Assigment math Bahan Beracun waj 3105

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

LAPORAN

Bahan Beracun : Sibutramine
1.0 DEFINISI
‘Sibutramine’ merupakan racun berjadual yang tersenarai di bawah Akta Racun
1952. Sibutramine merupakan racun/ bahan/ ubat yang amat berkesan digunakan untuk
rawatan obesiti. Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada
seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang
ketat. Ia hanya dibekalkan dan diberikan kepada pesakit oleh Ahli Farmasi atau doktor
sahaja kerana hanya ahli professional ini sahaja yang boleh mengendalikan ubat.
Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan
senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes,
hipertensidan dislipidemia. Namun demikian pesakit yang mempunyai sejarah penyakit
arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, rithmia, strok dan
hipertensi tidak terkawal adalah dilarang mengambil Sibutramine.
Terdapat 9 produk berdaftar yang mengandungi Sibutramine iaitu Reductil, Slenfig,
Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim dan kesemua maklumat keselamatan ini

telah dimasukkan dalam sisip bungkusan produk masing-masing.
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Produk Pelangsing badan
berdaftar ada Sibutramine seperti kintop, Body Beaus, BMI-9Xylimming Capsule, Senna
Plus Capsule. Produk tidak berdaftar mengandungi Sibutramine ialah produk Lami.
Manakala Produk berasaskan makanan mengandungi Sibutramine ialah Obexlim,
Slimax Coffee, Beaute Fit Body Contour dan Body Trimz.

1

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2.0

2011

PENILAIAN KANDUNGAN SIBUTRAMINE DALAM PRODUK PELANGSINGAN
BADAN
Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat

yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh

dibahgikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi :






Menghilangkan selera makan
Mengubah metabolism lemak badan
Menghasilkan haba
Membuang air kecil
Ubat pelawas
Penggunaan racun Sibutramine sememangnya diakui boleh mengurangkan berat

badan tetapi memberikan kesan sampingan jangkamasa pendek seperti kemurungan,
halusinasi, cepat marah, rasa berdebar, tekanan emosi, hilang tumpuan, tidak tenteram,
resah, dan berpeluh. Kesan sampingan jangkamasa panjang seperti kerosakan buah
pinggang, tekanan darah tinggi dan sakit jantung sekiranya digunakan tanpa nasihat
Ahli Farmasi dan doktor. Penggunnaannya yang semakin meluas amat membahayakan
para pengguna.

Pil kurus kapsul berwarna kuning dan merah didakwa turut menyebabkan segelintir
individu yang memakannya menjadi ketagih tidak ubah seperti pil khayal berikutan ia
dipercayai mengandungi sejenis racun kimia berbahaya yang sengaja dimasukkan ke
dalamnya. Difahamkan pil dengan jenama Lami yang mengandungi 30 kapsul dijual
secara terbuka persis ubatan tradisional. Jenama berkenaan sudah diharamkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati mengandungi bahan kimia
Sibutramine.
Dewasa ini, banyak pengusaha / pengilang ubat-ubat tradisional dan jamu yang
mendakwa boleh menguruskan badan sengaja mencampurkan racun Sibutramine
dalam ubat-ubatan mereka supaya kesan yang cepat boleh dilihat. Kesan dari itu kita
sering mendengar apabila makan ubat dalam masa 10 hari pun boleh berubah menjadi
kurus. Ini disebabkan adanya kandungan racun Sibutramine dalam produk keluaran
2

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

mereka. Penggunaan yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih
teruk dan boleh menyebabkan kematian. kandungan Sibutramine akan dikontraindikasi

bagi seseorang yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronori, kegagalan jantung
kengesetif, penyakit arteri peripheral, arrithmia, strok dan hipertensi. Oleh sebab itu,
orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil Sibutramine.
Terdapat juga produk yang dipercayai diseludup daripada Negara jiran dan
dibungkus semula di Negara ini dan diedarkan dibeberapa salun kecantikan selain
daripada menggunakan khidmat ejen. Kesan dari itu, berdasarkan kajian Bahagian
Farmasi Kedah dari segi pembungkusan didapati ia menyalahi peraturan kerana setiap
pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh, dan nama pesakit
tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label. Ramai yang telah menjadi mangsa kerana
memakan produk pil pelangsing ini seperti yang telah berlaku di negeri Kedah.
Kebanyakan produk yang dicampur bahan beracun berjadual yang digunakan
sebagai bahan pelangsing kebanyakannnya dibungkus di kilang haram di Negara ini.
Kebanyakan produk itu dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung
penggunaannya.

