Mengenal pasti kejayaan sesuatu produk d

Pengurusan Seni Persembahan
Tugasan: Soalan 1
BAGAIMANA ANDA HENDAK MENGENAL PASTI KEJAYAAN SESUATU
PRODUK DARI PRODUKSI TEATER?
Nor Shahrima Binti Zailani (P77477)
Encik Mohd Yuszaidy Bin Mohd Yusoff
Program Pengurusan Persembahan Seni
________________________________________________________________________
Seni teater merangkumi seni gerak (lakonan, tarian dan pergerakan), seni suara
(nyanyian, pertuturan dan muzik) dan seni tampak (kod-kod visual). (2007: 180).
Kegemilangan sebuah teater dalam satu produksi bukan satu perkara yang lazim disebabkan
kelompok yang meminati bidang teater sama ada sebagai penonton atau pihak produksi tidak
seramai mereka yang giat berkarya dalam dunia perfileman. Sehubungan itu, kejayaan sebuah
teater boleh dikenal pasti melalui beberapa faktor yang dipelajari secara teori dan dipraktikkan
dalam satu pementasan. Faktor tersebut adalah skrip, pelakon, pengarah, pengurusan, bajet,
tempat pementasan, publisiti dan pemasaran, penonton dan tiket yang menentukan samada
sesebuah teater itu berjaya mahupun tidak dalam mementaskan persembahan.
Faktor yang pertama adalah skrip. Sebelum menjayakan mana-mana pementasan teater
untuk dipentaskan, pemilihan skrip sangat penting. Setiap naskhah yang ingin diketengahkan
harus mempunyai nilainya tersendiri termasuklah nilai komersial yang tinggi. Cerita yang
dihasilkan terbahagi kepada dua iaitu jalan cerita yang ringan dan fokus kepada hiburan

semata-mata manakala yang kedua adalah cerita yang mempunyai jalan cerita yang lebih berat.
Tetapi kedua-dua jalan cerita ini mempunyai mesej yang sama iaitu menyampaikan mesej
bersimpulkan isu semasa yang berkeliaran dengan masyarakat umum. Dewasa ini, penonton
lebih bijak dalam membuat pilihan dan menginginkan sebuah naskhah yang mempunyai mesej
membina untuk dipentaskan. Bukan lagi sebuah teater yang ringan serta menghiburkan tetapi
kurang peka dengan kemahuan umum.
Faktor kedua adalah pemilihan pelakon sangat penting untuk menarik minat penonton.
Pelakon juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, pelakon komersial yang mempunyai
ciri-ciri seperti artis popular, artis realiti TV yang sedang meningkat naik, penyanyi terkenal
1

dan pelakon yang mendapat anugerah. Kedua, pelakon teater sedia ada dan terlatih serta
sentiasa bersedia untuk memegang apa sahaja watak yang diberikan walaupun sekadar menjadi
watak yang berkeliaran. Bayaran yang ditetapkan juga berbeza kerana pelakon teater seringkali
dibayar dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada pelakon komersial. Jika diukur dari segi
bakat yang ada pada setiap seorang pelakon teater dengan pelakon komersial sedia tidak ubah
seperti langit dengan bumi. Walaupun begitu, jumlah pelakon komersial yang sememangnya
berbakat dalam bidang teater tetap mampu mewarnai bidang teater. Pihak produksi yang
memerlukan pulangan dari segi wang ringgit akan berhabis pada pelakon terkemuka atau yang
mempunyai nilai populariti yang tinggi. Ini termasuk dalam tujuan produksi teater sendiri iaitu

