MENGENALPASTI FAKTOR FAKTOR YANG MENYUMB

MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG
KEPADA KEGAGALAN PELAJAR DALAM KURSUS
MATEMATIK KEJURUTERAAN 4 (BA 501) DI POLITEKNIK
IBRAHIM SULTAN.
1

Noor Syaheeda binti Mohd Safie
Politeknik Ibrahim Sultan
syaheeda78@gmail.com
2
Naksa binti Ahmad
Politeknik Ibrahim Sultan
nks_ahmad@yahoo.com
3

Faeizah binti Mohd Lajim
Politeknik Ibrahim Sultan
faeizah78@gmail.com

ABSTRAK
Setiap semester, pelajar di Politeknik dari program kejuruteraan diwajibkan untuk mengambil kursus

Matematik Kejuruteraan bagi memenuhi keperluan program diploma mereka. Di Polteknik Ibrahim
Sultan, pelajar kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
akan mengambil kursus ini.Walau bagaimanapun, kegagalan pelajar dalam kursusMatematik
Kejuruteraan berlaku setiap semester. Salah satu kursus yang berdepan dengan permasalahan ini adalah
Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) yang ditawarkan kepada pelajar semester 5. Kegagalan pelajar
dapat dilihat menerusi keputusan peperiksaan akhir semester Disember 2013 apabila seramai 29
daripada 347 orang pelajar gagal dalam kursus ini. Pelajar dari program Diploma mencatat pertausan
tinggi kegagalan kursus BA 501 iaitu DJK 17.5% dan DEM 19.2%. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar ini. Sehubungan itu, kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar yang
mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian
menunjukkan terdapat 4 faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam kursus BA
501. Faktor yang paling ketara adalah pada bahagian Kaedah Belajar di mana pelajar tidak berjumpa
dengan pensyarah bila berhadapan dengan masalah (Min = 3.58). Pelajar juga didapati tidak bertanya
kepada pensyarah sekiranya tidak faham (Min = 3.00) serta selalu tidur lewat (Min = 3.33). Faktor
berdasarkan sikap dan motivasi pula didapati pelajar mempunyai asas Matematik yang lemah (Min =
3.25).

Katakunci : Faktor, Pelajar, Gagal, Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)


1.0 Pengenalan
Matematik merupakan salah satu kursus penting yang diajar di politeknik. Pelajar
dalam jurusan kejuruteraan diwajibkan mengikuti kursus Matematik Kejuruteraan
bagi memenuhi keperluan program diploma di Politeknik. Salah satu kursus tersebut

adalah Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) yang ditawarkan kepada pelajar semester
5. Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester Disember 2013, masih ada
segelintir pelajar yang gagal dan mengulang (carry module)kursus ini.Keadaan ini
menyebabkan pelajar tidak dapat menamatkan program diploma mereka mengikut
masa yang ditetapkan. Berdasarkan kepada analisis CORR kursus BA501 untuk
semester Disember 2013, telah menunjukkan peratusan pelajar yang gagal adalah
seramai 29 orang daripada 347 orang pelajar yang mengambil kursus ini dengan
jumlah peratusan pelajar yang gagal adalah 8%. Walaupun secara keseluruhannya
peratusan dilihat sebagai rendah, namun terdapat dua program mempunyai peratusan
kegagalan yang agak tinggi iaitu program DEM (Diploma Kejuruteraan Mekatronik)
dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (19.2%) dan DJK (Diploma Kejuruteraan
Elektrik Kuasa (17.5 %) dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bagi mencapai sasaran
lulus 100%, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktorfaktor yang menyumbang kepada kegagalan pelajar dalam Matematik Kejuruteraan 4
(BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan.
1.1 Pernyataan Masalah

Terdapat kegagalan pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)bagi
setiap program kejuruteraan di Politeknik Ibrahim Sultan.Kegagalan ini dapat dilihat
menerusi keputusan peperiksaan akhir bagi semester Disember 2013 di Politeknik
Ibrahim Sultan.Ini akan mengakibatkan pelajar gagal bergraduasi mengikut masa
yang telah ditetapkan.
1.2 Objektif Kajian
Mengenalpasti faktor-faktor kegagalan pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan
4 (BA 501) di Politeknik Ibrahim Sultan berdasarkan :
i.