3

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011


3.0 CADANGAN BERKENAAN PENGGUNAAN PRODUK PELANGSINGAN
BADAN
3.1

Semak sama ada produk yang hendak dibeli adalah berdaftar dengan pihak

berkuasa (BPFK).Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.Sungghuhpun bagi
wanita kecantikan dari segi wajah dan tubuh untuk kelihatan lebih berseri atau slim
sering menjadi keutamaan.Obses kepada kecantikan menyebabkan wanita sanggup
melakukan apa sahaja malah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk
kelihatan menawan. Tidak kira apa sahaja produk atau prosedur kecantikan yang
mampu menyerlahkan penampilan seseorang, ia pasti akan laris di pasaran tanpa
mengendahkan sama ada produk atau rawatan tersebut boleh memudaratkan individu
terbabit. Kesannya ramai yang menderita hingga membawa maut. Keadaan ini juga
menyebabkan para pengusaha kosmetik, mengambil kesempatan untuk mengaut
keuntungan.

3.2


Sesetengah produk (termasuk produk herba) boleh menyebabkan kesan yang

memudaratkan. Oleh itu sila pastikan anda tidak mempunyai masalah kesihatan jika
ingin mencuba produk-produk tersebut. Pengguna tidak sepatutnya menggunakan
produk tradisional yang mengandungi Sibutramine kerana penggunaannya tanpa
pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan pada
tekanan darah dan kesan kardiovaskular seperti peningkatan pada denyutan
jantung/nadi.
Penggunaan bahan pelangsing yang mengandungi bahan beracun seperti
Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ
badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan
psikosis. Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia
boleh menyebabkan kesan kardiovaskular atau serangan jantung.

4

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

3.3


2011

Ambil ubat seperti yang telah diarahkan. Baca label dengan berhati-hati dan

jangan ambil ubat lebih daripada dos yang ditetapkan. Sila ikuti arahan pada label ubat
dan bertanya pada doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang masalah.

3.4

Produk menguruskan badan dikategorikan sebagai produk OTC (over –the-

counter), tradisional dan kosmetik. Oleh itu beberapa kenyataan seperti “menghalang
lemak daripada diserap” atau “mempercepatkan metabolisma” adalah tidak dibenarkan.
Jika terdapat pernyataan ini dinyatakan pada label atau sisip bungkusan, sila laporkan
kepada pihak berkuasa.

3.5

Ephedra adalah herba yang biasa digunakan dalam produk menguruskan badan


tetapi telah dilarang penggunaannya kerana ia menyebabkan kesan yang tidak diingini.
Terdapat kenyataan yang menyatakan produk herba bagi mengurangkan berat badan
adalah selamat. Oleh itu, berhati-hati dengan produk yang disarankan oleh rakan anda
yang mengatakan produk tersebut adalah selamat dan berkesan.

3.6

Elakkan produk menguruskan badan yang:- Menjanjikan penurunan berat badan

yang mendadak dan keputusan dan keputusan yang mengagumkan. - Mencadangkan
anda tidak perlu menukar diet ataupun bersenaman.- Tidak memberikan khidmat
nasihat pemakanan dan menggalakkan anda untuk makan apa sahaja.

3.7

Berhati-hati apabila membeli pil pelangsing. Pil pelangsing boleh dibeli tanpa

preskripsi dan anda disarankan untuk mengambil diet yang rendah kalori dan sentiasa
melakukan senaman. Kebanyakan pil pelangsing tidak mempunyai maklumat yang
lengkap mengenai kandungan bahan di dalamnya dan bagaimana ia dapat membantu

dalam mengurangkan berat badan. Ianya juga adalah mahal.

5

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

3.8

2011

Pengguna juga dinasihatkan supaya berwaspada ketika membeli produk

kesihatan dan kecantikan diri dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan
pengambilan tidak terkawal yang boleh menjejaskan kesihatan. Kegagalan berbuat
demikian akan mengakibatkan pengguna terdedah kepada kemungkinan menghidap
penyakit kronik seperti serangan jantung. Pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor
yang diiktiraf dan tidak wajar memilih produk kecantikan dan kesihatan berdasarkan
penilaian sendiri yang akhirnya memudaratkan kesihatan.

