ekonomi Islam sosialis n kapitalis

1.0 PENDAHULUAN
Globalisasi merupakan agenda baru dunia Barat untuk memonopoli pasaran dunia
A.Manan(1992) menyatakan bahawa globalisasi berkonsepkan dunia tanpa sempadan
sangat berbahaya bagi negara yang tidak bersedia menghadapinya. Ia boleh menjadi satu
ancaman kepada mereka yang tidak bersedia. Perkara yang perlu diberikan perhatian
adalah pelaksanaan konsep globalisasi globalisasi ini ditunjangi oleh sistem kapitalisme
global yang memperkenalkan doktrin individualisme , konsumerisme dan hedonism yang
bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
Fenomena globalisasi boleh dikatakan sebagai gelombang yang melanda dunia.
Gelombang globalisasi pada zaman moden lebih besar. Ia bukan sahaja menimpa negaranegara maju malahan juga semua negara di seluruh dunia. Antara aspek yang sangat
penting untuk dititikberatkan dalam sistem ekonomi globalisasi adalah impak yang sangat
besar kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sistem ekonomi kapitalis pada
masa sekarang telah menguasai kabanyakan sistem ekonomi sesbuah negara . Disamping
sistem ekonomi kapitalis, terdapat juga sistem ekonomi lain yang dipraktikkan seperti
sistem ekonomi sosialis dan komunis. Sistem-sistem ekonomi tersebut mempunyai banyak
kebaikan dan kelemahan tersendiri. Antara kelemahan utama yang dikenalpasti tiada
keseimbangan dalam keadaan dan sistem ekonomi tersebut khususya antara pengeluar dan
pengguna serta antara pemerintah dan rakyat. Bagi memperbaiki sistem ekonomi yang
boleh memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada setiap elemen yang terdapat dalam
sistem ekonomi sesebuah negara. Menurut Nik Rosila (1999), sistem ekonomi Islam
merupakan ekonomi yang paling lengkap yang telah diperkenalkan semenjak kemunculan

agama berabad lalu. Malangnya disebabkan kurang pendedahan, sistem ekonomi Islam
tidak dipraktikkan secara meluas dan menyeluruh
2.0 BANDINGAN ISLAM, KAPITALISME DAN SOSIALISME
2.1 Sistem ekonomi kapitalis
Ismail Awang (1999) menyatakan bahawa globalisasi ekonomi yang diasaskan oleh Barat
sebnarnya turut membawa banyak keburukan, umpamanya krisis kewangan dunia yang
1

melanda negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand Korea dan sebagainya.
Kesan daripada krisis kewangan ini menyebabkan terjadinya rusuhan , penggulingan
pemerintah, ketidakstabilan politik, ekonomi dan juga sosial. Contoh yang mudah dilihat
adalah seperti yang berlaku di Indonesia dan Argentina. Masalah ekonomi ternyata mampu
mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara-negara berkenaan. Masalah
initibul disebabkan oleh kejatuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, satu sistem
alternative atau pendekatan terbaru perlu diadakan bagi mengatasi masalah ini. Ismail
Menurut Afzal-Ur-Rahman (1991) sistem-sistem ekonomi yang terkenal di dunia
pada masa kini secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
sistem kapitalis, sistem sosialis dan sistem Islam. Sistem ekonomi kapitalis adalah
berasaskan kebebasan. Seseorang boleh menjalankan perniagaan , perusahaan


