Peranan institusi islam dalam pela
Wacana Pendidikan Islam 2014
PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA: SATU SOROTAN RINGKAS
MOHD ZAMEREY ABDUL RAZAK
Naib Presiden, Bahagian Pematuhan Syariah, Bank Rakyat
RAHIMI MD SAAD
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
ABSTRAK
Pendidikan adalah satu proses yang menjadi rukun bagi pembangunan sesebuah
masyarakat dan negara. Oleh itu, semua institusi sosial mempunyai tanggungjawab
langsung dalam menjayakannya termasuklah institusi ekonomi. Institusi kewangan
sebagai salah satu komponen utama institusi ekonomi turut mempunyai peranan
besar dalam pembangunan pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Kertas kerja
ini membincangkan tentang peranan institusi kewangan Islam dalam menyumbang
kepada pembangunan pendidikan khususnya di Malaysia. Sumbangan tersebut
adalah berlaku dalam bentuk langsung iaitu sebagai institusi yang menyediakan
proses didikan bagi masyarakat untuk memahami secara praktikal tentang nilai-nilai
yang dituntut oleh Islam dalam pengurusan harta. Dalam masa yang sama, institusi
kewangan Islam juga turut menyumbang dana ke arah memantapkan pelaksanaan
pendidikan dan beberapa contoh dinyatakan dalam perbincangan mengenai
sumbangan tersebut .
MUKADDIMAH
Secara umumnya, kewangan Islam adalah satu sistem yang menyusun proses pengeluaran,
pengagihan dan pembelian kedua-dua tuntutan ekuiti dan liabiliti oleh ejen ekonomi bagi
memperoleh aset yang menghasilkan perolehan. Dalam amalannya, sistem kewangan Islam
bertanggungjawab untuk memastikan semua elemen tersebut bebas daripada unsur yang
ditegah oleh syarak seperti riba, maisir, gharar dan jahalah. Perkembangan dan pembangunan
institusi Kewangan Islam kini berlaku secara progresif dan peranannya semakin menyakinkan
para pengamal kewangan terutamanya selepas krisis kewangan yang dikenali sebagi sub prima
yang menyebabkan beberapa buah bank besar di Barat ditutup dan beberapa buah negara
Eropah mengalami krisis kewangan yang amat kritikal sepanjang sejarah moden.
Dengan perkembangan dan sambutan tersebut, maka sudah tentulah institusi
Kewangan Islam memperolehi peningkatan asset dan keuntungan dalam operasinya. Jika
dilihat di sepanjang perkembangan industri Kewangan Islam kontemporari ini, ia turut
mencatatkan pulangan keuntungan yang memberangsangkan tidak jauh bezanya daripada
institusi kewangan konvensional.
1
Wacana Pendidikan Islam 2014
Sudah menjadi dasar dalam amalan ekonomi dan kewangan Islam untuk berkongsi
sebahagian pulangan yang diperolehi daripada sesuatu proses perniagaan atau pelaburan.
Sebahagian perkongsian tersebut adalah dalam bentuk wajib seperti zakat dan tathir atau
secara pilihan seperti sedekah, derma dan sebagainya.
Oleh itu, institusi Kewangan Islam tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut.
Maka, pelbagai sumbangan ke arah pembangunan pendidikan telah diperuntukkan oleh institusi
Kewangan Islam di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di antara bentuk
sumbangan tersebut dapat dilihat melalui penawaran geran-geran kajian, tajaan pendidikan dan
penawaran bidang pengajian yang berkaitan industri ini oleh institusi pengajian tinggi di negara
ini.
PERANAN UMUM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Secara umumnya, institusi kewangan Islam terdiri daripada beberapa badan dan agensi,
antaranya bank, pengendali takaful, pengurusan dana Islam, badan zakat, institusi waqaf, Baitul
Mal dan badan-badan lain yang menjalankan urusan kewangan secara Islam.
Di samping melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instrumen
kewangan, institusi kewangan turut memainkan beberapa peranan yang penting dalam bidang
ekonomi.
Antaranya
dengan
menjadi
perantara
ekonomi
dalam
memenuhi
dan
menyeimbangkan kehendak unit lebihan dana (surplus unit) dan unit kekurangan dana (deficit
unit). Perantara kewangan ini akan bertindak sebagai pemudahcara kepada proses penyaluran
dana tabungan untuk pelaburan dan obligasi kewangan.
Institusi kewangan Islam turut berfungsi sebagai perantara di antara pendeposit, pelabur
dan penyumbang dana dengan pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk
kemudahan pengurusan kecairan kewangan dan memenuhi keperluan tunai segera pelanggan
melalui produk-produk yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan seperti deposit,
pembiayaan, pelaburan, pengagihan kekayaan dan sebagainya.
Dalam operasinya, institusi kewangan Islam sangat menekankan kepada nilai
pematuhan syariah dalam setiap proses yang dijalankan serta produk yang ditawarkan.
Pengurusan serta urusniaganya dikawal secara rapi sama ada secara dalaman atau oleh
agensi kawalselia berkaitan.
Institusi pendidikan pula mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan
sesebuah negara khususnya melibatkan pembentukan anggota masyarakat yang berkualiti dan
berperanan secara efektif. Dalam konteks kewangan Islam yang menjadi fokus kertas kerja ini,
pendidikan daripada peringkat awal amat penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi
2
Wacana Pendidikan Islam 2014
melahirkan kesedaran tentang kepentingan nilai kepatuhan kepada prinsip syariat dalam
amalan ekonomi dan kewangan. Kesedaran tersebut secara langsung akan membantu
perkembangan kewangan Islam sebagai satu industri berdaya maju.
Di samping itu, operasi industri kewangan Islam juga memerlukan kepada modal insan
berpengetahuan serta para pakar dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam yang bakal
menerajui institusi berkaitan dengannya. Kekurangan tenaga insan berilmu dan berkemahiran
tinggi akan membantutkan pembangunan apa juga industri termasuklah kewangan Islam.
Penyediaan program pendidikan yang efisen akan melonjakkan lagi pembangunan industri
kewangan Islam sama ada di dalam atau luar negara.
Pendidikan merupakan sebuah pelaburan yang memerlukan kepada perbelanjaan yang
tinggi bagi memastikan ia memberi pulangan modal insan yang berkualiti. Justeru, pelaburan
dalam sektor pendidikan perlu dinilai secara teliti oleh semua pihak berkepentingan untuk
memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan memberi pulangan setimpal. Ia sepatutnya dapat
menghasilkan individu-individu yang berkepakaran, seterusnya dapat menyumbang kepada
pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Di samping
itu, penglibatan aktif para cendekiawan dalam kajian dan pembangunan bidang kewangan
Islam akan menyumbang ke arah melahirkan lebih ramai pakar ekonomi dan kewangan Islam di
peringkat domestik dan juga antarabangsa.
PERANAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DARI ASPEK PENDIDIKAN
Secara asasnya, setiap institusi sosial mempunyai peranan masing-masing untuk mendidik
anggota masyarakat dengan nilai yang didokong oleh masyarakat berkenaan. Institusi
kewangan Islam sebagai sebahagian daripada komponen institusi ekonomi negara sebenarnya
turut memainkan peranan aktif dalam mendidik anggota masyarakat khususnya dengan nilai
yang didokong Islam berkaitan harta dan kebendaan. Jika dilihat dari sudut sumbangan dalam
aspek pendidikan, secara umumnya setiap institusi menyumbang dari aspek mendidik anggota
masyarakat melalui dua pendekatan, iaitu ilmu secara teori serta ilmu secara praktikal
Jika dilihat dalam dua konteks yang tersebut di atas, maka terdapat perbezaan peranan
yang dimainkan oleh institusi sosial dan juga institusi pendidikan dalam membangunkan sebuah
masyarakat berilmu dan berkemahiran berasaskan nilai yang dipegang oleh masyarakat
berkenaan. Pendekatan yang digunakan oleh institusi pendidikan lebih cenderung kepada
pengembangan teori. Oleh itu, ada ketikanya apa yang ditangani oleh institusi pendidikan hanya
berkisar pada situasi terhad dan aplikasinya tidak dapat mencakupi keseluruhan aspek yang
terdapat dalam realiti kehidupan. Dalam konteks pendidikan tentang ilmu mengenai sistem
3
Wacana Pendidikan Islam 2014
kewangan Islam pula, apa yang diajar di institusi pendidikan adalah berasaskan teori yang
adakalanya dibincangkan secara terhad jika ingin dibandingkan dengan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran kewangan Islam. Ini kerana perkembangan
industri adalah sangat dinamik dan pantas.