memperolehi pendapatan selain kejayaan persembahan, kepuasan bekerja dan memenuhi
tuntutan. Tidak ada produksi teater yang menginginkan satu persembahan yang sia-sia dan
tidak mendatangkan hasil pada seluruh kru produksi teater. Namun, peluang untuk pelakon
teater yang dilatih sekian lama pula semakin tenggelam dek kerana mereka cuma diberi watakwatak kecil selepas semua watak yang besar atau watak utama digalas oleh pelakon yang lebih
dikenali. Waima terpaksa berhadapan dengan bakat pelakon komersial yang tidak setimpal
dengan bakat pelakon teater sedia ada, pihak produksi lebih rela memilih pelakon komersial
untuk pulangan yang lebih meyakinkan. Ini juga memberi impak yang setimpal dengan kerja
keras kru produksi teater.
Faktor yang ketiga tidak jauh beza dengan pemilihan pelakon iaitu pengarah. Dalam
memilih pengarah juga terdapat dua jenis pengarah. Pertama, pengarah filem atau drama yang
popular dan juga pengarah teater yang sudah menempa nama dalam bidang teater. Kedua,
pengarah terlatih dengan pelbagai konsep dan ilmu pengarahan. Pemilihan pengarah juga
penting kerana akan menjadi bakal menjadi peneraju agar sebuah persembahan melangkaui
sangakaan penonton. Aura dan pengaruh yang dimiliki oleh seorang pengarah mempunyai
pengikut atau penyokongnya sendiri. Sehubungan itu, nama yang dimiliki oleh pengarah juga
membantu untuk mempromosikan teater dan menarik lebih ramai penonton untuk hadir. Selain
daripada itu, kegemilangan pengarah ternama ini mampu menarik pelakon yang diinginkan
oleh pihak produksi. Ini kerana, terdapat pelakon yang mempunyai target untuk berlakon di
bawah pimpinan pengarah yang dikagumi disebabkan kredibiliti oleh seseorang pengarah.


2

Seterusnya faktor yang keempat, selepas selesai dengan sesi pemilihan skrip, pelakon
dan pengarah adalah pengurusan produksi. Pengurusan produksi ini adalah satu bahagian yang
menjadi tulang belakang untuk merancang, menyusun atur tugasan dan mengawal tenaga kerja.
Bermula dari pra-produksi, pelbagai bidang yang diwujudkan agar tidak berlaku kecelaruan
dan mengurangkan perselisihan faham. Dalam klasifikasi sistem untuk satu teater sahaja
memerlukan pihak pengurusan untuk fokus dengan sistem pentadbiran yang lengkap.
Kepakaran setiap kru dititikberatkan untuk disusun mengikut bahagian masing-masing bagi
memudahkan segala urusan. Ketelitian setiap tenaga kerja melunaskan tugasan mereka mampu
memberi kesan yang positif dalam seluruh perjalanan produksi teater.
Faktor yang kelima adalah isu berkaitan bajet. Setiap kali satu pementasan teater
diberitahu kepada khalayak terutamanya pihak media, soalan umum yang tidak pernah lupa
adalah ‘berapa bajet untuk menjayakan teater ini?’. Walaupun sekecil mana jumlah wang yang
digunakan oleh satu produksi teater, nilainya memberi kesan kepada keseluruhan produksi.
Pemikiran yang tipikal selalunya begini, apabila diumumkan mengguna kos yang besar maka
mestilah teater yang dipentaskan sangat gah manakala sebaliknya akan mendapat kritikan awal
atau menimbulkan kesangsian terhadap hasilnya nanti. Ironinya, produksi yang mempunyai
peruntukan yang tinggi mendapat penaja yang besar dan banyak tetapi produksi yang
mempunyai peruntukan yang rendah tidak mendapat liputan meluas malahan untuk

memperolehi tawaran penaja atau mendapat kelulusan penaja sangat sukar. Realitinya begitu,
kos atau bajet yang tinggi menjadi nilai komersial kerana dari mula mendapat perhatian dari
pihak media sekaligus khalayak umum.
Bagi faktor yang keenam pula adalah tempat pementasan atau pentas yang digunakan.
Jumlah penonton yang mengenali jenis-jenis pentas rata-rata adalah penonton yang terdiri
daripada golongan penggiat teater, pensyarah teater ataupun pelajar teater sendiri. Selebihnya
adalah penonton yang menonton untuk melihat pelakon atau pengarah pilihan dan ada yang
datang disebabkan faktor tempat pementasan itu sendiri. Sebagai contoh nama Istana Budaya
bukan lagi nama tempat yang asing. Sebut sahaja akan membuat pementasan di Istana Budaya
pasti akan mendapat liputan yang meluas berbeza seperti dibeberapa tempat yang tidak
diketahui umum. Ini kerana bagi khalayak ramai tempat seperti Istana Budaya adalah tempat
yang esklusif dan melahirkan rasa kekaguman kepada penonton.
3

