IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN PENDIDIKAN AWA

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
SEMESTER 2 SESI 2016/2017
KPP 6014
PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

TAJUK TUGASAN:

PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

SITI ROEDAH BINTI MD JEMARY

M20152002521

0133570493


PENSYARAH: DR. HJH RAMLAH BINTI JANTAN
Pengenalan
1

Teori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy of
Need Theory). Teori ini menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan
mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia. Susunan keperluan tersebut
adalah:
Model

Hirarki Keperluan Maslow
Merujuk kepada piramid yang dipaparkan, terdapat lima aras keperluan mengikut
Abraham Maslow iaitu:
a. Keperluan fisiologi
b. Keperluan keselamatan
c. Keperluan kasih sayang
d. Keperluan penghargaan kendiri
e. Keperluan kesempurnaan kendiri
Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan

sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi.
Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70%
keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan
kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri.
a) Keperluan fisiologi
2

Keperluan ini adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan
utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman,
keperluan tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan ini bersifat biologikal. Jika
keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.
Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak
paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi
keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling
lemah. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala
keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.
Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat
diperlukan. Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan
wujud. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah
hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat

bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Dengan memenuhi kepuasan
peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.
Dalam konteks pendidikan, murid tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran mereka sekiranya kurang mendapat makanan sehingga
boleh menjejaskan kesihatan mereka. Keperluan seks juga termasuk dalam keperluan
asas manusia. Keperluan ini diperlukan apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh
dan perlu berkahwin untuk memenuhinya.Bagi memenuhi keperluan fisiologi khususnya
untuk kanak-kanak yang berumur daripada 0 hingga 6 tahun, ibu bapa serta guru dan
orang sekeliling yang bertanggungjawab untuk memenuhi agar kemenjadian diri kanakkanak tersebut di tahap maksima dan cemerlang. Contohnya keperluan asas seperti
makanan dipenuhi iaitu ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat dan mencukupi,
apabila anak tersebut telah kenyang pastinya kanak-kanak dapat menjalani proses
kehidupan dengan gembira iaitu bermain, belajar dan sebagainya. Apabila kanak-kanak
gembira, secara tidak langsung pertumbuhan dan perkembagan mereka akan menjadi
holistik.
b) Keperluan keselamatan
3

Keperluan ini biasanya sangat diperlukan oleh setiap individu daripada peringkat
kanak-kanak sehingga dewasa. Kanak-kanak lazimnya tidak dapat menjalani proses
kehidupan dengan sendiri dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu

bapa atau guru untuk mendapatkan perlindungan. Contohnya, seorang kanak-kanak amat
memerlukan jagaan ibu bapa khususnya ketika kanak-kanak tersebut ditimpa kemalangan
kecil atau kesakitan. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958)
berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan
orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. Selain itu teori perapatan (attachment) oleh
John Bowlby juga boleh digunakan bagi memenuhi keperluan keselamatan anak-anak.
Ketika di dalam kelas pula, keselamatan yang diperlukan oleh murid daripada
seorang guru adalah dalam bentuk disiplin. Guru diperlukan untuk mengajar murid
mendisiplinkan diri kerana mereka tidak boleh mendisiplinkan diri mereka sendiri.
Murid juga akan berasa selamat sekiranya guru bersikap toleransi terhadap mereka dan
membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran. Keperluan membentuk disiplin anak-anak khususnya peringkat prasekolah
adalah dengan menggunakan peraturan yang disebut dan diingatkan setiap hari.
Contohnya, peraturan ketika di dalam tandas iaitu tidak boleh berlari kerana boleh
mengakibatkan kanak-kanak tersebut terjatuh dan mengundang bahaya yang lain.
Keperluan keselamatan ini juga termasuk keperluan kepada kestabilan,
pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Menurut Maslow
keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang
dewasa yang mengalami kejiwaan. Ketika waktu kanak-kanak, mereka menunjukkan
ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika

ketiadaan ibunya.Pada tahun permulaanya, kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan
dan persekitaran yang aman. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat
ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebagainya yang
boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini
akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia.
c) Keperluan kasih sayang
4

Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala
keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak yang telah merasa
selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain
contohnya memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya ahli keluarga, guru yang
mendidiknya serta rakan-rakan sebaya. Keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya
sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yang sentiasa berubah. Perubahan
tempat tinggal, perubahan tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya menyebabkan
individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara.
Keperluan ini diperlukan untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasihsayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, sering terjadi
perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran kerana emosi mereka tidak
berada dalam keadaan stabil. Murid-murid juga akan merasakan diri mereka seolah-olah

tidak disukai, dihargai atau tidak dipedulikan oleh guru sekiranya mereka dimarahi oleh
guru mahupun kawan-kawan. Kesannya keinginan, minat, kehendak atau motivasi
mereka untuk belajar akan menurun.
Sebagai guru prasekolah, pada awal kemasukan anak-anak murid ke kelas
prasekolah, guru perlu mengembangkan keperluan kasih sayang ini agar kanak-kanak
akan berasa selamat dan selesa untuk meneruskan pembelajaran di kelas tersebut. Hal ini
sangat penting khususnya kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
keluarganya. Mereka akan mencari tempat untuk memperoleh kasih sayang atau dalam
istilah lain menumpang kasih sayang. Jika kasih sayang ini dipenuhi, pastinya tidak akan
berlaku masalah pengasingan atau pengunduran diri di dalam kelas. Hal ini akan
menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan
menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek
perkembangan emosi.

d) Keperluan penghargaan kendiri
5

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan.
Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik
yang berbeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Ianya

juga bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.
Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting.
Bagi kanak-kanak, penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa
terpinggir. Murid yang diterima oleh rakan sebaya sering memperoleh prestasi akademik
yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya kerana mereka dapat
berbincang tentang masalah pembelajaran dalam kumpulan. Berdasarkan Saedah, Zainun
dan Tunku Mohani (1996:13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang
mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik’.
Keperluan ini merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri
sendiri, penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial.
Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan
terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan lain
kata untuk mendapat pengiktirafan daripada orang lain.Keadaan ini akan menyebabkan
individu tersebut menjadi lebih produktif. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan
dari orang lain diperlihatkan dari keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran,
pengikhtirafan, penghormatan dan sebagainya.
Namun begitu, jika keperluan ini tidak tercapai, ianya akan menimbulkan masalah
seperti tidak bermotivasi dan berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain,
rasa rendah diri dan takut, tidak bermaya,takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat
kekurangan diri sendiri. Hal ini bertepatan dengan zero manacle process iaitu tujuh

belenggu yang sentiasa menyelubung diri daripada berjaya.

e) Keperluan Kesempurnaan Kendiri
6

Berdasarkan (Shaffer,1985), konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman
seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang
unik atau istimewa. Ianya juga membawa maksud bagaimana seseorang individu itu
berpendapat dan menganggap tentang dirinya sendiri. Penyempurnaan kendiri pula
bermaksud apa yang seseorang ingin jadi, ianya mesti jadi berasaskan kepekaan dan
kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya. Kesedaran itu pula diperoleh daripada
maklum balas, gerak balas atau reaksi individu lain sepanjang pergaulan, sosialisasi atau
interaksi dengan individu lain.
Antara ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu telah mencapai kesempurnaan
kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri
sendiri, orang lain dan persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali berdedikasi
terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup
walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang
lain, kreativiti dan keaslian dan penolakan terhadap tekanan social
Jika keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati

hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah
kecekapan biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan
growth atau being of needs. Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan
keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan
harmoni.

Implikasi Teori Hirarki Keperluan Maslow Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran
7

Guru perlu memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi terlebih dahulu.
Keperluan ini dapat disediakan dengan adanya masa rehat supaya murid dapat makan
juga berehat untuk seketika dan menyediakan bilik darjah yang mempunyai pengudaraan
yang baik. Memenuhi keperluan fisiologi dapat membantu murid berasa selesa dan
bersemangat untuk belajar.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan positif seperti pujian, senyuman
atau hadiah kepada muridnya apabila mereka menunjukkan tingkahlaku positif. Murid
akan terasa disayangi dan dihargai. Dengan ini aras motivasi dalam diri mereka dapat
dipertingkatkan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran.
Guru perlu memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik

minat muridnya untuk belajar. Guru perlu memastikan setiap murid berasa seronok dan
aktif dengan aktiviti yang dirancangkannya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti
membawa murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat
tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari ataupun mengadakan
lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan
pelajaran.
Selain itu, guru perlu menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat seperti
susunan meja dan kerusi yang teratur, saiz meja dan kerusi yang sesuai dengan saiz
murid, peraturan bilik darjah yang sesuai dan ruang bilik darjah yang mencukupi. Dengan
ini, murid dapat melibatkan diri dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
dijalankan. Persekitaran ini mampu merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar. Murid-murid juga mudah bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti
dijalankan di dalam bilik darjah.
Guru juga perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan menasihati mereka
supaya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka tanpa sebarang
pergaduhan atau persengketaan. Cara ini dapat membantu murid merasakan bahawa
8

mereka diterima, dihormati serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil.
Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, harmonis dan

berkesan.
Tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid perlu diberikan supaya mereka
mampu membuatnya. Perkara ini akan menyebabkan mereka merasakan diri mereka
penting apabila mereka berjaya melaksanakan sesuatu tugasan dengan sebaiknya. Murid
akan menjadi lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus
belajar dan berjaya akan meningkat. Guru bertanggungjawab dalam memastikan tidak
ada muridnya yang gagal atau tercicir untuk mengelakkan mereka daripada berasa rendah
diri, kecewa dan tidak dihargai sehingga enggan belajar.
Kesimpulannya, kita yang berperanan sebagai guru dan ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memenuhkan setiap aras keperluan anak-anak murid
kita semaksima mungkin bagi memastikan kemenjadian anak-anak berada di tahap yang
maksimum. Walaupun ia merupakan satu perkara yang sukar, namun jika dapat diurus
dan diberikan dengan baik pastinya hasil yang dituai kelak bersifat lumayan.

Rujukan:

9

Allen, B.P. (2000). Personality theories: Development, growth and diversity (3rd Ed.).
USA: Allyn & Bacon.
Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach personality theories: Basic
assumptions, research and applications (4th Ed.). USA: Thomson Learning
Cloninger, S.C. (2003). Theories of personality (6th Ed.). New Jersey: Prentice
Hall,Inc.
Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Schuiltz, D & Schultz, S.E. (2005 ). An introduction to theories of personality. (8thEd.).
New Jersey: Brooks / Cole Publishing Company.

10

Dokumen yang terkait

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

ANALISIS VALIDITAS BUTIR SOAL UJI PRESTASI BIDANG STUDI EKONOMI SMA TAHUN AJARAN 2011/2012 DINAS PENDIDIKAN KABUPATEN JEMBE

1 50 16

ANTARA IDEALISME DAN KENYATAAN: KEBIJAKAN PENDIDIKAN TIONGHOA PERANAKAN DI SURABAYA PADA MASA PENDUDUKAN JEPANG TAHUN 1942-1945 Between Idealism and Reality: Education Policy of Chinese in Surabaya in the Japanese Era at 1942-1945)

1 29 9

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

JUDUL INDONESIA: IMPLEMENTASI PENDIDIKAN INKLUSIF DI KOTA METRO\ JUDUL INGGRIS: IMPLEMENTATION OF INCLUSIVE EDUCATION IN METRO CITY

1 56 92

NILAI PENDIDIKAN KARAKTER PADA CERPEN-CERPEN KARYA SISWA SMP DALAM MAJALAH HORISON DAN IMPLIKASINYA SEBAGAI BAHAN AJAR SASTRA DI SMP

2 33 89

ANALISIS PUTUSAN PENGADILAN TINGGI TANJUNG KARANG PERKARA NO. 03/PID.SUS-TPK/2014/PT.TJK TENTANG TINDAK PIDANA KORUPSI DANA SERTIFIKASI PENDIDIKAN

6 67 59

PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH PADA SEKTOR PENDIDIKAN DAN KESEHATAN TERHADAP INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA PROVINSI SUMATERA SELATAN

3 52 68