6


LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

4.0

2011

KESIMPULAN
Pengawalan berat badan hendaklah hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan

latihan latihan yang sesuai. Pengguna perlu mendapat nasihat daripada pakar
kesihatan sebelum menggunakan ubat untuk melangsingkan badan.Jika ingin
menurunkan berat badan lakukanlah dengan cara yang selamat iaitu pemakanan yang
betul iaitu rendah lemak, tinggi karbohidrat dan tinggi gentian. Rajin bersenam,
sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu. Jauhilah penggunaan produk pelangsing
kerana ia mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang
malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan
yang hilang tetapi risiko jangka masa panjangnya juga perlu diambil kira sebelum
sesuatu yang buruk berlaku. Ingatlah! Untuk melangsingkan badan tiada jalan pintas,
tiada pil segera dan nikmat yang paling baik ialah memiliki tubuh badan yang sihat dan

bersyukur dengan apa yang kita miliki.

7

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

5.0 DEFINISI TESELASI
Pengertian corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang
bersama-sama dari bentuk asas yang sama yang telah dicipta oleh alam dan
manusia samada secara tidak langsung atau direkabentuk. Bentuk teselasi dari
contoh-contoh susunan dari corak heksagon mudah seperti sarang madu lebah
atau lantai seramik untuk hiasan kompleks. Dalam termikrologi geometri teselasi
adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup
sebuah permukaan satah yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk
menutup sebuah permukaan satah tanpa ruang (gap) atau pertindihan.Corak ini
biasanya berulang.

6.0 SEJARAH TESELASI
Teselasi telah dikenali sejak berabad dan ia masih relevan sehingga
kini.Namun begitu sejarah teselasi dalam matematik bermula dengan kajian
berdokumentasi oleh Johannes Kepler yang menulis tentang teselasi kekal dan
separa kekal yang meliputi permukaan rata dengan poligon kekal.
Lebih kurang pada tahun 1819,seorang crystallographer Rusia,E.S Fedorov telah
membuktikan bahawa setiap tile pada permukaan yang dibina mengikut salah satu
dari 17 kumpulan isometri yang berbeza.Kajian telah menjadi petanda awam bagi
permulaan tidak rasmi kepada kajian teselasi dalam matematik.
Juga turut menyumbang ialah Shubnikov dan Belov (1951) dan Heinrich Heesch
dan Otto Kienzle (1963). Walau bagaimanapun,penyumbang yang paling dikenali
ialah seorang pelukis berbangsa Dutch, M.C Escher (1988 – 1972).Walaupun
beliau beliau tidak pernah menerima latihan sains dan matematik secara
rasmi,beliau sangat dikagumi oleh para cendekiawan matematik,sains, dan
crystallographers. Beliau juga seorang yang merendah diri dan tidak pernah
menganggap dirinya pakar.
7.0 JENIS – JENIS TESELASI

8

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)







2011

Teselasi Sekata
Separuh-sekata teselasi
Bukan-sekata teselasi
Ringkas teselasi
Kompleks teselasi

7.1 Teselasi Sekata
Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari poligon sekata kongruen semua
pertemuan _bucu bertemu bucu.
Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segi
empat tepat dan segi enam. Berikut yang menggunakan segi tiga dan segi enam.

7.2 Teselasi-separuh sekata

9

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Teselasi Separuh-sekata dicipta dengan dua atau lebih jenis poligon sekata yangdipasa
ngkan bersama-sama sedemikian rupa supaya poligon yangsama dalamsusunan kitara
n yang sama
mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi separasekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi tiga sama sisi, segi empat sama
sisi, segi enam, octagons dan dodecagons.