atau

pekerjaan yang disukainyatanpa didesak atau dipaksa. Seseorang itu boleh mengeluarkan
seberapa banyak hasil menurut keupayaannya. Masyarakat peniaga boleh bekerjasama
dengan sebarang penguasa lain secara bebas. Sistem ekonomi kapitalis berpusatkan kepada
polisi pintu terbuka sama ada di dalam atau di luar negara. Pakar-pakar dalam sistem
kapitalis telah menyatakan bahawa untuk menjadikan proses ekonomi sihat dan sempurna
ia memerlukan tiga keadaan. Pertama ,penguasa mesti mempunyai kepentingan peribadi
dan muslihat individu. Menurut kenyataan tersebut, seseorang individu enggan bekerja
melainkan ia mempunyai muslihat peribadi yang mendorongnya . Kedua ,pertandingan
bebas. Ia perlu menggiatkan proses pengeluaran. Ketiga, dalam pasaran ekonomi kapitalis
memerlukan kebebasan, Sesuatu kegiatan akan mnjadi lemah dan juga muslihat individu
terhalang.
Ekonomi bebas yang diperkenalkan dalam sistem ekonomi kapitalis melahirkan
pelbagai masalah dan ketidakseimbangan masyarakat. Golongan kaya akan terus menjadi
kaya dan golongan miskin akan kekal miskin. Sistem ekonomi ini juga berkecenderungan
kepada seseorang yang mempunyai banyak harta kekayaan tidak mengeluarkannya untuk
membantu golongan miskin yang lebih memerlukan. Ini tidak seperti diamalkan dalam
sistem zakat di dalam ekonomi Islam. Disamping itu sistem kapitalis juga mengamalkan
riba dalam pelaksanaan pelaburan, pengeluaran sebagai petanda atau harga bagi

permintaan atau penawaran wang.

2

2.2 Sistem ekonomi sosialis
Dalam keadaan sistem ekonomi kapitalis yang menimbulkan banyak bencana muncul
penyokong-penyokong golongan pekerja menyerang sistem kapitalis dan melemparkan
keburukan-keburukan sistem itu. Mereka mengatakan bahawa muslihant individu dalam
ekonomi hanya akan melonggokkan kekayaan kepada sebilangan kecil masyarakat
malahan sebahagian besar lagi terpaksa tunduk dibawah kehendak sebilangan kecil ini.
Demikian juga golongan pemodal hanya akan menimpakan kesusahan dan kezaliman
kepada kelas miskin. Tambahan lagi pertandingan bebas hanya akan membawa kepada
kemiskinan terhadap segolongan manusia kerana tidak melibatkan sama taraf dan
monopoli alat pertandingan.
Sistem ekonomi sosialis ini diperkenalkan berdasarkan beberapa hujah. Pertamanya
adalah bertujuan menghapuskan pemilikan perseorangan terhadap tanah dan modal serta
menyerahkannya kepada kerajaan demi untuk kepentingan umum. Individu-individu
bekerja kepada kerajaan dengan menerima upah sama rata. Kedua adalah tuntutan
pembahagian barang-barang kepada individu menurut keperluannya. Ketiga adalah
tuntutan menentukan cara-cara pengeluaran dalam bats keperluan umum , tentang jenis

dan jumlahnya.
Menurut Afzal-Ur-Rahman (1991) lagi dengan cara ini akan lenyaplahperbezaan
individu, kelas-kelas dalam masyarakat dan seluruh individu menjadi setaraf. Hasilnya
tidak akan berlaku kekacauan atau tidak timbul perasaan dengki malah semuanya akan
menjadi saudara tolong menolong dan lahirlah perdamaian. Tujuan sistem ekonomi adalah
untuk mewujudkan keadilan dalam ekonomi dan seimbangkan kekayaan dalam
masyarakat. Namun jalan ini jelasnya menyalahi fitrah manusia . Dalam sesebuah negara
yang mengamalakan sistem ekonomi ini ia akan mengundang seseorang pemerintah
menjadi seorang diktator yang paling keras dan kejam.
2.3Sistem ekonomi Islam
Sistem ekonomi Islam merupakan satu sistem ekonomi yang lengkap dan berada
diantara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Mohd Akbal (2003) .
3

Prinsip yang terbesar adalah memberikan hak-hak individu dan peribadinya. Ia bukanlah
suatu sistem yang merosakkan keseimbangan dalam pembahagian kekayaan. Ia
memberikan kebebasan individu dalam pemilikan haknya dan melakukan tindakan
terhadap kekayaannya di jalan yang diredhai.Ia mengikat hak kekayaan yang dimiliki dan
setiap tindakan keatas harta dengan pelbagai ikatan moral dari dalam dan juga
perundangan. Justeru Islam menyususn sistem ekonominya dengan satu mod yang unik