Untuk faktor yang ketujuh ialah publisiti dan pemasaran yang sememang ditugaskan
untuk menyebarkan berita tentang pementasan teater yang bakal dijalankan. Faktor ini kiranya
adalah antara faktor yang terpenting kerana tanpa sebarang penghebahan yang dibuat secara
rasmi yang dibuat beerti tiada sebarang sambutan yang muncul pada hari persembahan.
Biasanya pihak yang terlibat dalam bahagian ini akan membuat pengiklanan secara berkala
yakni tidak berhenti membuat hebahan sehingga tiba hari persembahan. Pengiklanan yang

lazim yang melalui dua medium iaitu media cetak dan media elektronik. Semakin besar kos
yang diperuntukkan, semakin besar iklan yang dihebahkan. Pihak yang terlibat dalam bahagian
publisiti dan pemasaran ini seharusnya mempunyai hubungan yang kuat dengan para wartawan
atau pihak yang terlibat dalam dunia penerbitan. Dari pihak produksi pula, setiap kru yang
terlibat sebolehnya menggunakan semua medium yang ada untuk terus menghebahkan kepada
umum secara meluas. Semakin kerap iklan dibuat, semakin besar kemungkinan untuk
mendapat penonton yang ramai.
Umpama seorang pelajar universiti yang gigih mengumpul mata GPA untuk
mendapatkan jumlah mata yang baik bagi menggulung segulung ijazah. Jika mata yang
dikumpul adalah sedikit pada setiap semester, jumlah CGPA pelajar tersebut tidak setinggi
yang diharapkan. Situasi pelajar tersebut tidak kurang beza dengan pihak produksi yang
menjual tiket tayangan. Penjualan tiket yang baik adalah sangat konsisten dan tidak terumbang
ambing. Tidak salah jika dapat disimpulkan kejayaan awal sesebuah produksi apabila berjaya
menjual lebih 80% tiket tayangan. CGPA bagi pihak pengurusan adalah kehadiran penonton
pada hari tayangan. Kejayaan bagaimana pihak produksi mempromosikan karya untuk
dipersembahkan dianggap berhasil. Dalam penjualan tiket juga melalui beberapa proses kerana
nilai sekeping tidak boleh terlalu mahal atau terlalu murah kerana penonton tidak akan datang.
Selari dengan perkembangan teknologi hari ini, penjualan tiket melalui beberapa cabang untuk
dijual kepada penonton. Seperti pembelian atas talian (online purchase) dengan menyebarkan
iklan secara meluas melalui iklan yang dibayar atau iklan di laman sosial produksi teater

sendiri. Kaedah seterusnya adalah menyertai pertandingan dengan menghasilkan satu
pertandingan yang menjadikan tiket persembahan teater sebagai ganjaran.
Contohnya, teater Badai Semalam yang mengangkat novel karya Khadijah Hashim, mencipta
sejarah apabila menjadi produksi terbitan Istana Budaya (IB) membuat kutipan tiket paling
4