7.3 Teselasi Tidak Sekata
10

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Teselasi tidak sekata adalah di mana tidak ada halangan dalam susunan poligon
di sekeliling kenderaan. Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi.
Dengan mengambil kira definisi di atas akan membuatkan kita faham seadanya
yang kebanyakan corak yang diperbuat daripada satu atau lebih polyiamond adalah
bukan teselasi kerana komponen polyiamond adalah bukan poligon sekata. Coraknya
mungkin lebih tepat dipanggil mozek atau corak jubin. Teselasi sekata dalam matematik
adalah mungkin, tetapi dengan moniamond, segitiga tetriamond dan juga sisi enam
hexiamond. Teselasi separuh sekata adalah mungkin dengan kombinasi moniamond
dan sisi enam hexiamond. Namun, saya akan aplikasikan sebutan teselasi
(sepertimana penulis lain ada) untuk menerangkan corak yang diperoleh daripada
susunan

salah satu atau lebih polyiamond untuk menutupi satah

tanpa ada

persilangan atau pertindihan.
Definisi dan penerangan berikut merujuk kepada teselasi polyiamond. Contoh
adalah terhad, dengan sedikit pengecualian kepada teselasi ppolyiamond individu.
Teselasi boleh direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas,
translasi, putaran dan pantulan pada polyiamond (rujuk rajah).

11

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Translasi – menggerakkan polyiamond di sepanjang satah. Operasi translasi boleh
diaplikasikan kepada semua polyiamond.
Putaran – putar polyiamond di atas satah. Operasi putaran boleh diaplikasikan kepada
semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat, contohnya hexiamond
sisi enam, yang mana tidak berubah.
Pantulan – memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang terdapat pada cermin.
Operasi pantulan adalah terhad kepada polyiamond yang enantiomorphic. Polyiamond
enantiomorphic adalah yang mana tidak boleh ditumpangkan pada pantulannya, ianya
adalah imej cermin.
Saya nyatakan klasifikasi teselasi polyiamond berikut berdasarkan operasi yang
diguna pada polyiamond yang telah di teselasikan.

7.4

Teselasi ringkas yang mana hanya operasi translasi digunakan.

12

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

7.5

2011

Teselasi kompleks yang mana menggunakan satu atau lebih operasi putaran
dan pantulan yang digunakan bersama-sama operasi translasi.
Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang

boleh menteselasikan satah menggunakan hanya ooperasi translasi. Rajah ini akan
dipanggil unit sel.

Teselasi boleh diklasifikasikan dengan lebih mendalam mengikut bagaimana unit
sel mengandungi satu atau lebih polyiamond yang disusun. Jika unit sel disusun seperti
corak sekata yang berulang-ulang atau corak rambang, teselasi disebut periodic. Jika
13

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

susunan menghasilkan corak yang tidak sekata atau rambang, teselasi disebut
aperiodic. Susunan lain yang menghasilkan teselasi dengan pusat simetri bulat adalah
disebut radial – seperti teselasi, dengan pengeculian kes-kes istimewa, adalah
kompleks dan akan meliputi dua per tiga atau enam unit sel yang salah satunya
mengandungi nombor polyiamond yang tidak terbatas.
Kesemua teselasi yang sekata termasuk dalam tujuh belas set simetri yang
berlainan kumpulan yang mana menguras semua cara yang coraknya boleh diulang
tanpa had dalam dua dimensi.

8.0 CONTOH TESELASI
Terdapat banyak contoh teselasi dalam dunia yang sebenar. Kita telah belajar
yang teselasi adalah bentuk polygon yang berulang-ulang tanpa mempunyai ruang atau
seksyen yang bertindih. Siapa yang pertama menemui corak ini, dan siapa yang
menggunakannya? Maka, untuk yang pertama kalinya fikirkan bentuk yang berbeza
yang ada dalam alam semula jadi, dan lihat sama ada anda boleh fikirkan sesuatu yang
boleh diklasifikasikan sebagai teselasi. Sisik pada ikan, cengkerang kura-kura, ataupun
kulit nenas. Jadi, hanya dengan memerhatikan dunia sekeliling kita kita boleh pelajari
macam mana untuk mengenalpasti coraknya dan bagaimana kita boleh aplikasikannya
dalam kerja kita. Contoh teselasi yang dapat kita lihat adalah dalam pembinaan batu
bata semasa membina bangunan. Selama beribu tahun manusia telah menggunakan
teselasi untuk mereka bangunan yang cantik, mozek, kerja kayu, lantai dan taman.
Orang Greek dan Roman dahulu kala telah mencipta mozek yang rumit
menggunakan bahagian batu-batu kecil yang ditampalkan pada dinding-dinding dan
lantai-lantai. Mozek-mozek ini adalah bukan teselasi dalam sistem matematik kecuali
bentuk batu di dalam mereka yang membentuk corak berulang. Tetapi selalunya,
mozek-mozek ini menggunakan rekaan geometric yang akan diteselasikan pada satah
dalam sempadan dan latar belakangnya. Ubin yang lebih besar diperbuat daripada
marmar atau granit yang digunakan pada corak lantai. Kadangkala, seluruh lantai
dihamparkan dalam satah teselasi yang besar.
14