namun berbeza dengan sistem kapitalis dan sosialis secara amnya.
Terdapat pelbagai perbezaan dalam prinsip pelaksanaan ekonomi Islam. Di
dalamnya terkandung nilai moral dan ibadah. Afzal-Ur-Rahmanmengatakan bahawa
prinsip ekonomi Islam mengandungi pelbagai perkara , antaranya adalah kebebasan
individu terhadap pemilikan hak dan harta yang telah diusahakannya, namun pemilikannya
diikat dengan ibadah seperti pengeluaran zakat dengan kadar yang tidak membebankan.
Selain itu prinsip ekonomi Islam adalah membataskan ketidaksamaan ekonomi bagi
mewujudkan kesamaan dan keselamatan sosial. Harta yang dibahagikan dengan baik akan
mewujudkan suasana persaudaraan antara masyarakat justeru membentuk negara aman dan
harmoni. Larangan prinsipnya keras dalam pengumpulan kekayaan dan penubuhan
institusi antisosial selain mementingkan kebajikan individu dan masyarakat.
ANCAMAN GLOBALISASI EKONOMI DI MALAYSIA
3.0 Rasuah : Kesan dan Mekanisme Mengatasinya
Menurut kamus dewan, Politik wang merupakan istilah khusus dan paling sesuai
untuk menerangkan pengertian rasuah politik yang merangkumi sebilangan perbuatan yang
salah di sisi undang-undang, termasuk pembelian undi, dan penyalahgunaan kuasa, serta
juga pelesapan wang untuk membiayai pengamalannya. Transparency InternationalMalaysia menggelarnya sebagai "ibu kesemua rasuah" yang membawa kepada
kemusnahan dan kemerosotan gambaran pentadbiran. Rasuah ibi terjadi bukan hanya
berlandaskan isu kepentingan politik dan birokrasi sahaja malah melibatkan kepentingan
yang lain seperti bermotifkan kewangan dan menerima persepsi ‘orang berduit’ dengan

cara yang cepat tanpa memikirkan kebertanggungjawapan tugas sebagai penjawat negara
tidak kira penjawat awam mahupun swasta. Istilah "politik wang" dipopularkan oleh Tun
4

Dr. Mahathir

Mohammad,

Perdana

Menteri

Malaysia

Ke-4, menjelang

akhir

pemerintahannya.
Rasuah pula merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana

seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau
sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat beberapa bentuk perlakuan
rasuah yang utama. Pertama adalah meminta dan menerima rasuah. Kedua, menawarkan
dan menerima rausah. Seterusnya adalah membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan
jawatan dan kedudukan sebagai individu berpengaruh demi mendapatkan wang dengan
cara yang cepat. Pemberian dan penerimaan rasuah jika tidak dibendung dan diatasi
dengan sebaik mungkin

akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-

undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan
akan berleluasa. Rasuah dalam kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan
negara

pengeluar

petroleum

dan


negara

miskin

terutamanya

di

Amerika

Latin.Mendapatkan tender dengan cepat dan mengurangkan karenah birokrasi menjadi
matlamat uama dalam perebutan tender. Oleh itu, menyediakan wang sogokan kepada
penguatkuasa tanpa disedari dapat memberi impak dan keuntungan yang besar kepada
individu ataupun kontraktor yang tidak layak menerimanya

3.1 Membanteras rasuah
Konsep dan persepsi mengenai amalan rasuah telah meningkat sejak tahun-tahun
kebelakangan ini. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dibawah
Transparency International (TI) telah menurun daripada tempat 23 pada tahun 1995

kepada 56 pada tahun 2009. Kos kepada negara akibat rasuah adalah signifikan dan terus
meningkat sehingga ke hari ini. Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
(PEMUDAH) menganggarkan bahawa rasuah bolehmenyebabkan kos sebanyak RM10
bilion setahun, atau 1-2% daripada KDNK. Proses menangani dan membanteras rasuah,
dimulakan apabila pihak kerajaan memberi fokus dan tumpuan kepada tiga bidang yang
amat terdedah kepada rasuah badan pengawalseliaan dan penguatkuasaan, perolehan
kerajaan dan rasuah besar