Tutorial/latihan yang dilaksanakan

ii.

Pensyarah dan kaedah pengajaran

iii.

Kaedah belajar


iv.

Persekitaran

v.

Sikap dan motivasi

vi.

Masalah peribadi

1.3 Skop Kajian
Pelajar dari program kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal yang gagal dan
mengulang(carry modul) kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501)di Politeknik
Ibrahim Sultan.
2.0 Metodologi Kajian
Seramai 51 responden terlibat dalam kajian ini melibatkan pelajar Carry Module bagi
modul Matematik Kejuruteraan 5 (BA501). Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar
Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Ibrahim Sultan.

Kaedah kuantitatif digunakan di dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian ini adalah
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik akan diberikan kepada setiap
responden. Penerangan diberikan terlebih dahulu bagaimana cara untuk menjawab
atau mengisi borang soal selidik tersebut.
Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian
A adalah berkenaan dengan latar belakang responden manakala Bahagian B adalah
Faktor-faktor Kegagalan Responden dalam Matematik Kejuruteraan 4. Skala likert 5
mata digunakan iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Setuju dan
Sangat Setuju.
Perisian SPSS versi 20 digunakan bagi menganalisis borang soal selidik yang telah
dijawab oleh responden. Analisa deskriptif digunakan dalam kajian ini dengan
mencari peratusan frekuensi dan min.

3.0 Kajian Literatur
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik adalah berbeza jika dibandingkan
dengan matapelajaran lain. Ianya melibatkan kemahiran mengira, daya pemikiran,
kreativiti yang tinggi serta kefahaman konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM,
1989). Di Politeknik, setiap semester pelajar akan mengambil kursus Matematik.
Pelajar dalam program kejuruteraan akan mengambil kursus Matematik Kejuruteraan.
Malangnya, setiap semester akan ada pelajar-pelajar yang gagal dalam kursus ini. Ini

termasuklah pelajar yang telah mengambil kursus BA 501.

Beberapa punca kegagalan boleh dikenalpasti dari kajian-kajian yang lepas.Merujuk
kepada penguasaan pelajar dalam matematik itu sendiri, didapati bahawa bahawa
pelajar lemah dalam proses penyelesaian masalah (Roselah, 2001) dan kurang mahir
dalam mengatur strategi (Tan Ten Nai dan Mohini Mohamed, 2003) selain dari kurang
kemahiran persepsi (Homan, di dalam Aminah Hj Samsudin, 2009). Pelajar yang rajin
membuat latihan dan sering membuat latih tubi mungkin tidak menghadapi masalah
bagi menyelesaikan soalan-soalan berkaitan penyelesaian permasalahan. Latihan yag
banyak sebenarnya secara tidak langsung memahirkan pelajar yang mahir dalam
strategi menjawab soalan. Sikap malas atau tidak minat belajar dan belajar hanya
untuk lulus (Asniza Abu Bakar, 2010) mengundang kepada kegagalan pelajar dalam
menguasai matematik sekaligus dalam soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
Pelajar seringkali merasakan matematik adalah subjek yang sukar. Jika ada soalan
yang tidak dapat diselesaikan, mereka akan berputus asa dengan cepat tanpa
melakukan ikhtiar lain seperti bertanya kepada rakan-rakan atau pensyarah. Ini
terbukti dari kajian yang menyatakan pelajar yang gagal mempunyai personaliti dan
tanggapan negatif terhadap matematik (Hudson,di dalam Sabri Ahmad, 2006).Pada
masa kini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek matematik di Politeknik
dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang lemah dalam subjek Bahasa