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Seni islam dinotakan mempunyai hiasan mozek yang ekstrem. Lebih banyak
rekaan ubin mempunyai segmen yang bertindih dan disebabkan itu ia bukanlah teselasi
yang sebenar. Banyak masjid dahulukala dan istana dibina di Istanbul, dan warnanya
yang terang tidak hilang. Masjid Biru dan Haiga Sophia adalah dua tempat yang popular
di Istanbul, Turki yang mana banyak corak teselasi pada bangunannya. Kadangkala,
corak yang diwarnakan pada jubin adalah daripada rekaan geometrik mereka sendiri
yang mana apabila dilihat daripada jauh menampakkan teselasi.
Kawasan lain dalam dunia yang menggunakan teselasi pada dinding dan lantai
adalah Negara Cina, di mana seramik porselin biru dan putih yang popular menjadi
aspirasi artis-artis daripada Negara lain untuk membuat jubin yang sama; Jepun, yang
mana dikenali sebagai pengukir kayu dalam mereka teselasi; Afrika Utara dan Sepanyol
terutamanya senibina Moorish. Belanda juga mempunyai industri jubin Delft begitu juga
England iaitu Westminster Abbey di London mempunyai rekaan yang hebat yang ditiru
biara lain. Budaya lain juga dikatakan menggunakan teselasi pada bangunan mereka
dan rekaan tekstil termasuk Navajos dan Amish. Kita boleh mendapatkan buku
berkenaan keseniaan dan senibina di perpustakaan. Terdapat banyak sebab mengapa
kita harus belajar teselasi.

15

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

8.1

2011

Contoh-contoh teselasi dalam kehidupan sebenar :
8.1.1 Rajah teselasi yang terdapat pada benda hidup



Kulit Ular

 Sarang madu lebah :
merupakan suatu susunan dan corak yang berbentuk heksagon

16

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)



Rama-rama

17

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

8.1.2 Objek Buatan Manusia:Bentuk-bentuk teselasi yang terjadi daripada objek buatan manusia seperti selimut,baju,
apron,barang perhiasan,bentuk yang ada pada jambatan dan pelbagai jenis lagi yang
dihasilkan oleh manusia.





apron

kain pelekat

18

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

8.1.3 BENTUK TESELASI DALAM KEGUNAAN HARIAN
1. Lantai, dinding rumah





lantai

dinding

19

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)





Tikar

dinding

20

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

mainan kanak-kanak





laluan pejalan kaki

21

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)



bola sepak

22

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)



tikar getah



permaidani

8.1.4 Teselasi yang terdapat pada bangunan
23

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)



bumbung



bangunan

9.0 LANGKAH- LANGKAH PENGHASILAN CORAK TESELASI 2D
24

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

a) Dari titik tengah (A) bina 8 garisan lurus panjang 2 petak ke titik B dan C.

b) Dari titik (B) bina dua garisan lurus panjang 2 petak ke titik D.

25

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

c) Sambungkan titik D ke titik C untuk menjadi satu bentuk.

26

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

d) Bentuk yang terhasil dicantumkan dan terjadi corak teselasi seperti dalam lampiran.

27

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

10.0

REFLEKSI

28

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Bagi Tugasan A untuk tajuk Pengukuran kumpulan kami memilih bahan beracun
‘SIBUTRAMINE’ yang terdapat dalam produk pelangsingan badan. Untuk menyiapkan
tugasan ini banyak kaedah yang saya gunakan untuk mencari maklumat mengenai
kandungan Sibutramine dalam produk yang terdapat di pasaran. Di antaranya melihat
produk-produk yang terdapat di Toko-toko Jamu, kedai-kedai yang terdapat di pasar
raya