5

Tambahan pula, pihak kerajaan akan menerima pakai KPI yang berasaskan kepada
keberhasilan dan ditanda aras di peringkat antarabangsa. Sasaran kerajaan adalah untuk
meningkatkan skor CPI tahun demi tahun.. Kerajaan telah menunjukkan peningkatan yang
baik apabila berjaya meningkatkan skop CPI daripada 4.5 kepada 4.9 pada tahun 2010.
Kerajaan juga berusaha meningkatkan peratusan responden yang menjawab ‘berkesan’
kepada Kajian Global Corruption Barometer TI terhadap tindakan kerajaan dalam
membanteras rasuah . Ini memastikan sokongan orang awam terhadap usaha menangani
dan membanteras rasuah. Pada tahun 2009, kerajaan telah merangka beberapa program
menangani rasuah secara bijak melalui Program Transformasi Kerajaan. Program ini
adalah bertujuan membuka mata rakyat mengenai kepentingan mereka bersama-sama

kerajaan dalam menangani isu rasuah yang tidak pernah berkesudahan. Sikap kerajaan
dalam berhati-hati dalam menangani rasuah dapat menjamin kekayaan negara disalurkan
dengan cara yang betul dengan mengurangkan ketirisan dana.

3.2 Meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan kuatkuasa
rasuah secara besar-besaran
Kerajaan mensasarkan untuk memperoreh kembali keyakinan masyarakat terhadap agensi
pengawalseliaan dan penguatkuasaan: PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ). Ini adalah
agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan yang mempunyai jumlah kes pertuduhan
terbanyak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2005 dan
2009 dan mendapat skor terendah dalam persepsi integriti di kalangan komuniti perniagaan
dan awam.
Hal ini membuktikan bahawa integriti kerja dan penngawal seliaan gerak kerja
sesetengah agensi pencegah rasuah dan jenayah ini tidak dipercayai oleh rakyat
sepenuhnya.Sasaran kami bagi tahun 2010 adalah untuk meningkatkan bilangan kes
didakwa berbanding bilangan ditangkap, bagi pengedaran dan pemilikan dadah kepada
80% (daripada peratusan semasa 75%), bilangan saman dibayar berbanding bilangan
saman dikeluarkan oleh PDRM kepada 61% (daripada 50%) dan oleh JPJ kepada 78%
(daripada 60%). Selain itu, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kes

didakwa berbanding bilangan ditangkap dan ditahan di bawah Akta Imigresen dan cukai
6

diperoleh semula daripada barangan yang diisytihar di bawah harga sebenar kepada RM 21
juta (daripada RM 9 juta) Pengisytiharan ini membuktikan bahawa 15 peratu hasil
pendapatan negara telah hilang kerana rasuah dan penyelewang yang berlaku dalam
institusi awam dan kerajaan.
Demi usaha kerajaan mencapai hasrat ini,kerajaan pasti berusaha memperkuatkan
unit dan badan pematuhan dalam setiap agensi penguatkuasaanmelaui etika kerja yang
akan dipegang oleh pegawai kanan mahupun unit khas yang ditubuhkan. Badan mahupun
unit pencegahan rasuah yang ditubuhkan dalam agensi akan diberikan kursus dan
didedahkan dengan sumber aduan Unit pematuhan ini akan melaporkan terus kepada ketua
agensi penguatkuasaan, dengan satu Suruhanjaya Bebas mengawasi pengurusan dan
pengendaliannya. Pengawalseliaan di bawah suruhanjaya bebas adalah perlu untuk
memastikan tidak ada bias dalam menetap dan melaporkan sesuatu kes.Dalam masa yang
sama,kerajaan akan menetapkan akta yang akan melindungi pihak pelapor daripada unit
pematuhan , kelayakan untuk menilai pekerja lain mengurus ganjaran dan kesan akan juga
diwujudkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan unit pematuhan.Hal ini penting bukan
sahaja agensi diberikan kuasa melapor malah keselamatan ahli unit pematuhan turut
terjamin.
Selain itu, kami juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif lain yang direka bentuk
untuk mengurangkan peluang berlakunya gejala rasuah dan penyelewengan wang dalam
agensi mahupun di dalam unit pematuhan itu sendiri. Ini termasuk melakukan penggiliran
kerja ‘job rotation’ mahupun kerja secara ad-hoc mengikut jadual masing-masing untuk
menghalang pegawai penguatkuasa daripada membentuk hubungan kerjasama dengan
organisasi jenayah.Hubungan jenayah rasuah boleh senang terjadi apabila hanya seorang
mahupun waktu kerja terjadi dalam skala jadual yang statik. Jadual kerja yang berubahubah akan menyukarkan penjawat awam untuk menjalin hubungan rasuah dengan staf
yang tertentu.