Oleh itu, institusi kewangan Islam dapat memberikan pendedahan yang lebih meluas
dari aspek amalan atau aktiviti sebenar yang berlaku di dalam industri. Pendedahan dan
penyelesaian kepada cabaran memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan yang
ditetapkan pihak berkuasa. Ia juga melibatkan cabaran berhadapan dengan keperluan pasaran
serta persaingan. Para pengamal kewangan Islam bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana
untuk melaksanakan teori-teori yang telah sedia ada, bahkan perlu juga melihat kepada
kesesuaian teori tersebut untuk diaplikasikan dalam dunia kewangan dan perbankan Islam
pada masa kini. Mencari kesesuaian inilah yang sebenarnya menjadi cabaran kepada semua
pengamal kewangan Islam dengan kemunculan idea-idea baru yang inovatif dengan bantuan
teknologi yang semakin canggih.
Walaubagaimanapun, samada pendekatan teori atau praktikal, kedua-duanya perlu
saling melengkapi di antara satu sama lain dan membangun seiring dengan peredaran zaman
pada masa kini. Suatu perjalanan pendidikan yang bermula dengan pengukuhan teori dan
disusuli dengan praktikal itu sangat penting agar dapat memberi impak yang positif kepada
pembangunan industri kewangan Islam. Di sinilah kerjasama pintar di antara institusi
pendidikan dan institusi kewangan Islam akan memberikan manfaat yang sangat bermakna
bagi setiap pihak.
Sebagai contoh, jika melihat kepada kepelbagaian konsep yang digunakan dalam
produk kad kredit patuh Syariah yang ditawarkan pada masa kini, ia memberi petunjuk kepada
proses inovasi yang semakin ke hadapan. Kad kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan
Islam di pasaran kini menggunapakai beberapa prinsip Syariah yang terdiri daripada konsep
Tawarruq (jualbeli), Wadi`ah (simpanan), Qard (pinjaman), Wakalah (wakil), Ujrah (upah) dan
beberapa lagi konsep lain. Berbanding dengan sistem konvensional yang hanya menggunakan
konsep pinjaman sebagai modus operandinya lalu mengenakan faedah ke atas setiap amaun
yang dibelanjakan oleh pelanggan.
Pendedahan yang dibawa oleh institusi kewangan Islam lebih kepada aplikasi konsepkonsep Syariah yang pelbagai dalam setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam
industri. Satu contoh mudah dan menjadi perbincangan semasa para pengamal kewangan
Islam pada hari ini adalah berkenaan pemahaman konsep Wadi`ah yang berkait dengan
4
Wacana Pendidikan Islam 2014
penjagaan harta oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta tersebut atas
dasar amanah.
Secara teori, pengertian Wadi`ah seperti yang dikemukakan oleh ulama mazhab Hanafi
ialah: "mengikut sertakan orang lain dalam menjaga harta, sama ada melalui lafaz yang jelas,
perbuatan atau isyarat." Manakala menurut Jumhur (selain Hanafi), Wadi`ah bermaksud:
"Mewakilkan orang lain untuk menjaga harta tertentu dengan cara tertentu”. (Ibn Qudamah:
1405H)
Dalam amalan perbankan, jika harta atau dana tersebut sekadar disimpan atas dasar
amanah, pihak bank tidak berhak menggunakan harta atau dana tersebut bagi tujuan
perniagaan kerana harta atau dana tersebut masih milik pelanggan sedangkan bank hanya
bertindak sebagai pemegang amanah. Oleh itu, konsep Wadi`ah telah ditambahbaik dengan
memasukkan elemen Yad Dhamanah di mana persetujuan pelanggan diperlukan di awal
kontrak bagi membolehkan pihak bank mengguna serta melaburkan dana pelanggan bagi
mendapatkan keuntungan. Justeru amalan itu memberi ruang dan fasiliti kepada pihak bank
untuk mengembangkan lagi dana yang sedia ada. Maka dengan ciri-ciri tersebut, Wadi`ah Yad
Dhamanah dapat disamakan dengan konsep Qard (pinjaman), lalu hukumnya juga
menggunapakai hukum yang sama, di mana bank bertindak sebagai peminjam manakala
pelanggan sebagai pemberi pinjam. Namun proses tersebut harus diawasi kerana hukum
Syarak tidak membenarkan untuk menetapkan sebarang pulangan di awal kontrak kerana ia
boleh membawa kepada riba. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam satu hadith:
ﺎﻮ ﹺﺭﺑ ﻬ ﺎ ﻓﹶﻧ ﹾﻔﻌ ﺮﺽ ﺟ
ﹴﹸﻛ ﱡﻞ ﻗﹶﺮ
Maksudnya: “Setiap pinjaman yang memberi manfaat kepada pemberi pinjam, maka ia adalah
riba”.
