PERANG DUNIA sebagai pintu PERTAMA

NAMA PENSYARAH

:

PM. DR ABD RAHMAN TANG ABDULLAH

KURSUS

:

AJ21103 - SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA

PROGRAM

:

HA 24 – SEJARAH

TAHUN


:

3 (2014/2015) SEMESTER 1

SOALAN NO.2

:

SEJARAH PERANG DUNIA PERTAMA

NAMA AKLI KUMPULAN

:

BIL

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK


1.

PATHNA RANI BINTI ZULKIFLI

YA 2012-2066

2.

FISABELLAH BINTI JOHN

YA 2012-2067

2.0

PENGENALAN
Perang Dunia Pertama telah bermula pada 28 Julai 1914 hingga 1 November

1918 lagi dan hanya berlaku dalam kalangan Negara-negara di Eropah sahaja. Antara
Negara-negara Eropah yang terlibat ialah Jerman, Britain, Russia, Peranchis, AustriaHungary, Serbia, Italy, Belgium dan Turki. Selain itu, negara-negara di Asia dan Afrika
juga turut dilibatkan secara tidak langsung kerana wilayah kedua-dua benua

tersebut menjadi rebutan dalam kalangan negara-negara Eropah. Hal ini kerana,
negara-negara Eropah tersebut ingin menjadikan kedua-dua benua tersebut sebagai
tanah jajahannya. Perang Dunia Pertama ini telah melibatkan dua pihak iaitu Triple
Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Pada
akhirnya Triple Entente yang dipimpin oleh Russia telah berjaya menewaskan Triple
Alliance yang diketuai oleh Jerman. Perang dunia pertama turut mengakhiri sistem
pemerintahan Monarki Absolutisme di Eropah. Selain itu, perang dunia pertama
telah menjadi penyebab Revolusi Rusia yang diikuti oleh revolusi negara Tiongkok
dan cuba.

3.0

FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA
3.1

Kegagalan Sistem Pakatan

Terdapat banyak faktor yang telah menyumbang kepada tercetusnya Perang
Dunia Pertama iaitu kegagalan sistem pakatan. pakatan ini terbentuk pada tahun
1870 apabila Jerman (prusia) berjaya mengalahkan perancis. Walaubagaimanapun,

kegagalan sistem pakatan dalam mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan
Negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab berlakunya Perang Dunia

Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah telah terbahagi
kepada dua kuasa iaitu Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman dan Triple Entente
yang diketuai oleh Russia. Tujuan pakatan ini adalah bagi menghalang mana-mana
kuasa menjadi lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem pakatan ini
telah berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan Negara-negara di
Eropah sehinggalah tahun 1900.
Menjelang abad ke-20, sistem pakatan ini tidak lagi sesuai digunakan
disebabkan wujudnya persaingan Negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh
di rantau Balkan, setelah jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, Jerman bertindak
untuk meluaskan lagi tentera lautnya yang akhirnya menimbulkan kebimbangan
Britain dan tindakan Perancis yang meminta bantuan Russia dengan cara
peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine. Perkara ini telah
menimbulkan ketidakstabilan politik di Eropah dan berlaku pergolakan antara tahun
1911 hingga tahun 1914 di Negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan
Turki jelas menunjukkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara untuk
mengawal Negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak lagi berkesan digunakan apabila

Serbia yang disokong oleh Russia telah bergiat bebas dengan menggunakan
ketenteraannya. Austria-Hungary dan Russia telah bertindak menguasai Selat
Bosporus dan Istanbul untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam
kalangan bangsa Slav dan tindakan Russia untuk mencari jalan keluar bagi angkatan
lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah.
3.2

Imperialisme Ekonomi

Pada akhir abad ke 19, Negara-negara Eropah telah mula mencari tanah
jajahan baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah
seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Hal ini telah menyebabkan wujudnya
persaingan antara Negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah jajahan tidak
kira di benua Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Jerman dan Itali yang masih belum
mempunyai

tanah

jajahannya


telah

berusaha

bersungguh-sungguh

untuk

mendapatkan tanah jajahannya. Hal ini telah memaksa Jerman untuk memulakan
tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada Negara-negara yang
disangkakan lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890an. Manakala,
Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan cara
menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan yang baharu
yang dikenali sebagai Libya.
Tindakan Jerman telah menimbulkan kebimbangan pihak Britain dan
Perancis terutamanya apabila Jerman bertindak memperbesarkan angkatan lautnya.
Selain itu, tindakan jerman menjual barangan mereka dengan harga yang murah di
pasaran antarabangsa telah menjejaskan pasaran barangan Britain. Oleh itu, Britain
juga telah mengambil inisiatif dengan memperkuatkan angkatan lautnya untuk
melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsa Jerman yang

