Kematangan Komunikasi Semasa Krisis di M

Kematangan Berkomunikasi Semasa
Krisis Di Media Sosial
A.Aziz Azizam
Penyelidik, FKPM, UiTM Shah Alam.
Citation: Aziz,A.A (2014, May). Kematangan Berkomunikasi
di Laman Sosial. Dewan Masyarakat, BIL. 5/2014, p6.

Sejak beberapa hari lalu, negara kita telah dikejutkan
dengan tragedi yang dianggap misteri keatas
kehilangan pesawat MAS MH370. Pasukan pencari
dan penyelamat dari pelbagai negara bertungkus
lumus mencari sebarang petunjuk yang mempu
memberi jawapan kepada kehilangan pesawat
tersebut.
Dalam hal ini, pelbagai andaian dan juga pendapat di
dalam media sosial dilihat sedikit sebanyak memberi
tekanan kepada seluruh rakyat terutamanya pihak
keluarga yang terlibat dengan penyebaran berita
palsu, spekulasi negatif dan sebagainya. Harus
diingat bahawa komunikasi di laman sosial mesti
hadir bersama tanggungjawab (Prof Dr. Azizul

Halim Yahya, 2013) dan dalam soal ini perhatian
terhadap sebarang penulisan di media sosial adalah
kepada soal sensitiviti dan juga intigriti.
Media sosial memberi makna yang berbeza kepada
setiap individu. Ada antaranya bagi tujuan interaksi
sesame rakan, mendapatkan info terkini sesuatu
berita, berkongsi maklumat, dan sebagainya namun
seluruh perkara ini adalah berkenaan komunikasi
antara individu dan juga khalayak. Justeru,
kematangan dalam menyampaikan maklumat
mahupun pendapat dalam media sosial adalah sangat
penting terutamanya dalam krisis sebegini. Menurut
kajian saya yang melihat tatacara penggunaan media
sosial oleh golongan muda, penulisan komen atau
“posting” mahupun kongsi (share) maklumat antara
tujuan lainnya adalah untuk menjadi orang pertama
dalam menyampaikan sesuatu maklumat itu, ingin
mempengaruhi orang lain dengan maklumat yang
disampaikan, dan paling utama adalah untuk
“dilihat” oleh khalayak lain di media sosial, dengan


kata lainnya adalah untuk menjadi popular dengan
“posting” mereka. Dengan objektif sedemikian,
mungkin antara perkara yang disampaikan dalam
media sosial tersebut menyentuh sensitiviti pihakpihak tertentu, dan menyulitkan lagi suasana.
Dalam situasi sebegini, perhatian yang serius perlu
di terapkan dalam menilai sesuatu penulisan yang
hendak disampaikan di media sosial. Kita sebagai
pengguna media sosial perlu matang dalam menilai
penulisan yang ingin dikongsikan itu. Penilaian ini
harus bersifat menyeluruh daripada kesahihan
sumber dan juga impak terhadap khalayak yang
membacanya. Dalam situasi pesawat yang hilang ini,
mungkin ada antara rakyat Malaysia yang terlalu
teruja dan mengkaitkan situasi dengan pelbagai
teori. Walaubagaimanapun pada masa yang genting
ini, perkara utama yang perlu difikirkan sebelum
membuat sebarang sebaran maklumat di media
sosial adalah berkenaan nilai mesej tersebut. Jika
nilai mesej tersebut adalah tidak releven adalah lebih

baik kita tidak mengkongsikannya di media sosial.
Sebagai kesimpulan, kita sebagai rakyat Malaysia
harus memberi sokongan yang padu pada pihak
kerajaan yang telah bertungkus lumus dalam
mengendalikan perkara ini dan bukannya
menambahkan kekalutan dengan menyebarkan
spekulasi yang negatif. Segala sebaran maklumat
yang dilakukan oleh kita di media sosial mesti
difikirkan dahulu nilainya kepada khalayak dunia
kerena pada masa ini seluruh dunia sedang memberi
perhatian terhadap perkara ini dan kita seharusnya
matang dalam berkomunikasi bagi mengelakkan
sebarang ketegangan yang mungkin mencacatkan
imej seterusnya mengeheret Malaysia kepada satu
posisi sebagai negara yang lemah dalam mengatasi
krisis ini.