Industri kewangan dan perbankan Islam pada masa kini dilihat semakin rancak dalam
membangunkan program-program kesedaran dan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Ia
dilakukan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti berbentuk seminar, bengkel atau wacana
ilmiah sebagai pendedahan berkenaan perkaitan di antara industri kewangan Islam dengan
pembangunan ekonomi sebenar. Melalui pendekatan tersebut, kefahaman dan maklumat yang
betul dapat disampaikan ke seluruh pelusuk masyarakat sebagai usaha dakwah dalam
menyelamatkan manusia daripada terjebak dalam amalan yang dilarang keras oleh Allah
seperti riba, judi dan sebagainya.
Di antara badan dan institusi yang sering terlibat dalam pendekatan ini adalah seperti
Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM), Islamic Banking and Finance
5
Wacana Pendidikan Islam 2014
Institute Malaysia (IBFIM), The International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance
(ISRA), Malaysian Takaful Association (MTA) dan sebagainya.
Dalam aspek pembangunan ekonomi sebenar, industri kewangan Islam berperanan
dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan. Ia secara langusng
menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup mereka yang terlibat. Penganjuran program
kesedaran kewangan Islam tersebut turut menjana kemajuan industri lain yang berkaitan
kerana pastinya penganjurannya memerlukan khidmat sokongan seperti penyewaan bangunan
dan dewan, pengangkutan, percetakan, penginapan dan aspek lain yang diperlukan.
PERANAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DARI SUDUT SOKONGAN
DANA DAN KEWANGAN
Program penyelidikan dan pembangunan industri kewangan Islam perlu dilakukan secara
berterusan agar keperluan semasa dan masa depan industri dapat dipenuhi secara
menyeluruh. Usaha tersebut akan dapat disemarakkan lagi melalui penawaran geran-geran
penyelidikan oleh institusi kewangan Islam kerana geran penyelidikan yang mampu ditawarkan
oleh institusi pengajian adalah terhad dan perlu dikongsi oleh semua disiplin penyelidikan yang
ada di institusi berkenaan. Sokongan institusi kewangan Islam akan menyemarakkan lagi
penyelidikan dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam secara khusus.
Di samping penyelidikan, penerbitan bahan rujukan dan bacaan juga memainkan
peranan penting untuk membina kesedaran dan pengetahuan tentang sesuatu disiplin ilmu. Kos
penerbitan bahan bacaan ilmiah adalah tinggi jika dibandingkan dengan penerbitan bahan
bacaan popular. Oleh itu, kerjasama institusi kewangan Islam dalam menampung kos
penerbitan bahan bacaan ilmiah khusus dalam bidang kewangan Islam akan memperluaskan
lagi sumber rujukan dalam bidang berkenaan. Usaha ini juga akan menjadi lebih mudah denga
cara mengoptimakan penggunaan sumber dan kepakaran yang sedia ada dalam industri
kewangan Islam untuk dikongsikan dengan masyarakat di luar.
Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai agensi pengawalselia sistem kewangan Islam di
Malaysia pernah menawarkan Geran Penyelidikan Syariah kepada organisasi-organisasi
penyelidikan dan institusi pengajian tinggi tempatan serta luar negara untuk menjalankan
penyelidikan dalam bidang Syariah berkaitan kewangan Islam, Takaful serta Pasaran Modal
Islam. Matlamat geran berkenaan adalah untuk mempergiatkan aktiviti penyelidikan,
mewujudkan pandangan serta perspektif baru dan menggalakkan idea serta penyelesaian yang
inovatif terhadap isu kontemporari dalam industri kewangan Islam.
6
Wacana Pendidikan Islam 2014
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga pernah menjalankan projek
penerbitan Kamus Kewangan Islam pada tahun 2011. Ia adalah hasil susunan para pakar
dalam bidang kewangan Islam yang terpilih. Penerbitan Kamus Kewangan Islam ini telah
memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah,
para pengamal kewangan Islam serta masyarakat umum yang ingin menambah pengetahuan
mereka tentang bidang ini.
Bagi menyokong kelestarian industri kewangan Islam, pelaksanaan program ilmiah
seperti seminar, wacana, bengkel dan sebagainya adalah amat penting untuk memacu
perkembangan industri ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun, penganjuran program
seumpama itu memerlukan kos yang tidak kurang tingginya. Oleh itu, institusi kewangan Islam
telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan cara menyalurkan bantuan dan
sokongan kewangan dalam pelaksanaan program ilmiah yang berasaskan sistem kewangan
dan muamalat Islam.
Terdapat juga beberapa institusi kewangan Islam yang menawarkan biasiswa atau
pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang
berkaitan, yang akhirnya akan menyumbang kembali tenaga serta kemahiran mereka untuk
tujuan pembangunan industri berkenaan.
Menjadi satu kewajipan kepada setiap institusi yang menjalankan aktiviti patuh Syariah
untuk mengeluarkan zakat pendapatan kepada asnaf yang layak. Di samping pembayaran
zakat kepada institusi zakat rasmi di peringkat negeri dan persekutuan, sebahagian dana zakat
juga diagihkan sendiri oleh institusi kewangan Islam. Dana zakat agihan sendiri tersebut perlu
diperuntukkan kepada asnaf yang layak. Sebahagian daripada kelompok asnaf yang mendapat
perhatian institusi kewangan Islam ialah kelompok pelajar miskin yang memerlukan dana bagi
menampung kos pengajian mereka di semua peringkat atau bagi asnaf fisabilillah seperti
pembelian kitab rujukan ilmu Islam, bahan bacaan berkaitan kewangan Islam, ekonomi dan
sebagainya untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan. Banyak institusi kewangan Islam
yang telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dana zakat dalam negara,
di antaranya, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Muamalat, Tabung Haji, Maybank Islamic dan
lain-lain lagi.
Jika dirujuk kepada laporan mengenai zakat yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada
institusi kewangan Islam, didapati bahawa jumlahnya adalah cenderung kepada peningkatan
secara berterusan. Ia adalah hasil peningkatan keuntungan yang dicapai oleh institusi
berkenaan. Di antara sumbangan zakat dan tajaan pendidikan oleh beberapa buah institusi
perbankan Islam dapat dilihat melalui jadual berikut;
7
Wacana Pendidikan Islam 2014
Jadual 1: Jumlah Zakat Perniagaan 2012-2013 bagi institusi kewangan Islam terpilih
Institusi
Zakat Perniagaan 2012
(RM)
Zakat Perniagaan 2013
(RM)
41,022,680.50
41,000,000.00
Bank Islam (M) Berhad*
9,251,000.00
12,568,000.00
Bank Muamalat (M) Berhad
6,149,000.00
5,412,000.00
Bank Rakyat*
* bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
** bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac
Jadual 2: Jumlah Biasiswa/Tajaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat bagi tahun 2012-2013
2012
Peruntukan
Bilangan pelajar
CADANGAN MEMBANGUNKAN
PENDIDIKAN
SKIM
2013
RM 9,811,000.00
RM 9,272,250.00
353 orang
340 orang
WAQAF
TUNAI
UNTUK
PEMBANGUNAN
Kini, perbincangan mengenai pengurusan harta waqaf semakin mendapat perhatian pelbagai
pihak sama ada dalam kalangan pihak berkuasa, pemain industri kewangan Islam dan tidak
ketinggalan juga masyarakat umum. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan dalam meninjau
prospek untuk dikembangkan. Setiap pihak mungkin melihatnya dengan perspektif yang
berbeza namun manfaat harta waqaf adalah satu iaitu menyumbang ke arah pembangunan
serta kekuatan ummah. Oleh itu, potensi harta waqaf untuk pembangunan pendidikan perlu
diberi perhatian oleh semua pihak.
Sejarah umat Islam menunjukkan kepada kita bagaimana Universiti al-Azhar di Mesir
terbina dengan dana harta wakaf. Ia bermula dengan sebuah masjid yang kemudiannya
dilestarikan sehingga menjadi sebuah universiti tersohor di dunia. Universiti yang dibina sejak
1,000 tahun lalu ini telah menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar Islam dari seluruh
dunia secara percuma. Bayaran yang dikenakan adalah sangat minimal. Manakala di Turki
pula, sebanyak 62 daripada 166 universiti di sana dibina dengan menggunakan dana harta
wakaf. Selain itu, banyak lagi institusi pendidikan lain di dunia yang ditubuhkan melalui dana
harta wakaf. Sebagai contoh Universiti Cordova di Andalus, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad,
8
Wacana Pendidikan Islam 2014
Al-Qurawiyyin di Maghribi, Universiti Islam Antabangsa Malaysia, University of Oxford di United
Kingdom dan lain-lain lagi.
Prospek membangunkan pendidikan di Malaysia melalui amalan waqaf amatlah luas
dan berpotensi besar. Jika ditinjau pada amalan waqaf oleh masyarakat kita, secara
tradisionalnya ia lebih cenderung kepada waqaf harta tak alih atau harta tetap. Namun,
perbincangan lanjut dan penelitian tentang hukum berkenaan waqaf menunjukkan bahawa
wang tunai juga boleh dijadikan sebagai instrument waqaf.
Perbincangan tentang waqaf wang atau dirham atau dinar ini telah bermula seawal
zaman Imam Malik rahimahullah. Amalan ini mula berkembang dengan pesat di zaman Khilafah
Uthmaniyah. Abu al-Sa’ud yang dilantik menjawat jawatan Sheikhul Islam dari tahun 1545-1574
masihi telah menulis Risalah Fi Sihhati Waqf al-Nuqud menjelaskan tentang hukum
mewaqafkan wang tunai. (ArNau ’ut TT). Ulama berselisih pandangan dalam masalah ini,
namun pandangan yang mengharuskannya lebih kuat hujjahnya dan bersesuain untuk
diamalkan dalam dunia moden hari ini.(Ibn Abidin:1996. Ibn Qudamah:1405. Ibn Taimiyah:TT.
Ibn Hammam:TT. Al-Sarakhsi:TT.al-Nawawi:)
Ringkasan kepada perbincangan ulama dalam isu waqaf tunai atau waqaf dinar dan
dirham menggariskan bahawa aset asal iaitu wang mesti kekal dan manfaatnya didermakan
untuk kepentingan umum.
Muhamad Syafie Antonio (2003) membincangkan tentang potensi waqaf tunai untuk
tujuan pembangunan pendidikan. Beliau menjelaskan tentang keperluan waqaf tunai untuk
dijadikan sebagai instrumen pelaburan. Usaha mengumpulkan dana waqaf tunai yang
kemudiannya dilaburkan akan dapat menghasilkan keuntungan untuk disalurkan sebagai harta
waqaf, sama ada untuk membiayai aktiviti pendidikan atau aktiviti lain yang selari dengan
garispanduan syarak. Muhamad Syafie Antonio (2003) juga telah menjelaskan mengenai
falsafah asas waqaf tunai iaitu untuk mengumpulkan modal yang dapat digunakan sebagai
alternatif yang berterusan demi kesejahteraan masyarakat secara umum, khususnya dalam
masalah pendidikan dan kesihatan.
Dalam memberi sumbangan kepada perkembangan waqaf di Malaysia, institusi
kewangan Islam boleh bertindak sebagai pihak pengurus atau pentadbir dana waqaf tunai. Di
samping itu, institusi kewangan Islam boleh berperanan dalam menguruskan pelaburan dana
terkumpul bagi Dana Waqaf Tunai berkenaan kerana kawalselia yang diamalkan ke atas
institusi kewangan di negara ini adalah sangat menekankan aspek pematuhan yang baik.
9
Wacana Pendidikan Islam 2014
Jalinan kerjasama diantara pihak Institusi Kewangan Islam dan pihak berkuasa Agama
Islam akan lebih meningkatkan kenyakinan dan penyertaan para pewaqaf seterusnya
penyertaan masyarakat awam.
