IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)

(PIM 3102)

( PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

berketrampilan,

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada

dibenarkan sesiapa

mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR

DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

YANG

BERDAFTAR

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar v Pengenalan

vii Agihan Pembelajaran

ix

UNIT 1 : STRATEGI DAN PENDEKATAN

PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.

1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Strategi

UNIT 2 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Definisi

19 2.4 Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat

20 Kefahaman 2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

21 Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)

2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran 23 Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan) 2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

26 Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Kefahaman)

2.8 Rumusan 28

iii

UNIT 3 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIYYAH, ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH DAN PELAJARAN JAWI

3.0 Sipnosis 3.1 Hasil Pembelajaran

3.2 Kerangka Tajuk 3.3 Kaedah dan Teknik

31 3.4 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan

33 Pembelajaran Asas Ulum Sya’yyah 3.4.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran Akidah

33 3.4.2 Kaedah dan Teknik Pengajaran Ibadah

39 3.4.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran Sirah

46 3.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran Adab dan Akhlak

51 Islamiah 3.6 Kaedah dan Teknik pengajaran Jawi

UNIT 4 : PRINSIP PERKEMBANGAN ISI

PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

4.0 Sinopsis 4.1 Hasil Pembelajaran 4.2 Kerangka Tajuk 4.3 Definisi isi pelajaran

66 4.4 Cara menyusun isi pelajaran

67 4.5 Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran

68 4.6 Prinsip-prinsip isi pelajaran Pendidikan Islam

69 4.7 Rumusan

UNIT 5 : PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

5.0 Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Perancangan Pengajaran

75 5.4 Pelaksanaan Pengajaran

83 5.5 Penilaian

84 5.6 Refleksi Kendiri

89 5.7 Rumusan

91 Bibliografi

95 Panel Penulis Modul

97 Ikon Modul

iv iv

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

PENGENALAN MODUL

ASSALAMUALAIKUM WARRAH MATULLAH…! Selam at berin teraksi dengan m odul PIM 3102

Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh(PJJ). Modul ini dihasilkan Berdasarkan Pro Forma Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kursus Pedagogi Pendidikan Islam ini merupakan kursus major yang mengandungi dua bahagian iaitu teori dan amali yang melibatkan 30 jam interaksi dan 30 jam amali.Dalam modul ini 30 jam amali diberikan tugasan seperti yang terdapat di dalam nota bahagian Agihan Tajuk.Modul ini ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri . Dalam modul ini anda akan mempelajari: Unit 1:

Analisis strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

1.1 Jenis-jenis strategi dan pendekatan 1.2 epentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan

Yang sesuai dalam pengajaran

Unit 2: Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran. 2.1 Ayat Bacaan 2.2 Ayat Hafazan 2.3 Ayat Kefahaman

Unit 3: Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran : 3.1 Asas Ulum Syar’iyyah 3.2 Adab dan akhlak Islamiyyah 3.3 Pelajaran Jawi

Unit 4: Prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan

Islam. 4.1 Mudah kepada susah 4.2 Diketahui kepada belum diketahui 4.3 Maujud kepada mujarrad

4.4 Khusus kepada umum 4.5 Dekat kepada jauh

Unit 5: Panduan pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang. 5.1 Perancangan 5.2 Pelaksanaan 5.3 Penilaian

Modul ini dihasilkan dengan merujuk buku-buku muktabar sebagaimana Dinyatakan dalam bibliografi. Di dalam setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman anda terhadap isi modul,seterusnya memantapkan ilmu pengetahuan anda dalam pedagogi bagi semua bidang Pendidikan Islam Anda dikehendaki menyediakan jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, anda digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

Harapan panel penulis kursus ini dapat melahirkan guru-guru yang berkaliber dan berpengetahuan luas,berkemahiran tinggi serta mampu mengaplikasikan pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Selamat berjihad Panel Penulis Jun 2011

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: PIM 3102 / PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

JUMLAH JAM

INTERAKSI MENGIKUT TAJUK/TOPIK

PRO FORMA KURSUS

ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

 Difinisi Strategi  Jenis-jenis Strategi 1  Kepentingan dan kesan pemilihan

strategi yang sesuai dalam

pengajaran  Definisi Pendekatan  Jenis-jenis pendekatan  Kepentingan dan kesan pemilihan

pendekatan yang sesuai dalam pengajaran

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

 Definisi Kaedah 2  Definisi Teknik

Pemilihan kaedah dan teknik  Ayat Bacaan  Ayat Hafazan  Ayat Kefahaman

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN:

 ASAS ULUM SYAR’YYAH  ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH  PELAJARAN JAWI