tinggi dengan RM810,128 dan ditonton hampir 18,000 orang. Mohamed Juhari Shaarani,
Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan teater Badai Semalam mencatat kejayaan yang
besar sedangkan tidak pernah meletakkan harapan pada teater tersebut. Malah ia hampir
menyamai pencapaian yang diperolehi dari teater Natrah yang turut diterbitkan oleh Istana
Budaya sebelum ini. Ini adalah kejayaan tersebesar diperoleh teater terbitan bersama Frensis
Sdn. Bhd. yang sangat membanggakan.
Faktor kelapan dan yang terakhir semestinya penonton yang hadir pada hari
persembahan diadakan.Terdapat beberapa jenis penonton iaitu penonton akademik, aktivis
teater, peminat fanatik dan penonton hadir sekadar suka-suka. Jumlah penonton akademik
biasanya mengambil 10% dari keseluruhan jumlah penonton dan mereka akan memerhati,
menilai dan menyebarkan tentang persembahan teater yang ditonton. Aktivis teater adalah
golongan yang suka memberi sokongan kepada sahabat yang terlibat dalam produksi teater
tersebut tanpa mengira sebesar atau sekecil mana tugas yang digalas malahan tetap akan
memberi pujian walaupun hasil yang diharapkan tidak seperti yang diharapkan. Peminat

fanatik adalah mereka yang meminati pelakon yang terlibat dan hadir semata-mata untuk
melihat lakonan pelakon berkenaan di atas pentas. Penonton suka-suka ini selalunya lebih dari
separuh pononton yang hadir dan mereka sekadar mengisi masa lapang atau mengikut trend
masa kini. Tetapi menurut Angela Osborne dan Ruth Rentschler (2010), audiences are
increasingly interested in diversity of experience. Ini membuktikan bahawa penonton pada hari
ini semakin menyukai sesuatu yang baru untuk dijadikan pengalaman mereka. Walaupun
kehadiran mereka dengan pelbagai tujuan tetapi mereka sebenarnya membantu pihak produksi
dalam menjayakan teater tersebut.
Dengan jumlah kehadiran penonton, nilai kejayaan sebuah produksi teater sudah boleh mula
disimpulkan. Bukan sekadar jumlah penonton yang menjadi pengukur kejayaan sesebuah
produksi teater tetapi penerimaan penonton terhadap teater yang dipersembahkan. Samada
teater yang dipersembahkan melangkaui jangkaan mereka atau mengecewakan mereka.
Disebabkan hari tayangan memakan masa berhari-hari lamanya, komen dari penonton yang
hadir pada hari pertama sangat membantu atau menjatuhkan. Seperti yang sudah menjadi satu
kewajipan. setiap kali menghadiri mana-mana majlis termasuklah menghadiri pementasan
teater mereka pasti akan memuat naik gambar atau status menggunakan hashtag untuk
5

memberitahu tentang teater tersebut. Secara tidak langsung, respon yang bukan berunsurkan
akademik ini memberi bantuan kepada bahagian pemasaran dan orang ramai boleh membuat

andaian bahawa pementasan teater tersebut adalah sebuah pementasan yang berjaya dengan
kehadiran penonton yang ramai. Disamping itu, kritikan yang membina dari penonton
akademik dan pihak media lebih meyakinkan orang ramai.
Secara kesimpulannya, dalam perancangan melaksanakan satu pementasan teater
sebuah produksi teater harus mengambil tahu fungsi setiap aspek dan tahu untuk menggunakan
aspek-aspek tersebut bagi menjayakan sesebuah persembahan. Walaupun, ramai pelakon atau
pengarah yang berbakat tenggelam dalam dunia populariti tetapi refleksi peredaran masa
semakin menyebelahi mereka. Gabungan kesemua faktor tersebut akan melahirkan kejayaan
untuk sebuah produksi teater. Teater yang baik adalah teater yang bermutu dari semua aspek
dan mampu mendapatkan pulangan yang baik serta memberi kepuasan bekerja untuk kesemua
pihak produksi.

6

RUJUKAN
Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
O’Reilly D. & Kerrigan F.. 2010. Marketing The Arts: A Fresh Approach. London and New
York: Routledge
Shamsudin, R. I. (2011, November 24). Badai Semalam catat sejarah. Retrieved from Harian

Metro: http://www2.hmetro.com.my/articles/BadaiSemalamcatatsejarah/Article

7