dan

kebanyakannya

dijual

oleh

warga

asing

serta

tidak

tahu

kesan

penggunaannnya. Saya juga mencari maklumat dari buku, majalah dan surat khabar,
melayari internet serta berbual dengan individu yang pernah menggunakan produk
berkenaan.Contohnya penggunaan Slimax Coffee dan Body Trimz.
Dengan tugasan ini juga dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai
bahan beracun ‘SIBUTRAMINE’ Banyak maklumat yang saya perolehi dengan
menghasilkan risalah bahan beracun ini. Tugasan ini memberi

info kepada saya

tentang kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang penggunaan produk
pelangsing. Info boleh dijadikan pengajaran dan boleh berkongsi maklumat bersama
rakan juga keluarga. Saya bukan sahaja memperoleh maklumat berkenaan Sibutramine
dan produk pelangsingan badan malah saya juga belajar menghasilkan risalah yang
baik. Tambahan pula daripada tidak tahu saya menjadi tahu banyak perkara.
Manakala tugasan B mengenai Corak-corak Geometri yang biasa kita lihat
menghiasi dinding bangunan, lantai dan pelbagai barangan yang terdapat di
persekitaran kita. Pertama kali membaca

tugasan yang diberikan saya tidak

mengetahui apa itu ‘TESELASI’. Setelah mencari pelbagai maklumat dengan melayari
internet saya mula mendapat gambaran berkaitan teselasi. Tugasan ini juga memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada saya mengenai teselasi, jenis-jenis teselasi dan
corak-corak transformasi yang ada di sekeliling kita.
Setelah mendapat maklumat saya dan ahli kumpulan bersama-sama memikirkan
untuk menghasilkan corak teselasi 2-D. Kami belajar untuk menghasilkan corak
tersebut langkah demi langkah.
Proses

mencari maklumat juga memerlukan keperihatinan, kesabaran dan

pengorbanan masa yang bukannya sedikit. Alhamdulillah banyak maklumat diperolehi
29

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

dan dapat membantu menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun

untuk

mengaplikasikan maklumat yang diperolehi bukannya mudah. Dengan tunjuk ajar dan
bantuan daripada pensyarah, banyak membantu membuka minda saya dan rakan
untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin.
Mempelajari tajuk ini, menghasilkan risalah dan teselasi banyak memberi manfaat
kepada saya. Mengetahui maklumat yang terdapat pada risalah berkenaan bahanbahan beracun dalam produk pelangsing amat berguna dalam kehidupan kita. Kita juga
dapat mengetahui apa yang perlu kita lakukan apabila ingin menggunakan sesuatu
produk sebelum produk tersebut memudaratkan kita. Dengan mempelajari teselasi
juga secara tidak langsung kita mempelajari kesenian dan senibina.
Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ahli kumpulan kami tinggal dalam
daerah yang sama. Ini memudahkan kami untuk berjumpa, berbincang, berfikir dan
bekerjasama dalam usaha untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini seperti
yang dikehendaki pihak pensyarah. Kami telah berjumpa beberapa kali hingga
terhasilnya portfolio ini. Selain berjumpa dan berbincang kami juga berhubung melalui
telefon dan menghantar email.
Sungguhpun banyak Cabaran untuk menyiapkan kedua-dua

tugasan ini

Alhamdulillah berkat kerjasama bersama-sama rakan sekumpulan dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini.

