Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IP

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012
disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail,
Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan
Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab
© Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor
Kod Projek: UKM-PTS-031-2009
Latifah Abdul Majid (Ketua Projek), Ahamad Asmadi Sakat, Azwira Abdul Aziz,
Fadlan Mohd Othman, Mohd. Akil Muhamed Ali & Arif Mohd Nazri
Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK
Menyediakan graduan Pengajian Islam umumnya, dan pengajian Hadith khususnya,
sebagai graduan yang berkualiti serta selaras dengan kehendak semasa merupakan salah
satu agenda utama kerajaan Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia, menerusi polisi
pendidikannya sentiasa menitikberatkan keperluan dan kepentingan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di pusat–pusat pengajian tinggi Islam. Di samping itu,
kerajaan juga menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi, setanding dengan

amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa. Justeru, dalam usaha melahirkan
graduan yang berkualiti menurut al-Qur’an dan al-Sunnah selaras dengan hasrat kerajaan ,
maka pengajian Hadith telah diajar/ modul di kebanyakan institusi pengajian tinggi Islam
khususnya di UKM dan UM, maka diharapkan para pelajar di institusi tersebut
dijangkakan mampu menguasai ilmu Hadith dengan baik, bercirikan insan yang kompeten,
berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Namun, perubahan dunia dan teknologinya yang pesat sedikit sebanyak memberi kesan
kepada pengajian ilmu-ilmu Islam terutamanya dalam bidang hadith. Bertitik tolak dari sini
maka kajian ini telah diusulkan bagi mengenal pasti keberkesanan dan kefahaman pelajar
dari sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi tersebut
PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH
Perubahan dunia dan teknologinya yang pesat sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pengajian ilmu-ilmu Islam terutamanya dalam bidang hadith. Di setengah-setengah tempat
bentuk pengajian yang dilakukan masih terikat dengan kaedah-kaedah lama tanpa melihat
kepada kaedah-kaedah yang terkini. Bahan-bahan yang diajar pula masih menggunakan
sumber-sumber klasik yang masih belum ditahqiq/kemaskini; menyebabkan merencatkan
pengajian hadith itu sendiri. Justeru, persoalan penting dalam penyelidikan ini ialah untuk
mencari kaedah terbaru dan terefektif bagi mengukuhkan lagi usaha pengajian dalam
bidang hadith dan cUlum al-Hadith di IPT umumnya dan di UKM khususnya.
MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek-subjek hadith di IPT dalam membantu melahirkan lebih ramai
1

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

graduan pengajian Islam umumnya, dan pengajian hadith khususnya, sebagai graduan yang
berkualiti serta selaras dengan kehendak semasa.
OBJEKTIF KAJIAN
1.

Untuk mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran hadith
terhadap pelajar

2.

Untuk mengenal pasti aspek perbezaaan dan persamaan pengajaran dan pembelajaran
hadith di UKM dan UM.

3.


Untuk mengenal pasti masalah dan langkah penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran hadith dalam konteks penguasaan ilmu hadith oleh pelajar.
LIMITASI KAJIAN

Limitasi Masa
Pengkaji memulakan proses temubual, mengedarkan soalselidik dan melakukan observasi
bermula dari 1 Januari 2010 sehingga 30 April 2009. Manakala analisis dokumen pula
dilakukan sepanjang kajian berlangsung.
Limitasi Tempat
Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya
(UM). Lokasi kajian ini dipilih adalah kerana kedua-duanya merupakam universiti yang
tertua di Malaysia. Pengajian hadith telah bermula seiring dengan penubuhan universitiuniversiti ini. Institusi juga ini dipilih sebagai mewakili institusi lain di Malaysia yang ada
pengajian hadith dan pengajian Islam.
Limitasi Kajian
Skop penyelidikan ini hanya memberi fokus mengenai proses pengajaran dan pembelajaran
hadith sahaja. Aspek-aspek lain seperti pencapaian akademik tidak diberi fokus.
Limitasi Tahap
Penyelidikan ini hanyalah tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran hadith di
peringkat prasiswazah sahaja.

