Bengkel adalah satu bentuk perkongsian i

BENGKEL SENI
Bengkel dan kursus Seni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik (perbahasan
masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, universiti mahupun sebuah organisasi
oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan
melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil
kajian,dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

Bengkel adalah satu bentuk perkongsian ilmu secara akademik dan ilmiah .Kebiasaan
dilakukan oleh mereka yang profesional atau mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang
tertentu. Bengkel juga biasanya berfokuskan kepada sesuatu bidang dan melibatkan peserta secara
langsung.Bengkel diadakan untuk beri pendedahan kepada peserta tentang perkara atau tajuk yang
disampaikan secara ceramah, melalui aktiviti, dan perkongsian pengalaman.

Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan teknik perbengkelan iaitu pelajar akan dapat
meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan seni mereka. Sewaktu sessi bengkel dijalankan
penceramah dan peserta dapat berkongsi pengalaman melalui interaksi antara penceramah dan
peserta dan begitu juga peserta berinteraksi bersama peserta. Sewaktu interaksi ini juga akan
melibatkan dialog dan soal jawab di antara peserta dan penceramah atau peserta dengan peserta. Ini
secara langsung atau tidak langsung dapat memberi lebih kefahaman kepada peserta tentang sesuatu
konsep, prinsip dan kemahiran seni visual. Selain itu, akan wujud semangat kerjasama dan toleransi
sesama peserta atau penceramah secara praktikalnya. Akhirnya, melalui perbengkelan ini akan dapat

memupuk sifat kepimpinan dan pengurusan yang positif di kalangan urusetia dan ahli jawatan kuasa
yang terlibat.
Aktiviti perbengkelan ini juga mempunyai kelemahannya seperti aktiviti perbengkelan ini
perlu kepada perancangan yang rapi dan sistematik selain memerlukan kerjasama yang baik dari
semua ahli jawatankuasa penganjur. Aktiviti perbengkelan ini juga melibatkan kos yang tinggi dan
melibatkan infrastruktur yang banyak. Perancangan dan pelaksanaan projek melalui perbengkelan ini
juga mengambil atau melibatkan jangkamasa yang lama. Aktiviti tidak boleh dijalankan mengikut
kesesuai masa kita sendiri kerana para penceramah atau fasilitator perlu dimaklumkan lebih awal
untuk mendapatkan kesesuaian masa mereka dan penganjur.

Untuk menjalankan bengkel, terdapat beberapa proses yang perlu dijalankan. Di antara proses yang
terlibat adalah Proses pengumpulan maklumat. Pada peringkat ini peserta perlu mencari maklumat
berkaitan yang perlu digunakan untuk menjalankan bengkel. Sebagai contoh, perkara yang perlu
diambil kira ialah bila akan dijalankan, siapa yang terlibat dan siapakah yang akan menjadi
penceramah.
Pembentukan jawatankuasa

Kedua, Penyediaan kertas kerja pelaksanaan. Pada peringkat ini pihak pengurusan perlulah
menyediakan kertas kerja yang perlu agar dapat melihat kos, penglibatan, dan perkara perkara
berkaitan yang berkemungkinan diperlukan sewaktu bengkel dijalankan. Seterusnya, mereka yang

terlibat perlu membentuk jawatankuasa agar pengurusan dan perjalanan bengkel dapat dirialisasikan
dan dapat berjalan lancar.

Membentuk jawatankuasa kerja
Setelah jawatakuasa di wujudkan maka perlu pula akan pembentukan jawatankuasa kerja. Ini
menentukan perjalanan bengkel dilaksanakan dengan baik. Mereka juga perlu memastikan segala
peralatan, kelengkapan, tempat yang sesuai dan jumlah peserta yang terlibat diuruskan dengan baik.
Pengendalian mesyuarat
Untuk memastikan urusan berjalan lancar maka mesyuarat erlu diadakan kerana dengan adanya
mesyuarat akan dapat menentukan perjalanan bengkel dilaksanakan dengan baik. Sewaktu
mesyuarat pihak pengurusan akan dapat melihat keurangan dan keperluan yang mesti diadakan. Di
sini sessi sumbangsaran juga perlu diadakan untuk melihat perjalanan bengkel yang bakal diadakan.
Pelan tindakan
Pelan tindakan sememangnya perlu untuk menjalankan bengkel kerana tanpa pelan tindakan yang
baik perjalanan bengkel tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Di sini kita akan dapat menentukan
perjalanan bengkel dengan baik dengan adanya bahan , penglibatan peserta, tempat yang sesuai,
waktu dan hari dijalankan bengkel bersesuai dengan keperluan semua.