3 Pemilihan kaedah dan teknik

 Akidah  Ibadah  Sirah  Adab dan Akhlak Islamiah  Pelajaran Jawi

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Menyesuaikan prinsip dengan semua bidang dalam sukatan

4  Mudah kepada susah  Diketahui kepada belum diketahui

 Maujud kepada mujarrad  Khusus kepada umum  Dekat kepada jauh

PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

 Perancangan  Pelaksanaan

 Penilaian Konsep, prinsip-prinsip dan format

perancangan

 Semester  Mingguan  Harian

Kaedah pelaksanaan dan penilaian pengajaran

(Pemurnian rancangan pengajaran)

30

JUMLAH

Nota: Amali 30 jam

1. Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan dalam bentuk RPH bagi satu sesi P&P 2. (Pensyarah akan tentukan mata pelajaran, bidang dan tajuk) 3. Pelajar dikehendaki membuat rakaman P&P di dalam bilik darjah semasa

di sekolah berdasarkan RPH tersebut. 4. Pelajar dikehendaki menghantar rakaman kepada pensyarah berkenaan pada interaksi ke lima.

UNIT 1 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.

1.0. Sinopsis

Bab ini memaparkan strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih strategi dan kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Justeru itu guru harus memilih kesesuaian tajuk dengan strategi dan pendekatan.

Unit ini mengandungi:

1. Analisis Strategi dan Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

1.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Membanding beza di antara strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

2. Membanding beza di antara strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.

3. Membanding beza di antara pendekatan bersepadu, induktif, deduktif,

elektif, berpusatkan murid, tematik dan qudwah hasanah.

4. Mengaplikasi pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.

2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada

sesi berikutnya.

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk

BERPUSATKAN GURU

strategi

BERPUSATKAN BERPUSATKAN BAHAN

MURID

Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Islam

PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN

ISLAM

EKLEKTIK BERSEPADU

QUDWAH HASANAH

TEMATIK

Rajah 2 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

Nota :

1.3. STRATEGI

1.3.1 Definisi Strategi

Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan pelaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan .

1.3.2 Jenis Strategi

Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah :

 Strategi berpusatkan guru  Strategi berpusatkan murid  Strategi berpusatkan bahan

1.3.2.1 Strategi berpusatkan guru

Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;

1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.

2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

 Demontrasi.  Syarahan/ Kuliah.  Bercerita.  Penerangan.

1.3.2.2 Strategi berpusatkan murid

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

 Kumpulan.  Inkuiri penemuan.  Perbincangan.  Penyelesaian masalah.  Bermain.  Simulasi.  Sumbangsaran.  Projek.  Main peranan.  Penyoalan.

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

1.3.2.3 Strategi berpusatkan bahan

Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai. BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai. BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara

 Ketepatan  Kejelasan  Keluasan  Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:  Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

 Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan

 Berpusatkan murid.  Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan

inovatif.  Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.  Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

 Audio-visual.  Pengajaran terancang.  Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.  Modul.  Penggunaan buku teks dan rujukan.

1.4. PENDEKATAN

1.4.1 Definisi Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik.

Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut : 

Memberi ilmu - kognitif 

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif 

Membina kemahiran dan amalan - psikomotor 

Memupuk dan menanam penghayatan – afektif 

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif 

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid 

Menyepadukan faktor dan nilai 

Merentas kurikulum 

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai 

Memotivasikan murid dalam pembelajaran

1.4.2 Jenis-jenis Pendekatan

Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

INDUKTIF

PEMUSATAN MURID

DEDUKTIF

PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM

EKLEKTIK BERSEPADU

QUDWAH HASANAH

TEMATIK

Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

1.4.2.1 Pendekatan Bersepadu

Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

Kecintaan terhadap

Perkembangan ilmu Potensi

Pelaksanaan Konsep

Kesinambungan

Penerapan Di Peringkat

Bersepadu Dalam P&P

Nilai Rendah

Pendidikan Islam

Kurikulum Gabungjalin

Dengan Kokurikulum

Perentasan

Mengaitkan

Dengan Masyarakat

Rajah 4 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Bersepadu

1.4.2.2 Pendekatan Induktif

Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.

Memerhati,

Contoh-contoh

Membuat khusus

Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif

Ciri-ciri pendekatan induktif:

1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan

2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan

3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran

4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit

5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru

6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan

7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

1.4.2.3 Pendekatan deduktif

Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Pilih

Memperkenal

teori/rumus,

teori/rumus,

Murid prinsip,

prinsip,

mengukuhkan hukum

hukum

Gunakan

pemahaman atau

atau

contoh-

tentang peraturan

peraturan

contoh

konsep barui

yang telah

berkaitan

diketahui

Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Deduktif

Ciri-ciri pendekatan deduktif:

1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi

2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks

4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

1.4.2.4 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

1.4.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid

Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.