METODE KAJIAN
Kajian berkaitan pengajian hadith di UKM dan UM, pengajaran dan pembelajarannya
berdasarkan kepada dua kaedah kajian utama, iaitu kaedah kajian analisis dokumen
(kepustakaan) dan kajian lapangan. Kedua-dua kaedah ini dimanfaatkan demi memperoleh
satu hasil yang dapat dipertangungjawabkan.

2

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

Analisis Dokumen
Kajian analisis dokumen ialah satu kajian ‘utama’ dalam memperoleh bahan-bahan yang
mengandungi sejarah perkembangan hadith semenjak zaman Rasulullah s.a.w sehingga
kini di Malaysia seperti buku-buku, penulisan ilmiah dan tesis serta kajian-kajian
penyelidik sebelum ini yang mengkaji korikulum dan pengajian hadith akan dibaca dan
bahan-bahan ini merupakan asas dalam memulakan kajian.
Analisis dokumen juga digunakan di dalam bab perbincangan bertujuan menambahkan
data-data bagi melengkapkan dan mengukuhkan lagi fakta-fakta di dalam kajian ini.
Bahan-bahan tersebut didapati beberapa buah perpustakaan seperti:
1.


Perpustakaan Pusat Pengajian Tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti Malaya.

2.

Perpustakaan Pusat Islam Kuala Lumpur.

Kajian Lapangan
Kajian penilaian pengajaran dan pembelajaran hadith di institusi-institusi pengajian di
Selangor amat memerlukan pengumpulan data di lapangan. Sehubungan itu, metode
pengumpulan data jenis semak akan digunakan di samping menggunakan beberapa teknik
yang berkaitan dengan metode itu. Antara teknik yang dimanfaatkan untuk mendapatkan
data di lapangan ialah i) soal selidik ii) temu bual dan iii) pemerhatian dan pengamatan.
Soal Selidik
Instrument soal selidik adalah antara instrument yang dilakukan oleh pengkaji. Melalui
instrument ini maklumat sebenar berkaitan persoalan kajian diperolehi tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana pihak. Seramai 47 orang pelajar yang berumur di antara 21 tahun hingga
27 tahun daripada kedua-dua universiti ini dipilih sebagai responden untuk menjawab
borang soal selidik yang disediakan. 47 orang pelajar dipilih adalah berdasarkan Jadual

Kadar Populasi dan Sampel (Ahmad Sunawari 2008: 77).
Pengkaji menyentuh beberapa persoalan seperti latar belakang responden, beberapa
penyataan mengenai pendekatan, pengkaedahan pengajaran, sukatan matapelajaran,
penilaian pengajaran dan keberkesanan P & P yang digunapakai serta beberapa pernyataan
tentang permasalahan yang sering mengganggu proses P & P. Borang soal selidik ini
menggunakan kedua-dua bentuk soal-selidik iaitu soalan berstruktur dan tidak berstruktur.
Skala Likert digunakan bagi soalan berstruktur (Ahmad Sunawari 2008: 59-61). Borang
soal selidik diedarkan kepada responden dengan cara:
Mengedarkan borang soal selidik, membaca dan menerangkan item yang tidak difahami
kepada responden untuk mengisi borang tersebut dan meminta responden mengembalikan
borang tersebut setelah diisi.
Setelah borang soal selidik itu dipenuhi, pengkaji mengumpulkan segala data-data,
kemudian dianalisis dan seterusnya dibuat keputusan serta kesimpulan daripada data-data
tersebut.

3

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

a.


Temu bual
Temubual dilakukan ke atas tenaga pengajar, pentadbir dan juga para pelajar. Ini
adalah kerana mereka mewakili kolerasi guru yang mengajar subjek berkenaan.
Temubual ini dilakukan bagi mendapatkan penjelasan dan penilaian mereka
mengenai korikulum dan pengajaran hadith. Pandangan mereka berhubung dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran hadith yang diguna pakai oleh institut mereka
turut diteliti. Selain itu, masalah-masalah yang menganggu proses P & P hadith
yang dihadapi oleh instutisi berkenaan turut ditinjau. Temubual ini dijalankan
secara hubungan dua hala (face to face) dan direkodkan menggunakan MP4.

b.