Inggeris didapatitidak mahir dalam bahasa yang digunakan dalam P&P Matematik
(Mohd Sarif dan Abdul Razak (1996). Apabila pelajar tidak faham soalan-soalan yang
diberi, ini membantutkan perasaan pelajar untuk menyelesaikan soalan-soalan
tersebut. Faktor lain yang dikenalpasti adalah pelajar yang tidak mempunyai asas
yang kukuh dalam matematik sewaktu di sekolah terutama bagi subjek matematik
tambahan, di samping kaedah pengajaran pensyarah yang kurang berkesan dan
penerimaan pelajar dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah selaras dengan
kajian (Yuzi, 2003) berkenaan latarbelakang pendidikan terdahulu, pengajaran
pensyarah dan kesediaan pelajar.
Oleh itu kajian ini akan memberi fokus kepada faktor-faktor yang menyumbang
kepada kegagalan pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan 4 (BA 501) di
Politeknik Ibrahim Sultan. Berdasarkan faktor-faktor yang dikenalpasti, pelajar dan
pensyarah itu sendiri boleh melakukan perubahan dengan mengatur strategi-strategi

yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi peratusan pelajar yang lulus dalam
subjek Matematik umumnya dan Matematik Kejuruteraan 5 (BA501) khususnya.
4.0 Dapatan
4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden
4.1.1Taburan responden mengikut jantina
Berdasarkan Rajah 1, 86.3% responden (44 orang) adalah terdiri daripada pelajar

lelaki dan 13.7% responden (7 orang) adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Responden Mengikut Jantina

PERATUS

100

86.3

80
60
40

13.7

20
0
LELAKI


PEREMPUAN
JANTINA

Rajah 1 : Peratus responden mengikut bangsa

4.1.2 Taburan responden mengikut bangsa
Rajah 2 menunjukkan 94.1% responden (48 orang) adalah berbangsa Melayu, 3.9%
responden (2 orang) adalah berbangsa India dan 2% responden (1 orang) berbangsa
selain daripada Melayu, Cina dan India.

Responden Mengikut Bangsa

PERATUS

100

94.1

80
60

40
20

0.0

3.9

CINA

INDIA

2.0

0
MELAYU

LAIN-LAIN

BANGSA


Rajah 2 : Peratus responden mengikut bangsa

4.1.3 Taburan responden mengikut jabatan dan semester pengajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar diploma kejuruteraan iaitu pelajar-pelajar
dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Merujuk
kepada Rajah 3, peratus responden dari kedua-dua jabatan adalah lebih kurang sama.
Semua pelajar yang terlibat dengan kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
mengulang kursus Matematik Kejuruteraan 4. Majoriti responden adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 7 iaitu seramai 15
orang (29.4%) diikuti dengan 13 orang (25.5%) pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan
Elektrik semester 6, 12 orang (23.5%) pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan Elektrik
semester 7 dan 8 orang (15.7%) pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan Mekanikal
semester 6. Hanya seramai 3 orang responden (5.9%) merupakan pelajar –pelajar
diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 8.

Responden Mengikut Jabatan
dan Semester Pengajian
29.4
30

25.5
23.5

PERATUS

25
20

15.7

15
10

5.9

5
0
SEMESTER PENGAJIAN DAN JABATAN

Rajah 3 : Peratusan responden mengikut jabatan dan semester pengajian

4.2 Bahagian B: Faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Matematik
Kejuruteraan 4
Kesemua respon bagi item-item dalam bahagian B borang soal selidik dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS versi 20. Penganalisaan dilakukan secara
deskriptif iaitu dengan mencari peratusan frekuensi dan min. Dapatan yang diperolehi
adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Dapatan Borang Soal Selidik

Kaedah Belajar

Pensyarah dan Kaedah Pengajaran

Tutorial/Latihan

Item
1.1. Saya tidak menyelesaikan tutorial yang
diberikan dalam tempoh yang
ditetapkan
1.2. Saya meniru hasil kerja kawan untuk
menyiapkan tutorial
1.3. Saya tidak membuat latihan tambahan
yang diberikan oleh pensyarah
1.4. Saya tidak membuat soalan-soalan
peperiksaan akhir semester lepas
2.1. Saya tidak suka pensyarah yang
mengajar
2.2. Saya tidak faham apa yang diajar oleh
pensyarah
2.3. Pensyarah tidak banyak memberikan
contoh soalan semasa mengajar
2.4. Pensyarah tidak menerangkan dengan
terperinci
2.5. Pensyarah tidak memberikan latihan
tambahan
2.6. Pensyarah tidak memahami masalah
saya
2.7. Saya sukar berkomunikasi dengan
pensyarah
3.1. Saya tidak berjumpa dengan pensyarah
bila berhadapan dengan masalah
3.2. Saya tidak bertanya kepada pensyarah
sekiranya saya tidak faham
3.3. Saya tidak mengulangkaji apa yang
telah dipelajari di dalan kelas
3.4. Saya selalu tidur lewat
3.5. Saya tidak memberi tumpuan semasa
pensyarah mengajar di dalam kelas
3.6. Saya tidak mencatat apa yang diajar
oleh pensyarah
3.7. Saya tidak suka belajar secara
berkumpulan

Peratusan (%)

Min

Tafsiran

5.9

2.25

Rendah

9.8

2.57

Sederhana

3.9

2.37

Rendah

5.9

2.24

Rendah

9.8

5.9

2.02

Rendah

17.
6

3.9

2.53

Sederhana

9.8

3.9

2.37

Rendah

9.8

2.0

2.33

Rendah

7.8

2.0

2.24

Rendah

7.8

2.71

Sederhana

2.90

Sederhana

3.58

Tinggi

9.8

3.00

Sederhana

3.9

2.92

Sederhana

23.
5

3.33

Sederhana

9.8

5.9

2.47

Rendah

5.9

3.9

2.20

Rendah

5.9

2.0

2.20

Rendah

STS

TS

KS

S

SS

33.3

27.
5

27.
5

7.8

25.
5
25.
5
35.
3
25.
5
37.
3
25.
5
33.
3
33.
3
35.
3
21.
6

37.
3
27.
5
11.
8
11.
8
23.
5
33.
3
31.
4
29.
4
19.
6
25.
5
17.
6
29.
4
35.
3
19.
6
29.
4
27.
5
29.
4

5.9

21.6
29.4
33.3
47.1
17.6
27.5
23.5
27.5
15.7
17.6
5.9
9.8
9.8
11.8
19.6
31.4
27.5

9.8
25.
5
23.
5
17.
6
35.
3
31.
4
35.
3

13.
7
13.
7

21.
6
23.
5
51.
0
25.
5
27.
5
27.
5

11.
8
15.
7

Peratusan (%)
Item

diMasalah PeribaNGA

Sikap dan Motivasi

Persekitaran

STS
4.1. Saya belajar di dalam kelas yang tidak
selesa
4.2. Saya belajar dengan keadaan
persekitaran kelas yang bising
4.3. Saya tidak berkawan dengan mereka
yang pandai matematik
5.1. Saya mempunyai asas Matematik yang
lemah
5.2. Saya tidak berminat dengan kursus
Matematik Kejuruteraan 4