diandaikan mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan
Perancis, terutamanya dalam pengeluaran besi pada tahun 1900. Pada tahun 1911,
Perancis berusaha untuk menandingi kekuatan Jerman di Morocco sehinggakan
hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah
telah menyebabkan munculnya negeri-negeri slav yang baru seperti Serbia dan
Bulgaria. Akibat daripada semangat nasionalisme yang begitu tinggi, negeri-negeri

kecil tersebut telah berjaya mengalahkan Turki dan Turki telah keluar dari Eropah
pada tahun 1913. Keadaan ini telah dirumitkan lagi apabila kuasa-kuasa besar
seperti Austria-Hungary dan Russia telah berminat untuk mendapatkan pengaruh
politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina
dan matlamat seterusnya adalah untuk menguasai Serbia. Namun, bagi menghalang
serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia telah Berjaya mendapatkan sokongan
Russia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki.
Hal ini telah mendorong kepada meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.
3.3

Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan

Perlumbaan senjata telah berlaku di Jerman, Britain dan Perancis yang telah

membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di
Jerman dan Coventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun 1906, Britaiin telah
berjaya menghasilkan sebuah kapal perang yang sangat hebat, tercanggih dan
berkuasa tinggi di dunia ketika itu HMS Dreadnought bagi menyaingi angkatan
tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukan perbelanjaan yang besar. Pada
tahun 1908 hingga tahun 1914, kuasa-kuasa besar seperti Jerman, Britain, Russia
dan Austria-Hungary telah menambahkan lebih 50% perbelanjaan ketenteraan
terutama apabila golongan tentera ini semakin berpengaruh dalam bidang politik
dan pentadbiran sesebuah Negara. Rakyat Jerman telah memberi sokongan terhadap
pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan anggota
tentera sangat ketara selepas tahun 1900 iaitu Rusia memiliki 1.3 juta tentera,
Jerman mempunyai 900 000 tentera, Perancis 900 000 tentera telah menambahkan
ketegangan yang sedia ada dan perang tidak dapat dielakkan lagi.

3.4

Idea dan Pendidikan

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa Negara Eropah telah
meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya telah mewujudkan hasrat ke arah

peperangan. Sistem pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa
Jerman yang telah berjaya menyuburkan semangat cintakan Negara dalam kalangan
generasi muda. Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan
untuk mengaggungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota
sehinggakan rakyat Jerman percaya mati di medan pertempuran adalah lebih baik
daripada mati di atas katil, malahan nama mereka yang terkorban akan terpahat di
tugu peringatan.
Manakala, di Perancis pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912
telah mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan
rakyatnya diingatkan agar membuat persiapan yang sewajarnya. Semua pelajar
didedahkan tentang kewajipan mempertahankan Negara mereka. sistem pendidikan
yang berteraskan semangat patriotisme dan mengagungkan peperangan menjadi
faktor pendorong kepada tercetusnya perang dunia pertama antara negara-negara
Eropah.
3.5

Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand

Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta
Austria-Hungary dan isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh

seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand apabila tidak
mengentahkan amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia yang berketurunan Serb
agar tidak melawat Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntut oleh

Serbia, sebuah negara Balka yang kecil yang telah menjadi tempat pembunuhan yang
dirancang. Pembunuhan ini telah menjadi sebab serta merta meletusnya Perang
Dunia Pertama apabila Kerajaan Austria telah mengambil peluang melalui peristiwa
pembunuhan ini bagi menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia telah lama
menghasut rakyat Austria yang berbangsa Arab untuk membebaskan diri daripada
pemerintahan Austria. Tindakan Austria telah mendapat sokongan sekutunya iaitu
Jerman. Melihat daripada keadaan tersebut, Rusia telah memberi amaran kepada
Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang gusar dengan
perkembangan tersebut telah meminta Rusia untuk menghentikan persiapannya.
Namun, Rusia enggan menuruti saranan Jerman dan telah menyebabkan Jerman
telah mengistiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya 1 ogos 1914.