Instrument Pemerhatian dan Pengamatan (Observasi)
Pengkaji membuat observasi ke atas responden di universiti terbabit semasa
program pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dilakukan menggunakan
instrument pemerhatian mekanikal iaitu menggunakan kamera digital untuk
mendapatkan gambaran sebenar (Ahmad Sunawari 2008: 54). Perkara ini penting
kerana dengan cara ini pengkaji dapat mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di
universiti tersebut.

ULASAN KEPUSTAKAAN

Kajian pengajian hadith khasnya pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi
di Selangor boleh dikatakan amat terbatas. Setakat ini kajian yang terdahulu hanya
menumpukan pada tempat-tempat tertentu tanpa ada kajian secara kolektif dan tiada
perbandingan dilakukan terhadap pengajian hadith di IPT. Kajian awal dirintis oleh Latifah
Abdul Majid (2000) menyentuh secara langsung aspek pengajaran dan penulisan di Jabatan
Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah di UKM. Kajian beliau mengupas sistem pengajaran
Hadith di Jabatan tersebut.
Namun, kajian ini tidak menyerlahkan satu analisis menyeluruh sistem pengajaran dan
pembelajaran di IPT memandangkan beliau hanya memanfaatkan data terkumpul dengan
memberikan tumpuan kepada pembelajaran hadith di UKM sahaja. Walaubagaimanapun,
kajian ini memberikan input yang terlalu ringkas dan lebih terfokus kepada pengajian
hadith di institusi UKM dan hal ini amat bersesuaian pun dengan tajuk yang diutarakan.
Tegasnya di sini, bahawa persoalan pengajaran dan pembelajaran hadith di UKM dan UM
belum disentuh oleh mana-mana pengkaji sebelum ini.
PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT)
Persidangan dan Penerbitan
1.


Latifah Abdul Majid. Pengajian Hadith di IPTA. Seminar Pemantauan Penyelidikan
dan Penerbitan Fakulti Pengajian Islam 2010. Prosiding Seminar Pemantauan
Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Pengajian Islam. 06 Disember 2010, Hotel
Equaturial,Bangi.

2.

Latifah Abdul Majid & Noor Atiqah Abdul Rahman. Pengajian Hadith di UKM.
Seminar Serantau Pendidikan Islam, 24-25/July/2010, Universiti Pendidikan Sultan
Idris
4

PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012

3.

Latifah Abdul Majid dan Wan Noraini Wan Yusuf. 2009. Pendidikan al-Qur`an dan
al-Sunnah Di Sekolah Menengah Agama Di Malaysia: Satu analisis tahap
keberkesanannya di daerah Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar Serumpun IV,
UKM-UNHAS. 4-5 July 2009.


4.

Latifah Abdul Majid, Sabri Mohamad dan Noor Atiqah Abd Rahman.2009. Sistem
pembelajaran dan kaedah hafazan al-qur`an di Malaysia: Satu tinjauan awal.
Prosiding Seminar Serumpun IV, UKM-UNHAS. 4-5 July 2009.

5.

Bengkel Penyediaan dan Pemantapan Artikel Jurnal ISI/SCOPUS. 8 Julai 2011.
Residence Hotel at UNITEN, Kajang, Selangor.

Modal Insan
a)

Latihan Ilmiah: Pemahaman dan Pengaplikasian Ilmu Hadith: Kajian di Jabatan
Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah

5


Dokumen yang terkait

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

PERANAN ELIT INFORMAL DALAM PENGEMBANGAN HOME INDUSTRI TAPE (Studi di Desa Sumber Kalong Kecamatan Wonosari Kabupaten Bondowoso)

38 240 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24