Tafsiran

2.0

2.31

Rendah

3.9

2.43

Rendah

2.0

2.20

Rendah

9.8

3.25

Sederhana

2.0

2.0

2.29

Rendah

9.8

3.9

5.9

2.33

Rendah

19.
6
25.
5
27.
5
17.
6
19.
6
17.
6

13.
7

5.9

2.33

Rendah

7.8

2.0

2.08

Rendah

3.9

2.25

Rendah

7.8

2.76

Sederhana

11.
8

2.82

Sederhana

2.0

2.04

Rendah

9.8

3.9

0.0

3.9

1.33

2.0

2.0

2.0

2.0

1.20

25.
5
19.
6
25.
5

21.
6
21.
6
13.
7

9.8

11.
8

2.45

Rendah

3.9

3.9

1.90

Rendah

3.9

3.9

1.80

Rendah

7.8

5.9

0.0

2.0

1.27

Sangat
Rendah

KS

S

27.
5
25.
5
33.
3
13.
7
21.
6
27.
5
29.
4
25.
5
19.
6
21.
6
25.
5
19.
6

21.
6
27.
5
21.
6
33.
3
47.
1

17.
6
15.
7
11.
8
35.
3

82.4
92.2

31.4
27.5
31.4
7.8
27.5

5.3. Saya selalu ponteng kelas

52.9

5.4. Saya selalu datang lambat ke kelas

31.4

5.5. Saya malas untuk belajar

39.2

5.6. Saya selalu rasa mengantuk di dalam
kelas
5.7. Saya malu hendak bertanya di dalam
kelas
5.8. Saya suka bertangguh apabila diarahkan
untuk membuat sebarang tugasan
5.9. Saya tidak merasa bersalah jika tidak
menyiapkan tugas yang diberikan
5.10. Saya tidak kisah jika tidak lulus
peperiksaan
5.11. Saya tidak menghormati pensyarah
saya
6.1. Saya berhadapan dengan masalah
kewangan

Min
TS

37.3
23.5
19.6
47.1

31.4

6.2. Saya mempunyai masalah keluarga

51.0

6.3. Saya bermasalah dengan kawan-kawan

52.9

6.4. Saya mempunyai masalah dengan
teman wanita/lelaki

84.3

11.
8
29.
4
23.
5
13.
7

SS

Sangat
Rendah
Sangat
Rendah

5.0 Perbincangan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang menyumbang
kepada kegagalan Matematik Kejuruteraan 4 iaitu pelajar tidak berjumpa dengan
pensyarah bila mereka mempunyai masalah diikuti dengan pelajar selalu tidur lewat,
pelajar mempunyai asas matematik yang lemah dan pelajar tidak bertanya kepada
pensyarah sekiranya mereka tidak faham.
Kehidupan seorang pelajar sebenarnya adalah sangat mencabar. Terdapat banyak
masalah yang perlu mereka hadapi setiap hari termasuklah masalah pembelajaran,
masalah persekitaran, masalah sosial dan masalah kewangan. Mereka juga perlu
berdepan dengan masalah emosi kerana tinggal berjauhan dengan keluarga. Mueller
(1961) dalam Siti Aishah (2004), mengatakan bahawa kehidupan remaja atau belia di
IPTA merupakan tempat yang penuh dengan segala macam harapan dan cita-cita, di
samping medan untuk mempelajari sesuatu dengan cara yang lebih mendalam dan
khusus. Sebagai seorang mahasiswa, mereka tidak boleh lari dengan pelbagai masalah
yang dihadapi. Kesemua masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik akan
menyebabkan pelajar tidak dapat fokus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Adalah perlu untuk seseorang yang mempunyai masalah berkongsi masalah tersebut
dengan orang lain samada untuk mencari jalan penyelesaian atau sekadar meluahkan
perasaan. Kebanyakan pelajar malu untuk berkongsi masalah dengan orang lain
terutama dengan pensyarah. Ini adalah kerana mereka merasakan terdapat jarak yang
memisahkan mereka dengan pensyarah. Di sini peranan pensyarah sebagai kaunselor
perlu dilaksanakan. Dekati pelajar yang nampak tidak terurus, serabut, suka
mengelamun dan tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
baik.

Minta mereka kongsikan masalah mereka dan tawarkan bantuan sekiranya

mampu.
Menjadi kelaziman bagi remaja yang meningkat usia untuk tidur lewat dan bangun
lewat. Tetapi oleh kerana kelas bermula pada pukul 8.00 pagi, mereka perlu bangun
seawal 6.30 pagi setiap hari. Jumlah tidur yang tidak mencukupi menyebabkan
pelajar-pelajar merasa mengantuk dan tidak dapat fokus kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Tidur mencukupi memberi kesegaran kepada tubuh
badan untuk bergerak pantas dan membantu minda berfikir cergas (Hajah Farhana