Disediakan oleh :
…………………………………………………
Nama

: Sarima Niza bt Kendot @ Ibrahim

No K/P : 700513-10-6108

Refleksi individu(Norlian Bt Abas)
30

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

Alhamdullilah,Setelah menyiapkan tugasan yang diberi,banyak ilmu yang saya
perolehi. Semasa mendapat tajuk tugasan,perkara yang pertama yang dilakukan kami
membaca dan memahami kehendak tugasan. Pada peringkat tersebut kami belum
dapat memahami apa yang perlu kami lakukan mengikut kehendak soalan. Setelah
meneliti soalan,kami mula mencari serba sedikit bahan daripada laman sesawang
(internet). Saya dan rakan yang lain mula mendapat idea untuk membuat tugasan
tersebut dan sehingga dapat menyiapkan tugasan yang diberi.
Melalui tugasan ini banyak perkara dan maklumat terkini berkaitan dengan
bahan beracun yang ada di pasaran. Sebelum mencari bahan yang sesuai tentang
penggunaan bahan beracun yang terdapat di pasaran, saya telah mencari maklumat di
laman sesawang (internet) untuk mengenal pasti barangan yang mengandungi bahan
beracun.
Seterusnya untuk tugasan yang kedua, saya dan dua rakan mencari maklumat
berkaitan dengan teselasi yang sebelum ini belum pernah saya mendengar perkataan
teselasi. Melalui tugasan ini, saya mula faham maksud teselasi sebenar.
Saya dan dua rakan yang lain dalam kumpulan kami membuat perjumpaan yang
kedua untuk membincangkan tentang maklumat yang diperolehi.Selepas perjumpaan
ini kami bertiga mula bergerak mencari maklumat berkaitan dengan tugasan yang
diberi.
Dalam pencarian maklumat saya telah mendapat serba sedikit bahan dari laman
sesawang (internet).Saya mula bergerak ke kedai yang menjual barangan untuk
kegunaan pengguna.Saya mencari barangan yang mengandungi bahan beracun
berdasarkan senarai barangan bahan beracun yang diperolehi daripada laman
sesawang (internet).Melalui pengalaman ini,barulah saya menyedari betapa pentingnya
para pengguna mengetahui tentang bahan beracun yang berada di pasaran sebelum
membeli barangan.Ini kerana masih ada barangan yang dijual walaupun telah dikenal
pasti mengandungi bahan beracun.
Dalam membina brosur, kumpulan kami melihat beberapa contoh brosur yang
untuk dijadikan panduan dalam menyiapkan tugasan ini.Ini kerana brosur yang dibina
31

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

menepati kehendak tugasan yang sebenar. Saya juga bertanya dengan masyarakat
sekeliling terutamanya jiran,rakan sekerja dan kawan-kawan yang terdekat mengenai
pengetahuan mereka tentang bahan beracun di pasaran. Melalui maklumat ini,ia boleh
dijadikan panduan apa yang perlu dimasukkan untuk menghasilkan brosur yang lebih
sempurna.
Mengenai tugasan yang berkaitan dengan teselasi pula, banyak cabaran yang
saya lalui untuk menghasilkan corak teselasi ya ng sebenar.Setiap ahli kumpulan
ditugaskan cuba membina satu corak teselasi dan akan memilih satu corak teselasi
yang sesuai mengikut kehendak tugasan. Corak teselasi yang telah dipilih, dikemaskini
dan diperbaiki melalui perbincangan ahli kumpulan sehingga akhirnya kami dapat
menyiapkan teselasi tersebut dengan jayanya.
Semasa ingin menghasilkan corak teselasi tersebut,pada peringkat permulaan
saya tidak mendapat sebarang gambaran untuk menghasilkan corak teselasi yang
dikehendaki. Saya cuba mencari maklumat di laman sesawang (internet) dan bahan
rujukan di pusat sumber.Saya mencuba pelbagai corak teselasi,tetapi masih belum
berpuas hati dengan hasilannya. Saya terus mencari maklumat dan pada peringkat
permulaan saya perlu memahami cara mendalam maksud teselasi,kegunaan teselasi
dalam kehidupan harian dan cara menghasilkan corak teselasi. Akhirnya saya mula
mendapat idea untuk menghasilkan corak teselasi seperti yang dikehendaki mengikut
tugasan yang diberi. Saya juga mula mengetahui jenis barang yang ada di sekeliling
saya banyak berkonsepkan corak teselasi.
Kesimpulannya melalui tugasan ini,banyak ilmu yang saya perolehi tentang
bahan beracun di pasaran dan berkaitan dengan teselasi. Ilmu yang diperolehi amat
penting dalam kehidupan saya seharian terutama tentang kandungan bahan beracun
pada barangan yang dijual di pasaran.

32

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

33

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

BORANG KOLABORASI

34

2011

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

NAMA AHLI KUMPULAN :
NORLIAN BT ABAS - 680515106034
SARIMA NIZA BT IBRAHIM - 700513106108
NORMAH BT SALIMAN - 730407105512
PRAB

BIL
.

TARIKH

PIHAK YANG
TERLIBAT

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

BORANG KOLABORASI

NAMA AHLI KUMPULAN :
35

TANDATANGAN

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

2011

NORLIAN BT ABAS - 680515106034
SARIMA NIZA BT IBRAHIM - 700513106108
NORMAH BT SALIMAN - 730407105512
PRAB

BIL
.

TARIKH

PIHAK YANG
TERLIBAT

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

36

TANDATANGAN

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

37

2011