3.3 Mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan kerajaan
7

Ketirisan wang kerajaan adalah cara terakhir untuk mengesan berlakunya aktiviti rasuah di
sesebuah agensi. Kiraan audit yang berskala akan dikenalpasti dimana ketirisan dana boleh
berlaku. Justeru, pihak kerajaan akan berusaha mengurangkan ketirisan dana yang
diperuntukkan untuk pembangunan nasional dan perbelanjaan operasi selain memastikan
ketelusan dalam penganugerahan kontrak. Kerajaan telah merancang beberapa gerak kerja
dalam memastikan proses analisis ketirisan dana ini dapa berjalan dengan baik.
Menghapuskan penyelewengan wang secara keseluruhan dalam tempoh masa yang
singkat adalah hamper mustahil. Oleh itu kerajaan telah mensasarkan untuk mengurangkan
secara berperingkat melalui amalan surat sokongan, yang kerap digunakan untuk
mempengaruhi kakitangan kerajaan untuk memintasi dasar dan tatacara standard kerajaan
dalam mendapatkan kontrak. Matlamat kami adalah untuk menghapuskan amalan ini sama
sekali.Kontraktor yang berniat tidak baik dalam pengurusan kerja sering kali
menyampaikan hasrat dan permohonan untuk pintasan bagi memudahkan perjalanan
sesuatu

projek.

Hal

ini

kerana

sesetengah

daripada

kontraktor

yang

tidak

bertanggungjawab, merekatidak mahu melaksanakan kerja mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh agensi dengan alas an mengelakkan lebihan bajet dan karenah birokrasi.
Namun, kerajaan harus lebih bijak dalam menangani situasi ini dengan mengadakan
pintasan sebelum hasrat itu disampaikan kepada agensi yang terbabit.
Seterusnya adalah pendedahan sumber pendapatan secara terperinci semua kontrak
perolehan kerajaan dalam laman web kementerian dan agensi serta dalam portal ekerajaan.

Ketua

Setiausaha

atau

Ketua

Pengarah

setiap

kementerian

akan

dipertanggungjawabkan untuk memastikan maklumat perolehan yang terkini dari
kementerian mahupun jabatan mereka didedahkan. Maklumat terperinci termasuklah
senarai perolehan projek yang dirancang, nama-nama kontraktor yang berjaya, harga
kontrak dan tempoh projek.Konsep ini menyamai pengistiharan harta namun ia dilakukan
dengan skala yang lebih besar bagi memudahkan pihak berkuasa memantau gerak kerja
setiap badan ataupun agensi. Tidak dnafikan, dalam merealisasikan matlamat ini, ramai
tenaga kerja diperlukan dan bebanan juru audit akan bertambah, namun itu bukanlah
alasan untuk setiap agensi tidak bekerjasama dengan kerajaan dalam menanagani kes
rasuah dan penyelewengan wang kerajaan.
8

Menangani rasuah besar
Kerajaan berusaha menghalang mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan sumber awam
oleh ahli politik dan kakitangan kanan kerajaan. Kejayaan kerajaan dapat diukur dengan
menggunakan kaji selidik awam yang bebas terhadap persepsi mengenai tahap rasuah
besar.Selain itu, kerajaan menetapkan peningkatan kes perbicaraan yang dapat diselesaikan
melibatkan individu-individu pesalah rasuah yang tergolong dalam kalangan ahli politik
mahupun berpengaruh. Justeru, kerajaan telah mengetatkan proses pengawal seliaan
pematuhan integriti kerja yang melibatkan individu yang berpengaruh.
Kaedah ini telah direkodkan sebagai suatu kejayaan dalam menangani salah satu kes
jenayah kolar puti ini. Ini melibatkan Tan Sri Isa Haji Abdul Samad yang terlibat dengan
rasuah dalam Pemilihan calon UMNO pada tahun 2004 dan digantung keanggotaannya
selama 3 tahun menjadi hujahan. Ketua pengarang Mingguan Komen penulis Wasilah
Mingguan pula berpendapat bahawa dulu rasuah yang dianggap sebagai suatu yang kotor
dan penyalahgunaan kuasa kini hanya dianggap sebagai kesilapan teknikal sahaja, Kuasa
dan pengaruh yang dimiliki oleh ahli politik dan individu berpengaruh adalah menjadi
punca masalah ini diperlekehkan. Ia dijadikan langkah ntuk melepaskan diri apabila
toleransi yang dibuat dianggap tiada kena-mengena langsung dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana 'kesilapan teknikal' Isa yang bercanggah
dengan etika parti itu bukan suatu kesalahan pun di sisi undang-undang negara. Lantaran
itu, ketua pengarah Mingguan Wasidah bertanya, "Aneh, kenapa sampai 3 tahun (asalnya 6
tahun) Isa digantung keahlian jika semata-mata hanya melakukan kesilapan teknikal?
Katanya lagi "Selepas ini, jangan berasa pelik, sebaliknya 1Malaysia boleh senyum dan
menarik nafas lega kerana rasuah bukan lagi suatu kesilapan teknikal, sebaliknya adalah
strategi politik paling ampuh lagi berkesan untuk mengekalkan kesinambungan kuasa.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dan ada yang masih di dalam
perangkaan dalam menangani isu ini .Antaranya adalah. pengumuman dasar toleransi sifar
dan rangka kerja perlindungan pemberi maklumat. Toleransi sifar merupakan bentuk
kaedah kerja di agensi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat situasi yang
memungkinkan berlakunya sebarang kes rasuah dan penyelewengan. Staf dan orang awam
9

juga diberikan kuasa untuk melaporkan sebarang kes yang melibatkan rasuah dan politik
wang (whistle blower). Maklumat yang didedahkan berkemungkinan membahayakan
pengadu. Oleh itu suatu suruhanjaya dirangka bagi melindungi hak pengadu dan saksi
yang mempunyai bukti kukuh dalam membanteras jenayah rasuah ini. Walau
bagaimanapun, akta yang melindungi whistle blower Act 2010 (Akta 711) yang
memberikan perlindungan kepada pengadu, masih berada di dalam kajian kerana
kebanyakan kes aduan rasuah adalah kerana rasa tidak puas hati pengadu terhadap majikan
kerana masalah peribadi dan masalah staf yang dibuang kerja mahupun yang mempunyai
prestasi kerja yang tidak baik.

4.0 KESIMPULAN
Dalam pelaksanaan sebarang model dari Barat,adalah penting mengambil kira nilai dan
etika sesuatu masyarakat itu sendiri. Kebanyakan model pengurusan barat lebih
menekankan sifat-sifat seperti ingin tahu, berdikari, berani mencuba, berfikiran kritis dan
kreatif seumpamanyauntuk melahirkan pekerja yang maju. Masyarakat Islam tidak
seharusnya menerima bulat-bulat idea yang disebarkan oleh pihak barat. Dalam dunia yang
serba canggih , manusia dianggap sebagai mesin yang saling kejar mengejar antara satu
sama lain. Kepentingan memahami kehendak globalisasi yang adil adalah penting untuk
memastikan keamanan ummah . Globalisasi seharusnya menuntut manusia kearah yang
lebih beretika dan berakhlak dalam meneruskan kehidupan. Globalisasi juga menuntut
manusia supaya saling bekerjasama walaupun batasan komuniti telah menjadi semakin
mengecil . Justeru itu, demi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih sempurna, sistem
ekonomi Islam mampu untuk menangani kehendak global.

RUJUKAN

10

A. Manan(1992) , Ekonomi Islam : Teori danPraktik (Terjemahan) : Jakarta. Penerbit PT
Intermasa
Afzal-Ur-Rahman (1991), Doktrin Ekonomi Islam. Jilid Satu, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
Akbal (2003), Globalisasi Ekonomi Dan Strategi Malaysia, Batu Pahat terbitan KUITTHO
Ismail Awang (1999), Peranan Ekonomi Islam dalam Era Globalisasi Jurnal Institit
Kefahaman Islm Malaysia 141:172
Mahathir Mohamad, (1999), A New Deal For Asia . Selangor. Pelanduk Publications (M)
Sdn Bhd
Nik Rosila Nik Yaacob(1999), Idealisme Sistem Ekonomi Islam Dalam Arus Globalisasi.
Jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia. Hlmn 201:222

11