Biografi Mufti-mufti Malaysia. Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia.
Chamil Wariya. 1992. UMNO Sabah: Mencabar dan Dicabar. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Emin Madi. 2009. Sinar Perjuangan USIA. Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam
Seluruh Sabah
Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 .
Kamal Sadiq. 2005. When states prefer non-citizens over citizens: conflict over
illegal immigration into Malaysia. International Studies Quarterly 49(1):
101-122.
L.W Jones. 1951. Bristih North Borneo: A Report on the Census of Population Held
on 4 June 1951. Jesselton: Statistics Department.
L.W Jones. 1961. British North Borneo: Report on the 1960 Census. Jesselton:
Statistics Deparment.
Lee Yong Leng. 1965. North Borneo (Sabah): A Study in Settlement Geography.
Singapore: Eastern University Press.
Mohd Iyen Atim. 2016. Dakwah di Sabah, Temu bual, 4 Februari
Mohd Mursal Mokhtar.2016. Dakwah di Sabah. Temu bual, 2 Mac.
Muchlish Ali Kassim.2016. Dakwah di Sabah, Temu bual, 21 Februari.
Nurasnie Amirrudin. 2012. Pendakwah Indonesia di Sabah (1967-1985). Tesis
Sarjana. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Diraja. 2014. Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang
Asing di Sabah.
Regina Lim. 2008. Federal State Relations in Sabah, Malaysia: The BERJAYA
Administration, 1976-85. Singapore: Institute of Southest Asian Studies.
Siti Aidah Hj. Lokin. 2007. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat
Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Suraya Sintang. 2005. Sejarah Perkembangan Mualaf di Sabah: Peranan dan
Sumbangan USIA (United Sabah Islamic Association). Jurnal al-Tamadun
(1): 51-90.

1015

The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10)
15 – 17th August 2016, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

Wendy Hutton. 2001. Discovering Sabah. Kota KInabalu: Natural History
Publications (Borneo) Sdn. Bhd.
Yahaya Ismail. 1986. Politik Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif Sdn.
Bhd.
Zalina Yahaya. 2006. USIA Tegakkan Syiar Islam di Sabah. 1 Februari.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0201&pub=Utusan
_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm [12 Februari 2015]

Biodata
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Bin Hajimin merupakan calon Phd bidang
Peradaban Islam dari Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibnor Azli Ibrahim (Prof.Madya Dr.) merupakan Professor Madya di Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizah Kassim (Prof. Dr) merupakan Professor Adjung di Institut Kajian Malaysia
dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26