1.4.2.6 Pendekatan Tematik

Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

1.4.2.7 Qudwah hasanah

Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

1.5 RUMUSAN STRATEGI

Mengambil kira segala memilih pendekatan,

Kebijaksanaan

Lebih mengambil kira

aspek pembelajaran kaedah dan teknik

objektif jangka

panjang

pengajaran berdasarkan objektif

PENDEKATAN

Cara mengajar

Mendokong berdasarkan

berlandaskan

Kenyataannya

sesuatu teori objektif

teori, prinsip

dianggap

atau model

benar tanpa

tertentu

memerlukan

bukti dan alasan

LATIHAN

Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai strategi dan pendekatan, jelaskan:

1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut.

Aktiviti Pembelajaran :

A Air Laut

Air Hujan

Air Sungai

Air Mata Air

Embun

Air Air Paip /Perigi Air

1. Berpandukan gambar-gambar di atas, cuba anda jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pendekatan deduktif.

2. Perhatikan gambar di bawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan Qudwah hasanah.

Sebagai ‘role Perlakuan guru sering menjadi

model’

ikutan murid-murid

perlakuan begini amat tidak sesuai dilakukan oleh guru

Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan

Guru perlu Mengamalkan Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?

kebersihan setiap masa

Guru perlu Mengamalkan kebersihan setiap masa

UNIT 2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN :  AYAT BACAAN  AYAT HAFAZAN  AYAT KEFAHAMAN

2.0. Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Unit ini mengandungi: Analisis kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah

al-Quran.

2.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Membanding beza di antara kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

2. Membanding beza di antara kaedah-kaedah yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilwah al-Quran seperti talaqqi, musyafahah, tasmik, gerak kerja, sambung bacaan, cuba jaya dan lain-lain.

3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.

2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana- mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

2.2. Kerangka Tajuk

KAEDAH P&P AYAT BACAAN

KAEDAH DAN TEKNIK P&P

AYAT HAFAZAN

AL-QURRAN

KAEDAH P&P AYAT KEFAHAMAN

Nota

Anda pernah mendengar perkataan kaedah dan teknik? Tahukah anda dengan kebijaksanaan guru membuat pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan membawa kepada pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Dapatkah anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik?

2.3. Definisi

2.3.1 Definisi Kaedah

Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat- peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:

 Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.  Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.  Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.  Susun langkah secara berperingkat

2.3.2 Definisi Teknik

Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.

Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan:

 Melibatkan murid secara aktif.  Menggalakkan pengalaman secara langsung.  Menekankan amalan dan penghayatan.  Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.  Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

2.4. Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman

2.4.1 Ayat Bacaan

Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat bacaan dal;am bidang Asuhan Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu ayat atau surah al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid.

2.4.2 Ayat Hafazan

Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan pula ialah supaya murid dapat menghafaz surah-surah tertentu/ ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.

2.4.3 Ayat Kefahaman

Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman ialah supaya murid dapat memahami maksud beberapa ayat-ayat atau surah terpilih dengan menghayati pengajarannya sebagai rujukan petunjuk Allah.

Objektif pengajaran dan pembelajran Asuhan Tilawah al-Quran adalah bertujuan secara umumnya supaya murid dapat mengetahui adab membaca al-Quran dan mengamalkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan seharian

2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al- Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran TATBIQI TASMIK

Ayat Tilawah/ Bacaan

HALAQAH/

GERAK KERJA TADARUS

GERAK KERJA

INDIVIDU

KUMPULAN

Rajah 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Tilawah/Bacaan

2.5.1 Talaqqi

Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga guru berpuas hati.

2.5.2 Musyafahah

Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.

2.5.3 Tikrar

Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;

1. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.

2. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-murid lain ikut.

3. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.

4. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.

Peringatan:

Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS. secara talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS. secara talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar

Aktiviti :

Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah. Jelaskan secara terperinci langkah-langkah bagaimana melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah) dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut di atas.

2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al- Qur’an (Ayat Hafazan)

Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduan- panduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut:

- ikhlas dalam niat dan amalan, - menggunakan satu mushaf, - memahami apa yang dihafaz, - meninggalkan maksiat, - hafaz secara berperingkat-peringkat, - kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan - kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang

berkemahiran. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

SAMBUNG TIKRAR

CUBA JAYA

BACAAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Hafazan

TASMIK

GERAK KERJA

GERAK KERJA

KUMPULAN Rajah 8 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Hafazan

INDIVIDU

2.6.1 Cuba Jaya

Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad (10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

2.6.2 Sambung Bacaan

Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz, kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat pertama dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid.

2.6.3 Tasmik

Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.

Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan.

Teknik menghafaz al-Qur’an: - Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan mashaf]

- Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar. - Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). - Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir - Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau

tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan.

- Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas. - Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk sekejap kepada mushaf.

- Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk mushaf. - Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.

Peringatan:

Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan secara maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.

Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur.

Aktiviti Pembelajaran:

Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana- mana ayat dari ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.

2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Qur’an (Ayat Kefahaman)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat kefahaman ini). Antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

PERBINCANGAN TERJEMAH

HURAIAN

KELAS

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Kefahamaan

PERBINCANGAN GERAK KERJA GERAK KERJA KUMPULAN

INDIVIDU

KUMPULAN

Rajah 9 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Kefahaman

2.7.1 Terjemahan

Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang telah ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di dalam ayat tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah itu, guru meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir.

2.7.2 Huraian

Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini telah diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku rujukan. Pada hari pengajaran dan pembelajaran, murid yang beri tugas menghuraikan maksud ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut hendaklah disokong dengan ayat al-Quran, hadith, pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.

2.7.3 Perbincangan

Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang mengenai intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan kecil.

Aktiviti:

Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang sesuai untuk kesemua kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan ayat-ayat kefahaman sekolah rendah.

Siri tindakan jangka pendek

Lebih bercorak

guru yang

terdiri daripada

dipilih

sistematik

prosedur tersusun

berdasarkan pendekatan yang dipilih

TEKNIK

Merujuk kemahiran guru

Perlu ambil kira melaksanakan

Pengendalian

Digunakan

faktor latar kaedah

yang benar-

dalam langkah

belakang murid mengajar yang

benar berlaku

pengajaran

dalam dilaksanakan

dalam bilik

menentukan berdasarkan

darjah

teknik yang objektif

dipilih

LATIHAN

Pemilihan kaedah dan teknik adalah untuk mencapai hasil pengajaran yang paling maksima. Ianya hendaklah sesuai dengan tajuk, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Berdasarkan kefahaman anda mengenai kaedah-kaedah dan teknik yang telah dijelaskan.

1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah tikrar.

2. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman bagi tahun satu hingga tahun enam menggunakan kaedah yang disarankan.

UNIT 3

3- Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran ( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi )

3.0.Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi.

Unit ini mengandungi: 1.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah

(Ibadah,Aqidah dan Sirah) 2.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Adab dan Akhlak

Islamiah 3.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Pelajaran Jawi

3.1.Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi

2. Merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi

3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap bidang

Arahan

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1.Baca dan fahami objektif modul. 2.Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

3.Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. 4.Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang

diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

5.Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6.Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 7.Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

Peringatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

3.2. Kerangka Tajuk

AKIDAH

KAEDAH PENGAJARAN ULUM SYAR’YYAH

IBADAT SIRAH

ADAB DAN AKHLAK

ISLAMIAH

KAEDAH PENGAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

Nota

3.3. Kaedah dan Teknik

Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah?

Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid.

Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi ialah;

 Tunjukcara / demonstrasi  Simulasi  Syarahan / kuliah  Projek  Bermain  Bercerita  Perbincangan  Latihtubi

 Kuiz  Soal jawab  Dialog  Lawatan  Ulangan  Lakonan

3.4. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS ULUM SYAR’YYAH

KAEDAH PENGAJARAN ULUM SYAR’YYAH

PENGAJARAN

PENGAJARAN AKIDAH

3.4.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH

Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif utama pengajaran akidah ialah:

1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar

2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam

3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar

4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah

3.4.1.2 Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah;

 Soal jawab  Perbincangan  Kuliah  Bercerita  Sumbangsaran  Anologi  Kajian Perpustakaan  Akhbar dalam darjah (ADD)  Projek  Menulis rencana  Forum  Lawatan

a.Kaedah soal jawab

Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.

Tujuan Perbincangan

 Menggalakkan perkembangan mental. 

Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif. 

Menggalakkan perkongsian pendapat. 

Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.

 Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna. 

Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional. 

Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.

 Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan

Sebelum  Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan  Agih tugas kepada ahli kumpulan  Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan

 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk  Bantu murid beri idea  Betulkan kesilapan  Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas  Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai

bahan yang mencukupi  Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada semua murid  Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan

 Tajuk yang sesuai  Maklumkan tujuan perbincangan  Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor  Pastikan pelajar tahu cara perbincangan  Guru sebagai fasilitator  Penglibatan pelajar perlu aktif  Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan  Adakan rumusan akhir  Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan  Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan

 sesi buzz,  sumbangsaran  seminar  forum  Perbahasan  sesi buzz,  sumbangsaran  seminar  forum  Perbahasan

Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.

Tujuan kaedah syarahan untuk :

a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran

b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran

c) membuat penelitian dan ulangkaji

d) mengembangkan isi pelajaran

e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:

a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru.

b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas

c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas