Budaya Komunikasi Melayu ok docx

Wednesday, August 25, 2010
Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim ke Alam Barzakh
Dalam kehidupan orang Melayu banyak terdapat
keunikan perlakuan dan perbuatan yang menjadi
adat mereka. Daripada pengucapan sehinggalah
perbuatan mempunyai makna dan tujuan tertentu.
Masyarakat Melayu sejak berzaman mempunyai
budi pekerti yang tinggi iaitu berhemah ketika
berkomunikasi dalam interaksi sosial mereka.
Agak sukar untuk masyarakat Melayu menidak
ataupun meninggalkan amalan adat tersebut,
kerana telah tertanam dalam darah daging dengan
asuhan ibubapa mereka. Selain itu, masyarakat
Melayu sememangnya menganut agama Islam
sejak berzaman sudah sebati dengan kehidupan beradat. Barangkali mereka
yang mengenepikan adat kerana terpengaruh dengan perubahan kehidupan
mengikut zaman. Namun, kesatunan yang begitu unik dalam masyarakat
Melayu tetap terpelihara. Jarang berlaku, orang Melayu bersikap kasar
dalam pertuturan dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka memegang
pepatahnya ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Timbul
dihati penulis ingin melakukan kajian mengenai komunikasi budaya

Melayu dalam adat istiadat mereka kerana ingin memaparkan betapa indah
dan bersopannya orang Melayu berkomunikasi. Cara mereka berkomunikasi
sebagai memperlihat dan memperagakan kebudayaannya.
Hampir 80% kajian mengenai komunikasi daripada sarjana barat
yang mempunyai latar belakang displin yang pelbagai, umpamanya Carl
Hovland, Alexandar Gode, Wilbur Schramm, Claude Shannon, Osgood dan
lain-lain. Mereka boleh memperkatakan apa saja mengenai teori
komunikasi mengikut kesarjanaan masing-masing. Mereka bebas berhujah
berpaksikan teori dan anutan masing-masing. Namun, saya percaya tidak
semua hujah daripada sarjana barat dapat diterima oleh kita ataupun di
timur ini. Barat dan timur adalah satu permisahan yang sangat jauh dari
segi sosial budaya, politik, geografi dan apatah lagi keagamaan.
Faktor-faktor tersebut memungkinkan segala yang berlaku di barat amat
berbeza sama sekali di timur terutamanya di Malaysia. Di negara kita
mengamalkan adat istiadat yang sangat unik berbanding dengan barat dan
sudah tentu aplikasi teori mereka memang sangat ketara menyongsangnya.
Masyarakat Melayu sejak turun-temurun diajar dan didik berlandaskan
hukum hakam agama sebagaimana perbilangan adat; adat bersendi syarak,
syarak bersendi kitabullah. Perbilangan adat tersebut banyak memberi garis
panduan dan amalan masyarakat Melayu yang mengabungkan amalan adat

dan agama yang mana tidak menyalahi syariat Islam. Malaysia dikenali
negara yang memiliki bangsa yang bersopan-santun. Kesopanan tersebut
telah didokong oleh Laksamana Hang Tuah sebagaimana paparan kisahnya
yang dimuatkan dalam Hikayat Hang Tuah. Walaupun ianya hanya sebagai

hikayat yang tidak dapat berpegang dengan ketepatan logik akal, namun
penyataan dalam hikayat tersebut bolehlah dijadikan pengukur dan
pertimbangan kita merujuk tingkahlakunya. Tingkahlaku Hang Tuah yang
dipaparkan dalam hikayat tersebut mencerminkan dirinya seorang yang
berpekerti tinggi. Nilai budinya yang tinggi dapat diselami dalam
baris-baris ayat sebagaimanbanyak mengambarkan sikap dan peribadi
Melayu sangat luhur, jujur dan berperibadi.
Dalam Hikayat Hang Tuah banyak mengambarkan kekuatannya
bukan hanya daripada tulang empat keratnya dari segi pendekaran tetapi
sikap dan pekertinya amat bersopan-santun. Ketaatan kepada raja
memperlihatkan kepatuhannya pada adat Melayu yang memerlukan
seseorang berhemah tinggi dalam segala hal. Ketaatan dan kepatuhan
kepada ketua sememang dikehendaki dalam ajaran Islam, apatahlah raja
yang memerintah. Ungkapan tidak Melayu hilang di dunia memberi
pengertian bukan kekuatannya tetapi tatacara budi dan komunikasi sesama

insan. Berkomunikasi sesama insan dengan tatacara mengikut landasan adat
adalah memperlihatkan kebudayaan sesuatu bangsa. Sebagaimana Edward
Hall, mengatakan kebudayaan adalah komunikasi dan komunikasi adalah
kebudayaan. Jika komunikasi masyarakat Melayu secara berzaman adalah
baik, sudah tentu ianya mencerminkan kebudayaan mereka. Sehubungan
itu, masyarakat Melayu berinteraksi sesama mereka menggunakan
perbilangan adat, pantun, syair, gurindam, pepatah dan lain-lain. Setiap
pertemuan yang membabitkan adat dimulai dengan pantun dan perbilangan
adat.
Didapati dalam komunikasi manusia terutamanya masyarakat
Melayu ada pelbagai ragam komunikasinya. Kajian komunikasi perspektif
timur ataupun Asia perlu dilakukan. Walaupun barat telah mengenegahkan
pelbagai teori komunikasi dan modelnya tetapi perlakuan komunikasi
perspektif Asia perlu diperlihatkan cara dan acuannya tersendiri. Makanya,
buku ini sebagai permulaan untuk meninjau adat resam tradisional Melayu
dalam komunikasi budayanya yang melalui empat kitaran adat. Di
antaranya adat bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan dan adat
kematian. Empat kitaran adat tersebut perlu dilalui oleh masyarakat
Melayu sama ada kehidupan mereka bermula di kampung ataupun di
bandar. Kehidupan masyarakat Melayu yang tidak mengikut landasan adat

bolehlah diibaratkan mereka menolak amalan budaya bangsa dan tidak
molek memijak bumi ini apatah lagi tinggal bermastautin tetap di negara
ini. Bagi generasi yang tidak melalui zaman tersebut, perlu memperolehi
buku ini sebagai sumber rujukan. Selain itu, buku ini sebagai satu
dokumentasi khazanah adat orang-orang Melayu di zaman silam yang
semakin hari semakin ditinggalkan sedikit demi sedikit. Justeru, usaha
yang sedikit ini dapat dimanfaatkan kepada semua pembaca ataupun para
pelajar universiti dan lain-lain. Yang baik datang daripada Allah s.w.t dan
yang jelik datang daripada kelemahan dan kecuaian sendiri hamba yang
lemah lagi daif. Wallahuallam.
at 7:08 AM
5 comments:

Anonymous said...
ya, saya sokong kenyataan tuan dan ternyata bernas.
December 15, 2010 at 7:23 AM

mr.zack said...
ya...zaman sekarang remaja semakin lalai dalam menjalani hidup
dengan penuh keseronokkan. masyarakat islam sekarang suka

mengambil remeh temeh tentang hukum hakam islam. mereka
lebih suka mengikut adat-adat yang dicipta oleh manusia itu
sendiri. Saja jugak bersetuju tentang cara berinteraksi,mereka
sekarng sudah tidak segan silu melafazkan unsur-unsur perkataan
yang mengaibkan diri mereka sendiri. Bahasa percakapan luncah
pun sudah tidak dapat ditapis lagi,sedangkan percakapan
seseorang itu la yang melambang kan keperibadian seseorang
itu..kita sekarang berada di akhir zaman. manusia juga sudah
mulai mengikut rentak yang akan diajar oleh dajal, sebagai
menyambut kedatangan dajal pada akhir zaman. Akhir kata..buku
ini amat bagus untuk semua pihak,lebih-lebih lagi bagi orang
yang sudah jauh tersasar dari alam hakiki..wassalam
January 10, 2011 at 5:53 AM

Anonymous said...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
semua.. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
memberi saya peluang untuk membaca blog dan komen mengenai
apa yang terkandung yang telah dibaca.. Saya tertarik membaca
buku yang bertajuk Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh kerana

buku ini amat sesuai untuk para remaja zaman sekarang yang
lalai dengan penuh keseronokan. Sememangnya zaman-zaman
dahulu, masyarakat melayu banyak dengan nilai-nilai agama yang
diterapkan dalam diri mereka. Lain dengan zaman sekarang yang
kurang mempunyai nilai-nilai agama.Malah, remaja sekarang
suka memandang rendah tentang hukum hakam islam dan mereka
lebih terikut dengan gaya barat dan cara mereka sendiri. Selain
itu, mereka juga tidak mempunyai perasaan malu apabila mereka
berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang kasar dan
mengaibkan kepada diri mereka sendiri ataupun orang lain.
Masyarakat dulu, penuh dengan percakapan sopan-santun,
lemah-lembut, dan sebagainya malah masyarakat sekarang sudah
lenyap dengan budi-bahasa mereka. Buku ini juga mempamerkan

tentang adat-adat resam masyarakat melayu. Sebagai contoh, adat
bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan, dan juga adat
kematian. Mereka sangat menitik beratkan tentang adat-adat
seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita sebagai masyarakat
melayu perlulah mengambil tahu tentang adat-adat seperti ini
supaya tidak lapuk dan terpesong jauh. Akhir kata, saya sangat

setuju dengan apa yang terkandung dalam buku ini dan buku ini
amat berguna kepada semua individu. Tidak kira muda atau tua
kerana buku ini memberi manfaat dan pengajaran buat kita
semua. Sekian, terima kasih.
January 11, 2011 at 12:49 AM

Aisyah Tarmizi said...
Orang Melayu sekarang ternyata berbeza dengan yang dahulu.
Lebih-lebih lagi remaja. Remaja dahulu sangat mematuhi adat
budaya nenek moyang mereka dan juga ajaran agama Islam.
Mereka tidak perlu disuruh atau diajar kerana perkara itu sudah
sebati dalam diri mereka. Namun, apabila dunia kian moden, adat
budaya orang Melayu juga menjadi ‘moden’. Tidak ada lagi
kata-kata lemah lembut yang dilemparkan. Malah, percakapan
kasar yang diketengahkan. Lebih menyedihkan, perlakuan ini
turut dilakukan oleh remaja terhadap orang yang lebih tua dari
mereka. Perbuatan itu sangat kurang ajar namun ia dipandang
remeh oleh masyarakat. Mengeluarkan kata-kata kesat juga bukan
lagi perkara yang baru dan memalukan. Perkara ini selalu
dikaitkan dengan remaja. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini ada

juga ibu bapa mula menggunakan kata-kata kesat dan
dilemparkan pada anak-anak ketika mereka marah. Anak-anak
akan berasa sedih berikutan perkara ini. Mereka juga akan
terdorong untuk berbuat demikian. Dari segi perlakuan, seks
bebas, vandalisma dan banyak lagi sudah menjadi rutin
kehidupan. Mereka berbangga untuk melakukannya dan
memandang rendah kepada yang tidak melakukannya yang
dianggap ketinggalan zaman atau ‘kampung’.
January 13, 2011 at 5:42 AM

Z Faizal said...
Hang Tuah pernah berkata "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".
Ungkapan itu sememangnya benar, tetapi berdasarkan
pemerhatian orang ramai, ungkapan baru boleh dikeluarkan.

Ungkapan yang sememangnya kena pada masyarakt Melayu
zaman sekarang. "Takkan Melayu hilang di dunia, tapi apa
gunanya kalau kewujudan tidak dirasa", inilah ungkapan yang
dibarukan berdasarkan pemerhatian orang ramai. Sememangnya,
bila berkata tentang "Melayu" pasti ramai yang berkata bahawa

orang Melayu adalah pemegang janji "berbudi bahasa" seumur
hidup. Apakan daya, semua itu boleh dikategorikan sebagai "janji
kosong" lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan remaja. Remaja
(Melayu) kini tidak lagi seperti remaja zaman dulu. Kesedaran,
itu yang penting. Buku ini, sememangnya mampu menyedarkan
remaja-remaja Melayu kita. Nama buku ini sahaja juga boleh
dilihat bahawa buku ini mampu memberi kesedaran terhadap
orang ramai, apatah lagi isi kandungannya. Jangan biarkan
Melayu terus me-"LAYU".
January 13, 2011 at 8:39 AM
Post a Comment
Links to this post
Create a Link
Newer PostOlder PostHome

Dokumen yang terkait

FAKTOR–FAKTOR YANG MENJADI DAYA TARIK PENYIAR RADIO MAKOBU FM (Studi pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2003 UMM)

0 72 2

PENGARUH PENILAIAN dan PENGETAHUAN GAYA BUSANA PRESENTER TELEVISI TERHADAP PERILAKU IMITASI BERBUSANA (Studi Tayangan Ceriwis Pada Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Malang Jurusan Komunikasi Angkatan 2004)

0 51 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGGUNAAN HANDPHONE QWERTY DI KALANGAN MAHASISWA (Studi pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2008 Pengguna Handphone Qwerty)

0 37 44

Komunikasi antarpribadi antara guru dan murid dalam memotivasi belajar di Sekolah Dasar Annajah Jakarta

17 110 92

Perancangan Informasi Kampung Budaya Sindangbarang Melalui Media Infotainment MAP

2 40 50

Perilaku Komunikasi Waria Di Yayasan Srikandi Pasundan (Studi Deskriptif Mengenai Perilaku Komunikasi Waria di Yayasan Srikandi Pasundan di Kota Bandung)

3 50 1

Aplikasi dokumentasi foto online Dinas Komunikasi dan Informatika Jawa Barat

0 15 1

Daya Tarik Komunikasi Sales Promotion Girl Kosmetik Pond's Di Istana Plaza Dalam Meningkatan Jumlah Pembelinya

0 15 1

Peranan Komunikasi Antar Pribadi Antara Pengajar Muda dan Peserta Didik Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar ( Studi pada Program Lampung Mengajar di SDN 01 Pulau Legundi Kabupaten Pesawaran )

3 53 80