Tarnudi, 2013). Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup
yang sihat termasuk masa rehat yang cukup supaya mereka kekal aktif di dalam kelas.
Kursus Matematik Kejuruteraan 4 terdiri daripada 6 topik iaitu pengembangan
binomial, siri kuasa, vektor, pecahan separa, jelmaan Laplace dan persamaan tidak
linear. Asas matematik yang kuat dalam indeks, log, pembezaan, pengamiran dan
lakaran graf sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam
Matematik Kejuruteraan 4. Sebenarnya, pelajar-pelajar telah pun dipersiapkan
dengan asas-asas tersebut semasa mereka mengambil kursus Matematik Kejuruteraan
1 dan Matematik Kejuruteraan 2. Tiada alasan asas matematik mereka lemah kerana
mereka hanya perlu mengulangkaji nota-nota sebelum ini dan membuat latihan di
rumah untuk menguasai kembali asas-asas matematik tersebut.
Malu bertanya sesat jalan. Itulah pepatah orang tua-tua apabila kita tidak tahu dan
tidak mahu bertanya. Kebanyakan pelajar memang tidak suka bertanya kepada
pensyarah bila mereka tidak faham. Mereka lebih selesa untuk bertanya kepada
kawan-kawan sekelas. Kajian yang dijalankan oleh Baharin Mesir (2006) mendapati
kebanyakan pelajar lebih gemar berbincang dengan rakan berbanding dengan
pensyarah. Tiada salahnya jika pensyarah sendiri datang kepada pelajar untuk
bertanya perkembangan pembelajaran mereka. Setiap kali aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlaku, pensyarah boleh memerhatikan gelagat pelajar yang seakan
mempunyai masalah. Cuba dekati pelajar tersebut dan terangkan dengan lebih
terperinci kepadanya.
6.0 Kesimpulan
Dari perspektif pelajar yang mengulang kursus, faktor-faktor utama yang
menyumbang kepada kegagalan Matematik Kejuruteraan 4 adalah pelajar tidak
berjumpa dengan pensyarah bila mereka mempunyai masalah diikuti dengan pelajar
selalu tidur lewat, pelajar mempunyai asas matematik yang lemah dan pelajar tidak
bertanya kepada pensyarah sekiranya mereka tidak faham. Walaupun kajian ini hanya
mengambil kira persepsi pelajar yang mengulang kursus, peranan pensyarah adalah
sangat penting untuk membantu dan membimbing pelajar-pelajar untuk mengatasi
faktor-faktor yang dilihat sebagai punca-punca kegagalan mereka.
Rujukan

Abd Aziz Omar (2002).Transformasi Masalah Matematik Berayat dan Ayat
Matematik Pecahan dalam Kalangan Murid Tahun 5. Projek Sarjana Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203, Kaedah
Pembelajaran Khas Matematik. Open University Malaya, Kuala Lumpur.
Asniza Abu Bakar (2010).Perlaksanaan Klinik Matematik di Politeknik Johor Bahru:
Panduan dan Kriteria Dalam Perlaksanaannya. Seminar Pendidikan Sains dan
Teknologi, Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang.
Baharin Mesir, Jamaludin Mohd Yatim, Azmahani Abd Aziz, Mohd Hidayat Jamal
dan Muzaffar Zainal Abideen (2006).Gaya hidup pelajar cemerlang dalam
persekitaran kampus. Kertas kerja terbitan eprints.utm.my.
Hajah Farhana Tarnudi. Jaga kualiti tidur untuk kekal sihat. Artikel terbitan Harian
Metro, 21 Oktober 2013.
Mohd Sarif Abd Manap dan Abd Razak Habib (1996).Pengiraan Peterjemahan dan
Penyelesaian Masalah dalam Matematik, Satu Kajian Tentang Kesediaan
Pelajar Tingkatan 1. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik, 20-21 Nov.
NCTM (1989).Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. New
York.
Roselah Osman (2001).Proses Penyelesaian Masalah Algebra di Kalangan Pelajar
Diploma di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.
Siti Aishah Bt Mohd Sabrie (2004). Faktor Kelemahan Pelajar dalam Peperiksaan
Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn: Tesis Sarjana.
Tan T. N. dan Mohini (2003). Kajian Kes Terhadap Jenis Tingkah Laku Metakognitif
Dalam Penyelesaian Masalah Matematik. Tidak diterbitkan
Yuzi binti Saidun (2003).Kajian Terhadap Punca-Punca Kelemahan Dalam Subjek
Matematik Kejuruteraan 3 di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik di KUiTTHO. Projek Sarjana, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn