Keluarga ( sakinah keluarga tanpa 8)

Keluarga
ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertaliandarah, perkahwinan atau pengambilan
anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah hartayang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang
ringgit.Oleh itu, setiap anggotakeluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi
mengekalkan hubungansilaturahim antara anggota keluargaSetiap ahli keluarga haruslah mengamalkan
nilai mengekalkan tradisikekeluargaan. Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati
danmengamalkan sesuatu kebiasaan, adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam
keluarga.Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaanyang
bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang
mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladanyang baik dalam mendidik anak
supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tanggayang menjadi tempat perlindungan yang paling
selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya.Selain itu, setiap anggota keluarga harus
mempunyai nilai hormat dan taat kepadaanggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan
setiap anggota keluargadengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan
keluargayang harmoni. Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau
persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia dapatdiwujudkan sekiranya keluarga tersebut
mengamalkan tradisi kekeluargaan.Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai
tradisikeluarga yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka jugamerupakan
sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak adalah pewaris generasi
masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalamtradisi keluarga akan menjadi ikutan
mereka apabila dewasa kelak.


Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gununggunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan
kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya
dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita
akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan
oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca
yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar

dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,
malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan
global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit.
Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan
menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini
turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu,
masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan
serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di

rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang
boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan
air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini

akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada
hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih
merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam
kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan
air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber
makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan
habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh
hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi
protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran
laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala,

tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar
yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing,
dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong
juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan
kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan,
keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar
dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG
205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit
sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan
menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk
mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita
menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan
kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas,
marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan
kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin

keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang
besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke
sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan
kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara
umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan
yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna
merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai
fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan
menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap

alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau
berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula
adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan
meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk
Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan
menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan
terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang
cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk
melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara
melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat.

Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan
taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada
hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi
belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah
bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.

Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya
pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

TAM WEI LEH
205884

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti

yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan
sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara
yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari
wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi,
kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan
penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik

kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari
murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio
memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program

yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit
Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk
semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.

Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan
forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa
dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti
tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin
negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu,
anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik
yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan
oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak
akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka
hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing
agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISM
PENGENALAN KEMERDEKAAN

-rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-51.
-hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia .
-pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan.
-berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00
tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan Negara
daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan.
-Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat
serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan
dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah
Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan
-tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama
generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga
British.
-semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka

Semangat Patriotisme

-perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara
daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.
-sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun
manusia.
-mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan
orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.
-anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara merdeka yang lain.
-rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian
kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap.
-Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh
pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian
kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula
harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua

cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh
generasi masa kini.
-Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan
keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin
pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu
bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal
buat selama-lamanya.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam
kalangan anak watan
-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan
lebih cepat dan berkesan.
-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza
-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil
yang ditempatkan dalam satu kawasan.
-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing
-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka
digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan
padang
-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi
kemudahan sama dalam kawasan yang sama
-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga
aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme
-Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM
-bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan satu
langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme

-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum
-pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini
-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam
pelbagai elemen.
-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja
-Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang
membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain
-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di
kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat
-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara

3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik
-Hari perpaduan disambut pada 16 september
-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh
persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di
bawah satu bendera
-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita
-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan
harmoni
-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme merupakan
tunjang keutuhan dan keselamatan negara.
-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah
membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk
negara.
-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah
menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk
mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada.
-sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog, pameran,
pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum.

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan
diberi keutamaan
-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama
Islam, hak jiran dan sebagainya.
-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang
membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat.
-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar.
-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan
menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing
-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah
untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.
-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini.
-para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia .
-Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam
Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara.
-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara.
-sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat
patriotisme negara.
-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah
kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai
kaum untuk memupuk semangat patriotisme.
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih
tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama

-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai
bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia . Semua pihak sama ada
kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julungjulung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang
seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh
negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat

7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk.

-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama.
-sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik
-kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.
-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat
yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata
pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di
kalangan pelajar.
-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar
daripada peristiwa sejarah.
-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya
menjaga perpaduan antara kaum.
-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah
-Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi
-Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar

-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik
dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya
mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan
generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.
-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.

Kesimpulan
-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi
-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai
inisiatif untuk membangun negara
-industri pelancongan dapat dikembangkan
-negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai
-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek
ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.
1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik
dan berkeperibadian Malaysia .

2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:

a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.

b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.

c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis.

d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan

e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam
masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan

f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan
negara.

3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah
Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
program itu.

4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan
unsur-unsur patriotisme.

5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti
kumpulan dan aktiviti itu termasuk:

a. kerja projek

b. permainan

c. simulasi

d. lakonan

e. drama

f. perbincangan

g. lawatan

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman.
Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan
kepada nusa dan bangsa.

Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan,
dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara
kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.

Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan,
kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan
kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.

Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang
yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan
keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian
seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau
memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat,
bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan
keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.

Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan
rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya.

Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam
tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan
menawan Kutub Utara.

Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kemasyhuran bangsa
Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan
dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain
global dalam semua bidang.

Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut beberapa kamus dan ensaiklopedia
Melayu dan Inggeris:

``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia
mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara.

``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa.

``Cinta dan setia kepada negara.''

``Dedikasi yang tinggi kepada negara.''

``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.''

Beberapa cendekiawan Malaysia dari pelbagai latar belakang pula pernah memberikan definisi
patriotisme seperti berikut:

``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.''

``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.''

``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.''

``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.''

Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan pengorbanan yang
berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan
dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya.

Patriotisme penting kepada Malaysia . Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan
pengukuhan ketahanan nasional.

Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, agamanya terus
mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme,
perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus cerah.

Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama
untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan
bangsa dan meruntuhkan negara.

Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek perjuangan individu, keluarga,
masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan pengorbanan, kewajipan dan tanggungjawab,
komitmen dan dedikasi, kesungguhan dan kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan.

Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi aspek kepintaran dan
kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan
keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti
dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan,
kemerdekaan dan kedaulatan.

Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia tidak berasaskan prinsip-prinsip
ini, ia mungkin menghasilkan jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme.

Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan
penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang,
fokus dan menyeluruh.

Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa Malaysia yang lebih patriotik, bersatu
padu, berdedikasi, berakhlak mulia, cekap dan berilmu serta berkemahiran di semua bidang kehidupan.

Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan untuk menyiapkan
bangsa Malaysia bertempur di medan perang.

Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan bertempur di
seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi,
perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa.

Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya aggression ketenteraan seperti peperangan
antiterorisme global. Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Mungkin dalam bentuk peperangan ekonomi dan manipulasi pasaran yang menggunakan senjata seperti
derivatif, pelaburan berisiko tinggi, spekulasi mata wang, blok perdagangan, tindakan undang-undang

mengenai hak cipta dan cap dagangan, bentuk cukai dan tarif yang canggih, sistem penentuan harga dan
tarif, manipulasi ke atas faedah pinjaman dan sebagainya.

Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk subversion, infiltration dan juga
pengaruh ideologi americanisme dan universalisme.

Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah
dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang
paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggi-tingginya.

Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia perlulah didukungi oleh seluruh
bangsa Malaysia .

Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang
sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan.

Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui
cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.

Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera oleh semua pihak
supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan
nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT,
perkembangan bioteknologi serta kebangkitan neoimperialisme.

Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan
kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih
mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme
Malaysia jadi penangkisnya!

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang
merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai.
Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang
boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran
sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap
sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan
orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen
menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui
kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini,
baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha
memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda
pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada
yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul
Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan
120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya
semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih,
tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap
sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53.
Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada
2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang
tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan
berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda
pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap
kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah
juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai
baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan

sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40
tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran
sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap
sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai
masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha
untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada
bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan
kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha
kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang
ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa
pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.
Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu
ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan
kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut
menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan
membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil?
Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar
ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh
dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan
perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai
yang terjejas dapat dipulihkan.

Contoh Karangan : Peranan Warga Tua

Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran. Takrifan
‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan
bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan

masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya
bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.

Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini
merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu
golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah
menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan
menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi
tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah
sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh
mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman
yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna
kepada manusia di sekeliling kita.

Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat
dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan
nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang
mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu,
golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala
tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerjakerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar
kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh
menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan
bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar
bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya
mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit
pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan
panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.

Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada
masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu
kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana
semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari.
Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah
masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak. Namun begitu
pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang
mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu
membangunkan negara.

Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka
akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini
perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan
juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang
dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran
seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang
didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka
dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat
lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan
sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai
sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Contoh Karangan : Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak

Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi
kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak
dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap
cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu
tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.

Ada pula beran