Peranan waqaf kepada perkembangan institusi pendidikan boleh diperkukuhkan lagi
menerusi beberapa kaedah dan pendekatan sebagaimana yang dicadangkan seperti di bawah :
1) Perbankan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan JAWHAR
melancarkan waqaf tunai (Cash Waqf). Kutipan dana waqaf adalah dalam bentuk
tunai sahaja. Perbankan Islam bertindak sebagai pemudahcara kepada bakal-bakal
pewaqaf. Majlis Agama dan JAWHAR sebagai pemegang amanah. Sumbangan
waqaf ini tidak boleh ditukar kepada asset selain daripada wang tunai.
2) Hasil daripada waqaf terkumpul akan diuruselia oleh Majlis Agama dan JAWHAR
samada secara langsung atau diuruskan oleh pihak yang dilantik oleh mereka.
3) Hasil waqaf ini akan digunakan untuk tujuan berikut;
a. Pinjaman Pelajaran.
b. Pinjaman modal perniagaan.
Kumpulan (a) dan (b) akan diberi pinjaman oleh Pemegang Amanah Dana
Waqaf Tunai untuk tujuan pendidikan atau modal perniagaan kecil mereka.
Pinjaman ini mesti dibayarbalik tanpa sebarang caj tambahan atau caj
pengurusan.
c. Dilaburkan dalam pelaburan yang berisiko rendah.
Dana ini boleh dilaburkan dalam pelaburan yang berisiko rendah atau
pelaburan yang dijamin kerajaan. Hasil pelaburan ini akan digunakan untuk
menampung kos pentadbiran.
4) Dengan kemudahan dan kemampuan yang ada, perbankan Islam mampu bertindak
sebagai
penggerak
utama
dalam
mengumpul,
mengurus,
menyalur,
dan
mengembangkan dana waqaf tunai untuk pembangunan pendidikan Ummah.
PENUTUP
Galakan untuk memperbanyakkan kajian teknikal dan praktikal berkenaan kewangan Islam oleh
pihak universiti amat diperlukan untuk memartabatkan institusi kewangan Islam agar mampu
memenuhi keperluan pembangunan ekonomi ummah berpandukan Syariat Islam.
10
Wacana Pendidikan Islam 2014
RUJUKAN
Abdullah bin Ahmad bin Qudamah. 1405H. Al-Mughni fi fiqh Imam Ahmad bin Hanbal alSyaibani, Beirut.Darul Fikr.
Ahmad bin Abdul Halim. TT. Majmu ’ fatawa sheikhul Islam Ibn Taimiyyah. Jama ’ wa tartib:
Abdul Rahman Muhammad Qasim. Beirut.Darul Arabiyah.
Muhammad bin Abdul Wahid bin al-Hammam. TT.Syarh fathu al-qadir. Beirut.Darul Fikr.
Muhammad Bin Ahmad al-Sarakhsi. TT. Al-Mabsut. Beirut. Darul Makrifah.
Mahyuddin Bin Syaraf Bin Hasan al-Nawawi. 1995. Raudhah al-Talibin. Beirut. Darul Kutub
Ilmiyah.
Muhammad Amin Bin Umar Bin Abidin. 1996. Radd al-muhtar ala al-durr al-Muhktar syarh
tanwir absor. Beirut. Darul Kutub Ilmiyah.
Laporan Tahunan Bank Rakyat 2012.
Laporan Tahunan Bank Rakyat 2013.
Laporan Tahunan Bank Islam Malaysia Berhad 2012.
Laporan Tahunan Bank Islam Malaysia Berhad 2013.
Laporan Tahunan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2012.
Laporan Tahunan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2013.
Laporan Tahunan Yayasan Bank Rakyat 2012.
Laporan Tahunan Yayasan Bank Rakyat 2013.
Muhammad Syafie Antonio. (2003). Cash Wakaf dan Anggaran Pendidikan Umat. atas talian:
http://www.alislam.or.id/ artikel/arsip/00000051.html/5/
Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Muhammad al-Arnau’ut. TT. Waqaf al-nuqud wa dauruhu fi al-nuhudh bitta’lim ma baina almadhi wa hadhir. Qism Tarikh. Jami’ah Al-alBayt.
11
Wacana Pendidikan Islam 2014
Penghargaan
Para penulis merakamkan penghargaan kepada Cik Nur Aziah Che Abdul Aziz dan En
Muhammad Hafizullah Mustafa, Bahagian Pematuhan Syariah, Bank Rakyat yang membantu
penyediaan draf awal kertas kerja ini.
12