KONSEP KOMUNIKASI dalam konsep budaya (1)

BAB 1: KOMUNIKASI

PENDAHULUAN

Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Semenjak daripada
peringkat awal kehadiran manusia di muka bumi ini, mereka perlukan kepada suatu sistem yang
mengatur perhubungan antara sesama mereka. Berdasarkan kajian sarjana Barat, manusia
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat dan juga melalui lukisan yang dilukis di dinding
gua, pada peringkat awalnya. Kemudian, komunikasi manusia berkembang pesat selaras dengan
perkembangan kehidupan mereka.

Sarjana-sarjana Barat menekankan perbincangan tentang komunikasi dalam ruang lingkup
yang terhad iaitu dengan pemfokusan terhadap perhubungan antara sesama manusia. Menurut J.R.
Diekman (1979), komunikasi adalah merujuk kepada penghantaran dan penerimaan mesej (maklumat)
sama ada secara lisan (verbal) ataupun bukan lisan (non-verbal).

Islam, berdasarkan dua sumber utamanya iaitu al-Quran dan al-Sunnah, telah menyediakan
satu sistem komunikasi yang unik dan menyeluruh. Islam telah menyediakan konsep komunikasi
dengan prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Islam juga telah mengatur komunikasi antara sesama
manusia dengan adab-adabnya yang tertentu, malah, ia turut mengatur bentuk komunikasi dengan
alam sama ada alam fizikal mahupun alam spiritual. Lebih penting daripada itu, Islam juga

menyediakan prinsip-prinsip komunikasi antara manusia dengan Allah yang merupakan Tuhan dan
Khaliqnya. Ini menjadikan komunikasi dalam Islam lebih lengkap dan menyeluruh.

Bertolak daripada hakikat tersebut, komunikasi ternyata memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam pembinaan sesebuah peradaban, termasuklah peradaban Islam. Komunikasi
juga mempunyai peranan yang penting dalam membentuk ketahanan dan keutuhan peradaban
tersebut. Maka, dalam bab 1 ini akan membincangkan beberapa perkara berikut:
1. Pengertian dan konsep komunikasi, fungsi, jenis dan unsur komunikasi.

PENGERTIAN DAN KONSEP KOMUNIKASI

Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara
manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang.
Komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia yang
melibatkan penyampaian atau penukaran sesuatu utusan daripada individu kepada individu lain, sama
ada secara bersemuka atau melalui perantaraan media massa. Kajian ilmiah ini hanya akan
membincangkan khusus tentang komunikasi antara manusia sahaja.

Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan
kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain.

Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan
untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan sesuatu
kekurangan dalam hidup kita.

Dari awal pagi ketika kita mencelikkan mata sehinggalah kita tidur, kita sentiasa
berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain sama ada melalui
tulisan, pertuturan ataupun melalui gerak badan dan air muka. Memandangkan komunikasi telah

menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita, ramai daripada kita menganggap kebolehan itu
ialah satu kebolehan semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Oleh kerana itu, tidak ramai daripada kita yang ingin cuba belajar cara-cara berkomunikasi
untuk meningkatkan kekesanan komunikasi. Sebenarnya kebolehan komunikasi seseorang individu
itu boleh dipertingkatkan lagi sekiranya ia memahami unsur-unsur penting dalam proses komunikasi.
Menurut Berlo (1960), untuk memahami ilmu komunikasi kita perlulah memahami proses, unsurunsur yang terlibat dalam proses itu dan kesan komunikasi. Pengetahuan tentang perkara tersebut
akan dapat membantu keupayaan kita memahami dan menyelesaikan masalah komunikasi yang kita
hadapi. (Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

Pengertian Komunikasi


Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa inggeris “communication”) yang bererti perhubungan,
khabar, atau perkhabaran. Secara epistemologis atau menurut asal katanya adalah dari bahasa latin
communicatus, dan perkataan ini bersumber pada kata communis. Kata communis memiliki makna
“berbagi” atau “menjadi milik bersama” iaitu usaha yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau
kesamaan makna.

Komunikasi pada hakikatnya adalah kesamaan makna terhadap apa yang diperbincangkan.
Dimana kesamaan bahasa yang digunakan dalam sebuah percakapan belum tentu menimbulkan
kesamaan makna. Dengan kata lain memahami bahasanya sahaja belum tentu dapat memahami makna
yang dibawakan oleh bahasa itu. Ertinya komunikasi harus mengandungi kesamaan makna antara dua
pihak yang terlibat dan yang lebih penting lagi adalah orang lain bersedia menerima kefahaman atau
keyakinan melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan lain dari hasil komunikasi tersebut.

Untuk memahami pengertian komunikasi tersebut dijelaskan secara efektif oleh Effendy
bahawa para ahli komunikasi sering mengutip paradigma yang dikemukakan oleh Harold Lasswell
dalam karyannya, The Structure and Function of Communication in Society. Laswell mengatakan
bahawa cara yang baik untuk menjelaskan komunikasi ialah dengan menjawab pertanyaan sebagai
berikut: Who Says What In Which Channel to Whom with What Effect? Paradigma Laswell
menunjukan bahawa komunikasi meliputi lima unsur sebagai jawapan dari pertanyaan yang diajukan,
iaitu:


1. Penyampai pesanan (siapa yang mengatakan?)

Penyampai pesanan adalah seseorang yang memberikan pesanan kepada penerima. Dalam hal ini
seorang penyampai harus mampu mengetahui dan memahami apa yang ingin disampaikannya kepada
penerima, kerana sesebuah pesanan tidak akan sampai dengan baik apabila penyampainya tidak
memahami apa yang ingin disampaikan.

2. Pesanan (mengatakan apa?)

Sebuah pesanan yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada penerima harus memiliki makna.
Makna tersebut sebaiknya makna yang harus dicerna dengan baik terlebih dahulu agar dalam
berkomunikasi pesanan yang ingin disampaikan penyampai dapat mudah difahami oleh penerima.

3. Media (melalui saluran apa?)

Pesanan dapat disalurkan melalui berbagai macam saluran media massa. Diantara saluran media
massa adalah televisyen, radio, telefon, surat majalah dan lain-lain.

4. Penerima (kepada siapa?)


Pengirim pesanan sebaiknya mengetahui kepada siapa pesanan tersebut ingin disampaikan.
Komunikasi dikatakan berhasil jika pesanan yang disampaikan oleh penyampai sampai dan diterima
dengan baik oleh penerima pesanan.

5. Kesan (apa kesannya?)

Kesan atau impak yang terjadi kepada penerima setelah menerima pesanan yang disampaikan oleh
penyampai. Pesanan dikatakan memiliki makna atau erti bagi orang yang menerimanya. Apabila
pesanan tersebut memiliki kesan kepada penerima maka dapat merubah sudut pandang orang lain itu
contohnya cara berfikir, sikap, perilaku dan lain-lain.

Jadi, berdasarkan paradigma Laswell, secara sederhana proses komunikasi adalah pihak
penyampai membentuk (encode) pesanan dan menyampaikannya melalui suatu saluran tertentu
kepada pihak penerima yang menimbulkan kesan padanya.

Konsep Komunikasi

Dikutip dari buku Ilmu Komunikasi karya Prof. Deddy Mulyana (2007:67), John R. Wenburg dan
William W. Wilmot juga Kenneth K. Sereno dan Edward M. Bodaken, mengemukakan tiga konsep

komunikasi, iaitu:

a) Komunikasi sebagai tindakan satu arah

Komunikasi satu arah adalah komunikasi yang prosesnya hanya melibatkan satu unsur komunikasi
iaitu penyampai itu sendiri. Dalam komunikasi satu arah ini tidak ada interaksi antara penyampai
dengan penerima sehingga tidak ada umpan balik atau feedback.

b) Komunikasi sebagai interaksi

Komunikasi sebagai interaksi disebut juga dengan komunikasi dua arah. Dalam komunikasi ini,
penerima dapat memberikan umpan balik atau feedback kepada penyampai sebagai tanda pesanan
tersebut sudah diterima. Komunikasi ini dirasa lebih efektif dibandingkan dengan komunikasi satu
arah.

c) Komunikasi sebagai transaksi

Ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain, terkadang tanpa disedari kita mengikut sertakan
gerakan anggota tubuh untuk mengirimkan pesanan non-verbal. Gerakan-gerakan tersebut adalah
isyarat tangan, ekspresi wajah, nada suara dan sebagainya. Proses pengiriman pesanan tersebut

bersifat spontan dan simultan.
Proses Komunikasi

Berdasarkan paradigma Laswell, Effendy (1994:11-19), beliau membezakan proses komunikasi
menjadi dua tahap, iaitu:

Fungsi Komunikasi

i.

Fungsi memberitahu

Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia.
Tujuannya adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh
penyampai perlu diketahui oleh orang lai. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh
komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Contohnya, papan tanda jalan raya seperti “Jalan
Sehala”, “Tidak Boleh Masuk” atau “80ksj” adalah antara contoh yang sering kita temui yang
bertujuan untuk memberitahu kita tentang keadaan jalan raya atau had laju memandu yang perlu kita
patuhi.


Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber
maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya
berjaya, penyampai yang menjalankan fungsi ini sering kali akan menggunakan strategi menyebarkan
maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat itu dengan lebih kerap. Contohnya,
penggunaan tali pinggang keledar, radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu dengan
seberapa kerap yang mungkin atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan boleh mengeluarkan seberapa
banyak risalah untuk memberitahu orang ramai tentang undang-undang jalan raya itu.

ii.

Fungsi mendidik

Fungsi mendidik ini bukanlah semata-mata untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang lain.
Tetapi tugas mereka adalah “sekadar memberikan maklumat” agar dapat menambahkan pengetahuan
seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Mungkin dalam jangka masa yang panjang dengan
berbekalkan pengetahuan tadi, seseorang individu itu akan terpengaruh dengan pendapat atau sikap
yang disarankan kepadanya.

Apabila seorang guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya “apabila ia mengajar sesuatu
perkara” tujuannya adalah untuk mendidik pelajar tersebut tentang perkara yang diajarnya. Guru

tersebut mempunyai matlamat agar maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajarnya untuk
mendalami lagi ilmu yang diajarnya.

Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat
untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana
seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahan terhadap
maklumat yang diterimanya. Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat
yang ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima. Dengan itu mereka yang
menerima maklumat itu merasakan bahawa mereka tidak memperoleh apa-apa pengetahuan yang
baru.

iii.

Fungsi memikat hati

Berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan di atas, fungsi memikat hati adalah
ingin mengubah sikap dan tingkah laku. Untuk mendapatkan kesan tersebut, penggunaan komunikasi
tidak terhad kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi
individu atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Ada kalanya fakta maklumat yang
disampaikan kepada kita tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan. Sebagai contoh kita ambil iklan ubat

gigi. Pada hakikatnya, antara berbagai-bagai ubat gigi itu tidak banyak perbezaannya. Dengan itu
untuk memikat hati kita supaya membeli sesuatu jenis ubat gigi yang diiklankan, para pengiklan ubat
gigi menunjukkan bagaimana seorang wanita itu ditinggalkan oleh rakan lelakinya apabila mulut
teman wanitanya itu berbau. Tetapi setelah wanita itu menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu bau

mulutnya telah hilang dan rakan lelakinya mula kembali kepadanya. Dalam contoh iklan ini emosi
kita untuk disayangi dan didampingi oleh orang lain ditonjolkan. Dengan itu jika kita ingin terus
disayangi, maka kita hendaklah kerap menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu.

iv.

Fungsi menghibur

Fungsi komunikasi yang keempat ini juga begitu mudah dilihat di sekeliling kita. Wayang gambar,
rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, drama, komik, lukisan kartun dan
sebagainya adalah contoh cara komunikasi digunakan untuk menghibur. Pada mulanya kekesanan
fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan
wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Asalkan seseorang itu dapat “melapangkan
fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya. Berbeza dengan fungsi komunikasi
yang lain, fungsi menghibur ini terlalu umum sifatnya kerana ia tidak mempunyai kriteria khusus

untuk menentukan kejayaannya. Ini disebabkan kriteria “terhibur” bukanlah ditentukan oleh
penyampai maklumat tetapi lebih ditentukan oleh penerima maklumat itu sendiri. Jika dalam fungsi
mendidik, kejayaan pendidikan boleh diketahui dengan jelas apabila penerima maklumat faham
tentang apa yang ingin mendidiknya seperti membaca, mengira dan sebagainya. Jika beberapa soalan
yang kita kemukakan kepadanya dapat dijawab maka bolehlah dikatakan bahawa usaha mendidiknya
itu sudah mencapai serba sedikit kejayaan. Tetapi kejayaan fungsi menghibur sukar diukur oleh
sumber maklumat kerana hanya penerima maklumat itu sendiri yang dapat menentukannya. Pihak
sumber mungkin dapat mengetahui kejayaannya dengan bilangan naskhah majalah hiburannya yang
terjual, atau berapa ramai penonton menonton sesuatu rancangan hiburan.

Oleh kerana fungsi hiburan ini amat digemari ramai, maka telah ada usaha untuk menerapkan
unsur pendidikan, penerangan dan memikat hati melaluinya. Contohnya, melalui drama akan
diselitkan unsur perpanduan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya kita bertolak ansur

sesama kita untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Begitu juga melalui nyanyian
dikir barat telah cuba diselitkan penerangan tentang keindahan sesuatu tempat untuk dilawati oleh
pelancong. Iklan cuba memikat hati orang ramai membeli minuman dengan meminta penyanyi
terkenal memperkenalkan minuman tersebut.

Setelah kita terdedah kepada beberapa fungsi komunikasi, bolehlah dikatakan bahawa dalam
keadaan sebenarnya sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu untuk menjalankan satu
fungsi sahaja. Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi
yang digabungkan untuk menghasilkan satu kesan komunikasi yang lebih besar. Justeru itu kita
hendaklah bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan
membawa kejayaan dalam perancangan strategi komunikasi yang akan kita laksanakan. (Komunikasi
asas: samsudin a.rahim)

Jenis-Jenis Komunikasi

Komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai situasi. Ada kalanya komunikasi berlaku
secara bersemuka antara dua individu, ada kalanya pula komunikasi berlaku melalui perantaraan
seperti radio atau akhbar dan ada juga ketikanya komunikasi berlaku hanya dengan menggunakan
isyarat-isyarat. Untuk memudahkan kita memahami komunikasi dengan lebih jelas lagi, tumpuan akan
diberikan kepada empat jenis komunikasi iaitu komunikasi antara individu, komunikasi awam,
komunikasi massa dan komunikasi tanpa lisan.

i.

Komunikasi antara individu

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka
bertentangan antara satu sama lain. Lazimnya komunikasi berlaku tanpa dirancang terlebih dahulu
iaitu secara spontan. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang terlibat
dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat. Dengan kata lain apabila
individu B menerima maklumat daripada individu A, ia akan cuba memahami maklumat itu dan
kemudiannya memberikan balasannya terhadap maklumat individu A. Apabila individu A berpuas hati
dengan balasan daripa individu B, mungkin komunikasi tersebut berhenti di situ sahaja. Tetapi jika
tidak, individu A akan terus memberikan reaksinya terhadap balasan individu B itu. Interaksi yang
sedemikian akan terus berlaku sehinggalah kedua-dua individu itu berpuas hati dan mencapai tujuan
komunikasi mereka. Antara contoh komunikasi antara individu adalah perbualan kita setiap hari
dengan ahli keluarga, rakan, ketua pejabat, guru atau dengan jurujual di kedai.

Oleh kerana komunikasi ini adalah komunikasi bersemuka, maka jarak antara kedua-dua
individu yang berkomunikasi itu mestilah rapat. Berapa jauhkah jarak antara mereka terpulanglah
kepada sejauh mana mereka merasa selesa dengan kedudukan jarak tersebut. Misalnya, jika dua

individu yang baru sahaja berkenalan, mereka memerlukan jarak yang tidak terlalu dekat. Tetapi jika
kita berbual dengan rakan karib atau ahli keluarga, kita mungkin akan lebih suka duduk berdekatan.
Ini desebabkan jarak yang rapat itu lebih menunjukkan kemesraan antara kita.

Dalam komunikasi antara individu ini maklumat secara lisan dan juga tanpa lisan adalah
penting. Maklumat lisan adalah pertuturan kita. Antara contoh maklumat tanpa lisan adalah ialah air
muka, gerak badan, atau nada suara kita. Isyarat-isyarat tersebut penting untuk mengukuhkan hujah
maklumat yang kita sampaikan ataupun akan membuatkan hujah maklumat kita diragui. Misalnya,
apabila kita menyatakan kita tidak amrah tetapi rakan kita dapat melihat air muka kita yang masam.
Di sini percakapan kita dengan maklumat tanpa lisan itu tidak siiringan. Ini boleh membuat orang lain
meragui apa yang kita katakana kepadanya.

ii.

Komunikasi awam

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah
orang yang ramai. Misalnya, pensyarah memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, seorang menteri
memberi ucapan kepada ahli-ahli partinya atau seorang pelajar memberikan ceramah dalam bilik
darjahnya. Sebelum komunikasi menjadi suatu bidang ilmu yang tersendiri, komunikasi awam adalah
lebih dikenali sebagai pidato umum.

Ada beberapa ciri yang boleh kita gunakan untuk mengenali komunikasi awam. Pertama,
komunikasi berlaku ditempat awam seperti di dalam dewan, bilik kuliah, auditorium atau di tempat
orang ramai boleh berhimpun. Bilik pejabat, rumah atau tempat bagi hanya beberapa orang sahaja
yang boleh berkumpul adalah dianggap sebagai ruang persendirian. Dengan itu, komunikasi yang
berlaku dalam ruang tersebut tidak dikatakan sebagai komunikasi awam. Dalam komunikasi awam

penceramah adalah sebagai sumber dan hadirin yang mendengar ceramah atau ucapannya adalah
penerima maklumat yang ingin disamapaikan.

Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah
tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu disebabkan
jarak dan juga bilangan orang yang ramai. Ceramahnya telah dirancang terlebih dahulu berdasarkan
siapakah yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu. Suasana penyampaian ceramah itu juga telah
distrukturkan dengan agenda-agenda yang tertentu. Misalnya siapakah yang akan memperkenalkan
penceramh, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan juga bilakah masanya orang ramai
boleh mengemukakan soalannya kepada penceramah.

iii.

Komunikasi massa

Ciri utama yang membezakan komunikasi antara individu dengan komunikasi massa komunikasi
massa ialah dari segi penyampaian maklumat. Dalam komunikasi antara individu situasi komunikasi
ialah secara bersemuka. Tetapi dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan
media. Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa seperti radio, televisyen,
akhbar majalah dan buku. Dengan adanya perantaraan ini jarak di antara mereka yang terlibat dalam
komunikasi massa bolehlah dikatakan tidak terhad. Kita mungkin akan dapat mengikuti apa yang
berlaku di Amerika Syarikat atau Eropah dalam sekelip mata sahaja sama ada melalui liputan berita
akhbar, radio atau televisyen.

Walaupun media massa merupakan ciri utama yang membezakan komunikasi massa dengan
komunikasi antara individu, tetapi penentuan komunikasi massa adalah berdasarkan saiz dan ciri
penerima maklumat atau khalayak. Dari segi saiz, secara relative jumlah penerima maklumat atau

khalayak adalah besar. Khalayak komunikasi massa terdiri daripad aindividu-individu yang berbagaibagai jenis dan ragam seperti berbagai-bagai kaum, peringkat umur, pelajaran atau tempat tinggal.
Khalayak komunikasi massa tidak dikenali oleh penyampai maklumat kerana maklumat disampaikan
melalui perantaraan media.

Maklumat yang disampaikan dalam komunikasi massa tidaklah berlaku secara spontan dan
tidak formal. Di sebaliknya maklumat yang hendak disampaikan adalah diusahakan oleh berbagaibagai individu. Misalnya, berita tentang kebakaran yang kita dengan melalui siaran berita adalah hasil
daripada usaha beberapa individu. Antara mereka yang terlibat ialah pemberuita membuat liputan
kejadian kebakaran, penyunting akan menyunting berita dan pembaca berita yang membaca berita
tersebut.

Dalam komunikasi massa sumber dengan penerima maklumat tidak dapat berinteraksi dengan
spontan. Ini disebabkan jarak yang memisahkan mereka. Reaksi terhadap sesuatu maklumat yang
disampaikan itu mungkin mengambil masa beberapa jam atau hari kerana penerima maklumat perlu
menulis surat ataupun membuat panggilan telefon untuk menyampaikan reaksinya.

iv.

Komunikasi tanpa lisan

Kita telah pun membincangkan ciri-ciri tertentu yang menjadikan setiap jenis komunikasi itu berbeza
dengan yang lain. Kita juga telah mengetahui bahawa dalam ketiga-tiga jenis komunikasi tersebut,
maklumat disampaikan secara lisan atau tulisan. Begitu juga setiap jenis komunikasi itu boleh berlaku
secara sendirian.

Komunikasi tanpa lisan boleh berlaku tanpa bersendirian. Lazimnya komunikasi ini berlaku
sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi yang telah kita bincangkan. Sebagaimana
namanya, maklumat yang kita terima daripada komunikasi ini adalah melalui isyarat tanpa lisan.
Anatra isyarat tanpa lisan itu ialah nada suara, air muka gerak badan, hubungan mata atau gerak
tangan. Kadang kala isyarat lisan ini berlaku tanpa kita sedari. Isyarat itu sama ada boleh
mengukuhkan maklumat yang kita sampaikan ataupun membuat orang lain meragui maklumat yang
disampaikan itu. Sebagai contoh, seorang individu ingin menyatakan ia telah dapat mengail ikan yang
besar. Maka sambil mengatakan demikian, kedua belah tangannya dilebarkan untuk menunjukkan saiz
ikan yang ditangkapnya. (Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

Unsur-Unsur Komunikasi

Setiap komunikasi yang terjadi terdapat unsurnya, yang mana setiap unsur tersebut membentuk proses
komunikasi. Unsur-unsur komunikasi adalah seperti berikut:

1) Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Sesiapa pun boleh menjadi sumber tidak kira sama
ada ia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau organisasi. Dalam proses komunikasi,
sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin
disampaikan kepada orang lain. Sejauh mana sumber berkesan menyampaikan utusan
bergantung pada keupayaannya, personalitinya, tujuan komunikasinya dan juga bagaimana
pandangan orang lain terhadapnya. Contohnya, dalam suasana bilik darjah guru yang sedang
mengajar dianggap sebagai sumber komunikasi kerana beliau sedang menyampaikan bahanbahan pengajarannya. Dalam situasi yang lain pula apabila murid bertanyakan sesuatu soalan
kepada gurunya, murid itu bertindak sebagai sumber maklumat.
2) Penerima ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil,
sebuah organisasi ataupun sejumlah orang yang ramai. Dalam komunikasi massa penerima
utusan dikenali sebagai khalayak. Penggunaan istilah khalayak adalah untuk menggambarkan
tumpuan sejumlah orang yang ramai yang terdiri daripada berbagai-bagai ragam yang
terdedah kepada sesuatu sumber atau saluran. Penerima yang khusus dikenali sebagai
khalayak atau individu sasaran dan kita dapat mengenal dengan pasti siapakah yang akan
menerima utusan yang ingin disampaikan.
3) Utusan ialah sesuatu yang ingin disampaikan oleh sumber kepada orang lain. Apa yang ingin
disampaikan itu mungkin merupakan perasaan, fikiran, pendapat atau fakta. Sebelum
disampaikan semuanya digubal dalam bentuk kod yang tertentu seperti isyarat atau bahasa.
Utusan dikatakan bersifat denonatif sekirannya maksud utusan itu adalah seperti yang
tersurat. Manakala, apabila utusan mempunyai makna yang tersirat di sebalik utusan yang
disampaikan itu dikatakan konotatif. Contohnya, lambaian tangan, air muka, gaya berpakaian

adalah isyarat-isyarat yang memberikan utusan-utusan yang tertentu. Begitu juga pertanyaan
“Apa khabar” atau “Selamat pagi” adalah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan
utusan kepada orang lain.
4) Encoder bertanggungjawab mengubal apa yang ingin disampaikan oleh sumber dalam bentuk
kod dan kemudian menyampaikannya dalam bentuk utusan. Dalam komunikasi antara
individu, encoder adalah keupayaan motor seseorang itu; bahagian suara yang menghasilkan
suara, sistem otot tangan yang menghasilkan tulisan atau lukisan, sistem otot badannya yang
menghasilkan gerak tangan, gerak badan dan sebagainya.
Dalam situasi yang lebih kompleks, encoder boleh dipisahkan daripada sumber.
Contohnya, jurucakap sesebuah persatuan adalah encoder sementara pengerusi persatuan itu
sebagai sumber. Dalam contoh ini jurucakap itu mengubal dan menterjemahkan apa yang
ingin disampaikan oleh pengerusi dan kemudian menyampaikan utusan itu kepada orang
ramai. Encoder boleh juga merupakan suatu alat. Contohnya, apabila kita berbual melalui
telefon, bahagian gagang telefon tempat kita bercakap mengubah percakapan kita ke dalam
kod yang tertentu. Kod tersebut dikirimkan melalui kawat kepada orang yang di pihak satu
lagi.
5) Saluran merupakan perantaraan yang membawa utusan daripada sumber kepada penerima.
Pemilihan saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan
komunikasi. Setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu. Antara contoh
saluran ialah surat, telefon, surat khabar, radio, televisyen, satelit dan juga saluran individu
seperti jiran tetangga, sahabat handai, ketua kampong dan sebagainya. Untuk mendapat kesan
yang maksimum, dicadangankan pengguna menggunakan beberapa saluran untuk
menyampaikan sesuatu utusan. Ini disebabkan setiap saluran mempunyai kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri. Radio hanya mempunyai kesan suara (audio), televisyen
mempunyai kesan suara dan gambar (audio dan visual), surat khabar perlukan keupayaan
untuk membaca. Justeru itu pemilihan sesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan
keupayaan penerima dan utusan.

6) Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat
sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Gangguan boleh berlaku disebabkan oleh
saluran, keadaan sekeliling ataupun oleh keadaan mental kita. Gangguan saluran berlaku
apabila keadaan saluran itu sendiri yang mengakibatkan utusan tidak dapat diterima dengan
jelas atau tepat. Contohnya, kuasa alat pemancar yang tidak kuat mengakibatkan kita tidak
dapat menerima siaran radio dengan jelas. Begitu juga apabila kita membaca akhbar atau
buku yang cetakannya tidak kemasungkin mengalami kesukaran untuk membacanya.
Gangguan fizikal pula berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan
sekeliling. Contohnya, apabila kita sedang berbual kita tidak dapt mendengar apa yang
dikatakan oleh rakan kita disebabkan bunyi lalu lintas yabg bising. Gangguan juga boleh
berlaku apabila kita tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat disebabkan oleh
tahap pengetahuan asas kita yang berkaitan dengan utusan itu, sikap kita terhadap utusan atau
sumber dan juga disebabkan oleh keupayaan komunikasi kita seperti membaca, mendengar
dan berfikir. Gangguan seperti ini dikatakan gangguan psikologi.
7) Decoder bertanggungjawab untuk menterjemahkan utusan yang diterima daripada sumber
agar mudah difahami dan boleh digunakan oleh penerima. Dalam komunikasi antara individu,
decoder adalah berkeupayaan sensori penerima termasuklah urat saraf dan otot-ototnya.
Seperti dalam contoh tentang encoder, jurucakap juga bertindak sebagai decoder untuk
pengerusi persatuan yang berkenaan.
8) Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang menjadi
tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan berkesan sekiranyasumber dan penerima tidak
mempunyai rangka rujuk yang sama. Contohnya, sumber membicarakan isu-isu yang
berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru tetapi penerima tidak mempunyai banyak pengetahuan
atau pengalaman tentang dasar tersebut. Kekurangan tersebut akan menjejaskan keupayaan
penerima untuk memahami atau mengikuti apa yang dibincangkan oleh sumber. Dengan itu
penerima mungkin tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan sumber.

Untuk membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber dan
penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Lebih luas ruang lingkup rangka
rujuk di antara sumber dan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara
mereka akan berkesan.
9) Maklum balas berlaku apabila penerima memberikan reaksi terhadap utusan yang
disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan.
Contohnya, apabila sumber bertanya “Apa khabar?” dan penerima utusan tersebut mungkin
menjawab “Khabar baik” ataupun menunjukkan muka yang masam. Jawapan dan air muka
penerima itu merupakan maklum balas terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber.
Apabila maklum balas itu positif mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya dengan
penerima. Bagaimanapun jika maklu balas itu negative, kemungkinan sumber akn berhenti di
situ sahaja dengan tidak membuat soalan susulan lanjut.
Dalam proses komunikasi massa, maklum balas tidak sepantas seperti dalam komunikasi
bersemuka. Sebaliknya maklum balas dalam komunikasi massa adalah tertangguh, iaitu
lambat untuk diperoleh. Contohnya, apabila seorang pembaca akhbar ingin memberikan
reaksinya terhadap sesuatu berita yang dibacanya di dalam akhbar berkenaan, ia akan menulis
surat kepada pengarang itu. Surat tersebut akan mengambil masa beberapa hari melalui
kiriman pos sebelum sampai ke meja pengarang dan disiarkan isi kandungan reaksi yang
berkenaan dalam ruangan “daripada pembaca”. Dengan itu kita katakan maklum balas itu
tertangguh tidak spontan seperti komunikasi antara individu.
10) Maklum awal adalah maklumat yang diperoleh oleh sumber komunikasi tentang unsur-unsur
lain seperti penerima, saluran dan utusan untuk dijadikan bahan rujukannya sebelum ia
merancang dan menyebarkan maklumat kepada penerima. Bolehlah dikatakan bahawa
maklum awal adalah usaha mendapatkan maklumat untuk dijadikan asas perancangan
sebelum dibuat penyebaran maklumat. Maklum awal berbeza dengan maklum balas kerana
maklum balas berusaha untuk mendapatkan maklumat setelah maklumat disebarkan. Maklum
balas adalah reaksi penerima terhadap utusan yang disampaikan. Tetapi usaha mencari

maklumat maklum awal mempunyai tujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat
yang sesuai tentang unsur-unsur komunikasi yang lain supaya maklumat yang akan
disebarkan kepada penerima akan lebih berkesan kerana ia berorientasikan penerima, bukan
berorientasikan sumber. Contohnya, sebelum menyampaikan ceramah ada baiknya pihak
penceramah mengambil tahu tentang ciri-ciri hadirin yang akan mendengar ceramahnya
seperti tahap pengetahuan, keupayaan bahasa, minat dan sebagainya. Ini adalah untuk
membantu penceramh menyesuaikan ceramahnya dengan tahap penerima sasaran. Dengan itu
tidak timbul suasana apabila penceramah menggunakan bahasa yang terlalu tinggi atau bahan
ceramah yang kompleks dan sukar untuk difahami oleh sasaran.